memori 94

First day sekolah menengah..

Kakak Form 3 : Dik, kalau akak nak jadikan adik, adik angkat boleh tak?
Aku : Hmm boleh je...

2nd Day sekolah menengah..

Kakak Form 4 : Dik, kalau akak nak jadikan adik, adik angkat boleh tak?
Aku : Hmm boleh je...

3rd Day sekolah menengah

Kakak Form 5 : Dik, kalau akak nak jadikan adik, adik angkat boleh tak?
Aku : Hmm boleh je...


Beberapa minggu kemudian...

"Hi Pizli, Akak dapat tau yang Kakak Form 4 pun ambik Pizli jadi adik angkat, so takpela Pizli teruskan dengan dia... bla bla bla.."

Yang Ikhlas, Kakak Form 3

Aku : Wtf???

Seminggu dua lepas tu baru aku tau undang².. Kira kalau nak berkakak angkat kena sorang je.. Tak boleh ada ramai.. Apa punya bangang undang²nya!!

Sebab? Sebab setiap kakak angkat aku ni aku bagitau birthday aku lain² hari, lain² bulan.. so aku akan dapat banyak hadiah berlainan hari setiap bulan... Kan dah spoil plan aku..

menggali lubang kubur sendiri..


Perhatian : Mungkin aku akan mencarut di dalam post ini! Tapi akan try hard supaya tidak.

Sumber Berita Harian

Kadar tol 5 lebuhraya naik 1 Mac
KUALA LUMPUR: Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac ini. Demikian diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.
___________________
Dalam tahun lepas aku ada baca diaorg tengah buat proposal nak turunkan harga tol.. Lepas tu cakap benda tu memang boleh dilakukan.. Aku dengan family menunggu.. Sekali keluar berita mcm ni.. Kalau Umar buat salah aku akan cakap "Nak kena ni!".. Ni aku nak cakap dekat kerajaan korang nak kena ni!!

Taktik buang dua tol, lepas tu umum nak naik tol! Sia² je aku nak memperjuangkan parti Melayu.. Sekarang pergi mampus.. PERGI MAMPUS!! Liza guna Tol PLUS hari², and aku guna tol BESRAYA, dalam 2 3 kali seminggu.. Bangsat.. Aku memang mengamuk kat office ni.. Sia² je naik gaji bulan depan.. KALAU NAIK GAJI!!!

Aku akan daftar SPR (finally) and akan vote PKR ke PAS ke lepas ni.. and aku akan promote parti pembangkang.. Selamat tinggal.. Aku betul² akan affected.. To BN or Kerajaan ke lancau mana yang incharge.. Korang tengah gali lubang kubur sendiri tau tak?? Aku akan promote kat mak bapak aku, adik beradik aku, sedara mara aku, wife aku, sedara kepada sedara, sedara kepada sedara kepada sedara kepada sedara semua orang.. Mampusla korang!! Tak sedar² lagi ke orang dalam tengah tak percaya lepas tu buat perangai anjing mcm ni.. Bangsat!!

projek sains abang..

Bebudak kelas aku panggil aku Abang.. Selalu orang Melayu ni sukahati je panggil peniaga nasi lemak ke sesiapa yang tak tau nama, abang kan? Ini tidak.. Memang diaorang panggil aku Abang.. Yang lelaki pun.. Yang paling teruknya si Kamini yang Chindian tu pun sekali, panggil aku Abang Pizli.. Takpela sebab bila aku tengok ic number diaorg semua 87, 88.. Aku tau aku tua, aku 81 by d way...

Semalam ada budak perempuan ni cakap.. "Abang, nnt kalau ada kerja kosong ke part time pun takpe bagila saya ye?" Aku jawab... "Ha boleh kalau bagus balasannya... (sambil tersenyum syaitan)
_______________________
Aku ingatkan aku akan post pasal benda ni lagi lama, tapi nampaknya dah boleh cerita hari ni dah.. Allah maha kuasa, pencipta.. Salah satu benda yang aku paling amaze sekali cara dia cipta rama-rama.. Kalau manusia, lelaki perempuan bersama, sperm bersatu dengan telur, pregnant dalam perut.. Normal! Ini tak..

Kejadian rama-rama ni dulu dah belajar kat sekolah, tapi kali ni aku nampak dengan mata aku sendiri..

Cerita dia mula dengan banyak ulat² kecik makan daun limau aku yang kecik jugak pokoknya.. So setiap pagi, kalau Umar bangun, aku akan ambik ulat² kecik ni and suruh Umar pijak.. Lega hati bila aku tengok dah habis ulat tu.. Tapi kadang² ada jugak yang aku tak perasan and bila aku dah perasan dia dah jadi caterpillar.. Besar.. Dulu biasa aku buang je.. Tapi last two weeks aku cadang nak bela dalam balang.. Aku bagi dia makan dengan daun yang dah rosak tu.. dalam 4 hari kut.. Sekali dia tetiba senyap and jadi kepompong... And pagi tadi (kira seminggula) dah jadi rama².. Subhanallah.. Ulat jadi kepompong jadi rama².. Kuasa apakah ini??

Liza selalu buat lawak kat aku, nanti yang keluar dari kepompong tu ulat balik.. Kalau keluar ulat memang aku pijakla.. Cadang aku nak lepaskan dia pagi tadi.. Tapi Liza mintak tunggu sampai petang sebab nak tunjuk kat Umar, ha kira budak kecik ni pun terlibatla dalam projek aku ni.. Mesti dia suka.. Aku masukkan bunga² yang aku yakin ada madu dalam balang tu kejap.. Betul ke apa aku buat ni? Jangan dia mati petang ni dah..

beer & telephone

Aku tak sure sebab apa orang minum, maybe sebab nak release tension, or maybe saje enjoy minum.. Tapi semalam aku tau one of the reason orang minum sebab tekanan di tempat kerja.. Semalam aku mintak guard ni bukakkan pintu kelas aku.. Masa dia bukak tu, dengan mulut bau beer and mata merah dia meluahkan perasaan kat aku :

Pak Guard : Diaorg irihati sama saya..
Aku : ???
Pak Guard : Dulu saya kerja itu Citibank, Maybank, tough.. Sekarang kalau kena pergi imigresen Dato' akan suruh saya pergi.. Diaorg irihati sama saya...
Aku : ????????
Pak Guard : Itu George dia irihati sama saya.. Dulu saya kerja Citibank banyak tough tau, kalau saya buat slack orang terus report sama itu manager...

