demam dan excitement yg hilang..

Aku selalu kalau minat sesuatu benda aku akan dapatkan dengan secepat mungkin.. and kalau aku tak dapat dalam masa cepat yg aku nak terus aku hilang interest.. Memula akuarium sbb takde yg sesuai, so tak beli, konon nak tunggu yang paling sesuai.. Lepas tu nokia N95 tu.. takde duit, cadang nak kumpul duit.. so terus hilang minat.. Sekarang ni Ipod.. dah nak masuk dua minggu dah.. tapi duit tak cukup sampaila esok.. and orang yg konon penjual Ipod murah tu tak reply² message aku.. So akan jadi mcm akuarium dan N95 tu jgkla nampaknya.. Next week mesti aku dah tak hilang interest and dah takde excitement dah nak dapatkannya...

Tapi kalau tak jadi beli IPod.. aku rasa aku akan beli jgk mp3 player ni...

Sony WALKMAN Video MP3 Player - NWZ-S615F/S

Sbb mcm perlu jgk MP3 player ni... kalau malas or tak minat IPod aku settle for ni je la... Mcm malam tadi aku dengar lagu² lama... Aku bayangkan kalau aku dngr dalam tren sure layan gila.. hilang penat lelah... Lagu²nya...

Travis - Sing
Aaliyah - Try again

Best woo...

Baby, youve been going so crazy
Lately nothing seems to be going right
_____________

IT'S BEEN A LONG TIME,
WE SHOULDN'T HAVE LEFT YOU,
WITHOUT A DOPE BEAT TO STEP TO,
STEP TO, STEP TO, STEP TO
__________________
Demam plak aku ni.. kejap elok, kejap demam.. jgn kena sakit bukan² sudah...

imagine this...

bayangkan aku kena buat iklan pasal "Jangan Lupa Asal Usul"

Scene


Dalam LRT

Storyline...


saat - 0-5
- Ada minah ranggi ni.. pakaian sangat up-to-date.. modern gila.. Camera focus dari atas ke bawah....
saat - 5-10 - Phone minah tu bunyi lagu Chris Brown.. tajuk with you.. ada rap² sikit.. part chorus...

And oh, I'm into you and
Girl no one else would do
With every kiss and every hug
You make me fall in love
And now I know I can't be the only one
I bet there's hearts all over the world tonight
With the love of their life who feel
What I feel when I'm with you, with you, with you, with you, with you... girl
With you, with you, with you, with you, with you... Oh girl

saat - 10-20 - Minah tu jawab phone call tu.. and cakap...

"hello.. mu kak mano?"
"ooo kawe dlm treng ni.."
"lagu tu ko?"
"hah nnt kawe kelik kawe (aku dah tak dapat tangkap apa dia cakap"

saat - 20-24 - Keluar tajuk/peringatan - Jangan Lupa Asal Usul or Bahasa Ibunda Anda!"

kan aku cakap LRT banyak bagi idea!

benda yang kena ada nanti..

1) Kawan lelaki or perempuan yang rajin bersembang yang turun kat tasik selatan.. Skrg ada budak ni turun kat Sg Besi tapi jenis masuk tren terus call balak dia kut.. so aku bosan...

2) MP3 Player!! Mesti.. Bosan gila tengok couple ni main game kat phone bunyi kuat² or dengar ada satu minah tindik hidung ni cakap kat phone "Haha.. (stop ketawa) I tak boleh ketawala sbb ramai orang dalam tren ni"

or kalau ada orang kaya yang nak sedekah aku phone yg paling latest dan berteknologi tinggi hantarla kat aku.. boleh dngr lagu from phone je...

aku dah tau dah kenapa dulu aku creative and banyak gila idea.. especially dlm buat short film.. sbb aku naik tren.. dlm tren banyak benda boleh fikir.. and observe² perangai manusia ni boleh jadi idea.. sbb aku ni realist.. aku suka highlightkan benda yang bebetul jadi ke dalam short² film aku dulu...

*Ngantuk gila.. Kenapala umar tak meragam dalam pukul 2.30 ke bolehla aku layan man u lawan barcelona.. ni bangun pukul 5 kena layan elmo's world plak dgn dia... zzzzzzzzzzz......................

Gambar² Umur Umar Setahun.

disebabkan ayah saya malas nak ke Sogo belikan mainan baru, and mama saya belum belikan lagi toys online, saya invent sendirila.. sesuai dgn usia saya, kali ni saya invent permainan masukkan chopstick dlm kotak ubat gigi..

berjaya!! and biasanya bila dah berjaya, saya bosan.. agaknya itula sbb ayah saya taknak beli tu sbb bila dah pandai saya dah tak main lagi dah..

