Sekali setahun...

Sebagai orang² biasa yang tak kaya tak miskin semua benda nak kena plan.. Semua benda ada limitation.. Contoh, kalau nak makan dekat Manhattan Fish Market kena kira dalam setahun 3 kali.. Makan dekat TGI Fridays setahun sekali... Etc etc...

Mcm tu jugak kalau nak bercuti, setahun sekali, balik kampung dua bulan sekali.. Budget...

Kitaorg makan kinder bueno pun setahun sekali je, ke tiga tahun sekali sebab 3 peket promotion yang dalamnya ada dua dah RM10!! Kalau takde promo ntah berapa.. Taula sedap, tapi agak²la.. Tak baloi..
___________
Pasal kes budak mintak sedekah dengan mak dia semalam.. aku fikir.. mak dia baru kena buang kerja.. or dia nak cari kerja tapi gaji yang dioffer tak cukup.. gaji tak cukup nak beli susu anak, tak cukup nak upah orang jaga anak.. so buat sementara waktu dia mintak sedekah nak menampung belanja.. Harap²nya macam tu la.. Tapi kalau dia memang saje je gunakan anak dia nak raih simpati.. Pergi mampus terus lagi baik....

apa salah budak kecik tu??


Masa aku jalan ke kedai nasi kandar petang semalam, aku nampak ada orang mintak sedekah dekat LRT Sogo... Mintak sedekah ok lagi.. Ini dia bawak anak dia yang dalam umur setahun macam tu.. Yang buat aku tak tahan, masa tu dia tengah main dengan anak dia, and anak dia tersengih².. Main and sengih anak dia tu sebijik macam Liza main dengan Umar masa dia kecik and sengih budak tu sebijik mcm sengih Umar jugak...

Air mata aku dah bergenang dah.. Apala masalah sampai nak bawak budak tu mintak sedekah.. Apala dosa budak tu.. Duduk tengah panas.. Selalu aku tak bagi kat orang mintak sedekah sebab aku tengok dia sihat je.. Tapi semalam aku tak sanggup tengok.. Harap duit aku bagi sikit tu dikumpul dengan orang² lain bagi cukupla untuk rezeki seminggu.. Tak payahla buat benda tu hari²..

Mana aku nak report ha pasal kes-kes macam ni.. Semalam aku macam nak nasihat je orang tu, tapi siapala aku.. Kalau aku orang kaya memang aku bagi duit banyak lepas tu suruh dia balik je.. Mengingatkan balik zaman aku duduk Taman Tun dulu.. Ada orang ni datang rumah mintak sedekah, belum mak dia cakap anak dia dah tadah tangan depan muka aku.. Takkanla nak ajar budak kecik mintak sedekah....

Apa² pun harap²nya Tuhan takdela uji kita sampai macam tu.. Sehari suntuk aku menangis dalam hati...
__________________
Sila lah cari album Ne-Yo.. Dengarla lagu² dia untuk hiburan.. Best.. Try dengar lagu MAD.. Lepas tu korang pejam mata bayangkan aku nyanyi lagu tu untuk Luna Maya.. mesti korang terhibur.. Eh aku letak je la link youtube dia.. Pejam mata and bayangkan..




Aku pun takdela handsome sangat, buruk jugak.. Tapi kenapa suara aku tak sedap macam mamat buruk ni??

salah perkiraan dan kerusi rotan

Dulu aku plan further study lewat sikit untuk memudahkan Liza menjaga Umar... Bila dia dah besar sikit, kononnya.. Tapi aku silap sebab lagi besar dia, lagi banyak kerenah budak ni.. Aku cadang semester baru ni nak ambik 3 subject yang bermaksud 3 hari aku akan balik lewat..

Teringat hari Sabtu hari tu masa kitaorang kat Afamosa, dalam sejam dua lepas sampai Umar ni boleh cakap.. "Eh Ayah, jom jalan² dulula..." Sebab dia dah bosan.. Aku takut nnt dia tengok aku selalu takde dia akan cakap.. "Eh Mama jom cari ayah lainla.. Ayah asyik takde je..." Kan haru..
___________________

Semalam aku bernasib baik, dengan membantu tokey kedai perabot rotan menadjust sesikit blog dia.. Aku dapat kerusi rotan free yang bernama dutch chair.. Tokey kedai hantar ke rumah pulak tu.. Korang check outla website dia.. Kualiti bagus, cantik dan elok.. Terima kasih tokey..
_____________________
Semalam aku tengok berita, menteri ni nak galakkan orang beli Smart Tag and Touch N Go untuk mempercepatkan perjalanan.. Dia cakap waktu menunggu nak bayar tol lama sangat.. Smart Tag mak dia!! Nak beli punyala susah.. Nak suruh orang guna.. Asyik takde.. Nak restock ambik masa berbulan².. Jangan main cakap je kalau tak tau benda sebenar.. Beribu orang nak beli... Tapi bendanya takde.. Beli online baru ada.. Mcmla semua orang suka shopping online macam aku..

football sucks!!