Aku blur gila.. Apahal mamat ni tetiba cakap kat aku benda bukan² ni? Kenal pun tak, bercakap pun tak pernah.. Last² aku fahamla sebenarnya dia ni mcm jadi pilihan boss² kat Uni aku, tapi guard² lain jealous, sebab experience dia, dia jadi pilihanla kut... Agaknya itu pasalla dia minum, bila dah high main lepaskan perasaan je kat sesiapa....
_______________
Semalam phone credit habis.. So aku terpaksa call Ilham guna phone rumah, nak order lunch yang wife dia buat tu.. Aku tekan phone sekali Chinese jawab cakap Mandarin.. Aku pun pelikla.. Call Amir pulak nak beli topup.. Masa dah nombor ke tujuh dah ada ringing.. Terus aku letak.. Aku baru perasan sebenarnya aku tekan 9 dulu.. Sebab bila guna phone biasa, aku guna phone office je.. Itu yang tertekan 9 tu...
______________
Lepas keluar surau Zohor semalam nampak kakak office baru keluar toilet.. Since jalan almost beriringan aku pun cakapla kat dia..

Aku : Baru keluar surau dah tengok kaki perempuan..
Kakak Office : Hah?? (sambil cemas tengok kaki dia)...
Aku : Tu la student² tu..
Kakak Office : Oooo faham²..

Surau ni sama tingkat dengan computer lab, so ramaila student kat floor tu.. Itu yang keluar nampak student pakai seluar pendek, sleveless, menyeksi etc bila keluar surau.. Hehehe...
__________________
Pagi tadi masa beli nasi lemak..

Kakak nasi lemak : Kau belajar ke kerja kat situ..
Aku : Kerja..
Kakak nasi lemak : Ooo ingatkan kau sambung kat sana..
Aku : Saya sambung kat KL..
Kakak nasi lemak : Sebab apa? Mahal kat sini? Tapi ramai ye pelajar asing kat sini..
Aku : Untuk diaorg.. bila datang Malaysia jadi murah.. Duit diaorg bila datang sini rasa sini murah.. Kita ni....
Kakak nasi lemak : Semuanya mahal.. Hahaha..
Aku : Ha itula.......(Nasi lemak kau ni pun mahal jugak!!! ) <--- cakap dalam hati..
________________
Laugh together, cry together,
God willing we going to die together...

lagu dulu²...

Bila everytime dengar lagu lama yang dulu pernah jadi lagu favourite.. mesti rasa lain.. Yang aku ingat, lagu ni masa kerja IMU, tinggal kat bilik sewa kecik, play kat Imac G3 aku..




Elise believe I never wanted this
I thought this time I'd keep all of my promises
I thought you were the girl I always dreamed about
But I let the dream go
And the promises broke
And the make-believe ran out...

facebook and friends...

Dua tiga minggu lepas (masa cepat sangat berjalan so tak boleh nak track sangat), Liza cakap yang dia jumpa kawan² lama dia.. Yg kat UTM, kat sekolah, kawan orang putih dia masa dia sekolah rendah kat Scotland tu.. Semuala dia jumpa.. Aku dengar je la.. Sebab? Bila aku search kawan² aku. hampeh seorang pun takde..

Dulu aku sekolah teknik, so aku rasa kawan² aku semua line engineering yang takde guna computer, internet sangat kut.. So takdela kut diaorg account facebook.. Malam tadi aku mimpi kawan aku sorang ni.. Pagi tadi search.. langsung takde.. Aku dulu ada dua set kawan².. Kawan² yang membawa kejayaan and kawan² hisap dadah.. (hisap dadah bermaksud, kawan² buat jahat bukanla hisap dadah bebetul) For surela kawan² dadah ni takde kat facebook or friendster dan sebagainya.. So memangla aku takkan jumpa kawan² lama aku.. Jangan pulak nanti aku lalu jejantas Sime Darby tu ada orang nak pau aku, sekali tengok kawan² dadah aku yang dulu nak pau aku sudahla...
________________
Ohh cerita pasal lahir dan sekolah di Scotland (ceh).. Pada aku Umar beruntungla dapat mak bapak mcm aku dengan Liza, bila dengan Liza dia dapat belajar nyanyi² lagu modern, English dan sebagainya mcm lagu Postman Pat, Rain² Go Away etc.. Aku tak tau.. .. And bila dengan aku yang lahir di Felda and tinggal dan bersekolah dalam kebun kelapa sawit ni dia dapat belajar lagu tradisional Melayu, seperti lagu Bapaku Pulang Dari Kota.. Hah kan best dapat belajar dua² (walaupun lagu² English tu orang² pekan KL ni pun nyanyi sama.. Hahahaha..)
________________
Ok saya sangat busy, tapi blog kena update..

calon isteri

Dulu, kalau orang tanya nak wife yang mcmana, maybe aku akan cakap cantik, tinggi, pandai masak, hormat orang tua and benda² yang biasa..

Tapi andaikata aku tak kahwin sekarang and orang tanya soalan yang sama aku akan cakap benda² tu jugak tapi ada penambahan sikit, (susunan mengikut keutamaan):

1) Mesti pandai guna computer and internet
2)
Pandai Drive
3)
Pandai menggunakan handphone, termasuk surf guna handphone
4) Pandai menggunakan online banking
5) Pandai cakap English

___________Kepada Rafa Benitez dan penyokong Liverpool...

"Kalo rope itu kome main and berharap nak menang league.. rentikanle yop.." (Hafezh cakap.. "Rentikanle Kop!!)"

