balik kampung

Dua bulan lepas kakak office no 1 balik Terengganu, aku pesan keropok.. Bulan ni kakak office no 2 pergi Johor, balik dia bagi kerepek pisang sira...

Semalam dapat e-mail dari budak department sana, cakap dia nak balik Penang.. Ada ke nak order buah pala ke, jeruk ke?

Aku esok balik Besout.. takde apa² hahaha.... Pantai takde, makan² best pun takde.. Just masakan mak aku je la..
______________
Tau tak perasaan bila kau dah tak boleh tunduk sambil duduk? Rasa rimas.. And tau tak perasaan tak boleh tunduk masa duduk tu sebab perut dah extra buncit? Rasa macam celaka...

Kena beli basikal.. (alasan...)

Merepek

Setelah berbulan² tak memasak, malam tadi aku try masak nasi goreng.. Kalau aku tukang masak, aku rasa aku layak dipanggil pereka makanan.. maksudnya try mcm² kononnya untuk jadikan masakan tu lagi sedap..

Malam tadi aku cadang nak blend je daging² tu dengan benda² lain instead of masukkan seketul² as perencah.. Tapi wife aku cakap jangan merepek.. So aku stop.. Maybe next time aku akan cuba tanpa pengetahuan dia..

Masa aku nak pergi audition Anak Wayang hari tu pun wife aku cakap aku merepek.. So sampai bila² aku takkan jadi famous.. Sampai bila² korang tak boleh undi aku... And sampai bila² korang takde kawan pelakon..
_____________
And aku rasa sebab undi² ni jugakla benda di bawah ni berlaku :

Gempa bumi lemah landa Manjung, Perak

KUALA LUMPUR: Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada jam 9.35 malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu. - Bernama

And aku just nak cakap.. BERSORAKLAH.... BERSORAKLAH UMPAMA MEREKA ITU AKAN MEMBAWA KAU KE SYURGA...
______________
Kenapa Pakatan Rakyat tu sibuk nak letak tugu peringatan bawah pokok demokrasi tu? Ishh sudahla buatla kerja lain...
________________
Semalam ada mamat africa nak scam aku.. Nak beli barang² aku tapi in the end aku sedar semuanya hanyalah penipuan.. Memang berkecai harapan.. Kenapala dunia ni ada orang jahat??
___________
Kalau korang ada power macam cerita Jumper tu, tapi dalam sehari korang boleh guna dua kali je.. As in pergi-balik.. Korang nak gi mana?? Pergi kerja? Balik rumah mak makan? Pergi London?

Frust!

Ini kali ke 800 juta hati aku hancur berderai.. Orang bagi harapan yang buat aku senyum sampai ke telinga lepas tu last² semuanya adalah penipuan..

Maybe macam ni agaknya perasaan Fazura masa aku menolak cintanya dulu.. Mungkin sama macam ni..

Aku dah tak percaya sesiapa pun dalam dunia ni..

Resurrecting the Champ

Malam tadi aku tengok cerita ni.. Mamat ni selalu tipu anak dia, cakap as sport journalist, dia kawan dengan Muhammad Ali etc.. Dia nak anak dia tau ayah dia cool. Anak dia percaya and cerita kat kawan² sekolah dia..

Sambil tu dia tengah buat rencana pasal sorang ex-boxer, world champion yang orang ingat dah mati tapi sebenarnya dia tak mati and merempat..

Sebenarnya orang merempat ni bukan boxer tu, dia tipu mamat ni.. Tapi rencana dia dah published and orang nak saman dia and company dia kerja..

Kira dia sama macam anak diala.. Dia percaya apa bum ni cakap, and cerita kat orang.. Tapi semuanya tipu...

Korang tengokla cerita tu.. Best jugak.. Cerita yang jenis boleh sedarkan aku.. Macam takpe kalau kau tak cool, tak kaya, as long as kau bagi yang terbaik pada anak kau and jadi ayah yang baik... Aku bukan ayah yang baik, belum lagi..

lagu beria...



