Bollywood

Ok, referring to my Indian classmate (yang aku cerita semalam), pada pendapat korang, how successful will this pick up line be?

"Babe, are you coming from the area where all the Bollywood actresses came from? Seriously, you look like one of them."

Motor

Semalam aku nampak motor ni kena langgar.. Tercampak orang tu dengan motor-motornya sekali.. Dia cepat bangun.. Aku rasa sebab dia takut kena langgar dengan kereta dari belakang.. Nampak dari gayanya sihat.. Dia pakai lengkapla, jacket, helmet pun tak tertanggal...

So kat sini aku nak nasihat, kalau korang naik motor, tak kisahla belanja banyak sikit beli jacket and helmet yang elok.. Kalau cedera pun takdela teruk sangat pun.. Ada kereta-kereta yang berhenti nak tolong.. Bagusla sebab aku nak cepat..

Lagi satu kalau korang naik motor lepas tu bawak slow janganla duduk kat tengah-tengah lane.. Kat highway pulak tu.. Aku tau jalanraya hak korang jugak.. Tapi untuk keselamatan bawak je la kat tepi.. Tapi kalau motor korang laju and boleh beat kereta sukahati korangla..

Hah.. Penatnya...

Start aku sambung belajar hari tu macam-macam dugaanla aku hadap.. Memang kalau jenis tak sabar and kuat pendirian dah lama hanyut.. Duit and masa tu memang banyakla dikorbankan..

Dulu masa aku naik tren, kalau dari Sultan Ismail tu nak ke Tasik Selatan kena make sure dulu tren tu menuju ke mana.. Kalau miss Seri Petaling punya tren, dalam pukul 9.30pm macam tu menunggula 15 minit.. Kalau naik kereta pulak, kalau seminggu tak hujan, masa hari aku ada kelas tu la hujan.. Sekarang ni ntah ada apa benda kat Jalan Kuching yang sesaknya sampai ke Sultan Ismail, so bila aku sampai Jalan Ampang dalam pukul 5.30, pukul 6.15 baru boleh sampai Jalan Raja Laut.. hampeh gila.. Hari tu polis trafik tak jaga, dua jam aku dalam kereta.. Nak terkencing gegila.. Nak tumpang kencing toilet si penjaga parking, dia suruh aku kencing bawah pokok.. Bangsat..

Sebagai suami dan ayah, cabaran di kelas lain pulak.. awek yang pakai baju dan seluar sesendatnya (yang wife aku pun tak pakai macam tu kat rumah) bebetul menggugat iman.. Alhamdulillah kuat iman.. Semester ni ada pulak awek hindustan macam Kareena Kapoor, muslim.. Hampeh betul.. Apa jauh sangat studynya tu??

So boleh dikatakan aku agak busy. Tengok bola dengan Hafezh hari tu sebab aku cuti.. Bersenam hari tu sebab aku cuti.. Sekarang aku dah penat... Tak dapatla nak bersuka-suka sangat... Sebab busy jugak, aku dengan Liza takdela sangat duduk berdua.. Satu lagi sebab ada anakla kan.. So kitaorang hidup jela.. Takde la macam nak fokus bebetul.. Semalam kebetulan masa Umar tengah tidur, aku dudukla dengan Liza.. Aku nampakla jari dia cantik.. Halus dan panjang.. Sepatutnya benda tu memang ada dalam kepala otak aku.. Tapi aku dah lupa.. Dulu jatuh cinta sebab senyuman dia pun kadang-kadang aku dah lupa.. Hahaha...

Macam tu jugak dengan mak bapak aku, adik-adik aku.. Sabtu hari tu ambik adik aku baru balik training kat Australia.. Adik yang ni aku contact thru email and facebook je.. Taula dia kerja apa.. Tapi takdela aku tau secara mendalam.. Sekali dia tunjuk group photo dia dengan orang-orang masa training tu.. Aku macam wah, hebat jugak budak ni.. Hahaha...

As for Umar, dia aku sogok dengan kebendaan je..

Bila dah habis study and tak busy nanti, aku nak betulkan benda-benda ni...

Hmmm..

Kalau bumi ni flat, mungkin takde perbezaan masa antara negara².. So mungkin jugak aku takkan mengantuk sekarang sebab tengok bola tengah malam..