Aku tak stay tengok game Man U, tapi aku stay tengok game ni sebab berharap Liverpool akan drop points.. And aku puas.. Aku rasa kalau orang putih tau perangai aku mcm ni mesti dia cakap kat aku.. "You are sick man!!" And aku tak peduli..

streaming

Dulu masa kerja Cyberjaya.Tv aku just prepare content.. Edit video, export lepas tu pass kat kawan aku yang jaga encoder and server dia.. Tapi semalam, aku test live broadcast.. Aku yang connectkan camera to PC lepas tu aku configure encoder tu!! And berjaya.. Lepas ni kalau orang yang setup streaming server ni ajar aku mcmana nak configure benda² diserver tu and kalau aku pandai dan berjaya, aku lah manusia yang paling hebat di muka bumi ni.. Hahaha. Takdela.. Aku suka ada benda baru mcm ni.. Takdela bosan sangat.. And yang bestnya kalau busy masa cepat berlalu.. Kalau ada benda baru yang aku minat aku akan bersungguh².. Aku rasa sifat baik aku yang Umar ikut ini je la satu kut.. Kalau buat something, buat bersungguh².. Kalau perangai aku macam sekarang ni aku buat kat sekolah dulu mesti bebudak panggil aku poyo and GP.. (Gila Pangkat) Wahahaha... Eh pedulila aku suka, aku nak jadi pandai.. aku nak update resume..
_____________________
Jihan cakap, akulah satu² kawan dia yang normal suka lagu² rap.. Normal pada dia, manusia yang berumur 27 tahun, dah kawin ada anak, berpakaian tak dipengaruhi culture rappers.. Manusia biasa yang normal.. Dulu pun kawan² indie movie aku pun pelik, mcmana budak Felda ni boleh suka Tupac Shakur? Jawapannya aku unik! And special! Okla.. Sebenarnya aku nak jadi rappers tapi lidah pendek so mcm pelat sikit, tak sedap orang dengar.. Itu aku jadi normal.. Kalau tak mesti dah seluar besar, baju besar pakai Air Force One pada umur 35 tahun pun..

Enjoy..


ikut kata hati..

Aku rasa aku ada power.. Dulu aku ada cerita pasal kuasa psikik aku ni.. Perghh mcm siut ayat.. Okla instinct aku kuat.. Semalam beriala aku menulis status gtalk, ym rasa nak ponteng.. Yg si Hafezh suruh aku ponteng je.. Yg si Intan tetiba gertak aku.. "Hah nak ponteng kelas la tu!" katanya.. So memikirkan semester baru start aku pun menguatkanla hati untuk ke sekolah yang nun jauh di KL.. Tol RM3.30, Parking RM3 sekali masuk, Ticket LRT RM3.40 pergi balik.. Hah guna toilet RM0.20..

Elok je dah sampai Bandar Tun Razak LRT aku, aku dapat sms : "Class today cancel, plz inform others. Thx"..

Lahanat!!! Berapa ringgit dah aku belanja tu?? Nak patah balik lagi ke rumah kena lagi tol RM3.80 + penat lelah aku nak menempuh jam semua.. Arghhhhhhhhhhhhh....

Lain kali aku rasa nak ponteng aku ponteng je la.. Aku patut percaya dengan
instinct aku..
____________________
Dalam toilet Tasik Selatan tu biasala kat pintu²nya orang tulis no telefon dan khidmat² yg disediakan.. Pada aku lawakla, sbb mungkin diaorng nak kenakan orang lain etc.. Di antara yang aku ingat :

1) 013-xxx xxxx - Malay only, I'm the sucker - Ok ni maybe untuk gay..
2)
013-xxx xxxx - Ubat kuat suami isteri, spring return. - Apa benda spring return hah?
3)
013-xxx xxxx - Malaysia, Nepal, Pakistan - Ni mungkin khidmat pelacuran tapi pelacur lelaki..
4)
013-xxx xxxx - I have no friends - Ini paling lawakla pada aku.. Kesian betul... Maybe ini satu²nya no telefon yang betul...
__________________
Malam tadi tertengok pasal Bukit Bintang kat TV3, rancangan 360 amende ntah.. Info yang aku dapat kat situ ada bebudak menari shuffle ramai², umur paling muda dalam 11 tahun.. Nak pelacur RM180++, kalau nak perempuan escort overnight RM600..
Murahnya seks.. Ohh and ada nasi ayam yang sedap di situ.. Orang tu la cakap.. aku dengar and tengok je..

Valentine

Ramai jugak kawan aku yang tak kawin lagi.. Antara alasannya sebab tempat kerja.. Terpencil, kat pekan kecik yang majoritinya bukan kaum Melayu or kat office takde awek, or if ada awek, company tak bagi kawin sesama staff.. So kekurangannya kat situ..

Malam tadi dalam tren, aku nampakla awek ni.. Lepas tu aku fikir, kalau aku bujang lagi berani tak aku nak approach? Jawapannya mestila aku tak berani.. And aku rasa zaman orang berani nak tegur² or mengorat style samseng kampung dusun dulu dah pupus.. So chance nak dapat awek secara kebetulan sangat susah.. Or if ada nak tengok dulu kerja apa.. Kalau kerja tak best kena cancel.. Kalau kau tak handsome kena reject on the spot.