Jeanie:
Ahh yeah, that’s right baby
Girl, tonight we're gonna make love
You know how I know baby?
Cuz its Wednesday, and Wednesday night is the night that we make love.
Tuesday night is the night that we go and visit your mother, but
Wednesday night is the night that we make love.
Cuz everything is just right, conditions are perfect.
There's nothing good on TV, conditions are perfect.
You lean in close and say something sexy like " I might go to bed I've
got work in the morning." I know what you're trying to say baby.
You're tryin to say "Ooh yeah, it's business time, it's business time."

Chorus (Both)

It’s business, it's business time!
J:That’s what your trying to say, your trying to say lets get down to business
its business time.
Its business its business time

Jemaine:
Thats what you're tryin to say, you're tryin to say lets get down to
business it's business time!

Jemaine:
Ooh, Next thing you know were in the bathroom brushing our teeth.
That's all part of it. That's foreplay.
Then you go sort out the recycling, that's not part of it but it's still
very important.
Then we're in the bedroom. You're wearing that ugly old baggy
t-shirt from that team building exercise you did for your old work,
and it's never looked better on you.
Mmmhh, team building exercise not tonight. Oh you don't know
what you're doing to me. I remove my jeans but trip over them
cuz i've still got my shoes on, but then I turn it into a sexy dance.
Next thing you know I'm down to just my socks and you know
when I'm down to just my socks what time it is. It's time for
business. It's business time.

Chorus (Both)
Its buisness, its business time
J:You know when I’m down to just my socks its time for business,
that’s why they call them business socks

Jemaine:
You know when I'm down to just my socks it's time for business
that's why they call it business socks

Chorus

Jemaine:
Ooh, makin love, makin love for two, makin love for two minutes.
When its with me you only need two minutes, cuz I’m so intense
Two minutes in heaven is better then one minute in heaven
You say sumthing like “Is that it?”
I know what your trying to say, your trying to say “Ahh ya that’s it”
Then you tell me you want some more
Well im not surprised, But im quite sleepy.

Chorus (Both)
Its business, its business time
J: Business hours are over, baby
Its business, its business time.

Plan...

Plan aku dengan wife aku bila kereta kitaorang dua² dah habis bayar kitaorang nak trade-in dengan satu kereta and aku akan beli motor di atas...

Tapi tadi aku terfikir, by that time aku dah takde nak buat aktiviti tambahan.. wife aku belanja dalam RM150 untuk tol sebulan.. Baik aku hantar dia naik motor and dapat jimat tol, duit minyak, mileage kereta sekaligus! Mesti cool kan? Baru boleh buat filem sambil duit lebih ada mcm beratus² jgk..

Woi gaji tak naik ke?? Siut!!

Bersoraklah.. Bersorakla umpama mereka² itu akan membawa engkau ke syurga...

Bukan Ikut Orang..

Dah bertahun aku cakap kat wife aku nak beli basikal untuk bersenam.. As usual wife aku akan cakap nanti sekejap je.. Entahla.. Tapi aku berkenan betul tengok -

Yang ni
And yang ini

Maju Expressway

Banyak kali dah aku terfikir nak pergi kelas naik kereta je.. Tapi naik kereta untuk ke KL dari Semenyih dan nak sampai sana dalam 6.15pm, agak menakutkan jugak...

Semalam aku teringat pasal highway KL-Putrajaya ni.. Nekad nak try sekali, aku pun naik je la kereta.. Aku keluar dalam pukul 4.40pm dari sini sebab takut lambat.. Sekali aku sampai KL siap parking semua dalam 5.50pm.. Pada aku kira perfectla.. Sampai Jalan Tun Razak, tak banyak kereta lagi, masuk Jalan Ampang ada banyak kereta sikit, belok Sultan Ismail, kereta banyak and sebab banyak traffic light aku kenala stop².. Tapi takdela lama sangat nak sampai ke Jalan Raja Laut tu..

Highway tu ok.. Boleh cakap perfectla.. Cuma bahaya.. jalan dia straight, kereta tak banyak so bila dah mcm tu kau bawak 130km/h pun korang rasa macam bawak 60km/h je.. Serius!! Tak boleh lekala.. Semalam aku bawak 130km/h kat lorong tengah.. Aku rasa orang yang bawak lane laju tu maybe bawak 200km/ kut..

