D.I.Y

Kadang kita nak benda tapi benda tu mcm tak sesuai.. Or kalau ada yang sesuai mahal.. Otak orang golongan sederhana dan selalu kena aniaya macam aku fikir, apa kata kalau aku buat sendiri je benda yang aku nak tu.. Tapi kena tengok dulu harga D.I.Y ni murah tak? Kalau less than RM50 aku akan buat dengan senang hati.. Tetiba excited semacam..

mahal lagila tak perlu...

Kalau korang pergi Mid Valley dari sini, korang akan nampak kedai perabot kat sebelah kiri.. Dalam kedai perabot tu ada jual katil budak² yang ada theme, mcm kereta and fire truck.. Menjelang umur Umar bakal dua tahun ni, aku dengan Liza plan nak hias bilik Umar.. Bagi dia tidur seorang...

Lizala ni excitedla nak membelikan katil kereta ni.. Balik dari Mid Valley hari tu, singgahla situ kejap.. Bila aku masuk ternampak harga RM233.. Dalam hati aku wah... bolehla beli.. Sekali baru aku perasan yang RM233 tu harga tilam.. Bila aku tanya harga katil kereta or fire truck tu harga dia dari RM1100 - RM1600 without tilam.. Katil kecik tu je.. Ok bagi orang² kaya macam korang maybela kut murah, tapi pada aku, buat apa nak beli beribu untuk katil yang boleh guna dalam 3,4 tahun.. Aku pun bukan plan nak ada anak ramai.. Tak bolehla katil ni nak menurunkan kat adik-adik Umar.. And kalau rezeki tetiba anak ramai tapi semua perempuan pun dah tak sesuai... Aku bagitau Liza takpela beli je la single bed kat Bangi.. Katil, tilam and boleh beli lagi satu cermin perhiasan, dalam 1/4 je dari harga katil kereta tu...

Tapi kalau korang kaya nak beli, memang berbaloila harga tu dengan kereta tu sebab quality hebat yang kat kedai tu..

And now aku excited nak tunggu hari Sabtu sebab nak hias bilik budak kecik tu.. Hari tu aku jumpa sticker logo Man U besar dengan accesorries Man U lain.. Dah gantung, tampal dah kat bilik dia.. Suka gila anak aku..

Tapi aku sedih pulak sebab anak aku dah besar... Cepat pulak rasanya.. Lepas ni nak tidur sendiri.. Dia pun malam² cakap nnt kat bilik dia ada stars dgn moon (bgtau dia nak tampal glow in the dark tu).. Nanti kalau terbangun nak susu panggil mama etc etc.. Dia cakap je la.. Nanti dah kena tinggal sorang tak taula apa ceritanya..
_________________
Semester break selama seminggu memang betul² relaxkan aku.. Sampai aku rasa malas nak pergi test hari ni.. Eh cakap pasal test baik aku study sekarang.. Chow..

murah tapi tak perlu....

Aku rasa semakin orang dewasa orang semakin jadi pandai.. or belajar dari pengalaman at least...

Macam membeli belah contohnya.. Macam dulu aku selalu tertarik dengan harga.. Katakan ayam percik satu RM2.. Tapi aku nak beli 2 ketul sebab nak makan bertiga.. Kira cukup sangatla 2 ketul makan bertiga.. Tapi tak.. tetiba aku tengok offer dia.. Kalau beli tiga ketul dia jual RM5... Dalam kepala otak aku, wah murah seringgit.. 5 ringgit untuk 3 ketul tapi bila bawak balik tak makan pun ayam ketul ketiga tu... Or kalau makan pun tak habis.. Membazir.. Banyak lagi sebenarnya..

Macam kalau tengok LCD TV 4o inch mahal seribu je dari 32 inch terus nafsu bergelodak nak beli yang 40 inch tapi sebenarnya 32 inch tu dah besar gila rupa²nya...

So okla kut.. Sekarang aku dah pandai dan tak ikut nafsu, beli apa yang perlu dan taknak tertipu lagi - dengan diri sendiri...

Insaf dan mimpi

Masih batak lagi dengan benda ni.. Nak buat sendiri lama woooo...

Malam tadi Liza cerita pasal satu email ni yang buat aku rasa taknak pukul anak aku lagi.. Aku tak pernah dapat email tu.. So aku just tulis ikut cara aku :

Ada seorang ayah ni balik tengok keretanya dah kena conteng dengan anak dia yang umur 3 ke 5 tahun.. Marah.... ayah dia ni pergi ambik ranting pokok and sebat tapak tangan anak dia gila²... Lepas kena sebat ni ayah dia memang tak tegur anak dia dah.. Anak dia ni mengadu nasib dengan maid dia.. Sampai demam².. Bila maid dia bagitau mak budak ni mak dia just bagi ubat je and ayah dia memang ignore saje.. Maid dia jagala sebaik mungkin...

Sedar² demam dia tak surut² jgk... So mak and ayah dia bawak budak ni pergi hospital.. Sampai hospital doktor cakap saraf tangan anak dia dah mati and untuk selamatkan and bagi budak ni sihat, tangan budak ni kena potong dua² belah.. Nak taknak parents dia ni terpaksa setuju...

Bila bangun dari operation, budak ni tengok tangan dia dah takde and anak dia cakap...

"Mana tangan?? Saya janji tak conteng kereta ayah lagi... Pulangkan tangan saya balik.. Saya janji tak conteng lagi..."

Hah kalau aku menangis air mata darah hari²...
________________
Semalam aku ada deal dgn orang HR, Farah Farhiah cerita pasal course² yang disediakan MARA and before tidur Liza cerita pasal email tu tadi..

Masa tidur aku mimpi aku pergi course MARA and masa tengah course tu
tangan orang HR tu kena potong...

Gila........ Terbawak² sangat aku ni...
_______________
Umar : I love you Mama....
......................
Umar : I love you Mama....
......................
Umar : Mama.. Mamaaaaaaaaaaaaaa...............
......................
Aku : Mama dah tidurla.. I love you Umar.....
Umar : I love you Ayah....

