end

It's a case of:

- One visit to dentist...
- One phone call from university..
- One e-mail from neighbour...

End of misery.. End of besout.blogspot.com...

Mintak maaf kalau ada salah silap dan kasar bahasa... Selamat tinggal and Assalamualaikum....

3,1,0

Semuanya bermula dengan pengaruh kawan² masa sekolah rendah..

"Kau hisap rokok ni, boleh bagi kau power, lari laju²"

Kawan aku cakap right before aku pergi Stadium Lumut lawan lari.. Apa ke bodohnya aku boleh percaya.. Tapi takdela aku merokok gegila pun.. Yg aku betul² hisap rokok secara professional aku rasa 10 tahun lepas.. 10 TAHUN????? Gila bab....... Lama tu..

Last week bila kena sakit gusi yang sangat sakit tu, aku sedar.. dah sampai masa aku berhenti.. Sebenarnya aku still nak buktikan bukan sebab rokok, tapi lepas aku hisap rokok sesikit, mmg sakit.. kira lepas hisap rokok mmg sakit.. so memangla kena berhenti...

Semalam aku dapat kurangkan kepada 3 batang.. Hari ni baru sebatang.. and aku akan kekalkan, walau mcmana pun sebab aku dah beli nicotine patch.. Memang seksala semalam, sebab badan aku nak nicotine, hari ni aku ok sikit.. Doakan aku berjaya ye.. Amin................. Selamat tinggal rokok...

Note untuk diri sendiri - Buktikan! Banyak kelebihannya!

mengundur diri tidak lama lagi

Look, if you had one shot or one opportunity
To seize everything you ever wanted in one moment
Would you capture it or just let it slip?

....
the moment you own it you better never let it go
You only get one shot, do not miss your chance to blow
Cuz opportunity comes once in a lifetime......

nak belajar sangat

kau setup satu university kat Bangi, lepas tu kau ada program part time, targetnya untuk orang yang bekerja.. adala satu mamat ni excited gila sbb akhirnya dia ada chance nak study.. kena segala²nya dgn apa yang dia nak.. kira dekat dgn rumah and tempat kerja dia.. cukupla budget tak payah bayar tol, isi minyak bebanyak etc.. sekali tengok dia buat kos part time ni kat tengah KL nun.. yg jauhnya dlm 70km dr tempat kerja and rumah mamat ni.. apa kejadahnya??? dah kat Bangi tu buatla kat Bangi......arghhhhhh...... mana ada budget utk tol, minyak etc.... tak mampula.. lepas tu mau pukul 12 baru sampai rumah kalau mcm tu...
____________
tapi sbb mamat ni nak belajar sngt.. kebetulan pula boss dia tetiba suruh dia belajar satu benda baru.. boss dia belikan buku.. bagi segala link website utk mamat ni belajar.. so takpela. tak dpt degree pun takpela.. belajarla dr buku and website.. nak belajar sngtkan? Hah belajarla sampai muntah kut boleh pandai!

sakit yang paling sakit dalam sejarah kehidupan manusia



Sepanjang hidup aku memang aku ada sakit.. Bahu aku dislocated sakit, tak urut betul² pun lagi, dah 10 tahun dah.. mmg kadang² terdislocate jgk.. masukkan balik.. aku boleh tahan sakitnya.. ankle terseliuh? boleh tahan.. jatuh berguling² atas jalan raya, yg orang ingat aku dah mati and ambik masa dlm dua minggu untuk elok, sihat bebetul dulu? aku boleh tahan...

Tapi bila gusi aku infected, sakitnya aku tak boleh tahan.. sakitnya memang paling sakit dalam sejarah hidup aku.. Aku cakap kat dentist aku, maybe sbb berlubang, bila dentist tu tanya mana yang sakit, aku tak sure sbb rasanya semua sakit.. adala satu gigi tu berlubang.. dia cakap dia adala suspect something tapi dia nak try dulu tampal lubang yg kecik tu.. dah tampal still sakit lagi and dia cakap gum infectionla ni.. dia cuci gigi aku.. bagi aku ubat.. sementara nak tunggu husband dia balik (Hafezhla tu) main basketball.. sembang²la sekejap.. Aku cakap sakit gila sambil pegang kepala... dia suruhla aku makan pain killer tu. dia buat lawak.. mmg sakit. sakit dia lebih kurang sikit je dari sakit orang nak beranak.. aku tak surela dia buat lawak ke serius.. tapi aku setujula dgn apa yang dia cakap tu walaupun aku tak pernah beranak... dia cakap sebab merokok.. hmm nak berhenti terus memang susahla.. semalam aku hisapla dlm dua batang rokok sehari.. lepas gian.. sepanjang hari telan pain killer semalam.. basuh mulut, makan ais setiap 15 minit.. nak rasa lega sikit.. aku tidur asing malam tadi, takut kacau anak bini aku.. sedar² dah tak sakit dah... and sampai skrg dah dlm 7 ja kut tak sakit.. harapnya sampai bila² oknya sbb memang aku tak sanggup nak hadapi lagi sakit mcm tu.. ishhh.. gila...

