Ipoh

Aku akan ke Ipoh next week, teman Liza kerja sana.. Masalahnya walaupun aku orang Perak aku tak tau apa benda pun pasal Ipoh tu hahaha.. Doakan kitaorang selamat and tak sesat...
____________
Selepas bersahur...

Umar : Mama, rumah nenek ada hantu kan?
Liza : Ishh mana ada...
Umar : Mama ni, lempang kang... Rumah nenek ada hantu...

Seingat aku, aku tak pernah cakap lempang kang kat depan dia.. Pengaruh rakan sebaya betulla budak² ni...
______________
The best pajeri nenas and daging masak lemak cili api is in Kampung Rinching.. Harganya RM4.60 je dua² tu..

Telur berinti daging


Rutin aku sekarang, balik kerja singgah beli lauk dan kuih di gerai makcik. Dalam kereta akan tanya minuman yang teringin oleh isteri dan akan singgah di gerai² dekat rumah.

Semalam decide, beli lauk satu dan masakla dua jenis lauk lagi bila balik rumah.. Kebetulan semalam masa dalam kereta aku teringat resipi ciptaan aku masa zaman awal kahwin dulu.. Telur berinti daging.. Aku pun terus pergi ke kedai beli daun sup dan daun bawang untuk melengkapkan resipi tadi dan beli air tembikai laici.. Macam sedap je semuanya dalam bayangan aku.. Sampai rumah je aku buat kerja.. Liza dan Umar belum sampai lagi.. Dengan pakaian kerjanya aku masak daging, potong itu ini last² siap telur berinti daging aku and tiba giliran Liza masak lauk lain dan nasi.. Siap............ Bayangan berbuka puasa yang sangat indah bertiga beranak terbayang di mata aku..

Dalam 7.15 macam tu, tibalah masa kitaorang duduk nak berbuka.. Umar sekali pun join.. Nak makan nasi katanya.. Bersusunla lauk, kuih dan air tembikai laici.. Tak sabar rasanya nak makan telur berinti daging aku tu.. Tetiba aku pun pergila nak angkat nasi dari dalam periuk..

"Eh kenapa nasi ni tak masak lagi ni???"

Allahuakbar allahuakabar....

Liza lupa tekan periuk nasi tu... Aku minum air tembikai laici membuang rasa teringin nak makan telur berinti daging...

"Mama, nasik tak masak lagi ye?" - Umar..

Bulan puasa semua orang penat.. aku taknak marah².....

Hadiah-hadiah yang aku pernah menang..

Zaman sekarang ni banyak sangat contest.. Banyak yang aku masuk tapi semuanya hampeh. Hampeh di sini bila aku tak menang hadiah kereta, rumah atau wang ringgit berpuluh ribu.. Macam aku cakap hari tu masa kecik dulu aku selalu menang tikam hadiah yang paling best.. Dapat mercun, mainan etc.. Agaknya luck aku dah habis masa kecik dulu.. Semenjak dah kerja ni adala dua tiga aku menang:

1) Pocket PC Dell - Menang lucky draw dinner IMU dulu.
2) Ticket Wayang and novel Alexander The Great - Contest online The Star Newspaper
3) Simcard and Prepaid RM50 - Contest Coke, SMS. Last month aku menang.

Hahaha, adala jugak aku menang. Korang menang apa pulak? :D

Tanda Harga

Aku rasa orang² kat pasar Ramadhan patut letakla tanda harga kat makanan diaroang.. Senang sikit, takdela penat asyik nak bertanya je.. Dan peniaga yang paling perlu letak tanda harga ialah peniaga Yong Tau Foo.. Nanti kalau kitaorang yang tak selalu beli yong tau foo ambik benda sikit, tapi dia charge RM11.20 kitaorang boleh terkejut.. Apa ke benda yang mahal sangat? Letak tanda harga senang sikit orang budget.. Ambik sikit tapi charge macam ambik tiga kilo punya kuih muih..

