Pokok Idaman Kawan²..

Sila abaikan muka pakcik di atas, tengok pokok itu sahaja..

Korang tau tak, kalau korang dapat bela pokok ni dalam 10 pokok, and daun dia banyak sepanjang kehidupan korang dan kehidupan pokok ni sendiri, korang boleh hidup kaya raya dan happy?

(Selagi polis tak tau and korang tak kisah makan duit haram)
_____________
Korang perasan tak kat semua stesen Petronas skrg ada cardboard keras gambar Transformers?? Siapa boleh ambikan Bumblebee untuk aku dan hantar ke rumah aku, aku bagi upah RM100.. <--- Sesuai untuk penagih dadah yang memerlukan duit.. atau sesiapa yang nak duit lebih..

belajar bahasa inggeris masa umur 4 tahun.

Dalam bahasa Melayu - As di sebut - AS
Dalam English - As di sebut - ES

Masa kecik² budak lelaki dan perempuan tak kisah bercampur, berkawan², main sesama.. Dari umur 3 tahun sampaila dah sekolah.. Macam tu jugak aku.. Bila masuk sekolah menengah dah tak kawan dah. Jadi segan²... Kitaorang kat kampung nun takde terdedah dengan bahasa Inggeris sangat.. Macam arwah pakcik Kamaruddin cakap.. "Awok faham yes, no, thank you, allright je..." Bukan macam orang pekan ni.. Nampak hujan je terus nyanyi lagu "Rain² go away come again another day".. Padahal aku baru seronok nak tidur hari hujan..

Aku ingat perbualan aku dengan kakak selang sebuah rumah aku ni.. Nama dia Asmah.. Aku kecik lagi masa tu and aku panggil dia Kak Mah.

Aku : Kenapa Kak Mah taknak orang panggil As, Kak As, kan lagi sedap...
Kak Mah : Taknakla...
Aku : Kenapa pulak..
Kak Mah : Sebab As maksudnya punggung dalam Bahasa Inggeris...

Sampai sekarang aku ingat..
__________________
Disebabkan tak terdedah sangat, memang English aku teruk.. Kalau tak teruk pun aku tak confident.. Tulis blog pun tak berani in English, sebab bila aku baca blog orang lain yang tulis dalam English and English dia tunggang langgang aku rasa mcm ralat.. Tunggula aku belajar kat British Council nanti.. Eh ye ke British Council? Hahaha.. Aku nak belajar dari basic sebasic²nya.. Sebab aku tak confident, aku tak banyak bercakap, aku nampak bodoh.. Orang yang pandai cakap nampak pandai.. Seriously..

Pembedahan Kecil

Sabtu lepas pergi Klinik untuk buang bisul Umar.. Doktor tu cakap dia boleh bagi surat pergi hospital, kira pengsankan Umar untuk bagi budak tu tak sakit and elakkan trauma.. Apa yang aku fikir aku takde masa.. Company aku tak cover anak, company wife aku tak tau, kena buat surat dan macam² nak tunggu berapa lama baru boleh tau.. So aku decide doktor tu je la buatkan.. Aku tau sakit, tapi aku ni masa kecik dulu lagi banyak sakit.. Bersunat pun atas batang pisang.. Elok je aku dah besar ni..

Aku tau semua orang kat klinik tu cakap aku takde hati perut.. tak kesiankan anak.. aku tau doktor tu pun cakap dalam hati.. satu Bangi boleh dengar anak aku meraung.. Tapi Alhamdulillah, 5 minit lepas tu dia dah tak nangis dah.. Sebagai upah pembedahan kecil aku belikan Bumblebee kecik kat Petronas, tanpa membeli minyak.. "Encik ada isi minyak tak?" - "Semalam saya dah isi" aku jawab.. Dapat..
_______
Aku rasa relationship aku dengan Umar sekarang lebih kepada adik dengan abang bukan ayah dengan anak.. Berebut nak main toys.. Berebut nak itu ini.. Takpe as long as dia tak pijak kepala aku and kitaorang happy..
_________
Sabtu tu ada sukan sekolah dekat stadium Bangi tu.. Adala bebudak lari semua...

Aku : Umar nak lari² macam abang dengan kakak semalam tak?
Umar : Taknak...
Aku : Nak main ball dekat padang macam semalam tak?
Umar : Taknak...
Aku : Ha kenapa pulak??
Umar : Panas....
Aku : Habis tu nak main kat mana??
Umar : Main kat rumah saje....

Aku terpaksa lupakan la niat anak aku nak main Man U.. Panas pun tak sanggup...
______________
Masa main bola kat rumah...

Umar : "Ayah jadi Torress, Umar jadi Ronaldo, mama jadi Fabregas.." sambil menyepak bola..

Nizam dan sukan MSSD Batang Padang..

Aku ingat hari tu sukan sekolah² peringkat daerah buat kat sekolah aku.. Aku injured, tak dapat wakil sekolah, groin rasanya..

Memandangkan isteri aku membaca blog ini jugak, mulai sekarang korang bayangkan aku hanya duduk di dalam bilik dan buat tak tau dengan majlis sukan sekolah ini.. Korang juga boleh membayangkan aku duduk di surau or balik kampung.. Sukahati..