So kesimpulannya di sini.. Kalau nak sampai KL cepat and jalan tak jam, memang highway tu perfect, tapi jangan layan sangat... Aku pun kena ingatkan diri supaya berhati² dan bawak dalam 80km/h je walaupun nanti rasa slow sangat, sebab bawak slow pun ok je aku rasa nak sampai on time...
_______________________
Baca tak berita kat NST semalam pasal orang buta kena raba?? Cerita dia, masa orang buta ni nak melintas ada orang konon nak tolong tapi sebenarnya orang nak tolong ni nak meraba orang² buta ni? Hina kan? Tak lagi tu.. Kalau orang buta ni start cover breast diaorang dengan beg ke tongkat ke, penolong bangsat ni akan ludah muka orang buta tu!!! Celaka!!

Aku ingatkan manusia ni dah habis jahat dah.. Ni ada lagi jahat yang tak pernah aku terfikir orang akan buat pun... Pergila tempat yang kawan aku selalu pergi massage tu.. Dapat raba² and kena massage lagi.. Perempuan tu rela je bagi semua.. Siap ada extra service lagi kalau pandai ayat... Buat apa nak buat jahat kat orang cacat?? Bodoh! Hina punya manusia...

p/s - kawan aku tu non-muslim..

bila nak habis video² ni?? Boleh kurus macam ni..

1) Nama aku susah nak sebut sampai nenek, nenek sedara Liza refer aku as Ayah Umar, bukan Pizli.. or maybe aku least favourite menantu.. hahaha...

2) Dah lama tak jumpa abang² aku, Sabtu hari tu jumpa kat kenduri aku macam "eh apahal abg aku yang tua ni mcm handsome lebih ni?" - cakap dalam hati.. Teringat balik tahun ni dia 40 tahun.. Agaknya betulla kut life begins at 40.. Ada 12 tahun lagi..

3) Khamis lepas shoot student's presentation.. Aku nampak ada sorang budak ni bijak.. Jenis diam, tapi bila tanya² soalan, semua soalan dia keluar soalan bijak.. Unlike kawan dia yang asyik mengutuk orang² lain yang tengah present..

4) Aku mengantuk gila sebab makan betul² punya heavy breakfast, sebab nak skip lunch..

5) Orang tegur aku jangan marah² anak aku.. Tapi aku marah dia bila dia kacau orang.. Bila dia panjat pelamin.. Bila dia nak makanan pakcik dia.. Bila dia main mainan orang lain.. Aku jenis tak suka kalau anak aku kacau orang lain, ambik barang orang lain and buat benda² yang membahayakan diri dia sendiri.. Bukan aku marah dia tak tentu pasal..

6) Berpiknik di air terjun weekend ni mcm idea yang menarik.. And tak jauh dari office aku ni.. Ok kut..

Tolong.. tolong..

Aku sangat memerlukan orang Malaysia yang sedang tinggal di UK and akan balik Malaysia dalam masa sebulan dua lagi... Aku nak beli barang yang boleh deliver ke UK sahaja.. So aku nak mintak tolong sikitla.. Kalau ada sesiapa terbaca and boleh tolong sila cakap ye.. Nanti aku bagi la upah sikit...

Aku juga ingin buat personal loan untuk memperfectkan kehidupan aku.. Kes nak bayar and cancelkan credit cardla ni.. Kepada sesiapa yang bekerja dibank and ingin mencari customer aku adalah calon yang sesuai... Bagitau aku awal bulan 5.. Lepas gaji naik.. Confident je aku gaji naik..

Umar adalah cita² dan kehendak yang aku tak pernah dapat...

Ok.. 3rd post of the day, aku ada dalam 20 jam video untuk diconvert, so pc buat kerja and aku mendengar lagu etc...

Dalam hidup aku, aku ada kehendak, cita² and tak semuanya aku akan dapat.. So apa yang aku tak dapat aku akan bagi kat Umar (sambil aku join sekali)...