Isteri no 2...

Kalau aku nak kawin lagi satu.. Aku nak kawin dengan dia.. Memang taste aku ni.. Selamba nya dia.. Accent British nya.. Haihhhhhh............ Ohh tak boleh lebih².. Dua hari lagi birthday Liza plus dia baru dapat bonus tu..

Lily Allen was born in May 1985 in Hammersmith, west London, the daughter of film producer Alison Owen and actor Keith Allen. It was an unconventional childhood, but not one without its compensations, and it made Allen wise beyond her years and tremendously motivated to carve her own place in the world. Raised alongside her sister and brother in Bloomsbury, Shepherd's Bush, Primrose Hill and Islington...

Hmmmmm.....





Bestla benda² ni..

Din karen masih hidup lagi....

Aku ada satu perangai pelik yang aku sendiri pun benci dengan diri sendiri.. Kalau aku beli makanan yang dibungkus dengan surat khabar, mesti aku beria nak baca walaupun susah, padahal kalau paper tu paper hari ni, aku tak minat langsung pun dengan cerita tu.. Kalau mak aku buat lapik almari ke apa ke paper tu pun aku nak baca jugak walaupun susah!! Sakai betul!

Minggu ni semester break and aku ada assignment yang susah.. tapi dah hari Rabu pun aku still tak buat lagi.. Ni pun perangai ntah apa² jugak ni...
____________________
Semalam sembang dengan Maryati.. Best betul jumpa Maryati balik, sebab dia banya bagi aku cerita pasal Besout, kawan² etc.. Aku kalau balik kampung duduk rumah je.. Tiga hari balik, tiga harila kereta aku tak bergerak...

Semalam dia cerita pasal Cikgu Duan dan Din Karen...

Cikgu Duan adalah cikgu disiplin yang paling garang sekali di dunia dan time perhimpunan bahasakan diri AKU sahaja.. Contoh : "Esok kome semua aku bagi cuti.. Esok harijadi aku (harijadi Agung sebenarnya)".. Tapi dia hisap dadah rupanya.. Dia kena buang kerja, wife dia mintak cerai and sekarang hisap dadah dekat Lorong Haji Taib.. Kerja jaga parking cari duit beli dadah...

Aku membesar dengan mendengar nama Din Karen dan Lan Kurap sebagai gangster kampung.. Lan Kurap ganas.. Ada kucing, dia belah kucing tu jadi dua.. Apa ke perangai.. As for Din Karen aku biasa nampak dia beromen dekat taman depan sekolah agama aku, masa aku darjah 5 kut.. Cantik jugak awek dia dulu.. Dulu kawan aku cakap dia dah kena AIDS.. Lepas tu dia announce.. "Din Karen dah mati.. Nama aku sekarang - nama baru, aku dah lupa"..

Berita tu aku dengar lebih sepuluh tahun dah.. Aku ingatkan dia dah mati.. Rupa²nya dia ada juga di area Lorong Haji Taib menghisap dadah.. And according to Maryati, ramai budak dadah Besout lepak situ.. Maryati adalah lawyer bahagian criminal satu masa dulu, sekarang civil.. So maybe dia tau macam².. Advance jugak ye, nak hisap dadah migrate ke Kuala Lumpur.. Mak bapak dah buang agaknya...

Itu adalah dua cerita manusia yang jadi hamba dadah.. Aku betul² harap yang budak² generasi baru kat kampung aku tu sedar yang dadah tu bahaya and takkan sentuh benda tu.. Jadi mayat hidup nanti..

Hmm kalau aku bukak bisnes dadah boleh jadi kaya jugak ni...

Instinct dan kesusahan..

Pencipta kita ni memang hebat... Antara benda yang paling hebat pada aku ialah dia bagi aku instinct yang kuat.. Semalam aku rasa tak sedap hati gila².. Aku dah tak call kampung dalam seminggu and since semalam aku phone kredit dah tinggal 30 sen aku email adik aku tanya ada ke dia call kampung lately.. Dia cakap ada.. Bila aku tanya semuanya ok ke, dia cakap ok.. Lepas tu aku pun ceritala aku tak sedap hati tapi tak tau sebab apa.. Agaknya adik aku dah malas simpan rahsia and kesian tengok aku dia cakap sebenarnya bapak aku accident jatuh motor.. Patah tangan etc tapi nak dirahsiakan.. Taknak anak² lain tau.. Taknak menyusahkan anak balik melawat etc.. Terus aku reload, call and sembang dengan bapak aku.. dengarnya dah ok.. Tak teruk mcm accident dulu.. Ni accident balik masjid malam², jalan licin.. Memang hebat gerak hati ni..
_________

Tengok Pirates of the Carribean, Bootstrap Bill kena kerja dengan Davy Jones sampai mati sebab masa dia nak mati tu Davy Jones offer nak selamatkan dia tapi kena ikat kontrak dengan dia? Dengar cerita yang orang reka pasal Azhar Mansor masuk Kristian sebab dia almost mati tapi lepas tu setan offer dia? Walaupun semua ni cerita² yang direka, aku harap masa aku nak mati nanti janganla aku diuji mcm ni.. Ada jugak kawan aku cerita masa bapak dia susah dulu, penat kat ladang, tetiba ada orang berjubah ni menjelma and tanya susah ke? Bapak kawan aku jawab tak susah.. Agaknya kalau dia jawab susah mau setan tu offer macam² tapi kena bayar macam² jgk...

Aku harap bila aku nak mati iman aku tak diuji.. Aku harap bila aku susah aku taknakla susah sampai terpaksa meraung sampai jiran sebelah rumah dengar kesusahan aku... etc etc... Amin...........

lagu Melayu...

Aku bukan tak suka lagu Melayu.. Tapi aku malas nak bukak radio Melayu sebab aku betul² tak tahan nak dengar segment² yang manusia ni call and bagitau masalah kat DJ radio.. Macam takde tempat lain nak cerita masalah....

