tak faham

1) Aku tak faham kenapa orang tak reti nak flush lepas guna toilet..
2) Aku tak faham kenapa orang bila cakap kat telefon masa drive terus melilau kereta.. Aku tulis sms pun ok jgk.. Maybe speed kereta aku kurang tapi at least aku dalam lane.
3) Aku tak faham kenapa perempuan² boleh senang² ikut lelaki yang dia jumpa kat shopping complex kat Penang for the first time.. Lepas tu end up kena rogol beramai²la apala.. Cuba ikut aku mesti selamat..
at least tak kena rogol beramai²..
______________
KAN KU BERIKAN SEMUA
AGAR KAU GEMBIRA SENTIASA
ENGKAU TETAP PERGI
PERGI MENINGGALKAN KU SENDIRI

JANGAN DI SIMPAN TIADA RAHSIA
KATAKAN SAJA KU TERIMA
ENGKAU TETAP PERGI
PERGI MENINGGALKAN KU SENDIRI

WAKTU DUKA DULU KITA LALUI BERSAMA
BAHGIA BAGAIKAN MALAM DI TEMANI BINTANG TERANG
HANCUR HATI BILA KAU UNDURKAN DIRI
MENINGGALKAN DAKU
MENINGGALKAN KU SENDIRI

SENYUMAN MANIS DIBAWA ANGIN
KU TUNGGU DIKAU TERASA DINGIN
ENGKAU TETAP PERGI
PERGI MENINGGALKAN KU SENDIRI


JANGAN DI SIMPAN TIADA RAHSIA
KATAKAN SAJA KU TERIMA

ENGKAU TETAP PERGI

PERGI MENINGGALKAN KU SENDIRI

rahsia dalam lrt


aku ada sikit rahsia bila aku naik LRT :

1) Kalau tetiba orang sebelah aku cakap kat telephone dengan kuat dan lama, aku akan selamba bangun.. sebab aku tak suka orang buat tren tu mcm bilik tidur dia..

2) Walaupun 99% niat aku ikhlas offer seat kat orang mengandung etc, tapi ada 1% sebab aku offer tu ialah aku takut diaorg cakap dalam hati, "hmm patutla mamat ni buncit, asyik nak duduk je!!" so aku bagi je la seat aku.. tapi 99% ikhlas tau...

3) Selalunya kalau aku naik LRT kat Sultan Ismail tu biasanya tren ni kosong.. aku akan make surekan aku masuk secara cool dan duduk di depan kumpulan perempuan lepas tu aku berangan diaorg cakap dalam hati bila tengok aku.. "Wah indahnya ciptaan Tuhan ni"

4) Yang paling gila, bila sampai Tasik Selatan.. biasanya belum sampai lagi pun aku dah duduk depan pintu dah, sebab?? Aku akan jalan cepat² sebab nak jadi orang pertama yang swipe ticket tu.. Ramai orang yang turun kat Tasik Selatan, beratus... so bila aku jadi orang pertama, rasanya macam aku menang marathon..

Aku bosan weii sorang² travel.. Sorryla.. Inila cara menghiburkan hati..

rotan...

Malam tadi aku ternampak paper lama, so aku selak² ada cerita yang sebenarnya hukuman rotan kat sekolah dah 15 tahun dimansuhkan.. Maksudnya.. tahun 1993.. Tapi apa ke jadahnya aku kena rotan dekat punggung depan orang ramai.. ha public canning orang panggil, masa tahun 1998?? Patut aku report polisla dulu...

SMTSR Jun 1998 Semua bebudak berkumpul - 4, 5 orang dah kena rotan or kena tampar..

Warden : Pizli datang depan.
Aku jalan ke depan
Warden : Awak tak sembahyang jemaah subuh tadikan?
Aku : Tapi saya sembahyang, sembahyang dalam bilik..
Warden : Letak tangan kat situ, pandang belakang...

Pap, pap, pap.. (tiga kali aku kena rotan)

Aku : (Dalam hati) Aku sembahyangla sial....
Warden : Okla.. semua boleh bersurai.. lagipun malam ni malam Jumaat, saya nak balik cepat.

Dalam Bilik

Ama : Kidd, bebudak tangkap Tarmimi curi wallet Nawi..
Aku : Jom...

Buk, buk, buk... (Tarmimi kena lepuk)

Esoknya
Pengumuman kat speaker : Kepada Zool Amali, Hairul Safarin, Nahar Fahmi, Pizli sila ke depan surau dan bawak kad pengenalan masing²...

Sampai depan surau

Warden : Masuk dalam van, kita pergi balai!!

Kat balai, ketua diaorg ni tanya apa cerita, lepas dah tau semua cerita dia fahamla kenapa kitaorg lepuk budak tu.. Apa ke bodoh punya warden.. Kalau kita tangkap pencuri, nak pecahkan dahi pencuri tu pun takdehal, janji jangan sampai mati.. Lepas tu kitaorg balik.. Tapi masa dalam balai tu ada jugak polis² poyo yg suka main snooker (masa kitaorg fly) cakap.. "Hah kes apa ni?? Masuk dalam tu nnt taula aku jadikan kepala korang mcm bola!!" Poyo sial...

Kes tu settle.. Tapi korang tau tak semua tu sebab aku tak sembahyang jemaah and kena rotan, lepas tu hati aku panas aku balas kat budak lain.. Bukannya aku tak sembahyang pun pagi tu.. Bukannya aku rogol anak cina belakang asrama aku.. Aku sampai sekarang dendam dengan warden tu.. Silapla.. Patutnya aku report kat kementerian yang aku kena rotan biar masuk paper semua.. Bukannya aku tak jantan.. masalahnya benda² remeh nak rotan orang lepas tu kena berkumpul sejam dua ramai² mcm pendatang asing..

Batch bawah-bawah aku lagi jahat - Beromen dalam kebun kelapa sawit secara beramai².. Perempuan² mana ntah diaorg jumpa.. Sekolah tu semua lelaki.. Aku dengar masuk suratkhabar semua.. Hah mcm tu patutla nak direjam ke apa ke..

Rrrrrrrrr...

Umar tak pandai sebut R.. Nama dia Umar jadi Uman.. So kalau nak dia sebut betul, tak boleh cakap Umar.. just cakap Uma.. Baru betul bunyi dia Uma...

Lain².. Rambut jadi nambut.. Berat jadi Belat.. Bila tanya.. "nak naik ayah's car ke? Mama's car?" Dia jawab Uman Car.. Tapi kereta dia tak boleh la nak naik 3 orang sekali hehehe.. Bila mama dia ajar.. Buat bunyi "Rrr", dia akan buat bunyi.. "Roarrr" bunyi lion dia la pulak..

