post akhir tahun

hari tu masa kat sekinchan.. aku nampak ada bebudak ni main bola kat padang kecik.. fikir² balik semua tempat ada orang main bola tapi Vietnam jugak yang menang AFF Suzuki Cup.. Mcm lahanat... Cakap pasal bola aku mcm dah hilang... hmm.. passion kut.. Mcm dah tak excited.. Arghh mampusla bola ni.. bukan boleh bawak untung pun...
_______________
masa kat rumah mentua aku, aku tengok movie channel.. fikir² balik.. aku dengan liza dah dua tahun tak gi tengok movie.. isnin hari tu aku call astro nak subscribe movie channel balik.. tambah dalam 30 ringgit.. banyak tu.. tapi sebab kitaorg bukannya ada buat benda² tengok wayang, bercuti di Pulau Perhentian etc so aku rasa takpela.. at least duduk rumah ada la benda nak menghiburkan hati.. hari ni ada movie marathon rasanya..
____________
esok dah nak tahun baru.. tahun depan umur 28.. ishh.. tua betul.. tapi bright sidenya umar akan besar.. lepas ni boleh la bersembang plak tahun depan dengan dia...
_____________
Aku harap adala nnt apa² benda tahun depan yang boleh bagi aku lebih senang.. lebih happy and lebih sihat.. nak berhenti hisap rokok tak boleh².. aku rasa aku nak beli je la electronic cigarettes tu.. at least rokok tu rokok sihat.. takde racun etc..
___________
Okla.. selamat tahun baru.. Hijrah dan tahun baru orang putih.. Jangan buat benda bukan² di malam tahun baru ye..

gempak desa


Bapak and mak aku dah serah kebun kat Felda.. Tak larat, bapak aku cakap.. Kebun tu diaorg punya.. Bila dah dapat hak milik, geran semua diaorg tanam semula sendiri and usahakan semua sendiri.. Ada jugak yang bagi kat Felda uruskan and dapatkan untungnya monthly and diaorg tak payah buat apa².. Adala perjanjian mcm 1k sebulan mcm tu.. or lebih.. Mcm yang usaha sendiri ni dapatla banyak lagi, yg berbelas ribu pun ada..

And start tahun 2009 ni bapak aku serahkan kat Felda kebunnya.. Sama dengan pakcik yang dapat berbelas ribu tu.. So lepas ni diaorg just duduk rumah and dapatkan duit tu je la.. Yela dari kecik mak bapak aku dah kerja susah.. agaknya sekarang ni diaorg nak berehat je la kut.. Semua dah ada, anak² pun dah lepas..

Harga sawit tengah murah sekarang ni.. So itu salah satu reason kut diaorg stop.. Bila aku mention nnt harga akan mahal balik, mak aku cakap takpela.. So tak kisahla...

Hari tu aku tengok Astro nak buat Gempak Desa kat Felda aku ni.. Aku rasa 90% tujuan diaorg pergi situ adalah nak suruh orang subscribe astro.. and 10% untuk menghiburkan orang kampung.. Pada aku time diaorg datang tu silap.. sbb skrg harga sawit murah.. Kalau dalam bulan 6 hari tu datang sure 80% orang subcribe punya.. Apa² pun aku dah boleh bayangkan kalau diaorg approach mak aku.. "Makcik marila langgan astro".. Mak aku mesti jawab salah satu ni dengan confident.. mcm promoter tu faham je apa yang dia cakap. :

1) Mane mak cik ade duit.. Kebun dah serah Felda..
2) Ishh makcik pukul 10 dah tido, bile masenya nak nengok TV.
3) Rege sawit tengah murah ni..
4) Ishhh bila masanya makcik nak nengok TV 24 jam..

Mesti punyala..

bila yang diharap tak ada...

Pernah korang nakkan something tapi takde?

Kes aku ni aku kena pergi Sekinchan hari Jumaat.. Sekali gaji tak masuk lagi.. Aku check maybank2u since Rabu.. Guna internet dialup kat rumah.. Nak tunggu load dahla lama sekali dapat login tak masuk lagi gajinya...

Lepas tu nak keluarkan duit kat Tabung Haji Bangi.. Ada ke nombor giliran dah habis pukul 11? Lepas tu gi yg besar tu kat Jalan Tun Razak.. Sampai pukul 12 and dia cakap nombor akan dibagi pada pukul 12.30 padahal orang dalam tu dlm 5 orang je..

Dipendekkan cerita terpaksala guna duit utk bayar kereta dulu.. Settle masalah... Malam Jumaat kawan aku message cakap gaji dah masuk.. Tapi masa tu aku dah mcm tak peduli pun.. Macam dah tak perlu dah duit tu masuk malam tu.. sebab yang aku perlukan tu hari Rabu ke pukul 12 tengahari Jumaat..

bonus

Akhir² tahun ni ramaila yang dapat bonus... semua happy.. or happy selama 5 minit sebelum log-in maybank2u and bila logout dah tak happy...

Yang bujang:

- "Pizli berapa kau beli jacket adidas kau tu? Aku nak belila.."
- "Arghh tukar sport rimla dari beli DSLR camera.."
- "Nak gi cuti kat Bandungla..."
- "Tak lama lagi habisla hutang credit card/kereta aku"

Yang kawin:

- "Aku nak bayar cukai MPKJ yang tertunggak"
- "Saya nak bayar duit tadika anak² RM800 tau?"
- " Aku nak repair lampu rosak kat rumah tu la"
- "Aku nak bayar hutang!!"
- "Baju Umar dah kecik, nak belikan dia la baju sikit²"

As for aku memang akan habis dibawa angin jela duit bonus aku.. Aku wish tak banyak.. dapat shopping sikit² and belikan Umar mainan² ni cukupla..





isteri...

Wife aku cakap dulu, kalau suami mati dulu wife yang tinggal ni boleh terima keadaan tu.. Kalau wife yang meninggal dulu tak tentu husband boleh cope.. Sebab ada kes yang sampai dia buang katil and barang² dalam rumah yang meninggalkan kenangan kononnya.. Entahla..

Disebabkan kesunyian akibat kematian isteri, Ngah Muhamad, 90, mengambil keputusan tinggal di dalam kereta jenis Volvo 122 S keluaran tahun 1966, sejak enam tahun lalu. Biarpun tidak disisih keluarga, Ngah lebih selesa hidup berkelana tinggal di dalam kereta itu bagi mencari ketenangan.

Sebelum ini tiga tahun Ngah tinggal di sekitar Stesen Bas Lama Tanjung Kuala Terengganu dan berpindah ke Kuala Besut sejak 2006 hingga kini.

Kereta yang dimilikinya sejak ia mula dipasarkan itu, diletakkan di dalam garaj Masjid Alor Teratai, Kuala Besut, Terengganu.