Kawan² aku yang dah kawin mostly bercinta since zaman belajar lagi.. Kat kolej or univeristy lainla kut sebab boleh jumpa hari² and takde halangan nak mengorat or bercinta.. Kalau kena reject yang ni ada beratus lagi.. Kalau dah start kerja peluang tu agak kurang sedikit, unless orang tu adventorous nak try awek department lain or company lain yang makan kat kedai yang sama etc.. Kalau main internet boleh jumpa orang thru facebook, friendster dan lain².. Mcm Dahlia hari tu ada budak kelas aku nak berkenalan dengan dia.. Ha macam tu dah senang.. Mamat tu maybe berani sebab tak jumpa face to face.. Ada budak perempuan kelas aku ni yang muka berjerawat semua dia edit gambar dia bagi muka licin, jadi cantik extra dalam 80%.. Mcm tu aku panggil kreativiti.. So dia upload gambar kat YM Profile, friendster semua.. Katakanla ada mamat nak kat dia lepas tu berjumpa, and mamat tu confuse dia boleh cakap.. "Ye sekarang saya ada jerawat, tapi daripada gambar saya dalam internet tu, terbukti saya boleh jadi cantik mcm tu kalau kena krim dan ubat²nya.. Tunggula saya jumpa krim yang sesuai.. Kalau awak ikhlas, awak mesti sanggup tunggu"...

Mcm wife aku dulu, sebelah rumah mak dia ada bebudak bujang sewa, so dia ada chance di situ.. Itu mcm nasibla...

Maybe aku patut je tegur awek malam tadi.. Mintak no telefon.. Kalau dah dapat, turun tren aku sms dia.. "Sorryla saya dah kawin sebenarnya, saje nak test market tadi.."
___________________
Bila ada lelaki yang berseluar ketat berdiri membelakangkan aku yang tengah duduk dalam tren, aku rasa nak sepak je bontot dia.. Nak jadi perempuan sangat pakai skirtla woi...

____________________
Copy paste dari blog thestar.. Bacala...

Posted by: lakshmiregu

I met this middle aged woman when I had travelled to Delhi. After mutual introduction, I understood that she was returning back to India after her contract finished in one of the colleges in Penang. She had a doctorate degree to adorn her name and she had very beautiful features at this age which made me think that she should have been a very elegant lady when she was young. Her posture and the way she looked at me said something different.

Normally we, ladies, like to talk about our families after the initial conversation. She told that she was still a spinster and the youngest in the family of three girls. The elders migrated to America leaving their little sister to take care of their parents. She, out of LOVE FOR her AGING PARENTS, took care of them very well. Everything went well for twenty years. Then within in the period of three years both parents passed away five years ago and she was left alone. She was fifty years old and had no body to fall back. The two sisters called her to settle in USA. As the director of one of the leading educational institution in India, her patriotism did not let her to do

She questioned me why this happened to her and argued that she spent her adult life just to take care of her parents and improving her status in the academic field. The loneliness in her eyes still disturbs me.

Here back in Malaysia there are many thirty, forty and fifty something Malaysian women still waiting for their prince charming to arrive at their door steps. These women are really scared to get married for they may select someone not as handsome as they imagine or not as rich as they can boast about.

When you girls are getting old, your prospective grooms will be older and the supply is getting lesser. It is opposite for men that they prefer to marry young girls and the supply is getting more. (supply and demand )

If you, girls and boys, are wise enough, try to find your soul mate VALENTINE and live your life happily before you reach the alarming age of our culture...

baik buruk & rafa benitez

Aku bersyukur anak aku jenis cepat tangkap, petah bercakap etc.. Tapi dalam suka tu ada masalah² lain yang aku dapat.. Sekarang dia duduk nursery yang ada budak² besar sekali, budak transit sekolah.. Bila dah kawan dengan budak² besar ni mulalah macam² benda yang dia ikut...

1) Jelir lidah - bila tak suka kitaorg cakap apa² mulalah jelir lidah.. Tak reti lagi buat, lidahnya tak keluar tapi memang melawanla...
2) Nak sepak aku - Bila aku marah, dia datang kat aku, dia sepak aku.. "Chepak, chepak" dia cakap...

And latest - dia cakap.. "Aku tendang!" "Aku tendang!".. Ya Allah, marahnya aku..

Dalam marah aku sedih jugak.. Aku tak dapat lagi nak suruh wife aku berhenti kerja.. Kalau aku mampu bolehla aku hantar nursery tu halfday je.. Elok wife aku siap masak kemas rumah etc bolehla pickup dia.. sebab bergaul dengan budak² lain pada aku penting jugak.. Biarla dia ada kawan.. Entahla...
___________
Aku dah tau kenapa aku benci Liverpool sangat².. Sebab Rafa Benitez!! Aku teringat ada satu masa tu dia tak puas hati dengan referee, masa interview lepas game tu.. Setiap soalan, dia akan jawab.. "I dont know, you can ask the referee.." Setiap soalan.. "
I dont know, you can ask the referee.." Sampai orang yang tanya tu give up nak tanya.. I dont know, you can ask the referee.. mak dia..

jadi ayah umur 13

Nampak gambar ni? Dua orang tu adalah mak bapak untuk baby tu!! Tak percaya? Pergi link ni :

http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/article2233878.ece

air dan ubat kuat seks

Takde air kat area rumah aku dua hari.. Walaupun air tangki ada, tapi kena berjimat².. Stress betul.. Yang paling stressnya hari minggu!! hari yang duduk rumah.. Tapi kalau kerja pun sama jugak kut, sebab office dekat rumah, kawasan yang sama, affected sama...

Tapi bagus jugakla SYABAS ni.. diaorg hantar air sampai depan rumah.. Jiran² aku la kut call, yang beranak ramai.. Bila sampai depan rumah aku join in je ambik air.. Dah ambik air, anak pulak main air yang dalam baldi tu.. Ya Allah.. Tertekan betul.. Air habis tumpah², Liza mop.. Lepas tu si Umar ni masukkan mop tu dalam air.. Adui.. Kena la dua tiga pelepuk..