Sebab tengok dan tak tengok

Aku malas nak tengok cerita Nur Kasih sebab minah ni, tak boleh terima langsung perempuan perangai macam ni hahaha :

Tapi minah ni macam memanggil pulak untuk tengok, berbudi perkerti mulia, hahahaa :

Aku bila tengok cerita beria sangat.. Itula terus marah², benci, suka..

Nostalgia

Pagi² ni teringat pulak aku zaman kecik² dulu, aku puasa kat kampung. Dulu masa kecik aku kerja kat ladang sawit bapak aku and aku still puasa.. Hebat.. And Alhamdulillah puasa pada aku
bukanlah ibadah yang menyusahkan.. Lagi susah nak sembahyang Isyak.. Kalau sembahyang Isyak tu awal, lega rasanya.. Ini nak juga sembahyang sebelum tidur, lepas tu rasa berat.. Hampeh punya perangai..

Dulu, mak aku biasanya akan siap hidang makanan dalam 15 minit sebelum berbuka.. Aku akan duduk terus.. Dan ambik semua lauk yang aku suka dan masukkan dalam pinggan.. Takde special² food.. Pada aku semua yang mak aku masak semuanya sedap.. Semuanya special..
And biasanya ayat.. "Sehari puasa tahan, ni lagi dua tiga minit tak boleh tahan" selalu aku dengar sebab macam dah kebuluran je rupanya menyusun lauk dalam pinggan..

Bila masuk asrama masa tingkatan satu, lauk berbuka tak sedap, aku makan sikit je.. Aku tak ingat sangat pasal ni tapi aku taula aku sanggup tak makan sebab lauk berbukanya hampeh dan hina..

Sekarang aku dah tua, berbuka biasa je.. takdela nak yang grand² or maybe sebab dah lama sangat hidup, semua makanan tu biasa je.. (rendang ayam kampung tu sebenarnya grand tapi lidah pahit pulak).. Maybe aku tunggu anak² aku dah start puasa nanti baru boleh nampak benda² yang aku alami dulu.. Tengok letihnya, tak sabarnya nak berbuka etc..

Tak taula kenapa tahun ni aku mcm teruk sangat.. Lepas berbuka nak muntah, muntah sikit².. Lepas bersahur muntah terus.. Kalau tunduk² nak ambik air sembahyang tu lagi kuat effect nak muntahnya.. So aku decide tidur dulu lepas bersahur bagi badan adjust, lepas tu baru bangun sembahyang Subuh.. Itu pun pening.. Ni sampai sekarang pening.. Nasib baik kerja dalam office ada aircond.. Kalau kerja ladang lagi macamana??

permulaan yang tidak memberangsangkan...

Start Jumaat aku dah demam teruk, lunch Jumaat tu pun dah makan tak habis.. Sepanjang hari terbaring. Ingatkan rendang ayam kampung Liza boleh bukak selera, sekali aku berbuka takde rasa.. lidah pahit.. Bengang gila, seminggu mengidam lauk tu.. Makan ubat, terbaring lagi sambil tengok bola.. Tak habis pun tengok, terus tertidur.. And exam hari Ahad ni aku buat dek je..

Time bangun sahur nasib baik dah ok sikit.. Exam aku start pukul 9.. Pergi Keramat hantar Liza and Umar.. Mengenangkan aku tak study amende aku teringat cerita Road Trip.. Aku suruh Liza bacakan tajuk-tajuk penting, maksud-maksud etc dalam perjalanan.. Sampai Keramat dalam 8.40a.m, mandi dan bersiap secara laju dan dalam 8.50 dah ada atas jalan dah.. Aku sampai Jalan Raja Laut dalam pukul 9. Bayangkan kalau jalan tak jammed KL ni dekat je sebenarnya...

Masuk-masuk tengok orang dah start jawab soalan dah.. Aku bukak kertas soalan, apa yang Liza bacakan dalam kereta tadi nasib baik ada... Harapnya pajeri terung dan gulai lemak udang nenek sedara Liza masak hari ni boleh bukak selera aku and bagi aku sihat seperti sedia kala.. Uhukk.. Uhukk...

Hari yang sama...