hah kalau korang nak jumpa dentist pergila ke Impian Dental Clinic, kat seksyen 3 Bandar Baru Bangi.. Kalau sakit yang paling sakit dlm sejarah hidup aku dia boleh heal kan, kira okla dentistnya tu..

Ketagih Seks


DI SINI ingin saya luahkan apa yang saya alami selama ini. Saya tidak larat nak menanggung penderitaan ini. Biar apa orang nak kata. Sebenarnya saya kini ketagih seks.
Semuanya bermula setelah saya dipaksa melakukannya oleh bekas teman lelaki. Sejak berpisah, saya mengenali seorang lelaki yang begitu ambil berat tanpa menghiraukan status diri saya. Dia berjanji akan mengambil saya sebagai isteri.Selama ini, sudah enam bulan kami melakukan zina di rumahnya. Seolah-olah kami sah berkahwin, namun selepas itu saya mendapat berita dia akan berkahwin dengan insan pilihan keluarga. Sejak itu saya benci lelaki.Masalahnya, saya sudah ketagih seks. Saya cuba lupakan seks, tetapi hanya bertahan seminggu. Sampai kini saya dihantui perasaan takut. Banyak soalan tak dapat saya jawab.
Adakah insan yang sudi menerima diri saya sebagai kekasih dan isteri? Ikhlaskah mereka selepas mengetahui diriku yang sebenar?
Dang Setia, bantulah saya untuk menangani masalah ini. Umur saya kini 21 tahun. Saya ada azam untuk berubah, ingin mempunyai kekasih yang betul-betul dan memiliki keluarga bahagia seperti orang lain.

Apabila saya mendengar ada kawan nak bertunang dan berkahwin, saya rasa sungguh cemburu. Kenapa saya tak seperti mereka?

Kalau aku bosan.. atau ingin bergelak ketawa aku mesti pergi keruangan tanya pakar dang setia kat harian metro. Apa ke bodohnya nak selesaikan masalah kat surat khabar? Lepas tu sanggup tunggu org tu bagi jawapan. Aku taula ni semua direka², nak bagi orang excited.. Or contoh, kira kalau lelaki yang baca ni sure akan cakap.. wah.. ada perempuan mcm ni.. and kalau dibagi contact no (seandainya mmg betul org ni tulis surat) sure berjuta orang akan selesaikan masalah mcm perempuan ni..

Ataupun sebenarnya Dang Setia ni sebenarnya adalah lelaki.. Bila terjumpa orang² yg ada masalah mcm ni, dia yang sendiri akan call perempuan tu and tolong settlekan masalah tu.. and since perempuan ni dah ketagih, maybe dang setia ni akan share dgn kawan² dia...

Kepada manusia² yang tulis kat surat khabar, or cerita masalah kat radio.. tolonglah.. rentikanle.....
___________________
Org DAP, jgn lawan Sultan.. Korang pernah dengar perkataan Daulat tak? Nanti bisu nanti.. Org BN sure senyum lebar sekarang tngk apa jadi kat Perak nun..

so much for happy ending



Selepas pilihanraya...

Indian

Bagus sebab tiga orang besar yang bertelagah selama ni dah setuju nak bekerjasama untuk menyelamatkan dan membangunkan kaum India.. Semoga Berjaya!

Chinese

Yg kat Penang happyla sebab kaum diaorg yang jaga negeri.. Perjuangan parti pun untuk kaum dia.. DEB nak dibuang dan konon²nya dah tak relevan.. kira sekarang nak buat tiga² kaum untung.. Boleh percaya ke?

Melayu

Aku yakin ada banyak orang yang pangkah DAP/parti pembangkang hari tu pada saat dan ketika ini tengah duduk merenung nasib.. Lebih² lagi orang Penang and Perak! Negeri tanah tumpah darah aku...
_______________________________

Salah sendiri jugak.. Mcm kerajaan, kalau dia buat kerja betul² and betul² bantu rakyat, semua ni takkan terjadi.. Kalau takde rasuah semua tu orang akan happy dengan kerajaan yg ada dulu.. Resam Melayu, tak boleh tengok kaum sendiri senang.. Inila jadinya.. Bila wakil rakyat yang dilantik tak buat kerja.. and tetiba jadi kaya raya.. semua orang dengki.. And sebab hasad dengki ni habis kaum lain yang dipilih.. And sekarang bila dah kaum lain yg memerintah, Melayu tak dapat apa².. Agaknya adala segelintir yang happy.. Takde Melayu yang lebih kaya so ok.. biar kaum lain yang kaya... janji dia tak lebih kaya dari aku!!

