kalau....

- kalau korang meniaga madu lebah and tulis or cakap Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%) masa korang berniaga, Insyallah orang akan impress and beli madu korang...

- kalau korang dalam tahun pertama baru dapat memerintah negeri, korang bagila rakyat cuti satu hari sebab sambutan jubli sultan.., boleh jgk impresskan rakyat² tu...

- kalau korang rasa orang tu tak kena, orang ni tak kena.. orang tu babi, orang tu anjing.. boss macam sial.. pernah tak korang tengok diri sendiri.. pernah tak tengok bebetul sebab maybe korang yang sial lahanat..

- kalau aku nak anak baru, aku kena ada at least RM700 tambahan untuk beli susu, keperluan dan bayar nursery.. aku tau orang cakap nanti adala rezeki anak tu nanti.. tapi aku tak yakin aku akan dapat RM700 extra dalam masa terdekat.. so nanti² je la...

- kalau muka cantik tapi tak dapat masuk final Australian Open buat apa.. So sekarang aku kena sokong Dinara Safina walaupun muka dia bengis, sebab kalau nak sokong William tu.. hmmm.. ok taknak bunyi racist di sini..

- kalau nama korang David Beckham.. Thesun Newspaper.uk mesti akan bagi video highlights goal korang.. Mcmla best sangat...

- kalau Umar balik dari nursery, dalam 5-10 minit or 30 minit paling lama mesti dia akan berak.. Kenapa dia tak berak je kat sekolah tu dulu??? Tak tau ke ayah dengan mama dia ni baru balik kerja nak duduk² jap...

dah, belum, takkan

benda² yang dah direplace :

1) Dunkin Donut dengan Big Apple - Orang cakap donut J-Co lagi best, tapi aku takut nak try sebab nnt aku susah nak beli sebab takde banyak kedai dia yang dekat dengan aku...

2) Jusco Au2 dengan semua shopping complex lain - Sebab dua tiga minit je dari rumah mentua aku, so kalau nak beli baju ke apa ke tak payahla nak ke tempat lain.. And kat sini ada Big Apple..

3) Cheese cake wife aku dengan secret recipe - Tak payahla pergi secret recipe lagi sebab boleh save half cost dia and dapat rasa yang sama..

4) Softener jenama Downy dengan softener yang lain - Disebabkan kitaorg dua² bekerja, kalau basuh kain dihari bekerja kena la letak bawah bumbung cara jemurannya.. and softener ni mengekalkan bau dia.. and bau dia sangat kuat...

5) Nasi kandar Lawood dengan nasi kandar lain - Dekat dengan rumah and ayam goreng dia sangat sedap.. Di Kudu takde ayam goreng yang best..

belum direplace :

1) Kereta aku dengan Honda Civic
2) RX-Z aku dengan Ninja 250
3) Komputer aku dengan Mac Powerbook
4) Bola Umar dengan bola futsal Nike
5) TV aku yang dah umur 5 tahun dengan LCD TV
6) Phone aku dengan N81

takkan direplace :

1) Kari daging mak aku...
2) Sambal sotong mak aku...
3) Perfume Romance aku - takkan guna yang lain dah sebab aku sangat suka bau dia..
4) Keropok ikan Terengganu dengan sos pencicah dia yang sedap.. layan gila makan petang²..
5) Umar Zakwan..
Sheikh Mansour nak beli dia dengan harga £243 million pun aku tak jual...

aku dah cakap dah...

Dua minggu lepas Liza cakap pasal hari panas sangat.. aku balas mcm ni:

"Nanti start kelas hujanla balik"

Ye tuan² dan puan² saksikanla diluar tingkap office anda.. Hari tengah hujan sekarang ni.. Aku memang psikik!!

Sebenarnya bukan psikik.. aku tau ujian² aku nak menghabiskan study memang sangat hebat.. Hujan salah satu la.. Basah aku berlari dari stesen lrt nak ke kelas.. kena drive dalam hujan lebat pun dah biasa.. Nasib baik aku suka hari hujan... Just susahla nak berlari ke Nasi Kandar Kudu or Yasseen before kelas.. Nak pakai payung mcm segan.. (Tak jumpa lagi payung yang cool)

cuti CNY

Cuti start dengan satu berita buruk and satu berita baik...

Anak Yati (IMU) yang baru lahir beberapa hari meninggal.. Lung infection katanya...