A B C

Aku : Heiiiii.. Janganla buat mcm tu..
Umar : A B Chi D E AF G H AI J K AL M N O P KU R S T U V DOUBLE LU X Y AND Z

Macam²la Umar ni.. Aku tegur cakap hei.. dia ingat aku cakap A.. Terus nyanyi A sampai Z.. 6 huruf dia tak betul sangat sebut.. tapi takpe.. kira ok la ni.. Kalau compare dengan aku masa umur 5 tahun baru tau nyanyi ABC.. Itupun dari kawan² yg tua setahun dari aku yang ajar.. Double Lu pun double lu la Umar..
___________________


Nak jumpa perempuan mcm vocalist ni dalam hidup aku mau satu dalam seratus ribu kut.. Mungkin line aku kerja, belajar, tempat tinggal aku, aku tak dapat jumpa perempuan mcm ni.. Perempuan yang sweet, cantik, pakai dress.. Hehehe.. Sebab perempuan yang aku jumpa biasanya pakai seluar.. and baju kurung..

Plus point vocalist ni.. (dia dah ok dah tapi ada plus lagi) Dia pandai main gitar.. And aku seperti biasa.. jatuh cinta lagi.. buat kali ke 88 dalam tahun 2008 ni..

Nama Band ni Estrella, tajuk lagu dia Stay.. And aku memang menyokong band² tempatan seperti ini secara ikhlas bukan sebab vocalist dia sweet..

pilihan..


Kata nak pergi Curry House? Pukul 9.30? Ok? - Tanya Hafezh..

Kalau kau takde plan lepas tu kita pergila pukul 10 la, sebab pukul 10 ada kambing... - Jawab aku..

Warta Pukul 10..

Keluar duit..

Sementara menunggu Hafezh sampai aku pergi beli paper..

Paper The Star.. RM 1.50

Seperti biasa bukak from page belakang..

Baca sport section..

Sekali ternampak satu iklan...

Iklan yang boleh mengubah masa depan aku..
Iklan yang akhirnya buat aku ada matlamat dalam hidup aku..
Iklan yang buat aku akhirnya ada cita²..

Alhamdulillah...

Dulu masa akhir tahun 1999.. Aku kerja dekat semi-government company.. Banyak gila benefitsnya.. Jadi contract clerk.. Bersungguh² nak jadi permanent kat situ.. Akhirnya aku decide.. between dua benda.. Apply kerja ni, kerja yang sure aku boleh dapat jadi permanent kat situ..

Security Assistant

Tanggungjawab

  • Menguatkuasakan kawalan keselamatan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan.
  • Memastikan langkah keselamatan dilaksanakan mengikut keperluan keselamatan bangunan.
  • Melaksanakan proses pemeriksaan yang teratur terhadap para pelawat dan tetamu mengikut prosedur penerimaan pelawat.
  • Mengawal selia panel kawalan isyarat kebakaran serta memastikan proses pemindahan yang lancar ketika kecemasan.
  • Membantu penyambut tetamu dalam mengendalikan para tetamu dan pelawat apabila diperlukan.

Kelayakan

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Pengalaman dan pengetahuan mengendalikan Sistem Pemantauan Pusat (CMS) dan/atau Kamera Televisyen Litar Tertutup (CCTV) (keutamaan akan diberikan).
  • Berdisiplin, sihat tubuh badan dan sanggup bertugas mengikut syif.
or sambung study....

Aku bersyukur aku pilih sambung study.. Bersyukur sangat..


tak pernah rasa nak bertumbuk macam ni since tahun 1997

GIVE AND TAKE n.
1. The practice of compromise.
2. Lively exchange of ideas or conversation: “the raucous give and take of American democracy” (Charles Kuralt).

MOTHERFUCKER (noun)
Sense 1
Meaning:
Insulting terms of address for people who are stupid or irritating or ridiculous
Classified under:
Nouns denoting people
Synonyms:
asshole; son of a bitch; prick; motherfucker; mother fucker; dickhead; bastard; cocksucker; SOB; whoreson; shit
Hypernyms ("motherfucker" is a kind of...):
disagreeable person; unpleasant person (a person who is not pleasant or agreeable)
Domain usage:
dirty word; filth; obscenity; smut; vulgarism (an offensive or indecent word or phrase)

bola dan kain basah...

Dalam dunia ni ada dua orang player je yang aku takkan marah kalau diaorg main ntah apa² or ada kontroversi kat luar padang.. Apa² yang diaorg buat, baik or buruk aku boleh terima and maafkan..

1) Seperti semua orang tau.. Park Ji Sung.. Sebab dia adalah orang Asia pertama yang main dekat Man U.. Kalau dia main first 11 aku sanggupla tengok sampai ke pagi.. Dulu dah banyak aku cerita pasal dia so stop...

2. Siapa lagi kalau bukan Khalid Jamlus kesayangan ku ini.. Dia la yang buat aku happy zaman Perak cemerlang dulu.. Piala Malaysia tahun 2000.. Siapa yang tak ingat bila dia dengan Saravanan score.. Aku tak pernah sehappy itu dalam hidup aku.. Dia jenis bila score mcm tak celebrate lepas tu buat muka cool.. Kalau orang lain menyampah, aku jadikan itu sebagai inspirasi.. Aku pun tak celebrate masa secore except for game yang IMU menang 3-0 dulu.. Itu moment gila.. Memalukan! Ok sudah pasal aku.. Ini pasal Khalid Jamlus.. Siapa yang tak ingat masa dia score 2 bijik masa lawan Thailand, group game Piala Tiger 2004? Masa tu Shukor Adan peluk dia mcm dia baru bagi Shukor tu duit 8 Juta pound rupanya.. Aku pun gembira happy macam tu jugak.. Satu Malaysia happy.. Sampaikan bebudak IMU pergi tengok semi yang kena belasah dengan Indon tu.. (aku takdela pergi)..

Kontroversi pergi ke Hard Rock Cafe masa malam latihan.. Yang sampai Hard Rock kena buat iklan dalam paper satu page mintak maaf (bukan FAM suruh pun, diaorg sesaje je.. maklumla banyak duit).. Ditangkap khalwat pun tak menjejaskan, takkan aku nak cakap menjejaskan perasaan plak ye.. hmm tak menjejaskan kekaguman aku pada dia.. Mcm dia ni berbudi la kat aku pasal bola sepak Perak... Dulula punya cerita..

Dua season ni.. Dia adalah penjaring terbanyak rakyat tempatan.. Tapi? Of coursela dia tak terpilih pergi selection pun untuk wakil Malaysia sebab konon²nya dia lembab, berat bontot.. Kalau berat bontot and slow tapi boleh score tanpa memakai boot kaler pink.. Apa salahnyakan? Sekarang dia dah wakil Kelantan.. so aku akan mencari awek Kelantan so that ada reason nak gi sana tengok abang Khalid main.. I love you Khalid Jamlus..
Tapi bila tengok gambar dia mcm ni gelila pulak aku..
________
Zaman dulu masa air paip belum ada, mak bapak aku mandi telaga.. kenala pakai kain basah.. Lepas tu buat bilik air luar rumah, pakai kain basahla jugak.. Lepas tu terbawak² la walaupun sekarang bilik air dah grand.. So zaman sekarang bila mak bapak aku datang rumah anak².. Adala terdengar conversation diaorg mcm ni...