Dah lama hidup rupanya..

Aku kadang² rasa cepat sangat masa berlalu, sedar² dah nak masuk 29 tahun dah.. Tapi bila ingat banyak benda yang aku dah alami rasa macam logik jugak.. Facebook dan jumpa kawan² lama dari kecik punya pasalla ni...
____________
Subuh tadi aku mimpi bawak awek naik RX-Z lama aku.. Tengah elok layan corner cecah lutut kena langgar lori.. Terus terjaga, terduduk terus! (sekali tengok wife, dia tengah sembahyang.... insaf)

Alang²..

Alang² aku dah scan gambar sekolah masuk facebook, aku upload je la kat sini.. Gambar sekolah masa form 4 and 5..

Ada sekali tu ramai orang ambik gambar macam ni..

Dorm C6, aku pakai rantai.. wtf?

Bilik ni walaupun kitaorang jahat, tapi every week menang bilik terbersih dan biasanya cikgu bagi hadiah nasi lemak, air sirap dan keropok lekor.. Cikgu tu meniaga..

Aku pelari sekolah.. Bestnya kalau badan mcm tu sekarang ni.

Ni kitaorang fly, aku belajar back flip tu kat sungai ni la..

Ni bebudak nakal.. Yang kena buang asrama.. Masa ni cikgu offer balik duduk asrama.. Walaupun aku kadang² benci sekolah ni.. Fikir² balik macam banyak jugak kenangan best..

It's time to go..

Semua orang ada limit.. Betapa banyak kebaikan sekalipun, sampai satu tahap kita dah tak boleh lebih limit tu.. Hari ni boss suruh aku incharge video conferencing pulak.. So aku dah sampai limit aku dah.. Dah berapa benda aku nak backup orang.. Ni nak tambah lagi satu.. Punyala ramai orang dalam department ni, aku jugak kena target.. Sebab apa? Aku yakin sebab aku bagus... sebab aku cepat belajar, sebab aku pandai, sebab aku memang hebat dalam multitasking..

So since aku bagus baik aku pergi tempat lain.. Lainla kalau tambah JD aku dia tambah gaji lagi 5 ratus ke.. Ni gaji sama jugak.. Pangkat macam tu jugak... Benefits macam tu jugak.. Sedih tau?? Sedih kena buat macam ni.. Macamla orang lain tu busy sangat..

Kenapa tetiba aku rasa tahun 2010 ni macam akan jadi tahun yang paling sial?

Jangan bawak kereta masa sakit or masa tengah marah...

Ataupun bawak kereta masa sakit dan marah.. Nanti bumper tercabut.. Aku nak kena mandi bunga buang sialla..

Celcom Broadband & Hospital Putrajaya.. Setakat Ini..

Aku start dengan Celcom Broadband di Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang.. Baca dalam forum ada yang cakap slow macam kura-kura.. (aku baca lepas aku guna).. Ok sejujur2nya, takdela teruk sangat.. Nak cakap laju macam kat office tu melampaula.. Nak cakap macam kura-kura pun tidakla.. Kira okla.. Boleh aku google cari benda.. Boleh update blog, boleh baca online paper.. Boleh facebook, kira cun la.. Kira ada jugak masa dia tak tahap HSDPA/3G, dia setakat GPRS/EDGE je.. tapi nisbahnya 8:2 mcm tu.. Biasanya aku akan disconnect lepas tu connect balik, lepas tu ok.. So bolehla tahan? Out of 10? Aku bagi 5..
_____________
Hari tu aku risau sebab Liza takde buku merah and nak bersalin dihospital kerajaan.. Tadi kitaorang pergi sambil bawak referral letter ke sana orang tu terima je.. Ok je.. Takde pulak ayat-ayat perli.. Semuanya ok.. Orang ramai tu biasala... Tapi aku tengok hebat jugak systemnya.. Bersih.. Lengkap.. Cantik... Orang yang melayannya pun macam cekap dan berhemah.. Takdela sombong-sombong.. Ooh parking je la tak cukup.. So aku puas hati.. Out of 10? Aku bagi 7..