So disebabkan itu aku pun takdela tau sangat lagu² Melayu yang best.. Last week aku baca blog jiran belakang rumah - http://mrsmadie.blogspot.com/ and tulis pasal band Yuna ni.. tajuk lagu Dan Sebenarnya.. Aku try dengar, and betul lagu tu best.. Yang tak bestnya hari tu aku kutuk Jihan sebab dia tulis lirik lagu ni dalam blog dia.. Bila aku paste lirik ni kat Gtalk dia memang berbakul²la dia kutuk aku....

Kebetulan Jumaat malam Sabtu takde nak buat apa, aku layanla satu cerita ni.. Cerita yang buat aku terjatuh cinta dekat Diana Danielle.. (selama ni punyala kutuk, ntah macamana jatuh cinta pulak) Ada lagu Fikirlah.. Google, punya google.. rupa²nya orang Melayu Malaysia yang nyanyi.. Si Aizat tu.. bukan Indon.. Kalau nak dengar lagu Indon yang best tryla dengar lagu tajuk Sempurna.. Aku dapat dari blog ni, yang pembaca dia ada kutuk²/benci dia.. Ni aku tak faham, kalau tak suka usahla baca blog tu.. Ni rajinla pulak nak tinggal komen benci². Ishhhhhh...........

Apa² pun lepas ni aku akan lebih aware dengan lagu² Melayu.. Takdela selama ni aku tak dengar orang Melayu nyanyi.. Selama ni aku dengar jugak lagu orang Melayu nyanyi.. Joe Flizzow tu Melayu apa..
_____________
Weekend dihabiskan dengan menggunting rambut Umar.. baik betul duduk diam gunting rambut.. And mandi petang bersama² anak aku yang sorang tu.. Ya Allah bersyukurnya aku padamu atas nikmat yang diberi...

"Ayah jangan pukul² Umar, nanti Umar nangis"

Bila anak yang dulu besar duit 50 cent masa scan and sekarang boleh cakap ayat² full mcm tu.. aku tak boleh nak cakap apa dah bestnya.. Memang kadang² aku bergaduh dengan dia.. Rimas dengan mulut dia yang pot pet 24-jam.. tapi still best jugakla.. Tak boleh nak ditukar dengan apa² dalam dunia..

Football matches are a 90 minutes well scripted drama.

Ini teori aku yang tahun lepas ke dua tahun lepas.. Yang aku almost lupakan.. Tapi hari Sabtu hari tu, aku berpendapat sekali lagi yang game bola ni sebenarnya semuanya dilakonkan.. Tengok je weekend tadi :

1) Macamana team yang sangat kuat tetiba boleh jadi kelam kabut?
2) Tengok tak masa Park Ji Sung dgn Rooney nak score tapi Scwazher tu tepis.. Macamana keeper yang selama ni mangkuk boleh jadi hebat pulak??
3) Tengok tak muka Rooney yang sangat marah masa baling bola tu tetiba berubah jadi muka innocent (sebelum dapat red card) dalam masa 1 saat.. Ini hanya boleh dilakukan oleh pelakon kelas atasan.. Brad Pitt pun tak boleh.
4) Arbeloa, Skrtel dan Aurelio.. Siapa diaorg ni?? Siapa?? Dahla tak handsome, buruk, tak power tapi boleh kalahkan Aston Villa 5-0.. Tipu semua ni tipu...

Tuan² dan Puan² cukup²la ditipu oleh team² ini.. Semua ini adalah lakonan, satu take, takde cut²!! Berhentila tengok bola.. Sebab lakonan ni semuanya hebatla itu pasal diaorg dapat banyak duit.. gaji seminggu ntah berapa ratus ribu.. Yahudi semua tu Yahudi...

(Man U kalah 2-0 boleh terima lagi.. Liverpool menang 5-0 yang tak boleh terima tu.. Start from hari ni aku akan menyokong team yang melawan Liverpool (termasuk Chelsea dan Arsenal).. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh........)

lawak simple tapi kelakar

Kadang² benda² kecik dalam hidup ni boleh buat kita ketawa.. And mcm boleh release tension.. Kalau korang ingat lawak spongebob dulu kat johor dulu, sekarang korang tengok lawan Pingu ni.. Pingu cerita clay animation kat tv3.. And orang Malaysia ni memang creative..

Ni Pingu Asal


Ni Pingu Malaysia.. Jumpa kat Gurun....

___________
Ni lawak paling kreatif orang Malaysia

"Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba- tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...",tapi. ...nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm.... ..bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye....... ..sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"


Memang boleh ketawa terbahak2.. especially Pingu tu.. kalau korang pernah tngk cerita diala...

artis, krim dan footballer...

Perasan tak semua newspaper hari ni cakap Diana Danielle masuk PLKN? Hahaha.. Melampau betulla..
_________________
Hari tu aku nampak satu bedak/krim atas meja kawan aku ni.. Dalam botol.. Aku tanya apa bendanya.. Dia cakap "Ha ini boleh hilangkan jerawat.. Harga RM18, elok untuk muka".. Seingat akula, adalah dalam 5 tahun++ aku dah tak peduli pasal kulit muka aku ni.. Takdela aku nak beli.. Maybe sebab aku dah puas dulu pakai itu sapu ini kat muka zaman muda² dulu sebab muka banyak jerawat..
____________________
Orang cakap budak yang lahir tu mcm kain putih.. Kita yang kena warnakan.. Aku pun tak surela related ke ayat tu dengan apa aku nak cakap pasal anak aku ni.. Sekarang dia ikut semua yang footballer tu buat dalam tv tu.. Kalau orang tu score tarik baju tutup muka, bila dia main bola and cakap goal, dia akan tarik² baju.. Ok itu aku cool lagi...

Tengok tak goal arshavin lawan blackburn hari tu? Kan ke dia celebrate dengan jelir lidah? Hah dia pun ikut...