Sekolah aku semua lelaki, dan bila ada acara sebesar ini mestilah perempuan akan datang.. Yang mana ada awek, ajak awek datang, dating bawah pokok, atas bangku.. tetiba sekolah tu macam masing² mak bapak dia yang punya.. Tetiba semua rasa ada lesen nak buat apa saja...

Pada yang takde awek, semua pakai smart².. Semua jadi "Mat Pap", kepada yang nak tau apa itu "Mat Pap" sila email aku.. Semua jadi gila.. ada yang muka ganas sekali pun tetiba jadi jiwang.. Satu sekolah boleh nampak semua bebudak bergerak secara berkumpulan or sendirian.. And aku masih di bilik atau di surau atau dah balik kampung, mengikut imaginasi korang tadi...

Berbalik pada si Nizam.. dia team aku untuk 4x100m, ada dua team kitaorang.. Memandangkan semua ahli olahraga sekolah kitaorang kebetulan semuanya handsome, betul!! Yang mamat indian tu pun dianggap sangat handsome oleh golongan dia.. Dia lagi senang, minachi² semua yang tackle dia.. Aku rasa zaman ni mesti orang ramai cakap team kitaorang, 8 orang sekali ni.. "Dahla lari laju, badan fit, tegap.. handsome pulak semuanya tu.. tak adil betul dunia ni" - macam orang² biasa cakap.. Ok² balik pada Nizam... Dia main hari tu.... Aku tak sure, dia saje tak ajak awek dia, or awek² dia hari tu.. or mungkin dia dah break or mungkin dia taknak kantoi dengan semua...

Masa dia tengah main² tu.. Dia tengok² seorang awek ni.. Awek tu pun tengok² dia.. Sepanjang MSSD ni memang diaorang sentiasa pandang memandang.. Malu tapi mahu.. Tunggu punya tunggu, sampai ke habis diaorang tak bertegur sapa..

Masa minah ni nak balik tu, Nizam pandang je la.. Diaorang naik van.. Masa dah dalam van tu perempuan tu pun tengok dia.. Elok je van bergerak dah separuh jalan... tetiba budak perempuan tu tadi hulurkan tangan keluar dan sambil memandang Nizam dia jatuhkan rantai dia (silver rasanya).. Dan Nizam ni pun berlari² mengambil rantai tu tadi dan merenung perempuan tu sampai hilang dari pandangan.. Gila jiwang!!

Semua ni Nizam cerita kat aku bila dia melawat aku dalam bilik, or terjumpa aku di surau or masa terserempak dengan aku yang baru balik dari kampung, mana² mengikut imaginasi korang tadi... Sekian...

Nizam.. Tetiba aku teringat kat kau.. And aku tau sampai bila pun takkan jumpa kau lagi.. Moga kau sihat hendaknya..

Kerja, Durian and Transformers (panjang rasanya ni)

Pasal kerja semalam, perfect, sebab aku buat design yang aku rasa eh cantik jugak.. Satu flash design, satu design form.

Tapi as usual, hidup ni mana boleh perfect sepanjang hari.. Hidup aku ni masa kecik dulu penuh dengan cerita durian.. Bapak aku, abang aku meniaga durian.. Musim durian balik kampung tengok dusun.. Aku pun tidur sekali kat pondok.. (orang Perak panggil dango) depan kubur, tunggu durian.. Memang setiap musim bapak aku akan buat pondok ni, or repair. Aku taula durian mana yang sedap, durian mana yang cantik, mana yang elok mana yang tak elok.. Expert bila tengok isi, bukan tengok kulit!!.. Dari Besout naik motor berempat masa balik kampung... eh tetiba sedih terkenang..

Pagi semalam aku decide nak beli durian masa ikut jalan kampung tu.. first kedai, dah habis katanya.. Second kedai..

"Ni longgok last bang, kalau pagi tadi saya jual RM20, ni saya bagi abang RM15"
..

Aku pun belila.. Sampai rumah dengan excitednya aku bukan durian first.. Masam!!! Second, nipis dan masam.. Third tebal tapi tawar... Panasla hati aku.. Nak bukak yang ke empat, Liza call dari depan nursery Umar cakap kereta tak boleh start.. Aku pun pergila.. Sampai² je tanpa masuk ke dalam kereta pun aku start kereta tu and boleh.. Aku SEJUK gila..

Balik rumah bukak yang ke empat keras tapi manisla jugak.. Tetiba teringat ibubapa.. Aku call mak aku nak tanya kut Besout ada orang jual durian.. 4, 5 kali tak berangkat.. Lepas tu dah service offline ntah apa celcom ni.. Panas lagi.. Try guna phone rumah takde tone... Phone rumah aku memang macam tula.. Sekali sekala je boleh guna.. Mana aku tak rasa nak campak je semua barang semalam..

Akhirnya dapat call mak aku, and mengadu durian aku beli ntah apa²..

"La buat apa kamu beli?? Banyak deroyan yang pokok besor tu.. Nanti kalo dah lughuh nanti mak telepon le kamu"
...

