tak adil

1) tak adil bila aku sokong ana ivanovic masa dia lawan serena williams and sokong sharapova gila² masa dia lawan venus williams tapi masa final aku tak kisah pun ana or maria yang menang...

2) tak adil bila aku buat dek je kat budak african masa kat counter library tapi sanggup bangun dari tempat duduk and tolong budak British (perempuan) yang ada problem...

3) tak adil aku tahankan pintu untuk amoi yg jaraknya lagi 7 meter nak guna pintu.. tapi biar je pintu tu berdentum tertutup masa ada lecturer lelaki kat belakang aku pada jarak yang sama...

ke sebenarnya aku ni gentleman?
____________________________
kalau benda basic pun kau tak boleh buat.. mcmana orang nak respect kau???

aku marahkan mamat yg potong barisan masa beli pisang kat kedai runcit semalam... selamba je.. &*^%$#@ betulla...

kuih.... kuih....

20 tahun lepas before gi sekolah

aku : cik, kuih satu berapa?
makcik : sekupang satu (10 sen)
aku: bagi dua

10 tahun lepas

aku : mcmana kira kuih ni kak?
kakak kuih : 3 seringgit...
aku: ha bagi kuih tu seringgit, yg ini seringgit

semalam

peniaga kuih : kuih tinggal ni je bang...
aku : mcmana kira ni? satu berapa?
peniaga kuih : 5, 2 ringgit....

senang.. diaorg bundarkan je...

250108

catatan diari aku hari ni...

orang cakap proses pembesaran baby.. so banyak kali la sakitnya, demamnya, meragamnya.. nak pandai apa² pun kena demam dulu.. nak pandai jalan pun kena demam dulu.. tak boleh ke terus pandai jalan? tak payah nak demam² ni? dah dua hari aku tak cukup tidur.. or tak tidur.. makan pun apa yang sempat je.. masalahnya kalau ada kartun favourite dia kat tv, boleh plak dia tak meragam? kepala mcm nak pecah ni.. mcm nak meletup.. kalau mcm ni gayanya aku rasa aku kena tunggu at least dua tahun lagi before start nak tambah anak..

tapi itu aku cakap masa aku marahla, ikut perasaan...

ini anak pertama aku, aku takde pengalaman.. mesti masa aku kecik dulu aku pun mcm tu.. mak bapak aku tak cukup tidur.. mak bapak aku susah hati, kepala mak bapak aku nak pecah menjaga aku.. aku kena terima, aku kena belajar.. belajar dari pengalaman so that aku prepare kalau tetiba dapat anak baru before aku plan nnt... kesiankan anak aku yg sengsara hidung berhingus.. batuk²... layan dia.. esok nak bawak dia jalan² ke tasikla mana tau angin tasik boleh bagi dia sembuh..
_____________________
Tahniah Guzz sbb dah dapat baby girl semalam..

salah orang susah kita

kadang² kita ok, takde problem tapi orang lain yang buat kita susah, contoh:

a) kita duduk diam, lepak², gi kerja balik kerja.. tetiba rumah kena pecah.. sbb rumah kena pecah, barang hilang, susah hati dgn barang yg hilang tu, kena repair benda yang di pecah tu...

b) kalau masuk rumah baru, sebenarnya kita boleh hidup dengan tenang.. tapi sbb memikirkan pencuri dan perompak kita kena spend beribu utk pasang grill.. sial tak?

c) kita dgn happynya nak mereload touch and go sbb nak menyenangkan perjalanan.. tapi duit yang kita reload tu memang itu je la duitnya utk budget perjalanan semasa.. tapi si pekerja mereload tu buat silap.. habis duit dalam kad tu hilang, kita kena pergi cari customer service dia, isi form and kena tunggu sebulan dua baru boleh dapat balik duit kita balik.. hah kan ke tak menyusahkan orang tu???

sakitttttttttttttttttttt kepalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
__________________
woi penyokong Arsenal.. korang pergi bunuh diri je la... malu weihhhh kalah 1-5...

hal semasa...