Refer sini : http://besout.blogspot.com/2009/12/pertanyaan-kepada-ibu.html

Dua-dua ni setakat 2/2/2010.. Kalau lepas ni mcm palat aku maki jugak....
_______________
Aku MC sebenarnya hari ni.. Batuk teruk.. Kebetulan MC, boleh bawak Liza pergi hospital.. Kat rumah aku ni takde elektrik sekarang ni.. Sampai pukul 5.. So aku tulis ni dalam keadaan berpeluh.. Ada separuh lagi bateri notebook adik aku ni.. Ohh TNB ni bagus jugak.. Dia bagi surat bagitau elektrik akan terganggu 2 weeks in advanced.. Takdela tetiba je.. Maybe aku patut buat lagu TNB lawan Namewee,... Puji2 TNB..


Macam menarik..

Semester ni aku ambik 3 subject.. The last time aku ambik 3 subject sekali, aku kurus kering.. Sebab penat kerja, pergi balik kelas, dan balik je terus kena main bola dengan Umar.. Tapi since aku nak habiskan study aku tahun ni, aku ambik je la.. Macam Hafezh cakap lepas habis study boleh live life of a slacker, balik kerja main game sambil minum beer.. Jangan risau.. Root beer bukan alcoholic beer..

Tiga subject tu ialah:
1) Research Methods - Buat research pasal benda related to multimedia, and aku choosed e-learning.
2) Interactive Media Design - Kena buat interactive CD
3) Instructional Design - Kena buat mock-up e-learning...

Nampak tak semua benda ni related.. So sekarang aku nak buat satu benda untuk ke tiga-tiga subjects ni.. Sambil berharap lecturer-lecturer aku tu tak share tengok project aku.. Untuk selamat aku tukar-tukarla kut design dia sikit-sikit and content lain-lain.. Kepada ex-IMU yang aku tanya pasal RLO semalam sebab benda ni la.. Aku nak tengok structure dia...
_______________

Kalau korang perasan, video ni ada buat macam hologram.. Teknik dia sama je dgn yang aku buat untuk video production 24 ringgit aku hari tu.. Tapi dia buat cantikla sebab ntah berapa ribu budget.. Hari tu aku ada approach band kawan aku tu nak buat video and hologram ni effects yang aku letak on top of the listla.. Tapi since video ni dah buat dulu dan dikomersialkan rasanya tak bolehla kut aku nak buat sebab nanti orang cakap aku tiru padahal aku dah buat masa tahun 2008 lagi.. Tengokla video ni sampai habis..

Sehari naik LRT..

Dulu aku banyak idea nak tulis sebab hari² aku naik LRT pergi kelas.. Sekarang aku dah naik kereta.. Tapi semalam sebab nak mengelakkan jammed Thaipusam aku gi kelas naik LRT and cubala teka apa yang aku nampak??

Di stesen LRT ada seorang mamat tengah termenung, seorang perempuan nangis², lepas tu muntah².. Aku nak je tanya perempuan tu ok ke tidak? Tapi aku biar kan je la.. Lepas tu diaorang berjalan nak ke LRT gaduh².. Perempuan tu macam salahkan mamat tu and mamat tu macam terima je apa perempuan tu cakap.. Tapi ada la sekali dia macam nak tolak perempuan tu..

Aku nak nasihatkan, kalau beromen sebelum kahwin.. Janganla pancut dalam.. Kan dah susah!
__________
Umar : Haaa Umar nak jadi Hantu Momok Goreng Pisang... (Zombie Kampung Pisang)
_________
Kalau korang ada RM40 untuk digamble/dibuang/mencuba nasib korang tryla click gambar kat bawah ni...


WT

Sebagai orang yang banyak spend masa online, aku biasa dengan term², acronym, short form untuk sesetengah perkataan.. Sekarang ni bila kat KL guna plat number start dengan WT, aku biasanya akan terfikir everytime ternampak kereta WT sesuai dengan perkataan apa.. Contoh:

1) WTA - Want to Ask
2) WTB - Want to Buy
3) WTF - What the Fuck
4) WTH - What the Hell
5) WTS - Want to Sell..

Hehe..

Bergurau...

Sekarang kan ada contest Shell yang menang duit tu kan? Aku selalula isi form tu.. Kadang² aku berharap jugak sampai berdoa² dengan Tuhan.. Tapi aku rasa hari tu Tuhan bergurau dengan aku, sebab tetiba aku dapat SMS scam konon dari Shell yang aku menang RM19000..