Semalam ada tournament futsal antara staff kat sini.. Ceritanya :

1) Sampai² je aku menyesal sebab aku tak suka tournament sebab kalau kalah nnt sampai ke hari ni aku terfikir² mana silap.. Kitaorg seri 1-1, kalah 0-3 = out...


2) Aku : Ishhh besarnya orang tu, takut saya... (refer to lecturer Nigerian)
Himawari : Eh awak pun besar orang tu la...
Aku : Eh lupa pulak aku gemuk... (cakap dalam hati)

3) Aku dah cakap dah dulu yang aku kena stop main bola.. Tapi terlupa dengan janji sendiri.. Memang lepas ni malas nak main dah.. Buat kalahkan pasukan je...

4) Aku tak penat langsung semalam.. Berkat kayuh basikal secara intensif selama seminggu..

5) Aku tak suka tournament nnt orang boleh tengking² sesama kawan.. Aku tak suka.. Nampak macam main world cup padahalnya tidak.. Nanti aku lagi tertekan..
5) Kesimpulannya kalau korang nak excercise jangan main bola... have sex lagi bagus..

*Gambar dari camera phone Kakak Himawari (bukan nama sebenar).. Terima kasih..

bear dan kuda...

Kalau ada costume party ke dinner yang ada theme ke.. aku rasa aku nak pakai bear suit.. Mesti orang akan peluk² aku and for the first time dalam hidup aku dapat merasakan yang aku ni cute..
____________
Masa jadi kuda dan ditunggang Umar malam tadi, aku terfikir.. Kalau aku bela kuda and pergi office naik kuda mesti cool.. Sampai office park kuda aku dalam kebun kelapa sawit depan office ni.. Tak panas, rumput pun banyak..
___________________
Dua hari di Melaka aku sedar sebenarnya banyak kerja yang orang boleh buat dalam dunia ni untuk cari rezeki.. Malas tak malas je.. Jual air, jadi penari, jadi trainer binatang, jadi pemain api.. Jadi clown etc etc.. Nak dengan taknak je..
_______________________

Perempuan, Adab, Kayuhan dan Kesihatan..

Aku, not referring to wife aku, adik² aku or mak aku.. tapi aku rasa orang² perempuan ni will only remember things that they WANT to remember.. Betul tak?

Contoh kalau masa tu aku main bola tampar and awek aku ikut sekali.. 15 tahun kemudian aku still ingat masa tu aku baru cukur rambut, aku ada spiked bola kena muka lawan and team
aku menang.. Tapi perempuan ni akan ingat yang dia ikut aku tengok aku main bola tampar je... Itupun kalau ingat..

Ada jugak orang tak kira lelaki perempuan yang bertanya for the sake of bertanya untuk memulakan persembangan.. Hari ni tanya aku asal dari mana.. Esok tanya lagi.. "Eh kau asal mana ye?" Esoknya tanya lagi.. "Eh kau asal mana ye?" Itu buat aku hangin.. Kalau setakat tanya tapi tak ingat tak payahla tanya.. Sebab aku ingat yang Jihan asal Muar, wife Nassir asal Bangi, Kroll asal Kuala Pilah masa soalan pertama..
_________________
Balik semalam masa aku follow belakang kereta, tetiba orang depan ni buang puntung rokok, aku cool lagi.. (Zaman jahiliah dulu aku pun macam tu) Lepas tu dia buang plastik air dengan plastik kuih kut.. Bangsat.. Bila orang Malaysia ni nak civilised??? Nasib baik masa nak belok bagi signal..
___________________
Masa mengayuh semalam aku decide nak pusing satu Bukit Mahkota, lepas dah dekat seminggu pusing Seksyen 6 sahaja.. Tengah 1/4 perjalanan tetiba ada mamat naik Merida (jenama basikal idaman) road bike.. Lalu tepi aku, sambil tersenyum dia bagi salam.. Aku pulak dalam tercungap².. "Waaalaikumsallam..."

30 saat lepas tu dia dah 3 tiang depan aku.. Nampak la lepas tu dia pergi ke arah rumah banglo harga 600 ribu tu.. Menjawabla soalan kenapa orang muda tu mampu membeli Merida yang mahal tu...
_______________________
Biasa kalau orang kawin dia akan bgtau orang yang tak kawin tu bahawasanya kawin tu best.. Ni aku nak paste benefits of cycling.. Sebab aku baru start mengayuh.. Jangan cakap aku poyo sebab benda ni macam menguatkan semangat.. Aku boldkan mana aku suka..