Ok aku cakap ni bukan apa.. for the past three weeks ni kitaorg tengok rugby league yg kat australia tu.. So budak kecik ni dah taula rugby.. Masalah besarnya sekarang ialah dia tak reti sebut R.. so dia akan cakap.. Bugby.. Aku takut kalau orang salah dengar dia, jiran aku terdengar dia cakap Babi.. And aku takut tetiba cikgu kat sekolah dia akan tampar dia sebab cakap Babi.. Padahal niat dia suci murni cakap Rugby yang kedengaran Bugby and sekarang ni malam² aku dah kena main Bugby plak dgn dia sampai berpeluh² selain main bola.. and mak dia kena main ket the ball (basket ball)..
____________________________________

Ok.. since aku ada sorang anak and ini adalah anak pertama.. mestila aku nak bagi dia segala yang terbagus kan? Aku ingat lagi susu dia before dia umur setahun tu harga RM100++.. Tapi dulu takpe.. minum satu tin cukup sebulan.. Bila dah membesar, susu baby ni jadi murah sikit.. tapi still dalam RM70++.. Tapi bila dah besar anak aku kenala minum dalam 4 tin sebulan kan? And perkembangan anak aku bagus.. Alhamdulillah...

Tapi masalahnya kalau dah 4 tin sebulan.. dah berapa ratusla pulakkan nak belanja.. Lepas tu aku tengokla susu yang bawah susu yg dia minum sekarang.. Hah RM20++ je harga dia.. Tau tak aku boleh jimat dalam RM200 kalau aku tukar susu ni?? (Bukan aku berkira dengan anak aku, tapi since aku and wife banyak komitmen, banyak benda lain jgk nak difikir/dibelanja) Dalam dia ada jugak benda² yang ada dalam susu mahal tu tadi.. Tapi aku takut plak perkembangan dia nnt mcmana.. Ok kut kan ibubapa sekalian?? Kalau aku tukar susu ni kan?? Diaorg ni pun satu, jauh sangat beza harganya.. itu aku risau tu.. takde ke susu yang sederhana, tengah² tak tinggi and tak rendah...

Tapi fikir² balik aku adik beradik dulu ntah minum susu formula ntah tidak.. Agaknya minum air kosong je.. tapi elok je kitaorg, sihat je kitaorg.. dapat je adik aku tu Degree and adik aku lagi satu 5A UPSR.. entahla... Hmmm..

dream....





Dulu masa kecik aku tak boleh bermewah², sebab mak bapak aku susah.. Tanah kebun sawit tu masih ada hutang dengan Felda and pendapatan memang sikit.. So.. kalau apa² pun aku susah nak mintak dengan bapak aku.. Aku ingat masa tu aku dengan bapak aku kat dalam supermarket dekat Teluk Intan.. Aku cakap kat bapak aku, aku nak coklat yg dalam tin tu.. Bapak aku cakap.. "Coklat tu mahal.. kena bayar pakai duit merah".. Duit sepuluh ringgit.. Kiranya start dari hari tu aku fahamla..

Masa aku start main bola, aku mintak bapak aku belikan boot getah.. boot tu bukan untuk main bola.. boot tu sebenarnya untuk pergi ke ladang.. Dia ada stud so that kaki peneroka ni tak tersekat dekat tanah² yang lembik dalam kebun tu.. Harga dia aku rasa dalam 8 ringgit ke masa tu.. And aku akan letak kotak sebagai shin guard aku.. Kira masa aku training bola tu cikgu olahraga nampak aku berpotensi.. Dia suruh aku lumba lari dengan kakak darjah 6.. Nama dia Siti Salbiah.. Seperti biasa mestila aku akan jatuh cinta sebab dia cun!! And masa tu lagu antara gadis tengah famous.. eh lari tajuk pulak.. Kiranya kalau masuk olahraga aku akan dapat pakai kasut lari yg sekolah provide.. kira tak payahla beli sendiri.. And aku pun berjaya jgk masa tu.. Wakil daerah semua.. So main bola hanyalah masa Pendidikan Jasmani or main petang²..

Kiranya sampai ke sekolah menengah aku tak berani mintak dengan bapak aku.. Kalau aku main pun aku akan pinjam boot budak asrama or budak sekolah aku.. masa sekolah KL ni orangnya kaya² so aku bolehla pinjam.. Last masuk sekolah teknik masa form 4, aku malas nak pergi selection ke apa ke sebab tak larat nak meminjam lagi.. Dahla bebudak ni poyo.. diaorg beli jersi adidas korang tau tak untuk jersi sekolah!! Pakai duit sendiri.. sebab most of bebudak ni yang main ni anak orang kaya.. Ada sorang budak tu pakai boot kaler putih yg masa tu Beckham baru start pakai.. Lagila aku tau aku tak boleh join...

Apa²hal pun sekarang aku dah ada duit sendiri.. Aku harap sangatla bebudak office ni nak main bola seminggu sekali.. Aku nak beli boot yg kat atas tu.. Untuk puaskan hati sendiri.. Orang cakap, nak merasa.. Tapi takdela aku beli kaler kuning.. Kaler lain ok la sikit kut.. Saje nak merasa.. Let say kalau takde jugak.. Aku rasa aku belikan je la untuk Umar nanti..

Apa² pun aku rasa mak bapak aku berjaya jugakla ubah nasib anak² diaorg.. kira kalau dulu diaorg tak mampu nak belikan boot bola untuk aku.. sekarang aku mcm mampula jgk kalau Umar nak.. ni cerita lain kali.. (esokla tulis pasal perubahan mak bapak aku ni)

First Crush


Winnie Cooper dalam Wonder Years

Kalau orang tanya siapa aku punya first crush aku akan cakap minah ni la.. Masa tu aku darjah 5.. Wahahaah.. Masa ni jugak aku dah start aktiviti berangan aku.. Aku berangan nak jadi mamat Fred Savage tu.. Somehow pada aku selain daripada perempuan ni, aku rasa cerita tu memang best gila.. Dulula.. Kalau aku tngk skrg maybe aku dah tak suka.. Aku saje google apa dah jadi kat minah ni.. Korang tengokla kat bawah..

Hmmm........

kerja dan family..


Last weekend adik ipar aku bertunang.. Since adik ipar aku yang perempuan ni dalam pantang aku ajakla husband dia naik kereta aku je pergi meminang tu.. Dalam kereta biras aku ni bercerita yang dia dapat kerja baru gaji dua kali ganda, tapi dekat area Puchong.. Diaorg duduk Selayang.. Mula² excited, lepas tu dia cakap, balik dari interview, ambik offer letter semua tu jalan jammed gila.. Dari Puchong ke Selayang pukul 5.30 bertolak, sampai pukul 8.00 mcm tu.. Fikir² balik dia pun tak ambik kerja tu.. Dia cakap, takkan nanti nak hantar anak gi nursery pukul 6.30 pagi.. Dan mcm² lagi halla...

