Kembali Gedik dan Montok... Dapatkan produk xxxxx di sini..

Kalau ada barang tagline dia Kembali Gedik dan Montok, orang tak segan ke nak beli.. Macam beli sebab nak menggedik.. Macam² orang berniaga macam ni..
___________
Orang yang jaga Umar tu, hari ni last day dia.. Husband dia bukak bisnes kat kampung.. So boss diaorang akan cari pengganti.. Aku tak pernah rasa ralat macam ni.. Bayangkan bebudak tu dari kecik dengan dia, macam Umar dari umur dia 6 bulan.. Tetiba nak pergi.. Mesti bebudak ni akan miss dia gegila and aku sure dia pun akan miss bebudak ni jugak...

Lagi satu yang aku ralat sebab dia ni jaga budak elok.. Aku rasa selamat je la kalau dia jaga anak aku..
__________
Dalam phone free dari Celcom aku ada satu game Sega, main tennis.. Since dah bertahun aku takde game aku pun main²la.. Dia kena kumpul mata dengan menang tournament untuk menjadi kuat...

Masa mula² main asyik kalah je.. Aku try jugak.. Dua jam baru nak menang satu game.. dua hari baru nak menang satu tournament.. Main sampai masuk world tournament.. World tournament dalam 4 hari baru nak menang.. Aku main sampai Liza dah terus menyampah dengan aku... Aku pun rasa benda tu susah tapi entah kenapa aku nak buktikan aku boleh jugak...

Sekarang aku dalam sejam boleh dua tiga kali menang World Tournament.. So betulla kut orang cakap kalau berusaha memang boleh berjaya.. Cuma sekarang ni aku berusaha dalam game je.. Kalau aku berusaha dalam bidang² pertanian ganja or penternakan kambing maybe aku dah jadi millionaire sekarang dan aku boleh beli PS3 dan Xbox 360 sekaligus sambil tutup mata..

As long as you are happy and healthy..

Kalau Hafezh tengah try D90 dia.. Aku pulak tengah try camera phone free aku ni.. Aku perlukan phone ada camera sebab kalau ada kes² mcm bawak anak mintak sedekah dulu, aku boleh ambik je gambar.. Aku dulu menyampah betul tngk budak kecik pakai spek mata hitam.. Tapi sekarang anak aku cakap dia panas sampai nak tutup² mata masa dalam kereta, aku and Liza pun belikan la spek mickey mouse.. UV protection katanya, tak taula aku betul ke tidak...

Masalahnya sekarang budak kecik ni nak pakai dalam rumah and masa waktu malam.. Patutnya aku kekalkan je prinsip aku menyampah budak kecik pakai spek hitam..

Since aku dah tak naik LRT aku dah tak banyak idea nak update blog

Malam tadi masa tengok² iklan² kereta kat newspaper :

Aku : Chery Star ni ok ke?
Liza : Dia kan dengan Huyndai...
Aku : Hmmmm.. Eh Merc CLK...
Liza : Taknakla CLK².. Kalau nak beli Merc beli 4 wheel drive dia..
Aku & Liza : Wahahahahahahah, wahahahahahah, wahahahahahaha..........

Kalaula betul kitaorang boleh consider nak beli Mercedes, memang magikla..

Laki² tak boleh nangis..

Start tahun depan, aku rasa company² kereta boleh jimat cost.. Tak payah pasang signal dekat kereta, sebab ramai orang yang tak guna..

Lepas tu untuk kereta polis, tak payah pasang seatbelt, sebab bukan diorang guna pun.. Ini ke contoh masyarakat??

Banyak boleh jimat tu..
___________
Bila busy mula la aku sayang company ni balik.. Ishh.. Tapi kalau ada offer banyak aku still nak jugakla, aku perlukan duit..

Sedang Melayan





Aku sangat yakinla, kalau artis Malaysia buat lagu² macam ni akan dikutuk.. Tapi bila Indonesian buat, semua rasa jadi best.. Typical.. Aku pun sama.. Layan.. Menceriakan.. Terima kasih Suhida, sebab aku dengar lagu project pop tu kat playlist blog kau..

Kalau aku mati, aku harap aku tak mati macam orang² ni...