And yang paling teruk, bila dia nampak player meludah.. Dia pun terus nak meludah.. Mana aku tak hangin.. Tak bagi tengok masalah pulak sebab aku pun nak tengok game² tu... Haha...
_________________
Oh, simple thing, where have you gone? I'm getting old and I need something to rely on...........

biasa...

Selalu kalau kita dah biasa dengan sesuatu benda, kita assume takkan ada apa perubahan.. So sebab dah assume, kita pun plan.. Mcm aku, plan semua benda in advance..

Bila aku dah plan macam² sekali tengok takde bonus.. Kan ke hampeh namanya tu?? Sebab biasanya ada.. Berkecai harapan.. Nasib baik spec aku tak berkecai lagi.. Ingatkan kalau ada bonus bolehla buat spec baru..

Biasa aku pergi office pukul 8.15 mcm tu and akan sampai dalam setengah jam.. Biasanya sepanjang perjalanan tu aku takkan stop² and aku tau kereta depan aku takkan belok kanan ke kiri ke... Hari ni aku pergi dalam 845 mcm tu.. Sekali tetiba ada pakcik ni sukahati berhenti tengah jalan.. Nasib baik aku sempat elak.. Lagi satu ada kereta nak masuk kanan, kira masuk ke rumah dia.. Nasib baik aku tak langgar.. Sebab biasanya takde hal² mcm tu...
_________
Semalam pergi klinik sebab sakit kepala.. Bila doktor tu tanya² pasal hidup aku, dia cakap sebenarnya aku ni stress... Dia suruh aku meniarap, dia urut² badan aku, sekali dia cakap bahagian kanan badan aku ni semuanya mcm keras, stiff.. Kira banyak bahagian kanan aku yang sakit.. Memang sakit nak keluar air mata pun masa dia tekan² tu.. Tapi masa baring dan meniarap and diurut tu aku rasa mcm relax gila.. Kepala aku pun dia picit² and dibunyi²kan.. Lega .. Fikir² balik maybe aku perlu pergi massage.. Or ambik cuti..

tidak ada di mana²...

Di dalam office aku ada seorang warden yang duduk di dalam kampus ini.. Dia ada wife yang tidak bekerja.. Start akhir tahun lepas, wife dia ni menyediakan makanan untuk staff² di dalam office kitaorg ni beli dan makan.. Dia start dengan popia untuk makan petang...

Tapi sekarang dia dah buat breakfast and lunch.. So pada harga paling mahal RM1.50 untuk breakfast dan RM3.50 untuk lunch, everyday kitaorg akan dapat makanan yang terus dihantar ke meja. Hah company korang ada ke servis macam ni? Bestkan? Makanan dia not bad, murah, dihantar terus ke meja, tak perlu bawak kereta cari parking, buang duit minyak pergi ke luar untuk makan..

Kadang² untuk brekfast aku tak order sebab nak makan roti canai etc.. Tapi lunch tu mesti.. Terima kasih warden....
____________
Orang² Liverpool ni kecoh macam dah menang league.. Diaorg tak sedar ke sebenarnya diaorg tu sekarang nombor 3?? Bawah Chelsea...

JOHAN CRUYFF reckons Liverpool are more feared than Man United in Europe.
SAMI HYYPIA has celebrated the best week of his Kop career by roaring a title alert.

Kalau aku orang putih.. Aku cakap.. "I dont give a fuck!"

pengalaman dan matematik

Aku datang dari kampung.. Masa form one dulu datang sekolah KL, aku memang betul² lost.. Banyak benda aku tak tau.. Masa umur 13 tahun, banyak benda yang aku tak tau.. benda yang aku jumpa aku mcm tak reti, bila dah tua² ni baru aku reti or tau.. Contoh :

- Aku pelik kenapa ada dua orang brader form 5 ni pegang tangan sambil tidur di dalam surau.. Aku tak tau kenapa.. Muka macam menjiwai gila².. Bila dah besar ni baru aku sedar yang diaorg tu sebenarnya gay..

- Masa aku beratur nak beli ayam goreng kat kantin, aku nak keluarkan wallet, sekali aku tersiku something.. Bila aku toleh belakang, ada perempuan yang putih melepak ni muka dia dah merah dah.. Aku buat dek je sebab aku mcm confuse apa benda yang aku tersiku tu.. Bila dah tua ni aku teringat balik, baru aku tau sebenarnya aku tersiku breast dia.. Patutla marah.. Note : Saya sudah berkahwin dan anak satu..

- Yang satu ni masa aku kecik² dulu... Aku cakap kat mak aku.. "Mak makanla banyak² nanti perut mak buncit dapatla adik..." Perut buncit = pregnant pada pemikiran aku.. Aku tak taula agaknya mak and bapak aku ketawa terbahak² belakang aku masa tu..

Hidup aku improve from time to time.. Hari tu masa budak kelas aku ni beria nak cakap something dengan aku tetiba dia stop cakap.. "Eh nantila bang, bas dah sampai dah tu..." Dalam hati aku kesian and cakap.. ada lagi orang naik bas?? Pada pemikiran aku by tahun 2009 semua orang dah naik kereta.. Tapi sebenarnya bukan tahun, tapi umur orang sebenarnya, sebab masa umur aku 21-22 dulu aku pun naik bas.. It just that aku dah tua, hidup dah elok sikit.. aku beli kereta..
__________________
Masa sekolah dulu aku hancur matematik, moden ke tambahan ke masa periksa memang hancur semua.. Aku rasa pemikiran aku dah set yang maths adala susah.. Tapi masa aku dah nak SPM tu, aku terbukak hati nak tengok betul² balik segala formula.. Baru aku tau bila faham formula tu sebenarnya ok je Maths ni.. Cuma bila aku sedar dah terlambat.. Seminggu before SPM, di bilik sewa orang² yang kena buang asrama aku study sorang².. And bila result keluar, aku dapat C3, kira selama ni 8 or 9 aku dapat 3.. Wah..

Masa diploma aku kena ambik Maths jugak, kira Add Maths kut sebenarnya.. Lecturer Vietnam ajar.. dalam English.. Aku set kepala otak aku, tau formula, semua berjaya.. Aku dapat A..