Heath Benefits
  • Cycling minimizes the risk of coronary heart disease. Essentially an aerobic exercise, it gives your heart, blood vessels and lungs a workout, thereby reducing the risk of heart problems.
  • A few miles of cycling per day assure trimmer and toned muscles. This is because your upper thigh muscles, backside and calf muscles all get to workout.
  • Pursuing cycling helps a great deal in building your stamina. It enables you to carry out your day-to-day activities more effectively.
  • For people, who are on the heavier side, cycling can prove to be beneficial. It manages weight and helps in getting rid of increased waistline and bulging fat.
  • The pleasure and satisfaction attained while riding a bicycle alleviates all the stress, anxiety and depression of a person.
  • This might come to you as a surprise, but cycling ensures a control in the level of blood pressure.
  • Cycling enhances the overall fitness level of a person. It makes you breathe deeper and perspire more, thereby leading to a feeling of enhanced body temperature.
  • Cycling has found to be effective for treating people diagnosed with diabetes and cancer.
Other Benefits
  • A complete leisure activity, cycling gives you the opportunity to spend time with friends.
  • A chance to meet new people and discover new places cannot be ruled out as well.(mana tau lepas ni kawan dengan anak orang kaya semalam dia belanja aku basikal sebijik..)
  • Cycling is a complete environmental friendly activity. Unlike other means of transport, it lets out no harmful chemicals in the air.
  • Cycling can prove to be the best mode to move around your local area without any difficulty.
________________
Kenapa aku dah rasa tak bersalah kalau aku nak marah orang office aku ni?? And kenapa aku mimpi pergi interview sambil tunjuk portfolio malam tadi??

samseng jalanan?

Gelaran mat rempit ditukar jadi samseng jalanan.. Wah lagi best nama tu.. Aku sure mat rempit akan suka.. Lagi gah.. lagi power.. Kalau nak tukar pun tukar la nama² yang memalukan atau menakutkan... Buat billboard besar letak gambar mat rempit eh samseng jalanan in action tulis :

a) Babi jalanan..
b) Confirm ahli neraka jahanam jalanan..
c) Sundal jalanan...
d) Anjing jalanan..
e) Kalau mati tanah tak terima jalanan...

Hah korang tambah la lagi.. Kalau lepas ni orang cakap..

1) "Eh babi jalananla.."
2) "Woi tengok tu babi jalanan bawak laju"
3) "Kau ni apa nak jadi Salim?? Asyik nak jadi babi jalanan je..."
4) Sebelum berlumba orang akan bersorak.. "Babi, babi, babi.. go go go... babi, babi, babi, go go go"

Sure samseng² ni rasa tak sedap..

Masalahnya kat sini, tukar nama bukannya boleh ubah sikap.. Macam rokok, letakla gambar apa sekalipun.. orang still merokok..

Balik pada mat rempit tadi, aku kesian jugak orang yang naik motor tanpa merempit pun kadang² digelar rempit.. Macam aku dulu guna RX-Z tapi aku tak pernah berlumba, motor standard.. Ada jugak brader² motor besar yang pergi berkonvoi elok², bawak laju tapi berhemah digelar mat rempit jugak.. Kesian jugak mcm ni...

B


Isnin hari tu exam PHP.. Belum apa² aku dah hilang 20 markah.. Aku tau soalan tu akan masuk, aku tengok notanya tapi memang aku tak faham apa.. Tak tau nak tanya siapa.. Tengok code apa ke jadahnya... Kalau dapat B pun aku dah cukup bersyukur...
_______________
Bila suami dan isteri bekerja dan di hujung minggu banyak aktiviti biasanya rumah tak kemas.. Or kalau kemas pun sekejap je kemasnya sebab nnt ada budak kecik yang sepahkan... Bila aku ajak orang datang, aku sure cakap.. "Nanti sehari belum datang tu call la, boleh masak sedap² sikit".. Padahal nak kemas rumah...

Bila semalam Bib datang rumah secara mengejut aku rasa malu gila.. Bila aku cakap sorryla rumah bersepah and dia jawab.. "Ala rumah kita pun macam ni jugak" - Aku harap dia betul² maksudkan.. Hahahah...
__________
Aku jumpa kedai nasi kandar yang terbaru.. Betul² depan Sogo.. Nama dia Sithique Nasi Kandar Pulau Pinang.. Kalau korang nak rasa nasi kandar sebenar, sila la ambik lauk ayam mcm rendang dia.. Aku tak tau nama masakan dia.. Makanla dengan telur dadar dan bendi 3 ketul lepas tu minum air sirap... Perghhhhhhhhhhh....... Sukala wife aku, sebab lepas ni maybe aku akan selalu ke sana..

Ni kedai dia bebetul depan SOGO!!

Ini adalah pilihan lauk pauk yang paling perfect.. Menjilat jari dan pinggan.. Jangan ambik ayam goreng sebab liat wife aku kata..

Kalau tak kurus jugak lepas ni, aku nak pergi sedut lemak..

Semuanya bermula sebelum anak aku lahir lagi.. Aku menjenguk kedai² basikal di Semenyih.. Tapi semangat tu menurun untuk membeli basikal..

