MC sampai Jumaat

Kena chicken pox.. Bosan... Internet dial-up ni memang tak membantu...

umar.. updates..

Dah setahun setengah dah anak aku.. Update:

1) Selalu time makan dia akan duduk di meja and makan dulu sementara wife akan menyiapkan hidangan and aku pulak akan join in later.. So bila aku dah duduk tu aku just baca doa dalam hati.. Yela diaorg berdua dah start makan.. Budak tu plak dlm 30 saat lepas tu akan tadah tangan and cakap Allah.. sambil menengok aku dengan muka slack.. Mcm "apa ayah ni tak baca doa.." So aku pun bacala doa utk kitaorg bertiga.. Padahal dia makan tu tak baca doa pun.. Lepas tu nak salahkan aku pulak.. Heheheh.. Sama jgk masa naik kereta.. Dah dlm 40 saat berjalan baru ingatkan aku.. dan buat aku bersalah..

2) Suka cakap alamak.. Aku baru sedar aku mmg banyak cakap alamak, itu pasal dia ikut.. selama ni aku tak sedar.. Tapi dia cakap "annamak"

3) Dia suka air oren.. Everyday balik from sekolah dia akan pergi ke fridge and cakap.. "annamak, nak air bedap".. - "alamak nak air sedap"

4) Dah jarang dah main bola.. Okla tu.. Kalau tak aku penat sekali...

5) Tau yg huruf tu as ABC.. nampak plat kereta mama dia, dia akan cakap ABC and semua bendala.. Kitaorg pun selalu nyanyi A-Z.. Tapi bila dia nyanyi just ABCDEF je yg ikut order.. Huruf² lain tak tersusun.. Mcm ABCDEF, MNOP, HKL.. mcm tu.. tapi nasib baikla betul sebutan semuanya..

6) Masa kekuat dgn aku.. Aku make sure dia ikut apa yang aku cakap. And biasanya aku akan mengeja nama dia.. Satu anak tangga satu huruf or number.. Mcm kita one to ten.. Kadang² dia tunjuk pandai dia tak ikut apa aku sebut.. Dia akan sebut nombor or huruf berikutnya.. Mcm bila aku cakap U, dia akan cakap M, bila aku cakap A, dia akan sambung R = Umar..

7) And memang dia bercakap je la skrg ni.. mcm²..

8) Kepada yang ada anak yang belum tau "nak" and "taknak" tu enjoyla skrg, sebab bila dia dah tau apa yg dia nak and taknak.. korang taula nasib korang hehee... Ni dah lama dah ni dia tau ni..

9) Eh dia pun dah tau sebut and point kat eyes, nose, ear, mouth, teeth, hands and feet..

Seronokla anak dah besar ni.. So aku enjoyla dua tiga tahun dulu before tambah lagi satu..

bangla, ipod, orang yang mcm kenal dan ucapan hari raya

Main reason aku beli ipod ialah sebab aku taknak dengar orang lain bersembang dalam LRT and nak menghilangkan rasa bosan. Yela kan sesetengah kaum kat Malaysia ni bila bercakap mcm nak semua orang dengar. Suara diaorg tu normal tapi tak tau sebab apa diaorg gainkan bunyi tu dlm 20dB. Semalam ada group Bangla dalam train aku.. Yang bersembang kuat² gila.. Memangla aku bengang.. Sementara nak sampai tu aku berfikir apa masalah diaorg ni? And aku dah dapat jawapan yang relevan and aku rasa lepas ni aku takde dah la bengang kat diaorg lagi.. Jawapannya, diaorg kan kerja kat construction? Bunyi machine yang kuat masa kerja jadikan diaorg pekak, so pada diaorg normalla tu cakap terpekik² sebab pada diaorg itu biasa and bunyi yang diaorg cakap tu normal.. So aku maafkan diaorgla.. Aku pun risau jadi mcm Bangla tu lepas ni sebab bila sampai rumah, aku saje² dengar Ipod, bunyinya kuat gila and volume tu aku guna masa dalam LRT.. Taknakla aku jadi Bangla..
__________________
Masa balik kat station Hang Tuah tetiba ada dua orang perempuan yang aku mcm kenal. Satu kawan adik ipar aku and satu aku rasa classmate aku masa sekolah rendah. Aku nak tegur tapi mcm takut salah. Yang kawan adik ipar aku tu aku takut nak tegur sbb dia mcm bergaya semua. Nanti dia ingat aku nak ngorat dia plak. Walaupun dalam hati aku kalau dia jawab "bukan" in case aku tertanya dia aku nak jawab, "Ohh I mcm nampak gambar you dalam gambar kahwin aku" Kira mcm membuang terus segala prasangka dia yang aku nak ngorat dia dengan cakap aku dah kawin.. Tapi still aku tak berani nak tegur walaupun tak salah langsung..