Aku betul² lupa pasal durian kat rumah aku tu.. So problem settle.. Durian tu sure sedap sebab ambik benih durian dekat kubur kat kampung tu.. Cakap pasal kubur tu, kubur tu ada satu je kat situ.. agaknya tuan tanah zaman 1500 kut, bila mati suruh tanam je kat situ..
____________________
Transfomers!! Semua gila.. KFC bagi transformers.. Petronas bagi transformers.. Semua iklan nak ditransformerskan.. Semua orang nak pergi tengok.. Bukan sebab suka, tapi sebab semua orang tengok and kita pun kena tengok.. Kalau tak, tak cool.. Tak transformersla.. Banos mengamuk tak dapat tiket transformers.. Tapi review cakap storyline tak best.. Ramai cakap effects ok, cerita tak ok.. Lantakla.. Aku bukan ada masa nak tengok transformers and takdela fanatik sangat... Biasa² je...

Tapi sekarang aku ada masalah.. Topi yang aku bawak naik basikal pusing kawasan rumah dah penuh bulu kucing.. So nak beli topi baru yang murah aku terpaksa beli topi harga RM9.90........ di Petronas... and ada logo transformers.... Aku bukan fanatik!! Serius ni!!

Mama Maria

Spain kalah 2-0 dengan USA.. Ha kan aku dah cakap diaorang semua tu gay??

(Tuhan, semua ini adalah lawak dalaman.. aku bukan cuba untuk memfitnah dan janganla hantar aku ke neraka sebab ini)
___________
Isnin hari tu Liza dapat Clinique punya product, free dari Dumex. Hebat gila Dumex, bagi resit beli susu dia yang lebih RM100 dapat barang yang harga dalam macam tu jugak.. Sambil tersenyum jela nak bagi sebab susu umar satu je pun dah berapa dah.. Macam inila contoh kelab ibu yang bagus.. Bagi orang benda free..


Apa² pun..... Muka aku biasa kering, aku tengok benda tu ada cakap moisture² - aku pakai.. Hehehe.. Sekarang muka aku ok!! Jangan aku depend dekat benda ni pulak lepas ni sudah..
__________
Semalam aku tersedar antara adil, ikhlas dan kerja.. Katakan si A, pangkat and gaji dia lagi tinggi dari B, takkan B nak buat kerja A?? A jugak tak boleh cakap pada B, "I'm busy so I hope you can do it for me".. Sebab apa yang A dapat adalah setimpal untuk kerja yang dia buat.. And kalau B dah buat kerja A, macam tak adil la pulak... Itu pasal gaji dan pangkat.. Ramai orang sebenarnya takde hal... Termasuk aku, semata² untuk belajar benda baru..

Yang pada aku jadi issue bila tengok dari segi benefits pulak.. A dapat benefits² yang berbeza dari B.. Percent kenaikan gaji A lagi tinggi dari B.. Percent bonus A lagi tinggi dari B.. Itu dah tak adil... Takde kena mengena dengan aku pun, aku just terfikir.. Sebab bila orang lain anak sakit, terus boleh bawak private hospital, nak remove bisul anak RM1900 pun tak kisah sebab company cover..

Sekarang aku fahamla bila orang cipta ayat... "I work for money, if you want loyalty get a dog".. Aku rasa kalau aku cari kerja lain aku akan tengok jugak dari segi benefits dia..
__________
Ok Maria Sharapova orang cakap cantik etc, tapi takde la aku macam suka sangat pun sebab bila dia bukak topi dia jadi buruk.. Tapi persepsi aku selama ni terus berubah bila aku tengok dia pakai latest outfit dia ni.. Wah.. terus terbayang - Selama ni bila aku tanya Umar.. itu siapa.. dia akan jawab "Mama Liza" - yang gayanya macam boleh ada mama² yang lain.. Contoh bayangan..

Aku : Itu siapa?
Umar : Mama Liza...
Aku : Tu??
Umar : Mama Maria..
Aku : (Tersenyum manis... )

(Dah kalah dah minah ni Wimbledon.. )

Hahaha..

Aku kadang² pelik gila dengan perangai orang.. Lawak ada.. Geram pun ada.. Dalam satu forum ni orang tengah bincang pasal breakfast biasa makan apa, ada orang ni tulis :

saya lagi sempoi.
asal ade je janji alas perut sebelum lunch such as roti bakar, kekadang roti telur, tak pon roti disapu dengan garlic spread (boleh dpt kat hypermarket) dan toast kan. sedap gak...

Hahaha.. Ingat orang tak tau ke garlic spread tu apa? Boleh beli kat mana? Ingat orang lain kampung sangat ke? Aku yang kampung ni pun tau.. Ishh..

Jiwang balik..

Cerita Melayu memang dah improve, lagu² Melayu pun memang dah improve.. Aku try tengok cerita Nur Kasih kat tv3 hari tu.. tengok² macam tu je.. Just aku suka lagu dia... Hari ni aku gatal nak tngk trailer dia.. Mak aihh.. kalau korang faham sinopsis dia korang boleh nangis kut.. sambil dengar lagu tu.. or maybe sebab jiwa aku tak betul sekarang, memikirkan anak aku yang sedang membesar, kesiankan bini aku yang tertekan dengan kerja, and tak bagi apa² kat bini aku (kalau korang perasan line Jalaluddin Hassan tu).. so bila tengok trailer ni.. aku sedih..