Train yang aku beli hari tu sebab aku pun nak main sekali, masa kecik dulu aku takde toys mcm tu.. And mengikut perkiraan aku :

1) By umur 7 tahun dia akan dapat pool table
2) Umur 8 tahun dia akan pergi kelas music belajar main gitar
3) Dia akan belajar engineering bebetul.. dilarang sama sekali untuk mengambil subject multimedia, graphic design or video...

Bab² lain yang aku dapat, yang aku suka, dia pun aku harap akan buat.. seperti khatam Al-Quran di setiap bulan puasa bersama rakan² .. Wakil sekolah main bola.. Dilarang sama sekali wakil olahraga sebab tak best! Menjadi pelajar terbaik every semester pun diharapkan jugak.. And if dia tak berjaya sangat dalam pelajaran pun sebenarnya banyak lagi option yang dia boleh pilih.. Serius!!!
Harap²nya takla.. Biarla pandai dan berjaya semua..

Sebenarnya aku cuti 4 hari.. Lepas tu aku tak tau kenapa tapi kasih sayang aku kat wife and anak macam bertambah² pulak dalam 4 hari lepas.. Maybe sebab banyak buat aktiviti bertiga kut.. Maybe sebab selama ni busy buat benda itu ini sekali dapat spend BANYAK quality time bertiga.. tetiba macam best pulak..

Apa aku merepekla ni... Dah.. nak burn DVD pulak..

Aku dan Polis Trafik

Aku : Eh ada pintu tak rapatla..
Liza : Ha ye ke? Pintu belakang kut...

Aku pun ke tepi, lepas tu turun kereta tutup pintu elok²..

Liza : Kat depan tu ada polis...
Aku : Hah ye ke? Ha pakaila seat belt...

Elok je aku lalu dekat polis tu, dengan muka garang mcm nak makan orang, polis tu suruh aku ke tepi...

Aku : Tadi pintu saya tak rapat cik, tak perasan pulak cik buat road block depan sini.. Dah saya nampak macam orang jahat.. (sambil menghulurkan lesen tanpa diminta)

Sembang sikit², aku chow.. Terus aku takut nak jadi drug trafficker.. Cadang nak bawak dadah dari KL ke Besout.. Kalau sekali jalan dapat 3K kaya aku...

(En Polis, kalau anda baca.. ayat di atas hanyala gurauan orang yang dalam keadaan tertekan)

arghhh

Kalau aku Thomas the train aku dah jauh daripada track.. Ada dua project nak kena siapkan.. Kelas dah dua minggu ponteng.. So start hari ni aku nak kembali ke landasan sebenar.. Cukupla semua ni..

Aku malas nak peduli pasal rakan sekerja, pasal F1, pasal bola.. Lantakla.. Aku peduli pasal diri aku sendiri je sekarang ni.. And family..

hajat..

Hari ni tercapaila hajat aku dengan Liza untuk celebrate harijadi Umar yang ke-2.. Dikembarkan pulak dengan aku dapat rezeki yang aku tak expect dapat hari ni. So boleh aku cakapkan hari ni perfect.. Eh aku tulis ni dah hari Ahad dah, pukul 1241.. Hehehe.. Apa2 pun aku bersyukur.. Alhamdulillah...

Birthday cake Umar..

Nampak tak anak aku happy? Nak pegang baju Ronaldo katanya..

Hadiah yang kitaorang termampu..

"Eh tren, Eh.. Thomas.. Thomas.." Jadi excited yang melampau..

Cupcakes untuk kawan2 hari isnin nanti...

Dapat tengok muka anak happy, hati aku puas and seronok jugak.. Elokla orang ramai.. First birthday kat rumah opah, 2nd birthday kat rumah nenek.. 3rd birthday harap2nya boleh buat rumah aku sendiri and jemput kawan2 semua.. Alhamdulillah..

shopping dan Umar nak dua tahun..

Aku kalau shopping biasanya akan beli barang yang ada brand, biasa barang² sukanla.. Tapi malas nak keluar duit banyak.. Dengan itu, dalam dua tiga tahun ni aku akan beli barang online sahaja.. Nak T-Shirt Nike, aku google, nak jacket adidas aku cari kat e-bay...