Makan chopstick.. ada harapan pegi ke klinik Dr Nisa awal nampak gayanya..

Hah buat apa tu?? (ayah saya mmg pemarah orangnya, banyak kali saya kena marah)
maybe kalau saya baca buku pasal diet pemakanan yg mama saya dpt dr office ni ayah saya tak marah saya.
.Kucing yg manja dgn saya.. tapi bukan saya yg bagi dia makan pun.. ayah saya yg bagi.. tapi ayah saya marah kucing ni sbb tak reti berdikari.. asyik datang makan free senang lenang je.
.
manjala mcmana pun.. kalau friskies tu dah habis takdela kau dpt makan kucing oiii.. ke ayah saya bagi drummet utk kucing ni sebagai ganti...

Selamat Harijadi Anakku... dan study (entry panjang gila)



Disebabkan aku satu family balik kampung dua bulan sekali, so Ahad lepas mak aku dah sediakan kek dgn hadiah.. kira mcm celebrate awal sikitla.. Cepat gila masa berjalan.. Aku ingat lagi Intan tanya aku, kalau tester double line tu pregnant ke? Rupa²nya dia dgn wife aku mengandung masa lebih kurang je.. Sekarang dah setahun dah anak aku... Ok..

Almost setahun aku dgn wife aku tunggu nak mengandung ni.. Punca utama lambat? Stress.. Naik public transport.. KTM Komuter tu la.. Elok je kitaorg pindah ke rumah kitaorg ni, wife aku kena naik KTM Komuter and lepas tu naik LRT utk ke office. and hari² penatla mcm tu.. so decide beli kelisa utk dia.. betul² sebulan lepas beli kereta wife aku mengandung! Hebat tak? Aku rasa takdela apa yg susah pun aku tngk masa wife aku mengandung, except for sebulan dua terakhir sbb aku kena hantar dia ke office.. kira aku la yg susah.. wahahahahaha.. Masa bersalin pun c-sect so cepat dan mudah je la aku tngk.. since aku tak plan nak ada anak ramai aku tak kisah pun kalau second time nanti nak operate jgk.. kira betul² plan utk operate, sbb senang dan mudah.. orang ckp susah nak pantangla apala.. itu semua mitos... elok je aku tngk bini aku tu...

Part yg susah nak bela anak ni pada aku, masa sakit je.. sbb dia merengek.. lepas tu mcm hati kita pun tak senang.. terutamanya masa nak tumbuh gigi.. masyaallah.. dugaan nya.. yg lain takdela apa sngt pun.. mcm umar ni lasak aku kena tngk je dia.. kalau dia buat benda yg tak betul aku kena angkat dia mcm tu je la.. setakat basuh berak, kencing semua tu pada aku itu takdela masalah sngt.. eh masa dia kecik masalah kut, aku tak tau sngtla sbb aku tak terlibat.. aku masuk department tu bila anak aku dah berdiri je.. senang...

Alhamdulillah.. Sekarang anak aku banyak cakap, bahasa dia.. "petha, petha, petha" apa benda ntah.. dia pandai sebut "bye", "thomas" (thomas keretapi tu la) and "hello", cuma masalah anak aku ni, dia tak tau yg dia tau buat, sebut benda, kira tetiba dia cakap.. mcm spontan.. lepas tu dia tak cakap dah.. kira dia tau, tapi dia tak tau yg dia tau.. eh takpela.. mcm susah plak nak explain... anak aku jgk suka bagi kucing makan, suka baca buku and suka tngk kartun.. Suka merengek pun ye jgk.. Apa²hal pun aku bersyukur sbb aku ada anak.. Alhamdulillah...
________________
Setiap dua tahun biasanya aku ni akan buat benda yang baru secara tak sengaja or mcm dapat rezeki.. dua tahun lepas aku dapat kerja dekat sini, yg dekat gila dgn rumah.. tahun ni tetiba college aku dulu yg skrg dah jadi university call aku, ckp ambikla degree dgn diaorg, boleh transfer credit banyak.. aku pun termakanla pujuk rayu orang tu.. and tetiba aku start kelas pun masa anak aku dah cukup umur setahun.. korang perasan tak mcmana Allah plankan hidup manusia ni.. kira tak sengaja dan tak dirancang tetiba aku start belajar masa anak aku setahun.. kira mcm dah besar sikit, wife aku dah ada teman so aku bolehla pergi kelas malam... ha jap lagi aku nak cerita pasal kelas malam aku.. experience aku.. and ini baru dua hari punya pengalaman tau....
_________________
Aku pointformkan je, dlm LRT la cerita² ni...

