jom gamble...

RM15 jadi RM 10000, jom gamble...

http://www.bizceria.com/?id=peez

kuasa² dan cuti raya haji

kuasa tuhan

ada satu pasangan yang baru kahwin.. diaorg tinggal dengan mak lelaki ni.. org kaya.. dipendekkan cerita.. sbb duduk dgn keluarga lelaki ni.. perempuan ni mcm dah terikat sngt dgn family lelaki ni.. dia jarang balik kampung jumpa bapak dia.. balik pun raya je kut.. itupun 2nd or third day hari raya.. diaorg ni buat rumah pun kat tanah depan rumah mak lelaki ni tadi.. kira duduk dekat²la.. yg lelaki ni memang susahla nak bawak bini dia ni balik jumpa bapak dia.. kira perempuan ni dah jadi family lelaki tu sepenuhnya sesangatla...

sekali bila dah tua, anak lelaki diaorg pun kahwin.. kawin dgn anak bongsu org ni.. anak lelaki dia ni tinggal dgn mak bapak bini dia.. and mak bapak bini dia suggest diaorg buat rumah dekat atas tanah depan rumah dia.. and anak dia ni plak mcm terikat dgn family bini dia.. raya pun dua² raya kat rumah perempuan tu.. and ada cerita lagi.. diaorg baru dpt anak.. bapak lelaki ni tadi assumela yg anak dia akan balik malam raya.. a day before hari raya tu bapak lelaki ni tadi buatkan buaian cantik² utk cucu dia ni.. kira bolehla nnt cucu dia tidur dlm buaian tu.. dia buat malam², lepas balik kerja.. berharap sngt anak dia ni balik.. bawak cucu.. tngk² anak dia tak balik pun.. so dia sedih and kecik hati..

and dlm kepala hotak aku, teringat.. dulu dia buat bini dia mcm tu.. lupakan bapak bini dia.. skrg anak dia plak mcm tu.. lupakan dia!!!
_____________________

kan aku ni bersungguh² kononnya nak sambung belajar.. tapi aku rasa tuhan mmg tak bagi aku sambung belajar lagi rasanya.. hari tu aku dah sediakan dokumen²nya.. sekali banyak sngt halangan.. sampaikan nak certified true copykan aku punya sijil² pun ada masalah.. tak tercertifiedkan pun lagi.. nak gi pejabat pos beli wang pos pun tak dpt.. sbb ramai gila.. adala dlm 50 org ++.. so aku give up.. aku rasa mmg aku tak digalakkan aku belajar lagi.. mcm aku kawin dulu senang.. ada je cara.. so masa tu aku rasa aku di bless utk kawin...

kuasa internet

ingat pasal email colgate haram yg diforward²kan kat kita dulu? skrg colgate terpaksa buat iklan yg produk diaorg halal.. aku rasa iklan tu appear lima saat? tau iklan lima saat kat tv berapa ringgit? aku tak tau hahahah.. tapi aku tau mahal....
_____________
org boleh kutuk² and keji orang lain secara direct tanpa rasa takut sbb bukan face to face.. faham ke?

kuasa nafsu

kan skrg sale.. aku kesiankan anak aku takde baju cantik² nak pakai jalan², balik kampung etc.. hari tu aku pergila ke sogo.. aku jealous sebenarnya tngk fotopages org² yg tunjukkan betapa smartnya pakaian anak² diaorg.. lagipun aku mana ada beli sngt baju anak² aku, semua mak mentua aku belikan.. aku tau, dia kesian tngk aku susah.. dia tak bantu aku directly.. beli baju² anak aku tu caranyala.. so dgn berbekalkan sedikit duit, aku habiskan 300++ utk baju² anak aku hahahaha.. maybela pada korang murah tapi pada aku banyak tu hahahaha.. dapatla 4-5 pasang baju yg cantik dan bergaya sedikit..

kuasa hari raya korban

banyak makan daging.. sampai aku rasa gigi aku ni lenguh.. ke rahang lenguh? hahahhaha...

kuasa jiran²

adala makcik ni sebelah rumah aku kat kampung, anak dia bertunang.. dia tak bagi tau sesiapa pun.. kira kat kampung ni benda² mcm tu kena bgtau semua orang.. mcm aku hari tu siap buat kenduri.. and selalunya kalau bertunang ni adala jiran² yg akan ikut sekali pergi meminang, tapi makcik ni tak ajak or bgtau pun sesiapa except makcik sebelah rumah lagi satu sbb diaorg bersedara.. sekali semua jiran berkumpul kat kenduri korban satu makcik ni.. habisla cerita anak dia bertunang.. makcik yg bersedara tu bercerita.. kenapa dia tak attend kenduri korban. hehehe.. sekali petang tu tetiba makcik tu dtg rumah aku bawak kuih² bertunang dtg rumah aku, ckp sorry kat mak aku sbb tak ajak or bgtau.. dia blame husband dia, kutuk² husband dia cakap husband dia yg tak bagi bagitau.. pada aku lepakla.. small matter je tu.. tak payahla sampai nak buat dosa.. dia malu ke dia tak buat kenduri anak dia nak bertunang so tak bgtau org terus.. bila dia balik mak aku cakap.. dia tak sedap hatila tu sbb mak aku tau anak dia bertunang dr orang lain.. mak aku cakap dia dah duduk situ dah lama so faham sngt.. dia tau makcik tu yg taknak bgtau bukan husband dia... whatever.. bg aku benda kecik je hal bertunang² ni.. org kampung je yg suka besar²kan...