Aku jugak tak suka beli barang second hand.. Tapi aku tak kisah kalau barang tu reject.. So biasa aku akan beli perfume reject.. T-Shirt reject and segala benda yang reject.. Memangla ada rosak sikit.. Tapi kena teliti bebetul baru nampak rosaknya.. So aku puasla macam tu.. Kalau rajin banyak jugak orang jual.. Aku boleh save dalam 30-40 ringgit satu benda.. Banyak jugak tu.. And aku sangat sukala online shopping...
________________daripada ini

ke ini..

ke ini..

ke ini..

dan sekarang dah besar macam ini...

Dua hari lagi Umar akan berusia dua tahun.. Aku rasa kalau ikut hari dah dua tahun dah kut hari ni.. Tapi kalau ikut tarikh 18th April....

Aku bersyukur anak aku membesar dengan sihat dan bijak.. Walaupun kadang² bijak dia tu buat sakit hati aku.. Macam sekarang ayat dia.. "Eh sakit aku!" "Sepak kau!".. Dapat dari nursery dia, sebab kawan dengan budak besar.. Benda tak elok, tapi bila fikirkan balik, itu menunjukkan dia cepat tangkap.. So maybe umur 3 tahun aku nak masukkan sekolah terus.. Aku dah taknak sakit hati lagi bila dengar dia cakap benda bukan²... Lebih elok kalau dia tangkap benda yang elok² sahaja.. Buat hangin aku je sekarang ni...

Cadang nak potong kek Sabtu ni kat Keramat, sesuaila sebab orang ramai sebab adik ipar aku kahwin jugak Sabtu ni.. Aku doakan anak aku menjadi sihat, baik, pandai, sayang aku dan Liza dan beriman.. Amin..

Mengajar

Mempunyai anak kecik, banyak benda nak diajar.. Kalau dia faham Alhamdulillah.. Kalau dia tak faham kena ajar banyak lagi.. Gambar di bawah adalah contoh, Mama dia suruh Umar senyum. And ni cara dia senyum.. Nampaknya kena ajar lagi sampai betul..
_____________________
Tolong jangan repeat ayat ni berulang kali, nanti orang cakap menunjuk dan tidak ikhlas.. dulu dah cakap sekali dah... nnt orang muak..

“I gave late notice as I did not want any pomp and pageantry. I did not want the red carpet, bunga manggar or kompang.
"

sebab aku blog

Salah satu sebab aku blog ialah sebab aku dah tak macam dulu², kalau tak puas hati terus cakap depan², ajak pergi padang sekolah sebelah bertumbuk tengah malam or panggil orang yang tak puas hatikan tu dalam store and belasah ramai²...

Sekarang, kalau tak puas hati or marah just pendam dalam hati.. And cara meluahkan dalam blog je la.. Sampai tak sampai pada orang² yang aku tak puas hati tu belakang cerita, janji aku dapat lepaskan perasaan..

Macam kes dengan orang Proton, orang tak bayar hutang, orang aniaya aku.. Semuanya aku luahkan kat sini je la.. Senang.. Dosa aku dengan internet and dosa orang² tu pada aku Tuhan je la bayar..
___________
Terima kasih Chelsea sebab kalahkan Liverpool.. Tak masuk semi.. Selamat tinggal!!

bakat yang takde..

Aku dalam process nak menghias rumah dengan painting etc.. Nak upah orang lukis gambar kitaorg mcm mahal.. Buat sendiri macam lahanat la pulak rupanya.. Arghhhhhhhhhhhhhhhh........ Kerja² tracing aku memang jahanam.. Takde bakat langsung..

menunggu...

and aku sangat benci menunggu...

Batuk²

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216.

"ALLAH S.W.T tidak akan menguji hamba2NYA jika dia tahu kita tidak mampu menanggung dugaan itu.
ALLAH hanya menguji kita mengikut tahap kemampuan kita hadapi dugaan itu. Itu tanda kasih sayang NYA pada hamba2NYA.."

aku membayangkan....