Aku kadang² boleh lupa hari ni hari apa sebab anak aku si Umar Zakwan.. Setiap malam bila dia rasa nak tidur secara tiba² dia akan cakap kat aku.. "Ayah jom naik tidur.. Umar tutup TV ye?" sambil mengambil ketiga² remote control dan tutup satu².. (astro, tv, audio system).. Tak kirala aku tengah tngk cerita apa.. Tapi kadang² kalau cerita best aku gaduh dengan dia dulu.. Tunggu cerita habis.. baru naik tidur..

Bila dah masuk bilik dia, dia tak terus tidur.. Dia akan naik katil dia dan cakap.. "Ayah/Mama mcmana frog jump?" Lepas tu dia pun melompat katak.. Habis benda tu dia akan bukak almari dia dan cakap.. "Ni baju Umarkan?" sebanyak empat kali sebab ada 4 compartment almari dia..

And by this time aku dah mengamuk dan dia akan baring, susu.. Tapi exactly before susu tu dia akan cakap.. "Ayah tutup lampu.." Dan aku akan tutup lampu.. Bila dah habis susu.. "Ayah bukak lampu"

And biasanya time ni dia akan dimarah, kena tidur.. Benda ni jadi tiap2 hari.. So aku rasa macam setiap hari adalah hari yang sama berulang² hahaha..
______________
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam..

Aku demam, sakit tekak, batuk teruk.. Jap lagi nak gi klinik..

4th Wedding Anniversary

Wah dah 4 tahun dah.. 4 tahun lepas aku tengah bersiap²la untuk dinikahkan pada malam harinya.. Hmm aku ingat lagi first anniversary kitaorang, Liza pregnant after almost setahun mencuba.. Hadiah terhebat sekalila.. Aku taula Tuhan ni memang plan bebaik untuk kita, dia tau bila kita ready or tak ready.. Elok je kitaorang pindah rumah, aku kerja dekat sini, Liza beli kereta sendiri.. Dah senang, dah relax.. dah settle down bebetul.. Dia bagi anak.. Hehehe...

Aku jugak yakin Tuhan akan bagi benda kat kita dengan bersyarat.. Tak boleh la senang² nak bagi.. Contoh; aku boleh dapat kerja jadi H.O.D tapi orang tu cakap syaratnya Please complete your degree, the post we have for you is with degree. You are sure to be employed but not now... Atau contoh lain; kalau nak anak jadi orang beriman ajak anak sembahyang sama² walaupun dia sentiasa membetulkan sejadah dia masa sembahyang dan terus meniarap masa sujud... Nak terus² jadi head, dapat anak elok budi pekerti tapi kerja asyik meragut/merompak tak bolehla nak dapat benda.. Aku yakinla term boleh dapat, tapi dengan syarat...

Semalam sembang dengan kawan aku, cerita pasal kawan yang sakit and sekarang kena guna wheelchair.. dia tanya khabar aku, lepas tu aku saje buat lawak; malasla nak tanya khabar you, dalam facebook nampak sihat and happy gila je.. Sekali dia cakap, u nampak I happy je kan?? Sebenarnya husband I ada cancer.. And muda lagi orangnya.. Maybe orang boleh pakai Harley Davidson, belajar sampai ke America, Australia, duduk rumah banglo ada kolam renang size olympic tapi tak semestinya orang² tu happy and lepas dari masalah jugak..

Eh doakan perkahwinan aku dengan Liza kekal ke akhir hayat, takde masalah² besar and yang penting doakan kitaorang happy... Cukup.. Terima kasih..

aku yang berdosa....

Aku ni memang jenis pendengki.. Tengok orang kaya jealous.. Tengok orang mampu nak belajar sampai tinggi² sebab diaorang ada duit aku dengki.. Tengok kawan dengan husband melancong ke luar negara dengki.. Kawan bawak Harley Davidson dengki.. Jarakkan diri dari diaorang semua ni.. Taknak kawan sebab diaorang orang kaya.. And aku miskin konon²nya..

Tapi sekarang orang² ni ada yang atas wheelchair sebab sakit.. Ada yang husband kena cancer muda²...

Bersyukurla Pizli oiii... Bersyukur!!!

