puasa dan raya...

Hah!! Dah 22 hari kan puasa hari ni? Seminggu je lagi nak raya.. Raya tahun ni aku balik Besout and cadangnya nak balik awal.. Dah siap cakap kat mak aku, make sure berbuka hari aku balik tu buat kari daging so that sahur mak aku boleh buat roti canai and makan dengan kari daging yg lebih² tu.. Ye, mak aku buat roti canai sendiri.. Mee kuning tu pun dia bancuh sendiri..

Seperti biasa aku takdela suka sangat hari raya.. Sebab masa nak raya ni la shopping complex jadi sesak, jalan jadi sesak.. Orang pengsan masa beli belah, budak sekolah mati accident on the way nak kerja part-time; sebab nak cari duit untuk beli jeans nak pakai masa rayala.. benda² mcm ni la aku tak suka.. aku rasa bukan hari rayala.. aku rasa cara manusia tu nak celebrate raya kut yg aku tak suka.. berlebih² sangat.. or maybe aku bukan orang kaya so aku just berbelanja seadanya.. agaknya kalau aku kaya raya mau aku yg pengsan bershopping.. aku tak tau..

Apa²hal pun apa yang aku look forward sesangat ialah makan lemang di hari raya ni.. Aku taknakla nampak mcm alim sangat mcm orang call² radio tu cakap.. "Saya tak sabar beraya sbb nak salam tangan mak ayah.. nak pergi sembahyang raya.." Fake la lu mamat!!! Aku memang nak makan lemang, dosa dgn mak bapak takde.. tapi kenala jgk mintak maaf jgk kut.. Memandangkan abang aku balik lambat sikit nampaknya macam aku je yg kena tolong bapak aku masak lemang ni.. Hehehe.. Ohh mesti ada sup tulang satu kaki lembu jgk yang mak aku akan buat.. aku dah book dah bahagian lutut; bapak jangan potong² aku cakap, sebab aku nak potong sendiri dalam bentuk gear-box!! Mesti best... Ha memang aku suka makan..

So kepada isteri tercinta, terima kasih kerana melayan segala permintaan (order) makanan² yang aku teringin nak makan masa bulan puasa ni.. (aku confident yang bini aku wish aku sakit mcm masa awal² puasa tu sepanjang bulan puasa ni sebab aku takde selera, elok je sihat terus aku order macam²)

Kepada radio station and tv, ha minggu ni barula betul kalau nak pasang lagu raya ke iklan raya ke.. Ni satu puasa dan pasang apa ke jadah??

Kepada kengkawan, mintak maaf zahir dan batin... Dan semoga berbahagia dia hari raya.. Amin.............
_______________

SEPTEMBER 16 had come and gone. Datuk Seri Anwar Ibrahim failed to unseat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as the Prime Minister.

As a Muslim, Anwar should accept that he can plan, but God decides.

From the very beginning what he did was morally wrong, although politics by a Machiavelian standard is apolitical.

It may be the accepted norms in other developing countries, but Malaysia has come of age and our politicians should show maturity and dignity when clamouring for political power.

Anwar should have the patience to wait for the next general election and let the people decide. He already has control over five states and should concentrate on them by showing to the people how the Opposition governs these states.

In a democracy it is the people who actually hold and wield power and not the politicians. For in the words of Abraham Lincon, “democracy is government by the people, of the people and for the people.”

On March 8, the people decided to cut Barisan Nasional’s two-third majority and yet BN accepted the defeat graciously and respected the will of the people.

When Anwar won in the Permatang Pauh by-election, it was again an indication of the people’s will and again BN accepted it in good faith.

Instead of being arrogant, Anwar should be humble with his victory in Permatang Pauh. Buying over BN representatives runs counter to his anti-corruption campaign.

A man of virtue will not resort to unethical means to meet his objectives and he has indeed lost the respect of certain quarters.

As a member of the public, I call on Anwar to close ranks and work together in the interest of the country.

As a former Deputy Prime Minister and Umno strongman, he has access to Pak Lah and can contribute in terms of ideas etc.

