online shop

Silalah lawati online shop saya di sini.

Kain-kain ni datang straight from Bandung, Indonesia. Cantik² belaka..

not bad...

Semalam exam, paper pukul 9. So aku bangun pukul 6, mandi bersiap semua aku bertolak ke LRT Tasik Selatan puku l 7. Pukul 7.30 sampai LRT and pukul 8.05 sampai KL. Takdela susah sngt. Bolehla cari kerja kat KL hahahaha.. Tapi bayarannya at least kena 1000 lagi banyak dari kat sini la..
______________
Semalam aku pergi pasar malam selepas 4 bulan kut tak pergi. Beli bihun sup and terus teringat bulan puasa yang lepas bihun sup tu la yg aku suka makan masa bersahur. Sebab aku susah sngt nak makan sahur ni. So tahun ni bolehla buat lagi.. SELAMAT BERPUASA SEMUA!!

hidup...

EXT. PUBLIC TOILET BANDAR TASIK SELATAN STATION - NIGHT

MEDIUM SHOOT


PIZLI
(bagi duit syiling 20 sen kepada kakak jaga toilet)

Kerja sampai malam ke kak?

KAKAK JAGA TOILET
(muka takde perasaan)

Haah, kerja sampai malam...

Pizli masuk toilet

FADE OFF

FADE IN
Pizli keluar toilet

KAKAK JAGA TOILET

Kenapa Dik? Selalu ke datang sini?

PIZLI

Ha, saya selalu petang singgah sini dulu, ni singgah sekali lagi malam..

KAKAK JAGA TOILET

Hmm, haah akak kerja sampai malam, duduk rumah boring, duduk sini dapat duit sikit, anak sekolah.. Kesian anak nak sekolah, ayah dia takde, dah 16 tahun meninggal..

PIZLI
(muka bersalah and mcm tak tau nak cakap apa dah)

Takpela kak............

Pizli pergi ke kereta..

CUT TO

LONG SHOT


Pizli jalan slow²..

PIZLI (V.O)

Apahal kau sibuk² nak bersembang plak dengan kakak toilet tu.. Kan dah kakak tu sedih... Arghhhhhhhhh...
__________________________
naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

sekadar nasihat.

Bapa Nurin Jazlin saman polis RM2 juta

21/08/2008 11:14am

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Jazimin Abdul Jalil hari ini memfailkan saman fitnah dan kecuaian terhadap polis dan kerajaan Malaysia kerana mendakwanya meminjam duit daripada ah long serta membenarkan penyebaran gambar bedah siasat anaknya, Allahyarham Nurin Jazlin.

Jazimin, 33, menuntut RM2 juta untuk saman fitnah manakala saman cuai diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Writ saman difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Jalan Duta di sini pagi ini.
_____________
Kepada Jazimin Abdul Jalil, tak payahla nak saman² ni.. dah lepas tu dah la.. Lagi satu kau kena fikir, kenapa kau biar anak kau pergi pasar malam sorang².. Kau kena fikir sekarang sebab nanti dalam mahkamah lawyer tu tanya takkan kau nak cakap itu tanggungjawab polis, bukan tanggungjawab kau.. Lepas tu orang tak tuduh kau bulat² cakap "KAU HUTANG ALONG" diaorang cakap mungkin.. Dahla.. Memangla sedih tapi dahla, jangan complicatedkan keadaan..

3rd anniversary

Aku still rasa hadiah first anniversary aku yang paling best. Wife aku pregnant.

Sekarang benda bulat besar duit 50 sen dalam perut wife aku tu dah pandai pulak jalan berjengket lepas tu cakap "tip toe, tip toe, tip toe".

pelajaran baru


kat rumah, aku ada tanam pokok².. so mcm² serangga yang datang kat pokok aku tu, nak makan daunla, nak buat sarangla... last two weeks kut aku nampak ada ladybird terbang².. aku biar kan je la sbb ada sekor je pun.. tetiba weekend lepas aku nampak ada ulat buruk gila.. jalan² kat pokok lada aku, bengangla aku, banyak gila.. aku biar je dulu sbb nampak mcm dia tak makan daun pokok tu...

Sekali, lepas tu ulat² tu jadi diam mcm batu.. and tukar jadi bentuk bulat.. aku pun mcm.. apahal plak ni?? Sekali pagi tadi dia jadi ladybird... wahhhhhhhhhh.. so aku pun taula skrng mcmana process ladybird ni nak jadi ladybird, kena jadi larva dulu.. yg tetiba jadi dia jadi diam tu sbb dia dlm pupae process.. hebat gila!
_________
Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya
Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat

45 hitam biru mencari-cari tujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam

Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KEDEPAN!

Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta
Cari makan mereka kata

Bak Kata
Cerita pendek
Kita harus
Kerja sama

Jaga jaga
Jaga nama
Kalau jatuh
Depa pijak

Kerja sama
Boleh maju
Jangan malas
Jangan tipu

Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini
Buat rosak

Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!

Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!