Dulu aku rasa mcm nak anak sorang je sebab takut nnt aku tak fair.. Tapi aku rasa aku dah penatla kut asyik kena ajak main bola je.. Kena bagi adikla biar dia ada kawan.. Biar dia main dengan adik dia.. Tapi kalau ada dua orang anak lelaki yang sama perangai buasnya boleh pengsan jugak hahahaha.. Next year punya projectla ni.. Insyallah..
___________________
Kalau aku mati, aku taknak mati lepas tu berita kematian aku masuk paper and tulis macam ni :

Ubat kuat seks punca kematian

Lelaki Singapura ambil jamu 'Urat Madu' berasmara dengan janda Batam

SINGAPURA: Seorang lelaki Singapura berusia 58 tahun meninggal dunia ketika melakukan hubungan seks dengan seorang janda di sebuah hotel murah di Batam, Rabu lalu.

Kematian lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak itu dikatakan berpunca daripada ubat kuat jenama 'Urat Madu' yang diambilnya sebelum melakukan hubungan seks itu.

Teman wanita mangsa dikenali sebagai Mislani alias Upik, 38 tahun, adalah janda beranak empat, berasal Jambi, Sumatera.

"Waktu sedang melakukan hubungan asmara, tiba-tiba dia mengeluh dadanya sakit. Tidak lama selepas itu dia rebah. Suaranya seperti orang sedang mengeruh," kata Mislani dalam satu laporan akhbar Batam Pos.

Poltabes Barelang mengesahkan mayat lelaki berkenaan dituntut isteri dan seorang anaknya untuk dikebumikan di Singapura.

Malu tujuh keturunan woi...
______________
Kalau jadi penyanyi, bila ayah mati kat RTM ada latest news pasal ayah korang mati tau.. Berita penting tu kat RTM..

lecturer dan buku...


_____________
Balik sembahyang Jumaat tiga minggu lepas aku dengan bebudak office aku ni bersembang pasal lecturer.. Kawan aku seorang ni cakap.. "Nak jadi lecturer elok kalau kerja biasa dulu baru jadi lecturer, so that dia tau apa sebenarnya yang jadi kat real world" something mcm tu.. Aku setuju la dengan apa yang dia cakap sebab kalau lecturer mengajar ikut buku je tak semestinya semua benda tu tepat... Point dia lagi kalau dia ajar network, dia just tau network dalam kelas dia mengajar tu je.. Tak tau set-up network² di company etc..

Worst kalau mcm kawan aku yang experience gila tetiba dia belajar kat OUM.. Tutor dia, dia cakap just baca buku, and explain.. Semua benda dia dah tau and dia lagi hebat dari lecturer tu.. So lagila bosan.. Mcm aku kelmarin discuss dalam kelas pasal problem² yang boleh jadikan delay kerja² multimedia, ada point yang aku cakap mcm lecturer aku tak setuju.. Padahal memang aku dapat problem tu.. Aku malasla nak argue, aku just pandang je muka dia sambil cakap dalam hati.. "Kesian........"
_________________Bila baca blog Hafezh and Jihan, aku perasan diaorg memang jenis suka membaca.. beli buku itu, novel ini.. As for aku sumber bacaan aku hanyalah Readers Digest yang aku subscribe.. Since dia sampai kat dalam peti surat aku so aku bacala.. Nak beli kat kedai susahla...

Last buku yang aku beli ialah Once Removed and Travelog Haji tahun lepas.. Travelog Haji tu sebab aku terjumpa satu blog ni and dia suggest beli.. And Once Removed tu ditulis oleh Andrew Leci, kalau korang tengok SportCenter korang kenalla.. Aku beli sebab aku tertengok Nokia Football Crazy and cerita pasal buku tu.. And lepas tu aku baca review dia.. Memang kelakar gilala.. Ha lagi satu aku ni bukan jenis suka baca benda² yang adventure, stressful etc. Aku beli buku ni sebab aku tau isi dia kelakar and boleh buat aku happy bila baca.. So kalau ada buku² kelakar yang lain sila rekemen aku.. Mcm movie jugak, aku takkan tengok cerita yang bagi tekanan.. Kalau cerita lawak or romantik aku tengok hehehe..
_________________
Aku benci betul kalau kat office ada sorang orang tua ni bagi masalah kat aku.. Lepas tu aku terbawak² ke rumah and fikir sepanjang malam.. Habis semuanya kacau..

kalau.... (2)

1) Kalau korang adalah Jay-z dan menyanyi bersama Coldplay masa Grammy.. korang hanya perlu sebut... "Ahhh.." sebelum rapping dan semua orang akan menjerit mcm orang gila.. Hebat gila tu.. Kalau dah start rap mau ada yang pengsan..

2) Kalau ada anak nama Umar Zakwan, dia akan nyanyi lagu "Are you sleeping?" mcm ni :

Are you chleping, are you chleping,
Umar Kafwan, Umar Kafwan,
Chleping, chleping, chelping,
Umar Kafwan,
Chleping, chleping...

Translation :

Are you sleeping? Are you sleeping?
Umar Zakwan, Umar Zakwan,
Sleeping, sleeping, sleeping,
Umar Zakwan,
Sleeping, sleeping...

Sebut nama sendiri pun tak betul.. Macamana nak jadi international rapper ni?

3) Kalau anda berpakaian selekeh dan macam kutu, tapi memakai handphone nokia N Series or High-End Sony Ericson sambil menonton video clip di dalam lrt, mungkin ada sorang Multimedia Designer yang berpakaian kemas dan teratur akan jealous.. (or maybe Nokia itu adalah Nokla.. ceh tak puas hati la tu fitnah² orang)

4) Kalau anda orang Indonesia, janganla memakai t-shirt lusuh yang tertulis (guna font Metallica) Pratapaan Rebel, dihiasi pulak gambar tengkorak besar.. Orang lain mungkin akan berasa takut atau seram...