Yang mcm classmate tu aku tengok dia, dia tengok aku.. Aku expect kalau betul dia akan tegur aku dulula, sbb aku mmg takut nak tegur.. Dalam hati aku takkan dia tak kenal gigi besar aku ni? Tapi maybe sbb aku terlalu gemuk untuk dikenali sebagai Pizli yang cekeding dulu dia pun malas nak tegur jugak.. Sessi pandang memandang ni lama jgk.. Mcm dia ada jugak stare mata aku terus...

Dalam aku memikirkan betul ke tidak perempuan ni classmate aku.. Baru aku sedar yang dia tengah sarat mengandung, berdiri and aku yang sihat walafiat ni duduk je.. Rupa²nya dia tengok aku tu mcm bagi signalla.. "Woit lahanat bagila aku duduk!!" Bukan sebab dia mcm kenal aku.. Tapi time aku sedar dia pregnant tu dah terlambat <--- wah ayat ni mcm ayat drama melayu, bila saya dah sedar girlfriend saya mengandung ianya dah terlambat and saya terpaksa mengahwini dia hehehe... ok cerita balik --> kira dah terlambatla aku nak offer seat aku.. Biasanya memang aku offer kat orang² yang mcm ni, sbb aku kalau wife, adik beradik and kawan aku mengandung, aku taknakla diaorg kena berdiri dalam train yang sesak..
_________________
Kepada YB² or orang² kaya yang begitu generous untuk tampal/letak bunting/kain rentang etc kat jalan² raya sila bagi ucapan straight to the point - mcm Selamat Hari Raya dari saya.. Janganla buat pantun bagai:

Contoh :

Pergi ke laut mencari ikan gelama,
Tapi ikan gelam takde ada ikan tongkol...

Sebenarnya aku tak tau pun apa pantunnya tu, yg aku nampak ikan gelama, sebab kalau aku baca sampai habis pantun empat kerat orang tu aku boleh accident or kena langgar dari belakang.. Lain kali sila fikir sikit.. Kalau nak hantar pantun sila guna e-mail!

Mintak maaf awal² kalau orang yang buat tu kawan or family members korang..

keramat...

aku beruntung sebab aku dapat wife orang KL.. Yg rumah maknya di KL. Ini antara kelebihannya :

1) Kalau takde air or elektrik boleh je terus ke Keramat sana untuk mendapatkan bekalan.
2) Masa bersalin hari tu, mak dia boleh visit bebetul after bersalin and boleh terus bawak balik ke rumahnya sementara aku balik ke rumah sendiri untuk menanam apa benda ntah tu yg datang dengan baby tu.. placenta? uri.. ha tanam uri.
3) And of course kitaorg tinggal di Keramat masa berpantang.. and sampai baby besar baru duduk rumah sendiri balik...
4) Kalau aku nak stay lama kat Besout masa raya aku boleh cakap.. "ala balik keramat selalu, balik kampung tak selalu..
5) Kalau kitaorg berdua kena kerja weekend or ingin pergi shopping berdua sahaja boleh la tinggalkan anak di sana.. (kadang² kalau wife aku sorang je yg kena kerja pun kitaorg balik sana jgk hehhee)
6) Takdela pembaziran petrol dan mileage kereta.. let say kalau aku kawin dengan orang Perlis, Terengganu or Johor.. kan naya tu?