Aku rasa aku nak jadi kausellorla.. Aku banyak buat silap dulu, maybe aku boleh membimbing budak² bermasalah and bagitau semuanya belum terlambat..

kerja

Buat kerja bukanlah satu masalah.. tapi orang yang kita buat kerja dengan, boleh buat banyak masalah.

karim si pekerja kilang

Karim bekerja di Kilang XXXX, dekat Taman Keramat..
Karim suka buat overtime sebab ada matlamat...
Karim kumpul duit overtime sebab dia nak pergi Old Trafford.. Nak beli tiket MAS yang pakej tengok Manchester lawan Liverpool... Game terbesar season tahun 2009..
Selepas 5 tahun buat overtime.. akhirnya Karim dapat buat passport, tempah pakej MAS...
14hb hari tu Karim sampai di Old Trafford...
Manchester United pasukan kesayangan Karim dari umur 12 tahun kalah 1-4 dengan Liverpool...
Karim menangis menyesal duit yang dikumpul habis...

Aku Pizli.. taknak jadi macam Karim....
______________Aku suka minum teh susu Lipton 3-in-1 ni.. Masa first time aku beli, aku bubuh air banyak², so rasa dia mcm tak sedap sangat.. Semalam aku tengok sukatan dia yang betul².. Dia cakap 150ml.. Aku ambik botol susu anak aku and sukat 150ml.. Sikit gila.. Lepas tu aku bancuhla.. Sedap betul rasanya.. Mcm kalah teh tarik Central Market Curry House.. Bila dah minum tu aku baru perasan, 150ml sebenarnya cukup.. sebab teh ni mcm best kalau minum sikit².. macam tenang je rasa.. Bila satu sip, korang stop.. dia rasa mcm kata orang putihnya.. soothing... calming...

Tryla.. Jadi minuman kedua paling sedap lepas Caramel Macchiato..

P/s - Lipton sila hantar 1000 paket ke rumah aku sebab aku dah promote ni..

Menjawab soalan Lord Voldermort

Sementara aku tengah burn DVD student menari² ni.. aku akan menjawab soalan Lord Voldermort berkenaan filem Stardust di bawah :

Lord Voldemort said...
Ko mesti feeling dengar lagu dia kan? Aku siap download terus album dia. Haha

Aku jawab dan jawapan ini akan menampakkan side jiwang aku yang gila²:

First aku suka cerita ni sebab dia English. Pada aku, perempuan² dalam cerita ni takdela cantik sangat.. Tapi entah kenapa aku rasa mcm jatuh cinta gila².. Maybe sebab script dia jugak.. Contoh, Tristan nak mengorat Victoria...

"Victoria, for your hand in marriage I'll cross ocean"

"I'll cross the wall and I bring back that fallen star"

And ada yang Yvaine ni cakap pada Tristan yang disumpah jadi tikus..
Yvaine adalah bintang yang jatuh ke bumi tadi.. Yang dia bercahaya bila dia rasa bercinta dengan Tristan..

"I know a lot about love.I've seen it.
I've seen centuries and centuries of it.
And it was the only thing that made watching your world bearable.
All those wars. Pain and lies. Hate. And never look down again.
But to see the way that mankind loves.
I mean, you could search the furthest reaches of the universe and never find anything more beautiful.
So, yes, I know that love is unconditional.
But I also know it can be unpredictable,unexpected, uncontrollable, unbearable and, well, strangely easy to mistake for loathing.
And what I'm trying to say, Tristan, is I think I love you.
My heart, it feels like my chest can barely contain it.
Like it doesn't belong to me anymore.
It belongs to you.
And if you wanted it, I'd wish for nothing in exchange.
No gifts, no goods, no demonstrations of devotion.
Nothing but knowing you love me, too.
Just your heart in exchange for mine."

Satu masa kapten Shakespear tu bisik kat Tristan.. 'Maybe cinta dia yang sejati sebenarnya ada di depan mata"

And last masa Tristan ni cakap kat Yvaine masa dia jadi tikus tu, sebenarnya dia dengar Yvaine meluahkan perasaan pada dia.. Lepas tu Yvaine ni blush gila².. Macam ikhlas sesangat...

"Did you really mean what you said in the caravan?"

"What I... But... But you were a mouse!
You were a mouse! You wanted cheese!
You didn't..."

"I asked you to give me a sign. And risk you being too embarrassed to keep saying such lovely things?
You want to know what the Captain really whispered to me that day?
He told me that my true love was right in front of my eyes.
And he was right."


Entahla.. Aku pun tak tau apa yang best sangat.. Maybe aku suka bila Yvaine ni happy badan dia bersinar².. Dia kan bintang...

Or maybe.. Maybe sebab lagu Take That, Rule The World (Ya Allah, apa dah jadi pada aku ni dengar lagu Take That ni) sesuai sangat dengan cerita ni.. Bila aku tengok video youtube kat bawah, lagu and sedutan cerita dia sambil ingat²kan script dia sikit² aku rasa aku jatuh cinta.. Macam minggu pertama jatuh cinta.. or minggu pertama bercinta..

Ok cukup.. aku nak pergi bunuh diri sebab dah bercerita dengan jiwang sekali.. Blog ni akan berakhir di sini.. dan takkan diupdate lagi selepas ini.. Bye...

Jiwang di bulan March



"A charmingly naïve boy from the English village of Wall travels to a magical, mythical world in search of the falling star that will help him win the heart of his true love in this fantasy adventure starring Charlie Cox, Claire Danes, Robert De Niro, Michelle Pfeiffer, Ricky Gervais, and Sienna Miller. For hundreds of years the massive cobblestone barrier that surrounds the sleepy English hamlet of Wall has kept the citizens of the village safe and secure from the malevolent supernatural forces that stir just outside its perimeter. When dashing Tristan Thorne (Cox) promises the fairest girl in the village, Victoria (Miller), that he will prove his love by bestowing her with a genuine falling star, his daring mission sends him on an adventure far outside the comfortable confines of Wall.

