kerja kahwin and cerita tv...

Kalau dulu aku shoot video kahwin untuk cari duit lebih, untuk suka² or untuk shopping, sekarang aku rasa mcm aku perlukan pulak duit tu.. bukan untuk cari duit lebih tapi untuk keperluan... Ni cerita² sikit pasal kerja kawin ni..

Imaginasi aku

Aku suka imagine and mestila benda yang aku imagine takkan jadi kenyataan.. Tapi sbb cuti tahunan aku banyak habis untuk shoot video kawin ni so aku rasa aku layak utk berimaginasi...

1) Masa orang tu nak nikah, sekali ada perempuan datang mengamuk, rupanya orang tu dah kawin.. bini dia yang mengamuk hehehee... Mesti huru-hara..
2) Pengantin lelaki tak datang tak jadi kawin...
3) Masa nak nikah tu tok kadi tanya pengantin perempuan setuju ke nak kawin dgn lelaki tu, dia cakap.. "Tak! Saya nak kawin dengan videographer tu! sambil menangis memandang aku.. Wahahahaaa...

Ye for surela takkan jadi...

Masalah

1) Dengan teknologi yang ada sekarang, ramaila yang mampu beli camera mahal or video camera yang kecik² tu.. Masalahnya.. time majlis ni diaorg plak lebih² nak shoot mengalahkan aku yang official videographer..
2) Sembang dgn photographer semalam, dia buat full-time.. Dia cakap masalah skrg ramai sngt yang nak jadi photographer.. so mcm potong line diala sbb yang freelancer ni diaorg charge murah.. Kalau orang nak cari photographer yang ada nama baru dia boleh cari makan.. kalau nak cari yang murah susahla dia yang buat fulltime ni...

Hidup

Bila nampak ramai orang mcm² rupala aku tngk manusia ni.. ramaila yang cantik, bergaya, handsome semua.. tapi sebab orang ramai ni jugak aku nampak yang cantik handsome semua ni bila dah tua dah hilang dah semua tu.. perut buncit, bongkok, gemuk , muka berkedut etc etc.. so takdela best sngt pun, sebab bila tua sama je rupa semua orang....

Aku terkejut gila tengok lecturer aku yang dulu bertudung, sopan tetiba datang kenduri kawin semalam pakai seksi gila.. Baju ketat nak mati, skirt pendek, perangai menggelabah semacam.. aku taknak tegur sbb aku confuse gila... mcm apa dah jadi ni??? Tak kisahla kalau dia nak menyeksi.. tapi kalau gi kenduri menyeksi, mesti ada something wrong ni.. Apahal??

Jealous

Ramai aku tengok orang beruntung.. elok je dah besar, kahwin etc parents bagi rumah, bagi kereta... or bagi kerja.. Mcm aku yang mati-matian weekend gi cari duit lebih nak bayar rumah, kereta etc ni jealousla menengoknya... orang² ni duduk rumah, jalan², happy².. tak payah bayar apa.. or bayarla sikit kut.. seronokla manusia² ni, and aku yang penat ni jealous menengoknya..

Orang cakap kat aku, bagusla kau usaha duit sendiri dapatkan semua tu. bukan kena suap mcm orang² tu... tapi aku jugak yang penatkan? diaorg jugak yang happy and tak rasa bersalah kan? Heheheh... Fuck la...
_______________________________
Cerita tv..

1)Tertengok Jgn Lupa Lirik kat astro.. Kenapa orang yang masuk tu menggelabah semacam and mcm !@#$%^ je??
2)Woi German.. or Chelsea.. korang tak perasan ke, Ballack tu yang suwey.. Semua final kalah.. lain kali jangan bagi dia main kalau team masuk final.. tak perasan lagi nombor dia nombor 13???
3) Tertengok and terus tengok separuh ali baba bujang lapuk... line yang best :

- Ini belacan saya smuggle dari Malaya.. ganja kena ada lesen, candu kena ada lesen.. -Siut je...
- Berapa banyak kena sarah da.. - Bila aziz satar kena leter dgn wife sbb malas kerja...
- Ohh dia ada mention jgk yang perempuan zaman sekarang taknak dengar cakap lagi.. Zaman skrg dia tu zaman bila? hahaha.. Perempuan zaman sekarang tahun 2008 mcmana agaknya? Heheheehe..

takde faedah

benda yang paling tak berfaedah pernah aku cakap kat Umar...