Sinopsis :

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

tiada lagi encik baik

Sebab stress aku stop dekat lampu hijau ...
Sebab stress aku lupa nak stop isi minyak....

Aku ingat balik pengalaman aku kerja, aku sedar aku baik.. Sangat baik.. Tolong itu, tolong ini.. Kat CKO dulu berapa kali kena D.I. Sebab tolong² jugakla... "Saya tak fahamla Pizli, semua kes awak ada, tapi awak tak salah pun..." Yang buat boss terus jadikan aku head of unit tapi seminggu lepas tu aku bagi resignation letter...

Sebagai pekerja dan manusia, aku dengar je cakap orang.. Buat je apa orang suruh.. Tak suka, pendam dalam hati.. Tak suka, tulis kat blog, maki dalam blog.. Kalau orang baca blog aku tak kenal aku, mesti ingat aku ni jenis maki hamun depan².. Tapi sebenarnya semua tu dari hati je.. Dulu boss suruh balik rumah ambikkan kunci rumah kat maid dia, aku pergi.. Pergi servicekan kereta boss, aku pergi.. Lepas tu mengamuk kat sini...

Semua ni kena STOP!!! Lepas ni apa benda aku tak puas hati aku cakap. Kalau aku benci aku bagitau.. Lebih vokal orang cakap.. Pasal kerja pun, kalau datang kerja untuk buat kerja.. Orang mintak tolong benda personal, tak payah buat.. Mintak tolong pasal kerja, kalau official kena ikut proper channel.. Takde terus datang kat aku mintak tolong...

Aku pun dah taknak mintak tolong orang.. Orang offer merayu nak tolong pun aku dah tak percaya sekarang ni.. Biar aku ponteng kelas, biar anak bini aku terbaring sakit kat rumah janji aku buat kerja aku sendiri.. Aku tak susahkan orang lain and orang lain tak susahkan aku...

Pinjam kata Mijam pada Arin dulu - "Office tempat kerja bukan tempat untuk bersosial"
_______________
Orang cakap kalau buat benda biar ikhlas, jangan harapkan balasan.. Tapi walau ikhlas macamana pun tetiba orang yang biasa kita buat bendakan tu tetiba buat kau macam sampah, terkejut jugak..
______________
Aku plan hari tu nak ambik 3 subject sem ni, tapi tak boleh sebab dua subject tu tak boleh ambik in one semester.. Macam satu tu prerequisite untuk the other onela.. And malam tadi aku bersyukur, sebab bosannya la subject tu.. Subject English, reading.. Bukan Multimedia.. Kalau ambik 2 subject yang lebih kurang sama macam semalam pengsan aku...
______________
Sebab fokus dalam kelas semalam, aku ingat topik yang dibaca ialah pasal stress.. Macam gampang, kenala semuanya nak kena relate dengan aku.. Next week aku tengok topik berhenti merokok.. Stress tu boleh bawak banyak masalah, tapi kalau tak stress pun bawak masalah banyak jugak sebab badan kau tak bagi tindak balas.. Sambil tunjuk gambar orang gemuk makan sambil tengok tv tersenyum...
______________
Resume baru hantar 2.. Aku yakinla kali ni akan ambik masa yang lama.. Tak macam dulu, macam senang.. Semua interview aku pergi semua aku dapat.. Aku tak tau pun apa perasaan tak pass interview.. Tapi aku yakinla sekarang ni sure susah, ambik masa setahun dua nak dapat kut.. Usaha je la..
________________
Kepada yang tak kenal aku, apa yang aku makikan dalam blog ni adalah straight from heart orang putih cakap... Tapi depan², aku nampak sangatla baik hati, berhemah tinggi dan selalu tersenyum hahahah.. (bahaya gila)

Dont take me for granted!


Dont take me for granted! Tau?? Tau?? Sial!!!
_______________
Nak tengok hati budi orang senang.. Senang sangat.. Satu benda je korang boleh tau orang tu baik ke macam haram.. And biasanya aku akan ingat sampai mati.. Biasanya aku akan berdendam.. And biasanya lepas ni tak dapatla apa² lagi dari aku kalau aku dah tau
orang hati budi busuk tu mintak apa²......... And aku pun tau hati budi aku pun tak elok so pergi mampus kalau orang tak suka aku...

I'm man enough to tell you that i don't like you, exactly the way you say you don't like me.. so fuck you!!

_______________
Aku rasa setelah 3 tahun kerja kat sini, kali ni aku betul² nekad nak blah.. Tak sesuai dah dengan jiwa aku.. Memang faktor² lain macam BEST GILA untuk kerja kat sini.. Tapi kalau kerja tu sendiri, hati kau sakit, bosan.. baik blahla aku rasa....
_________________
Untuk menjadi lecturer aku rasa kau kena berbadan dan berpakaian elok sebab nanti student kau nak tengok kau.. Eh nantila aku cerita pasal benda² yang menghiburkan sebab sekarang aku tengah marah..

Meniaga lagi...