Posted by Picasa

sukan

Korang tngk tak 10 meter final?? Gila si Usain Bolt ni.. orang lain mcm nak mati berlari, dia boleh celebrate lagi 15 meter nak habis.. And dia pecah world record!!! Manusia ke apa dia ni??? Aku sampai ke saat ni kagum... Jamaica ni producing pelari2.. And 100 meter woman final.. 3 orang dapat pingat.. semua orang Jamaica.. satu dapat gold and dua orang dapat silver sbb time dia sama!!! Hebat!!

As for Lee Chong Wei.. takpela dapat silver.. tau kau pressure malam tadi.. Takpela.. (tak elok sikap takpe ni) tapi TAKPELA!!

Tngk Chelsea main??? (tanpa Drogba and Essien) Hebat gila!!!.. Man U tak boleh cakap lagi sbb diaorg tak cukup player semalam, ramai injured.
Posted by Picasa

dah nak masuk 16 bulan..


dah besar dah


first time topi tu tak dibuang sbb asyik tngk binatang, kalau tak mesti dah dicampaknya topi tu..

makan sendiri je skrg ni.. favourite? pasta.. (aku sanggup dr makan maggie dr makan pasta biarla dia geng dgn mak dia)

senaman untuk mengempiskan perut aku.. tapi sayangnya aku takde banyak masa kat rumah.. so lambat lagila nak kempis perut aku ni...
Posted by Picasa

Menyelam sambil minum air..

Aku dah lama teringin nak bawak Umar gi zoo, tapi takde masa.. and last week aku ada shooting kat Melaka, so aku bawakla wife aku and Umar ikut sekali, sewala bilik.. malangnya bilik tu mcm rumah tumpagan.. cadangnya nak stay sampai Ahad.. tapi kitaorg balik petang Sabtu jugak.. Singgahla sekejap zoo melaka tu..

aku, umar dan kuda ke keldai? ke kuda bukit?

cocohdile.. bak kata umar.. skrg dia dapat tangkap sekali je apa yg kitaorg cakap, so aku tak bolehla nak mencarut, memaki masa bawak kereta lagi lepas ni..
kalau jumpa mamat ni kat mana² korang ludah je la.. masa jalan2 gi zoo tu aku naik bas diaorg tu.. masa break 10 minit kitaorg nak naik bas balik.. mamat ni agaknya naik trip yg tadi and since dia nak beromen dulu, dia naik bas trip aku.. lepas tu duduk kat seat aku.. bila aku cakap kat driver tu dia tak pandang pun.. buat muka tak bersalah sbb bas tu dah penuh.. driver tu sibuk tanya².. aku malas la nak cakap direct kat mamat ni sbb kang aku bertumbuk plak kat situ.. lagi satu masa bas tu berjalan dia hisap rokok dgn budak kecik ramai. mmg sial kau ni mamat..
Umar yang nak naik bas lagi.. tapi kitaorg nak balik so tak boleh, plus kena bayar and kat tiket dia cakap sebarang kemalangan dgn bas tu pihak zoo taknak bertanggungjawab.. gila..
Posted by Picasa

umar zakwan ku.........

Dua hari lepas orang nursery aku tengok anak aku jadi pendiam and tak aktif mcm biasa.. diaorg dah naik risau and sampai nak call kitaorg ambik dia bawak gi klinik ke apa.. yang aku peliknya tu, kat rumah dia ok je.. elok je main bola, lari², main cak² dgn aku.. memang pelik gilala...

Pagi tadi dia sampai je sekolah dia tu dia terus geleng kepala.. nangis² taknak.. (sebelum ni ok je).. Tadi wife aku call, diaorg cakap dah ok, dah kembali aktif.. rupa²nya selama ni diaorg manjakan dia.. anak akak tu yg darjah satu kalau malas pergi sekolah mesti nak main dgn umar je.. dia manjakan and claim Umar tu anak dia!! Mana tak manja.. Lepas tu dua hari lepas diaorg tak cukup staff and since dia dah besar diaorang biarkan jela dia main sorang².. Hari ni dah cukup tangan, diaorg mainla dengan dia, baring² dgn dia semua.. Itu yang dia ok balik...

Merajuk rupanya!!!! Ikut perangai siapa la ni?? Apa²hal pun Alhamdulillah and hilangla gundah gelana hati aku ni.. Doakan aku murah rezeki, bolehla nak tambah anak lagi satu so that dia ada kawan (and takdela manja sesangat lepas ni, mcm aku baca blog Hafezh pasal amni hari tu, sindrom anak tunggal dah nak melanda)

krisis identiti

krisis identiti..

berambusla semua...

Jangan tipula.. nak bantu rakyat kepala hotak korang.. Kalau betul ikhlas nak tolong rakyat semua sekali duduk semeja berbincang mati²an nak bantu.. ni semua bergaduh.. semua sebab kepentingan diri sendiri.. Nak cover itu, nak cover ini.. Korang semua boleh blah..

Kepada fanatik! Korang semua bodoh!! (Sokong konon, padahal nak dapat duit kopi)