Aku : Umar jom tengok tennis wimbledon...
Umar : Muka blur...
Aku : Eh alamak.. girlfriend ayah tengah mainla umar.....
Umar : Still muka blur... (kalau bola muka excited)...

Dia tengah demam, batuk, selsema teruk sekarang ni.. Liza dah 3 hari cuti.. doakan dia cepat sembuh, aku takut wife aku kena buang kerja je nanti.. Amin...................

menipu

Terpaksa cakap benda lain sbb kalau cakap yang betul akan merosakkan keadaaan.. walaupun dalam hati ni memang nak cakap benda yang betul! Tapi benda yang betul tu ethically wrong..
_______
Aku punyala lama cari Indon yg modern kat KL ni.. kira Indon yg muka macam berlakon drama² kat tv tu la.. Mcm Agnes Monica la paling kurang pun.. Sebab selalu yang aku jumpa bibik² sahaja.. (No offence la bik).. Kira mcm mission aku jugakla selama ni.. Akhirnya aku jumpa jugak, budak kelas aku untuk semester ni ada sorang.. "Saya ini full-time.. Sekarang sedang praktikal, saja ambil kelas malam sebab saya mau habiskan tahun ini juga".. "Saya tak selesa tinggal di hostel sbb satu rumah ada 10 orang, saya mau satu bilik seorang" <--- Modern gilala ni, sbb biasanya Indon kat Besout tu tinggal kat kongsi ramai² takde hal punya...

Lega rasanya.. mcm little einstein cakap.. "Mission completion!"

Next mission nak cari orang and jadi kawan yang namanya Hanum. Kalau tak jumpa jugak nnt kalau aku dapat anak perempuan aku letakla nama Hanum tu.. Aku suka sangat nama tu...
_______
Masa telematch hari tu, team aku menang IDD card. IDD card tu team leader aku pegang. Aku malasla nak gi ambik kat dia sbb office dia jauh.. Aku email la cakap kat dia gunala kad tu call family dia kat UK.. Konon aku takkan guna card tu.. (alasan murahan) Dia reply cakap aku sweet plak kononnya bagi kad tu suruh call family dia.. Padahal aku malas.. Rasa bersalah gila! Dia ingat aku ni baik padahal............. setan....
_____
dulu aku rajin tengok horoscope aku.. Dah bertahun tak tngk, sekali keluar ni..

Excellent relastionships, especially with friends and acquitances. You are the flavour of the month.
Wahhhhhhh........

IT Department

Semua company yang aku pergi.. IT Department adalah department yang paling cool best dan takde politik!

Tapi IT Department jgk dibenci, dimarah, dicari pasalkan oleh department² lain....

Gambar

Gambar² kat bawah ni buat aku rasa nak beli camera yang harga 4-5 ribu..

Ni gambar team member aku utk telematch.. Aku suka sbb nampak ceria dan bersemangat... Ni guna camera biasa je ni..

Gambar candid ni diambik oleh main photographer.. Pada aku cantikla sbb mcm aku tak sedar semua.. lepas tu nampak mcm aku very athletic and handsome..

Gambar atas ni aku ambik.. Maybela tak cantik.. Tapi keceriaan orang² dalam ni buat aku happy everytime tengok..

Gambar atas ni plak supervisor aku ambik.. Kalau korang tengok versi besar gambar manusia tu mcm ditampal dekat background tu.. Camera mahalla ni..
______________
Maybe dapat bonus nanti boleh consider.. nak beli camera mahal or pergi melancong...

Sayang....