Tiga tahun lepas tu, budak office aku, kawan² IMU, kawan aku yang kat Penang (kawan sekolah rendah yang jumpa kat facebook) start naik basikal.. Minat tu datang balik.. Sembang², aku kenalla dengan brand basikal yang elok.. Accesorries basikal la sebenarnya.. SRAM, Shimanao.. Setakat tau tu hati aku berat lagi nak beli basikal ni...

Tapi last week masa aku tengok rancangan 360 kat TV3, aku baru sedar aku kena jaga kesihatan aku... Dia cerita pasal orang² yang nak dapatkan khidmat hospital kerajaan kena tunggu sampai 5 6 jam.. Mengingatkan hidup aku yang memang tak sihat ni, aku pun gagahkan diri pergi ke kedai basikal.. Aku perlu hidup sihat.. Macam zaman 10 tahun dulu.. Aktif dan badan ringan..

Kawan aku kat Penang cakap harga basikal ni dalam RM2400, online pun cakap 2 ribu lebih.. Tapi aku takdela mampu nak beli harga 2ribu lebih.. Nasib aku baik, diaorang cakap jenis basikal ni harga dia tengah promosi ke apa, so aku dapat murah.. Beli helmet, pump, lampu dan barang² lain still boleh consider murah...

So Sabtu lepas aku start.. Hah nak pengsan.. Gear dia pun aku tak reti lagi.. Baru semalam aku sedar macamana nak guna gear dia.. So sekarang aku macam tak sabar nak tunggu petang.. Nak try naik bukit yang aku terpaksa sorong masa nak naik hari Ahad hari tu... Harap²nya betulla cara aku guna gear tu... Start Isnin next week aku nak stop hisap rokok in preparation untuk buat kerja paling gila.. Aku nak masuk Nilai terus ke Pajam, lepas tu masuk LEKAS pergi Semenyih, jalan Bangi Lama and balik rumah.. Harapnya aku tak pengsan.. Kalau aku pengsan pun takpe kut sebab aku dah bagitau Liza route aku.. So agak² tak larat aku call je dia pickup aku.. Harap²nya laratla.. Kalau aku tak larat pun apa ada hal.. Aku bukan hutang sesapa pun.. Aku sorong ke aku tahan lori mintak tolong ke bukan aku menyusahkan orang pun...

Target dalam setahun ni aku nak berat 70kg.. Dalam 10kg kena hilang.. Kalau aku usaha macam ni tak kurus² jugak.. Aku bakar basikal and pergi sedut lemak..

Assuming....

Kita selalu assume permintaan yang kita mintak pada orang lain itu ok, padahal kita tak tau sebenarnya orang tu ok ke tidak.. Maybe sebab orang tu kawan, family member, kita fikir apa yang kita mintak tu takde masalah...

Masa kita mintak tu pun caranya macam mesti dapat punya.. Contoh :

1) Aku mintak Hafezh ajar Umar main basketball bila dah besar nanti sebab Hafezh bekas pemain kebangsaan.. Aku assume dia akan jawab ok.. and problem aku settle.. And maybe aku assume dia jawab ok sebab aku kawan dia.. Tapi aku tak tau dalam hati dia yang akan cakap aku ni akan menyusahkan dia..
2) Aku mintak Jihan bawak aku pergi kedai basikal dekat rumah dia.. Aku assume semuanya ok sebab aku kawan dia...


Dua ni contoh je la.. Apa² pun kita kena fikir susah orang² yang kita mintak tu.. Walaupun kawan, family member kita tak tau hati orang.. Kita tak tau masalah orang, hal orang.. Jangan senang² nak assume semua benda yang kita mintak dari kawan tu adalah ok dan akan dapat.. Contoh lagi - Katakan kononnya hari ni aku takde duit, aku assume bila aku mintak Amir belanja dia sure belanja, and dalam serba salah Amir belanja aku padahal duit yang dia belanja tu adalah duit last untuk minggu ni.. Kita sesuka assume and kawan² terpaksa, sebab nak jaga hati kawan..

(hebat betul kuasa Tuhan.. macamanala orang secantik ni boleh wujud)

Aku assume kalau aku mengorat Luna Maya tu mesti aku kena ludah, tapi aku tak tau sebenarnya aku boleh dapat dia.. Dia pun nak kat aku and tak kisah aku dah kahwin.. Aku assume kalau aku nak kawin dengan Luna Maya, Liza akan mengamuk, tapi aku tak tau sebenarnya Liza akan approve dengan tersenyum penuh kejujuran sambil menandatangan surat pelepasan kawin lagi satu.. Manala tau..

HOYA transition lense dengan Smart Tag Online Review (Dalam Bahasa Melayu)

Hari² yang panas diwaktu nak pergi kerja membuatkan aku tak sabar nak dapat spec transition ni.. Kebetulan pulak aku pergi kerja menghadap matahari naik jalannya.. Yang ironinya.. semalam aku start pakai, cuaca agak mendung dah hujan pulak...