Hari ni kelas start, eh last week dah start tapi hari ni baru start nak pergi.. Harap²nya semuanya smoothla...
_________
Umar ada bisul, itu pasal demam last week, diaorg cakap kalau tak pecah akan kena operate.. Hmm.. kesian memikirkannya...
_________
Business baru aku menjual baju budak².. So far banyak baju budak perempuan.. Semua baju ni branded straight from kilang, bukan reject..

Silalah ke : http://littlewardr0be.blogspot.com/
_________
Saya sangatla takde motivasi untuk kerja hari ni.. Arghhhhhhh............

Takde benda nak cerita...

Budak kecik ni kalau tau apa² benda mesti itu je yang diulang.. Lawak pun ada.. Nak marah pun ada.. Sekarang Umar ni asyik cakap..

Umar : "Mama nak main ball tak?"
Liza : "Taknak...."
Umar : "Mama nak main ball tak???"
Liza : "Mama taknak....."
Umar : "Mama nak????????????????????????"
Liza : "Ha nak.. nak..."

Baru diam.. Dia paksa orang cakap nak..

Lagi satu.. Dia dah pandai tanya, siapa belikan itu ini...

Umar : "Siapa belikan Spongebob ni?
Aku : "Ayah..."
Umar : "Siapa belikan caterpillar ni?
Aku : "Mama...."
Umar : "Siapa belikan Optimus Prime ni?
Aku : "Semua mama dengan ayah yang beli.. Mana ada orang lain dah..."

SPANISH!!!

Orang² Spain ni memang lahanat.. Semua sibuk main Liverpool.. Kalau nak datang England nak pergi ke Liverpool je sebab coach dia Spanish... Hafezh cakap sebab diaorang tu pemalas.. Malas nak belajar English!! And aku setuju.. Lahanat punya Liverpool...

Kalau lepas ni aku jumpa pelancong Spain tanya direction kat KL k
e mana ke, aku ludah je muka dia.. Tumbuk perut lepas tu lari.. Semuanya sebab Liverpool..

Kenapala kat dunia ni mesti ada orang macam mamat ni wujud.. Berlagak.. teori Hafezh sebab diaorang malas nak belajar English.. Nak kawan puak diaorang je.. Teori aku -> diaorg ni semua gay.. Boss dia pun gay, so senang sikit.. Ingat senang ke orang nak terima footballer gay?? Team Spain, kenapa Fabregas tak dapat main first eleven and Mikel Arteta tak dipanggil utk selection pun?? Sebab diaorang bukan main kat Liverpool, diaorang straight.. Yang duduk Liverpool je gay.. Samala dgn Vicente Del Bosque tu sekali.. Kalau korang nampak pattern yang aku cuba sampaikan ni korang fahamla..

DAVID VILLA will only come to the Premier League if it is to play for Liverpool. <<------- Berita yang paling aku menyampah nak ternampak headline kat online paper..

idea untuk kawan²


Aku ada set kawan² lelaki yang dah 30's and sibuk cakap susah sangat nak cari awek.. And aku ada set kawan² perempuan yang masih muda tapi sibuk jugak cakap susah nak cari lelaki yang sesuai.. Apa kata kalau aku kenalkan dua² set kawan aku ni mana tau diaorang bertemu jodoh dan berkahwin.. Dan masalah diaorg pun selesai.....
___________
Baju brand PUMA.. Malaysian ni memang creative!

timing

Umar demam, batuk and selsema....
Liza demam and batuk.....
Aku susah hati, tak happy and takde mood....

Timing diaorang sakit ni tak betul, kelas dah start tapi aku ponteng je la sebab aku jenis memang takkan senang hati kalau tinggalkan diaorg tengah sakit² macam tu..

Sedih menengok anak sakit sampai tertekan dicampur tekanan nak cope dengan hidup tanpa rokok memang gila.. Kalau sakit dua tiga bulan lagi ok sikit kut, tapi kita merancang Allah menentukan.. Takpe...
____________________
Aku sekarang dah jarang pergi ATM sebab duit guna nak makan je.. Itula benda yang paling obvious sekali bila aku stop rokok ni.. Ye la makan kat Semenyih ni 5 ringgit dah mewah dah campur air.. Rokok 9 ringgit..

Aku kena tulis banyak² kononnya aku boleh berhenti ni sebab nak mengingat dan menguatkan semangat... Padahal sebenarnya aku goyang jugak..

Jiran

Hari tu masa gi lunch terdengar iklan dalam radio pasal minah ni tak kenal pun siapa jiran dia.. Aku pun cakapla.. "Kerjala satu tempat dengan jiran"... Heheh.. Itu lawak dalaman sebab jiran sebelah rumah aku kerja sebelah aku jugak...

Ok.. Pada pendapat aku dan perbincangan dengan kawan² - Dulu orang banyak duduk kuarters and balik kerja pukul 4.. And dulu maybe husband saja yang bekerja.. So sampai rumah pukul 5, boleh lepak² dengan jiran sambil sembang².. Disebabkan banyak masa nak berehat Maghrib pun gagah pergi surau.. So di situ ada kesinambungan untuk hidup berjiran dan rapat dengan jiran.. Kalau wife² yang tak bekerja lagila, memang boleh jadi bestfriend...