Orang² company aku ni ada yang mak bapak tinggal kat sini and diaorg tinggal je kat rumah mak bapak diaorg.. Ada yang kawin pun kawin dengan orang sini jgk.. Hah, kan ke lagi best tu? Aku takdela plan nak kawin dengan orang KL, tapi bila fikir² balik - untuk orang yang bukan dari KL and belum berkahwin lagi maybe korang boleh letak satu lagi criteria lelaki or gadis pilihan - orang Kuala Lumpur.. Kalau kawin dengan orang yang sama negeri dengan korang pun tak best sbb takde beza culture dia etc..

Untuk lelaki yang suka variety, kaya dan mampu and takde rasa nak berjimat boleh kahwin 4 yg semuanya berasal dari barat, timur, utara dan selatan Malaysia - cadangan akak office aku kat aku hari tu sebab aku suka makan macam² tapi takde contact dari certain negeri..

aku wish..

Tak, aku tak wish aku dapat kawin lagi 3.. Kalau aku mampu and wife aku suruh pun aku taknak.. Aku wish aku mampu beli ni je...


Ini adalah tutorials, pugins and video² effects yg dah Pre-Keyed. Maksudnya.. aku hanya perlukan script yang bagus, sebijik camera DV (yg memang aku dah ada dah) and beberapa orang pelakon utk menghasilkan movie yang sangat hebat. Sebenarnya aku dah lama terlibat video tapi aku tak tau guna After Effects pun..

Aku bukak After Effects lepas tu tak tau nak buat apa.. takde clue. Sekarang semester ni aku dah belajar so aku fahamla.. Kalau aku nak belajar sendiri from scratch mcm dah terlambat sbb aku dah tua.. So kalau aku dapat benda² aku boleh belajar dgn video tutorial and memang aku akan jadi hebatla.. bukan aku nak tukar kerja.. aku just nak puaskan hati sendiri je... Benda² ni semua downloadable via torrent or rapidshare, tapi internet office aku ni lahanat.. Aku mintak tolong orang.. tapi susahla orang kan??

Malam tadi aku buat Umar jadi hologram tapi ada dua plugins yg takde kat after effects aku and kat office aku ni tak boleh download jgk!! Aku nak subscribe streamyx tapi mcm mahalla plak.. Nak mintak boss aku belikan mmg tak relevant langsung.

Semua ni plus shippping aku rasa RM1600. Maybe aku kena shoot video kawin cari modal or aku wish adala orang akan belikan untuk aku.. (yg pastinya takkan ada wahahahah)

To Andrew Kramer, if you accidently read this blog and doesnt understand anything - Basically I just want to have all your softwares and tutorial for free because I can not afford it. Please email me at pizlimw@gmail.com if you want to discuss - or maybe you can offer me something (installment package, special discount or anything) Thank you!


In case ada perempuan yang nak belikan maybe aku boleh consider korang jadi 2nd or 3rd wife aku (nak beli software pun tak mampu nak kahwin 2, 3)

Blahla lu!

Kalau setakat menang last minute and team lawan kena buang sorang tak payah! Hari tu dengan Man City, kali ni dengan Wigan plak. Tak payah nak bangga la woi!!

Man U and Chelsea menang berhemah!
Liverpool boleh blah!!

p/s - aku menyokong semua team di dalam BPL kecuali LIVERPOOL! Dulu Arsenal sekali, tapi sekarang Arsenal dah takde orang² jahat mcm Viera dan pelakon drama Henry! Plus Arsenal sekarang dah ada Wallcot, dia English..

kucing..

Kucing jantan tak best sebab suka kencing..
Kucing betina kotor sebab dah kena naik dengan banyak kucing jantan...

Nak beli kucing elektronik je la...
___________________
Bersembang di waktu pagi, baru tiba office.