Kau kahwin and hidup macam biasa hari².. Tetiba bila kau pergi ke satu tempat selama 3 hari kau berpisah dengan wife and anak... Lepas tu rasa miss.. Baru sedar eh aku sayang bini aku, anak aku.. Hidup hari² sama² mcm tak sedar sangat.. Hehehee...
____________________
Kau kerja dengan company dah dua tahun lebih.. Every year ada increment, bonus.. and tetiba bagi kau pergi trip.. Wah tetiba rasa sayang plak kat company tu.. Tetiba rasa sayang dengan kawan² satu office.. Sebab dah lama jgkkan... Jumpa hari²...

Jumaat lepas company aku buat trip ke Langkawi... Merasa jugakla aku.. Hehehee....
___________________
Ni aku kat cable car, aku ni penakut tempat² tinggi.. And memang sekali ni jela aku naik... Takut aku...

Ni kat makam mahsuri.. Takdela aku nak masuk, sbb nak kena bayar.. Pergi kubur pun kena bayar ke? Malasla aku..

Ni antara kawan² office aku la...

Ni kat Dataran Helang tu..

Seronokla sebenarnya.. Aku happy.. And aku rasa the last time aku lompat mcm ni sbb happy masa umur aku 6 tahun kut... Hehehee...

Tiket...
Mamat yang pakai jacket putih tu adalah sakai yang tak pernah naik kapal terbang sebelum ni.. Itula muka excited semacam je.. Hehehe..
________________________________
Aku dari dulu teringin nak belikan Umar jersi sepasang .. Sekali ada jual... Dah lama tak pergi pasar malam.. Kalau tak boleh beli kat pasar malam je.. Tengok je baju tu terus cakap Ball sbb dah tau orang pakai mcm tu sbb nak main bola...


Sepak mcmana sepak? "Macam ni ayah.. wuuuu" (aku tak taula kenapa mesti dia kena cakap wuuu tu everytime dia buat gaya ni)

Aksi²nya.. Nampak mcm sesuai sangatkan jersi tu dgn dia? Harap dapatla dia main kat sana nnt one day...

Umar

masa aku tau anak aku lelaki masa Liza pregnant dulu aku terus wish nak dia jadi pemain bola yang hebat.. and berangan yang one day aku akan main satu team dgn dia masa main futsal dgn jiran² aku...

and aku tak sangka pulak dia nak main bola masa dia baru pandai berjalan.. Aku memang ada dua bijik bola plastik dlm rumah tu.. yang aku sepak², timbang²... sekali elok je dia seminggu berjalan dia dah ikut dah.. main dgn aku.. masalahnya bahaya untuk dia.. terjatuhla apala.. so aku sorokkanla bola tu.... tunggu dia 3 tahun ke baru nak keluarkan balik...

Masalahnya sekarang dia cari bola tu.. Paksa kitaorg bukak pintu bilik semua samp
ai jumpa.. Mmg aku wishla aku main bola pass dgn dia semua.. tapi takdela sekarang.... Awal sangat.. Nak taknak sekali sekala bagila jugak dia main...

Bila dah takde bola, tekala dia buat apa.. Dia tunjuk kat tv, cakap "Ball.." and aku pun suka jgk nak tengok highlights ke apa, euro, masa iklan cerita house.. Sekali bila tukar channel, dia menangis.. nak jgk menengok ball nya.. aku takdela layan sangat..

Just pagi tadi pukul 3.. dia menangis, merengek.. sbb demam skrg ni.. Nak pujuk dia aku cakap, "Jom tengok ball".. Hah diam.. Nasib baik game best.. Holland lawan Italy..

Nasib baik benda² lain pun dia pick up cepat jgk, kalau tak naya aku nak main bola je..........

___________________

Ni, pasal Saidina Umar Al-Khattab, bukan Umar Zakwan anak aku.. Hehehe...

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

tajuk berita hari ini

* Lonjakan harga daging import - Peniaga semakin terdesak, tidak peduli lagi tindak balas

* Dah lama tak patuh siling

* Caj lori pula naik tujuh sen, menyamai paras siling

* Harga ayam boleh cecah RM9 - FOMCA

* Naik tambang, permit 7 bas disita

* Lebih 200 bot tersadai - Pemilik dakwa bekalan diesel tidak cukup dan sukar ke laut

* Harga sama, saiz lebih kecil

* Kenaikan harga minyak jejas ekonomi Sarawak

* Kini harga gula pula naik
___________________
and aku tak tau apa faedahnya.. diaorg buat benda ni plak... Pergi jaga Buckingham Palace..

aku nak tau berapa belanja diaorg gi sana? apa faedahnya?

tiba masanya untuk...