Hafezh pulak dapat baby boy.. Dah sepasang anaknya.. Maybela lepas ni dia akan berubah disebabkan anak bertambah and aku tak boleh buat lawak lucah dan lawak "hang bela dia" dengan dia lagi...
_________________
Hari apa ntah, aku ada tengok the making of cerita Geng ni.. Kira yang animation Upin and Ipin tu.. First time dalam hidup aku, aku tengok budak² yang kreatif and buat 3D, video and multimedia ni mcm humble je.. Biasa yang aku jumpa kalau dah power gila tu semua sombong dan bongkak je gayanya..

The making ni pun diaorg buat secara lawak.. Kelakarla.. Cerita dia aku tak tau la lagi, tapi rasanya inila movie yang aku patut tengok.. Nak support.. Dahla diaorg ni diam.. Bukan filem belum buat dah kecoh².. Ni dah siap baru diaorg hebohkan.. Mcm ni la baru aku respect..
________________
Pergi ke Keramat sehari.. aku tengokla cerita Upin and Ipin tu sikit² kat youtube.. Barula aku tau yang diaorg tu mak bapaknya dah meninggal.. sedih plak hehe.. and Kak Ros diaorg tu still sekolah lagi rupanya.. sekolah menengah..

Rosalind and Ana Ivanovic

"I'll have no father, if you be not he:
I'll have no husband, if you be not he:
Nor ne'er wed woman, if you be not she."

"It is not the fashion to see the lady the epilogue; but it is no more unhandsome than to see the lord the prologue. If it be true that good wine needs no bush, 'tis true that a good play needs no epilogue; yet to good wine they do use good bushes, and good plays prove the better by the help of good epilogues. What a case am I in then, that am neither a good epilogue nor cannot insinuate with you in the behalf of a good play! I am not furnished like a beggar, therefore to beg will not become me: my way is to conjure you; and I'll begin with the women. I charge you, O women, for the love you bear to men, to like as much of this play as please you: and I charge you, O men, for the love you bear to women--as I perceive by your simpering, none of you hates them--that between you and the women the play may please. If I were a woman I would kiss as many of you as had beards that pleased me, complexions that liked me and breaths that I defied not: and, I am sure, as many as have good beards or good faces or sweet breaths will, for my kind offer, when I make curtsy, bid me farewell.."
_______________
Rasa mcm baru lagi aku bergegas nak balik rumah sebab nak tengok final Australian Open.. Sedar² tahun 2009 punya dah start.. Semoga kekasih aku yang sorang ni jadi champion tahun ni..

:-)


Isi minyak kereta kat Petronas - RM 50
Dunhill 20 - RM 9
Roti Canai - RM.160

And boleh singgah beli macam² dan sampai ke office dalam masa 30 minit?

Priceless...

bangsa

Kalau tengok iklan, cerita etc mesti ada sorang Melayu, sorang Indian and sorang Chinese.. Tapi berapa ramai yang sebenarnya yang mcm tu? Yang pergi makan bertiga ada Abu, Ah Chong dan Mutu? Yang pergi main guli?

Tipula semua tu..

guli dan getah

Masa kecik dulu aku sebenarnya boleh mati bila² je.. Bukan sebab aku sakit ke apa.. Tapi sebab aktiviti aku.. Memancingla, mandi sungaila.. Macam² la lagi.. Banyak benda bahaya yang aku buat, ada mak bapak aku tau and ada diaorg tak tau.. Tapi kalau diaorg tau takdela diaorg risau.. Aku balik sekolah jalan kaki pun takde hal..

Aku ingat lagi.. permainan yang famous masa dulu, mengikut peringkat umur...

1) Guli..
2) Getah.. (rubberband)
3) Main tuju kasut
4) Main gasing..

Semua benda tak berfaedah.. Menang guli dapatla guli.. Menang getah dapatla getah.. Bertin² guli aku.. Tapi itu je la lambang kejantanan masa dulu.. Fikir² balik lawak.. Main gasing pulak kalau dapat pecahkan gasing orang hebat gila rasa...

Yang main tuju kasut tu.. kau kena susun tiga selipar.. lepas tu baling sampai bersepah.. lepas tu lari and susun balik.. As long as korang tak kena baling dengan selipar oleh pihak lawan.. Benda ni aku hebat.. Kalau berdepan one by one dari jarak satu meter pun belum tentu kena kalau baling kat aku.. Sebab? Aku boleh buat mcm² termasuk macam gambar kat atas tu.. tapi takdela meliuk lentuk badan aku.. untuk elak balingan kasut..