Bapak : Takde kain basah ke deme ni?
Mak : Mane ade, deme mandi bolen je....

- Kain basah kalau orang tak tau ialah kain yang dibalutkan di badan untuk mencover benda² yang tak sepatutnya di tengok oleh orang lain semasa mandi..
__________
Dulu masa aku and wife aku bercinta kitaorg tak adventurous, mcm pergi bercuti di Penang or duduk berduan di office sampai pukul 3 pagi.. So banyak aktiviti kitaorg pergi makan.. Bila time nak kawin, berat kitaorang adala 5 kilo lagi berat dari berat asal...

ehem ehem..

Selepas tahun 1998 bila aku terjumpa kawan lama biasanya orang akan cakap.. Eh dah berubah dah kau.. Eh dah berisi dah kau...

Tapi tadi.. aku ke kedai makan yang dah beberapa bulan aku tak pergi.. Kakak kedai tu cakap...

"Eh dah kurusla dia ni.. Kena dera ke?"

Untuk mendengar ayat mcm tu dalam kehidupan aku sangatla sukar.. Aku HAPPY!!!!

Fikir² balik, tengok gambar aku kat music video bawah tu : "iyela.. mmg aku dah kurus pun!!" (and ingat video menambah berat badan 8 pound - wahahahaha ayat lahanat)

presentation konon...



Petang semalam start dengan aku pergi makan nasi kandar Kudu sebab lunch aku tak makan...

Habis makan aku ikut lorong² utk ke U aku... Tetiba terserempak dengan kumpulan pelacur yg berusia.. Breast pun dah jatuh gila².. Aku almost muntah.. Seriously.. Aku pun tak tau kenapa.. Jenuh aku tahan nak muntah tu dalam 2-3 minit..

Masuk kelas aku sorang je yg ada, aku layan internet tetiba ada mamat ni tepuk aku.. "Bro, kau dah siap ke bro?" Aku jawab "Ha, bolehla.." Dia cakap lagi "Aku tak siap lagi" And dia pun je sorang budak yang datang semalam... Selain aku...

Lecturer masuk and tanya aku dah siap ke? Aku cakap dah.. Ni project report.. Mamat tu bagi alasan tak sempat.. Dengan salah satu kawan dia sibuk operation.. Sebenarnya ni group project tapi pengalaman semester lepas yang aku end up buat sorang² satu project or kalau ada group member yang mcm nak membantu tapi tak bersungguh² so aku decide lepas ni aku buat sorang.. Sorryla kalau ayat aku mcm ayat berlagak..

Aku pun present.. Habis present leturer aku cakap lebih kurang mcm ni.. "Effects awak bagus, tapi kenapa awak tegak je? (soalan yang dah seribu kali aku dengar).. Aku dalam hati mcm nak je cakap.. "Eh subject ni video effects kan? Bukan subject Posisi Menyanyi Dengan Betulkan?? Tengok je la effects tu".. Tapi of coursela aku cerita mcm cerita sebelum ni.. Dia fahamla masalah aku dan tetiba bersetuju dan memberi pandangan plak apa masalah yang aku akan dapat kalau buat mcm tu, mcm ni.. Dia cakap.. "Ok awak dah present, so next week tak payah datang dah la"

Untuk memuaskan hati orang dan hati aku sendiri.. Jumaat malam Sabtu ni aku nak buat lagi.. Aku nak main gitar, menyanyi dengan tangan angkat, kepala goyang² ke.. Tapi aku akan buat..

Memandangkan susah payah kerja aku ni mcm settle, aku pun balikla.. Dengan happy.. Kalau korang perasan subtitle blog aku cuba membetulkan kesilapan lalu.. kira semester ni aku dah betulkan satu.. sebab dulu bila time video effects je diaorg suruh budak intern MMU buat, aku hanya shooting and editing je.. Kesilapan tak belajar Video effects dulu aku dah betulkan!

Balik masa kat jejantas tu ada chinese lady ni mcm tunggu aku.. Ooo rupa²nya dia nak teman naik jejantas tu sebab jejantas tu gelap and ramai orang kena pow kat situ.. Kalau si pengepow ada pisau ingat aku boleh lawan? Jangan risau.. aku dalam process mencari pistol haram sebenarnya sekarang ni.. Kalau kat jalan raya ada orang nak himpit² aku, aku tunjuk je pistol aku.. Or in this case aku tembak je si pengepow tu and kalau polis tanya aku akan cakap aku rampas pistol pengepow tu.. Tengokla mcmana... Tapi itu top priority..

And betul pun ada masalah kat jejantas tu.. ada india mabuk. Tanya aku macam² dengan bau mulut mcm bau Jalan Telawi malam²..

Ok lepas tu aku pun pumped upla.. Sebab dah settle semua.. Tiba tasik selatan aku orang pertama swipe ticket.. Beli energy drink sting tu.. Lagila bertambah hype aku.. Lepas tu nampak orang ramai.. eh tetiba aku berangan yang aku mcm dalam music video dengan orang² tu jadi extra.. aku bayangkan kali ni aku nyanyi lagu rap plak...

Its Pizli........
I tell 'em ('em tau, bukan them sebab ini rap)
Love this flow like you love your wife.. homey...
Love this flow like you love your life.. money...

Tapi tetiba mcm ada terpotong plak sebab ada perempuan pakai seluar ketat tapi nampak panty line.. aku macam nak cakap.. "Tau tak g-string tu apa? Buruk la mcm ni.." <--- Eh aku ke yang mabuk ni?? Khayalan aku diteruskan sampai ke highway.. Aku stop bila aku nampak Iklan Digi ada gambar itik tu.. Teringat Umar suka iklan tu and akan cakap.. "Wekkkkk" ikut bunyi itik tu.. Iklan tu buat aku kembali ke dunia reality, dunia yang mengatakan aku dah terlalu tua untuk menjadi rappers.. or pelakon video karaoke at least...

Dah dekat rumah aku tersedar eh semester ni dah habis dah.. tinggal seminggu lagi and exam.. Cadang nak tidur awal tapi aku kena kira budget plak untuk next year.. Macam orang apa je aku mengira, buat chart bagai malam tadi.. Hope boleh habis exactly 31st December 2010.. Cadangnya by Umur aku 30 dapatla aku Degree and membetulkan satu lagi kesilapan dulu..

I build to last
The world can tell me you watch it
You gonna see me rise once in this lifetime!

bayangkan..

1) Bayangkan korang ada audio file yang banyak and setiap audio file tu dalam 30 minit lebih.. BAYANGKAN!!

2) Bayangkan korang kena synckan audio tu dengan powerpoint slide... Bayangkan slide dia ada 30 lebih jgk setiap presentation.. BAYANGKAN!!