Kesimpulannya, usahala dengan tulang 4 kerat, jangan harap²kan contest.. Aku yakin itu yang Tuhan cuba sampaikan pada aku..

Think Again!

Hari tu Hafezh cakap, orang US tu cakap orang efisien akan lebih dihukum.. Dia cakap lagi.. Tengok kaunter kat Giant katakan.. Kalau ada orang yang buat kerja cepat, pelanggan² akan pergi kat kaunter dia.. Kalau ada kaunter yang pekerjanya lembab so orang takkan pergi kaunter tu.. Itu adalah contoh terhebat yang aku cari selama² ni!

So, pada pendapat aku, office hour sudah tak relevan lagi.. Apa yang relevan ialah bagi amount kerja yang sama.. Tapi benda ni subjective.. Susah.. Kalau macam kerja Giant senangla.. Bagi syarat, kena scan 10000 barang.. Habis, tukar orang lain.. Still susah sebenarnya sebab tak tau nak masuk pukul berapa semua.. So kenaikan gaji and bonus based on performance adalah yang paling sesuai sekali..

Aku bukan apa, aku nak cakap ni je.. Kalau korang rasa orang tu free or macam takde kerja sebab malas, elok korang fikir balik, sebab maybe orang tu cepat dan efficient dalam membuat kerja..

MARIONEXXES

Haha, vocalist Marionexxes ni budak sekolah aku dulu.. Berubah gila mamat ni.. Aku ingat lagi kalau dulu orang fly pergi hisap rokok mamat ni dia fly pi main gigs kat Taiping.. Aku yakin dia tengah seronok buat benda yang dia nak buat.. Untuk permulaan dengar lagu Harimau Malaya.. Ohh, selain menyokong bolasepak tempatan, aku juga menyokong pemuzik tempatan.. My space sila pergi sini : http://www.myspace.com/marionexxes


Electronic press kits
Quantcast

Macam Najib cakap: Apa gila depa ni nak pi tengok KL Plus? (cakap dalam loghat Kedah)

Boleh dikatakan aku ni menyokong jugakla bola sepak tempatan. Masa zaman Perak bagus dulu bila Perak masuk final aku takde kawan nak diajak pergi stadium.. Tapi Sabtu hari tu Hafezh ajak pergi tengok KL lawan KL Plus.. Aku suka je la pergi sebab bukannya selalu.. Pergi sokong KL.. Apala salahnya kan?1) 6.30p.m sampai Klinik Nisa (wife Hafezh) lepas tu bertolak..
2) Beli tiket
3) Sembahyang kat masjid..
4) Makan.. Sedap jugak yee mee dia.. Lagi sedap dari food court Tesco semenyih...
5) Pergi park kereta.. Hahaha.. Parking lot kosong je...
6) Game start.. Standardla bola Malaysia.. aku relax je la bila diaorang main macam hampeh.. Tapi bila Hafezh pointed out yang diaorang main bola hari².. Itu memang kerja diaorang, marah jugak aku..
7) Pemain KL no 8 boleh dikatakan pandai main.. Keeper dia pun not badla, sebab ada selamatkan tandukan..8) Penyokong team sendiri pun kutuk player team sendiri.. Macamana nak maju? Hahaha.. Bila orang KL kutuk orang KL Plus, di antara ayat yang keluar.. "Pegi jaga tol la woi!"
9) Merokok di dalam stadium adalah dibenarkan.. Ada pakcik ni hisap Surya sepanjang game sampai aku pening..
10) Memang ada lagi penyokong setia yang akan pergi every game, pakai jersi team KL.. Tapi dalam 5-6 orang jela hehe....
11) Result 0-0
12) Pergi lepak Restoran Pelita Puchong.. Tengok Man U vs Hull.. Najib datang sini...
13) Lama gila aku tak lepak tengok bola.. Bagusla sebab bila tengok bola kat open space aku macam laju je nak hisap rokok.. Aku tak hisap rokok dalam rumah so bila tengok kat rumah takdela hisap rokok sambil tengok bola.. hahah..
14) Najib cakap.. "Itula aku terfikir.. Apa gila depa ni nak pi tengok KL Plus? (cakap dalam loghat Kedah)"
15) Man U menang 4-0, Rooney score semua..
16) Bau kari nasi kandar memang buat aku lemah.. Macam kryptonite kat Superman.. Nasib baik aku boleh bertahan tak makan nasi.. Tapi serious woii, dekat pukul 12 malam pun masih ramai lagi orang makan nasi..
16) Bila call Umar.. Dia akan tanya.. "Ayah pergi tengok bola kampung ye?"
17) Sampai rumah pukul 1.30a.m rasanya..