Dua beradik rempuh teksi ketika larikan beg tangan selepas dikejar wanita mangsa ragut

SHAH ALAM: Dua beradik maut apabila motosikal mereka merempuh belakang sebuah teksi ketika cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang eksekutif wanita di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kerjaya, Glenmarie di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, dua beradik berusia 25 dan 30 tahun itu memecahkan cermin kiri Mercedes-Benz wanita berkenaan dan melarikan beg tangan mangsa ketika kereta itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Berita penuh.

Share

Balik dari kelas kelmarin, aku lalu Jalan Tar (aku dah tak naik LRT, memang drive je sekarang). Ternampak Restoran Kudu masih bukak.. Berbunga² hati.. Tanya Liza nak ke tapau sekali, dia cakap taknak, so aku tapau sebungkus.. Sampai rumah aku makan, tapi aku offer dia jugak.. Dia nak, banyakla jugak dia pow, so sharela sebungkus makan berdua..

Apa yang bestnya - terus jadi sedap melampau nasi kandar tu.. Magic gila.. Tertanya² aku apahal hari ni extra sedap.. Bila fikir² balik, bila benda tu sikit lepas tu share memang benda akan jadi best.. Mengingatkan aku masa kecik, dulu susahla nak makan benda² sedap, bila dapat, kena share pulak beramai² and terasa nikmat gila.. Bila dah hidup senang sikit, KFC pun dah tak rasa sedap, padahal dulu sampai tulang²nya pun nak dimakan. Macam makan cendawan busut, dia tak tumbuh sepanjang tahun, dia tumbuh sekali sekala, so bila sekali sekala makan jadi sedap and special.. Sekarang aku faham la masa aku join tabligh dulu kenapa kitaorang makan dalam talam, kongsi satu talam 4 orang.. Aku rasa konsep "benda share jadi extra best" ni digunakan..

ni rupa cendawan busut kalau korang tak tau.. Musim² hujan ni adala kut tumbuh..

Perumpamaan...

Pasal kerja...

Aku sekarang macam Beckham dan Van Nilstelrooy di tahun akhir di kelab Manchester United.
Liza pulak sekarang exactly macam Deco masa Guss Hiddink replace Scolari last year.

Masalah besar untuk kitaorang ialah takde kelab nak beli kitaorang.. Apatah lagi nak bagi £100,000 seminggu..
______________
Aku rasa biasanya keluarga Melayu ni kebanyakannya bila dah kerja and kahwin macam terus putus bantuan dari ibubapa.. Macam aku saje pancing² mak bapak aku belikan aku laptop, diaorang taknak belikan.. Tapi bila adik aku yang TINGKATAN 2 tu nak, bapak aku dah tau dah harga computer tu.. Seronokla dia, masa aku dulu punyala susah nak apa².. Sekarang dah terlambat untuk aku mintak apa².. Aku jealous, tapi disebabkan aku dah kerja and dah kahwin tak patutla aku jealous...

Aku kena bertaubat sekarang..

Aku tak peduli, peduli apa?

Bila satu hari wife korang tengah masak and baju dibasuh mesin dah siap, so korang pun sebagai husband membantu menjemur kain.. Or maybe wife korang jenis pakai tudung, so malas nak pakai tudung keluar rumah dia mintak tolong korang sidaikan..

Mungkin masa korang sidai kain ramai orang yang tengok.. Dan korang mula terfikir apa orang fikir.. Contoh :
1) Mamat yang wife dia tak kerja mungkin akan cakap.. "Ishh apa ni kena dera dengan bini ke?"
2) Couple yang ada maid maybe akan cakap.. "Ha buat apa susah² tengok macam aku ni senang ada maid"
3) Maybe jiran yang hidup exactly macam korang and dah modern sikit cakap.. "Ha tengok tu bekerjasama..."
4) Maybe janda selang sebuah rumah cakap.. "Uishhh untungnya kakak tu dapat husband mcm tu, tak macam laki aku.. ex-laki aku jahanam.."

Ada orang anggap korang bagus and ada orang anggap korang tak best langsung.. So nasihat aku kalau nak buat apa² jangan fikir apa yang orang lain fikir pasal kau.. Buat je.. Tak semua orang suka and tak semua orang benci..