3) Bayangkan aku kena buat semua ni sebab dia nak gi cuti christmas, so dia nak ada video file untuk anak murid dia belajar masa dia takde.. Menyusahkan aku.. BAYANGKAN!!!!!

4) Bayangkan powerpoint slide tu cakap pasal PHYPOSTEROLS, SESQUI AND DITERPENES, MELOVATE AND DEOXYXYLULOSE PATHWAYS DAN MONOTERPENES.. BAYANGKAN!!!

5) Bayangkan dekat slide tu tunjuk benda² mcm kat bawah ni.. BAYANGKAN!!!


6. Bayangkan suara audio tu dalam accent yang macam Inspector Jacques Clouseau dalam cerita Pink Panther.. BAYANGKAN!!!!!!!!!!!

Aku nak muntah.. Aku nak pengsan........... Apa kerja yang aku tengah buat ni??? Dahla tak faham apa benda
yang dia cerita.. Aku update ni sambil dngr dia cakap.. bila time slide baru aku stop.. Aku update ni kat PC aku lagi satu.. Aku rasa kerja multitasking selama 5 tahun buat aku hebat mcm ni.. Buat kerja sambil chatting, sambil update blog.. Okeh dah nak masuk slide lain.. Kena stop..

Mevaldic acid.. Mevalonate phospate mak dia!!

perlu dan tak perlu (tambah sikit)

1. Perempuan yang period TIDAK PERLU untuk hangin² sebab korang boleh control hangin² tu sebenarnya.. Ni tak, bila period je kepala terus fikir.. "Aku kena hangin hari ni"

2. Sesetangah pemandu di Semenyih berasakan mereka TIDAK PERLU memberi signal atau berhenti di lampu isyarat.. Kalau aku terlanggar mereka sampai cacat, mereka TIDAK PERLU la menetak aku dengan parang.

3. Aku sangat berasa sangat susah hati sebab aku ponteng satu kelas ni dua minggu, tapi tadi kawan aku call cakap memang takde kelas selama ni sebab rumah lecturer aku tu ranap sekali kat Bukit Antarabangsa tu.. So aku TIDAK PERLU risau.. Hehehe..

4. Kepada boss : Saya PERLUkan Yahoo Messenger sebab kalau saya takde, saya takdela kawan sebenarnya...

5. Saya PERLUkan lebih ramai kawan.. Saya PERLU lebih sosial..

TAMBAH NI:

6. Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32, sah bernikah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 21, di Songkhla, Thailand pada pertengahan Februari lalu.

Bapa pemain bola sepak itu, Abdul Radzak Salleh, 59, berkata, Aidil Zafuan mengesahkan berita tersebut melalui anak sulungnya, Ruzithana Razak Abdul Radzak, 37, dua hari lepas.

‘‘Di sini, saya mahu mengesahkan anak lelaki saya sudah pun berkahwin dengan Rita dan berita yang digempar-gemburkan sebelum ini adalah benar,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Berita begini TIDAK PERLU sebab buat aku sakit hati.. muda² dah nak kahwin.. Dengan orang 11 tahun lagi tua.. lepas tu main macam sial sebab dah penat main lain.. Ha Jihan kan aku cakap cinta tu buat orang jadi bodoh..
____________________
Korang biasa tak buat silap dengan orang yang korang tak patut buat silap? Mcm kau buat kerja tu hari².. dengan seribu orang, tak silap langsung padahal kalau buat silap pun tak jadi masalah.. Tapi bila tiba je dengan orang yang tak boleh silap tu korang buat plak? Stresskan..

production 24 ringgit... (updated)

Hah siap dah aku punya music video.. Kerja 3 hari.. Sehari shoot aku sorang².. Sehari shoot Liza.. Umar pun dah suka tengok mama dia dalam PC.. If sebelum ni dia ajak aku tengok bola kat PC (aku main game) Sekarang dia ajak tengok mama.. Malam tadi masa dah siap aku bergegasla nak ajak wife aku tengok.. Siap burn DVD lagi hehe.. Masa aku naik tu Umar tengah mengingau kan aku... Aku datang je terus peluk aku and cakap.. "nak tengok mama".. Hah jom.. Semua sekali turun pukul 3.30 pagi.. Hehhe..

Benda ni aku buat 3 harila.. Sabtu sampai Isnin.. Lagu dia lagu, lelaki ni kena tinggal.. So dalam kes aku ni mcm wife aku ni tinggalkan aku.. Hahaha.. Aku desperate, takde masa.. nak cepat.. so aku gunala apa yang aku ada..

Update : Haah gambar aku berdiri satu style je la.. Tengok kat sini mcm sama je la.. tapi kalau dalam video nampakla aku nyanyi lain².. Ramai orang tanya kenapa statik? Masalahnya ialah green screen aku tu kecik dan bukan kaler hijau yg aku boleh keyed out cantik².. So aku terpaksa berdiri statik.. Hahaha.. Nanti kalau ada budget RM2400 aku beli green screen yg bebetul punya and besar kainnya.. lepas tu aku boleh melompat ke berlari ke.. terbang pun boleh... Kalau la K.A bagi budget mcm dulu.. memang cemerlangla.. hehehe (as usual.. hanya orang CKO je yg tahu siapa K.A)
Takdela benda yang aku buat ni bagus, mcm lahanat jugak rupanya tapi dgn budget RM24 kira okla.. Kalau budget RM24000, buat sebulan? Macam² boleh buat lagi..

Aku punya green screen set.. Beli kain hijau yang bukan absolute hijau pun kat Nilai 3.. Lepas tu aku sangkutkan kat ampai kain.. Atas ampai tu aku letak kusyen sebab ampai tu tak cukup tinggi..

Liza sebagai pelakon utama.. Aku main² effect, kulit dia jadi cantik.. And Liza ni bukannya nak tengok sangat effect aku.. Apa yang dia cakap.. "Eh, takdela saya gemuk sangat.. " - ayat dia exactly..

Aku yang konon²nya muncul dekat buku yang Liza baca.. Aku tu tengah sejuk dalam snowla tu.. Kalau aku ada masa sebenarnya aku nak buat effects snow ni kat Bangi or Kajang..

Hah dah menyanyi kat TV plak.. Kira bila Liza bukak TV ada je la aku ni.. Checkerboard tu kalau aku buat lagu rap aku boleh buat breakdance..

Hologram konon²nya.. Muncul tetiba menyanyi kat Liza.. mcm siut..

Buat video call plak.. Hehehe..

And last sekali ni Liza dah keluar rumah, tinggalkan aku.. so aku muncul la dekat frame gambar ni and menyanyi dengan kecewa.. Background tu dia mcm tukar² kaler.. Blinking.. Before aku muncul tu frame ni tunjuk gambar kitaorg tiga beranak.. Kiranya sesuai sangatla lagu ni pasal lelaki kena tinggal.. Tapi janganla bebetul.. Ni hanya lakonan..

