History



Semua orang ada history sendiri.. Macam aku semua orang tau dulu aku jahat and sekarang insaf.. Study part-time bukak mata aku jugak.. Macam² kes orang sambung study.. Ada yang nak dapat naik pangkat. Ada yang dah ada diploma tapi saje tak kerja bidang dia, so kerja ntah apa² tapi sambil tu ambik degree dan plan lepas habis nak bukak company.. Ada yang sebab awek nak sambung study, dia pun sambung study sekali so that dalam kelas boleh raba²..

Yang paling aku tak terfikir.. Ada kawan aku ni dia baru dapat kerakyatan Malaysia.. Dulu dia tak boleh sambung study sebab dia bukan rakyat Malaysia.. Bila dah anak 4 baru dapat, and sambung study. Orang Indon.. Gila hebat..

Dalam hidup pun orang ada sejarah sendiri.. Ada yang dulu boleh main basketball kebangsaan tapi tumpukan study. Ada orang yang dulu bapak dia tinggalkan dia terus dia benci lelaki. Ada orang yang awek dia tipu dia dia jadi gay. Macam² lagi…

So dalam hidup ni kita tak bolehla sangat nak judge orang.

Kalau korang jadi lecturer katakan, ajar bebudak part-time pulak tu, janganla korang bongkak sangat.. Tanyala dulu budak² ni kerja mana, kerja apa, dulu belajar kat mana? Sebab bukan semua bebudak ni or bapak² budak ni sambung study sebab diaorang bodoh. Janganla sebab kau baru habis master or baru ada experience kerja dua tahun korang boleh cakap.. “Kalau nak buat design Tanya saya.. Jangan tanya kawan² awak, diaorang sama level je dengan awak!!” Kau tau ke dalam kelas tu kawan sebelah aku sebenarnya dah jadi team leader and ada experience kerja dekat 10 tahun?? Dan staff bawah dia ada 7 orang?? Buat kerja² design kat satu shopping complex besar and famous..

Bila kau sebagai lecturer tanya soalan and budak melayu tu jawab handphone janganla pandang hina kat dia lepas tu betulkan.. “Mobile Phone bukan handphone..” Padahal handphone tu aku rasa separuh rakyat Malaysia gunakan term tu..

Ohh kalau korang cerita korang hebat buat kerja freelance and nasihat bebudak macam tak tau apa pun maksud freelance patutnya korang selidik dulu sejarah student korang sebab maybe, separuh daripada kelas tu dah penat buat freelance and sekarang nak berehat and sekarang baru ada masa untuk sambung study sebab dulu kumpul duit freelance tu untuk study tu sendiri…

Jangan assume!! Dan yang paling penting jangan bongkak!!

Kami Rappers Yo..

Sekarang aku selalu tengok iklan Hotlink, Maxis kat TV. Cantik.. Aku selalu tertanya² kalau aku bekerja kat tempat yang ada semua keperluan boleh tak aku produce something yang best. Macam masa aku buat music video yang Liza berlakon hari tu aku fikir setakat apa yang aku boleh buat dengan benda yang limited.

Agaknya boleh ke kepala otak, creativity aku ni pergi lagi jauh kalau aku boleh dapat apa yang aku wish. Macam sekarang bila aku terfikir nak buat something, tapi semua benda takde so aku malas nak fikir terus.

Kalau la aku dapat green screen studio sebesar dewan, alangkah seronoknya..
_________________
Tak dapat green screen studio besar dewan, dapat camera best and ada orang yang nak berlakon macam diaorang ni pun best jugak..


Masa aku botak Umur dalam 18-20 dulu, orang cakap muka aku macam Jay-Z, bakal adik ipar aku dulu, cakap muka aku macam Joe Flizzow. Memang patut aku jadi rappersla sebenarnya…

Pencapaian Terhebat Sepanjang Cuti

Hari tu aku baca paper, mamat ni tulis pasal iklan kat Malaysia pasal raya menunjukkan macam Malaysia ni orang balik kampong setahun sekali.. Lepas tu macam Malaysia negara yang mundur sebab dari caranya macam susah sangat orang nak balik kampong…

Kebetulan pulak masa raya hari tu aku ada cakap kat abang and bapak aku, lagu raya sekarang dah tak relevan. Dulu susah, mana ada telefon, mana ada highway.. Itu yang sayu sesangat bila dengar lagu raya.. Aku tambah lagi, macam aku, sambil dalam perjalanan balik kerja, aku boleh call mak aku masa tengah drive..