So tanpa memikirkan apa yang orang lain akan fikir pasal aku, mulai esok aku nak meniaga nasi lemak and penapis air dalam LRT... Korang jangan tiru idea aku!!

Bangga Jugak Tengok Malaysia Main

Ramai orang Malaysia sebut nama Amri lately ni..

Game hari tu aku tengok dekat rumah je.. 20 minit pertama memang aku mengamuk gila.. Player Malaysia takut², semua shoot dari jauh.. Ok, memangla terpaksa takut sebab depan diaorang Ferdinand, tapi tak syokla takut².. Aku suruh Umar main bola, jangan tengok tv.. aku nak dia ganti striker Malaysia nanti.. Memang, marah betul aku, rasa nak je aku letak Umar tu dalam hutan seminggu, dekat kubur seminggu, dekat tengah laut seminggu.. Biar hilang rasa takut lepas tu baru main bola..

Tapi Amri Yahyah mengubah pandangan aku.. Gol cantik gila.. Teringat lagi abang aku cakap dulu masa kitaorang tengok Malaysia main.. "Amri ni dia main senang je Li, dia lari² lepas tu terbangkan badan jatuh nak dapatkan freekick.." Dekat forum Yob4ever pun orang panggil negeri Selangor, Seludah, sebab masa Amri ni wakil Malaysia dulu dia pergi ludah muka player mana ntah, FIFA denda RM50k rasanya.. Ha aku tau pasal bolasepak Malaysia sebab aku memang sokong.. Orang cakap Man U main teruk.. Kalau diaorang main teruk masa lawan Malaysia aku tak kisah..

Malam ni diaorang main lagi, aku tak rasala ada player Malaysia boleh score and Man U main lembik macam hari tu, tapi aku tetap bangga sokong team Malaysia..

Kalau korang nak tau, mamat ni keluar dengan Rozita Che Wan, on the phone dengan minah tu 3, 4 jam.. Mamat baju biru, bukan Berbatov.. Hebat tak aku? Gossip player Malaysia pun aku tau.. (baru edit sikit)

Obsess

Semua orang ada obsessi sendiri..
Ada orang yang gila dengan Manchester United dan Ultraman - macam Umar Zakwan..
Ada orang yang suka gila dengan British accent sampai wish kalau nak kawin lagi satu mesti kawin dengan orang cakap mcm Adele, rupa tak kisah - macam Aku..
And ada jugak orang yang suka Indonesia.. Suka segala pasal Indonesia, dengar orang cakap Indonesia pun dah boleh cair - macam Jihan..

Macam² manusia ni.. Macam Umar tu katakan dia betul jadi Ultraman satu hari nanti boleh ke dia nak handle lawan raksaksa?? Macam aku, boleh ke aku nak membimbing orang putih?? Macam Jihan, sanggup ke dia kahwin di Indonesia lepas tu sebab kat sana susah nak dapat kerja dia terpaksa naik tongkang dan berenang ke Malaysia untuk mencari kerja kembali??

Manusia ni berangan je lebih tapi tak fikir akibat dikemudian hari..

Eh kenapa aku tak tau apa obsession wife aku.. AKU ke?

........



Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Bridge:
Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Coda:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna


Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku

Back to bridge

Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna..

Memang malas ya amat...

4 hari cuti.. Dua hari kat Besout, dua hari kat Keramat.. Bayangkan 4 hari korang bangun lambat and semuanya tersedia, tetiba nak balik ke realiti.. Benda lain takde sangat, nak pergi kerja tu realiti yang malas gila tu..

Dalam aku benci² Ultraman dulu, Isnin hari tu aku downloadkan music² video Ultraman.. So anak aku dah cakap Jepun sekarang.. Takpe, sebab seronok tengok anak aku sihat dan happy..

Arghh nak tulis blog pun malas.. Nanti²la..

Balik kampung makan durian sampai Selasa...

video

Pantang aku no1090

Ok, aku suka Facebook, Friendster semua.. Kalau nasib baik boleh jumpa kawan lama, kalau nasib lagi baik ada awek nak berkenalan.. Kalau orang add² aku tu macam best jugak, kalau yang kenal lagi best.. Tapi.... Pantang aku....