Jiran sebelah rumah yang kerja satu office : Eh pagi tadi kau bawak anak kau balik ye? Aku : Eh takdela. Jiran sebelah rumah yang kerja satu office : Aku dengar mcm kau cakap dengan anak kau. Aku : Ohh itu jiran sebelah and jiran depan ada baby, maid diaorg yang bersembang dengan each other sebab masing² tengah jemur baby so bersembangla sambil².. Jiran sebelah rumah yang kerja satu office : Ooo.. hahaah...

Selang 10 saat (lepas aku berfikir)

Aku : Eh kalau kau dengar suara aku, itu aku cakap dengan kucing....

Aku memang cakap dengan kucing macam cakap dengan budak².. Pagi tu aku nasihat kucing tu jangan memilih makanan.. Dia tu kucing jalanan.. Aku bagi kuih sepit tu makan je la.. Mana boleh harap nak makan ikan..

Semalam wife aku dah beli friskies, dia plak tak datang.. Hampeh punya kucing!!


Aku hanya akan membela kucing secara aktif balik kalau kucing tu mcm kucing aku yang lama ni.. Senuning nama dia.. Tiga tahun lepas aku ada tulis pasal dia kut.. Kucing yang paling baik, handsome dan berhemah tinggi!!

kelas bermula...

Dua subject yang aku ambik semester ni sangat best!! Lecturer pun best!! Sangat!!
_______________________
Selasa malam depan kolej, aku nampak sorang mak nyah ni.. putih melepak, baju ketat and singkat, seluar pun ketat and sangat singkat.. Menengok breast dia yang dah half terkeluar tu aku rasa dia dah operate and tengah menahan cab untuk mencari "rezeki"..

Masa dia dah masuk teksi tu aku terus rasa kesian.. Dengan berpakaian mcm tu apa lagi kerja yang dia buatkan? Aku rasa masyarakat kena maafkanla diaorg ni.. (dosa dia dengan Tuhan itu lain ceritala).. Aku rasa masyarakat kena terima la orang² mcm ni.. Maybe qualification dia mcm Banos, ada master and boleh jadi lecturer yang hebat, tapi sebab dia dah ubah fizikal dia dia tak boleh nak mintak kerja lain.. Sebab dahla berdosa, buat lagi kerja² berdosa.. Entahla, nnt tetiba golongan ni suruh aku wakil diaorg plak kalau aku tulis lebih² mcm membela nasib diaorang..

Yang aku nampak golongan ni, kalau berbakat boleh jadi mak andam.. Kalau ada duit, buat modal berniaga.. Tahun ni je dua orang mak andam pengantin yg aku shootkan video kahwinnya adalah golongan ni, yg dah fizikal mcm perempuan and kalau tak kuat iman boleh goyang jugak menengoknya.. Mcm tu takpela.. kalau buat bisnes sendiri, rezeki halal.... Tapi berapa ramai yang je pun yang berbakat and ada modal compare dengan yang kerja dia terpaksa pakai baju and seluar singkat and ketat malam²?

Kepada kawan² lelaki terutama Hafezh, sorry aku tak ambik no phone dia untuk kau contact in case kau nak khidmat dia..
_________________________
Menengok orang² berbaris menunggu bas atau teksi di stesyen LRT pada pukul 10 malam bebetul menginsafkan aku dan aku rasa aku sangat beruntung..
___________________________
Conversation dengan akak office menggunakan Outlook 2007.

Akak Office : Awak nak beli sampan tak? Cantik².. kalau nak tengok pergila dekat Surya tengok contoh..
Aku : Sampan?? Tunjukla gambar, boleh saya tengok...
Akak Office : Ha tengok je kat situ, yang benang emas harga dia 65 (aku dah lupa exactly)
Aku : Sampan apa ni?? Saya tak fahamla..
Akak Office : Ishh sampan, sampan.. sampinla.. outlook autocorrect perkataan.
Aku : Hahahaa Ingatkan sampan perhiasan tadi.

