kembali...

wah.. setelah 6 bulan.. akhirnya kembali ke rumah sendiri.. pepagi relax gila.. bangun pukul 645.. sembahyang dulu.. lepak2 baru mandi.. nasib baik tak subscribe newspaper.. kalau tak mmg mcm boss.. pukul 8 hantar anak.. pukul 8.20 baru gi kerja.. petang sampai rumah pukul 6 petang.. jauh bezanya.. takde jem.. takde tol.. nangis lagi si umar tu tapi aku yakin semuanya ok sbb kat nursery tu dia seorang je baby.. yg lain dah setahun lebih dah.. org tu siap cakap dia boleh bagi perhatian kat anak aku lebih sikit.. plus bebudak lain tu pun boleh tngk2kan dia sbb dia adik kat situ.. amin...

hmm semalam gi tngk basikal kat semenyih ni.. adala mountain bike ada brand dlm 3-4 ratus.. yg aku tngk kat net semua beribu.. since aku nak bawak keliling rumah je tak payahla beribu.. bukan aku nak ganas² pun.. plus mana ada duit..

kalau korang bangga dgn shopping complex kat KL tu.. aku plak berbangga dgn tempat² ni, yg dekat dgn rumah aku.. ye la.. aku dah duduk ulu kan.. so aku terpaksala enjoy apa yg aku ada..

1) The Store Semenyih - Bolehla beli kopi ke coklat ke kat sini.. dulu dia ni Fajar.. hari tu aku saje je naik tingkat atas dia.. ada 70% less comforter set dia.. aku harap discount tu sepanjang tahun sbb tak ramai kut org shopping kat sini hahahah.. dekat depan The Store ni pun ada kedai jual permainan.. aku berkenan remote control car kat situ.. murah.. hari tu aku beli walker anak aku pun 29 ringgit murah dari beli online.. ni yg best beli barang kat pekan koboi ni...

2) Warta Bangi - Unik.. Kat sini boleh beli software game haram.. software application pun ada.. asam, gula² murah pun ada.. dia jual dlm container tu lepas tu boleh pilih.. seringgit 30 biji mcm tu.. segala mcm jamu and ubat pun ada.. jam imitation pun ada.. and the best part.. roti canai and kari kambing kat satu restoran dlm ni.. sedap gila.. pepagi sabtu aku pergila sini jap beli roti canai ni.. hehehehe...

3) Giant Nilai - The bestla so far.. Susahla pasaraya nak puaskan hati aku selain Carrefour Alamanda tu.. Aku try pergi Tesco Ampang masa duduk Keramat hari tu.. aku tak berkenan, Giant Setiawangsa.. Carrefour Wangsa Maju.. pun tak berkenan.. Aku cakap tak sama dgn Carrefour Alamanda.. tapi Giant Nilai dpt memuaskan hati aku.. dgn setting dia.. dgn kedai² yg ada dalam dia.. bakery dia.. sungguh memuaskan hati.. tak payah dah gi Putrajaya...

4) Kedai-kedai runcit kat rumah aku - Sini je la tempat aku nak beli lauk pauk selain pasar malam dua kali seminggu tu.. okla..

Kira okla mcm ni.. lepas ni hidup aku kembali tenang dan relax.. jauh dari jalan² sesak.. biarpun hulu.. aku gembira dan tidak tertekan..

pressure

aku ni kalau takde kerja selalula aku membaca blog org lain.. lately ni banyak cerita org mati muda.. heart attackla apala.. strokela.. jumaat hari tu kawan aku cerita jiran dia mati masa tngh main futsal.. gila... so pressure, aku pun ingin mencari inisiatif untuk menyihatkan badan dan menguruskan badan.. aku gi klinik bulan lepas.. tngk ada satu produk ni utk buang toksin dlm badan.. sabtu hari tu aku pun belila.. mahalla jgk.. tapi sbb nak sihat kononnya aku pun belila.. ha sampai hari ni aku cirit birit.. toksin nya tak hilang2 lagi.. aku rasa dah lebih 30 kali aku masuk keluar toilet.. lembik aku.. nak makan pun takde selera.. semalam aku demam.. hampeh.. mmg elokla sbb habis toksin keluar.. tapi aku tak laratla....

memandangkan esok umar start masuk nursery and aku akan tinggal di rumah sendiri balik.. aku nak beli basikal.. petang aku nak bawak basikal ni.. biar toksin tu keluar dlm form peluh bukan cecair lain.. kalau dpt basikal mcm gambar atas tu menarik jgk.. mmg kalau aku duduk rumah ni aku akan sampai pukul 6 petang.. so adala dlm sejam nak bersenam.. dpt setengah jam pun ok jgk.. dulu berat aku 87 kilo.. selepas umar datang dalam hidup aku, aku dah turun ke 80 kilo, selepas buang toksin semalam.. aku dah 78 kilo.. hopefully bila dah berbasikal ni aku dapat turun ke 70 kilo.. actually 75 kilo dah cun dah.. tapi kalau dapat 70 kilo bini aku terpaksala menjaga dan menyayangi aku lebih lagi sbb takut student2 uni ni jatuh cinta dgn aku especially natalie tu heheheeh....