Ini adalah dilemma untuk orang yang dah berkahwin and dua² bekerja.. Best offer bukan ditengok dari segi duit or pangkat.. Best offer ditengok dari segi tempat dan kesenangan.. Tengok orangla.. Ada yang settle down cepat².. Ada yang kejar kerjaya dulu..

As for aku, aku settle down cepat.. Kahwin, kitaorang beli rumah yang 90% hutang, beli kereta yang 90% hutang jgk and susah masa mula² kahwin and berharap akan senang dikemudian hari.. Kemudian hari tu maybe after 5 6 tahun kahwin.. Ye la siap je rumah nak kena beli barang, nak pasang grill etc.. duit takde lepas tu guna credit card and ambik masa nak settlekan.. Once dah settle nanti Insyallah, ok...

Ada orang yang kerja dulu.. kumpul duit.. lepas tu baru kahwin and beli itu ini.. Tapi lambatla pulak kahwinnya.. so kepada adik² sekalian pilihla mana yang tepat..

Bila dah kahwin, kalau nak tukar kerja lain kena fikir macam².. Macam aku cakap semalam, maybe aku salah bidang,... Tapi kalau aku kerja bidang yang betul.. aku tak boleh nak balik rumah pukul 5.30.. Malam² aku tak boleh nak main bola dengan anak aku.. Taknakla aku.. Ni aku yang ada kelas dua kali seminggu pun boleh stress bila balik malam, mcmana pulak kalau seminggu balik lambat.. Mau tunggang langgang rumah aku..

Kalau aku sanggup pun, aku sanggup ke nak tidur situ, nak stay situ sehari suntuk? Macam company sekarang aku rasa kalau ada apa² problem yang boss aku nak mintak tolong aku boleh senyum je cakap boleh.. And aku rasa aku takdehal pun nak tidur kat sini.. Sebab comfortable gila dengan company ni.. Swimming pool pun ada, padang bola pun ada..

Offer yang paling bagus pun untuk tarik aku keluar dari sini ialah dengan bagi gaji aku at least 8K.. Lepas tu wife aku boleh berhenti kerja.. Jaga rumah, jaga anak.. Tak kisahla aku balik lambat ke apa ke, at least rumah aku kemas, anak aku bahagia.. And dia pun tak stress dengan tempat kerja and kena drive di jalan yang sesak.. So as long as diaorg bahagia, aku pun bahagia.. tak kisahla aku tidur office 4 kali seminggu pun...

Tapi company tu akan tanya aku balik.. Kau ni worth ke nak bagi 8K sebulan?

Kepada adik², fikir dengan bijak dan pilih jalan yang betul.. And kadang² kita tak payah pilih pun sebab Tuhan bagi je.. Itu di panggil nasib namanya.. Mcm aku kerja IQ dulu, jadi video editor, kerja yang aku minat, yg aku wish aku dapat title tu, end up mcm hampeh... sekali masuk sini bahagia and senyum.. walaupun tak buat benda yang aku minat.. Semoga berjaya semua...

penting!!

Aku kena buat music video untuk project semester ni.. Tolong suggestkan lagu² yang best untuk project ni, lagu yang orang tak biasa dengar tapi best gila.. Kalau siapa nak berlakon pun cakapla kat aku.. Tapi aku takdela nak bayar..

Kalau korang nak berlakon dalam music video yang Malaysia ada salji jomla..

Aku tengok kat nuffnang tracker ni berpuluh orang tengok blog aku.. Tapi diam je.. Tolongla bagi suggestion... please......
_________
Masalah scriptwriting punya result dah settle.. semalam tanya admin dia cakap dapat A+ bukan fail.. Hah bagus.. Nampak sangat salah bidang aku ni.. Tapi kalau nak masuk bidang yang aku belajar ni kenala gaji RM8k.. baru boleh blah.. Nantila aku cerita pasal ni...

sekolah


1988 Kelas 1 Putih - Sekolah Kebangsaan Sri Besout

Exam akhir tahun

Ustazah : Kalau siapa yang dapat markah paling tinggi saya akan bagi seringgit. Sekarang saya akan terangkan satu² bahagian soalan dalam ni..

Aku : Ustazah saya tak tau yang ni (menangis)

Ustazah : Saya belum lagi masuk soalan yang ni.. Tunggula..

Aku : Ok... (berhenti menangis)


Tahu tak seringgit tu sangat besar pada aku masa tahun 1988, and aku la yang dapat duit seringgit tu..
______________________

1990 Kelas 3 Mutiara (nama kelas tukar dari kaler putih jadi mutiara, merah jadi delima, kuning jadi nilam and so on)

Exam akhir tahun jugak. masa tengah exam...


Ustaz : Salah jawapan awak ni?

Aku : Ye ke?

Ustaz : Hmmm...

Dua tiga minggu lepas tu Ustaz pulangkan balik paper..

Aku : Eh ustaz, hari tu saya jawab dah betul lepas tu ustaz cakap jawapan saya salah..

Ustaz : Kalau benda tu biawak, tapi saya cakap ular.. takkan awak nak cakap ular jugak padahal dah sah benda tu biawak.

Aku : Wtf??? (Aku sampai sekarang tak faham apa motif ustaz ni kacau aku masa exam lepas tu salahkan aku.. tau tak aku masa tu darjah 3!!!)
______________________

1998 - Kelas english - Sek Men Teknik Slim River

Kelas english dah campur² ikut kepandaianla kononnya.. aku bergaduh dengan cikgu sbb aku tak dapat masuk kelas cikgu favourite aku..

Tapi cikgu kelas aku ni nama dia Anita.. cikgu yang paling cun sekali di sekolah and sekolah kitaorang semua lelaki.. So semua jadi batak sikit.. kecuali aku yang sentiasa berlagak cool..

Miss Anita : Ok hari ni kita belajar perbualan.. Ok Panjang dengan kecik awak baca yg mukasurat 18 ni..

Settle bebudak dua ekor tu dan beberapa orang lain.. Dia cakap plak..

Miss Anita : Ok sekarang saya nak baca dengan salah seorang dari awak plak..

Bebudak kelas - Dah kecoh dah sambil suggest²kan nama kawan and kecoh sebab dapat peluang nak buat benda tu dengan cikgu paling cun.. (dalam satu minit)

Miss Anita - Ok Pizli.. Bangun kita baca sama²..