In order to find the fallen star, Tristan will have to ascend the wall and venture deep into the forbidden heart of the fantastical realm known as Stormhold. Upon discovering that the meteorite he sought was in fact a beautiful girl named Yvaine (Danes), who has stumbled though space and is now being pursued by the King of Stormhold's (Peter O'Toole) sons (who long to use her cosmic powers to lay claim to the throne), Tristan vows to protect the otherworldly visitor at all costs. But the king's sons aren't the only ones in search of the luminous Yvaine; fearsome witch Lamia (Pfeiffer) has become convinced that the young girl's power can help her to achieve eternal youth and beauty. As Tristan makes his way through Stormhold on a mission to bring the star back to Wall, he will encounter a series of spectacular characters and creatures that will lead him to a fate he never imagined. Layer Cake director Matthew VaughnNeil Gaiman, who also produces. serves as director and co-screenwriter for this tale of witches and pirates adapted from the novel by fantasy icon"

Siapa Miss Mona?

Sabtu lepas ada orang sms aku mintak alamat, cakap dia nak hantar kad kahwin.. Sms tu dia end dengan nama dia.. Miss Mona.. Nama Miss Mona ni pun memang ada dalam phonebook aku.. Masalahnya sekarang aku tak ingat siapa pun Miss Mona ni.. Rimas betul kalau mcm ni.. Ishh..
_________________
Semalam tempah baju Melayu kat Semenyih.. Untuk kenduri adik ipar aku bulan depan.. Aku pergi kat kedai jahit mak cik ni.. Soalan pertama dia, kenapa tak bawak seluar? Banyak aku jumpa tailor yang macam ni.. Diaorg segan nak ukur seluar lelaki.. Aku pelik, bukannya apa pun.. Ukur cawat tu pada aku takdela macam gangguan seks and nak disegankan sangat..

Makcik tu ukur jugak.. Sibuk dia pasal aku tinggi, besar semua, tanya kain berapa meter takut tak cukupla apala.. Aku tak tau sebab baju tu mak mentua aku sponsor kainnya.. Masa time nak ukur cawat tu makcik tu cakap...

"Makcik dah tua.. Takpela kut ye... apa nak segan².." sambil menepuk aku punya "benda"...

Hah itu pada aku gangguan seksual and tak perlu.. Ishhh........... Tergamam kejap.. Nasib baik bukan pekerja Chinese muda dia tu yang buat mcm tu..

LRT dan BERUK

Cerita LRT

1) Tertidur sebab penat yang amat sangat dalam LRT dari Hang Tuah ke Masjid Jamek rupa²nya boleh recharge badan sampai boleh stay up tengok bola...

2) Aku menunggu bila agaknya kat Tasik Selatan tu 6 bijik tren sampai serentak.. Dua LRT, dua KTM and dua ERL.. Kalau jadi aku panggil tu gerhana tren... Mustahilla kut...
______________
Before tidur malam tadi :

Liza : Umar baca doa tidur...
Umar : Allah huma bariklana fima rojaktana akina ajabannar
Liza : Umar ni nak tidur ke nak makan?
Aku : (Ketawa dalam hati, tapi hati berbunga jugakla walaupun salah baca)
_______________Nak tau siapa ni?? Inila beruk.. Beruk campur sakai jadi mamat ni...

Aku takdela suka sangat Ronaldo tu.. And walaupun aku ni kononnya penyokong Man U, aku admit yang Ronaldo tu suka dive.. Masalahnya sekarang beruk sakai kat atas ni pun suka jugak dive and terbaring² macam nak mati bila kena tackle.. Pagi tadi dia tackle Ronaldo and Ronaldo jatuh TANPA mengerang or berlakon mcm nak mati.. Tetiba beruk sakai ni marah² Ronaldo ni mcm orang gila... Suruh Ronaldo bangun.. Kira mcm tackle dia buat tu tak perlu untuk jatuh.. Cerminla diri sendiri tu dulu sakai... Yang Ronaldo tu senyum je la.. Bersabar kut..

Kalau aku jadi Ronaldo, before aku retire aku akan make surekan aku akan lawan team yang mamat ni main.. Elok je first whistle aku lari laju² bagi flying kick dua² belah kaki kat muka beruk ni.. Kena ban pun takpe sebab dah nak retire..

bosan...


Kalau aku boleh wish dan dapat, salah satunya aku wish aku mampu setiap pagi minum starbucks caramel macchiato.. Masuk office je tak payah buat kopi etc.. atas meja ada benda ni..
_____________Malam tadi pakai tshirt HP yang ada gambar ni...

Umar : Ayah, apa tu?? Apa tu??
Aku : Red Devil...
Umar : Red Devil..

30 saat lepas tu...

Aku : Eh silap.. Tasmanisan Devil.. Red Devil plak... Tasmanian Devil...

English dan Melayu

Adik aku yg kat MRSM hari tu seronok cakap so far semua result yang dia dah dapat semua A. Bila aku tanya apa yang paling tinggi? Dia jawab English.. Pernah jugak dia suruh aku check karangan dia hari tu.. Aku tengok takde problem pun.. Aku pun kagum jugak dengan budak ni.. Semuanya mengigatkan balik pada.. aku! Dulu masa sekolah pun aku selalu dapat hadiah key-chain etc Alien Workshop dari cikgu English aku sebab selalu dapat markah paling tinggi dalam kelas.. Tapi bila aku dah kerja, aku baru sedar yang english aku yang konon hebat di sekolah dulu sebenarnya mcm hampeh.. Sebab? Sebab kat sekolah dulu tak cakap English.. Takde pun conversation dalam English.. So bila time nak mempraktikkanya hancur!