1) Kalau ada seorang bapuk dan 2 orang perempuan dlm umur 40-an, yg bekerja kerajaan didalam tren.. diaorg akan bersembang, nyanyi etc dgn kuat tanpa mempedulikan orang lain..
2) Kepada lelaki, yg duduk dlm lrt, especially duduk kat tepi seat tu makesure tunduk all the time, sbb kalau tren penuh, pandang depan or tepi nnt nampak bontot perempuan... walaupun pemandangan tu mcm best tapi mcm tak bestla plak kalau orang lain nampak kau tngk bontot perempuan, walaupun sebenarnya korang takde niat sikit pun.. so tunduk je la..
3) Perempuan africa mmg dilahirkan tonggek.. tak payah pakai kasut utk menonggekkan diri..
4) Kalau mulut busuk jgnla cakap banyak² kat handphone sbb nanti orang sebelah kau tak selesa, mcm malam tadi aku tngk mamat tu siap tutup hidung.. aku takdela sampai tutup.. nnt obvious sngt..
5) Kebanyakan pekerja bank, guna phone mahal biasanya nokia N-series.. 80 keatas.. maklumla diaorg kan dpt bonus ke increment back dated sampai ke tahun 2006.
6) Pasangan bercinta akan duduk rapat² and tangan akan diletakkan di peha lelaki sebagai tanda cinta tapi tak nampak obvious..
7) Ada orang yg prihatin.. mcm malam tadi ada "aci" ni masuk mamat tu bagi dia duduk..
8) Pukul 10 kalau kat KL tu mcm pukul 8 pagi.. ramai gila orang balik kerja.. baru aku tau hidup aku yg balik kerja tepat pukul 530 and sampai rumah pukul 6 tu adalah tidak normal..
9) Kebanyakan orang dngr lagu dalam tren..
10) ex-schoolmate aku kelas P.K.Elektrik dulu dah jadi bapok, kesian.. terus malu nak tegur aku...
_________________________________
Rutin aku nak ke kelas ni, pukul 5 aku akan pecut kereta pergi ke tasik selatan dari semenyih.. from tasik selatan aku pergi KL.. Kira mcm mencabar dan memenatkanla kan.. kalau dalam tv org yg dah grad tu baling topinya.. aku tak tau apa nama topi tu.. aku rasa kalaula aku dah habis study nnt, dgn susah payah dan pengorbanan mcm ni.. aku memang melompat guling² happyla.. bukan apa pun aku ambik degree, saje nak puaskan hati sendiri je.. mcmla boleh nak naik gaji pun.. hehehe...

Ok.. Parking kat tasik selatan tu mcm gila sikitla.. gelap, atas bukit.. kira mcm dodgyla. betul ke ejaannya ni.. Semalam turun dr lrt. aku jalanla ke kereta.. aku bila dah bebetul depan kereta baru aku tekan kunci aku tu.. elok je aku tekan.. rupa²nya ada orang tngh beromen kat kereta sebelah.. terkejut bunyi kereta aku.. dlm MyVi.. gila!!! tngh bercium ke? perempuan tu tngh blowjob mamat tu aku tak surela.. tapi aku nampakla diaorg cemas and baru melepaskan diri sesama sendiri.. aku takdela nak cepat... aku panaskan enjin macam biasala.. sepatutnya aku rasa aku sampai je kat kereta aku hisap rokok kat luar and usha je diaorg tu baru aku tekan kunci aku tu hehehehe.... carila bilikla oiiii...... or maybe diaorg dah kawin and diaorg jenis pasangan yg adventurous.. itu aku tak taula.. tapi pada aku itu satu tindakan yang berani.. and kalau kantoi dgn aku, memalukan la...

Hah itu baru dua hari punya cerita.. Aku taula akan banyak halangan, dugaan and pengorbanan yg aku kena buat lepas ni utk berjaya... takdela berjaya.. utk dpt sijil sekeping tu la.. tapi tak kisahla.. aku observe orang ramai ni mcm terapila utk aku yg penat dlm perjalanan.. apa²hal pun aku yakin dalam masa setahun dua ni aku akan kurus.. doakan aku dpt score ye degree aku nnt and lepas ni ingatkan aku hisap rokok before masuk kereta.. kira hisap rokok, ushar sekeliling baru masuk kereta.. kalau ada mcm kes malam tadi and aku tngk bebetul.. kira bebetul terapi sesangatla.... hahaha, kalau aku rajin aku tulis lagi.. (hari tu cadang nak stop.. sekali mcm best plak nak cerita experience dua hari aku ni.. ) bye...