oh ye bolehla main futsal dgn jiran2 balik... aku pun dah start makan oat.. nak buang kolestrol kononnya.. and last sekali aku berharap aku dapat berhenti merokok.. supaya aku sihat, happy dan tak stress bila dngr orang mati muda sbb tak sihat.. kalau sembang psl pressure pun, bukanla pressure sbb aku gemuk and tak sihat.. tapi pasal pressure tayar basikal aku ok ke tidak.. amin...

doakan saya..

asslamualaikum.. start next month saya akan dihantar ke nursery oleh ayah and mama saya..

doakanla saya survive dan tak nangis² bila kat nursery nanti.. ye la kan.. selama saya hidup ni saya tinggal dgn nenek saya je kat keramat.. tetiba nak masuk nursery ni sedihla jgk saya..

kalau kat keramat tu saya ni mmg ditatang mcm minyak yg penuh.. semua org sayang saya.. uncle and auntie saya pun ramai.. diaorg la tempat saya dapatkan kasih sayang bila ayah dgn mama saya gi kerja..

saya harap org nursery tu pun sayang saya jgk and jaga saya bebaik..

satu je yg bestnya.. kiranya kalau masuk nursery ni saya akan duduk rumah saya full timela.. takdela weekend je saya dgn parents saya balik rumah sendiri.. kesian jgk ayah dgn mama saya kena travel jauh² setiap hari.. mcm ayah saya tu sehari adala dalam tiga jam dia dalam kereta.. dah mcm nak ke Penang plak perjalanannya.

dan lagi satu benda yg best.. bolehla saya dgn ayah saya tngk bola sesama.. jangan lupa doakan saya selamat dan sihat ye bila dah masuk tadika nnt.. amin.. assalamualaikum..

Berbaloikah korban ku ini
Sedangkan cahaya itu tak ku lihati
Nasib yg sama berulang kali bukan ku pinta bukan ku cari
Berfikir sendiri apa salah diri di uji begini
Mencari jalan tapi jalan itu mati…

Berbaloikah korban ku ini
Di masa depan apa kan ku dapati
Tawa di luah sembunyi tangis di hati

Berharap sesuatu yang tidak pasti
Takut akhirnya memakan diri..

Berbaloikah korban ku ini?

Meratap aku, rasa cemburu tak membantu…..
Mencari aku, tiada arah nak di tuju…
Berlari aku, mengejar bayang yang palsu…..
Berharap aku, akhirnya nnt ada sesuatu......................................

sabtu..

balik kerja hari sabtu hari tu aku nampak satu drama.. ada orang naik kereta besar ni.. kaya la.. bergaduh laki bini.. perempuan ni dah keluar kereta nak gi mana ntah... lepas tu lakinya kejar pujuk.. apa ntah masalahnya.. sambil tu aku terfikirla.. apa la kaya raya hati tak senang bergaduh etc..
____________
malam tu tngkla bola.. sampai game last tu aku tertidur dah.. dulu kalau game pukul 3 pun aku boleh tunggu selamba..
___________
hantar umar kat keramat lagi.. nenek dia nak jaga sampai hujung bulan.. apa yg aku nampak mmg anak aku happy duduk keramat ni.. ye la kut.. kat situ dia membesar dari lahir.. semalam dia duduk kat living room, nenek dia panggil dari dapur.. dia pun pergi merangkak senyum².. mengelak meja, uncle dia.. nak pergi kat nenek dia... aduih.. tak sampai hati gila aku nak pisahkan hantar nursery.. itula aksi dia paling kiut aku nengok.. berlagakla kut sbb dah merangkak jauh gila dgn laju.. perangai dia mmg mcm tu... bila dpt berdiri terus tngk aku dgn mama dia mcm cakap. "yo yo.. tngk sini, umar dah berdirila".. aku rasa aku kena start pukul² dia sikitla bila dia nak panjat tempat² yg bahaya.. ajar sikit..
____________
malam tadi adalah race F1 yg paling best pernah aku tgnk.. mmg best!!!
__________
musnah harapan nak further study or masuk kelas belajar guitar at least.. :-(
____________
dulu masa baru lepas kahwin, bapak aku ckp kat bini aku, jaga² sikit.. aku ni bercakap masa tidur.. rasanya dah lama kut aku tak mengigau.. tapi masa aku tidur depan tv game man u hari tu bini aku dengar aku cakap kuat².. "bye...." terus dia turun dari bilik kejut aku.. malam tadi kat keramat kitaorg tidur kat living room.. bini aku cerita aku bangun cakap.. "bom.. ada bom" lepas tu aku selak langsir sliding door tngk2 lepas tu aku tidur balik.. ini dah kes teruk.. dah sleep walking dah.. teringat masa tahun 1998 dulu.. aku ngigau hisap rokok.. ada sesiapa tau mcmana nak settlekan masalah aku ni tak?
___________
aku kat keramat ni kira sebagai anak yg tua la sbb bini aku anak sulung.. bila balik besout aku jadi adik.. yg bestnya.. mak aku akan masakkan favourite food aku bila aku balik.. or aku boleh request apa yg aku nak sebelum balik.. kakak ipar aku hari tu masak ayam masak merah special dia.. and masa tngh makan tu dia akan mention.. "Akak masak ni sbb Li (akula tu) suka". Jumaat hari tu kakak aku bukak open house.. dia jemput in advance.. "Nanti akak masak kan paru ye? Kamu suka kan?"