1) beli bahan² untuk buat breakfast and wife kena bangun awal sikit untuk sediakan bihun, mee or sandwich, mcm zaman baru² kahwin, zaman masih berdua dulu.. tak boleh beli kuih or nasi lemak selalu.. lepas ni kalau teringin kena buat sendiri.. begitu juga dgn burger.. buat sendiri ramli burger, mcdonalds tak payah.. KFC? Beli tepung tu buat sendiri..

2) Re-new roadtax motor and motor hantar service kasi tip-top.. Kena merempit balik.. Lepas ni kalau aku kena hujan panas di jalan raya.. baju basah semua takpe.. Kesiankan Pak Lah.. Dah susah bantu rakyat, so apala sangat kalau aku bawak motor dlm 90km sehari berhujan berpanas.. Sbb nak jimat duit petrol..

RX-Z preng.. preng.. preng... Bagus aku tak jual kau lagi hehehehe..

Kalau ada awek/minah rempit nak motorpool dgn aku sila email ye.. Perjalanan, Pagi = Bukit Mahkota - Semenyih, Petang = Semenyih - Sg Besi, Malam = Sg Besi - Bukit Mahkota.. Korang pilih..

Bagi sessi petang tu, kalau korang berbody menarik, perjalanan boleh dari Semenyih ke KL terus, area Sogo, Sultan Ismail...

Lelaki tak boleh sbb berat nanti aku susah nak imbangkan motor tu...

(L***C** semuanya!!! S%&L!!!)

Sorry Pak Lah.. aku kena sokong orang lain...

Reconsider decision, urges Wan Azizah

PETALING JAYA: Calling the fuel price hike "disappointing and unacceptable", Opposition leader Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail said the effects of the increase would be seen in the increase of consumer goods.

In a statement issued Thursday, she urged the Government to reconsider its decision to increase the price of petrol as people spend 25% of their income on transportation.

" After paying quite high tax for cars and toll fees, we are now burdened with the high price of petrol, " she said.

She added that the statements on the petrol subsidy issued by several ministers were conflicting.

According to Domestic Trade and Consumers Affairs Minister Datuk Shahrir Samad, the subsidy from petrol is RM56bil while Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamad Yakcop said that it was RM28bil and it was RM12bil from the Government Financial report 2007. " Therefore, we estimate that the petrol subsidy could be between RM8bil and RM10bil, " she said.

She said the cost of exploration by the oil companies is US$30 a barrel compared to US$130 of the price of oil.

The Government should impose tax on profits made by the oil production companies rather than increase the price of petrol, she added. She feels that the price of petrol not only could be fixed at RM1.92 but could also be lowered if the Government taxed the profits made by the oil companies.

She also said as an oil exporting country, the price of petrol must be compared to other countries exporting oil such as United Arab Emirates (UAE) where the price is RM1.19 per litre, Egypt (RM1.03), Kuwait (67sen), Saudi Arabia (38sen), Nigeria (32sen) and Venezuela (16sen).

She said it is "ridiculous" to compare the price of petrol with Singapore, Thailand and Indonesia.

She also urged the Government to make the Light Rail Transit (LRT) system more comprehensive so that the people could rely less on petrol.

"Instead of spending RM40bil for the double tracking railway between Padang Besar-Johor Baru, the Government should spend it on improving the public transportation like a network of LRT, " she added.
_________________________

Sorry... Dah tak boleh terima dah...

Chronology

14.5.2008

betul² lepas exam...

wife : dah dapat surat dah...
aku : naik gaji tak?
wife: haah naik gred and naik gaji sikit...
aku : alhamdulillah.. adala duit lebih sikit nnt...