Susah jugak nak cakap ye sebenarnya.. Bila dah jadi mcm ni, mcm kat Perak aku rasa rakyat sedarla diaorg kena balik kepada BN and BN tolongla jangan buat perangai lagi.. kalau buat perangai and manusia akan undi based on kaum masing².. selamat tinggalla 3 kaum yg berbeza hidup aman damai.. bersatu padu.. Jangan sampai bunuh membunuh.... Padahal DAP ni and pembangkang ni asalnya nak bantu rakyat and bekerjasama.. Ni pasal siapa layak jadi MB pun dah gaduh.. mcmana nak tadbir negeri??
Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!
Kepada yang lain boleh jugak mencontohi Hafezh yang sudah men-check-it-out mcmana nak apply Green Card.. Hahahahaha...

PAS, pelik dan pergi mampos

Sembahyang hajat nak selamatkan Kelantan..

Aku dah melihat PAS dari sudut pandangan yang berbeza sekarang.. lepas aku tengok rakyat Kelantan sangat sayangkan PAS..
_______________
ada dua benda pelik minggu lepas aku nampak.

1) Ada seorang perempuan ni rambut dikalerkan, pakai seluar pendek, baju ketat.. seksi gila.. tetiba anak dia bertudung litup etc.. bertudung yg gegila tau.. anak dia kecik lagi.. pelik gila aku tgnk...

2) Aku nampak mesin buat ABC kat satu restoran ni.. since masa aku beli nasi kat situ tengahari yg panas.. aku cakapla.. bungkus 2 ABC.. dia boleh jawab.. ooh.. ABC malam je.. Gila ke woi?? Malam² yg sejuk jual ABC.. tengahari buta tak jual...
________________________
Semalam aku shoot kat Damansara.. Since diaorg bersembang pasal benda yang aku tak tau.. aku diam je la.. Tetiba tngh elok cakap English gegila.. minah Indian ni tanya benda cakap melayu dgn aku.. Aku mcm "woi babi, aku bukan tak faham Englishla.. aku mmg jenis diam.. benda korang sembang tu bukannya aku tau apa pun, jgnla discriminate aku yg selekeh and buat kerja berat/kuli ni.. Lancau!"
____________________________
Pagi tadi ada budak sekolah naik RX-Z kena langgar.. pukul 8.30pagi.. apa kejadahnya pukul 8.30 ada kat jalan lagi??? Bukan pukul 7.30 dah kena ada kat sekolah ke? Elok kau mati je la tadi budak oii.... daripada dah besar nnt jadi loser mcm aku and menyesal... Samala dgn budak sekolah kat Kajang hari tu.. pukul 9 atas jalan bawak motor ramai² siap uniform sekolah.. siap whellie² lagi.. korang semua pergi mampusla.. dah besar nnt menyusahkan orang plak jadi penjenayah, hisap dadah semua!!! Merosakkan bangsa...
________________________
Kepada makcik jual kuih kat roundabout bkt mahkota, kalau kau tak berniaga esok pagi aku robohkan kedai kau.. berniaga ikut sukahati.. agaknya time takde duit baru berniaga...
__________________________

Anak penoreh getah pelajar terbaik Kelantan

MACHANG: Kejayaan anak penoreh getah muncul pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2007 Kelantan, membuktikan kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya.

Wei reporter.. kau ni ikut perkembangan ke tidak??? Harga getah mahal sekarang.. suka hati bapak kau je cakap org tu orang miskin..
_____________________
Haah.. aku marah hari ni.. Kepada anak somebody yg mintak maaf kat tv semalam pasal salah silap ayah dia, menangis mcm dia pun dah nak mati sama.. semoga orang yg benci dan marah kat ayah kau tu ampunkan dosa dia.. mati sakit jantung kan? Terkejut ke takut kerajaan baru selak file² lama.. or mati sbb ramai orang cakap.. "Pergi mampusla kau"...........

i'm sorry samy vellu....