Okla pada aku, dapat jumpa kawan, tengok bola.. Kira perfectla.. Ada aktiviti.. Tapi bukan bola ni sangat yang aku ingatkan.. Aku lagi ingat apa yang Hafezh cerita pasal training dia kat US hari tu.. Orang tu cakap.. Orang yang efisien biasanya akan lebih dihukum.. Esok aku tulis pasal ni..

Facebook lagi...

Walaupun Rais Yatim cakap jangan main facebook sangat, tapi aku tak rasa salahnya.. Niat aku dalam facebook adalah untuk mencari kawan.. Terutamanya kawan lama.. Aku dah lama lost contact dengan ramai kawan, especially kawan sekolah rendah.. So bila ada sorang kawan aku upload gambar masa darjah 4, tak ke berbunga² hati tu..

Lepas tu aku boleh jumpa kawan² sekolah menengah.. Kawan sekampung.. Ramai.. Kawan² yang aku nak jumpa lagi.. Ooh walaupun aku agak aktif dalam Facebook aku masih lagi Islam..
_________
SEREMBAN: Malaysians, especially Muslims, must avoid being totally immersed in the internet culture, especially Facebook and Twitter, said Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.

He added that facilities like internet could not be accepted wholly because it was a form of business introduced by the West and "Malaysians were just users."

"We are not saying that they cannot use Facebook or Twitter but when using such facilities they must upkeep the values taught by Islam, Buddhism or Christianity to maintain our culture," he told reporters after opening a Seminar on the 1Malaysia concept here on Saturday.

He added that Malaysians who used internet services on social networking sites should be careful with what they see and hear.

"We must be strong in our believes and culture because the identity and image of our country depends on us.

"They are just selling Facebook, Twitter, L-Band and various other services, even through space, as a product but we do not do such business. We accept all this in a state of cultural shock," he said.

He chided some Malaysians who belittled those who were no savvy of the Facebook and Twitter culture.

"We should not be quick to condemn or look down on those who do not use Facebook. Newspapers are still relevant, so is Facebook, but do not be carried away with everything and disregard the old system," he said.

Rais also praised the Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) for its success in tracking down a student from the National Arts Culture and Heritage Academy for posting a public safety threatening comment on Facebook about the recent spate of attacks on churches while discussing the ongoing "Allah" controversy on the popular social networking website.

"Syabas to the commission for its action in nailing those who used Facebook, Twitter and SMS for the wrong reasons.

"As a former analyst of the law in the country, I wish to advise the people that they cannot escape from the law for their actions," he said.

Rais said the Information Department had also found that 62% of Malaysians understood the 1Malaysia concept.

He added that the Government would initiate more programmes featuring the 1Malaysia concept, especially for students. - BERNAMA

Cara² memakai jeans yang berjenis low cut...

Ini adalah cara pemakaian yang betul.. Kalau korang tengok ada satu scene dalam video clip Crossfade, tajuk Cold, awek tu pakai low cut, tapi bila dia tunduk, menonggeng macamana pun, jeans dia stay je.. Awek² yang pakai macam ni memang boleh turn me on anytime, anywhere..

Ini pula adalah pemakaian yang salah dan sangat meloyakan..

Berdengkur

Lepas raya hari tu, aku tersinggah beli nasi lemak dan roti canai makcik ni.. Gerai.. murah dan paling sedap di dunia.. Roti satu 70 sen.. So bayangkan dari lepas hari raya puasa sampai ke hari raya haji aku makan dua benda tu je pagi².. tak nasi lemak, roti canai.. Sebab sedap gila..