Sekarang tahun 2009, di Kuala Lumpur, mostly husband and wife kerja, balik pukul 6.. Sampai rumah pukul 7 la katakan.. Penat!! Nak melepak dengan jiran²? Lupakan... Surau? Maghrib sure miss, dapat pergi Isyak je, itupun kalau pergi.. So jiran setakat kenal² macam tu je.. Tak boleh nak beramah mesra sangat.. Ye la masa dengan family pun sikit inikan pulak dengan jiran..


Itu belum campur dengan mamat yang study part-time and sampai rumah pukul 11 malam. Or orang yang bekerja lebih masa sampai rumah pukul 12 malam.. Orang yang kerja shift.. Dengan family pun ada masa 2 jam je sehari.. Ataupun husband balik cepat wife balik lambat (vice versa), kena jaga anak sorang² tak boleh nak bersosial..


Weekend pulak adalah masa untuk family.. Kalau balik kampung ke, pergi wedding ke apa ke, dah bagi masa tu untuk orang lain pulak.. So masa sangat limited.. Aku nasib baik duduk rumah teres, nampakla muka² orang, kalau aku duduk apartment memang hancur, jiran depan rumah pun tak nampak muka.. or kalau nampak and bertegur sapa maybe sebulan dua kali je... Ni cerita duduk rumah sewa dulula..

As for aku dengan jiran sebelah rumah aku ni masa lunch kitaorg lunch bersama, dapatla bersembang dan lebih rapat lagi.. Bila sampai rumah, masing² senyum je sebab dah penat and nak spend time untuk anak..

Itu belum cerita stress nak melawan nafsu nak merokok lagi.. Jiran²la jugak, tapi tak macam duduk Felda.. (aku asal Felda in case korang tak tau)
__________________
Aku ke or sambal tumis udang memang akan jadi extra sedap yang gila² bila dicampur dengan petai??

Boleh??

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Dah bertahun aku fikir aku BOLEH beli Civic Type-R dengan rumah banglo.. tapi TAK BOLEH pun..

Ayor!

Aku : Mana ayor Umar?
Umar : Ayah.. salahla!! Air khosong.. bukan ayor..

Kalau aku kawin dengan orang Tapah or orang Sungkai hari tu maybe aku masih boleh menggunakan loghat Perak di rumah sendiri..
_____________
Cerita seterusnya pasal pengalaman aku menghisap elektronik cigaratte ni... Kalau bosan tak payah baca.. Dua hari ni aku dah cut down dari dua batang rokok betul kepada sebatang.. Sebabnya aku ada lagi rokok betul.. Kalau takde maybe tak payah ambik pun kut.. Tapi ambik je la.. Sebab doktor cakap kalau hisap rokok 2 batang sehari takde la hisap rokok namanya..

Ok.. Pada aku, kekurangan e-cig ni ialah throat hitnya.. Rokok biasa bila korang tarik, kat tekak ni terasa asap yang kuat.. E-cig ni macam kurang sangatla.. Aku rasa kalau ada perisa yang boleh bagi effect yang sama macam rokok betul memang perfectla.. Diaorg cakap perisa Red Bull boleh.. Nanti aku try cari.. Nak mencari rasa yang perfect ni pun satu hal sebab Malaysia takde.. Tapi takpe aku akan berusaha sebab kali ni aku yakin aku boleh stop hisap rokok betul.. Benda ni memang boleh membantu..

Semalam aku baca report dari pihak kesihatan pasal e-cig ni.. and memang confirm selamat... Bagus!

Garuda

Hari tu hari last puasa.. Semua orang kampung bergotong royong memasak lauk pauk, lemang untuk hari raya... Tengah seronok² tu semua orang leka and terus makan segala yang dah siap dimasak tu. Semua orang buat isyarat - "Kita² je, buat tak tau dahla".. Habis semua orang makan....... Berpesta...

Aku tak sedap hati, aku pun cakapla.. "Pakcik, hari ni kan puasa lagi?" Tetiba semua orang pandang aku, mamat² bujang kampung aku berpakat nak belasah aku.. diaorg kejar aku gila² sambil mengepung aku.. Aku lari ke atas bangunan, bila diaorg dah dekat aku terjun secara vertical.. Tetiba ada burung garuda sambut aku.. Bawak aku terbang, sebab dah laju sangat, aku pejam mata....

2, 3 minit lepas tu aku try bukak mata.. "Lahanat!!! Dah pukul 7.45am.." Tergerak hati nak tanya wife aku kenapa tak bangun awal.. Aku dapat rasakan dia akan jawab "Cuti" - aku diamkan je sambil bergegas ke bilik air..
_______________
Pakcik sebelah rumah parents aku kat kampung meninggal Ahad semalam.. Balik dari kursus Haji pengsan, urat dah putus kat kepala kut, hantar pergi hospital doktor cakap takde harapan.. Tak sedar, suruh dihantar balik...

Kat rumah, anak-anak bacakan Yassin, bapak aku ajak orang Surau bacakan Yassin jugak, tetiba pakcik tu sedar and meronta².. Bawak hospital balik, and Ahad hari tu meninggal kat hospital.. Al-Fatihah...