Pada aku bermaafan masa raya tu sesuai dan perfectla.. Sebab macam kenala, ada satu hari special dalam setahun yang boleh buat satu family berkumpul, bermaafan dan bergembira.. And satu lagi yang menarik, masa ni la nak beli baju² baru..
______________
Aku cuti lama, rancangan aku nak kemas kawasan rumah je la.. Belakang rumah aku, aku ada tanam serai and menanam serai ni adalah satu benda yang aku menyesal seumur hidup.. Tau tak pokok serai ni boleh hidup dan membiak dengan cepat. Liza bukan tiap² hari masak guna serai.. Dengan daun tua dia dah keringnya, memang semak dan burukla.. So hari tu aku bakar je terus pokok tu.. Sebab hari panas and banyak daunnya yang kering, menjulang api tinggi.. Aku dah risau dah orang marah.. Akhirnya aku siram dengan air.. selamat and habis terbakar pokok tu.. Lega hati aku.. Macam beban selama ni terangkat..
Itula pencapaian yang terhebat sepanjang cuti raya hari tu.
_______________
Takde lagi orang apply nak jadi maid aku..

Aku Suka Lagu ni..



Tanam-tanam ubi
Tak perlu dibaja
Orang berbudi
Kita berbahasa

Naik kereta api
Turun padang tembak
Kalau tak hati-hati
Kita kan terjebak

Chorus
Semarakkan hari ini
Kita nyanyi ramai-ramai
Goyang badan gerak kaki
Laungkan lagu damai

Jangan ambil mudah
Jangan rasa mudah
Menang bukan kekal
Kalah jangan kesal

Hati masih muda
Tenaga pun ada
Hidup ada prinsip
Ikut tatatertib
Yeah yeah yeah yeah yeah

Carik bulu ayam
Akan bercantum jua
Lupakan hal semalam
Esok pasti ceria

Ulang Chorus

Mula langkah kanan
Senang cari makan
Hidup berdikari
Buat amal bakti

Solat jangan lupa
Tiang ugama

Ingat masa depan
Pilih kawan-kawan
Amalan yang baik
Untuk orang cerdik
Yeah yeah yeah yeah yeah

Ulang *
Ulang Chorus 2X

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalamualaikum semua...

Di sini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.. Manala tau selama aku menulis ni tak semena² korang terasa ke apa ke..

Kepada yang tengok status aku kat facebook macam taknak balik Keramat, itu saje je aku nak menyakat wife aku.. Aku ok je, sebab aku rasa aku dah boleh terima makan nasi himpit dengan rendang, kuah lodeh.. Tapi takdela sampai aku melupakan lemang dan rendang mak bapak aku...

Ok.. sekali lagi.. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dan memandu la dengan berhati²..

Nah Kad Raya - CLICK SINI

orang suruh pergi sekolah hang pukui orang nu, hang pukui orang ni, hang nak jadi gangster??

Selepas video geli mat, aku kalau dapat video orang yang cuba ubah dialog mesti aku - mcm perkataan yang Hafezh banyak guna sekarang - skeptic.. Aku tak rasa la orang boleh buat lagi hebat dari geli Mat.. Kadang² marah pun ada bila semua orang nak buat benda yang sama..

Tapi bila keluar video Hang Tuah Fail SPM, aku terhibur gila.. Aku yakin masa ni semua orang yang ada internet access dah tengok dah video ni..



Kat Besout tu ramai jugak orang cakap loghat Kedah, perkataan mengaji direplace untuk study ni aku biasa dengarla.. So aku memang boleh faham video ni.. and betul² terhibur..

Satu lagi, rakyat Malaysia memang creative!! Terima kasih.. Aku harap janganla lepas ni ada orang buat perarakan suruh buang video ni and dakwa orang yang membuatnya sebab macam memalukan P.Ramlee.. Sebab orang Malaysia ni walaupun creative, diaorang pun sensitif sangat.. Poyo pun ye..


Satu²nya peluang untuk saya berkahwin dengan orang sekampung..

Aku ingat lagi masa tu baru start tingkatan 4.. Semua orang sibuk dapat offer sekolah asrama.. Di satu sudut di dalam bilik guru ada aku, Zaidi dan Hafizah..