Bila dah takut so takde confident.. Aku takut betul adik aku jadi mcm aku.. Harapnya kat sekolah dia tu adalah dia kena bercakap English... So that bila dah kerja nanti dah biasa..
__________
Kawan aku kat kampung tu Melayu.. Dia ambik upah kait buah sawit bapak aku.. Satu tan buah, dia dapat RM40.. Aku pun banggala sebab walaupun dia tak berjaya dalam pelajaran, tapi dia ada inisiatif nak jadi kaya.. Dia dapat kumpulkan geng² dia dan ambik upah kait buah sawit pakcik² yang dah tak larat nak buat kerja berat ni.. Ada team, kait buah sawit sambil dengar lagu.. Dengan kudrat yang ada kira senangla kerjanya satu team..

Tapi sekarang dia nak kerja senang lagi.. Dia pergi panggil indon and suruh Indon² ni kait.. Kerja dia senang je, dapatkan kontrak, and let say from upah satu tan tadi dia ambik 5 ringgit.. Hah tak penat badan, tapi kurang 35 ringgit dia dapat..

Sebenarnya aku marah sangat orang² mcm ni.. Elok boleh dapat duit banyak dia taknak.. Dia lagi rela dapat duit sikit tapi tak payah kerja susah².. Nak jadi boss!! Bengang betul aku.. Sekarang bapak aku upah Indon tu direct.. Tak payah thru kawan aku ni.. Senang cerita.. Agak²nya indon tu pun suka..

18 + 10 =

28 tahun dah...

At least...

Dari mandi telaga, sekarang dah mandi shower...
Dari dunia yang takde elektrik , sekarang dah ada computer...
Dari naik motor berempat, sekarang dah ada kereta...
Dari mancing, tangkap ikan, sekarang dah beli ikan terubuk kat giant...
Dari duduk rumah papan, sekarang duduk rumah batu...
Dari cakap loghat Perak, sekarang dah cakap English...
Dari............... mcm² lagila.. Kalau nak diingat²kan 20-25 tahun dulu..

Alhamdulillah...

Hopefully 4-5 tahun lagi aku boleh nyanyi lagu Biggie Small..

"Birthdays Was the Worst Days, Now We Sip Champagne When We Thirsty "

Geng Sudu...

Dulu masa sekolah menengah, kat sekolah aku ada geng sudu.. Biasanya geng sudu ni orang²nya adalah penjenayah² sekolah yang takde duit, miskin or sebenarnya ada duit tapi dibelanja beli rokok dan benda² yang tak berfaedah.. Apa yang geng sudu buat? Dioarg akan duduk di kantin bawak sudu, lepas tu pergi ke setiap orang yang tengah makan and mintak nasi ke mee ke orang yang tengah makan tu satu sudu.. Kalau dah dapat 10 sudu tak ke kenyang and sama dengan satu pinggan?? Pada aku benda ni la yang paling hina dan paling low sekali dalam sejarah kehidupan..Yang paling lahanatnya, ada mamat sorang geng sudu ni bila ada duit dia akan beli roti inti krim yang sangat sedap kat kantin tu and makan dalam bangunan yang belum siap.. Makan sorok².. Lagi lahanat.. Eh bangunan yang belum siap tu sebenarnya nak tampung budak perempuan yang akan datang sekolah tu exactly lepas batch aku habis - yang semuanya lelaki.. Kalau tak mesti syok sekolah ada perempuan masa form 4 and form 5..
________________
Sekarang aku baca banyak kes pukul budak, kes buli.. Kalau polis pandang serious kes² ni 10 tahun lepas maybe aku pun dah masuk lokap.. Untuk adik² sekalian, abang tau yang sebenarnya adik² bukannya kuat sangat pun, ada kawan bolehla tunjuk kuat.. Sekali turun ramai² belasah budaknya sorang je.. Lepas tu kalau one by one, budak² yang kerja sawit sebelum masuk asrama, orang panggil tulang besi urat dawai, ajak one by one dengan budak pekan yang kerja paling berat ialah main PS1.. memangla boleh menang.. So rentikanle buli², gaduh² tu.. takde faedah and tak bermakna langsung bila gagal dalam hidup dikemudian hari.. Elok² boleh kerja engineer kena tolong ayah kait sawit balik.. Takkan nak sama je semua keturunan ye tak? Nak jugak anak kita merasa main PS3.. taknakla anak kita pun kait sawit mcm datuk, ayah and diri kita sendiri betul tak?

(memangla tak hina jadi peneroka, boleh je buat rumah banglo, beli kereta semua, tapi kerja tu berat.. elok lagi dapat semua tu tapi kerja duduk depan computer)

baru perasan...

Aku baru perasan yang aku dah 10 tahun tinggalkan sekolah.. Cepat gila rasanya.. Baik aku ingat benda² yang aku buat since 1998 :

1999 - Kerja kat Bukit Kiara
2000 - Masih bekerja tapi dah ada RX-Z
2001 - 2002 - Sambung belajar
2003 - Kerja IMU
2004 - Kerja Cyberjaya, bertunang, beli kereta and rumah..
2005 - Kahwin...
2006 - Dapat kerja sini, rumah siap..
2007 - Dapat anak..
2008 - Sambung belajar lagi..

Mak aihhhh bosannya.. Dalam bosan² tu kalau orang tanya 10 tahun lepas nak ke hidup macam sekarang 10 tahun lagi? Aku akan jawab ye.. Minus hutang kat kredit dan dianiaya orang.. Sebab kadang² kena guna, withdraw duit from kad kredit tu sebab kena aniaya dengan orang jugak.. Kes motor dulu dalam 1000, dll lagi.. Kalau buang semua tu perfect dah hidup ni.. Ni menghabiskan duit bayar hutang je..