Kalau tetiba orang nak add aku tu bagi message siut macam ni.. "Hah, apa khabar? Ingat aku lagi tak? Aku ingat kau lagi, lainla kalau kau bukan jenis nak ingat orang kampung"...

*@#$%^& punya manusia.. Yang kau tetiba nak buat statement macam tu apahal?? Aku tak kisah, kalau dia cakap nama aku Sh@h Rizz@d, yang sama² tinggal dorm C6 masa kat Teknik Slim dulu.. At least aku kenalla, bagi nama penuh, bagitau kat mana kitaorang kawan..

Ni tetiba nak buat statement macam siut lepas tu aku tengok screen name dia Wan.. Ingat seorang je kawan aku nama Wan kat kampung dulu?? Itu aku cool lagi, aku try tengok gambar² dia pulak, kut aku kenal muka bila tengok gambar.. Sekali gambar² dia letak kat Friendster or Facebook dia.. Gambar² mcm kat bawah ni??

Lepas tu kau expect aku nak ingat kau?? (malas aku nak mencarut kat sini)

Alamak...

Alamak hari ni aku pakai baju polo, ada gambar kuda, macam baju Mawi..

Satu²nya kenangan berkaitan Michael Jackson

Masa Michael Jackson meninggal minggu lepas aku buat dek je.. Orang cakap aku tak sensitif.. Aku tak peka.. Ha ye la.. Aku cuba la ingat balik apa yang aku ingat pasal dia..

Masa tu tahun 1995, bulan puasa.. Aku dengan bebudak kampung plan pergi beli baju raya bersama².. Tak pulak aku tau yang sebenarnya ramai bebudak ni nak pergi sama² sebab boleh makan sama².. Bodoh... Sanggup tu ponteng puasa ramai².. Aku puasa, jangan risau.. Pergila ke pekan Teluk Intan.. Since aku dah tak berkenan dengan mamat² bodoh tu tadi aku geng la dengan mamat² yang ok.. Ada sorang ni budak Besout 4, nama aku dah lupa.. Selesai beli baju, seluar raya kitaorang pun merayau² untuk menghabiskan masa..

Sampaila ke satu kedai kaset.. Mamat Besout 4 ni tetiba excited semacam tertengok kaset latest Michael Jackson.. HIStory.. Mamat ni macam malu² and takut².. Ye la selalu beli kaset kat pasar malam ni nak beli kaset kat kedai besar.. Kaset original.. Aku teman je la dia.. Dia tanya² amoi jual tu pun aku masih setia teman kan dia...

"Ini kaset paling baru..." kata amoi tu...

Aku macam takdela percaya sangat budak ni suka Michael Jackson, tapi aku dudukla sebelah dia sampai dia tanya...

"Kaset ni harga boleh kurang ke amoi?"

Terus aku keluar kedai and malas nak ambik tau.. Buat malu orang kampung je.. Ingat pasar malam ke nak tawar²?
___________
Terima kasih kepada Bib sebab bagi durian yang sedap and dalam sebijik durian yang takdela besar, tapi tetiba ada 20++ ulas.. Species RM20 sebijik durian tu agaknya.. Best gila.. Dah hilang dah gian nak makan durian yang membuatkan jemputan balik ke kampung oleh mak aku weekend ni untuk makan durian seakan tidak menarik lagi..

Aku dan anak versi 3090

Aku tak tau macamana anak aku nak terima benda ni.. Ronaldo bukan pakai baju Man Utd.
______________
Malam tadi sebab aku dah malas, and Liza bawak pulut dgn rendang depan TV, aku suruh je dia suap aku, aku penat nak bangun basuh tangan etc.. Cubala teka apa reaksi anak aku??

Dia merajuk.. Jealous mama dia suap orang lain.. Hahaha.. Macamana nak ada adik ni??
_______________
Aku : Burppp...
Umar : Ayah cakapla...
Aku : ..................
Umar : Ayah!!! Cakap!!!
Aku : Cakap apa??
Umar : Amdillah...
Aku : Oohhh Alhamdulillah.. (malu gila)

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur.. Aku mengantuk di dalam kelas di Kuala Lumpur.. Satu benda je yang aku tau benda baik di Kuala Lumpur yang bising dan sibuk ini, kau boleh kentut sesuka hati , sekuat mana sekalipun sebab orang takkan dengar dan perasan...