As the Opposition Leader, he can play a constructive role by bringing up pressing issues which affect the rakyat directly.

What the people need is less politicking as there are many urgent matters affecting them, such as illegal immigrants, spiralling food prices, wayward youths, the education system, etc.etc.

I was in the Ministry of Foreign Affairs for a short stint when Pak Lah was the Minister. I had the opportunity to study him at close range.

In all honesty, Pak Lah is a God-fearing man, hardworking, humble and well-liked by civil servants. I believe he never yearned to be the Prime Minister. Tun Dr Mahathir probably saw the good values in Pak Lah and passed the premiership to him to the surprise of some hopefuls.

Being the Prime Minister is not as easy as being a Deputy Prime Minister.

Indeed, heavy is the head that wears the crown,as Pak lah has probably found out.

But as he said at a press conference, ”... being Prime Minister is not main-main and olok-olok..it is serious business...”

I believe Pak Lah is a man of his word. When the time comes he will honour his words and pass the baton to his annointed successor Datuk Seri Najib Tun Razak.

Meanwhile, let Pak Lah do his job in peace.

HASSAN BIN TALIB,
Gombak, Selangor.

anak...


one, two, three, four, five..

yeay... mama!! ada five balls...


ayah, jun ayah jun.. chipak ball (nampak tak jarak dia nak sepak tu.. tngk sapa ntah ambik penalti hari tu sampai terikut²)


hmmm.. pak...

SMTSR - Bodoh

April 1998
Selepas sessi membelasah budak Form 4

"Kau kalau tak puas hati kita repeat, (sambil tunjuk jari telunjuk kat muka) tngk muka ni.. kau ingat muka ni!!! Kita jumpa kat bas stand Sungkai"

Cuti hujung bulan
Dalam bas

"Dik, nak pergi mana?"

"Simpang Besout"

"Eh kenapa kau tak pergi Sungkai terus??"

"Eh takpe, aku berhenti kat simpang Besout je.. nnt aku tahan teksi sapu masuk dalam"

SMTSR - Taktik

May 1997
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Malim
4 x 100m jemputan

Hmm, itu kamera awak ke? Nanti saya lari boleh tolong ambik gambar tak?

Boleh! Tapi nanti mcmana nak bagi.

Awak post bila dah cuci, nanti apa² saya call awak. Apa nama awak?

XXXXX.. Awak..

Pizli.. No telefon?

4322888.. Nanti jangan lupa telefon ye....

Ok terima kasih...

Jun 1997
Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani
Hoki Peringkat Daerah

Hmm, itu kamera awak ke? Nanti saya main hoki boleh tolong ambik gambar tak?

Boleh!!

(Berjaya everytime.........)
____________________________
Kalau aku masuk AF, aku nak nyanyi lagu ni sambil main gitar...


120908

Umar main phone aku hentak², nak gigit!

Aku
(marah)

Umar, jangan main phone ayah tu!!

Umar main phone lagi.

Aku
(Marah)
Umar!! Jangan main!!

Umar tengok aku sambil kepala senget sikit, dekatkan muka dia kat aku, senyum buat muka cute...

Umar
Ayahhhh, Ayahhh..

Aku (Dalam Hati)
Kalau macam ni Firaun pun tak jadi marah..

Macam tula Umar, bila kena marah je tengok muka kitaorg dekat² panggil ayah or mama nak bebaik..
______________________
Maryana beli kain thai silk satu.

Aku beli jersi barcelona and tiga bungkus kuih raya dari dia.

Kalau orang zaman dulu diaorg panggil ini system barter.
_____________________
Dzarina yang cantik tapi dah kawin tu nak kain 12 pasang sedondon.

Aku yang handsome tapi dah kawin ni excited.

Dzarina cakap masyukla nanti.

Aku dalam hati takut sebab baru dapat 7 pasang.