Bebudak kelas - Woooooooooooooooooooooooooooo (kecoh lagi sebab konon²nya dia pilih aku and mcm aku bertuah gila sbb kena pilih dengan cikgu paling cun)

Korang susah nak faham kut sebab sekolah tu semua lelaki so bila bab² perempuan ni semuanya jadi jakun sikit..
____________________
1998 - SMTSR

Aku : Woi kasut kau koyakla.. Tu nampak kaki kau tu..

Lan : Takpela..

Aku : Dahla kasut koyak lepas tu stokin tak pakai.. apa nak jadi kau ni?? (bergurau la)

Lan : Eh aku pakai stokinla.. Tengok ni!! (sambil angkat seluar tunjuk stokin)

Aku : Wahahahaha.. - Rupa²nya kasut and stokin dia koyak dekat same spot.. Memang haru....
__________________
2008 punya sekolah

Aku sms adik aku : Hello, apa khabar? Semua sihat ke kat sana (cuti sekolah tak duduk asramala.. so tanyala sekali kesihatan mak bapak aku sekali)

Adik aku reply : Kitaorg sihat.. Hari tu ada girls night.. Tiap² dorm kena hantar wakil catwalk, orang dapat no 2.. Hehe..

Apa kejadah sekolah ada catwalk² girls night ni?? Ke aku ke ketinggalan zaman??

cerita cerita..

Hah ada bola semalam.. Aku main 3 minit terakhir sebab rupa²nya diaorg ada ajak kawan² dari luar.. Selamat.. Tapi by the time aku masuk tu team staff ni dah kena 3-0.. Lawan team student yang wakil university ni dan dipanggil All-Star and aku rasa 99% player dia adalah Nigerian.. So kira semalam Malaysia lawan Nigeria.. Takde apala sangat sbb aku main 3 minit je and takde menyumbang apa² pun.. Kira team kitaorg ni main kelam kabut.. Maybe sebab tak pernah berjumpa tetiba kena main sama².. Takde system langsung..

Apa² pun deep down aku hope diaorg ajak main bola sesaje tetiap petang seminggu sekali.. Suka² or maybe ada coach ke apa ke kan? Bolehla aku kuruskan badan and try berhenti hisap rokok sekali lagi.. Kalau hisap rokok kau sakit, sakit sorang², so takde rasa malu ke apa.. Kalau kau main bola and takde stamina, orang lain tengok malu besar woi... So mcm motivasi utk berhenti rokok jgkla kalau ada main bola tetiap minggu sebab nak dapatkan stamina dan jantung dan peparu yang sihat...
__________________
Kalau korang rasa aku pro kerajaan dengan post harga minyak semalam korang silap.. Sbb semalam kerajaan buat benda yang paling tak ikhlasla pada aku.. Bagi discount 10% kat tol PLUS kalau travel dari pukul 12am-7am.. Apa ke gila? Benda² mcm ni akan bawak masalah je lagi.. Mcm susah sangat nak dptkan discount tu.. Mcm tetiba aku call Hafezh.. "Eh fiz, aku nak gi Manchester ni.. nak gi Old Traffod, tengok Man U lawan Liverpool.. aku ada tiket flight and ticket match untuk kau ni.. Semua dah settlela kiranya.. Mehla datang KLIA.. Tapi flight nak berlepas dalam masa 3 minit lagi" Bagi harapan besar tapi orang tu tak boleh nak dapatkan...

Nanti adala alasan daripada anak² yang sampai rumah pukul 4 pagi.. Lepas tu cakap "Sorryla mama, Umar bertolak dari rumah kawan tadi pukul 12 sebab nak dapatkan discount 10% tu.. Lepas tu jalan jem gila sebab kereta banyak.. " Hah nak cakap apa? Daripada macam ni baik kerajaan cakap.. Siapa yang swipe ticket tol tu tepat pukul 9.45pm tak payah bayar tol tu.. Baru jelas sikit tak ikhlasnya tu...
_____________________
Untuk motivate Umar pergi ke sekolah, minum susu dan lain² aku akan cakap.. "Wah seronoknya pergi school.. bestnya.." Nampaknya cara aku tu silap, sebab sekarang bila dia nampak susu dalam botol.. dia akan cakap kuat².. "Wah susu, yes, yeay!!!.. Sedapnyaa...." Kalau depan orang ramai malu wei.. mcm anak aku ni setahun sekali je dapat minum susu.. So kepada bakal parents tu berhati²..

Aku pun sekarang dah tak boleh mencaci lagi sebab bila anak aku dengar dia boleh ikut.. Kalau aku tak puas hati lepas ni instead of aku cakap benda² tak elok.. aku akan cakap... 'Liverpool betulla"
Kalau anak aku ikut pun dia akan ikut cakap Liverpool je la.. takdela teruk sangat bunyinya.. sebab pada aku Liverpool = binatang² haram dan benda paling keji sekali didunia ni..

marah...


Kes 1

Masa khutbah Jumaat lepas ada bebudak duduk depan aku.. Takdela budak sangat, dalam tingkatan 2 or 3 mcm tu.. Bengang betul aku sebab bukan setakat bersembang, diaorg boleh main cubit², pukul².. Ikutkan hati aku nak je aku lepuk sekor².. Bapak aku tak pernah ajar pasal jangan main masa khutbah, tapi aku boleh fikir sendiri.. Dahla keliling dia semua orang tua.. Mengganggu betul.. Kalau nak main² dudukla kat belakang or jangan masuk masjid langsung... Aku rasa kat sekolah kut ada ajar pasal ni.. at least...
_____________
Kes 2

Aku tau la ramai orang yang tak puas hati dengan kerajaan.. Tapi masa makan lepas sembahyang Jumaat lepas aku dengar benda yang paling extreme sekali anti kerajaan orang ni... Diaorg tengah sembang benci kerajaan.. tetiba dia boleh cakap..

"Sekarang kalau kau bawak 50 ringgit pergi pasar tak boleh beli apa.."

Aku yang terdengar tu terus panas telinga.. Dalam hati aku, apa yang kau nak beli 50 ringgit tak cukup beli apa??? Kau beli udang galah 5 kilo sekali ke?? Taula tak suka.. janganla sampai mcm tu.. Itu kau yang bermasalah bukan kerajaan... Aku pun takdela suka sangat kerajaan tapi aku taula mana betul, mana tidak.. Meh aku ajar apa yang kau boleh beli dengan 50 ringgit, kalau pergi pasar malam...