Badan aku naik mendadak.. Tapi itu expectedlakan.. Aku ada masalah lain.. Aku tidur berdengkur yang sangat kuat.. Liza memang bengangla.. Aku yang terasa pun tidurla bilik lain.. Sampaila baru² ni aku decide nak bersenam balik.. (Bulan puasa hari tu stop bersenam..) Alhamdulillah dengkuran aku dah hilang.. Arghh sebenarnya aku dah tak tau nak tulis apa kat blog ni.. Bye...

Ini adalah projek merepek aku suatu ketika dulu.. (2)

video

Malu bertanya sesat jalan...

Masa anak membesar akan ada satu point yang mana diaorang akan banyak bertanya.. Tanya sampai habis.. Kalau korang tak tau apa tanya sampai habis ini contohnya :

Umar: Ayah buat apa tu?
Aku: Ayah tengah basuh tangan...
Umar: Tangan mana...
Aku: Tangan kanan...
Umar: Kanan tu apa?
Aku:........................

Sebab dah banyak sangat tanya, ulang² kali tanya kadang² kita rimas, tapi kita kena jugak jawab sebab sebenarnya elok untuk diaorang tanya.. Contoh:

Umar: Ayah pukul 11.30 ada Ultraman kan?
Aku: Iye...

Selang 5 minit...

Umar: Ayah pukul 11.30 ada Ultraman kan?
Aku: Ada...

Selang 5 minit...

Umar: Ayah pukul 11.30 ada Ultraman kan?
Aku: Hmmmmmmm.... (dah start malas nak jawab)
Umar: Kenapa hmmm hmmm pulak??????????

So banyakkan bersabar..

Aktiviti yang dihentikan setelah kena penampar..

Menimba ikan ialah aktiviti yang dilakukan oleh pesawah masa musim menuai.. Tapi aku bukan tinggal kat sawah, aku tinggal kat dalam kebun kelapa sawit.. so aku dan kawan² aku akan pergi menimba ikan bila musim kering.. Kitaorang takdela panggil menimba ikan.. kitaorang panggil benda ni menggagau ikan..

Aku rasa experience pertama aku menggagau ikan ni masa umur aku 3 tahun.. Aku tak buat.. Just bapak and mak aku je yang buat.. Aku tunggu kat atas.. Yang aku ingat masa tu diaorang masuk dalam parit kering ni and menggagau ikan.. Banyak jugak aku rasa, sebab lepas tu bapak aku ada lepaskan balik kat air mengalir.. Tak banyak sangat aku ingat sebab masa tu aku baru 3 tahun..

Bila aku dah remaja, aku pergi dengan kawan².. Benda ni memang boleh buat aku mati kena patuk ular, kena sondol dengan babi hutan, kena pijak gajah, kena gigit tengkuk dengan pontianak etc.. Tapi masa tu aku tak terfikir.. Modus operandinya sama.. Pergi masa musim kering.. Lompat ke dalam parit tu dan startla raba².. Kalau terasa benda licin bergerak tu, ha ikanla tu.. Tangkap and campakkan ke dalam bekas.. Taktik lain, kau buat lubang kat selut, kat dasar parit tu dengan tapak kaki, lepas tu biar dalam 5 minit.. Lepas 5 minit, kau masukkan tangan dalam lubang tu.. Nasib baik ada ikan masuk dalam tu.. Seronok buat benda ni.. Segala jenis ikan ada.. Ular pun ada.. itu ikut nasib..

Ada dua kali yang aku ingat.. Sekali tu pergi bertiga.. Masa ni bawak timba and kebetulan kitaorang nampak parit ni nak kering.. So, kitaorang keringkan parit tu dengan menimba keluar air tu.. Kitaorang akan pass kan baldi tu dari sorang ke sorang lain.. Sorang dari dalam parit, sorang kat tepi parit, sorang kat atas parit.. Cepatla jugak keringnya.. Agak dah kering, just kutip je ikan²nya.. Berpuluh².. Yang aku ingat masa ni tetiba ada sekor lembu usha kitaorang tengah menimba.. Mana ntah datang dalam hutan tu, nasib baik tak kena sondol...

Sekali lagi aku pergi berempat.. Ni aku guna taktik buat lubang tadila.. Menggagau ikan di parit kering yang separas pinggang. Masa ni aku dapat ikan yang paling besar.. Balik rumah punya excited nak suruh mak aku masak ikan² tu, sekali bapak aku tampar aku sekuat hati sebab aku bawak motor dia, lepas tu abang aku nak jumpa ustaz sign surat nak kawin kena pinjam motor orang sebelah...