semalam kawan wife aku mengadu.. hari ahad hari tu dia pergi batu caves tu nak cukupkan hajat dia kut sempena thaipussam ni.. dia dah puasa almost sebulan dah.. kesian jgk sbb dia ni suka sngt KFC.. mengidam gila la sebulan tak boleh makan ayam.. ok.. kat batu caves tu dia kena bawak susu atas kepala.. sampai kat atas tu nak masuk kuil tu dia kena bayar RM10.. dia cakap dia tu takpe lagi sbb bawak susu, ni orang yg bawak kavadi semua tu lagila.. penat² naik tangga tinggi bawak benda berat, sekali kena bayar.. kawan wife aku ni cakap ketua kuil tu yg mintak bayaran.. bila bebudak ni tanya siapa ketuanya? dia cakap.. Dato' Sam* V*llu. Terus bebudak office tu cakap.. Masuk kuil pun nak bayar tol ke??? Hehehehe.. tapi kesiankanla.. Org nak beribadat kena bayar plak...
__________________________
ada baca nst hari ni? hukuman orang yg tanam baby yg baru lahir hidup² ialah 5 tahun penjara and 4 sebatan.. sikit kan? compare to nyawa yang melayang tu? entahla.. kengkadang hukuman² yg mcm ni buat orang tak takut nak buat salah.. cuba kalau siapa yg merempit hukuman potong lima jari, sure takde orang merempit.. ye ke? tak jgk kut rasanya.. kurang merempit maybela...
___________________________
wah, passport wife aku akan siap dlm masa sejam lagi.. sungguh efisien imigresen wangsa maju ni.. teringat balik peristiwa yang buat aku benci pekerja kerajaan dulu.. imigresen jgk.. tapi imigresen kajang.. perangai mcm anjing.. eh mcm babi.. terus aku dendam.. aku ingat lagi mcmana mamat tu maki sorang apek ni.. mcm apek tu binatang je... nasib baik imigresen wangsa maju ni dpt mengubat luka hati aku ni.. tahniah...
_________________________
Pak Lah bagi cuti hari Thaipussam.. syokla.. tapi harap² lepas ni jgnla semua orang nak demand cuti yg lain² jgk ye..
____________________
wife aku ckp kat aku semalam dia nampak advertisement S40.. "dapatkan volvo s40 dgn hanya RM1480 sebulan" kitaorg ketawa......... hahahahah lagi mahal dr bayar loan rumah monthly.. pakai proton je la...
____________________
mcmana nak dptkan 300 dlm masa 6 hari ye?

pengajaran

jangan minum air coke campur ais malam² and lepas tu tidur bawah kipas tak berselimut (and jangan expect wife akan selimutkan korang tetiap malam sbb maybe kengkadang dia boleh lupa or malas) - nanti pepagi jadi mcm aku ni.. sakit tekak and demam..... arghhhhhhh...
_________________
I need your arms around me,
I need to feel your touch,
I need your understanding, I need your love,
So much,


You tell me that you love me so,
You tell me that you care,
But when I need you, (BABY)
Baby, (You're never there),

On the phone,
Long long distance,
Always through such,
Strong resistance,

When first you say,
You're too busy,

I wonder if you,
Even miss me,


Never there,
You're never there,

You're never, ever,
Ever ever there,

A golden bird that flies away,
A candle's fickle flame,
To think I held you yesterday,
Your love was just a game,

A golden bird that flies away,
A candle's fickle flame,
To think I held you yesterday,

Your love was just a game,

You tell me that you love me so,
You tell me that you care,
But when I need you, (BABY)
Baby,

Take the time,
To get to know me,
If you want me,
Why can't you just show me,

We're always on,
This roller coaster,
If you want me,
Why can't you get closer,

Never there,
You're never there,

You're never, ever,
Ever ever there,

Never there,
You're never there,
You're never, ever,
Ever ever there


benci betul aku si ana ivanovic tu suka main²kan cinta aku... woi skrg australian open, ramai tenis babe ni tngh main.. :D

pemalas dan bongkak...