Hafizah, aku kenal dia ni dari darjah satu lagi.. Kitaorang buat persembahan lagu "One two buckle my shoes, three four shut the door...." Bila besar macamana pun Hafizah aku still pandang dia macam budak sememeh masa darjah satu dulu.. Aku tak pernah pandang dia lebih dari tu.. Tapi pada hari itu segalanya berubah...

Zaidi tengah pening nak ambik ke offer dia tu, pergi sekolah mana ntah or stay di sekolah sekarang... Kitaorang bertiga bersembang².. And berbincang rasanya..

Zaidi : Macamana ye cikgu? Saya nak stay ke nak ambik offer ni...

"Ala kau ambik je la, kau nak stay kat sini buat apa? Bosan.. Cubala sekolah baru.. Mesti seronok..."

Bayangkan, aku dan Hafizah cakap ayat yang panjang macam tu serentak.. Bukan cakap yes or no.. Tapi satu complete ayat sama² serentak...

Kitaorang sama² tersenyum dan bertentang mata.. Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa masa tu macam ada satu spotlight yang betul² suluh kat area muka dia ni, and tetiba aku nampak dan cakap dalam hati.. "Eh cantik jugak dia ni sebenarnya...." Kitaorang terdiam sambil tersenyum and lepas tu pergi dari situ..

And itu last aku cakap, jumpa dengan Hafizah sebab seminggu lepas tu aku pergi sekolah lain and dia pun pergi sekolah lain rasanya.. Kalau aku approach dia mesti boleh dapat punya, sebab moment itu tadi...

Hafizah, aku doakan kau jumpa lelaki yang best dan kaya.. Semoga kau berbahgia sahabat....

Kita merancang Tuhan menentukan...

Aku dah plan satu benda pasal masa depan aku ni baik punya.. Tapi apa yang aku plan tu musnah serta merta.. Tengah pening sekarang ni.. Arghhh.........
__________
Seperti biasa aku adalah orang terakhir di muka bumi yang tengok cerita Geng, Pengembaraan bermula..

Ini adalah cerita yang aku meremang 4, 5 kali.. Bukanla cerita dia best sangat.. Tapi mengenangkan itu cerita 3D pertama kat Malaysia, buat aku bangga.. Cantik gila.. Kira worth gila beli DVD ori.. Jalan cerita dia untuk bebudak, so kira okla..

Lawak dia pun okla.. And ini adalah cerita yang menggabungkan 3 bangsa di Malaysia and tak nampak fake kejiranannya.. And part yang paling suka, masa dah habis tu, diaorang buat scene matahari naik.. Cun gila.. Bangga jadi rakyat Malaysia.. Ohh and satu lagi masa Lim bagi Rajoo discman dia tu...

Rajoo : Betul ke ni?
Lim : Mestilah, kita kan Geng...

Terus meremang gila².. Goosebumps kata orang putih...

Sabtu yang lesu...

Turn aku kerja pulak hari ni..

Bosan² ni aku tulis la cabaran berpuasa tahun ni.. ada dua je...

1) Naik kereta aku yang aircond dia tak kuat, lepas sembahyang Jumaat semalam...
2) Nak bersahur pagi tadi elektrik takde.. Sampai lepas Subuh.. berpeluh² tidur...

Itu je... Kalau dulu dahsyat.. Tapi itu dulu.. Sekarang aku kerja office ada aircond..

Hah Finally...

Aku seronok tengok orang² yang balik kampung lepas tu boleh ambik pesanan beli macam² benda yang special dari kampung masing².. Macam ada sorang ni dia siap email, nak ke jeruk² dari Penang, masa dia balik Penang hari tu.. Aku of coursela terfikirkan nasi kandar, tapi melampaula nak bungkus dan bawak balik sini.. Kakak office ni pulak duduk Terengganu, so bila dia balik sana, and tak selalu dia balik rasanya, dapatla kitaorang pesan keropok dan sos kat sana...

Aku? Aku takde apa sampaila masa baru balik kampung hari tu.. Ada benda special dari Tanjung Malim yang agak dekat dengan kampung aku untuk aku beli kalau aku balik kampung.. Yik Mun The Famous Tanjung Malim Pau.. Since 1926.. Diaorang memang ada kedai kat satu R n R ni.. Dia ada jual yang instant, beli, lepas tu balik rumah korang kukus sendiri.. Kat KL ni pun ada kedainya.. Tapi takdela pernah aku jumpa.. Aku dua kut kedainya.... Ada sorang kawan aku yang suka, mention² pasal pau ni.. Orang Semenyih...