Masa aku on my deathbed nanti agak² ada tak orang bacakan aku Yassin?? Ke aku tak mati atas katil?? Aku jatuh sakit masa buat kerja baik ke?? Wallahualam..

Aku takdela rapat sangat dengan pakcik tu, and bila fikir² balik siapa pun yang aku rapat kat kampung aku tu??

So What?

1) Tak kisah kalau aku buncit janji aku happy...
2) Tak kisah aku hisap rokok real dua batang sehari sebab aku dah cut down dalam 13 batang sehari..
3) Tak kisah aku tak kaya raya janji aku sihat..
4) Tak kisah aku tak kayuh basikal 100km seminggu sebab 45km seminggu pun kira ok dari aku duduk terbaring je depan tv.
___________
Aku : Umar dah besar nak jadi doktor tak?
Umar : Taknak...
Aku : Umar nak jadi apa..
Umar.. Hmm Umar nak jadi ultraman..............

Aku : Umar dah besar nak jadi cikgu tak?
Umar : Taknak...
Aku : Umar nak jadi apa..
Umar.. Hmm Umar nak jadi Ronaldo..............

Berdoa - "Jadikanlah Umar pemain bolasepak yang hebat di dunia mcm Ronaldo" selepas sembahyang dengan anak aku memang tak membantu dalam pembentukan cita² anak aku..

Electronic Cigarettes in Malaysia

Ye, aku rasa maybe aku tergolong dalam orang terawal hisap electronic cigarette ni.. Aku order from UK last week and semalam sampai.. Aku rasa benda ni bukan la boleh replace rokok gila² tapi sebagai alat bantuan untuk berhenti merokok memang berkesan.. Kalau rasa nak rokok, hisap rokok elektronik ni.. Ada vapor (bukan asap).. Tapi rasa dia tak sama dengan rokok betul.. Apa² pun ini rokok lebih sihat sebab takde tar, karbon dan 4000 lagi perisa rokok yang real.. Dia ada nicotine yang tak boleh cause cancer.. Tapi orang cakap nicotine pun bukan safe sangat sebab boleh bagi sakit jugak.. tapi kulit ayam, gula, makanan berlemak pun boleh bagi orang sakit jgk.. So aku ambik risk sebab at least aku tak ambik benda yang boleh bagi cancer, mulut busuk etc.. Ohh and benda ni lagi jimat dari rokok sebenar.. Starter kit dia mahal la jgk.. tapi untuk long run memang jimat..

Ni video review dia :



Kalau nak beli boleh click sini : http://www.miragecigarettes.co.uk

Baca la ni jugak :

Mirage Cigarettes vs Normal Tabacco

Mirage Cigarettes
# Provide nicotine to satisfy smoker
# Lights up at end when inhaled (green / red technology)
# Blows out safe “vapour” smoke
# Legal to smoke in pubs, clubs, workplace or any where public

Costs equivalent to around 80% of cigarettes

20 a day habit / = £12.00 per week / = £600.00 per year

Normal Tabacco
# Provide nicotine to satisfy smoker -
Delivers over 4000 cancerous poisons to every organ of your body.
# Lights up at end when inhaled -
Set fire to furniture, carpets, beds and is a fire hazard
# Blows out smoke -
Makes your clothes, car and house smell. Gives you discoloured teeth and smelly breath. Stains paint work and wallpaper. Passive smoking kills others.
# Banned from every public place -
Tobacco Smokers, outcasts. Have to stand outside pubs and bars, even in the rain to smoke.

Costs £5.50 to £6.00 per packet

20 a day habit / = £42.00 per week / = £2184.00 per year

Both theses are Cigarettes

One is, cleaner, cheaper and legal to use in any public place. Why did we have to wait so long for this invention?

Role Model..

Upin dan Ipin.. Orang cakap fenomena.. Ceh perkataan.. Tapi tak kisahla.. cerita Upin Ipin ni ramai orang suka.. And bila budak² suka, budak² nak jadi macam Upin Ipin.. Banyak benda yang elok dalam cerita ni.. Macam ajar budak gosok gigi.. Ajar budak puasa.. Yang tak eloknya satu, Kak Ros tu kalau marah adik dia terus lempang je.. Itu ganas sangat.. Hehehe...

Apa aku nak cakap kat sini, kalau apa² nak nasihat anak.. Boleh refer kat Upin Ipin ni je.. "Eh gosok gigi macam Upin Ipin, nanti kalau rosak macam gigi macam Mail susah.." So anak yang suka Upin Ipin ni cepat je la.. Eh Umar tak cepat sebab dia nak main air dulu.. Tapi tak kisahla, buat cerita best, yang elok, mengajar bebudak, bebudak akan ikut.. And mak bapak senang sikit nak mengajar, sebab ada contoh... DVD movie dia bila nak keluar??