4.6.2008

email :

untuk pengetahuan umum..
harga minyak akan naik bermula pada 1 pagi nanti .
kenaikan sebanyak RM1.00....
get ready untuk mendengar pengumuman ptg nanti kul 5 ptg.!!!
news from budak KPDN......

sms :

2.70 start esok. Mati. Jom jalan kaki

phone call :

woi, kalau aku gerak sekarang boleh ke sampai rumah kau before pukul 7. Tunggu jap aaa.. aku tengah isi minyak ni.. esok harga minyak naik 2.70 siut... haram betul...

Soalan:

Apa pointnya bini aku naik gaji kalau mcm tu? Sama je balik ke asal.. Dahla dia kena bayar tol lagi.. Itu elokla ada jgk naik gaji.. Aku ni??? Tak, aku tak salahkan kerajaan or sesiapa.. Dah memang harga pasaran naik, nak buat mcmanakan? Cuma terfikir nasibla..

satu petang di alamanda

nak bayar tiket before balik...

budak : ala, murah je ipod tu.. 399 je harganya.. mcm² boleh letak.. saya tengok kawan saya punya...

macamana budak yang umur bawah 12 tahun boleh cakap RM399 tu murah?? Aku masa kecik dulu RM5 pun dah mahal gila bagi aku!!

krisis makanan, cakap and bini kena tipu buta²

semalam aku tengok berita, sekali tertengok part krisis makanan.. dahsyat gila.. orang semua berlapar, susah payah cari makanan and aku buang² makanan kalau terlebih.. insaf gila
__________
semalam aku baca paper.. ada seorang ni tanya pakar sakit lelaki...

Encik XXX,

Setiap kali balik kerja seluar dalam husband saya mesti ada kesan air mani.. Bila saya tanya, husband saya cakap dia selalu kencing kat office.. Adakah selalu kencing boleh keluar air mani sekali??

Hahahahhaha.. mana boleh kak oiii.. agak²nya laki kau main dengan perempuan lain kat office.. or worst dia surf internet tengok porn lepas tu buat sendiri. Tapi itu kronik.. itu kes Tuan Manan yang melancap kat tepi tangga lepas tngk myspace and friendster..
_________
perkataan² yang umar pandai cakap...

yah = ayah, bila panggil aku
ma = mama, bila panggil mama dia
nak = hendak , digunakan setiap masa.. semuanya dihendakkannya..
bohl = ball.. setiap kali nak main bola.. or tengok orang main bola kat tv, or duduk atas lap aku masa aku main game bola...
dah habish = dah habis.. bila everytime cerita kat tv tunjuk end credits.. aku rasa dia belajar kat sekolah dia.. and sekarang.. instead of dah habish, dia cakap habish dah...
ejar-ejar = suruh mama dia kejar dia.. mainan diaorg dari umar reti merangkak...
kah = car, bila nampak kereta
bash = bila nampak, bus, lorry or kenderaan yang besar sikit dari kereta..
num = minum..
duk = duduk
swish -swish = bila kitaorg nyanyikan, the wiper on the car go swish-swish-swish.. (aku pun tak reti sngt lagunya)
ba = bila tngk buku nursery rhyme dia yg lagu ba ba blacksheep.

ada lagi kut, yg aku tak perasan... seronokla sebenarnya menengok anak membesar ni.. dah pandai dah duduk diam masa makan kat luar.. cepat masa berjalan..

part yang aku kurang suka, bila ada benda kelakar yang kitaorg ketawa dia akan ketawa kuat² ikut kitaorg ketawa.. dah la buruk.. kuat plak tu.. bukannya faham pun.. sebab aku tak suka.. bila mak dia ketawakan aku, dia akan ikut ketawa so nampak mcm diaorg berpakat ketawakan aku..

mcm hari tu aku cakap aku nak gi Penang, nak naik bas, sewa rumah tumpangan, makan nasi kandar sorang².. mak dia cakap.. "Boleh ke? Berani ke? Hehehehe". Tetiba si Umar ni ketawa sekali.. "hak hak hak hak, hak hak hak..." - hampeh betul! mcm kena je ketawakan aku..