Ayam seekor = RM13.. (yg sederhana)
Daging setengah kilo = RM 8 (daging tempatan, fresh baru lepas potong)
Sotong = RM 8 (boleh masak dua kali kalau family kecik)
Ikan kembung = RM 4 (dalam 4 ekor)
Telur = RM 3 (dalam 10 biji)
Sardin dalam tin = RM 5 (dua tin)
Sayur = RM 5 (lima jenis)
Ikan masin = RM 4 (banyak dan 2 3 jenis.

Itu cukup RM 50.. Kau jangan nak melampau..

Masa harga minyak turun 10 sen hari tu pun orang kecoh.. Bangsat 10 sen je turun <-- orang cakap.. Korang tau tak kalau aku beli minyak 30 liter seminggu aku dapat jimat 3 ringgit.. and 3 ringgit tu aku boleh bayar parking kat tasik selatan tu untuk pergi kelas.. Jangan nak extreme sangat!!
______________

Kes 3


Aku takde masalah dengan nursery anak aku selama ni.. Semuanya perfect! Tapi bila anak aku balik tetiba cakap.. "Tom tom bak" dengan gaya tangan, itu buat aku marah!! Aku dah tengok dah benda tu.. Memang takde faedah langsung.. Kecik² dah menari menyanyi bagai.. Tak bawak faedah langsung.. And aku taknak anak aku anggap pengacara dia lelaki yang pakai make-up tu normal.. Maksud aku, aku taknak anak aku ingat yang lelaki pakai makeup, lipstick bagai mcm mak dia pakai tu adalah benda yg biasa.. Benda yang boleh diterima..

Sebelum ni bila nampak bas kuning anak aku akan cakap "School Bus" tapi sekarang dia cakap "Bas sekolah" bukan aku tak suka dia cakap melayu, masalahnya aku tau dia tengok cerita "Geng bas sekolah" tu kat astro ceria tu.. Pada aku channel ceria tu memang tak elok, yang elok satu je Playhouse Disney..
Kat situ anak aku boleh belajar mcm²... Aku taknak anak aku jadi mcm aku..

Sekarang bila anak aku tengok iklan Ultraman dia excited!! Mesti tengok kat ceria tu jugakla..
_________________
Kes 4

Aku sekarang belajar kat University and kerja dekat University.. Ikutkan hati aku, aku taknak masuk U tempat aku belajar sekarang ni, tapi sebab boleh transfer credit aku masuk je la.. Sebab aku dah serik masa Diploma dulu..

Sem lepas, aku dapat satu B+, satu A+ and satu fail.. Aku pelikla apahal scriptwriting ni aku fail, padahal carry mark aku almost perfect and masa exam pun aku jawab dengan confident.. Aku jumpa la lecturer aku, dia cakap eh awak dapat A.. Diaorg silap key-in la tu.. Hah, aku mintakla diaorg betulkan.. Tau tak dah sebulan lebih, aku check kat system still Fail lagi.. Aku dah jumpa lecturer tu dua kali.. dia cakap "awak jangan risau, saya dah cakap dengan diaorang.." Last aku jumpa tiga minggu lepas.. Aku tunggu dua minggu lagi.. Aku akan jumpa lagi dia or aku akan mengamuk kat admin yang lembab tu...

Dekat University yang aku kerja ni, kalau kau student, kau register, ambik gambar beberapa jam lepas tu kau akan dapat student card.. Dekat tempat aku belajar ni.. aku register bulan 4 dulu.. Minggu lepas baru aku dapat, baru kad tu siap.. Itula everytime Hafezh cakap, "bestla Pizli boleh tengok wayang or main bowling ada student price".. aku akan jawab.. "Hehe" je.. sebab aku malu nak cakap kad aku tak siap lagi..

Ishhh susah betulla semua ni!!!! Nasib baik ada budak kat atas tu menghiburkan hati aku..

losing

I know that it`s a wonderful world, but I can`t feel it right now.
I thought that I was doing well, but I just wanna cry now.

umar dan bola versi 1088

Aku dah lupa bila aku ajar anak aku ni main bola.. aku rasa tak pernah.. sebab dia yang main bola tu sendiri exactly masa dia baru berjalan seminggu.. Masalah yang aku dgn wife kena tanggung ialah bila ada benda related dengan bola budak kecik ni mesti nak tengokla.. pegangla, tegurla.. Nak pakai baju bolala... Masa euro hari tu siap bangun pukul 3 pagi cakap nak tengok bola, nasib baik kat tv ada.. (Ye salah aku jugak sbb aku manjakan anak aku - sebab itu je sorang anak aku). Masalah latest yang kitaorg kena ialah bila ada paper kat rumah or kat mana² je.. everytime dia tengok surat khabar dia akan mintak sbb nak tengok gambar² orang main bola.. Kalau kat rumah ok lagi.. Ni kalau kat kedai makan pun sama.. To be honest aku dah rimas!!! Perangai sekarang, dia akan susun gambar² kat paper tu kat living hall.. So akan bersepahla rumah aku.. Bukan dia tengok sangat pun.. dia just nak benda tu ada.. Kalau aku buang or gambar² tu tetiba terlipatla apala.. dia akan cari.. Kalau aku dulu buat perangai macam ni memang dah lama kena lempang dengan bapak aku or dia ikat aku dekat pokok and letak sarang kerengga kat badan aku.. Tapi aku tak bolehla nak buat mcm tu sebab masa aku dgn anak aku berapa lama la sangat dalam seharikan.. Kalau aku dah bergaduh dgn dia, kena tunggu lagi 12 jam nak berbaik semula.. so aku terpaksala layan..

Nasib baikla wife aku datang dengan idea menarik hari tu.. Dia cakap baik buat scrapbook tampalkan gambar² bola tu.. Tapi kalau dah tampal² ni nanti nak kena laminatela apala kan.. s
o dia decide beli photo album.. Hah idea yang sangat bernas!! Rumah tak bersepah and umar ada buku kalau nak tengok sangat gambar bola.. Semalam aku pun buatla..
tengok menyibuk gila.. aku baru nak start gunting² gambar..


Tengok berapa kusyuk dia menengok gambar² tu.. Harap rumah aku kemas lepas ni...