90% + 10%

Kesesakan jalan raya pada aku jadi sebab 90% kebodohan pemandu².. Bukan maksud aku 90% pemandu bodoh.. Yang bodohnya 10% je.. Tapi sebab 10% ni yang menjadikan jalan sesak..

Tak percaya cuba petang² lalu Sungai Besi pergi KL.. Kalau ada seorang buat benda bodoh, macam guna emergency lane, mesti ada beberapa orang yang nak ikut, and sebab beberapa orang ni nak cepat, kat satu point tu jalan semua kereta bersesak dan orang kat belakang pun slow. Aku pun kadang² geram, jadi bodoh jugak..

So ada kumpulan yang memang dah sedia bodoh, ada kumpulan yang mengikut orang² bodoh tadi, and ada satu kumpulan kecil orang yang pada asalnya baik, mengikut emosi lepas tu jadi bodoh sekali.. Terus jalan sesak and menyusahkan orang ramai.. Kalau semua ikut peraturan, bertimbang rasa, sopan santun, yang aku yakin 90% driver kat Malaysia ni macam tu, tapi sebab ada 10% yang lahanat - lahir² dah perangai macam tu, hidup semua orang jadi susah..

P/s - Sekarang aku hantar Liza pergi kerja sebab bateri kereta dia tak ganti lagi.. Baru sehari lalu jalan sesak dah bising² hahahaha...

Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati

Aku dan Liza adalah manusia yang paling tak suka nak mintak tolong orang.. Ini dari segi kehidupanla.. Bukan dari segi mintak tolong Jihan downloadkan MP3, software etc.. Biasanya kalau ada problem kitaorang akan usaha gegila, tak mintak tolong orang dan taknak susahkan orang..

Aku selalu terfikir, kalau betul aku susah satu hari, yang tak boleh usaha sendiri, aku nak mintak tolong siapa? And semalam benda tu jadi.. Pagi semalam aku dan Liza plan pergi ke klinik dulu, pergi IMU and lepas tu aku pergi KL untuk exam... Makan nasi kandar semua ada dalam plan ni.. Tapi lepas isi minyak kat Shell sebelum Sg Besi tu kereta tak boleh start. Nak tow hantar bengkel aku dan Liza sure akan lambat - Liza akan terlepas dia punya presentation ke apa ntah.. and aku akan terlepas exam! And akhirnya kitaorang terpaksa mintak tolong orang and siapa lagi yang nak mintak tolong kalau bukan pakar kereta si Kroll.. Terpaksa mintak tolong ambik kitaorang and hantar aku ke LRT and bawak Liza ke IMU. Petang dia hantar balik ke Shell tu and start kereta guna jumper..

Dua benda yang membantu semalam :
1) Wife Kroll cuti so dia tak payah kena ambik wife dia..
2) Jumper tu ada jual kat 7-11 dekat Shell tu.. and itu yang last.. Takde stock lagi..

So di sini aku nak berterima kasih yang amat sangat kepada Kroll kerana menolong kitaorang semalam.. Aku bagi duit dia taknak, dia suruh belanja makan.. Ntah bila la nak belanjanya hahaha.. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kau.. Kalau nasi kandar Kudu tu dekat IMU memang dah lama aku belanja hehe..
______________
Separuh hidup aku dihabiskan untuk berangan² dan separuh lagi dihabiskan mengecapi angan² aku..
_______________
Umar : Ayah itu Manchester United City kan?
Aku : Itu Manchester Cityla....

lagi hina dan pundek

Aku ingatkan Mawi dan Ekin tu dah habis menyampah dah aku tengok.. Sekali ada Ustat Akil Hayy dgn Waheeda pulak.. Lagi pundek gayanya...

Kepada semua - Tak kisah nak bercerai kalau takde persefahaman, isteri kurang ajar, lepas tu dalam setahun dua baru kawin balik.. Bukan dua tiga bulan!!
Kepada perempuan - Lebih baik tak payah kawin dari biar rumahtangga orang rosak peranda..
Kepada lelaki - Kawin dua lagi mulia dari ceraikan bini lepas tu kahwin dengan perempuan muda..
Kepada kawan2 - Doakan kita tak jadi mcm diaorang ni.. Amin....