Seriously jalan cerita music video aku ni mcm lahanat.. tapi tak kisahla.. aku just nak tunjuk je aku bolehla jugak buat² effects ni.. Sorryla kalau aku mcm batak.. aku happy sebenarnya, sebab 3 bulan lepas aku tak tau langsung nak guna after effects tu... Kalau let say aku tak dapat habiskan degree aku ni aku tetap puas hati sebab aku dapat belajar ni...

Sebab ramai sangat suruh aku gunting rambut aku rasa jap lagi aku potongla sebab dah habis dah episode menjadi penya
nyi band..

To Liza.. Thank you..
To Umar.. Nanti ayah shoot Umar plak.. aku baru sedar takde video dia walaupun aku ni videographer..
To adik aku Malina.. Sorry tak dapat ambik berlakon walaupun dah offer diri sebab aku salah tengok tarikh nak present..
To Jihan.. Sorry Jihan tak ambik kau jadi heroin.. Alasan sama...
To Surya.. Sorry tak ambik lagu awak suggest.. Lain kali kita buat.. Alasan sama...
To Amir.. Terima kasih offer nak shoot, berlakon semua.. tapi.. alasan sama...
To Fakhrul Anwar.. Terima kasih downloadkan tutorial..

Kalau ada sesiapa yang nak buat video suka² please call aku.. Aku taknak duit pun.. Saje suka²..

Kalau aku ada miss nama minta maaf.. Chewah, mcm menang award plak..

To K.A.. If kau tak complicatedkan benda kau boleh buat macam².. Tengok ni.. budget aku RM24 ringgit je, beli kain.. Kalau nak start buat production company and kau sanggup buang ego kau dan sanggup bayar aku double dari gaji aku kat sini... Call aku!

sms lahanat

RM0:00: Nak tau cara utk ambil hati kekasih? Ingin buangkan kebosanan dalam CINTAmu? Hantar ON MC ke 28444 utk melanggan Mutiara Cinta. RM0.30/sms saja.

Kalau free pun aku taknakla woi.. Apa punya servicela.. Celcom ni ada spam plak.. aku tukar lain baru tau.

macam dulu²

Malam tadi tidur pukul 4.30.. membuat video music aku tu.. wife jadi pelakon and aku jadi penyanyi.. wahahahah.. angkara last minute.. mcmana la aku boleh miss tarikh nak hantar tu.. takpe dua hari lagi present.. dulu masa belajar sampai tak tidur pun ada.. tapi pengalaman kan orang cakap, mcm sekarang aku dah boleh handle dah benda² assignment, project ni dengan tenang..
________________
Sembang pagi Ahad pasal first goal Gerrard. Yang dia score dengan cool.. placing bukan sepak kekuat ke apa ke...

Aku : Cool gila goal Gerrard tu..
Wife : Yang mana?
Aku : Yang tu.. Kalau player lain dah menggelabah dah tu..
Wife : Player Malaysia la.. Yang boleh goal pun tak goal..
Aku : Wahahahahahaha

Aku tengok highlights tu.. takdela aku beria nak tengok Gerrard ni.. Kalau dulu aku main game sebab nak belasah Liverpool gegila.. Sekarang aku main untuk belasah orang²nya.. Kesimpulannya.. untuk membuatkan Gerrard terpaksa pergi hospital untuk rawatan.. Kena bentes dia dari belakang (yang mesti kena kad kuning) sebanyak 5 kali.. Insyallah.... Kalau main game version lama.. Kewell tu sekali bentes je dah tak boleh main dah..
____________________________
Semalam mak aku singgah rumah aku dari Terengganu.. Dia pun bagila keropok dan ada jugak ikan tenggiri masin dengan cencaluk.. Malam tadi aku makanla.. Bukannya aku tak suka benda² ni, aku suka.. Tempoyak lagila.. Tapi masa makan tu aku terfikir.. Kenapa orang Melayu ni suka makan benda² busuk ni?

alamak....

aku baru sedar yang aku kena present project aku rabu next week.. bukan next two weeks.. aduihhh.. banyak sngt mistake mcm ni yang aku buat.. careless mistake.. tak tidurla aku weekend ni.. ada 5 hari je lagi nak siapkan...
____________________
kepada team Malaysia.. cuba lagi.. make sure korang menang at least satu competition kelas A ni sekali before aku mati.. kalau aku mati and korang tak menang pun takpela sebab last year korang menang Merdeka Cup tu.. Terima kasih...

Hari tu ada satu rancangan orang temuramah ni.. Orang tanya Shebby apa nasihat dia dekat pemain² bola or orang yang tengah nak main bola.. Dia jawab.. "Berhenti, stop main bola! Pergi main squash ke, badminton ke hoki ke.. sebab itu yang kita power"

Kalau tanya aku pulak mcmana nak bagi bolasepak Malaysia power.. aku jawab.. Ambik je la orang² luar and jadikan rakyat Malaysia.. mcm Singapore.. biarla bukan orang Melayu yang main janji nama Malaysia yang menang.. <---- Ni dah kecewa sangat dah ni...
__________________
Sathianathan, in a rather simplistic way, blamed the 3-2 defeat to Vietnam as Malaysia's end but in reality, the end came a long time ago when FAM and the state FAs refused to blame themselves.

antara anak dan ultraman... (korang tak payah baca pun takpe aku tngh bosan)

raya kali ni mengajar aku memang susah nak membesarkan anak.. pengaruh kita pada dia.. pengaruh dari sekolah dia, pengaruh dari tv.. and pengaruh dari yang lain².. kebetulan pulak raya ni anak aku dah pandai pukul² orang, sepak² orang.. maybe dia dapat dari aku sebab aku ada pukul dia kadang².. maybe dia tngk kat sekolah or maybe dia tengok ultraman yang sepak² raksaksa...

anak aku pandai.. pandai sangat.. cepat ditangkapnya.. kadang² aku nak balik masa dia baru 6 bulan and start all over balik.. tapi dah terlambat.. apa yang aku and wife cakap dia ikut terus.. kalau baik, baikla.. kalau tak baik aku kena stop cakap, buat benda yang tak baik.. sekarang bila dia pukul aku, sepak aku takkan aku nak sepak dia balik? aku cakap bebaik and hope dia faham.. bila dia mcm faham aku cakap give me 5 and cakap dia good boy.. and aku harap takdela pengaruh kat sekolah tu.. lagi...

bila pergi jumpa adik beradik or sedara mara... anak aku buat perangai lepas tu orang² ni marah anak aku.. kecik hati aku.. aku rasa mcm nak balik je time tu... aku nak ajar.. sebab aku tak sempat ajar lagi sbb kebetulan plak time orang ramai ni dia baru start buat perangai ni.. sedih aku sekarang ni.. tengok dia tengah tidur kesian kan dia.. dia baru setahun 7 bulan.. apa yang dia tau... aku ada rasa mcm nak tukarkan sekolah dia.. sekolah yang takde astro.. yang takde ultraman and tom tom bak.. tapi mcm susah.. kalau aku nak cakap kat orang yg jaga anak aku ni aku rasa diaorg tak boleh buat apa sangat sbb ada bebudak besar kat rumah tu yang pandai tukar channel sendiri.. arghhhhhhhhh!!!!!!!!!!