Kepada kerajaan baru di negeri Kedah, Selangor, Perak (aku mcm tak percaya kat Perak pun boleh jadi mcm ni) Penang and Kelantan.. Bawakkanlah perubahan yang baik. Tunaikanlah janji dan jagalah rakyat dgn baik..
___________
Salah satu sebab aku tak undi adalah sebab aku tak percaya yang negara ni demokrasi.. Bila SPR tarik balik penggunaan dakwat hitam hari tu bertambah lagila ketidak percayaan aku.. aku anggap semuanya dah ditulis didecide oleh kerajaan.. Nampaknya aku silap.. memang boleh ubah kerajaan rupanya.. Selama ni aku anggap kalau nak jadikan kerajaan baik, korang kena masuk BN lepas tu ubah dari dalam.. Nampaknya dgn Pilihanraya pun boleh.. Hehehe.. Dengan ini saya bersemangat untuk mendaftar di SPR dan akan mengundi pada pilihanraya akan datang...

So.. Apa yang aku nampak.. kita sebagai rakyat akan senang dalam 5 tahun lagi.. Kalau Barisan Alternatif ni tak perform orang akan balik pada Barisan Nasional.. Kalau Barisan Nasional tak perform.. Habisla satu Malaysia Barisan Alternatif ambik.. Muahahahahaha.. Kuasa di tangan rakyat.. Yeeehaaaa.............. Harap kereta pun boleh murah.. harga barang tak naik.. Aminnnnnnnn..................

election


Sebelum ni masa GE aku takdela ambik tau sngt pun sbb aku muda lagi.. skrg aku dah taula apa bendanya, prosedurnya etc.. eh pergi mampusla.. nak bermukaddimah plak.. aku cakap je la..

Tadi ada orang BN belanja aku lunch. satu gerai.. gila.. tapi sbb dia bagi aku benda lepas ni aku nak pergi mengundi and pangkah diaorg la.. sbb? sbb PAS dgn Keadilan bagi aku kertas dgn CD, mana boleh kenyang bagi kertas..

Heheh aku lawak je la.. tapi kat semenyih hebatla diaorg ni nak bertanding.. And from kertas yg aku dpt tau aku taula profile and kebaikan orang² yg nak bertanding tu.. kejahatan aku tak tau sbb dia tak tulis.. Selamat Mengundi..

Tagged

Di tagged oleh wardina

8 random facts about me
(1) Suka marah² masa bawak kereta kat jalan bangi lama..
(2) Pendiam..
(3) Suka makan nasi kandar
(4) Siapa yang ajak aku date pergi makan akan rasa bosan sbb aku makan sungguh² tak cakap.. tak caya tanya wife aku..
(5) Belum lagi mendaftar kat SPR.
(6) Berangan 24 jam..
(7) Berkahwin dan ada sorang anak..
(8) Sentiasa rasa dunia ni tak adil kat aku..

FAVORITE BREAKFAST IS: Roti Canai Central Market Curry House, Warta Bangi.
THE MOVIE I’VE WATCHED MOST NUMBER OF: The Replacement Player, Wicker Park, Lucky Number Slevin, Four Brothers.
LEAST FAVORITE SUBJECT IN SCHOOL: Sejarah
SPEND MY LEISURE TIME: Tengok TV
WORST SMELL? Banyak..
IF I COULD HAVE ANY CAR IN THE WORLD, WHAT WOULD IT BE? Honda Civic Type-R

FAVORITE HOUSEHOLD CHORE? Takde kut..
WHEN I WAS A KID I DREAMT OF BECOMING A: Takde cita².
FAVORITE COLOR(s): Merah and hitam
FAVORITE PERFORMER(S): Entah..
IF I COULD REPEAT COLLEGE, I’D TAKE: Mechanical Engineering
THREE THINGS I CAN’T FORGET BEFORE GOING TO OFFICE? Kunci, Handphone, Wallet
FIRST THING I’LL BUY WITH MY FIRST SALARY: Nokia N95 8Gb.. wish je la...
I’D LIKE TO BE REMEMBERED AS: Orang yg membantu masyarakat.. contoh: bagi derma sejuta ringgit utk bina surau.
IF A BOOK WAS MADE INTO A MOVIE, WOULD YOU STILL BOTHER TO READ THE BOOK? Tak.. Aku prefer tngk movie..
SPECIALTY IN COOKING? Maggie yg bermacam² jenis.. dah dicustomize kan menjadi sngt sedap dan menarik.
PRESENT CRUSH(ES)?
FAVORITE HANG-OUT? Takde..
BEST PLACE TO SHOP? Takde.. Semua lebih kurang je..
DO YOU LIKE TO WATCH PLAYS? Tak..
FAVORITE PLACE IN YOUR HOUSE? Depan TV
BEST GIFT YOU’VE RECEIVED? Tak pernah dapat gift
WEIRDEST GIFT YOU’VE RECEIVED? Lagi sekali tak pernah dapat gift.
GIFT THAT YOU WANT TO RECEIVE AS OF THIS MOMENT? Nokia N95 8Gb
YAHOO OR HOTMAIL: Yahoo
LEFT OR RIGHT: Right
BLACK OR WHITE: Black
BLACK OR BLUE PEN: Blue Pen
SANDALS OR SHOES: Shoes.. (Sport shoes)
CHOPSTICKS OR SPOON AND FORK? Spoon and Fork
ROBOCOP OR RAMBO: Hahahaha.. dua-dua aku tak suka..
JOLLIBEE OR McD: McD kut sbb aku tak tau lagi satu tu..
COKE OR PEPSI: Coke (Vanilla coke)
LAST PERSON YOU TALKED TO: Wife
LAST PERSON WHO TEXTED YOU: Adik aku..
LAST PERSON WHO MADE YOU LAUGH: Wife.. sbb dia garu² dagu mcm berfikir hari ni dia akan jadi orang kaya dpt bonus.. Hampeh..
LAST TIME I CRIED:
YOU SEE ME ALWAYS DRINKING: Air kosong.. Every 15 minutes..