Ustaz konon.. Ptuihh... Elok sangatla selama ni menipu.. Korang berdua adalah couple paling hina sekali sekarang ni.. Top Mawi and Ekin.. at least diaorang tu pakai baju sama je walaupun bukan hari raya...

Melampau..

Mungkin aku melampau, tapi aku dah terfikir nak berbuka apa first day puasa.. Beli ayam kampung kat Giant.. Suruh Liza masak rendang dengan goreng.. Buat sayur tauge kicap.. Perghh...

Isnin aku exam doakan aku berjaya..

Happy, Anxious, Nervous, Guilty....



Rasa nak hisap rokok 10 batang sekaligus.. <--- Bukan pasal family..

Pengalaman saya menjadi gemuk...

Aku masa kecik dulu kurus kering.. Sampai ke tingkatan 5 rasanya.. Itu yang boleh lari laju tu, angin sekali tolong tiupkan bagi aku menang lumba lari.. Bila aku tengok gambar aku masa kecik memang aku macam kanak² africa la.. So bila aku tetiba menjadi gemuk bila terjumpa kawan² sekolah rendah, seperti terjumpa Fatimah wife si Kambing.. statement² seperti "Eh gemuk ye kau sekarang?" sangat biasa didengar.. Aku melalui beberapa peringkat dalam kegemukan ni :

1) Dulu bila orang cakap macam tu aku macam tak percaya..
2) Lepas tu bila orang cakap macam tu aku start terasa hati.. sedih, marah, rasa nak langgar dengan kereta je orang yang cakap aku gemuk .
3) Sekarang aku tak kisah pun orang cakap aku gemuk.. Aku relax je..

Maksudnya aku dah ke tahap aku selesa aku gemuk dan ini sangat bahaya!! Manusia ni memang, berserah je.. kalau aku kekalkan perasaan terasa hati tu maybe sekarang aku dah kurus kering sebab nak buktikan orang silap... dan mungkin juga ada beberapa kawan or isteri kawan aku yang dah meninggal dunia sebab kena langgar dengan kereta aku..

Zaman yang boleh dikatakan masih kurus, bayangkan masa umur 17 tahun, aku half daripada ni.. lagi kurus keding..

Kat bawah ni aku paste fakta dari internet yang buat aku bertambah selesa menjadi gemuk, hampeh :

1) Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang…namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

2) Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air ‘zat’ isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan. Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma lelaki yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Lagu ini ditujukan kepada isteri saya.. Janganla bersedih.. 90% lagu ni tak relevan so dengarlah rangkap pertama sahaja..



Usap air matamu
Yang menetes di pipimu
Ku pastikan semuanya
Akan baik-baik saja

Bila kau terus pandangi
Langit tinggi di angkasa
Tak kan ada habisnya
S'gala hasrat di dunia

Reff :
Hawa tercipta di dunia
Untuk menemani sang Adam
Begitu juga dirimu
Tercipta tuk temani aku

Renungkan sejenak...
Arti hadirku di sini
Jangan pernah ingkari
Dirimu adalah Wanita

* :
Harusnya dirimu menjadi
Perhiasan sangkar maduku
Walaupun kadang diriku
Bertekuk lutut di hadapanmu...
Back to Reff, *, Reff :

Bukalah pintu jiwamu
Dengar bisikan sanubari
Semua adalah isyarat
Isyarat dari Sang Pencipta

Kalau aku jadi pelakon

Kalau aku jadi pelakon, aku nak jadi macam mamat dua orang ni.. Cerita² lawak selamba macam ni.. Selalu aku buat lawak dengan orang kat ym, gtalk orang boleh ketawa so aku rasa aku bolehla kut nak jadi pelawak mcm ni.. Raja Lawak tu pun aku boleh masuk rasanya kalau aku buat preparation betul².. Ala dulu wife aku jatuh cinta dengan aku pun sebab lawak² aku jugakla.. Aku tau.. Hahahah. Sila tengok video ni or bukakla HBO hari Selasa and Sabtu rasanya.. Dalam lawak² apa yang diaorang sampai kan tu sangat best..