Lepas tu aku dah tak pergi tangkap ikan sampaila sekarang..
___________
Aku tulis benda ni dengan rasa sedih.. Bukan sedih sebab kena tampar dengan bapak aku, tapi sedih mengenangkan betapa hidup dulu sangat bebas, adventure dan yang pastinya sangat seronok.. Sekarang? Bawak basikal kat kawasan rumah pun rasa macam bahaya sangat.. Aku surela anak² aku takkan merasa benda² ni...

Hudud di kuasakan 10


Iklan di TV

"Dulu saya suka mencuri, la ni tangan dah kena potong" - si anak..
"Budak² sekarang ni depa tak nak dengaq kata tsk tsk tsk" - si bapak..

Aku banyak dengar yang sistem perundangan negara ni tak betul.. Konon orang salah boleh jadi tak salah, orang salah boleh jadi tak salah..

So aku mencadangkan, untuk membanteras jenayah² kat negara ni apa kata guna je hukum hudud tapi dikuasakan 10.. Haih kata kuku besi, ubahla undang² sesuka hati.. Tapi matlamat dia satu je nak hukum penjenayah yang terbukti bersalah..

Contoh: Mencuri, merompak potong tangan.. Membunuh? Potong kepala!! Masa hukuman nak dijalankan, tunjuk kat tv.. Iklan kat tv pun tunjuk pasal hukuman² ni.. Pasang billboard seluruh negara, tunjuk orang kena potong kepala kat khalayak ramai.. Jangan tutup² muka penjenayah tu.. Biarkan je.. Kalau orang tu meragut, and orang tu terbunuh, buat lakonan semula.. peragut tu berlakon jadi mangsa lepas tu lakonkan semula.. Buatla apa, sepak motor dia sampai dia mati.. Tak mati, ulang lagi..

Korang kata merepek dan kejam?? Cuba korang tengok kisah mamat dua anak ni yang ada isteri meninggal sebab peragut.. Nak menitik air mata aku tengok anak² dia cakap kat tv minggu lepas.. Trauma weii.. Sampai ke besar diaorang ni takut dengan orang² rempit ni.. Aku dulu masa kecik ada benda takut dengan serangga, sampai ke tua ni still takut...

Kalau ada rakyat yang tak suka undang² baru, yang bantah.. Bawak diaorang naik kapal, lepas tu campak ke laut.. Sebelum campak tu bagi ucapan.. "Berenangla kamu ke negara yang korang suka"

Aku jamin jenayah turun 99%.. Insaf weii.. Aku jugak tau benda² ni takkan jadi sebab orang² besar tu sendiri yang takut kena hukum sebenarnya...

Ohh kalau merogol, korang fikirkanla sendiri apa yang patut kena potong...
__________
Aku tak pernah appreciate lagu Black Eyed Peas lepas lagu Where is the Love. Mungkin sebab Fergie dah menyeksi tak tentu pasal.. Tak natural.. Tapi lepas aku dengar lagu ni rasa macam best pulak.. Try dengar guna earphone.. Full blastkan..


Balik lambat untuk menunjukkan busy adalah so 80's mentality

Post ni bukan untuk semua orang.. Certain group je... (korang taula korang group yang mana)

Hari tu Liza cerita, ada orang cerita yang satu company ni tepat pukul 5.30 C.E.O akan tunggu kat lif.. Kalau ada orang balik time tu dia akan tanya.. "Awak takde kerja ke?" Dia nak orang balik pukul 8.00 malam.. Macam boss Suhida pun bengang orang balik pukul 6 katanya dalam blog dia semalam..

Tahukah anda pada tahun 2010 bila kau balik lambat orang akan cakap kau tak pandai manage masa, buat kerja lembab? Ke dari tahun 2003 lagi orang dah start fikir macam ni.. Betul.. Itu menunjukkan staff di company korang lembab buat kerja dan system² di office kau adalah sangat cikai sampai tak boleh siapkan kerja on time.. Contoh: Kalau tahun 2000 nak render video berjam² tapi tidak pada tahun 2010, so kerja boleh cepat siap sebab kau ada hardware, software dan staff yang bagus.. Kalau balik lambat jugak maknanya system korang dan staff korang hampehla..