Dahla.. aku just terfikir.. maybe korang sendiri pun tak pernah main benda² tu.. Anak aku nanti main apa? Main playstation, main game kat PC... itu je la kut.. Kalaupun dia berkehendak nak main apa yang aku main masa kecik mesti aku tak bagi sebab bahaya.. And takde tempat nak main.. Nak pergi mancing?? Aku risau nanti lemas.. And macam²la lagi... Aku agak dulu aku lari laju sampai wakil daerah semua sebab kecik² dah prektis start lari² nak mengelak kasut semua.. Anak aku nanti gemuk kut sebab duduk je mainan dia..
___________
Semalam masa kat kedai runcit kat Stesen Tasik Selatan tu aku nampak ada sign ni :

Kepada Pelanggan Yang Dihormati (ayat sikit punya manis... sampai aku tertarik)
Dilarang Membaca!! (hahahah nak sound orang rupanya...)

Blacksmith torches himself after domestic quarrel

"The couple was believed to have had a quarrel when the wife threatened divorce if Ooi did not give her money to spend for the Chinese New Year celebration," he told reporters on Monday.

Janganla aku masuk newspaper pasal benda macam ni.. and janganla bini aku mcm bini si Ooi tu..

matlamat kerja..

Dalam hidup bekerja aku tak pernah ada matlamat yang tepat.. yang satu, yang aku akan hambakan hidup aku untuk bekerja dalam bidang tu.. Dulu aku pernah nak jadi video editor, tapi disebabkan dua company yang aku kerja mcm palat aku stop.. Plus kerja mcm tu kena balik pukul 12 malam etc.

Sekarang aku buat podcasts dekat company ni (dengan beribu² lagi kerja lain) Tapi at least sekarang aku tau apa yang aku nak.. Aku nak kerja bidang yang buat online learning.. Aku rasa kerja tu sesuai dengan aku.. Ada multimedia.. flash, web, audio, video etc and aku akan puas kalau aku dapat memuaskan nafsu student² seksi.. eh silap.. aku akan puas kalau aku dapat tolong student² tu.. kira apa yang diaorg nak ada online.. Kan best tu??

Dulu aku shoot ada presentation ni.. Ada student from China yang ada disabilty cakap susah kalau takde LMS etc nak bantu diaorg.. Ada jugak disable student yang senang belajar dengan mendengar audio dari baca buku.. And mcm² lagi.. Aku rasa benda ni banyak membantu untuk golongan² mcm ni and untuk student² yang susah nak tumpukan perhatian dalam kelas tapi boleh study sendiri pukul 12 tengah malam online...

Apa² pun.. target aku sekarang, aku nak belajar Instructional Design bersungguh².. Amin ya rabbal alamin... Finally..

manchester united

Masa Giggs and Scholes masuk hari tu.. muka diarog mcm cakap

"ishh bebudak ni.. apa main mcm ni.. meh aku ajar..."

kalau aku nak beli jersi Man Utd yang original memang aku akan beli jersi Scholes.. (betul ke eja Scholes ni?)

masih busy yang teramat..

Kangen



Bayangkan.. aku masuk AF.. Disebabkan aku dah kahwin, undi aku kurang tapi aku berjaya masuk final jugak.. Dekat final aku nyanyi lagu ni.. Lepas habis nyanyi Astro buat gimik.. Liza and Umar datang.. Kitaorg pun berpeluk dan nangis² atas pentas.. Orang tersentuh and vote aku gila².. Aku jadi juara.. Dapat duit banyak lepas tu aku bersanding sekali lagi di hotel and naik helikopter semua nak pergi bersanding tu...

Setia kepada pasangan anda.. Hindari AIDS!

Kut'rima suratmu t'lah kubaca dan aku mengerti
Betapa merindunya dirimu akan hadirnya diriku
Di dalam hari-harimu bersama lagi

Kau bertanya padaku kapan aku akan kembali lagi
Katamu kau tak kuasa melawan gejolak di dalam dada
Yang membara menahan rasa pertemuan kita nanti
Saat kau ada di sisiku

Semua kata rindumu semakin membuatku tak berdaya
Menahan rasa ingin jumpa
Percayalah padaku aku pun rindu kamu
'Ku akan pulang melepas semua kerinduan yang terpendam

Kautuliskan padaku kata cinta yang manis dalam suratmu
Kaukatakan padaku saat ini 'ku ingin ada di pelukmu
Dan belai lembut kasihmu tak 'kan kulupa s'lamanya
Saat bersama dirimu

Jangan katakan cinta
Menambah beban rasa
Sudah simpan saja sedihmu itu
'Ku akan datang, oh..

Office ni block rapidshare semua so aku takde lagu latest nak didengar.. Semalam browse Ipod aku ada lagu ni.. Layan.. hahaha..

masih busy

Umar : Mama, nak kaler kaler sini...
Liza : Kaler kat mana.
Umar : Nak kaler kaler sini....
Liza : Ayah.. cuba tengok Umar ni nak kaler dinding....