1) Daripada apa yang orang Perak cakap, aku membayangkan kalau Dato Seri Nizar menjadi Perdana Menteri, dia mesti Perdana Menteri yang berhemah dan beriman... Harapnya..
2) Aku juga membayangkan by that time, PAS berdiri sendiri tanpa berpakat dengan DAP dan PKR.. Kalau mcm tu bolehla bagi peluang 5 tahun..
3) Aku membayangkan game subuh tadi yang Liverpool dan Chelsea akan draw, tapi Chelsea menang 3-1.. Harapan dan bayangan aku berbeza tapi akulah manusia yang paling happy.. Siap ketawa kuat² tngk gol Drogba...
4) Minggu lepas aku membayangkan nak ambik cuti esok, sebab hari Sabtu adik ipar aku nak kahwin.. Tapi rupa²nya tak perlu sebab esok Good Friday and company aku ni cuti.. Wahahahahahah..
________________
- Manusia ni ramai yang emosi and suka ikut apa yang orang lain buat..
- Kalau dah suka satu terus gila pasal satu benda tu je.. Apa yang buruknya tak nampak langsung or sanggup buat tak nampak..
- Ada juga orang ni tak tau apa.. Contoh ayat : "Hah puas hati aku tadi jerit nama Atlantuya banyak kali tadi" <-- Wtf? Pergi demonstrasi sebab nak menjerit je...
- Ada jugak yang suka menegakkan benang yang basah.. Macam orang lelaki nak kawin lagi satu.. Tetiba orang yang tak sembahyang, puasa bila nak kawin lagi satu, boleh keluar hadis itu ini bagitau kat isteri pertama.. (Aku kena belajar la dari diaorg ni pasal hadis² tu..)
- Berbalik pada emosi dan ikut orang tadi, korang boleh tengok gambar² ni :

Penyokong Kelantan merusuh.. Keeper Kelantan pijak defender Negeri Sembilan.. Player Selangor and Perlis pun bergaduh... Janganla macam ni brader.. Tak rockla..

hina

Pakaian harian aku ke pejabat adalah, jacket adidas or jacket dockers berselang seli, t-shirt tak masuk dalam, dan seluar jeans or slack berselang seli jugak and kasut adidas superstar.. sila bayangkan...

Bila bersembang dengan orang lain pasal aku bekerja di mana and lepas tu orang tu tanya "eh kau lecturer kat sana ke?" aku pelik....

Masa sembang dengan presenter events semalam.. Bila aku tanya "So, are you presenting today?" and dia tanya aku balik aku pun present jugak ke? and slot aku pukul berapa? Lagila aku pelik...

Muka aku ni layak ke jadi lecturer? Presenter pasal topic engineering?

Something aku suka pasal foreigner ialah diaorang tak judge orang lain..

And aku rasa best sebab tak rasa hina hahahaha....
_____________________
Biasa aku tak claim kalau travel, tapi bila kira duit claim boleh tanggung benda yang tak disepatutnya di tanggung.. Claim je la...
_____________________
Orang di sana masih buta,
Man U seri di subuh hari,
Aku malas nak cakap apa²,
Cakap banyak nanti sakit hati sendiri....

wah....

Kalau belajar baca Al-Quran sebab nak masuk Islam, nak mendalami Islam silakan.... Dialu²kan...

Tapi kalau baca ayat Al-Quran sebab nak impresskan orang.. Nak berpolitik.. Rentikan...

Siapa yang kata ok and tak kisah tu aku tak tau nak cakap apa dah.. And yang sesiapa yang terimpress dengan orang kafir baca Al-Quran untuk berpolitik tu aku pun tak tau nak cakap apa dah...

Selamatkan lah negaraku..

Aku tak tau and aku tak mampu...
Orang banyak buat benda merapu..

Ramai orang cari pangkat, cari darjat...
Selamatkanlah sebelum kiamat...

Aku di sini jadi tunggul..

Tak tau orang mana yang betul...

jangan!!!

Aku dah pernah meniaga.. Video Service, jual batik, sewakan equipments and macam2.. And selalu ada masalah.. Orang tak bayarla, larila.. kena maki2 pun buat dek je.. Dah 5 6 bulan baru bgtau ada masalah and baru nak bayar etc...