Masalahnya satu je, diaorang ni jual paling sikit 12 ketul.. Pau Kaya and Kacang harga dia dalam 16 ringgit.. Perisa lain aku tak sure.. So lepas ni aku bolehla offer "Aku nak balik kampung ni, korang nak pesan pau Yik Mun tak?" Tapi korang kena bayar dulu la sebab mahal pau dia hahaha... Akhirnya ada jugak benda yang special aku boleh bawak balik dari sana..
______________
Aku tak rasa macam nak hari raya sampaila malam tadi.. Sebelum ni mcm kat Hafezh, hari raya nak disambut sebab nak dapat cuti panjang je.. Tapi malam tadi aku tengok polis² ni bagi ucapan kat mak bapak/mentua dan wife and anak².. Terus aku sebak.. Hahaha... Terus mcm eh nak berhari rayala...
________________
Aku : Siapa pandai?
Umar : Umar.....
Aku : Siapa handsome?
Umar : Umar....
Aku : Haishh....
Umar : Ayah??
Aku : Ha.....
Umar : Kita handsome sama²?
Aku : Ha pandai....

Liza geleng kepala... Hahahahah....

Satu free dan satu murah

Sebagai manusia yang tidak berkemampuan tapi bercitarasa tinggi aku tak selalu dapat apa yang aku nak, tapi berkat kesabaran dan kerajinan aku yakin aku boleh dapat..

Aku teringin nak beli Levis 501.. Lama dah, tapi nak spend dekat RM300 untuk sehelai jeans adalah sangat memeningkan dan rasa tak worthla kut sebab jeans Giordano yang lagi murah pun best je pakai.. So dari sebulan lepas aku pun menggunakan internet untuk mencari sesiapa yang nak menjual 501.. Itu satu.. Size aku tu satu hal pulak.. And aku nak cari yang baru, bukan second hand...

Akhirnya last week aku jumpa.. Semalam sampai, pada harga RM100 lagi murah dan sampai ke tangan terus, jimat minyak etcla.. Ok, kalau korang rajin sebenarnya banyak je benda² murah yang orang nak jual for whatever reasonla.. Ada yang kawan/family belikan tapi salah size.. Ada yang tetiba terdesak nak pakai duit.. Ada yang memang meniaga dapat stock dari oversea yang murah, ada yang dead stock dan macam² lagi.. So kalau rajin memang boleh dapatla..

Ingat tak kasut Nike aku tunjuk hari tu.. Orang tu beli kasut sesuka sebagai collection and bila dah rasa bosan dia jual, bayangkan.. dia just beli untuk disimpan, bukan untuk dipakai.. tetiba rasa nak duit dia jual.. Pada harga RM150 lagi murah.. Aku tak jadi beli sebab takut orang ingat aku tengah mid-life crisis.. Dah tua tetiba hari raya nak pakai baju melayu dengan sneakers...
____________
Balik dari kampung minggu lepas aku ternampak satu lori ICI Dulux.. Kat lori tu ada tulis kalau aku ambik gambar lori tu and hantar gambar tu thru mms ke nombor yang dia bagi aku akan dapat hadiah.. Aku saja je la try.. Sekali semalam ada courier hantar t-shirt kat aku.. Kain jersi.. Liza cakap kain dia macam jersi nike aku tapi lagi tebal sikit.. Tapi takde brandla.. Walaupun kaler dia hijau terang dan takdela cantik tapi aku appreciate gila.. Sebab siap courier lagi tu.. sengih je aku semalam, sebab baju tu aku rasa sesuai untuk pakai masa nak basikal... Terima kasih..
Ni la gambar lorinya...

Inila bajunya.. eh silap.. Ni budak comot yang menyibuk..

Walaupun takdela cantik sangat tapi aku bebetul appreciate.. Lepas tu aku rasa memang ni baju untuk bawak basikal.. Nampak macam aku disponsorla nanti..

Suami Paling Kejam.. or penyayang ataupun concern aku tak tau..

Click gambar, korang tngk perkataan kaler purple and dia sampai dari search engine apa..