Kan aku cakap dah tak comel.. Buat aku hangin satu badan adala sekarang ni..

biskut lion..


Benda yang aku rasa paling comel Umar pernah buat or cakap ialah dia panggil biskut tiger ni... BISKUT LION...

Yang lain dah tak comel dah..

Agak busy sekarang ni..

iklan2 di internet

Internet ni kadang² boleh bagi orang cepat kaya.. Internet advertisement ni kalau betul gaya nya mmg best.. Ni contoh tajuk² iklan yang pada aku lawak dan menarik perhatian :

- Jimak 8 jam, click di sini.. (gila ke apa?)
- Abang gagah isteri senyum
- Gemuk.. Dulu 208kg sekarang 108kg
- Pen pun boleh buat duit!
- Teknik memikat pasangan melalui sains
- Kisah jurutera mewah terlampau terbongkar
- Tiada orang buat.. saya saja.. (apa benda ntah)
- Lumayan.. Kerja sambilan bersama artis
- Belia 24 tahun jadi jutawan

Meremang...



Kalau ada benda yang best kita akan meremang kan? Naik bulu roma.. Aku meremang bila tengok video ni..

kerja.. kerja.. kerja...

Everytime aku tengok kerja² kosong kat internet mentaliti aku mesti macam aku baru habis belajar.. mcm fresh lagi.. Bila tengok dia nak orang yang experience 3 tahun etc aku jadi kecut.. sebenarnya aku lupa.. Aku dah dekat 6 tahun kerja..

Lepas tu aku mesti search guna keyword video.. Padahal aku kat sini ada buat web, flash, buku and poster etc.. Aku rasa aku kena ubah dah la keyword aku.. Sebab banyak benda aku boleh buat sebenarnya.. And since kerja video memang sikit aku rasa aku kena ubah la jadi web editor ke, designer ke and kalau dah power nanti aku bolehla cari kerja web dengan senang and banyak la kerja web kat Malaysia ni kalau aku nak apply nanti²...

Tapi tu la.. nak tukar kerja mesti cari kerja yang berbaloi..

Yang malasnya kalau nak kerja baru ni, nak start all over tu yang malas.. Nak kenal orang baru, makan kat tempat baru.. Cara pergi kerja yang lain and nak sembahyang Jumaat kat masjid lain.. Kalau kat sini boleh gi masjid pukul satu and sampai time azan pun masjid kosong lagi kalau kat tempat lain maybe pukul 12.30 dah kena duduk dalam masjid..

football

Sabtu malam di meja makan.. dekat tv ada game Penang lawan Perlis...
Sayup² dengar commentator cakap..

"Nizaruddin cuba membawa bola melepasi pertahanan.... "

Umar : Oo oo o bola kapung.. Oo oo oo o bola kapung.. Bola kapung kan?

Depan tv..

Umar : Ayah nak tengok football.. ball lain..
Aku : Apa yang lainnya?
Umar : Ball lain.. Nak ball lain...

Kenala tukar Wigan lawan Spurs.. Kalau tengok game Malaysia dia tengok macam lain kut.. Salah aku jugak kut dulu memilih game kalau game Super League ni..

*bola kampung = cerita bola kat TV1.. Cerita kartun..

katil

dalam master bedroom ada satu katil queen size.
dulu tidur berdua..
tetiba ada sorang budak kecik.. terus tidur bertiga..
budak kecik dah tinggi and besar...
katil sempit...
budak kecik ada elmo yang besar sama saiz mcm dia..
bawak tidur sama²..
katil makin sempit sebab mcm ada 4 orang...
aku tidur tempat lain...

kena hias bilik untuk budak kecik nampaknya.. 3 bulan lagi dah nak 2 tahun.. lepas ni pergi tidur sendiri.. jangan kacau lagi..

tanah..


Tadi balik dari KWSP ikut Jalan Bangi Lama.. terus makan laksa and cendol dekat kedai tepi jalan tu..

1) Dulu kedai ni letak kerusi meja bawah pokok hutan tu.. So kira berteduhla and mcm menarikla tempat makannya.. Sedap laksa and cendol dia ni.. So tempat best and makan best.. Tapi tuan punya tanah hutan tu dah pagar dah tanah dia.. So kira kerusi meja dia yang bawah pokok hutan tu dia terpaksa letak tepi pagar.. Kira sempit semuala.. Pada aku.. ini namanya dengki.. Aku tanya dah lama ke orang tu pasang pagar.. Dia cakap since bulan puasa yang mana kedai tu tak bukakla kan? Macam².. Bukannya berbela pun tanah tu.. Hutan je.. And dia pagar kawasan tu je.. kawasan kedai tu je bukan keseluruhan kawasan...