_____________________________________________________
wah best gila cuti raya.. pada akula, pada bini aku, aku tak taula.. hahaha sbb aku extend satu hari duduk kampung.. dr hari khamis sampai ahad.. okla tu.. bukan selalu balik besout tu.. balik keramat selalu.. alhamdulillah.. umar sihat.. aku rasa cuaca dan udara kat kampung tu banyak membantu...

hari sabtu tu aku nak beli racun utk pokok sawit.. hah ni cakap pasal kuasa harga sawit mahal plak.. aku ckpla aku nak beli racun tu.. dia cakap harga 270.. aku tanya balik.. eh bukan dulu ni dalam 175 ke harganya.. org tu cakap.. haah.. mula² 170, lepas tu naik 180.. skrg 270.. gila ke apa.. aku call bapak aku tanya nak beli ke tidak.. dia cakap cancel and mulala berceramah.. "itu le kome.. ingat aku ni senang rege sawit tinggi.. rege racunnye? bajenye? kome tak kire".. and bapak aku tanya jgk aku nak ke jadi peneroka felda.. sbb FELDA ada offer utk anak² peneroka.. kira kalau aku apply boleh dpt.. hahaahah.. takpela... kalau boleh upah org aku ambik.. tapi bapak aku ckp, aku kena duduk situ.. kerjakan sendiri.. takpela...

pergi belikan beg sekolah adik aku.. mmg lancaula slim river tu.. semua jual brand K&N.. "hah mali², ini semua beg manyak cantik punya. brand K&N" korang tau tak K&N tu brand rempit?? ingat aku nak ke org tngk adik aku tu mcm minah rempit?? hampeh.. jualla adidas ke umbro ke.. acceptable la sikit.. terus pergi pekan sungkai.. at least ada brand yg bukan rempit..

balik hari ahad.. and memikirkan nak kerja balik hari rabu sngt menyesakkan kepala hotak.. memikirkan nak berpisah dgn anak kena hantar dia gi nursery menyedihkan hati.. hmmm..... apa²hal pun hari ni aku dah bekerja.. eh takdela bekerja sbb aku tulis blog panjang berjela ni.. and dah hantar anak aku ke nursery pagi tadi.. and suka jgk sbb dia dah pandai melambai² bila aku cakap bye.. bezanya.. kalau kat rumah,
bila mak dia nak bawak dia naik atas tukar nappies, dia lambai dgn senyum dan ketawa.., tadi dia mcm lambai tak lambai sambil cebik²...

eh malam ni ada bola.. bestnya.. eh dah nak pukul 12 dah.. jap lagi nak keluar lunch.. habis separuh hari aku dgn melepak tak buat kerja... mcmana nak buat kerja.. aku homesick.. teringat kampung..

menjadi bapa.....

"Teething can be very painful for babies as you can imagine, when we as adults get pains in our mouths everyone knows about it as it can be unbearable, so a babies first teeth protruding could be a painful experience for them."

and aku marah² anak aku sbb nangis kuat² malam²... adeh... insaf aku baca ayat yang aku bold tu.. rasa nak balik and peluk anak aku mintak maaf.. lagi satu aku fikir, aku marah dia masa dia sakit.. nnt dah tua nnt, aku sakit, dia marah aku plak mcmana tu... hehehehe...

mcmana nak meyelamatkan dunia?

aku ingat lagi dulu masa kecik².. mmg ada musim hujan, tapi waktu petang je.. kira mcm pukul 4-5 tu start hujan dalam dua tiga jam.. bukan mcm skrg.. sepanjang hari hujan.. dulu musim hujan ni, musim rezeki aku dgn bapak aku.. kitaorg tahan bubu.. (bapak aku je la yg menahan bubu tu.. aku tngk dr tepi je sbb masa tu aku kecik lagi) memang banyak ikan yang kitaorg dapat masa musim hujan..