Orang Indon cakap "enggak ada yang hijau lagi, kalau mau kena tunggu lagi 3-4 minggu, tapi tak janji design dia sama"

Dzarina cakap ok. Bolehla bagi diskaun kat dia nanti.

Aku cakap dalam hati.. "Tapi kau dah kawin"

Aku cakap luar hati. "Mestila bagi".. Kau kan dah beli banyak.. hehehehe..

Ya Allah adala lagi 5 pasang tu... Amin...
___________________
Dengarla lagu Lucky - Jason Mraz, melayang.......
___________________
Husband Kak Liza jual jacket bebudak motor yang sangat cantik.

Tapi motor aku rosak.

Arghh repair jela sebab jacket tu cantik!!

Aku memang gila jacket.
_________________
Malam tadi ambik gambar kain nak upload kat sini sampai sakit pinggang.. eh malam tadi malam Jumaatkan?? Aku lupa...
_________________
Sedapkan Jihan nasi kandar!! Lagi satu aku nak cakap nasi kandar yang kuah campur ni lagi mulia dari nasi kandar yg nama je nasi kandar - Sebab confirm dia muslim..

kembali normal










Aku dah kembali sihat and normal lepas seminggu berpuasa.. Sebenarnya aku pun tak sedar sangat bila aku pulih, tapi bila wife aku cakap, aku akan merancang pasal makanan je maknanya aku dah sihatla tu. And aku sangatla bersyukur dah sihat sepenuhnya ni.. Bayangkan buka puasa takde selera, lepas tu dah berbuka muntah pulak.. Memang seksa.. Sekarang Alhamdulillah, tapi masalahnya itula.. Baru pukul 10 dah fikir nak berbuka apa, and hari Sabtu ni aku dah suggest dah kat wife aku buat nasi minyak and ayam masak merah and aku akan buat jelatah.. Perghh sedap.. and since wife aku pun ada gtalk so aku boleh suggest apa² kat dia secara cepat. Ohh lagi satu aku ni memang cerewet pasal makan, so kalau nak aku jadi food tester memang aku layakla..

_________________
Kalau sesiapa yang kenal aku taula aku ni hantu nasi kandar. So semalam aku pergi U aku nak daftar subject. Lepas settle semua aku pun pergila ke kedai Kudu Bin Abdul ni tapau nasi kandar 2 bungkus and Alhamdulillah aku sampai rumah before waktu berbuka.. Tak pasal² wife aku pun terjebak dengan nasi kandar aku ni. Mcm Kudu dan Yassen diaorg ni tumpu pada ayam kicap and ayam rendang kicap diaorg, so kalau korang pergi sini jangan ambik ayam goreng.. Sebab ayam goreng tu bukan istimewa kat situ. Dua² kedai ni kat Jalan TAR. Kalau nak yang ayam goreng sampai tulang dia pun korang nak makan, korang boleh pergi kat Zainul Nasi Kandar kat SS15 or kat Sireh Pinang dekat Cempakapuri Nilai. Aku rasa moyang aku ni dulu dari Indiala.. Sbb kalau tak takkanla aku ni suka sangat nasi kandar ni..

narrowband

Aku dah pasang telefon kat rumah and seperti biasa orang² berbisnes ni elok je aku pasang esoknya adala orang call tanya nak ke pasang streamyx? Memang kalau ikutkan nafsu memangla aku nak ada broadband untuk download² movie ke lagu ke.. Tapi aku taknakla membazir plus kat office kan ada internet. Tapi kadang² kalau aku tengah buat kerja sekolah aku pernah perlukan internet. Macam sampai aku stuck and end up aku pergi office utk internet.