Update : Aku google.. rupa²nya tanah tu hak milik UKM.. Ni link nya :

a) Gambar sebelum di pagar : http://lizanorm.blogspot.com/2008/07/laksa-redup-rimba.html

b) gambar selepas di pagar : http://silverferio.blogspot.com/2008/12/laksa-redup-rimba.html

2) Ada orang tua ni order.. Aku tunggu belakang dia.. wife dia nak cendol taknak santan, taknak itu taknak ini.. Dia pun lebih kurang je.. Kira nak order pun lama.. Aku seperti biasala kan.. mcm nak marah.. Lepas tu terfikir.. eh diaorg ni dah tua.. Nanti aku dah tua mcmana? Semua tak boleh makan, pantang itu pantang ini... Macam dulu laksa tu aku makan hari² pun sedap rasanya... Ni dah berbulan tak makan pun rasa mcm dah kurang dah sedapnya.. rasa dia sama tapi it just that aku dah tua and selera dah berubah.. Kalau dah takde selera makan nasi kandar itu bahaya and aku tak sanggup..

070109

Aku : Ayah tembak Umar...
Umar : Tembak ayah...
Aku : Tembak Umar...
Umar : Tembak Ayah..

prang.. kelekuk... (pinggan jatuh)

Liza : (Marah) Orang makanla bukan main tembak²...
______________
Umar : Ada sape² nak tengok ball?

Sunyi sepi...

Umar : Ada sape² nak tengok ball?

Sunyi sepi...

Aku dalam hati : Takde sapala nak main game sekarang ni...

Umar : Ada sape² nak tengok ball?

Sunyi sepi...............

Liza : Ada sape² nak susu?

hmmm...

baru 6 hari masuk tahun 2009 dah kena nasib malang.. external harddisk plak rosak.. baru lagi harddisk tu and baru semalamla first time aku transfer benda banyak² dari pc lama ke pc baru.. hampeh.. kakak office cakap ada warranty.. tengokla nanti mcmana..

busy

Boss aku dulu pesan kalau bawak perempuan lain naik kereta make sure sebelum sampai rumah check kalau ada rambut perempuan tu tertinggal or terlekat dalam kereta..

Busy dengan pc baru.. tak tau nak update apa..

Kepada team Perak, semoga berjaya malam ni.. Aku main-main je nak sokong Kelantan hari tu.. Hehehe..

______________
Cakapla aku kampung ke apa ke aku still tak suka Tom Tom Bak ni.. Menjahanamkan budak.. Buang menyanyi, menari, menyeksi.. dengan sembang loyar buruk tu baru aku approve.. (kalau memang dah buang aku minta maaf sbb aku tengok sekali je dulu terus aku banned..)

AETTB menampilkan bakat baru dalam dunia hiburan selain memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi sesama mereka atau golongan yang lebih dewasa. Bukan hanya memaparkan program menarik, AETTB turut mendidik penonton mengenai ilmu pengetahuan.

Begitupun, seperti program hiburan lain, AETTB tidak lari daripada kritikan. Paling mengejutkan apabila program berkenaan dikatakan menggalakkan anak-anak mengejar populariti daripada pencapaian akademik, mengajar anak-anak kecil berpakaian seksi selain menyogok mereka membuat penampilan seperti golongan dewasa.

Situasi berkenaan ternyata mengecewakan pengendali program berkenaan yang juga pengacara popular, Aznil Nawawi. Biarpun menerima setiap kritikan dilontarkan terhadap program itu secara positif, namun dalam nalurinya terbit perasaan kecewa dengan sikap segelintir golongan bijak pandai yang mahu menidakkan kandungan program berkenaan.

"Saya dan pihak penerbitan program sentiasa mengambil kira setiap teguran yang diberikan menerusi program ini. Sejak disiarkan, program ini juga menjadi platform oleh golongan tertentu seperti ahli politik, agensi bukan kerajaan dan individu tertentu untuk memberi teguran.

"Memandangkan program ini semakin mendapat tempat di kalangan penonton, ia dijadikan platform oleh golongan tertentu untuk mencapai kepentingan peribadi masing-masing. Biarpun program berkenaan dilihat sebagai pentas untuk mendidik dan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menambah ilmu pengetahuan.

"Sejak disiarkan, saya percaya ia sudah mempunyai pengikut dan landasan yang tersendiri. Tidak mustahil jika dikatakan kewujudan program ini ibarat gelanggang permainan buat kanak-kanak.