aku benci jgk teknologi ni kengkadang.. ada sorang staff kat sini nak software tukar voice to text.. memangla ada.. tapi nak suruh aku cari.. experiment.. survey etc.. tulis je la kak oii.. takkanla pemalas sngt.. ckp, suruh software translate.. memang melampau...
_________________
semalam gi klinik sbb umar, kena demam campakla plak.. ada satu mamat ni dgn anak dia 4 orang.. kan ke sepatutnya dia concentrate kat anak dia yg sakit tu.. tak.. dia tngk aku yg selekeh serabai ni.. so dia nak menunjuk.. nak bgtau yg dia tu big shot!.. dia call la sorang Dato' ni bincang psl business apa benda ntah.. ye aku tau.. dia memang nak menunjuk.. sbb before aku duduk dekat dia, masa aku tngh dukung² umar nak comfortkan dia.. dia takde nak call.. dua sbb aku selekeh and serabai.. since dia nampak aku ni nampak aku ni mamat loser.. dia pun nak tunjukla tu.. dia abaikan anak dia yg 4 orang sakit tu.. dia call Dato' tu.. padahal dia boleh call bila sampai kat rumah or bila anak² dia dah dapat ubat at least.. cakap kuat² nak bagi aku dngr...

woiii Melayu sudahla kau!!!!!
___________________
eh chicken pox dgn demam campak lain ye? chicken pox dlm bahasa melayu apa?

sabtu yang serba tak kena...

hari ni aku kerja.. sebulan sekali kena kerja weekend.. tapi serba tak kena hari ni... umar demam dr petang semalam.. so fikir terpaksala masuk kerja lambat sikit.. mengenangkan klini bukak pukul 9.30, aku tidur la balik, cadang nak bangun pukul 9.. tngk pukul 10.30 terjaga.. menggelabah bersiap semua.. gi klinik.. sampai klinik dlm pukul 11.. tengok ramai orang.. elok je nak turn kitaorg masuk, tetiba ada emergency case plak.. budak tu jatuh kut.. siap kena ada minor operation.. tunggula lagi.. tngk² pukul 12++ jgk siap.. balik makan roti canai sbb dari pagi tak makan apa, gi office.. pukul 1 baru masuk.. sampai office, check email, boss suruh kerja kat KL dua hari minggu depan.. dua hari tu takpe.. tapi kena kerja dr pagi sampai malam.. hai.. nasib, nasib.. nasib baik rumah mentua kat KL, bolehla sementara anak aku nak sihat tu bolehla kitaorg tidur rumah mak mentua aku, aku nak gi office KL dekat and anak aku pun dapat extra attention dr nenek dia nanti.. amin...

Eh, kenapa aku rasa mcm nak demam ni.. Haahla.. last time anak aku demam jangkit kat aku.. Aku tak sure orang cakap baby demam² ni sbb nak pandai buat something betul ke tidak.. anak aku dah nak berjalan ke? dia baru nak masuk 9 bulan.. tapi pagi tadi aku perasanla satu benda yg lain.. biasanya anak aku just tngk kartun, tngk sahaja.. tadi dia tngk siap ketawa² plak bila ada benda lawak.. mcm faham pulak...

harap anak aku kat rumah tu dah sihatla skrg ni.. sbb mcm tak tenteram plak nak tngk bola malam ni kalau anak sakit... heheeh.. Perak vs Kedah tu.. Northern Derby!!!
________________________________
aku baru sedar pencapaian hebat aku tahun 2007 ialah aku dah start makan sayur.. aku paksa makan actually.. lepas tu aku tanam kangkung, kailan and bayam kat belakang rumah aku.. so aku kenala makan bagi motivasi sikit.. ye la.. nak kuruskan badan konon²nya and nak bertambah sihat... rokok ni satu lagi masalah aku.. entah bila la nak boleh berhenti... harap by 30 boleh stop....

3 bulan lagi setahunla saya...






Like Father, Like Son

"Since your baby is probably mimicking many of your behaviors - the good as well as the bad - now's the time to think about what behaviors you'd like to change or improve in yourself before he or she starts following your example. For example, if you react calmly when things don't go your way, then your baby is likely to do the same. If you get upset and yell, he or she is likely to mirror that behavior as well. That can be a scary thought. People often wonder how they became just like their parents. Well, it all starts now..."

Benda yang paling aku takutkan bila aku ada anak ialah anak aku akan ambik sifat² buruk aku.. ye.. umar dah ikut dah perangai buruk aku.. aku ada belikan dia permainan ni.. dia kena masukkan benda bulat ni dalam stand dia.. and bila dia tak berjaya dia akan mengamuk sekejap.. sampaila dia berjaya masukkan..

and bini aku pun akan cakap.. "ha ikut ayahla tu".. ha aku ni memang, kalau stress je mesti aku mengamuk punya.. aduii.. tension betul bila benda yang aku paling taknak, jadi..