Outlook 2007 ni pandai.. Memandai mandai!!
_______________________
Conversation malam tadi

Umar : Ayah, nak naik bas.
Aku : Nak naik bas pergila puduraya.
Umar : Ayah nak naik bas (sambil paksa aku meniarap.. lepas tu dia duduk belakang aku)
Umar : Mama, wheel on the bus!
Mama : The wheels on the bus go round and round... (nyanyi).. Umar Zakwan on the bus goes up and down, up and down (sambil umar menghenyak pinggang aku)

ntah sapa ntah ajar dia naik bas mcm tu..
_______________________
Di situ ada hutan agar laut tidak sepi, kumpul ranting buat unggun api
Untuk pikat berjuta bintang dan juga si purnama agar nampak kita dan bersaksi
Kita boleh ketawa bertepuk dan bernyanyi boleh berpeluk bersayang dan berjanji
Boleh lepas geram kira sampai tiga dan jerit tiada siapa yang peduli
Apakata cerita hantu sambil teman unggun api seram peluk geram cium pipi
Jom cerita hantu temani unggun api seram peluk geram cium pipi

Di situ kita jadi penunggu mentari naik
Di situ kau isteri, kekasih dan teman baik
Di situ kita kembali mengenang masing-masing
Di situ kita tidak lagi asing
Di situ bukan kau
Di situ bukan aku
Di situ kita satu

Jom.. Janji tiada mata jahat memerhati
Di sini susah hati, di situ kita bermimpi.

mati..

mati itu kadang-kadang indah
kalau si anjing-anjing itu mati ianya indah
kalau si banjingan-banjingan itu mati ianya juga indah
kalau aku dan kau mati mungkin ianya juga indah.. untuk sesetengah...
andainya aku mati hari ni ampunkan aku... tolonglah...

_aku still ingin menjadi penyanyi rap_

one last chance



In my life I don't mean much to anyone
I've lost my way can't go back anymore
Once I had everything now it's gone
Don't tell me again coz I've heard it all before

Some people say that I'm not worth it
I've made mistakes but nobody's perfect
Guess I'll give it a try

I've got one last chance to get myself together
I can't lose no more time it's now or never and I try to remember who I used to be
I've got one more chance to get myself together

The time has come for me to change again
I can't carry on like this, I will lose my friends - don't say that you have given up on me
Just give me the time and speace to heal my head

I don't wanna be misunderstood
I've got to take this chance and make it into something good
___________________________
laju pulak youtube kat office hari ni..

duniaku yang hampa, kecewa, tak bermakna, semua hanyalah tipu daya



Dulu, masa aku belum kerja IMU aku aktif buat independent movie.. Lepas tu aku wishla dapat kerja video editor kat mana².. Kira kerja creative² ni la.. Kalau korang boleh tengok video yang aku embed ni aku rasa korang semua suka.. Budak² kecik pun suka, mcm anak aku kalau dengar lagu ni terus berlari depan tv nak tengok. Aku rasa siapa yang buat video ni sure berbunga² hati diaorg, seronok.. BANGGA!

Sekarang ni aku buat e-card untuk deepavali and christmas.. Aku rasa dah bertahun aku kerja sini, inilah baru aku buat benda kreatif.. Syok sebenarnya.. aku buat api utk deepavali and buat snow utk christmas dalam Flash.. Takdela aku semulajadi pandai.. Aku tengok internet and tanya orang mcmana nak buat.. And dah berjaya.. Buat aku terfikir.. Patut ke aku stay sini.. kerja yang mendatar je or tumpu balik apa yang aku betul² nak buat masa aku cari kerja dulu.. Entah.. sebab kalau aku dah masuk creative punya line agaknya takde masa free.. Sebab kalau aku tengok advertisement²nya cakap "sanggup kerja long hours and on weekend".