"Pihak kami sentiasa menerima setiap teguran yang positif dalam meningkatkan program ini. Saya sendiri sudah lali dengan kritikan sejak mengacarakan program Akademi Fantasia lagi. Begitupun, untuk program kanak-kanak ini, saya harap tiada pihak yang cuba membunuh kreativiti atau pentas hiburan untuk diterbitkan khusus untuk kanak-kanak itu," katanya.

Pengacara program Macam Macam Aznil itu juga mengakui, kanak-kanak mulai seronok mengikuti program itu sejak disiarkan beberapa tahun lalu.

Katanya, soal penampilan kanak-kanak sentiasa dititikberatkan supaya tidak terlalu menyentuh soal sensitiviti masyarakat. Selain menghadiri uji bakat, kanak-kanak yang terpilih menyertai program itu sememangnya berbakat dalam bidang masing-masing.

"Kanak-kanak juga tidak pernah dipaksa untuk tampil menjayakan persembahan atau corak pakaian mereka. Sehinggakan ada yang berkecil hati apabila tidak dapat mengambil bahagian dalam persembahan berkenaan.

"Menerusi program ini, kami bukan hanya memberi galakan kepada kanak-kanak untuk menyanyikan lagu-lagu tradisional yang jarang diketahui mereka, malah memberi ruang kepada peserta untuk menampilkan kemahiran bermain alat muzik tradisional mahupun tarian budaya masing-masing," katanya.

Ketika ditemui sebelum rakaman program AETTB musim keempat di Studio Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, baru-baru ini, Aznil berkata, rakaman yang berlangsung sepanjang musim cuti sekolah itu membabitkan beberapa slot seperti Jom Borak, Ada Bakat ke? selain segmen baru iaitu Anmum Essential Eja.

"Segmen Anmum Essential Eja diwujudkan selepas segmen Siapa Dia sudah tidak diwujudkan. Menerusi segmen terbaru ini, kanak-kanak akan diuji kecekapan mengeja dengan cepat. Kanak-kanak bertuah dipilih akan mengeja beberapa perkataan tertentu dalam bahasa Malaysia.

"Seronok juga kadangkala apabila melihat sendiri reaksi kanak-kanak yang baru mula hendak mengeja. Ada yang mahir dan ada sebaliknya," katanya.

Aznil turut ditemani Ayma selain watak boneka, Kicap yang menggunakan suara Din Beramboi untuk segmen Jom Borak manakala segmen Ada Bakat Ke? menampilkan bakat cilik bukan hanya menyanyi, menari malah bermain alat muzik serta menyanyi lagu tradisional.

AETTB musim keempat yang mendapat penajaan sepenuhnya produk susu Anmum Essential akan disiarkan setiap Ahad, jam 12 tengah hari bermula 31 Mei depan menerusi Astro Ceria (saluran 611)..

azam konon²nya...

video
ini adalah Umar dalam mood super mengada².. sebab semua orang tengah manjakan dia..

Untuk diri sendiri

1) Lebih sihat dari tahun lepas..
2) Kurangkan rokok
3) Main futsal at least dua minggu sekali and sekali main dalam dua jam
4) Mengempiskan perut...
5) Mendapat satu A+ at least setiap semester...
6) Mendapatkan kerja yang gajinya at least naik lagi 1K dari gaji kat sini

Untuk Umar

1) Mengajar dribble bola..
2) Mengajar mengenal ABC.. bukan setakat nyanyi ABC tapi tak tau apa bendanya..
3) Mengajar sembahyang secara intensif.. bukan baca²la.. Setakat rukuk sujud dengan betul jadila..
4) Make sure dia dah pandai pakai kasut sendiri.. Sekarang cuba² tapi tak berjaya..

Untuk aku dan Liza

1) Menyambut anniversary dengan makan di restoran best or sewa bilik hotel untuk spend time berdua.. Or at least tengok wayang sekali.. Umar tak included and kena tinggal rumah nenek.. Hehehe..

Untuk Family in general

1) Ada duit sikit untuk disimpan..
2) Dapat simen belakang rumah so that tak payah cabut rumput lagi..
3) Membaiki benda² yang rosak dalam rumah..
4) Mengharapkan miracle boleh beli satu lagi rumah.. tak kisahla apa saja jenis rumah.. tak kisahla satu bilik and satu bilik air pun di kawasan Keramat...

pisang panas...

dulu aku dengar lagu ni suka² je.. takde fikir pasal lirik ke apa ke.. yang aku tau pisang panas.. pisang panas... cuba korang baca lirik dia.. abaikan video yang mcm lahanat ni.. LIRIK SAHAJA... dalam beb!