Lepas tu aku teringat, masa zaman dial-up dulu aku boleh je survive dengan internet yang lembab tu. So baru aku tau TM ni ada jugak narrowband. Kira dial-up 1315. Kira malam tadi aku try and bolehla aku check email ke apa ke. Memangla sangat lembab tapi okla kiranya utk aku guna kalau aku terdesak. (Buat masa sekarangla...)
_______________________
Sabtu ke Ahad hari tu ada orang ni nak jual barang kat rumah aku.. Aku tanya je dari pintu aku? Kenapa ye? Aku tanya elok².. Sekali budak ni cerita adik dia sakit ke kemalangan ke so dia jual barang untuk bantu adik dia ke apa ke, adik dia kat Sarawak. Aku cakap takpela (sbb aku memang sengkek gila skrg ni, ke aku fikir aku sengkek masa tu). Dia boleh tanya aku balik dengan kurang ajar.. "Takkan Abang tak boleh tolong saya???"

Aku dalam hati nak je aku keluar lepas aku nak tanya dia, benda² dalam rumah ni ada bapak kau tolong bayar?? Motor aku yg tak direpair kau nak tolong repair??? Babi punya manusia, dah orang taknak beli tu dahla.. Aku pun meniaga jugak, kalau orang tu taknak beli takdela aku paksa diaorg beli..

pasar ramadhan

aku memang hari² pergi pasar ramadhan.. ye la kan nak cari kuih sikit and lauk sesikit.. kelmarin wife aku nak makan nasi dagang.. so belila.. tapi aku pelik sbb nasi dia tak penuh polistrien lepas tu ayam kari dia bagi dua ketul besar dua jari.. aku cakapla kat wife aku takkan nak makan lauk mcm tu je belila satu lagi.. so dia pun belila ikan percik seekor yg quite besar.. kenala bayar RM8.50!!! gila ke diaorg ni..

semalam pulak untuk menambah lauk yg wife aku masak aku pun carila ikan pari bakar.. ada jual tapi aku tak faham diaorg ni kenapa mesti nak jual dlm portion² yang besar? ikan pari aku kira murahla jgk.. tapi besar gila. tak habis makan.. adala jugak ikan lain yg diaorg jual dalam berbelas ringgit.. diaorg ingat semua orang beli nak makan untuk 10 orang ke? kan lagi elok kalau jual separuh ke kan, kira org yg bekelurga kecik ni bolehla beli and takdela membazir.. 

hari tu nampak air tebu madu, teringat post hafezh pasal madu.. yg aku peliknya mcmana diaorg boleh cipta tebu madu tu? tapi aku beli je air tebu biasa sbb biasa punya pun dah cukup manis.. hari ni nak suruh wife aku masak nasi lemak je la.. 

ramadhan yang basah

aku mulakan ramadhan aku dengan demam dan batuk.. bila sakit ni datang barula mcm pandang balik kehidupan.. mmg tak sihat.. nasib baik masa first dah puasa time batuk dah tak sakit perut sekali, kalau tak, naya..

Lepas berbuka and sahur dua hari ni aku muntah teruk, habis keluar semua.. kalau sebulan mcm ni mau kurus kering.. mungkin sbb rokok, mungkin badan aku dah taknak rokok, so dia keluarkan semua toksin yang aku baru hisap tapi campur makanan² tu sekali.. so aku start tak hisap rokok since sahur tadi, tapi aku takut kepala aku ni meminta² rokok tu.. walaupun badan aku taknak.. azabnyala... ni pun aku loya... takkan wife aku pregnant and aku kena badinya? tapi mustahil wife aku pregnant.. rokokla ni.. tapi.. susah.. arghhhhhh.....

exam aku minggu lepas and aku takdela kelas dlm seminggu ni.. apa yg aku rasa - aku tak penat, tidur mcm terlebih².. rasa mcm main dgn Umar lama gila.. seronok jugak.. ye la.. terbangun pukul 4-5 pagi and rasa pelik, eh baru pukul 5?? tapi skrg dah bulan puasa mmg kena bangunla pukul 4 tu.. tak taula bila dah start kelas next week.. malasnya.. plus petang² sekarang kan hujan lebat.. mcm lecehla.. kalau panas sngt pun tak best jgk hahaha...

sebulan kena puasa nasi kandar.. or berbuka puasa dlm kelas nnt siap bungkus nasi kandar dulu hehehehe.. selamat berpuasa and doakan aku sihat and tak muntah² lagi..