27

kali ni je.. kali ni je.. amin..............

korang mesti dah tngk kan video yang pasal ubah cara hidup perli kerajaan tu.. hahahaha.. aku pun bengang jgk kut sbb nak bagi negara kaya raya, rakyat kena ubah cara hidup jadi miskin.. ni la yang aku tak nak mengundi ni.. aku tak tau nak pilih siapa... kerajaan ada jgk benda yg betul.. tapi banyak jgk benda yang salah.. pembangkang? boleh ke diaorg tunaikan janji or diaorg akan korup jgk kalau dah dpt memerintah?
______________________
esok birthday aku.. selama aku hidup ni mmg tak pernah celebrate la.. tiup lilin? makan kek? tak pernah.. aku takdela sedih sbb aku takdela look forward sngt pun birthday² ni.. tapi brithday kali ni aku mcm nak sesangat phone nokia N95 8Gb ni.. aku tak boleh mintak dgn mak bapak aku sbb mcm takut terperanjatla plak diaorg.. "apa ke heinye ni tetiba nak hadiah plak tak pernah².. buang tebiat ke apa?" and aku takdela nak mintak kat bini aku sbb kitaorg sama² tidak berkemampuan..

aku mcm nak ada satu magic.. satu kejadian ke apa ke.. esok aku akan dapat phone ni... kira mcm jumpa tengah jalan ke apa ke... aku mmg berkenan sesangat.. and kalau benda ni jatuh dari langit masa birthday aku.. alangkah indahnya.. amin......... sekali ni je.... sekali ni je!!!! kut ada millionaire ke terjumpa blog aku ni nak bagi aku ke kan? mana la tau.. tak pernah aku berkenan kat phone sampai tahap mcm ni.. :-(

...even our birthdays is cursed days....

park ji sung hebat!

1) kau mintak kerja.. ckp kerja video.. sekali lepas sebulan... kau kena jaga library, buat website, buat flash, kena tukar system, kena buat itu, kena buat ini and skrg kau kena install scanner kat lab plak.. tekanan......

2) Kereta problem.. padahal beli brand new and takdela bawak mcm sial.. tekanan......

3) Pokok cili korang kena kencing kucing, pokok cili mati.. tekanan...

4) Yahoo groups kawasan kejiranan bergaduh pasal politik.. tekanan....

5) Anak akan sakit setiap sekali sebulan.. Banyak benda tak boleh buat.. semua tak terurus.. tidur tak cukup.. tekanan...

6) Satu office. semua orang tertekan marah²... sbb tak cukup staff.. tekanan....

7) Pejabat pos suruh ambik bungkusan cakap 8.30 dia dah bukak.. sekali datang pukul 8.50 takde orang.. ketuk² pintu taknak bukak.. tekanan...

8) Hutang banyak.. tekanan...

9) Masuk contest tak menang.. tekanan....

10) Dengar/nampak orang lain senang dgn cara tak betul.. bengang.. tekanan...

11) Rumput kat rumah tumbuh gegila takde masa nak potong/cabut.. tekanan...

12) etc ect..

sekarang aku tau kenapa orang dah tak boleh terima keadaan lepas tu bunuh diri....
__________________________
Kalau korang nak beli barang tupperw@re.. pergila sini.. http://pizlionlineshop.blogspot.com/

tolongla aku sikit..