Loloq tulis..




Resolusi
Impian
Pisang Panas, Pisang Panas

Si Anu berangan-angan nak jadi kaya kononnya
Pun menuntut ilmu niaga
Seputar alam di pasar haram

Cogankata idealisma
Panji budaya autopia
Semangat gah demi materialisma

Kepala runsing memutar modal
Sepanjang kail yang sejengkal (panas)
Baru untung sejuta
Tanah sekangkang kera
Pusaka Pak Tua pula menjadi catur dan mangsa
Idea serta skim gilanya

Tanpa usul periksa
Salahkan tuan
Tak sekolah
Tak belajar Ugama

Pisang Panas
Resolusi
Pisang panas
Impian

Bukan senang mahu senang
Tapi bukan susah mahu susah
Ada uwang hati senang
Hati senang adanya uwang

Kecik-kecik tak mahu kojol
Sudah besar kasi orang tonjol
Hidup mahu pakai uwang
Mati lagi kena pakai uwang (panas)

Telan mati emak, nak ludah mati bapak
Cakap salah
Tak cakap pun salah
Serba salah
Tahi kambing bulat-bulat
Hidup serupa ulat
Terjerat di dalam batu
Tak senang duduk dan tak senang berdiri
Mandi bunga air jampi
Minta rezeki

Dalam laut penuh jerung
Ikan bilis masih mampu harung
Ada otak boleh jadi towkeh
Jadi taukeh kalau ada otak
Nyamuk seberang sungai ternampak
Itu kan bohong dan merepek
Dunia dalam banyak cerita
Jangan buang dalam jamban

Telan mati emak, nak ludah mati bapak
Cakap pun salah
Tak cakap salah
Serba salah
Tahi kambing bulat-bulat
Hidup serupa ulat
Terjerat di dalam batu
Tak senang duduk
Tak senang berdiri
Mandi bunga air jampi
Minta rezeki

Jangan suka ambil mudah
Nanti kan tergadai maruah
Adat gelap lawannya terang-terang
Selepas terang mesti gelap-gelap

Harimau mati tinggalkan belang
Jangan kita tinggalkan hutang
Susahkan anak dan janda muda
Nak cari bapak
Nak cari suami

Telan mati emak, nak ludah mati bapak
Cakap pun salah
Tak cakap salah
Serba salah (memang pun)
Tahi kambing bulat-bulat
Hidup serupa ulat
Terjerat di dalam batu
Tak senang duduk
Tak senang berdiri
Mandi bunga air jampi
Minta rezeki
Kita kawan-kawan
Tak mahu lawan


Pisang Panas
Resolusi
Pisang panas
Impian

Steadylah beb…

jalan-jalan di kuala lumpur


Tadi exam.. okla.. tapi takdela tahap A+ rasanya subject tu, sebab itu bukan subject multimedia..

Habis exam, yang aku keluar sejam lebih awal.. sebabnya aku takkan la duduk lama kalau aku tak tau jawapan tu and fikir aku akan tau lagi 5 minit habis.. So yang tau aku jawab dengan penuh confident.. Yang tak tau, aku goreng sikit.. Lepas tu keluar..

Misi pagi tadi, pergi area Pertama, and cari t-shirt harga RM20.. Sebab apa RM20? Sebab aku sedar duit bonus dah habis and aku takde beli apa-apa sangat untuk diri sendiri and aku takde pun bercuti ke pulau tioman or membawa anak ke zoo taiping.. Biasala bayar hutang.. MPKJ je dah RM300.. So takpe.. susah sekarang nanti-nanti senangla.. KUT..

Memang takdela Tshirt RM20.. Masuk reject shop pun semuanya mahal.. takdela cantik mana pun.. Eh ada bawah RM20 tapi dia tulis "SAYA SAYANG MAK SAYA".. jual kat masjid india.. memang aku sayang mak aku tapi takdela aku nak beli.. So kira endup aku tak dapatla apa-apa dengan duit bonus aku kecuali perfume reject yg aku beli online..

Setiap 3 langkah aku jalan aku akan dengar cerita berbeza dekat orang-orang yang berselisih dengan aku.. Ada tukang kasut suruh pelanggan dia pegi minum dulu, ada couple bergaduh.. ada couple happy.. ada couple alim.. semuanya aku dapat dr apa yang diaorg cakap..