Mcm biasa kita tak boleh dapat semua yang kita nak... Kalau aku nak kerja KL and balik lambat ada certain orang yang cakap aku bodoh tinggalkan kerja sekarang.. And aku pun rasa mcm bodoh jugak.. Or maybe aku terima apa yang aku ada sekarang sambil buat benda² creative macam membuat e-card ni setahun sekali..
_________________________


Aku ambik MC Jumaat sebab nak teman Umar.. Wife aku pun sekali jadikan 3 hari MC nya terus.. Since aku dah tak subscribe movie packages aku rasa bosan. Bila ternampak iklan Syawal Channel dengan harga RM7 sebulan aku pun subscribe je la sbb bukan boleh keluar pun sbb anak kena chicken pox. Apa yang aku boleh cakap, raya ni memang muka Farid Kamil and Maya Karin je la aku tengok. Semua cerita Melayu.. Cerita Duyung, hah aku tak boleh terima lawak² cakap dalam hati Saiful Apek tu.. Untuk Sundel Bolong, aku tak tau aku ni sensitif ke apa tapi aku sedih tengok cerita seram ni.. "Maafkan aku kal, mereka kejam pada aku".. KL Drift apa ntah nama penuh cerita tu, actionnya boleh terima, jalan cerita sangat Melayu.. Apa lagi ha? Hah the best daripada semua.. Anak Halal.. Walaupun Maya Karin mcm kelakar jadi minah rempit tapi cerita ni best... Sampai wife aku jatuh cintala dengan Farid Kamil tengok cerita ni.. Maybe aku kena start belasah² orang and bunuh Rosyam Noor so that wife aku jatuh cinta balik dengan aku... Tapi best la.. sbb aku pun dalam diam jatuh cinta kat Maya Karin wahahahaha.. Tapi itu bukan secretla kut sebab everytime kitaorg lalu kat billboard celcom Maya Karin kat MRR2 tu aku bawak slow sikit... Apa²hal pun aku rasa kita kena start balik bagi chance kat filem² Melayu.. Ok jugakla ceritanya.. (Aku terpaksa sbb nak tengok Harry Potter ke apa ke aku takde masa or peluang nak tengok wayang or nak nak subcribe movies package macam mahal sesangat..)

Ooh hari raya keberapa ntah ada cerita Dunia Baru The Movie, yang boleh dikategorikan sebagai OK jugak movie ni.. Ada satu part ni mamat Pieere Andre ni cakap kat girlfriend dia.. "Mcmana saya nak ada hati pada dia kalau hati saya dah bagi pada awak" Dalam cara yang sangat tak real and lawak.. Macam tetiba aku cakap mcm tu kat wife aku.. Tak real langsung.. Terusla aku tersuka mamat ni berlakon..

Aku bukan gay kan kalau suka mamat ni berlakon.. Kan??

Ok cukupla pasal movie² ni.. Melalaikan.. Huh..
_________
Update sejam lepas aku tulis yang kat atas tu.. pasal nak kerja kreatif - Boss aku nak belikan Adobe Production Premium CS4.. Dia baca blog aku ke?

kekuat..

Bahasa orang putihnya piggyback.. Everytime kitaorg nak turun si Umar ni suka nak piggyback ni.. Bila dia dah berpaut kat belakang aku, aku akan cakap "pegang kuat²". And lepas tu everytime nak, dia akan cakap.. "ayah, nak kekuat".

Dua minggu lepas wife aku kena kerja weekend and aku kena tolong adik aku ambik kereta dia kat bengkel, so Umar tinggal di keramat.. Sekali lepas mandi, dia cakap la kat nenek dia.. "nak kekuat, nak kekuat" nenek dia tak faham.. So menangisla budak ni.. Nenek dia try call wife aku tapi tak dapat.. Jenuhla si nenek ni sapu minyak angin kat perut Umar ni ingatkan sakit perut ke apa.. Bila dah dapat call and tau kekuat tu apa, nenek dan onyang dia pun melayanla.. Kekuat dari atas ke bawah...
__________________
Sekarang budak yang suka kekuat dah kena chicken pox plak.. Habis badan.. So maybe aku tak dapat beraya ke rumah orang yang menjemput.. And kalau orang yang tak pernah kena chicken pox pun kalau nak beraya ke rumah aku mcm risky jgkla.. Kesian budak kecik dah kena, tapi bila fikir balik bagus jgk kena skrg kut nanti in future kalau aku nak gi bercuti, dah tempat hotel, flight ticket ke aku tak payah risau sbb anak aku takkan kena chicken pox lagi.. Manala taukan kalau tak kena, nnt dah tempah itu ini sekali kena terus cancel segalanya..
________________


Perak negotiating with budget airlines to operate international flight from Batang Padang


IPOH: The state government is negotiating with low-cost carriers AirAsia and Firefly to operate international flights from the proposed new airport in Batang Padang district.
Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said Sultan Azlan Shah airport here would then only serve local routes should the plan take off.