semalam gi jusco baru yang 2 minit dari rumah mentua aku.. bawak dia tngk set thomas and friends tu sbb hari tu adik aku ada belikan dia set train.. aku memang bercita² nak ada set train ni kat rumah.. so kalau ada bonus hujung tahun ni bolehla aku tambah koleksi.. bapak aku cakap "ha bukan anak dia yang suka.. dia yang suka.." hahahaha.. and anak aku pun sukala tengok Thomas tu.. Pada aku, aku suka anak aku tak mintak² pasal permainan semua... pada aku dia akan dapat bila aku rasa masanya sesuai.. dia tak perlu mintak.. bila tiba masa dia akan dapat... part ni alhamdulillah...

sebenarnya aku tulis ni nak tanya kat siapa aku nak tulis surat untuk complain pasal cerita² tak berfaedah untuk bebudak kecik ni? aku tak laratla.. dengar je bunyi satu tu terus anak aku stop susu and cakap tom tom bak... lahantla.. kalau aku tulis surat mesti ada orang argue cakap kenapa aku tak halang dia tengok benda² tak berfaedah ni? masalahnya kalau dia dengan aku memang aku tak bagi tengok.. masalahnya sekarang kalau dia dengan orang lain, yang takde depan mata aku.. mcmana aku nak halang.. yang bapak² mak² orang lain tak rasa ke cerita² tu tak bawak faedah? biar je anak diaorg tengok.. walaupun aku wish nak balik masa anak aku umur 6 bulan.. aku jugak wish dia dah 4 tahun so that dah boleh pergi sekolah.. belajar betul².. tak payah tengok tak berfaedah tu.. kalau korang tau aku patut tulis surat kat siapa tolong bagitau aku..

pagi tadi anak aku ngigau.. "tak nak taknak.." dia cakap.. bila dah bangun tanya, Umar mimpi apa taknak, taknak? Dia cakap.. "Bas.. kakut" mcm tu.. Mimpi kena kejar bas la tu sebab cuti hari tu ada bas belakang kitaorg mcm kejar dia..

macam²

Takde apa yang best pun hari raya haji.. orang yang aku nak jumpa sama ada tak balik langsung or balik masa aku dah balik kl.. just masak lemang dengan bapak aku je la.. And bapak aku merungut buat kali ke berapa dah.. Dah bertahun² dah merungut cakap dia tak larat nak buat lemang dah... tapi aku ada kira dia just bagi instruction jela.. Aku yang buat bendanya..
__________________

Before sampai Besout, aku singgah farmasi kat Slim River.. Nak pergi keduri Kambing, mcm awal sangat.. sekali aku nampak Kambing kat dalam one of kedai kat situ.. Aku tegur betulla dia.. Tengah beli barang before nak bersanding... Sekali tengok wife dia.. Fatimah.. Classmate aku masa sekolah rendah.. Aku ucap tahniah and cakap tak dapatla nak datang sebab terawal plak aku sampai situ.. So settle dapat jumpa...
_________________

Ok, menjadi aku adalah sedikit sukar.. aku ada tanggungjawab sebagai pekerja yang cuti tahunnya dah habis, sebagai ayah kepada anak yang tak pernah berpisah dengan aku.. and sebagai student yang nak kena siapkan final projectnya, sebagai anak lelaki dan abang.. So kadang² banyak benda yang aku tak boleh nak tolong or nak bertolak ansur sebab aku sendiri banyak masalah.. And masalah tu tak perlu timbul pun kalau orang boleh buat sendiri tanpa mintak tolong aku.. Sepanjang hidup aku, aku biasanya akan buat benda sendiri.. tak mintak pertolongan sangat.. So kadang² aku macam geram sebab benda yang sebenarnya simple takde masalah.. boleh jadi masalah besar sebab orang memerlukan aku yang padahal tak perlu and buat aku dalam situasi ditelan mati emak, diluah mati bapak.. or aku sendiri akan mati sebab tak datang kerja or tak siap final project... arghh takde siapa yang faham...
__________________

Kepada team Malaysia.. Berhenti main bola!!! Pergi ke Besout tu tolong bapak aku kait sawit lagi baik.. Lahanat.. Team terbaik pernah dihasilkan konon.. Ptuihh... Tau tak aku dah berazam nak beli jersi Malaysia.. sekali main mcm aku main.. So tak payah!! Pakai boot pink konon.. Ingat kau Berdtner pemain Arsenal ke? Kepada keeper Helmi Aliza Alias.. pergi terjun bangunan!!! Pergi panjat menara mana² lepas tu kau terjun!! Pegiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............ Korang semua tak faham sebab korang semua tak tengok game tu.. Gaya nombor satu.. Nike konon.. Jual jersi sampai RM259 konon. nak setaraf EPL konon gayanya.. Berambusla korang.. Aku je yang masih bodoh dan percayakan team Malaysia ni.. Memang aku bodoh dan silap besar!!
___________
Nak mintak maaf??? Boleh blah!!!

Maafkan saya – Mohd. Helmi

KUALA LUMPUR – Penjaga gol kebangsaan Mohd. Helmi Eliza Elias memohon maaf kepada rakyat Malaysia gara-gara kesilapan melepaskan gol mudah yang menyebabkan pasukan negara kalah 2-3 kepada Vietnam di Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF dekat Phuket, kelmarin.

Mohd. Helmi, 25, mengakui jaringan terakhir pasukan lawan merupakan kesilapannya.

Akur dengan kesilapannya yang menyempitkan laluan skuad kebangsaan ke separuh akhir, penjaga gol pasukan Liga Super Kedah itu berkata, dia sedia dikritik.

‘‘Saya akui gol-gol pasukan lawan berpunca daripada kesilapan saya. Paling ketara jaringan kemenangan Vietnam kerana kesilapan saya membuat perkiraan sehingga jauh meninggalkan posisi.

‘‘Untuk itu saya memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak negara di atas kecuaian saya sehingga pasukan kebangsaan terpaksa tunduk dengan kekalahan kepada Vietnam,’’ katanya ketika dihubungi di Phuket, semalam.