Apa² pun dari pengalaman tengahari semalam, lense ni akan berubah dalam masa, eh aku tak tau berapa lama, sebab aku tak sedar.. Tapi mata rasa ok je.. Dia takdela gelap mcm spec mata hitam.. Tapi gelap yang just nice. Mata macam terjaga and takdela sampai nak halang silau dengan tangan...

Aku bagila 10/10 kut, sebab mcm semuanya ok je.. Aku pun suka je sebab pemandangan aku dah jelas compare dengan spec aku yang dah bercalar balar dan frame yang dah longgar tu..
_______
As for membeli Smart Tag and Touch N Go online pulak, aku bagi 10/10 jugak.. Aku beli hari Ahad, tapi sebab cuti aku rasa dia process hari Isnin.. Dapat semalam.. Kira okla.. Dia hantar guna post laju, lepas tu ada surat rasmi cakap benda² yang kita dapat, smart tag, touch n go card and warranty card, resit bagai.. Battery semua dah included.. Ni smart tag yang boleh check balance tu..

Kesimpulannya, sesiapa yang dah penat pergi dekat customer service PLUS yang memanjang cakap dah habis, takde stock dari utara sampai selatan, belilah secara online.. Ada link kat kanan blog aku ni.. Selamat.. Tak penat, benda sampai rumah..

tontonilah drama Melayu...

Aku rasa satu masa tu ada set kawan aku ni dah taknak tengok cerita Melayu, taknak dengar lagu Melayu.. Aku pun sama.. Kononnya ntah apa² and geli...

Tapi.... Dalam dua bulan ni aku menengok drama di tv3 tajuknya Cinta Untuk Ain.. Aku rasa drama and filem Melayu dah improvela.. Kalau filem, filem Mamat Khalid aku suka.. banyak jugak yang lain aku suka.. Drama aku baru start tengok cerita ni.. Bestla jugak.. Walaupun ayat² dia mcm cakap.. "saya sayang awak" etc.. Tapi aku rasa mcm real.. Bukan geli mcm dulu²... So sokongla cerita Melayu.. Ke Que Haidar dgn Nabila tu memang hebat? Lagu Melayu pun best² sekarang ni..

sabar

menengok anak aku yang tak sabar mengingatkan aku pada diri aku sendiri.. Dalam hati aku memang nekad nak berubah.. Kira kalau nak apa² aku lebihkan sabar..

Process mencari basikal yang best dan harga yang berpatutan mengambil masa yang agak lama pada aku.. Adala dalam sebulan lebih.. Kalau dulu, aku rasa nak something, aku terus rembat je tak fikir baik buruk..

Sekarang ni aku kaji itu ini, kira budget betul².. Tengok sana tengok sini, hah akhirnya jumpa yang sesuai, hebat dan murah.. Tapi takdela aku beli lagi.. It just that aku impress dengan diri aku sendiri sekarang ni... Harapnya berkekalan dan anak aku pun akan sabar jugak lepas ni hahahah..
_________
Aku rasa aku expect dari anak aku melampau sangat.. Kadang² aku pukul, ke selalu? Tapi sekarang aku dah kurangkan memukul ni.. Sebab? Masa aku angkat tangan aku nampak muka anak aku takut.. Jatuh jantung aku tengok muka dia.. Kesian pulak.. Aku taknak anak aku takut dengan aku.. Cubit² je la lepas ni.. Taknak pukul² dah.. Tak bestla nnt siapa nak main pool dengan aku, nak main pingpong dengan aku.. Cepatla besar Umar....... Ayah tak sabar dah ni...

elearning...

Sekarang saya buat podcasts..

Tadi boss suruh join kakak nombor satu buat WebCT, nnt orang UK datang boleh pergi training WebCT, belajar Second Life, belajar Xerte...

Satu langkah yang paling besar sekali untuk menguasai elearning... Selamat tinggal video.. Ada duit, habis degree nak buat master Instructional Design. Ya Allah, mudahkanla.. Mudahkanla.. Amin..........

nak pitam

Dulu pernah sembang dengan kawan aku.. Nama dia Atan :

Atan : Awek aku call malam tadi, dia cakap love bite yang aku buat kat breast dia dah nak hilang.. Nak lagi la tu...
Aku : ????

Masa tu aku Tingkatan 3! And budak perempuan tu aku rasa muda lagi dari Atan..
_____________
Semalam join bebudak staff sini main futsal.. Kali pertama dalam masa 6 bulan aku nak bersenam.. Dalam 10 minit main aku dah tak larat - aku duduk kat luar.. kalau aku tak fokus, aku mesti pitam dan pengsan.. Nasib baik aku fokus...
_____________
Terima kasih Ya Allah.. Aku bersyukur sangat dalam keadaan panas terik macam sekarang aku kerja dalam aircond..