The state government was willing to provide 1,200ha to 1,600ha of land for the project.

It would greatly benefit the state in terms of investment and tourism, he said after a courtesy call by Japanese ambassador to Malaysia Masahiko Horie at his office here yesterday.


"The ambassador pointed out that without an international airport Perak would have difficulty attracting large Japanese investors to the state," said Nizar.

He said the airline negotiations, held since May, had been encouraging.

"We will have to get clearance from the Transport Ministry and Malaysia Airport Holdings first as the state's commitment is limited to providing the land while other costs will be borne by the operators," he said.

Kalaula kerajaan negeri nak beli tanah sawit bapak aku untuk project ni bolehla mengendeng² dengan bapak aku dalam seratus dua ratus ribu... (anak yang tak berguna hahahahah)

berhari raya... (umar berhari raya)

Raya start dengan hari Ahad balik Keramat sebelum bertolak ke Besout pada hari Isnin.

Sepupu pertama (belah mama), lahir 20 Ramadhan..

Disebabkan kat Besout takde Astro, aku telah menyediakan Umar set melukis so that dia ada aktiviti dan aku download jgk video mickey mouse ke dalam laptop, takut nanti dia "nak ngok key". Gambar Umar tengah prektis menulis (menconteng).

Sampai Besout dah.. Isnin...

Macam kurus je gambar aku yang ni.. (Ada gambar wife aku tapi aku tak uploadla sbb dia tak pakai tudung, bukan aku benci dia and sayang Umar sorang je, asyik2 gambar budak kecik ni je, in case korang tertanya2..)

Upacara melapah kaki lembu.. Selasa la ni..

Aku mengapak tulang lembu untuk dibuat sup.

Yes, aku bakar lemang.. Dahaga gila.. Ada lagi dua benda best, satu menebang pokok kelapa utk ambik umbut dia nak dibuat gulai lemak and dua, kait kelapa nak minum air kelapa muda.. Tak ambik gambar sebab bateri habis..

Malam, Umar dan Opah..

Tengok cicak, selain cicak, ada jugak belalang, pepatung and even kelip-kelip yg budak kecik ni dapat tengok kat kampung.

Pagi raya.. Elok plak budak ni bangun awal.. "Ayah tak balik lagi dari masjid.." (First time pakai baju Melayu)

Ayah dah balik and mood sudah ok...

light..

model baju melayu kanak2 kedai pasar keramat.. (kalau dalam Islam boleh buat tattoo kat badan, memang aku akan buat gambar ni belakang badan aku (terpengaruh dgn LA, MIAMI and LONDON Ink hehehe)

Bukan saya sengaja naikkan harga minyak rakyat sekalian!!

First time tengok belalang..

Gambar wajib kut kan mcm ni? Baju raya wife aku tempah tak siap so aku belikan dia baju siap, baju Umar yg sama kaler dengan baju aku besarla pulak.. so beli lain.. Kalau gambar full nampakla baju aku match dgn kain wife aku and baju wife aku mcm matchla jgk dengan baju Umar.. mcm cool jgk mcm tu dari semuanya sama.. (alasan, padahal dah plan awal2 nak sama.. eh takdela awal sgt kalau tak surela baju wife aku dah siap)

Malam last, dimanjakanla dgn opahnya..

Balik hari Jumaat.. seronokla untuk aku sebab selalu aku balik Besout dua hari je.. Ni dapat tidur 4 malam.. And aku rasa masa puasa aku turun 2 kilo and raya ni aku naik 5 kilo..