5) Kalau anda sorang perempuan pulak, janganla pakai t-shirt ketat yang tertulis HAPPY GIRL dan perkataan HAPPY itu tertulis di atas breast anda.. Sebab tabiat manusia bila nampak tulisan diaorg akan baca anda bila diaorang nak baca tetiba tulisan tu pada kedudukan yang tak sesuai susah pulak...

6) Kalau anda seorang penyokong Liverpool dan park kereta yang ada sticker Liverpool sebesar kereta tu jugak di LRT Tasik Selatan, jangan terkejut kalau kereta anda kena calar satu hari nanti!

Bosan gila weii naik lrt sorang²...

buruk...

Apa perasaan korang bila semua perangai buruk korang dapat kat anak? Ya Allah, dia sajala yang tau apa aku rasa sekarang.. Boleh kata semua perangai buruk aku menurun kat anak aku ni.. Bila aku nak marah dia macam marah kat diri sendiri.. Ada lagi satu tabiat aku yang dia dapat.. mengingau.. Dulu betul² lepas kahwin bapak aku cakap kat Liza "Kamu jangan terkejut pulak nnt tido dengan dia... Dia bercakap masa tido.." Kalau dulu Liza kena layan aku sorang mengingau, sekarang dah ada dua orang mengingau bercakap bukan² atas katil!

Itu jugakla alasan aku menolak awek² yang nak ada affair dengan aku sebab aku takut kalau ada perempuan lain nanti aku mengingau cakap " U tak boleh jelaous kan I dengan Emilia" Liza akan suspicious - apa yang aku ngigaukan tu biasanya benda yang aku buat/cakap masa siang harinya.. Nanti senang kantoi!..

(kepada orang² yang tak kenal aku, perenggan kedua adalah lawak ye... jangan ingat aku serious pulak.. pelik pulak rasanya tak kenal dengan orang² baru yang baca blog ni.. takut salah anggap)
_________________
Agaknya manusia ni memang ditakdirkan takkan pernah bersatula.. Kalau aku masuk politik nanti aku nak guna tagline bersatu.. tengok ada orang nak vote ke tidak.. or instead of memproduce pemain bola, baik aku produce politician.. dari kecik aku dah ajar, so that bila dah besar 3-4 orang bebudak ni masuk and jadi ketua parti yang berbeza lepas tu diaorang bergabung and betul² jaga rakyat bukan sibuk nak isi tembolok sendiri, bergaduh, kutuk sana saman sini!
__________________
Everytime aku dapat exam result aku mesti macam budak kecik yang excited call wife aku and mak bapak aku bagitau pasal result aku.. Sepatutnya benda ni aku buat 10 tahun lepas.. Tapi buat lambat pun mcm ada kebaikan jugak.. Dapat score.. Entahla..
______________
Bila nak saman cakap jangan saman.. Marah²... Demonstrasi.. Bila tak datang saman.. tulis plak dalam Paper macam ni :

IPOH 10 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini berkeras mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, gagal hadir di Mahkamah Tinggi di sini seperti yang dijadualkan.

Korang nak apa sebenarnya sakai??

Balik rumah lapar jugak lagi..

Nak saman, ugut, derhaka, demonstrasi..

Bergabungla manusia.. Bersatu padu.. jaga rakyat, jaga negara...

Buang masa tenaga je berarak.. Tulis poster...
Baring atas jalan..
Bazir duit print banner...

Sesama kaum bergaduh, berperang.. kaum lain ketawa..

Malas..

Kejap lagi nak buat benda yang paling challenging tapi takde faedah langsung...
________________
Orang PKR Chinese pergi masuk DAP..

Orang PKR Melayu pergi masuk PAS..

Tolong bangsa sendiri².. Nak harapkan bangsa lain tolong bangsa sendiri susah..
_________________
To Karpal Singh... Wah marah betul ye??
__________________
To Datuk Seri Nizar, relaxla.. lepas ni target jadi PM la pulak.. Lupakanla benda² sekarang ni.. Buat strategi baru.. Ni bermati²an berjuang, tapi berjuang untuk Anwar Ibrahim jadi PM.. bosanlah...
____________
Aku betul² nak tau.. apa faedah yang mamat baring tu dapat kat dia personally dari kerajaan? Apa dia, family dia dapat? Yang lawaknya tu.. orang Indon pun demonstrasi sampai kena tangkap..

Lawak..

Bila Anwar dulu nak ajak orang BN masuk PKR diaorg cakap takde apa² masalah..

Bila orang PKR keluar parti cakap takde moral.. Cakap diaorg katakla apala..

Masalahnya, 3 orang yang keluar tu kan ke nak jadi Calon Bebas, bukan masuk BN pun??

Orang Pakatan cakap BN nak rasuah Rm5million to 10million.. Bila nak rasuah tu? Since last year, lepas election.. Soalannya di sini.. Kenapa hari ni?? Baru kecoh kat paper? Kenapa masa jumpa dengan mamat Amir dekat KFC Bidor tu korang tak panggil BPR sekali datang?? Kenapa hari ni, bukan tahun lepas report kat paper? Kenapa bukan last week at least??

Ramai orang melatah.. Ramai orang buta.. Ramai orang emosi...

Kepada PAS, maybe sekarang korang boleh start lupakan pakatan² ni.. Kuatkan parti korang sendiri.. Berdiri sendiri.. Sebab kalau lepas ni Melayu taknak sokong BN dah, diaorg ada option yang best.. Boleh vote calon Melayu dan Islam.. Kepada Melayu² yang buta, Sultan Azlan tu taknak bubar Parlimen sbb - korang pergi cari ADUN² kalau Pakatan Memerintah, siapa yang geng diaorang, and korang cari ADUN² kalau BN memerintah, siapa geng diaorg.. ADUN² tu memang itula.. tapi tengok geng² diaorg.. Tengok geng pakatan, tengok geng BN!

Kalau dah jumpa.. Korang tengok nama, and kalau still tak nampak, korang cari gambar and comparekan!!