Aku jalan dari Pertama pergi masjid jamek.. lepas tu naik tren gi keramat.. Ada sup tulang hari ni.. Sedap!
____________
Dah tua-tua ni aku rasa aku dah malas nak pretend.. Kalau aku tak suka sesiapa aku cakap.. Aku takde lagi nak pura-pura baik mcm dulu-dulu.. Kalau tak suka.. aku tak layan or aku cakap terus.. Buang masa pretend aku suka and belakang mengutuk dalam hati.. Macam baru-baru ni ada mamat tu call aku.. Aku suruh je call orang lain sebab aku benci.. And aku pun tak kisah kalau orang tak suka aku.. Tak payah layan aku.. Sebab dah tua.. Banyak lagi benda nak fikir, banyak lagi benda nak kena buat.. and banyak lagi tanggungjawab lain..
______________
Sempena liga super yang baru bermula.. kepada penyokong Perak yang player-player dia dah berbulan tak dapat gaji.. Yang player-player best dah blah pergi team lain.. Aku nak cakap satu je.. HAH PANGKAH LE LAGI!!!!!!!! PANGKAH!!!!!!!!!!!!!!

Aku penyokong Khalid Jamlus.. so aku sokong Kelantan.. Since duduk Selangor dah bertahun and rasa nak jugak sokong Selangor.. tapi tengok rambut Amri Yahyah tadi terus potong...

Kepada MB - Eh janganla bagi tanah kat Cina Kampung Baru Rui je.. bagila rumah free kat semua Cina kat sana.. Kepada Melayu kat sana PANGKAH LA LAGI!!!!! PANGKAH!!!!!!!!!! Inila yang orang cakap menang sorak kampung tergadai...

3 helai seluar dalam...

Bila orang tanya aku kenapa tak aktif buat video kawin dah? Aku biasa jawab sebab dah bosan.. Bosan tu satu, tapi yang paling tepatnya aku takut buat kerja tak ikhlas..

Bila ramai orang tanya and aku bagi harga... semua mintak murah.. Semua merayu macam miskin gila.. Tapi bila bagi aku kad jemputan.. aku tengok kadnya diimport dari Indon.. Tebal mcm buku and aku yakin kalau kat Malaysia harga dia 10 ringgit satu.. Bila tanya kat mana kendurinya? Dia cakap dekat hotel.. And bila tengok baju kahwinnya, dia tempah kat Man Kajang yang harga RM4000 sepasang..

Macamana aku nak suka or ikhlas buat kerja? Untuk benda lain diaorg belanja habis²an tapi bila video kawin diaorg nak keluarkan budget kecik.. Pernah sekali aku dah tunjuk portfolio semua and bagi harga murah tapi bila aku tau cerita sebenar aku sms je orang tu cakap cari je la orang lain..

Sebab, budget utk aku, hak aku diaorg dah bagi kat orang lain.. Aku rasa mcm diaorg gembira beli itu ini.. Sewa itu ini.. Lepas tu hak aku diaorg bergembira.. Memang tak ikhlasla aku nak buat.. Aku buat benda tu suka² nak menghiburkan hati.. Sambil menambah pendapatan.. Tapi bila aku tengok majlis grand gila tapi masa cakap kat aku mcm miskin nak kawin pun tak boleh.. Pada aku, boleh blah..

Rasa mcm duit tu memang aku punya, hak aku 100% tapi diaorg belanja seronok².. lepas tu tolak duit tape, minyak and penginapan untung yang aku dapat hanya boleh beli 3 helai seluar dalam..
___________________
Tahun bila ntah aku tengok cerita GIA.. Mamat ni cakap (bila Gia ni jatuh cinta rasanya)... "Sex is everywhere.. Love is hard to find"

Betulla kut apa orang ni cakap sebab malam tadi tengok berita ada perempuan ni kena tangkap dengan lima lelaki yang hanya pakai seluar pendek dalam satu bilik.. Sedap kut kena belasah dengan lima orang sekali.. Teringat dulu Yunus Despatch cakap.. "Senang bang.. main je.. Lepas tu tanya kawan lain, kalau kawan tu nak pass kat dia and cakap.. "Ha lepas ni kau hantar balik" or "nnt kau belanja makan"..

Kepada perogol tak payahla merogol sebab nanti kena sebat, pergi cari yang rela ni dengan modal nasi goreng kampung and air sirap...

Aku ada anak.. and aku risau..
_____________________
Lawak jugak tengok polis buat roadblock check orang tak pakai tali pinggang keledar kat belakang.. Susah payah diaorg ni sebenarnya.. Tapi mcm biasala semua ni tengah hangat.. Bila dah sejuk nnt lain plak ceritanya.. Mcm tak biasa..
____________________
Esok aku exam.. Doakan aku berjaya..

Lepas ni post azam tahun baru..