Okla.. sebenarnya aku nak cakap pasal ni -> Ada certain company orang tetap balik lambat walaupun kerja dah lama siap supaya orang lain nampak macam diaorang busy.. Kira rasa bersalah gila babi kalau balik pukul 5.00 sharp.. So dalam 3 jam tu dia just tengok porn and layan facebook.. Apa ke jadah?? Nanti orang akan beranggapan dia balik lambat sebab banyak kerja.. Ada jugak sesetengah orang pandang slack gila babi bila orang balik cepat.. Dah orang tu buat kerja cepat dia balikla cepat.. Yang kau lembab padanla muka, lagi satu kau ke yang bayar gaji orang balik cepat tu?? Aku ada dengar sorang mamat ni cakap dia akan kerja lebih hebat bila orang semua dah balik.. Masa office hour dia main game.. Lepas office hour dia buat kerja and orang pun akan fikir dia busy gila..

Pada boss pulak, sepatutnya korang bersyukur sebab dapat staff yang buat kerja on time.. Bukan nak blame diaorang takde kerja.. And kalau diaorang takde kerja, salah diaorang ke?? Salah kaula sebab tak bagi dia kerja.. Kenapa hire orang tu kalau takde kerja nak bagi??

Mentality kita kena ubah.. Ni tahun 2010 beb, macam department aku ni, peralatan tip-top! The best! Software baru nak launch dah order dah awal².. So semua orang buat kerja dengan senang hati dan boleh balik awal.. Even boss pun balik paling lambat pukul 6. So kalau kitaorang nampak company lain yang buat kerja yang sama dengan kitaorang balik lambat surela kitaorang fikir equipments kat company tu macam jahanam..

Macam aku, aku akan make surekan kerja aku siap cepat.. Dapat kerja terus aku siapkan.. Lepas tu agaknya boss aku nampak macam aku tak busy dia suruh aku belajar hmmm... adalah dalam 10 benda baru.. Lepas tu back up 3 orang, kira aku belajar benda² baru dari 3 orang yang buat kerja utama tu.. Orang cuti 2 minggu, aku take over kejap.. Takde satu masalah pun.. Still, aku ada masa nak blog, aku ada masa nak tengok internet.. And aku sure orang akan cakap aku tak busy jugak sebab mentality dah macam tu..

Boleh sebenarnya aku nak menunjukkan aku busy.. Contoh edit convert video yang boleh buat 3 jam aku buat 3 minggu.. Boleh je kalau nak nampak busy.. tapi aku taknak jadi bodoh macam tu.

Pada aku lagi, tak payahla risaukan orang balik lambat ke cepat. buat kerja ke tidak.. Jangan sibuk² kerja orang.. Janganla dengki hasad sangat..

Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people..
____________
Tadi aku nyaris nak langgar kereta polis yang tukar lane tak bagi signal.. Aku tengok seat belt tak pakai semua dua ekor tu.. Aku respek dengan polis² yang betul² buat kerja. Tapi untuk yang tak boleh follow simple undang² macam ni, yang sanggup masuk kebun kelapa sawit mintak duit perlindungan dari PATI, aku nasihatkan korang bunuh diri je la.. Jangan minum racun.. Korang terjun bangunan, senang sikit..

Arson

Tahun lepas kut aku ada ambik subject English, public speaking ke apa ntah subjectnya.. Orang kampung macam aku ni manala reti sangat cakap English.. Ada satu soalan tu kena matchkan maksud.. Aku tak tau maksud ARSON.. Balik rumah, aku tanya Liza, barula aku tau. Aku jawab salah.. .. Maksudnya lebih kurang macam ni...

"Arson is the crime of setting a fire with intent to cause damage."

Lately ni bila aku baca² paper, memang aku berlagak la sebab aku dah tau maksudnya.. Contoh:

1) Police arrested and later released a youth who claimed that he witnessed the making of explosives used in one of the arson attacks on churches over the past few days.
2) Police receive report of fourth arson attempt.

PASAL AKU



Apa yang aku tulis dalam ni aku tulis sukahati aku.. Kalau ada benda aku cakap elok tapi pada korang tak elok dan benda aku cakap tak elok tapi pada korang elok.. Aku mintak maaf..