skrg ni hujan almost 24 jam.. semua jadi lembap, baju for sure la tak kering.. satu family sakit.. banjir sana sini.. and aku ingat lagi dlm dua minggu lepas before hujan ni start balik, ada tiga hari cuaca yang tersangat panasnya.. mmg panas gila.. apa tah lagi kat area semenyih and rumah aku tu.. kawasan yang takde pokok²... cuaca panas ya amat.. tetiba skrg hujan gegila...

nnt zaman anak aku dah baya aku nnt mcmana pulak agaknya.. mesti lagi teruk.. ada tak benda yang aku boleh buat nak kembalikan zaman mcm aku kecik dulu? musim hujan mcm dulu.. musim panas mcm dulu... mmg ada musim, tapi berpada² takdela extreme sngt mcm skrg.. hujan² ni sure org nak tangkap ikan pun susah.. mcmana aku nak makan ikan terubuk goreng weekend ni.. sure diaorg tak jual.. hah hujan baru je turun lagi..
_______________________
masa kira duit claim tadi tetiba teringat satu kejadian kat sekolah aku dulu.. dulu aku sekolah semua lelaki, so bila nampak perempuan jadi jakun.. ada sekali tu kat sekolah, dlm kelas, tetiba ada 2 org budak perempuan jalan kat luar pagar.. since kitaorg tingkat atas, so bolehla nampak area luar.. elok je sedar ada budak perempuan ni.. (mmg setahun sekali je kut ada perempuan lalu situ).. habis semua org bersorak.. ada yang keluarkan kepala ikut tingkap mcm orang gila.. mmg jakun.. mcm sakai.. tapi aku cool je la sbb aku banyak awek kat sekolah² kat pekan tu.. tetiba cikgu masuk.. habis semua org kena berdiri atas kerusi.. since aku tak heran sngt psl benda tu.. aku kirala duit aku tinggal berapa nak survive.. tetiba cikgu tu marah aku plak kira duit.. lancaula.. mcmla dia bagus sngt.. cikgu ni selalu bagi alasan taknak mengajar.. cermin mata pecahla apala.. org mesin rumput kat luar kelas pun dia taknak mengajar sbb bising katanya.. ni la sbb bebudak hancur SPM.. ada lagi sorang cikgu ni before exam bagitau soalan awal² and ada cikgu ni ajak kitaorg tngk porn sama² dalam bilik komputer.. and vcd porn tu ada budak PJ ni supply.. mcmanala nak elok... ooh and ramai org tak report benda² ni sbb nak cover kawan² yang terlibat.. begitula ceritanya...

ooh ye balik pada cerita budak perempuan tadi.. kawan aku yg duduk kelas bawah ckp tahap kebisingan bebudak kelas aku bersorak etc kacau perempuan² tu tadi sama dgn tahap kebisingan hari sukan sekolah.. padahal bukan satu sekolah pun yg menjerit jadi sakai.. satu kelas je.. mmg jakun!

saya demam... :-(

Setelah berumur 7 bulan, 2 minggu and 2 hari saya demamla pulak.. Campur dgn kahak yg sngt banyak sampai suara saya mcm suara iti serati.. ayah saya ingat dulu saya ni bakal jadi superman sbb tak pernah sakit, rupa²nya sakit jgk akhirnya.. tidur saya (and tidur ayah and mama) tak lena la jadinya... saya tak suka makan ubat, habis semuanya diluahkan.. ayah saya cakap saya ikut perangai mama bab makan ubat ni.. bab jarang sakit tapi sekali sakit terus teruk itu ayah saya cakap ikut ayahla...

Dah dua hari mama saya cuti jaga saya.. ayah saya cakap dia tak kisah kalau sakit saya ni ditransferkan kat dia... tadi tengok ayah saya dah batuk² dah... okla, doakanla saya sembuh esok, or doakanla nenek saya datang malam ni, biar dia je jaga saya sampai saya sembuh sepenuhnya.. sbb sifat superman saya sebelum ni ada sbb saya duduk rumah nenek.. elok cukup sebulan masuk nursery terus sakit..
____________________________
******** **** **** ******** ****?

mustahil.. tak mungkin.. sangat impossible... mana boleh.........

cool

Dua tiga minggu lepas...

"Manchester menang 4-0 ye malam tadi?"

Cuba teka sapa tanya aku soalan tu?

Mak Mentua aku...

Cool tak dia?

sedih and happy

umar dah pandai duduk sendiri bila dia berdiri.. drpd berdiri slow² bengkokkan badan and duduk..

happy - tngk dia dah pandai.. and tak payah risau yang dia akan jatuh berdebuk sambil bergolek and menangis sampai hilang suara...

sedih - dia dah tak perlukan aku... dia dah tak perlukan aku untuk jaga dia masa dia berdiri.. dia dah besar sangat gayanya...
___________________
tngk Haziq anak Najib yg dah tinggi separuh mak dia Sabtu lepas menunjukkan masa memang cepat gila berlalu..