Cepatla habis semester ni, aku tak larat nak belajar programming ni.. Ishh...

Semalam

Malam tadi Liza masak and aku buat assignment, Umar nak main bola, tapi since dia tengok aku dengan mama dia busy, dia pergi kat satu area ni dia baring.. Kesian... Perlu ke aku bagi dia "kawan"? Aku risaula dunia sekarang, dengan macam² penyakitla apala.. Perangla.. Macam kesian pulak kat anak² nak menghadapi benda² tu...
__________
Malam tadi tengok Wimbledon final.. Federer vs Roddick.. Gagah tu aku tengok di malam kerja.. Aku tak tengok final perempuan walaupun game dia Sabtu malam Ahad.. Serena vs Venus, macam lelaki jugak yang main, takde selera aku........

(Cubala Ivanovic dengan Sharapova baru selera)

Mandi Sungai Di Pagi Hari Raya Haji

Benda ni jadi masa lepas aku bersunat, di pagi hari raya haji, aku dan dua orang kawan dah tak tau nak buat apa.. Blank.. Tetiba salah sorang daripada kawan aku ni ajak kitaorang mandi sungai.. Di pagi hari raya haji..

Sungai yang biasa kitaorang pergi adalah Sungai Enjut.. Siapa ntah bagi nama and dia bukanla sungai pun.. Dia mcm parit yg tetiba ada satu kolam.. Kira mcm ada satu part yang bertakung, yg agak dalam, besar dan boleh buat mandi² serta berenang.. Tapi adala air masuk dan keluar, tapi tak derasla, kira kitaorang mandi je la dalam tu..

Kawan aku yang dua orang ni setahun lebih tua dari aku and of coursela dah bersunat lebih awal.. Dengan masing² berbaju melayu kitaorang pun pergi ke Sungai Enjut, dalam kebun kelapa sawit.. Problemnya ialah kitaorang takde baju tukar and let say kalau pakai seluar dalam, bila lepas mandi nnt sure seluar basah dan bila balik rumah confirm kitaorang kena belasah... Itu dilemma kitaorang, tapi dalam dilemma² tu kitaorang sampai jugak Sungai Enjut tu...

Dalam berkira² nak mandi ke tidak tetiba kitaorang nampak pelampung!! Ada 3, cukup
untuk sorang satu... Tiub tayar lori sebenarnya.. excited gila..

Dilemma dilupakan and kitaorang end up terapung EXACTLY macam mamat dalam gambar ni.. Apa kitaorang pakai or tak pakai masa mandi tu, aku biarkan korang berimaginasi sendiri...

Surat Terbuka Kepada Mawi

Assalamualaikum Mawi,

Aku ingat, masa tu tahun 2005 rasanya.. Pertama kali aku mengikuti rancangan Akademi Fantasia, musim ke-3 masa tu.. Aku betul² suka dengan kau.. Dapat pulak tunang yang sama suka dengan kau.. Kawan bernama Intan jugak suka dengan kau.. So aku tau aku tak silap.. Aku tau kaula "the one"... Aku ingat kau sangat Islamic dan menghiburkan, humble.. Mungkin sebab kau datang dari Felda jugak, macam aku, buat aku lagi suka dekat kau.. Ingat tak masa konsert prelude tu kau tak terpilih tapi lepas tu ada AFMasuk and orang lain semua vote kau masuk. Kau tak rasa ke itu nasib??

Sebenarnya malam final tu aku kena kerja bersama B@nos and R@stam.. Video shooting.. Tapi masa dah nak habis² tu aku berlari ke Naza Ria R@stam untuk mendengar result final tu.. Dan kau tau tak aku sangat gembira kau menang? Sebab aku undi kau, kau tau tak?? Buktinya aku dengar, sila baca di blog Banos ni - http://banos.blogspot.com/2005/08/afundi.html

Ohh masa kau kenalkan tunang kau Diana Naim tu pun aku excited and beranggapan dia sangat sesuai untuk kau dan dia pun cantik gila.. Bila kau putus tunang dengan dia pun aku sokong dan rasa itulah keputusan paling tepat, sebab memang macam gatal sangat nak kawin je rupa dia masa tu... Ok lupakan itu semua...