Aku taknak halangla minat dia kat bola.. Memang dia berbakat pun untuk budak yang umur setahun setengah, biasa kitaorg main pass or dia sepak aku jadi goalkeeper.. Tapi satu je.. kalau dia tak wakil sekolah, at least!! AKU AKAN BELASAH DIA.. Kalau nnt dapat main untuk MAN U ke apa aku tak halang.. kalau main untuk Selangor pun aku takkan halang... tapi kena berpendidikan jugakla...
_______________________
Cerita pasal bola.. tempat aku kerja ni ada competition apa ntah.. and since diaorg tak cukup player diaorg ajakla aku main.. bola padang ni tau.. (dulu masa cukup player memang aku tak dipandang pun walaupun Nash berpuluh kali jugak ajak aku main.. biarla kalau orang ajak aku dalam lima orang barula aku rasa nak join)

Tapi seingat aku last aku main bola padang 4 tahun lepas.. Hahahahah.. Aku takut aku pengsan nnt.. Teringat jugak masa zaman kegemilangan dulu.. Masa tu aku dapat sekolah kat KL ni masa tingkatan 1.. Aku tak taula aku ke hebat sangat or bebudak KL ni yang tak hebat.. Jenis aku dapat bola kat kotak penalti aku, aku boleh lari bawak bola sampai ke atas and score.. Kalah Giggs.. Cikgu terus ajak aku wakil sekolah.. Sampai orang² yang aku gelecek dalam perjalanan untuk score tu sampai tumbuk tapak tanganla bengang dengan kehebatan aku.. Tapi itu cerita dulu.. Orang tak peduli.. Aku pun tak boleh nak peduli.. Sekarang ni aku rasa bawak bola dari kotak penalti ke bulatan tengah tu pun belum tentu boleh lagi.. Aku bera
zam nak jadi pemain simpanan next week.. And hope diaorg dapat cari cukup orang.. And kalau aku main, harap²nya aku tak pengsan and memalukan team tu... Amin.. Hari ni nak gi IMU prektis.. (konon.......)

akibat tidur pukul 2 pagi...

Sebenarnya aku nak kutuk uni aku hari ni, tapi esok je la sbb ada benda yg lagi menarik..

Semuanya start bila Amir datang kat aku mintak tolong convertkan divx file dia ke DVD.. Cerita ayat² cinta.. Aku pun pelikla, cerita apa ke bendanya ni? Aku abaikan.. Lepas tu aku tengok jiran sebelah rumah punya screensaver pun gambar² dari filem ni.. Wah.. hebat ni, kata aku.. Aku pun tanya²la orang pasal cerita ni.. Malam tadi ada kesempatan, aku pun tengokla.. selama 6 minit.. Dalam 6 minit tu je aku dah rasa cerita tu best.. So aku save la tengok nanti².. Sebab masa aku tengok tu dah pukul 1 lebih.. Nanti aku tengok, lepas tu menjiwai dan berangan.. Pukul berapa pulak aku nak tidur nnt..

Aku ni bila tengok cerita memang terbawak².. Itu kalau aku suka satu cerita memang sampai mati aku suka.. Kalau tengok cerita heroes aku dah berangan nak jadi peter petrelli, kalau tengok lucky number slevin aku nak jadi slevin kelevra.. Mcm budak² ada, bodoh pun ada.. Tapi itu aku!! And aku tak susahkan sesiapa pun..

So untuk membuang masa aku tengokla balik one of the best cerita yang aku rasa aku pernah tengok - Wicker Park, yang amir downloadkan hari tu.. Tengok part² yg best je la.. Cerita ni banyak twist.. Mamat ni suka seorang perempuan ni, lepas tu dia mcm bersungguh² nak dapatkan perempuan ni.. At the same time ada seorang perempuan lain yang suka kat dia and bersungguh² nak dapatkan dia..
Dia tak tau yang perempuan lagi sorang ni suka kat dia.. And kebetulan dua² perempuan ni kawan baik.. Sekali tu perempuan yang suka kat dia ni mcm sabatoj la relationship mamat ni dengan perempuan yang first tadi.. And try buat mamat ni suka kat dia... Sekali tu kantoi.. Lepas tu ada conversation ni.. (kalau english dia salah bukan sebab dia cakap salah tapi sebab aku tak reti english tapi korang boleh faham kut)

Perempuan suka Josh Hartnett :
Let just say this woman has been in love with you for a really long time and now she found you again she wasn't about to let you go.. twice.

Aku.. Eh Josh Hartnett (ha kan aku dah terbawak²):
What?

Perempuan suka Josh Hartnett :
Maybe the first time she saw you, maybe she felt the way you did the first time you saw Lisa (nama wife aku Liza so korang nampak tak mcmana aku boleh masuk dalam cerita ni dan cuba relatekan hidup aku dalam movie tu?)
Remember? Well you dia crazy things, insane things...

Barula yang mamat ni sedar kenapa perempuan tu sabotaj relationship dia dengan Lisa tu.. rupa²nya selama ni perempuan ni suka dia mcm dia suka kat Lisa.. Ok stop.. nanti korang cakap aku gila...
_____________________
Aku tau aku ada banyak benda aku nak buat, nak belajar.. tapi macam takde masa.. or maybe aku mcm anggap aku ada masa sampai bebila so aku lengah²kan and cari alasan cakap takde masa.. Ini ada benda yang aku betul² nak buat and aku nak buat by umur aku 35, lepas tu aku nak tumpu pasal benda lain.. Ini bendanya, semua menjurus kepada personal interest...

1) Aku nak ada confident bila cakap English.. Aku dah ada software yang harga beribu² dolar and aku takde masa nak belajar.. aku akan try cari masa...
2) Aku nak habiskan ilmu after effects by umur aku 30 and aku nak jadi one of the best motion graphic artist kat Malaysia ni.. aku nak buat website and tunjuk hasil kerja aku and aku akan cakap orang² boleh guna khidmat aku as freelancer...
3) Aku nak belajar main gitar.. (ye aku loser) satu lagu je.. and aku nak perform at least depan 15 orang.. Bukannya aku tak tau code² tu.. aku just tak tau nak strum je hehehe..

Ni tiga benda yang aku nak buat lepas tu aku nak menumpukan untuk benda ke "sana" secara lebih fokus Insyallah.. kalau umur panjang...
___________
Aku tak jadi nak simpan rambut panjang.. Petang ni aku nak print gambar kat atas tu lepas tu bawak gi kedai suruh mamak tu gunting rambut aku mcm tu.. Kalau tak jadi mcm tu aku tak bayar 8 ringgit tu.. rimasla rambut panjang.. Kan kemas je rambut mcm orang kat atas tu.. Kan?

p/s - Kepada perempuan sekalian silalah visit kedai online wife aku ni.. Cantik² gila stock baru batik ni.. Click sini please.

software launch (panjang cerita ni)

Pergi software launch semalam.. Mcm biasa aku takdela suka sangat sbb semua benda tu ada kat internet.. Yg bestnya (kalau menangla) nak tunggu lucky draw.. Harga software tu RM10K ++.. Hah kalau aku dapat and aku jual balik aku boleh ubah hidup aku tau? Tapi sebagai manusia yang dalam hidup sekali je menang lucky draw.. (masa imu dulu menang apa benda ntah ha PDA) memang takdela aku nak menang.. Kalau aku takde kelas semalam, memang aku balik je half-way.. tapi semalam aku tunggu sampai habis.. nasib baik ada Banos...