Tips : Google Senarai ADUN Perak

menangguk..

Kalau nak tau apa maksud "menangguk di air yang keruh" bukakla paper hari ni.. Semua paper ada.. Tak kirala BN ke PKR ke..

Dulu bapak kawan aku cakap, lelaki biasanya naik and jatuh sebab tiga benda :
1) Duit
2) Jawatan
3) Perempuan

Dalam case sekarang aku tengok dah jadi mcm orang gila nak semua tu.. RAKYAT and NEGERI tu yang nak kena jaga beb!!
______________
Meniaga batik hari tu buat aku dapat masalah so aku decide malas nak berniaga dah.. Tapi lepas fikir² nak settlekan masalah tu nampaknya dengan cara berniaga balik.. Ntah bila nak settle masalahnya.. Aku tidur pukul 3 malam tadi sebab nak ambik gambar semua, so silalah tengok kedai online aku ni, tak beli takpe, at least tengok²lah kain yang baru ni.. Terima kasih... (bukak lepas pukul 10am.. takut wife aku tak update lagi)

Link dia : http://batikdaribandung.blogspot.com/

Asal sana.. (update)

Orang vote untuk parti.. most of pengundila.. kalau ada state election nanti, cuba letak aku jadi calon PKR kat Behrang tu, mesti aku menang... Sebab apa suruh aku bertanding? Kalau PKR nak buktikan something, inila time dia.. Bagi orang muda yang tak daftar jadi pengundi pun PKR still boleh menang.. Nanti bolehla berlagak dengan BN.. 10 keturunan pun ada bahan nak kenakan BN..

Dulu aku sekolah area tu..

Aku tak mengundi sebab - Satu pun aku tak percaya.. Aku tak suka! Apa² pun siapa yang take over nanti jangan abaikan team bolasepak Perak.. Jangan abaikan rakyat, mak bapak aku, kampung aku...

Kalau nak robohkan sekolah aku dulu and nak pecat cikgu² disiplin sekolah yang sanggup masuk longkang and sabotaj aku dari jadi pengawas dulu, itu aku tak kisah... Silakan... Terima kasih banyak..
_____________
Updates : Takdela state election, takde pembubaran.. sultan tak bagi.. Yang paling gila aku baca from internet.. Masa Adun Bota nak masuk PKR hari tu sebenarnya diaorg nak umpan tengok PKR terima ke tidak.. Tengok reaction Anwar Ibrahim.. PKR terima.. Tak bantah...

So lepas tu BN boleh ambik orang PKR (dan Adun Bota yang masuk PKR tadi masuk BN balik..) Sebab kalau nak tngk dari moral value.. PKR pun buat jgk.. Wahahahaha gila babi politik.. Ohh ini mungkin gossip sebab aku baca dari internet..

apa ke hei nye yeop?

"Politic sucks", kata budak office aku tadi.. Hahahahah... Stay jadi calon bebas and taknak masuk BN.. Siapa la mastermindnya ni? Kalau masuk BN obvious gila la kan?? Tak sampai setahun lagikan?

Kalau korang ingat, Dr M ada cakap lepas election tahun lepas.. "Diaorg ingat diaorg ada duit, tapi diaog tak tau siapa lagi banyak duit!" something mcm tu... Perak tu tempat mak bapak aku tinggal, tempat aku lahir.. so aku mcm concernla sikit..

Yang paling aku risau, skrg ni Nizar tu President bola Perak, dengan politik mcm ni and kemungkinan dia takkan jadi MB lagi.. Dia nak peduli ke team Perak tu nanti?? Itu yang aku risau tu!! Yang lain² tak sangat..
_________________
Dalam LRT semalam, ada dua orang perempuan ni bersembang.. Rancakla.. tetiba aku dengar sorang ni mcm jerit/cakap kuat.. "Kau tengokla apa dah jadi dengan Malaysia sekarang ni?".. Tarik muka, lepas tu termenung tempat lain, (sebab dah sampai station yang ramai orang naik, segan nak sambung..) Wah.. hebat betul perbincangannya..
________________
Kalau dulu aku cerita kebaikannya kahwin dengan orang KL, ada jugak keburukannya.. Mak mentua aku, adik beradik ipar aku jugak ada di KL. so kalau aku ada affair dengan perempuan lain, aku tak boleh la nak berendek kat KL..

Hahaha takdela.. Sebenarnya aku takut diaorg salah anggap kalau aku jalan dengan perempuan lain.. Mcm lepas kelas nak ke LRT tu biasa ada perempuan ajak aku teman diaorg naik jejantas dekat Sime Darby tu.. Bukan sebab aku hebat, sebab situ banyak orang jahat, takut kena rompak.. Ha aku risau kalau family wife aku nampak, nanti diaorg cakap.. "Wah mamat ni menduakan kakak/anak aku".. Sama jugak kalau lepas exam, mesti nak gi minum² dengan budak kelas kan? Manala tau diaorg ternampak..
____________
Dulu ada orang Sungkai ni jadi penyanyi.. band apa ntah.. Aku dengar kat kampung orang panggil dia YEOP.. tapi bila jadi penyanyi, nak glamer.. dia tukar nama dia jadi POEY.. Terbalikan yeop tu.. Memalukan orang kampung je..

kecut....