Ayat² Cinta

Kalau cerita pasal movie, aku adalah manusia yang paling last sekali tengok movie.. Cerita dua tiga tahun lepas baru hari ni nak tengok.. Last week aku copy DVD original jiran aku.. Cerita ayat² cinta.. Kalau aku tengok cerita ni 12 tahun dulu.. aku mesti malas nak terjebak dengan orang² jahat.. mesti aku apply nak masuk sekolah agama.. and mesti aku beranggapan gangster² di sekolah yang aktif bersukan dan pelajaran tidakla secool mana dengan budak² baik yang jaga surau.. Ataupun sekurang²nya tahap cool nya sama.. Maybe sekolah aku semua lelaki so tak boleh nak justify perempuan/orang suka gangster or ustaz.. ok lupakan semua tu.. Kesimpulannya aku memang jiwang, aku memang suka love stories.. FINAL!

"Aku rasa.. Mesir dan Sungai Nil, itu jodoh..." - Maria

Manusia apa yang boleh fikir nak buat novel mcm ni? Nak buat movie macam ni.. Dalam badan aku ni, aku ada nak buat satu last short movie.. Tapi takde masa nak fikir cerita² yang best.. Cerita yang orang boleh cakap wow, mcmana dapat idea ni?? Takpela maybe lain kali.. Kalau aku dapat anak lelaki lepas ni aku nak namakan dia Muhammad Fahri... And hantar dia belajat kat Al-Azhar..

_________________Sabtu hari tu aku mencari nak beli Smart Tag, mcm lahanat, sebesar² tol Jalan Duta takde jual, Sungai Besi takde jual.. Nilai takde jual.. Suruh orang guna Smart Tag tapi takde jual.. Marah betul aku.. Nasib baik sekarang boleh beli online.. Senang sikit kerja.. Korang cari CIMB Baazar.. Boleh bayar guna bank apa jugak pun as long as korang ada online account.. Semalam aku dah beli tapi tak taula bila dapatnya...
________________
Umar : Ayah nak tengok Upin Ipin...
Aku : Nak tengok kat mana? Kat rumah nenek adala.. (hari tu tengok dalam laptop adik ipar aku)
Umar : Tengok kat sana.. (Bilik komputer, dia ingat aku dah transfer file dalam tu)
Aku : Esokla ye.. esok...
Umar : Please ayahhhh.. Please....
Aku : Hahahahahah hahahahaha.. (Aku ketawa sebab aku dah diperangkap dengan diri sendiri.. PLEASE tu macam magic word yang dia boleh dapat apa yang dia nak.. Aku jugak yang ajar...)
Umar : Please.. please...
Aku : Esok ye esok...

Hobi dan Cita²

Seingat aku, masa kecik² dulu aku banyak hobi, aktiviti yang aku buat.. Tapi aku langsung takde cita².. Dulu aku fit, kurus, hebat dan hidup aku pun seronok rasanya..

Sekarang bila aku dah tua, aku dah ada cita² tapi aku langsung takde hobi.. Aku mengejar satu benda tu je.. Takde aktiviti².. Takdela hidup aku tak happy.. Happy la jugak sebab aku ada wife and anak.. Tapi itu la.. Lepas makan, tengok tv, aktiviti aku yang mengeluarkan peluh hanyalah masa pergi kelas.. Berjalan dari LRT ke kelas.. Kalau kat rumah mencabut rumput dan membasuh kereta kadang².. Tak fun langsung..

Bila mengingatkan balik memang aku dulu adventorous.. Maybe dulu aku ada ramai kawan.. Dahla ramai kawan ada set set kawan pulak tu.. Kalau yang set ini main ni, set itu main tu, set lagi satu hisap dadah bersama².. Disukai jugakla kut aku dulu..

Aku baca lawak kat readers digest semalam, wife dia suruh dia cari hobby dari duduk kat rumah je.. Fikir² balik aku nak beli jugakla basikal... Mana tau life aku akan fun lagi + ada cita².. Tapi sekarang aku takde kawanla.. Sendiri² je.. Maybe aku akan email kawasan kejiranan aku mana tau boleh jumpa kawan² yang minat nak main basikal.. Tapi basikal yang sesuai agak mahal... Aku taknakla beli hari ni esok nak beli barang² lain nak upgrade itu ini.. Elok beli sekali.. Lambat or cepat tak kisah sebab semua benda boleh tunggu.. Basikal boleh tunggu (sampai duit aku cukup.. tak kisahla dua tahun lagi pun), harapnya lengkap la hidup aku.. Nak menunggu Umar besar mcm lambat sangatla pulak.. Aku nak beli meja pingpong dgn meja pool.. Boleh main berdua dengan dia.. Sure berpeluh gila².. Tapi tu aktiviti 10 tahun lagi..


Aku nak beli yang ni rasanya..