Jumpa balik Sazu and Banos, dah berjaya dah kawan² aku ni.. Seriously aku memang miss diaorg.. Aku nak cakap tapi mcm melampau plus siapala aku pada diaorang.. Untuk aku yang lagi ramai kawan di Yahoo Messenger dari realiti ni jumpa diaorg ni memang seronokla.. Last aku jumpa Sazu masa kenduri kawin aku kat Besout.. Banos? Masa dia melawat Umar baru lahir kat Keramat.. Dua-dua ni sebenarnya banyak berjasa pada aku.. Kira aku terhutang budila...

Dulu aku kerja kat IMU dengan gaji yg sangat sedikit, sekali Sazu ajak aku kerja Cyberjaya.. Dekat situ aku mintak gaji yang naiknya lagi banyak dari gaji IMU.. Diaorg bagi.. So from situ aku bolehla demand gaji yang lagi banyak dari Cyberjaya.. (takdela banyak mana pun sebenarnya pada korang yang gaji² besar tu) tapi bila fikir gaji aku kat IMU dulu 1400 banyakla jgk gaji aku skrg dari dulu.. Bila aku kerja sini diaorg just bagi aku gaji sama dengan Cyberjaya campur allowance 180.. kira okla.. Kalau aku stay IMU dulu agaknya gaji aku sekarang baru 1600.. entahla.. ke kena buang and aku sekarang aku tengah kerja kat Mont Kiara.. tak taula apa nasib kalau aku stay...

Lunch semalam Sazu belanja, pergi naik kereta dia yang lagi aku rasa 5 kali ganda harga dari kelisa dia yg dulu.. Kelisa yang bawak aku gi interview kat Cyberjaya tu.. Yg bawak aku gi shooting drama bodoh dulu tu.. Seronok tengok kawan² hidup senang.. Half-way lepas second session tu dia balik.. Tinggal la aku dengan Banos.. Mesti orang confuse ingat aku pun gay sbb si Banos ni lentok² kepala dekat bahu aku, tarik² tangan aku depan orang ramai.. Takpe aku tau aku straight and in case lecturer² kolej aku semalam confuse ada sorang lecturer tu tau aku dah kawin and aku ada anak and aku lelaki tulen.. Tak kisahla...

Banos ni dulu ajar aku guna fireworks untuk design website.. Kalau korang homophobic.. dengan Banos korang akan berubah.. korang mesti boleh terima sbb dia fun.. Eh banos ni sampai sekarang pun ada ajar² aku kalau aku tak tau apa².. and semalam dia hantar aku gi kelas.. still naik kancil dia tu.. (bukan dia tak mampu nak beli kereta 5 kali ganda harga kancil tu tapi sebab dia sayang kancil tu or maybe dia tunggu boyfriend dia yang kaya tu belikan) Kancil tu jugakla yang bawak balik TV yang aku beli kat Carrefour Seri Petaling 5 tahun dulu.. Aku still guna TV tu.. Everytime aku tengok kereta tu aku mesti ingat kes bawak TV ni.. Kereta tu jugak la yang aku naik masa belajar jalan yang dari exit UPM tu boleh pergi Seri Kembangan ikut pekan Cina tu.. Sembang² semalam aku tanya pasal boyfriend dia masa kat Cyber.. Dia cakap dah nak kahwin dah pun.. Lagi lahanat.. dulu gay sekarang nak kawin plak.. Main²kan perasaan kawan aku...

If diaorang berdua ni boleh belanja aku makan and hantar aku gi kelas.. aku plak hanya boleh cakap "terima kasih" sahaja sebab aku memang sesak tengah² bulan ni.. Plus aku ada komitmen² lain and diaorg takde.. So aku hope terima kasih aku tu cukup untuk diaorg.. Terima kasih sekali lagi...

takde nasib...

Dulu masa bercinta, wife aku selalu sakit, asma la apala.. Lepas tu aku pun selalu tanya main².. "Hah mcmana nak kira ni?" Kira mcmana nak kira la duit hantaran since dia sakit² and aku akan kena jaga dia.. Tau tak lepas kahwin dia tak pernah sakit langsung?? Tapi aku yang sakit selalu...

2008 memang tahun tak bernasib and kesihatan yang sangat tak elok untuk aku.. Start dengan gum infection yang sakitnya aku rasa paling sakit dalam sejarah hidup aku, lepas tu demam and muntah² masa bulan puasa.. Chicken pox dua minggu lepas.. and dari semalam sampaila sekarang kena food poisoning.. Dah berapa puluh kali pergi toilet ni.. Nak ambik mc segan sbb hari tu chicken pox dah mc lama.. Aduiiiiiiiiiii.............

Kalau wife aku tau aku akan jadi mcm ni maybe dia akan letak duit hantaran 4 kali ganda sbb kena jaga aku.. (eh tapi takdela jaga sangat pun)

rambut

Aku perlu cari doktor Suresh untuk dapatkan virus tu.. Dia cakap virus tu mcm tu je tapi power dia lain², depends on orang tu sendiri.. Aku wish aku dapat power mcm Peter Petrelli.. Tak kisahla, janji ada power.. Yang aku taknak power boleh dengar apa orang cakap dalam hati.. Kalau boleh dengar pun benda yang bebaik je seperti memuji aku or kalau perempuan cakap dalam hati dia.. "Bestnyala kalau kau ni boyfriend aku".. Mcm tu takpe.. kalau mengutuk aku taknak.. Dr Suresh.... Mana kau??
_______________
Menengok Bambang budak kelas aku yang beranak empat berambut panjang nampak cool pulak.. Aku dari dulu teringin nak rambut panjang tapi bapak aku takkan bagi sbb budak² hisap dadah kat kampung aku rambut panjang.. So mcm rambut panjang = hisap dadah bagi bapak aku.. Dia tak tau yang ramai orang kerja² kreatif ni berambut panjang dan berjaya dalam hidup... Dah tua ni takdela bapak aku marah kalau rambut aku panjang sikit.. Tapi dia akan tanya.. "Kamu nak berambut panjang ke Li?" padahal rambut aku takdela panjang mana pun masa dia tanya tu.. And lepas tu bila balik KL aku akan terus pergi kedai gunting.. Sebab aku lemah bila bapak aku tanya macam tu....