Wah bestnya jadi aku... manja betul!

:-|

balik sini hari selasa hari tu.. mcm abang aku cakap.. bila kat kampung.. lapang kepala.. takde masalah.. nak fikir masalah pun tak terfikir sbb tenteram je.. ada burung murai, so adala lawak tanya burung apa tu banyak kali dgn adik beradik.. hehhee.. aku tak beraya lagi.. balik kampung hari tu pun balik saje.. bagi aku kampung aku tu hanyalah rumah mak bapak aku.. balik duduk rumah.. tak jalan mana².. kalau seminggu, seminggula duduk rumah..
___________________
umar dah 6 bulan semalam.. cadang next week nak start hantar nursery.. kira duduk rumah sendiri balikla aku setelah 6 bulan duduk keramat.. harap dia okla duduk situ nnt.. and takde sakit².. alhamdulillahla.. dia tak pernah demam ke selsema lagi.. skrg dia dah pandai berdiri.. panjat² tepi katil, sofa, rak tv tu.. jantung dia baru.. so mmg aktif sesangatla.. aku pun terpaksa aktif jgk.. dah 7 kilo hilang badan aku ni.. nak buang lagi 15 kilo.. ooh.. dia pun dah merangkak dgn jayanya and lajunya.. so aku ni kena mcm cerita flash tu la.. kena kejar dia ke sana ke mari takut dia tergolek ke apa ke.. dah pandai cakap.. "a ba ba ba.. ha ta ta ta.." datang kat aku je cakap.. "aba, aba.." padahal aku bahasakan diri aku ayah.. bila nak susu panggil mama dia.. "hemma hemma.."

semalam aku tngh cakap² dgn bini aku kat dapur, tetiba anak aku ni merangkak dgn lajunya datang kat kitaorg.. nak join sama.. mmg cepat masa berjalan.. rasa mcm minggu lepas je aku azan kan dia.. dah besar dah anak aku..
____________________
korang taknak datang rumah aku ke? plan la datang sekali ramai².. takdela kut kitaorg nak masak sbb umar ni kena bagi perhatian sepanjang masa.. aku belila nnt mee rebus ke laksa ke.. bgtau aku bila nak datang ok? kuih kat rumah aku tu pun tak berusik lagi.. datang tau..

masa.. tunggu aku..


cepat betul masa berjalan.. dah 22 hari puasa dah rupanya.. tak sedar aku.. busy sikit.. gi kerja.. balik rumah.. buat kerja.. balik keramat.. banyak hari mcm tu.. berbuka sorang² sampai dah tak tau nak beli apa kat pasar tu.. semalam max.. makan dua empat lima suap aku buang je.. dah tak berasa dah makanan tu.. tadi aku nengok blog si-ko ni.. nampakla gambar bini aku tngh pregnant.. rasa baru je jumpa ramai² tu.. skrg anak aku dah besar dah. dah mengada dah.. cepat betul berjalan masa..
___________________________
aku tak suka hari raya sebenarnya.. hahahaha.. kalau boleh aku nak lepas puasa hidup mcm biasa je balik.. tak payah celebrate.. paling kuat pun makan lemang and rendang mak aku.. cukup.. hahaha.. benda lain semua tu tak payah buat.. tahun ni first raya baru aku bertolak dari rumah aku ke keramat kut.. kalau family mentua aku tu tak ke mana bolehla stay sampai raya ke dua.. kalau diaorg nak ke mana² first raya tu.. aku ajak bini aku terus chow ke Besoutla.. cuti raya pun aku ambik dua hari je.. baju raya pakai baju yg ditempah utk adik ipar aku kahwin hari tu.. eh tapi IMU bagi bini aku Jusco voucher.. kena mintak sikit ni.. dpt t-shirt sehelai cun jgk ni.. hehehe..
___________________________
sepanjang bulan puasa ni aku miss nasi kandar aku.. yg kat nilai tu diaorg start meniaga pukul 11 pagi.. Haram betulla.. dah dekat pukul lima tu dah nak tutup kedai dah, dah habis.. hampeh.. itu nak bagi org tak puasa makanla tu.. tension aku. teringat dulu aku gi Jalan TAR nak beli nasi kandar utk berbuka.. kira awal jgkla. dlm pukul 5 mcm tu.. masa tu bujang lagi naik RX-Z aku tu... dah siap bungkus semua, mamat tu balut dgn plastik hitam.. lagi haram.. ingat aku tak puasa ke?? nak cover².. hampeh...
__________________________
okla kut korang bercuti awal².. aku mintak maaf zahir dan batinla kut ada salah apa² and selamat hari rayala.. berhati² memandu ye.. (arghhhhhh malas betulla aku nak beraya)