Menurut Mohd. Helmi, dia terlalu kecewa kerana kesilapannya telah menyebabkan pasukan kebangsaan tewas.

kucing dan anjing...

masa kucing Senuning aku hilang dulu Firdaus cakap kat aku.. "Biasala Pizli.. Kucing memang mcm tu.. Bila dia dah jumpa tuan baru, yang bagi dia makan lagi best, lagi banyak... dia stay la dengan orang tu.. Kucing bukan setia mcm anjing"

Hmm.. Tapi kalau diberi pilihan.. aku nak jadi kucing jugak walaupun tak setia.. Tamak pada aku selalu membawa untung!
____________________
Adik aku yang duduk Shah Alam, kena gi 2nd stage PTD dekat Terengganu.. Adik kawan aku yang duduk Terengganu ada interview kerja kerajaan, dia suruh datang Putrajaya.. Apa ke ceritanya?
___________________
Kawan aku Intan sudah glamour sekarang.. Korang boleh tengok kat sini..

http://www.mmail.com.my/Life_as_a_Super_mummy.aspx
________________________________________
Esok balik Besout.. Selamat Hari Raya Korban semua.. Seronokla orang kat Mekah beribadat sekarang ni..

mcm CKO

UMNO ni kadang² mcm office CKO dulu.. cakap tak kisah kalau nak bagitau benda tak puas hati.. nak kritik.. tapi lepas kritik semua kena sack.. beza CKO dulu diaorg tukar ke department lain.. Cakap je la - ini aku punya company/party korang duduk diam buat kerja..

Ex-IMU je yg faham..

Masa muda²...

Masa muda² dulu aku suka sangat baca cerita ni.. Kartun dia pun cantik.. Sampai berangan² nak jadi mamat kartun tu..

Aku pun suka jgk band² kat Malaysia ni mcm Butterfingers, The Pilgrims dengan Subculture.. Subculture tu aku pinjam kaset kawan aku.. Lepas tu bila dah cukup duit nak beli habis semua kedai kaset aku pergi cakap dah habis dah kasetnya.. Kecewa gila.. Sekali dalam tahun ni aku jumpa boleh download albumnya.. AKu excitedla. Sekali dengar.. Eh ini lagu yang aku suka dulu?? Lagu mcm ni aku suka dulu?? Serupa jgk dengan Pilgrims.. Adala dua tiga lagu aku boleh terima lagi tapi takdela suka gila mcm tu...

Kesimpulannya dulu aku jgk baca, tengok... cerita - lagu - benda tak berfaedah.. Tengok Ultraman, Gaban and Kesatria Baja Hitam.. Sekarang bila anak aku balik dari sekolah dia cakap.. "Cicakman tiga - Herkk" siap buat bunyi dan gaya aku taula sebenarnya dia tengok cerita Ultraman tiga tu kat nursery dia.. Aku malas dah la nak marah².. Biar jela dia tengok, kang kalau dia tak tau Ultraman orang cakap anak aku pelik pulak.. Semalam tengok gambar spiderman punya tangan tu.. Dia pun buat gaya mcm tu.. Aku layan je la.. Aku salahkan Jepunla sebab buat cerita Ultraman ni.. dah berapa puluh tahun dah?? Takkan tak habis² lagi.. Mana ada raksaksa kat dunia ni.. Lahanat..

Masalahnya korang tau tak ramai budak² mati sebab tengok cerita superhero ni? Diaorg ingat diaorng boleh terbang lepas tu terjun dari apartment diaorg.. Itu yang aku takut tu.. Kena jaga² jgkla. Belajar, belajar jugak.. tengok tv, tengok tv jgkla.. Untuk sekarang.. Ultraman dibenarkan..

Tapi Tom Tom Bak still tak boleh, sampai mati pun tak boleh!!!

---

nak mintak tolong, tapi takde siapa yang boleh tolong..
bila ada yang mungkin boleh tolong tapi aku takut nak mintak tolong..
nak mintak tolong dekat Tuhan, takut diri tak layak nak mintak tolong...
_______________
Right now I'm smiling
Taking advantage of this moment

Cause there might not be another soon

Holding on to memories like roller coaster handle bars

Tightly... cause I'm slightly off my rocker

But to you I may appear to be your average joe
But little do you know
that even joe got problems
That he gots to joust with

Floating in this game of life

Despite how out of place you may feel

In this race you just can't quit
Ain't that a bitch

That being heat
I'm on the beat like cops
Only cultivate the stable dirt when I skeet my drops...

tak boleh dan kena tag

aku tak boleh main bola lagi.. takde angin.. tak boleh lari... so sampai semalam sajela aku main bola.. Nak main pun lepas ni main futsal dengan geng IMU and main bola dengan Umar.. Selamat tinggal bola sepak.. selamat..............
______________
Di tag plak oleh Intan aka Supermummy :

FOUR THINGS ABOUT ME

Four things about me that you may or may not know…..

Four jobs I have had in my life
1. Multimedia Support Assistant dekat Nottingham University
2. Video editor dekat Inventure Quest Sdn Bhd
3. Production Assistant dekat IMU
4. Next year kut dapat kerja baru :D

Four movies/ TV series I would watch over and over
1. Wicker Park! Movie jiwang..
2
. The Replacement Player - Keanu Reaves main american football.. Aku suka cerita sport.
3. Amazing Race - semua sekalila.. tak kisah season berapa².
4. CSI Miami.. - Miami sahaja!

Four places I've lived
1. Bandar Bukit Mahkota - rumah sendiri tinggal tiga beranak..
2. Felda Gunung Besout - rumah mak ayah tinggal masa kecik² dulu.
3. Ulu Yam Selangor - tinggal dengan pakcik masa mula² datang KL.
4. Beberapa area di KL - masa study and baru kerja..

Four places I have been:
1. Lupa la.. Maybe, Awana Kijal Terengganu, Langkawi mcm tu je la.. takde special pun sebab aku bukan berduit nak jalan²..

People who e-mail me (regularly)
1. Boss - pasal kerja
2. Dzarina - forward email² lawak etc
3. Yahoo Groups kawasan kejiranan - updates apa yang berlaku etc.
4. Facebook - Updates mcm²..

Four of my favourite foods:
1. Nasi Kandar (Lawood, Yasseen, Kudu and Zainol)
2. Rendang - Wife aku masak..
3. Sambal sotong and kari daging mak aku...
4. Oreo cheese cake yang wife aku buat Sabtu lepas.. ishh.. mcm mengidam plak..

Four places I would rather be right now:
1.
Besout - just berehat tanpa perlu bersembang or mendengar nasihat ibubapa..
2. Di padang futsal or bola - training bola oleh Alex Ferguson biar jadi laju mcm dulu..
3. Atas katil kat rumah - Tidur
4. Kat rumah sambil main² dengan Umar..

Eh letihla kena TAG ni. Hah sekarang aku nak tag orang plak.. sesiapa yang baca ni sila buat benda ni!!! Ha buat sekarang..

aku cabar kerajaan tolong aku!!!

"Menteri minta pandangan pakar Islam berhubung cadangan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang arif mengenai agama Islam berhubung cadangan Ahli Parlimen supaya fatwa pengharaman rokok diwartakan dengan segera. Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai, berkata perbincangan dengan pakar agama itu akan membolehkan pihaknya mendapat penjelasan lanjut kenapa sehingga kini fatwa yang dibuat pada 1997 tidak diwartakan.
"


Kalau rokok di fatwakan HARAM, maknanya tak bolehla lagi dijual kat kedai² runcit!! Tak boleh jual dimana² except for kedai² yang ada lesen untuk jual rokok... mcm jual arak.. And kena susahkan untuk dapat lesen jual rokok ni.. Kalau kerajaan boleh buat mcm ni aku akan senang berhenti rokok!! Come on!!! Come on!!!