Satu²nya kawan saya yang menjadi celebrity

Intan nama kawan aku yang menjadi celebrity.. Aku kenal dia dekat IMU dulu.. Aku start baik dengan dia bila aku dah kerja Cyberjaya and kitaorang beryahoo messenger..

Kat IMU takdela baik sangat pun... Aku taknak putus kawan dengan dia ni sebab soto mak dia sedap sangat.. Sup dia mak dia buat sup tulang.. masa aku makan tu aku curi² ambik tulang yang mak dia letak dalam sup tu.. makan pulak dengan ayam yang diracik² dan sambal kicap.. perghh...

Tahun lepas dia start buat blog http://malaysiansupermummy.blogspot.com/. Secara tiba² dia menjadi popular di Malaysia.. Diinterview di newspaper dekat sepuluh kali.. Menjadi famous dan malam tadi dia diinterview di 8TV..

Dia masuk contest LURVE AFFAIR and sekarang dia dipilih sebagai top 3. Walaupun dia kawan aku, tapi aku rasa dia punya LURVE AFFAIR dengan Twilight dia tu adalah sangat real dan honest. Seriously.. Silalah vote dia, and dia takdela upah aku sebab promote ni.. Aku promote pun sebab dia punya video tu memang honest dan best.

Untuk vote dia sila ikut instruction ini :

pastu klik become a fan
pastu tekan 'like' kat video my lurve affair with twilight

Dia cakap dia dah tengok movie twilight ni lebih 30 kali.. Soalan aku sekarang.. DVD Twilight yang dia beli tu Original ke beli kat pirate dekat rumah dia tu?? Haha...

P/S - Intan, aku baru teringat, kalau kau rasa nak upah aku, kau mintak mak kau buat soto and jemput aku datang makan.. Heheh..

Masalah² Dunia..

Kalau aku kerja KL, aku takdela nak naik LRT.. Aku sanggup merempit balik... Semalam aku gi Bukit Bintang, settle semua benda, nak balik aku naik monorail dalam pukul 6.. Lepas tu naik STAR.. Punyala ramai orang, aku dahla tak biasa, nak mengelak terlanggar perempuan lagi, nak cari space lagi.. Ada sekali tu aku kena tolak terus sebab lembab nak mengelak².. Maybe kerajaan boleh buat satu gerabak tu untuk semua perempuan, satu untuk lelaki and satu campur², kira untuk orang yang rush boleh masuk situ.. Perempuan yang taknak tergesek² boleh duduk dalam gerabak perempuan and lelaki² suci macam aku boleh duduk dalam gerabak lelaki..

Air

Umar : Basikal Umar rosak, Umar letak air ye?
Ayah : Ha nak buat apa?
Umar : Isi air... (Sambil menuang air dari water bottle dia kat basket basikal)
Ayah : Ishh tumpah la air tu...
Umar : Car Umar rosak jugak.. Umar isi air...

Aku memang dah nak marah dah...

Liza : Kan siang tadi dia nampak ayah isi air bateri...

Aku : Wahahahahaha, wahahahahaha (Kereta Liza tak boleh start kat petrol pump, aku isila air bateri semua, padahal sebenarnya Umar tertekan alarm.. Bukan bateri dah nak habis.. )
________________
Sambil menonton National Junior League . League bebudak kecik kat Malaysia..

Aku : Ha nanti Umar main macam abang² tu tau? Main kat situ...
Umar : Taknak.. (Sambil muka nak nangis)
Aku : Ishh kenapa pulak?
Umar : Umar nak main kat Manchester United...
Aku : Wahahahaha....

Anak memang menghiburkan..

Keywords

Bestnya ada nuffnang account and feedjit ialah kita boleh check orang datang dari mana, and apa keywordsnya yang diaorang google yang boleh buat diaorang sampai ke blog kita.. Masalah aku sekarang, keywords² nya macam siut sampai aku rasa blog aku ni blog penjenayah gayanya...