2007/2008

2007 Highlights

January
Berjaya beli jersi perak.. start belajar main gitar guna buku.. sekejap je sbb lepas tu takde masa.. hampeh!

February
Hafezh mengenalkan aku lagu A Lompak Agogo nyanyian The Swallows..

March
Beli kasut futsal, kasut bola pertama selama hidup.. masa sekolah dulu pinjam cikgu punya je..

April
Dapat anak....

Mei
Beli camera

Jun
Berjaya buat website yang pertama, untuk kawasan perumahan rumah aku

July
Takde apa yg menarik

August
Ulang tahun perkahwinan yang kedua

September
Kena tipu pasal kerja freelance buat kesekian kalinya

October
Balik duduk rumah sendiri selepas 6 bulan tinggal Keramat

November
Tngk bola kat stadium.. Perak main

December
Dapat bonus.. dah habis dah pun hehehehe...
_____________________________

Apa yang aku harap 2008 ni?

1) Hmm aku harap hidup aku senang sikit lagila dari sekarang..
2) And hope dlm dekat hujung² tahun ni dapat sambung study..
3) Hope dapat settlekan hutang² credit card tu..
4) Hope dimurahkan rezeki and family aku sihat²....
5) Harap kerajaan buat kerja dengan betul..
6) Harap negara tak ditimpa bencana
7) Harap iman aku kuat
8) Harap aku and family gembira sentiasa....
9) Harap aku dapat buang perasaan jealous dgn orang lain dan buang pemikiran aku yang rasa dunia ni tak adil.. Kalau bukan dunia pun ada manusia² yang tak adil etc...
10) Hope orang² yg aku pernah buat salah maafkan aku...
11) Hope aku ada ramai kawan²...
12) Harap pokok² sayur aku hidup subur dan pokok² cili aku berbuah dgn banyaknya..

Banyaknya mengharap.. entahla.. dapat satu , dua pun jadila... amin........

mcm²....

Gay
aku nampak bebudak gay kat Malaysia ni dah open.. mcm hari tu aku gi Sungai Wang, aku nampak bebudak ni open gila.. pakai baju sama pattern segala.. pegang² tangan.. tak.. aku takdela tak suka diaorg ni sbb aku ada jgk kawan² yg gay and diaorg best.. cuma sekarang dah tak mcm dulula.. org takut nak admit.. sekarang dah open gila..
tapi kalau korang nampak org pakai baju sama mcm ni peluk².. itu bukan maksudnya diaorg gay.. ni namanya pemain bola sepak yang tengah celebrate gol...

michael carrick kau memang celaka... pak ji sung clear kau tak pass kat dia. kau pass kat org lain jgk.. sanggup tu stop pusing² cari org lain padahal boleh one touch pass kat park ji sung..
___________________
Pasaraya Warta
Semalam aku pergi Warta Bangi tu sbb nak cepat kononnya beli barang.. ye la.. Warta, takkan ramai orang kut? kan? Tak.. Memang ramai gila orang.. parking pun takde.. tempat yg tak glamer mcm tu pun ramai orang ke?? Tension aku... Dahla nama pasaraya dalam tu.. pasaraya bintang je.. bukan Giant ke Care4 ke.. ishhh....
__________________
Perfume
Aku baru belikan perfume untuk wife aku... Org cakap bau adalah benda yang paling senang kita ingatkan.. aku belikan perfume yang bukan dia pakai sebelum ni.. since aku beli online.. aku tak taula bau asal dia.. sekali tu bila wife aku pakai.. aku rasa aku tau bau tu.. aku tau aku bukan bau, bau pefume tu dekat orang yg aku kenal.. aku rasa aku pernah bau tu dalam lrt.. and aku suka gila.. tapi aku tercari² siapa ke gerangan yang pakai.. and perfume apa yang org tu pakai.. last² jumpa jgk.. Secara tak sengaja.. memang hebatla kuasa bau ni..
___________________
Kerja
Aku ok kerja sini.. tapi kenapa mesti mcm dulu je?? ambik aku kerja.. lepas sekejap aku fokus kerja aku skrg kena buat mcm².. kena backup semua org.. kerja aku yg dioffer dulu dah takde.. and kalau ada lagi teruk sbb semua benda nak kena buat.. apa ntah nasib aku ni.. hampeh betulla.. terukla aku mcm ni..