Benda ni jadi semalam.. Elok aku sampai rumah, ada satu couple and anak2 meninjau rumah sebelah aku.. Bila dah parking semua couple ni datang kat aku and cerita, diaorg owner rumah sebelah and orang sebelah rumah aku tu tak bayar sewa (family yang tinggal situ). Call tak angkat.. Dua bulan dah tak bayar.. Aku simpati jela.. and faham...

Aku pelikla, kalau ada masalah, bagitaula orang owner tu apa masalahnya.. Orang tu call angkatla.. Ni orang tu dah fikir nak pecahkan rumah.. Kesian.. Dah bagi masalah kat owner tu... Pada aku kalau dah bagitau tu maybe owner tu boleh faham.. Or boleh bagi masa...


Tapi yang aku pelik tu, and marah jugak.. Ukurla baju di badan sendiri.. Kalau tak cukup duit, janganla sewa rumah teres.. carila apartment or rumah kecik sikit ke.. Takdela susahkan orang tu.. Mcm video kawin jgk, tak mampu tak payahla.. Takde susahkan aku nak call banyak2 kali.. Hahahah.. Or kalau nak benda murah, carila kawan2 yg mahir itu ini, ada rumah sewa sana sini.. Senang nak deal..
________
Ohh maybe aku tak pernah mention, jiran sebelah rumah aku yang lagi satu.. kerja satu office dengan aku and kat office duduk sebelah aku..
________
Bertanya soalan pada orang yang betul, masa yang betul (eh ni tak sure) and dapat jawapan yang tepat adalah benda yang sangat best...

Terima kasih Hafezh, sebab ajar aku macamana nak cari highway KL - Putrajaya subuh tadi.. Smooth, sampai KL, polis jaga jalan and elok aku sampai dia bagi aku jalan.. So itu lagi indah.. Hehehe..

Anak orang kaya..



Ini muka anak orang kaya..
(Tak, aku tak menang lotteri, hutang pun ada jugak lagi.. tapi layanan budak ni dapat memang macam anak orang kaya heheheh)
____________
Akan akan bekerja di KL pada hari ini sampai rabu.. Kawan² kerja KL jom gi minum..

SMTSR 1997

Cikgu Malim jual nasi lemak, keropok lekor dan air sirap rasanya..

Cikgu : Pizli, awak tolong buang sampah rumah saya ni.. Nanti saya bagi nasi lemak, keropok lekor dan sirap sebagai upahnya..

Aku : Ok....

Masa aku angkut tong sampah tu... Kedengaran suara-suara mamat mamat dari atas...

"Woi Pencacai, pencacai woi... Tengok muka pencacai woiiii"

Dulu benda² mcm tu aku panggil lawak kasar.... Tapi takpe aku kenyang makan benda sedap..

pasti berjaya di...............

Macamana sekalipun aku cuba nak elak, aku nak ignore.. kutuk, taknak ambik tau ntah macamana mesti jugak aku akan terjebak sikit dengan AF ni.. tak kirala AF yang mana.. Season ni aku ada tengok diari sekali lama, and dua tiga kali masa stop² browse channel.. Aku tak tau sangat tapi aku taula nama²nya.. Yang aku tengok lama tu aku nampak mamat nama Aril ni.. Menggelabah gila. So itu yang buat aku stop terus tengok.. Tapi dalam tak tengok, masa ada konsert tengok jgk sikit².. Kalau malas nak tengok konsert, kononnya taknak tengok langsungla tetiba adala pulak iklan²... Afundi Mamat Menggelabah etc etc.. Nak taknak tau jgk sikit² pasal benda ni...

Tapi dulu masa Mawi, aku tengok betul² tau? Siapa vote lagi untuk Mawi tu, tengok sekarang dia dah kaya, takde pun nak bagi aku seringgit dua.. Padahal Bangi dengan Bukit Mahkota tu bukan jauh sangat pun... Aku bakar rumah dia baru tau...
_________________________
Kalau anda mempunyai anak lelaki kecil yang sedang meningkat usia, silalah jangan cuba memasang kipas yang manual pemasangannya tak lengkap, mcm lahanat, banyak pieces² yang pelik dan semasa sedang memasang tu wife anda tengah memasak... Dan jangan juga cuba untuk memasang pelekat di glow in the dark moon and stars selepas and berjaya memasang kipas tadi sebab akhirnya nnt anda akan mengamuk pada budak kecil itu tadi dan satu seksyen,/taman,/presint boleh dengar suara anda mengamuk...