Tapi apa² pun, baik aku buat hidup aku untuk 10 tahun akan datang lagi menarik dan lagi indah.. Amin..
______________
Ada kawan forward aku birthday calculator, sekali aku tengok lagu yang famous masa aku lahir tu :

Top songs of 1981
Physical by Olivia Newton-JohnBette Davis Eyes by Kim Carnes
Endless Love by Diana Ross & Lionel RichieArthur's Theme by Christopher Cross
Kiss On My List by Daryl Hall & John OatesJessie's Girl by Rick Springfield
I Love a Rainy Night by Eddie Rabbitt9 to 5 by Dolly Parton
Private Eyes by Daryl Hall & John OatesRapture by Blondie

Masa Umar lahir :

Top songs of 2007
IRREPLACEABLE by Beyonce UMBRELLA by Rihanna
THE SWEET ESCAPE by Gwen StefaniBIG GIRLS DON'T CRY by Fergie
BUY U A DRANK (SHAWTY SNAPPIN') by T-PainBEFORE HE CHEATS by Carrie Underwood
HEY THERE DELILAH by Plain White T'sI WANNA LOVE YOU by Akon
SAY IT RIGHT by Nelly FurtadoGLAMOROUS by Fergie

Ni link website tu, tarikh lahir Tahun Islam pun ada dia bgtau : http://www.paulsadowski.org/BirthDay.asp

hmmmm..........

Bila anak sakit semuanya jadi tak best.. tak ceria.. tak seronok.... tak semangat..
____________
Orang banyak cari jalan nak hentikan anak susu badan.. Hari tu aku main² cakap kat Umar.. "Kalau susu Mama nanti gigi patah.." Semalam since dia demam aku suruhla dia susu badan mana tau boleh sihat..

Aku : Ha pergi susu Mama...
Umar : Taknak...
Aku : Kenapa?
Umar : Nanti gigi patah...

Adui.. Terawal sangat la pulak stop susu badannya.. Belum dua tahun dah stop..

budak kecik demam

Budak kecik demam.. Demam sebab nak masuk umur 2 tahun kut bulan depan.. Macam²la.. Sekarang aku dengan Liza dah tak boleh berbual sangat, sebab everytime nak bercerita budak kecik akan menyampuk.. Nak cerita benda yang sepatutnya boleh habis dalam 30 saat jadi 5 minit 2 km perjalanan baru habis ceritanya..

Apa² pun Alhamdulillah.. Eh, kenapa aku rasa mcm tak sihat jugak ni?

darjah 5

Hari tu aku post pasal tak jumpa kawan² kat facebook, sekali hari Jumaat hari tu aku jumpa kawan sekolah rendah aku kat friendster.. Maryati...

Selalu kalau aku terkenang zaman sekolah rendah biasanya aku akan terkenang zaman darjah 6.. Sebab banyak benda best berlaku masa tu, tapi bila ingat²kan balik darjah 5 pun best jugak.. Banyak kenangan jugak.. And aku ingat aku close jugak dengan Maryati ni.. Satu benda yang aku ingat masa tu aku berbahas dalam kelas.. Pasal lelaki dengan perempuan rasanya.. Masa tu aku dah takde point langsung.. Tetiba aku boleh cakap mcm ni.. "Tengok tu, apa jenis pakai tudung tapi rambut terkeluar tu??" Aku point kat Maryati ni.. Hahahah.. Gila bodoh!! Aku tak sure aku bergaduh ke tidak dengan dia masa tu.. Maryati, kalau kau baca ni, incase aku tak pernah mintak maaf dengan kau dulu.. sekarang aku mintak maaf! Aku dah lupa kenapa darjah 6 aku dah tak close dengan dia and beberapa budak perempuan yang lain.. maybe aku dah lupa daratan masa tu, or maybe bebudak perempuan ni dah akil baligh and taknak kawan dengan aku or maybe ada awek² dari kelas lain masa darjah 5 tapi masuk kelas aku masa darjah 6..


Darjah 5 jugak ada benda² lain.. Masa ni aku kena penyakit gatal² satu badan, yang aku terpaksa jumpa bomoh yang ada lelaki menjelma dalam badan perempuan yang berpakaian hijau (gila seram), lepas tu kena mandi bunga and bunga di buang ke sungai.. Lepas berubat tu okla.. Kalau tak habis muka and badan aku bengkak²...

Masa ni jugak aku meniaga kuih yang mak aku buat.. everytime ada meeting or majlis di sekolah aku, cikgu akan tempah.. Masa ni aku start olahraga and jatuh cinta dengan kakak darjah 6.. And masa ni la jugak lagu Antara Gadis tengah gila.. And masa ni jugak kut aku suka rap, KRU and 4U2C.. Hah, kutukla.. aku tak kisah...

Fikir² balik, best jugak darjah 5 ni.. tapi kenapa aku selalu lupa?

________________
Semalam ke kelmarin aku tertengok Rock Prima dekat Astro, masa dia interview kumpulan yang rambut panjang, ganas dan rockers ni.. Mamat tu cakap.. "Untuk mengetahui perkembangan terbaru kami boleh lawat myspace kami.. mysp@ce.com/akulahkekasihmu..." Wahahahahahaha... Apa ke nama websitenya mcm tu.. Rock Prima konon...
__________________
Mempunyai dua orang adik pada aku takdela best sangat or takdela tak best langsung.. Tapi aku selalu doa adik² aku jadi orang.. Adik aku yang bawah aku ni grad UKM, Kimia apa benda ntah dia belajar dulu.. Aku pelik betul orang suka Kimia ni.. Esok dia interview PTD, punyala banyak process nak ke interview ni.. Apa²hal pun aku doakan dia berjaya.. Biar gaji lebih dari gaji aku and hidup dia happy menjadi pegawai kerajaan..

_________________
Ohh minggu ni aku takkan on YM and Gtalk aku sebab ada orang besar dari UK nak datang and duduk di sebelah aku.. So kalau ada benda penting, sila email ke

_______________
Terima kasih kepada kerajaan sebab nak tangguh kenaikan tol.. Tapi korang dah cakap.. So nanti pembangkang ni akan gunakan benda tu sebagai modal masa nak kempen kat 3 tempat ni.. Fikir dulu sebelum bercakap lain kali.. Or maybe sebenarnya korang nak warning pengundi kan? Kalau tak vote BN kat 3 tempat ni, tol akan naik! Pandai jugak.. Silap² kalau kalah 3 tempat ni tol naik serta merta.. Mengundila dengan bijak!
____________
Bye Liverpool... (Muahahahahahahaa)