Selain Upin Ipin, Ronaldo dan Ultraman juga boleh digunakan di rumah aku.. "Eh kenala makan, nanti boleh jadi macam Ronaldo..." "Eh kena makan banyak² boleh jadi Ultraman" Ha semangat sikit anak aku nak makan..
______________
Malam tadi aku nyaris nak langgar motor yang jalan kat sebelah aku.. Aku memang tak perasan, sebab jalan gelap.. Padahal aku dah tengok side mirror.. Lampu motor tu malap kut, lepas tu jalan tu pun gelap, tetiba dia muncul.. Kalau aku langgar pakcik tu dengan anak dia (yang nak ke pusat tuisyen agaknya) agak cedera kalau tak mati.. Salah aku, maybe.. Salah orang tu sebab bawak laju gila.. Maybe..

Tapi jalan tu gelap takde lampu.. Bangsat!!

Pergi Bangi malam tadi.. Dah 4 bulan area situ, sini ada lampu, sana takde lampu..
sini ada lampu, sana takde lampu.. Kerajaan Bangi ni tengah berjimat ke apa??
_________________
Jambu Pak Cu... Sedap, banyak kedainya.. Tapi dalam sebulan lepas tu aku nampak ada jambu 916, jambu Muar, jambu Ahmad, jambu Ali.. Semuanya Melayu.. Lepas tu meniaga dalam jarak 20 meter je dari Jambu Pak Cu.. Kesian Pak Cu.. Woi Melayu.. Takde idea lain ke??? Creativela sikit janganla tiru je..

Mereka Masih Buta

Datuk nenek kita sentiasa berpesan.
Lepas betis jangan diberikan peha.
Dagang lalu jangan ditanakkan.
Itik di air jangan biarkan kehausan.
Anak di rumah jangan mati kelaparan....

Lepas satu, dua.
Lepas dua, tiga.
Mereka masih buta.
Yang bodoh ikut perasaan.

Ikut²kan, ikutkanlah.
Nanti dah jatuh jangan terngadah..

merepek 2

Ada orang² tanya wife aku tak marah ke bila aku openly tulis kat blog yang aku jatuh cinta dengan Luna Maya la, Lily Allen ke etc etc.. Biasanya aku akan jawab balik boleh ke aku dapat perempuan² tu?

Aku cakap je la sekarang - biasanya aku akan suka orang tu masa tu je.. at that moment je sebab by this time aku pun dah lupa macamana rupa perempuan² tu.. Lagipun aku husband yang boleh dipercayai kut, takdela wife aku risau ataupun jealous²...

Lagi satu, takdela masa kat rumah aku masuk dalam toilet bawak baby oil dengan gambar Luna Maya sampai nak bagi wife aku risau..

Childish

Korang nak cakap aku macam bebudak ke apa ke aku tak peduli.. Tapi sekarang aku dah tak isi minyak Petronas lagi sebab aku tak menang kereta masa dia buat competition tu.. Sebab everytime dia buat aku bersungguh² nak menang, berusaha.. So sekarang pergi mampus.. Kalau kat Nilai tu, aku singgah Petronas untuk keluar duit and reload Touch N Go je, lepas tu aku pergi sebelah dia isi minyak Shell.. Selamat tinggal Petronas..

Kalau aku tak tau siapa menang takpe.. ni mestila everytime dia announce siapa menang kat paper aku terbaca, dah tu orang kaya² yang dah ada kereta 5 6 biji pulak tu yang menang.. "Kereta BMW ni saya nak bagi isteri saya sebab saya dah ada 4 biji BMW yang lain..." Aku just nak cakap - !@#$%^&*

taksub

ini adalah feebreze
dan ini adalah fabuluso

Satu tengahari di Giant Nilai

Liza : Nak beli fabuluso la...
Aku : Eh buat apa?? Kan ada banyak lagi? (dengan confident)
Liza : Ye ke?
Aku : Ha ada separuh lagi...

Sampai rumah

Liza : Mana fabuluso nya?
Aku : Ha tu atas almari dapur tu.. (ye almari bukan kitchen kabinet.. takde orang nak sponsor macam rumah Mawi)
Liza : Ha?
Aku : Eh fabuluso apa ye? Eh itu febreeze bukan fabuluso.. Hahaha...
Liza : !@#$%^&**

Macamana la aku buat silap.. Yang memalukan...
______________
Cakap pasal sponsor.. Orang kaya rumah baru disponsor... Kawin disponsor.. Cubala sponsor aku ni.. Barula sesuai...
______________
Ok Man U kalah final Champions League.. Tapi relaxla.. Kan dah menang 3, tahun lepas pun dah menang....

Di nursery Umar

Aku : Boleh tolong pakaikan Umar nappy tak? Nak gi gunting rambut.. (takut terkencing pulak kat kedai tu)
Orang Nursery : Nak gunting rambut sebab Manchester kalah ke??
Aku : Hehehehe...

Di kedai gunting

Mamak : Eh you tengok ka itu bola semalam.. You sokong mana...
Aku : Tengok.. Saya sokong Manchester...
Mamak : Itu Man U aaa.. Dia punya.... bla bla bla bla...

Woi lepakla woi.............................

And tau tak kalau Manchester United menang hari tu.. Husband orang nursery aku nak bawak satu family dia pergi Tioman bercuti?? And sebab kalah tak jadi gi Tioman... Gila... Gilaaaaa...........