Malam tadi sembang dengan jiran aku, dia cakap clubhouse dah siap, bolehla nak jogging², bersenam.. Dia cakap hari tu dia dah bawak seluar track turun, tapi dia tertidur.. Dia tambah lagi.. Itu yang paling close dia pernah sampai utk bersenam.. Maybe aku boleh mempengaruhi dia untuk join aku nnt.. Nanti tu bila aku tak sure, sebab semua benda boleh tunggu.. Mati je yang tak boleh tunggu...²

Bukan Cerita Pasal Anak Aku...

Budak² memang comel.. Akal diaorg belum panjang lagi, so kadang² kalau benda bukan² yang dia buat, kita tak boleh nak marah or expect lebih².. Kena faham jugakla.. Kadang² cakap apa pun diaorang tak fikir logik etc..

Tapi kalau kau tengah sorong motor korang yang rosak tengah panas dalam 1km ke bengkel.. Tengah berpeluh dan penat sebab cuaca 40celcius.. Tetiba ada sekumpulan budak kecik tengok korang and lepas tu cakap macam ni :

'Hahahahahah, motor je besar tapi tak boleh jalan.. Hahaha, motor tak boleh jalan...."

Aku rasa nak campak je motor aku dengan lempang je budak kecik tu..
_________________
Bila aku dengar pasal budak bujang ada affair dengan wife orang, aku senyum dalam hati and terasa nak kenal mamat tu personally, or dapat email address dia pun jadila.. Sebab? Sebab aku nak forward video clip, "Ooo Hang bela dia???"

Sure lepas ni kalau ada 1000 bini orang nak kat dia pun dia tolak mentah². Takut - sambil hanya berpakaian towel ada kaki mamat² hinggap kat muka, kepala, lepas tu tak boleh melawan..
______________
Reality show, politik, football match semuanya mainkan emosi, perasaan.. So aku dalam process nak buang benda² ni dalam hidup aku.. Reality show Alhamdulillah.. Tahun ni aku dah buang AF dan sebagainya.. Takdela aku nak menyokong or membenci sesiapa. Terima kasih Aril sebab kau yang menggelabah nak mati aku terus meluat nak tengok.. Aku rasa lepas ni kalau aku nak tengok pun apa reality show, aku tengok je la Finalnya..

As for politik, semalam aku tak ikut pun apa jadi kat Perak... So aku dah tak sakit hati.. Aku tak peduli and aku takde perasaan... Elok aku buang terus taknak ambik tau apa²..

Hati senang, kepala tak berat fikir..

And last, bola... Aku kesian menengok team Chelsea semalam sampai sekarang aku rasa kesian lagi.. Sebab aku tau diaorg tiap² tahun sampai semi or mcm last year sampai final.. Tapi tak menang jugak.. Kesian gila.. Tak sanggup dah aku nak tengok drama bola ni.. Itu team lain.. Kalau team aku??? Mau seminggu sakit hati, belum lagi orang bakar² kat office lagi.. Kang bertumbuk pulak...

Habis season ni nak unsubscribe sport channel.. Mesti beban yang tak perlu dalam hidup aku ni dah hilang bila aku eliminate at least 3 benda² ni.. Yang sepatutnya aku tak payah ambik tau, tak payah ikut tapi aku gatal nak ikut in the first place..
________________
Aku lalu jalan² kat Bangi tu banyak takde lampu malam².. Gulap gulite.. Dah lama dah.. And aku tau ADUN situ duduk Bangi.. Negara Islam kalau kebajikan rakyat terbiar tak guna jugak.. Suruhla TNB tu repair ke apa ke.. Ha kan aku dah marah.. Again, sebab aku tau orang tu duduk mana, kalau aku tak tau takdela aku sakit hati sangat.. And bagi kurma di bulan puasa kat pasar malam belum cukup untuk merumuskan kebaikan seseorang selama 5 tahun... So jangan tidur.. Buat peduli sikit.. Kalau mata tak nampak, kat Bangi sahaja ada berpuluh kedai buat cermin mata..

Kesiannya Chelsea FC

Aku sangat kesian menengok Chelsea malam tadi.. Aku start tengok Champions League secara aktif dari tahun 2004 rasanya.. So aku ingatla game² yang Chelsea kalah sebab takde luck etc.. Macam malam tadi sebab referee yang bongok.. Aku dengar ada 4 penalti yang dia tak bagi, mungkinla kut.. Tapi ada satu yang pada aku bebetul penalti dia tak bagi.. Bola tu kena tangan Pique tu gila²..

Kalau aku jadi player² tua Chelsea tu, aku sepak je kepala referee tu.. Tak kisahla kena banned seumur hidup pun, sebab dah kaya raya..
____________
Semalam masa beli breakfast, aku terdengar pakcik ni marah orang kedai tu sebab air teh dia tak panas.. Mengada betul.. Aku ingat masa aku kerja kedai mamak dulu.. Kalau ada kes macam ni kawan aku akan rendam gelas tu dulu dalam air panas, lepas tu buat air yang tengah menggelegak.. Bagi.. Biar pegang gelas tu pun dah melecur.. Aku bukanla jenis orang yang suka complain sngt depan².. Kalau tak sedap or tak sesuai tak payah datang lagi.. Kalau aku complain or marah orang kedai tu takut jatuh air muka dia..
____________
Aku dua tiga tahun ni tengok game yang penting² je. tapi since Umar dah tidur sendiri ni, aku biasa terjaga pukul 3.30a.m mcm tu untuk check out dia.. Naluri bapa la kut ni hahaha.. Pukul 3 tadi elok je la rupanya... Tapi pukul 7 dah jadi macam ni..