Yang paling jenayah :

1) Pelacur bukit bintang yang paling cantik movie - aku pernah tulis pasal program kat TV3 cerita pasal pelacur rasanya
2) Escort pelacur murah KL - Samala kut mcmana diaorang jumpa

Yang paling lawak :

1) Khalid Jamlus masuk karaoke kat Kelantan - aku tulis Khalid main Kelantan sekarang ni..
2) Gambar artis sidai seluar dalam - Aku tak tau...

Yang paling menarik :

1) Sithique Nasi Kandar - Mesti lepas baca orang tu terus pergi

Soalan aku sekarang, wujud ke "Pelacur bukit bintang yang paling cantik movie"??

persepsi orang, facebook, comel dan pandai mencarut sahaja

Macam aku cakap minggu lepas, manusia ni senang fikir apa pandangan orang pada diri masing².. Katakan gadis berusia 17 tahun ada boyfriend umur 45 tahun.. Si gadis sangatla cantik dan si lelaki tua, buncit dan tak handsome.. Sebagai masyarakat disekeliling, aku dan orang² lain macam biar je la kut sebab itu hak dia.. Tapi tak, perempuan ni risau, so dia kena explain kat semua orang kenapa dia pilih mamat tu.. Dia rasa bersalah.. Padahal orang lain TAK PEDULI PUN!! So dengan rasa penuh bersalah perempuan ni pun akan mengupdate status di facebooknya setiap 5 minit sekali untuk menunjukkan kepada orang ramai kenapa dia pilih mamat ni. Contoh:
1) Saya dan kekasih baru balik makan dari restoran berpusing
2) Kekasih baru belikan saya cincin berharga $50,000
3) Ohh, terima kasih kekasih kerana belanja saya dan family makan.. I love you...
4) Kekasih akan pergi outstation ke Begium, harap kekasih selamat.. I miss you dah ni...
5) Kekasih sakit.. jari luka, kesian kekasih.. saya nak ambik cuti 10 hari untuk menjaga kekasih...

Pada manusia normal , or loser macam aku... Dalam hati mesti panas sebab aku tak mampu nak belikan wife aku cincin harga RM50000.. Daripada aku tak peduli terus aku meluat...
_____________
Kalau orang cakap anak aku comel.. Biasanya aku akan jawab dua..
1) Tengokla siapa ayah dia.. (Dengan nada lawak)
2) Mana ada baby yang tak comel.. semua baby/budak kecik comel.. (Dengan serius)

Bila orang cakap anak korang comel.. Silalah jangan jawab.. "Ye, anak aku memang comel". Sebab nanti ada orang akan cakap.. "Gezz", sambil me-rolling eyes..

Jawab terima kasih pun ok jugak...
_________
Ayat dari Internet :

Hey,WTF of the people who bit him like that? so hope they all get CATCH @ and give they DEAD !this worth is so NO FAIR ! hope the god got eye,let them DIE !!! SCUM,USELESS,AND BRAINLESS THE RUBBISH !

Nak mencarut laju je.. Pandai je What the fuck? what the fuck? siap tau short form.. Lepas tu???

Memang Jahanam..

Dengan ini aku mengistiharkan diri aku sendiri memang takde nasib dalam segala contest radio, newspaper, stesen minyak dan apa² contest sekalipun.. Kalau zaman sekolah aku memang akan dapat no 1 dalam segala pertandingan yang aku masuk, main tikam² pun sure dapat hadiah yang paling best kat kedai runcit, sekarang tidak lagi.. Aku rasa luck aku dah habis..

Memang kena guna tulang empat keratla nak ubah nasib.. Aku usaha, tapi macam tu la.. Hari tu nak meniaga baju kanak², promote gila² sampai kawan, adik beradik ipar pun promotekan sekali, bawak office pun tak laku.. Adik ipar aku letak link kat facebook siap ada kawan dia condemn.. Apa ke jadah??

So aku rasa memang aku dah ditakdirkan jadi macam ni.. Usaha pun tak jalan.. Menghabiskan duit lagi adala.. Makan gaji je la.. Itupun nasib baik boleh makan gaji..

Diantara hari² yang aku bernasib baik.. Tapi ini cerita dulu.. Lama sangat dah..