Sekarang ni aku mcm nak simpan je la and abaikan kalau bapak aku tanya.. Kira before umur aku 30 aku nak rambut panjang at least sampai bahu dan boleh diikat.. Hahahah bini aku mesti menyampah kalau baca ni... Sekarang mcm buruk sikit rambut aku sebab tak pendek and tak panjang sngt untuk digayakan.. Maybe 6 bulan lagi baru ok... Sambil.. balik kampung pekakkan telinga... Dapat setahun pun jadila rambut panjang..
______________
Bahaya tengok bola dengan Umar sekarang ni sbb bila orang celebrate goal slide lutut tu.. dia buat.. itu ok lagi.. Hari tu dia tengok Martins buat summersault lepas score.. dia dah nak buat dah.. Patah riuk kang..
______________
Semalam masa lunch teringat boss lama lepas tu start la process mengutuk.. sambil² tu memuji boss sekarang.. Amir cakap.. "ha itula dulu kat *** habis kerja je kutuk boss, lunch time je kutuk boss".. Aku sambung lagi.. "Aku yang dah berapa tahun berhenti pun kutuk boss sana lagi"....
________________
Update:

Semalam masa sembang² tu aku cerita kat bebudak tu boss janji nak bagi aku harddisk lepas tu dia bagi orang lain and cakap tak janji pun dgn aku.. Dia pelupa sikit orangnya.. and aku bebetul terasala masa tu.. and down.. (padahal banyak nak guna utk personal use je)...

Sekali hari ni dia tetiba tanya.. Pizli, do you need external harddisk? Aku cakap kalau boleh.. Lepas tu terus akak office no. 2 bagi.. Maxtor 320Gb.. Aku cakap kat semua orang, kalau aku boleh buat summersault aku buat sekarang.. and aku rasa aku akan sengih sampai esok pagi... Happy gila!!!

Ke bebudak ni bgtau boss aku marah pasal kes harddisk semalam? Wahahahahaha..

061108

tengok final pesta bolasepak merdeka? malaysia lawan vietnam? seumur hidup aku, inila kali pertama aku tak kisah Malaysia kalah!! Sebab? Sebab semua player vietnam tu mmg hampeh! Diaorg main untuk sampai ke penalti. Bukan untuk menang masa 90 minit pertama.. Kena langgar sikit jatuh berguling mcm nak mati. Lengah²kan masa.. Sepanjang 90 minit + 30 minit extra time. Aku tak taula mcmana player Malaysia boleh bersabar.. Kalau aku coach dah lama aku ajak player aku balik.. Malas nak main dengan Vietnamese bangsat tu.. Lepas tu diaorg menangla penalti tu orang² vietnam ni.. Lepas tu celebrate macam diaorg main bersungguh².. Padahal main bangsat.. Kalau aku memang malula kalau aku jadi rakyat vietnam malam tu...
_________________
Aku dengan kereta memang tak bernasib.. Aku guna wira aeroback.. Nasib aku dengan kereta ni memang hampehla.. Bukan salah proton! Bukan salah aku! Tapi salah tempat aku tinggal, tempat aku kerja mcm tu.. Dulu Dato' Seri Najib tu nak datang Besout.. so ADUN kat situ repairla jalan nak masuk ke kampung dalam 23km.. Diaorg biar je jalan tu berbatu² ntah berapa bulan, bila DS Najib ni nak datang esok, barula diaorg tar jalan tu.. Tapi dia datang naik helikopter.. Padan muka! Masalahnya masa jalan tu tngh repair, rosakla kereta aku everytime nak masuk kampung. Lepas tu aku kerja kat Broga ni.. dah siap bangunan baru diaorg nak buat jalan.. Sama jgkla ceritanya beberapa bulan.. Jalannya dah siapla sekarang lepas setahun.. Sekarang ni, jalan dekat rumah aku.. Sama jgk kesnya.. jalan berbatu², bergetar² bawak kereta.. dah berapa bulan dah!! Jalan bukan jauh sngt. Dalam 1km je kut.. Apahal ntah lembab sangat nak buat jalan tu?? Habis kotor, rosak kereta.. Tak bernasib betul!
__________________
Alhamdulillah anak aku dah sihat, malam tadi kitaorg bertiga tidur lenala.. And bapak aku pun dah sihat jugak gayanya.. Alhamdulillah...
______________
Aku ada account facebook, tapi aku tak retila nak guna.. Ke sebab aku takde masa nak hantar itu ini kat orang so mcm tak best je aku rasa facebook ni?
_____________
Kalau sesiapa yang baca blog ni ada idea nak buat short movie sila inform aku.. aku sekarang tengah cari idea.. equipments korang jangan risau.. aku ada semua.. shooting and editing pun aku boleh buat.. aku just nak idea yang best!

kembali...

Dah balik hari Isnin hari tu.. Kalau gi klinik hari Isnin tu sure dapat MC lagi seminggu tapi aku malas... sbb kat rumah takde internet... Sakit gila rupanya chicken pox ni.. before dia keluar demam sampai tak boleh bangun, tak boleh tidur..
_____________
Terima kasih kepada Jiran Sebelah Rumah sebab mendownloadkan aku benda yang aku nak hari tu.. Video tutorial and After Effects preset. Terima kasih juga kepada wife yang mendownloadkan dari rapidshare dari office dia.. And terima kasih kepada orang yang jaga network kat sini sebab bagi aku access to rapidshare (setelah aku merequest dari dia dengan nervous gila). Terima kasih juga kepada kawan² yang cuba tolong mendownloadkan untuk aku.. Terima kasih banyak..

Dengan bantuan orang² ni semua aku bolehla start buat effects² yg hebat.. Nanti aku tunjuk screen shotnya untuk project semester ni...
_______________
Terima kasih kepada Dzarina sebab memborong 20 pasang kain.. Belila sekali brooch tu dalam 20 jugak ye? Hehehe...
_____________
Umar muntah² pulak.. tak tidur malam tadi.. sedar² dia kejut aku and kaki aku dah basah kena muntah.. semuanya sebab nak makan banana sangat.. Pisang muda.. Habis tak tidur malam tadi.. Mcm akan ponteng je kelas hari ni lagi.. Alasan chicken pox masih relevan... Wife cuti jaga Umar.. Ohh dia dah reti mengira sampai ten dah.. tapi six nya kadang² miss.. Bolehla mengira ada berapa ekor kucing.. Before tidur baca ABC sampai G kuat², malu kalau orang dengar.. Kira kucing.. "One, two, three....... MEOW!!!"
_____________
Bapak aku sakit sekarang.. harapkan semua yang membaca blog ni dapat doa sekejap so that bapak aku sihat...