Korang ingat senang ke nak berhenti rokok.. setiap sedutan yang aku ambik tu kepala otak aku fikir bahayanya, terfikir anak bini kalau aku mati mcmana.. tapi aku still tak boleh.. lepas tu benda ni senang dapat.. kalau aku ye ye taknak beli.. bila singgah kedai, tak tahan.. terus beli.. Kalau betulla nak haramkan rokok silakan.. Jual kat kedai², bar² tengah KL tu biar aku susah nak beli.. Biar aku susah jumpa!! Cepat sikit tolong aku.. Sebab gegila aku nak tolong diri sendiri.... aku fail everytime.. :-(

02122008


Hah dah bulan 12 dah... Cepatnya...
___________________
Aku dah lama tau kita as orang biasa tak boleh panggil orang kulit hitam nigger, tapi aku tak tau exactly sebab apa..
Last week budak kelas aku yang black tu cakap, nigger tu maksud slave. So mcm menghinala.. Kalau sesama diaorang takpe.. Kalau panggil black nigger dia cakap itu lagi teruk..
__________________
Ohh, Jumaat malam hari tu berjaya bawak Umar cucuk yg umur setahun setengah.. Ya Allah leganya hati aku sebab aku dah bayangkan dia sepak² or meronta² masa kena inject tu.. nasib baik semuanya
ok.. Ye la last dia kena cucuk masa umur setahun.. Baru reti berjalan, kaki pun tak kuat sangat.. Sekarang kaki dia hari² tendang bola, berlari.. Dah kuat.. Itu aku takut tu...
________________
Conversation pagi sabtu..

Cion : Salam Kidd, kat mana?
Aku : Waalaikumsallam, kat rumah..
Cion : Besout? Aku kat Besout ni.. Kambing kawin, dia kawin dengan orang Besout..
Aku : Eh aku kat rumah aku ni...
Cion : Oohh takpela.. Minggu depan datangla kenduri kat Slim tu...

Apa ke jadahnya panggil kawan dengan nama Kambing... Yang Kambing ni kerja kat Cheras tapi kawin dengan orang kampung aku jugak...

Aku : Kambing dah kahwin, dengan orang Besout..
Wife : Kesian..
Aku : (Hampeh)
________________

Malam tadi aku nampak ni... Dalam hati aku cakap eh cantik plak.. Aku ada jugak bawak Umar tengok.. Dia cakap.. little star.. (twinkle² little star).. Kagum aku.. Ini cerita dia :

THE heavens smiled down on all of us last night, and stargazers couldn't be happier.

Venus, Jupiter and the Moon created the spectacular display of a smiling, heavenly face, says the Astronomical Society of South Australia.

Venus and Jupiter have been moving closer together in the sky over the past few nights. They had started to look like a set of car headlights, but now the moon is changing the effect.

weekend yang indah...

Setelah beberapa minggu aku tak dapat nak enjoy weekend aku akhirnya weekend baru² ini aku berjaya enjoy.. weekend yg best.. weekend yang diidamkan oleh Nora Danish dan Abby Abadi...

Jumaat pergi ke area Bangi.. masa on the way balik...

Aku: So nak berlakon tak dalam video klip tu nanti?
Wife: Taknakla..
Aku: Ala.. pegang buku je.. (pause) arghhhhhhh sudahla!!!

Wife aku kalau benda merepek² ni mesti dia taknak tolong aku...

Sabtu pagi dihabiskan dengan pergi ke Giant membeli barang² dapur dan lauk pauk.. Aku baru sedar peti ais rumah aku dah lama kosong sebab memang takde masa langsung nak membeli barang.. Lunch makan nasi kandar Lawood.. Settle semua aku and Umar tidur.. wife buat project dia yang tertangguh..

Bangun tidur aku pun merealisasikan impian aku yang dah lama tertangguh...

Aku dah lama teringin nak bawak Umar pergi real football pitch.. Tapi takde yang dekat rumah.. Lepas tu baru aku teringat.. apa ke bodohnya.. pergi je la dekat office.. padang pun cantik.. So petang tu kitaorg pun pergila.. Sementara wife aku jadi photographer..

Umar : Ayah.. licin.. kotor..
Aku : Memangla main bola kotor..

Aku suka shot ni sebab kat background dia ada orang main yang buat gaya almost sama mcm dia..

Plane.. Banyak la pulak kapal terbang lalu petang tu.. so banyak kali jgkla stop².. Aku tak taula kenapa budak kecik suka sangat tngk bas, lori, tren etc.. Tapi Alhamdulillah.. aku tau la jgk mata anak aku ok, sbb dia boleh bezakan mana satu school bus, blue bus and red car.. Kira warna pun dia okla.. Jangan nanti dia bezakan kapal terbang MAS, Air Asia, etc dahla.. Itu dah ada super power namanya...

Aku : Dah, jom balik
Umar : Nanak... Mamaaaa...........

Minum dulu before balik.. Aku pun berpeluh sebenarnya..

Habis main bola.. kitaorg pergi ke tasik dekat Uni ni.. aku dah siap bawak roti untuk bagi itik makan.. tapi seriously aku takut sbb trauma masa kecik kena sudu dengan itik.. Tapi itik sini ok kut.. aku dengan menggelabahnya bagi roti sambil menyesal sebab roti tu roti mahal hahahaa..

Dua beranak ni bagi itik makan...

Okey.. settle semua.. kitaorgpun balikla... Sambil ada orang lain bagi itik species lain tu makan pulak..

Sampai rumah, lepas semua settle.. kitaorg pun menjamah kek yang wife aku buat tu.. Oreo Cheese Cake.. Kira passla.. Nak jadi wife aku tak susah sangat.. dapat 5% kemahiran Anna Olson dari Asia Food Channel tu dah cukup dah.. Aku marah sebenarnya sebab project kek ni tertangguh sebab tak cukup satu bahan.. Rupa²nya bahan tu memang penting sbb dia keraskan kek ni yang asalnya bentuk cecair and dia kena bekukan dalam fridge bukan bakar masuk dalam oven..

Kalau kat secret recipe berapa ringgit dah ni?

Ok Pass.. Sesiapa nak kawin dengan aku lepas ni korang kena beat ni dulu..

Alhamdulillah.. Semuanya perfect Sabtu.. Ahad pergi wedding kawan aku kat Cyberjaya.. And petang berehat².. Yang spoilkan weekend aku ialah Chelsea kalah dengan Arsenal.. Maknanya kalau Liverpool menang, diaorang akan duduk atas and ada kemungkinan jadi Champion season ni.. Aku benci gila.. Lepas tu bergu Malaysia pun kalah.. Mulai saat ni aku memang takkan tengok sport dah.. Semuanya membazirkan masa aku dan menyakitkan hati aku.. Woii Arsene Wenger, gol offside pun nak celebrate ke??