Sebelum ni everytime masuk kelas pertama aku macam confident.. Sebab bila tengok nama subject dia aku rasa aku boleh buat sebab aku dah lama kerja dalam bidang ni.. Semalam aku masuk kelas Dynamic Web Creation.. Tengok tajuknya aku pun semangat dan confidentla. Aku ingatkan kelas design website gila² dengan flash ke apa ke.. Sekali bila dia bagi outline subject tu.. Tajuk dia.. Introduction to PHP.. Tengok tajuk tu aku kecut perut.. Seingat aku the last time aku kecut perut mcm tu masa aku kena kejar dengan polis masa fly dari sekolah dulu.. Tak senang duduk aku.. Kecut gila.. Apa pun aku suka U aku ni walaupun admin dia hampeh tapi lecturer² dia best.. Lecturer tu tanya aku, aku rasa dia tanya aku sebab muka aku tua dalam kelas tu, "dulu dah ambik web design kan?" Aku cakapla "saya ambik dah lama dah, tahun 2001 dulu.." Hahahah. dia cakap kalau aku takut, nak drop subject ni dulu dropla.. Obvious kut muka aku cuak.. Tapi takpela.. aku try je la belajar betul².. So kepada orang yang tau PHP better korang offline kan aku dari YM and Gtalk korang.. Nanti aku tanya² korang benci aku pulak.. Nanti mula la tiru pakcik JPN Putrajaya tu cakap.. biarlah Pizli menjadi iblis dan syaitan dan dibakar dalam api neraka....
_____________
Hari tu aku buat briefing pasal Project Podcasts aku tu.. yang datang hanyalah lecturer² foreigner and mostly from UK.. Yang lecturer Malaysian ada sorang je.. Aku rasa kat sini orang tak readyla untuk benda² ni.. Aku nak kena migrate ke hah?
________________
Aku nak tanyala sikitkan.. Muka anak aku ni muka perempuan ke?? Dah berpuluh kali dah orang tanya eh lelaki ke perempuan ni?? Liza dah hangin dah.. Muka lelaki kan?? Memang boleh differentiatekan?

hmmm...

Ada satu² masa yang aku kerja sini bila aku rasa nak tukar kerja sekarang jgk...

1) Bila aku kena buat benda yang tak bawak untung pada company tapi aku disuruh buat sebab aku boleh buat.. Macam shooting Lion Dance and nak broadcast kat Campus kat China etc.

2) Bila aku buat benda yang sama... Yang dah tak challenging...

3) Bila kena buat satu benda tu lama.. Jap nak ubah itu kejap nak ubah ini...

Bila kerja yang best plak aku rasa nak kerja sini sampai mati...
____________

Mengajar Umar kenal ABC pada aku tak patut buat sekarang..

1) Satu, sebab takut nanti dia masuk sekolah, dia dah tau semua benda nnt dia rasa bosan..
2) Kalau kat jalan raya nampak billboard, kalau ada tulisan kat baju, kat tv, kat screen monitor dia akan cakap and tunjuk.. "Ayah A.. Itu A!!" and so on.. Kebetulan plak kat belakang or tepi lorry kat Malaysia ni ada satu logo A.. Aku tak tau apa maksud dia.. Ha bayangkan kalau kat jalanraya ada 10 lori and dia akan tunjuk kat aku everytime dia nampak.. Rimas pulak rasa.. And aku baru perasan logo tu.. Hehehe..
3) So aku nak stop.. So far dia dah kenal A, B, C, D, J, O, R.. R tu dia ingat sebab aku cakap.. "Ha ini R.. Rrrrrrrrr" (bunyi lion dia)

1 saat...

Semalam masa balik, kat selekoh jalan Bangi Lama tu ada dua brader ni mcm main² bawak motor.. aku tengah laju.. diaorg ternampak aku lepas tu terus bawak elok² balik...

Bila aku selisih dengan diaorg, diaorg sengih² and aku pun ketawala sambil angkat tangan.. Tak boleh maki hamun area ni sebab hari tu ada orang dah mati kena tetak area² sini.. and ada yang kena bunuh lepas tu kena bakar dalam kebun getah area tu.. So aku kenala buat² mcm kelakar...

Mcm kelakar? Tau tak kalau diaorg tak nampak aku and tak mengelak, diaorg boleh mati kena langgar?? Sesaat je benda tu..
___________
Hidup ni mcm berjudi.. Gamble.. sedap sikit bunyinya...
Kalau kita saje tengok game bola yang akan habis pukul 2 pagi, kita boleh dapat happy or sedih! or marah etc...
Macam aku semalam dah sedia cipta ayat nak kutuk team yang aku benci tu sampai minit 80.. tetiba team yang aku benci ni score plak.. Dua bijik plak tu...

Macam aku kalah judi la malam tadi.. Hampeh!

Ayat yang aku dah cipta before mamat Spanish tu score :
Lawan dengan 10 orang pun tak boleh menang... Apa punya teamla...

Ayat yang aku terpaksa cakap hari ni :
Ala, lawan dengan 10 orang, rasuah referee, player semua berlakon bolehla menang....

(Ohh kepada orang yang tak tau lagi.. aku bukan sokong Chelsea.. aku just benci Liverpool.. sebab ramai sangat Spanish.. And boyfriend Ana Ivanovic tu pun orang Spanish.. Fernando Verdasco tu.. Lagila aku hangin.. Ha kan dah masuk tenis sekali.. )

kerja ahad...

Sebulan sekali aku kena kerja weekend.. and bulan ni hari Ahad.. Bukan kerja pun.. Kira mcm standby je kut ada problem.. Ha ni aku dari pagi tadi melangut je.. takde buat apa².. Nak chat takde orang.. Nak tidur aku tak reti tidur duduk.. Nak makan takde makanan.. Nasib baik dapat allowance RM180.. Hahahaah..


Mengantuknya..........
_______________
Aku nak bukak sekolah bola sepakla.. Nama sekolah aku.. "Sekolah Bolasepak Gerenti Main kat Europe Satu Hari Nanti"..

Kemasukan dia sekali je.. Tahun 2010.. Mesti masuk sekolah tu start umur 3 tahun.. Pagi sampai petang belajar main bola je.. Kalau nak belajar akademik.. itu urusan mak bapak.. Bagi aku dalam 15 orang.. Aku try ajar diaorg sampai umur 18.. Mesti main kat Europe nnt.. Mesti Malaysia masuk world cup..

Arghhh nak balikla.. Malasla tunggu sampai pukul 5...