Dua minggu lepas aku tertengok rancangan Jangan Tidur Lagi.. Excited gila nampak kau kat tv sebab dah lama tak tau pasal hidup kau.. Apa yang aku nampak masa tu, kau adalah orang yang sangat sombong dan bongkak.. Adlin tu tanya, kau jawab sepatah.. Duduk macam taknak duduk.. Lain kali kalau taknak diinterview janganla datang.. Aku tak sangka, orang yang begitu humble dan menarik perwatakannya dulu boleh jadi macam tu.. Bila aku baca² rupanya kau memang macam tu sekarang.. Hidung tinggi.. Memang aku dah hilang respek dengan kau.. Aku tak tau Intan masih suka kat kau ke tidak.. Selamat tinggal Mawi...

Ooh ye, tolong cakap kat wife kau, pakai baju yang sama adalah satu benda yang tak cool.. Ingat hari² hari raya ke? Lagi satu baju polo yang ada gambar kuda tu banyak yang imitation sekarang, rempit pun pakai.. so tukar²la...

2 Pembedahan Kecil sambil menjawab soalan Nassir


Dua tiga hari lepas si Nassir ni tanya.. "Kau sunat apa atas batang pisang?" To be honest, aku terkejut dengan soalan tu.. Aku tak sangka orang yang dua belas tahun (12) tahun lagi tua dari aku pun tak tau pasal bersunat atas batang pisang ni...

Masa tu aku cuti sekolah, darjah 4 rasanya.. Semua bebudak di kampung aku yang nak disunatkan dikumpulkan di dewan orang ramai.. Adala makan² sikit sebelum upacara.. Mana kawan² yang dah sunat tahun² lepas dengan berlagaknya akan cakap.. "Ala, macam kena gigit semut je".. Arwah Pakcik Kamaruddin cakap kat aku.. "Orang perempuan lagile.. Deme kena beranak, kamu kena macam ni je.."

Lepas tu semua kena ambik nombor giliran.. Aku dapat nombor 27.. So korang bayangkan.. Adala dalam seratus orang nak bersunat.. No 1, aku rasa Zahrul Nizam yang setahun tua dari aku.. Tengok je dia keluar, aku seram... Bila tiba turn aku tiba, aku kena masuk bilik ni.. Ada tok mudim, assistant dia and batang pisang.. Masa ni dah siap pakai kain pelekat dah.. Aku kena duduk atas batang pisang..

Yang aku nampak iodin, bandage and pisau cukur tu.. Sembang² sikit.. Dia buat apa ntah kat "bawah" tu, tetiba assistant dia cakap lepas sembur bius.. "Dah sunat bolehla kawin lepas ni" serentak dengan tu.. Zasss... Tok Mudim buat kerja.. Takde jahit, takde apa, sedar² dah berbalut.. Ok Nassir.. Itula ceritanya.. Batang pisang tu aku tak tau scientific explanationnya, tapi memang itula caranya orang dulu².. Apa kau ni, orang tua tak tau sejarah..
______________
Orang senang lupa and orang boleh cakap benda lain padahal nak cakap benda lain.. Semalam contoh yang baik sekali untuk kedua² benda ni... Mak aku telefon masa aku tunggu kelas nak start semalam.. Bila mak aku tau aku ada kat sekolah, dia biasala, cemas.. Tapi masih nak bertanya...

Mak : Mak nak tanye pasei Umar ni.. Sihat ke.. Kate hari tu nak operate..
Aku : Ha dah ok dah, tapi adale lagi sikit² bisulnya.. Sebab hari tu meronta² masa operate tu..
Mak : (Dengan nada terkejut gila) Hah!!!! Deme belah die hidup² ke???

Eleh mak aku ni, masa jari aku dah separuh nak putus dulu, takde pun nak pengsankan aku.. Letak serbuk kopi and balut dengan batang keladi je.. Masa aku sunat dulu takde pun pengsankan aku dulu.. Hidup² jugak aku kena.. Cepat lupa mak aku ni..