(Ya Allah tolongla aku control hangin aku ni)
______________________
Sejak kenal dengan wife aku, aku belajar senyum dengan orang.. dengan stranger, dengan guard or cleaner.. Sebab dah lama, dah jadi habit aku tak perasan la.. Tapi dalam dua tiga bulan ni aku perasan, bila aku nak masuk kawasan uni ni, dekat guard house, semua pak guard tu senyum kat aku dulu.. Rasa macam seronok pulak..
________________
Normal ke aku sedih Pak Lah nak berhenti? Maybe aku sedih sebab dia terus mengaku kalah.. Takde nak buktikan and bagi rakyat happy balik, or maybe damage yang dia buat dah terlalu besar sampai resign tu itu the only option yang dia ada.. Good Luck Najib!

ye ye je...

Sembang dengan kawan² :

Mohammad:
isk la
jangan la jadik macma tuh
tapi pizli
ko kan insticnt power
ko tak rasa ke gnerasi kita nih akan jumpa kiamat?
aku terasa2 je

Nur:
hahahahhaa
bagus
ko mmg saikik
wei nnt laki aku sape?
hahahahhaha

Semalam aku ponteng and kelas takde.. Aku rasa betulla kut instinct, kuasa psikik aku masih kuat wahahaha....
Ada tak league of extraordinary gentlemen? Aku nak joinla... Eh tetiba rasa mcm salah seorang dalam HEROES..

Bestkan?

Bestkan kalau kita dah tak payah berangan itu ini lagi?

Bestkan kita dah boleh senyum je?

Sejuk and lega je rasa.. Walaupun sementara............

(Aku tengah bersabar.. Sebenarnya aku betul² nak meletup dah ni.. Tapi not worth it, biar Tuhan je yang buatkan untuk aku.. Sampai hati....)

politik dan penyokong...

Dulu masa ADUN nya orang Barisan Nasional, orang² cakap...

"Tak boleh harap punya wakil rakyat.. Semua benda tak buat, rasuah etc, jom kita sokong PAS.. aku adalah penyokong PAS"

Sekarang bila dah sokong PAS.. ADUN PAS tak buat kerja.. tak boleh harap.. Si penyokong ni cakap....

"Eh kau ni.. Jangan kacau wakil rakyat.. Sikit² nak mintak tolong YB, sikit² nak mintak tolong YB..."

And korang expect aku nak jadi kawan kau?? Expect aku nak mengundi?? Sampai matila aku tak mengundi sebab realiti parti itu ke parti ini ke semua sama.. Takde manfaat apa pun pada aku... Lambat lagila aku nak pergi daftar SPR tu... Not until jambatan sebelum merdeka dekat rumah aku tu and jalan Bangi Lama ke Semenyih tu ditukar and ditar elok² and jalan dekat rumah aku dijaga elok² and facilities etc dekat rumah aku diimprovekan! Kalau ada yang boleh buat kerja and benefit aku personally aku akan terus mengundi tak kisahla parti lambang burung gagak sekalipun...

As for mamat yang kecoh² tadi.. elok di campak ke dalam sungai and diratah buaya hidup².. sepatutnya cakap..

"Saya sebagai penyokong akan cuba mencadangkan kepada YB.. Insyallah saya akan usulkan"

Barula aku nak jadi kawan kau..

Apapun, aku berterima kasih kepada kerajaan Selangor sekarang sebab bagi air free RM6 sebulan.. tapi itu still tak mengubah hidup aku .. Kalau dia bayarkan cukai and indah water aku.. Aku la orang pertama di pusat mengundi and undi PKR or PAS.. Tapi kalau BN offer better option aku undila BN.. tengokla macamana..