Mesti mimpi panjat gunung ni.. Macam memanjat je gayanya..

MANU? MAN U?

MANU adalah nama manja Emmanuel Adebayor.. Dia dikatakan akan menjadi kunci kejayaan Arsenal malam tadi.. MAN U adalah nama singkatan untuk Manchester United, dan diaorg menang 3-1 malam tadi! Gol pertama Park Ji Sung score.. Aku kalau jumpa mamat ni memang aku peluk...

Gol ketiga kalau orang putih cakap masterclass.. Hebat gila.. Ronaldo, Park, Rooney, Ronaldo.. Nampak tak nama Park sekali dengan nama Rooney dan Ronaldo.. Aku bangga orang Asia macam tu.. Aku bangga Rooney peluk dia masa gol ketiga tu sebab diaorg tau.. Gerakan diaorg tu la sebenarnya yang penting.. Gol tu kalau aku duduk depan tu aku score jugak.. Tak payah Ronaldo pun takpe...

Theo Wallcot.. Berusahala lagi.. Eh Arsenal kalau ada Arshavin lain sikit.. so maybe next year diaorg boleh balas dendam..
__________________
Pada aku kita boleh je nak jadi footballer yang bagus, ataupun pemain gitar yang bagus.. Cumanya di Malaysia ni parents² menggalakkan anak² belajar matematik dulu.. Cuba kalau bangun pagi main bola, rehat 15 minit lepas tu main bola.. Start masa umur 7 tahun.. Aku gerentila by umur 15 tahun dah main league luar dah orang Malaysia ni..

Macam apa yang Hafezh baru cakap tadi, kitaorg ni takde orang nak bagi peluang masa muda dulu.. Kalau ada, sekarang dia ganti tempat Carrick, aku ganti tempat Park.
______________
Mood aku sedikit marah pagi ni sebenarnya.. Aku dengar radio Era pagi tadi sebab nak check out Din Beramboi tu.. Lawak jugakla mamat tu..

Tapi yang aku pantang.. Bila orang buat ayat² macam ni.. "Kalau kat kampung tu lainla, tak boleh buat......"
"Kepada orang kampung yang tak tau tu ni saya nak ajar............"

Bangsat! Korang ingat orang kampung ni kodi sangat ke?? Hebat sangatla korang tu orang bandar??? Hah?? Hah???

Pantang betul aku orang nak merendah²kan orang kampung... Ni buat aku jadi malas nak dengar radio melayu balik ni.. Mesti ada orang nak call²...

sayang.....

Semalam aku basuh motor aku yang dah lama terbiar tu.. Entah kenapa aku rasa macam sayang gila.. Sedih sangat aku semalam.. rasa sayang gila nak jual.. Maybe sebab banyak kenangan kut, zaman muda² dulu...

Sayang mcmana pun aku kena jual jugak sebab memang aku tak guna langsung.. Dah dua tahun terbiar.. Selamat tinggal RX-Z..

Hmmm..

Bila balik dari kampung mesti ada perasaan home sick...
___________
Aku dah decide taknak beli basikal.. Baik aku cantikkan rumah..
_________
Khamis malam Jumaat, aku pergi buat spec baru.. Sebab spec aku skrg lense dia dah bercalar balar dan yang paling utama dia tak boleh kawal cahaya.. And power jugak sudah bertambah rupa²nya... Aku berkenan sangat dengan transition lense.. Aku tanya² dia harga dia lagi mahal dari frame haha.. Dia cakap jenama Hoya.. Agaknya kalau jenama lain tu ntah berapala harganya..

Tak siap lagi specnya. Tak sabar tunggu... Mcmana transitionnya.. jangan pening sudah..
_____________
Aku dah lama nak jual motor aku tapi aku dah hilang surat habis bayar.. Nak ambiknya kat Hulu Yam Lama.. Jumaat hari tu aku gagahkan jugak pergi sana.. (10 tahun dulu aku tinggal dengan pakcik aku)..

Tuhan je tau apa perasaan aku bila nampak kedai Soon Huat Motor tu.. Nasib baik wujud lagi.. kalau tak kena jual kat besi buruk la motor aku... and bukak pulak dihari pekerja.. Lepas ni bolehla aku jual motor tu daripada terbiar.. kena service dulu.. Tapi takut jugak bila dah elok balik motor tu aku nak bawak motor balik.. entahla..
_________
Nampaknya bulan May adalah bulan paling busy untuk aku..