Di sebelah kawasan...


Hari tu aku cakap kat Liza hidup aku ni memang ditakdirkan untuk tidak menikmati teknologi dan kemudahan...

Dulu zaman handphone baru ada, kat Besout tu takde line, kalau ada pun kena panjat bukit, pokok semua baru ada line.. Aku siap hantar e-mail kat Maxis, diaorang cakap memang takde plan nak letak coverage diaorang kat kampung aku.. Tapi masa aku kahwin, Celcom dah ada, aku pun tukar line.. Padahal balik kampung sekali sekala je.. Tak kisahla... Lepas Celcom dah ada mulala Maxis and Digi pun ada.. Tapi sekarang ada pun aku rasa takde 3G.. Aku nak check email semua susah... Tapi takdela aku marah ke apa.. Aku sekadar bercerita...

Sekarang aku duduk rumah sekarang, wireless broadband takde.. Bukanla takde, kira tak mencapai tahap dekat seksyen aku ni.. Tapi yang buat aku hangin, Nilai yang tak berapa jauh dari rumah aku memang best line dia.. Siap diaorang buat promotion gila².. Aku tengah tunggu P1 Wimax.. Hari tu pun aku suggest kat diaorang cover area rumah aku...

Lagi satu shopping complex, pasar malam yang lengkap, sekolah - Semua ni takde dekat area rumah aku.. Yang ada sebelah² area rumah aku.. Hahaha.. So memang aku ni dapat sipi² je.. Tapi best sebab takdela area rumah aku sesak nanti.. Hehe..

Macam² Hal...

Aku awal² puasa hari tu jarang membeli kat pasar ramadhan.. Aku singgah kedai makcik ni je bila satu lauk and Liza akan masak.. Bila baru² ni aku pergi pasar memang betul la apa aku buat selama ni.. Satu memang akan membazir.. Dua perangai penjual² ni.. Dahla perangai buruk, makanan tak berasa...

Kes 1

Aku : Kak, mcmana kira ni?
Penjual : 3 seringgit dik..
Aku : Bagi ni 2, itu 1..
Penjual : Ha yang ni 2 ringgit, itu seringgit?
Aku : Ni 2 bijik, itu sebijik...
Penjual : (Muka mcm lahanat kutip kuih...) Zul, tolong bungkuskan air gula untuk kuih satu ni...
Aku : Tak payahla kak...

Hina sangat ke nak beli kuih seringgit??? Sampai rumah aku buang je kuih² tu.. Bangsat... Tak sedap and sampai matila aku tak beli dengan kau lagi...

Kes 2

Aku : Kak bagi paru ni 2 ringgit..
Penjual : Eh dik beli 3 ringgit.. 2 ringgit akak tak jual sebab sikit sangat..
Aku : Hah okla..

Tak habis pun kitaorang makan paru 3 ringgit tu.. Kalau dia kurangkan sikit and jual dua ringgit pun ok... Arghhhhhhhhhhh... Nasib baik ada kucing
__________
Kalau korang jadi aku, korang beli yang kasut raya A ke kasut raya B?

Kasut A

Kasut B

Ke kasut² ni macam melampau untuk bapak orang macam aku?
____________
Sekarang ni Umar nangis pagi² nak ke sekolah.. Dia dah tak happy ke kat sekolah tu??

Lagi satu kat sekolah tu ada mak bapak yang bagi anak² diaorang biskut chipsmorela, snacks, twistiesla.. Aku bukannya tak mampu nak bagi.. tapi fikirla, nnt bebudak yang takde bekalan ni tengok anak² diaorang makan benda sedap nanti teringin.. Nanti bila balik rumah mulala anak aku cakap... Kakak ni makan chipsmorela, budak ni minum air milo kotakla.. Mesti kat sekolah macam anak aku teringin lepas tu tak boleh buat apa.. Dahla aku dengar bebudak kat situ kalau ada benda akan cakap.. "Kita ada ni....." Anak aku yang takde apa² ni terliur je.. Fikirla sikit..

Kalau Liza bersalin anak nombor 2 nanti bolehla fikir cari maid ke tukar sekolah ke..
_____________
Aku rasa aku dah kurus sedikit and perasaan itu sangat best.. Dapat menyarung jacket adidas Japan aku sambil menghantar wife pergi kerja pepagi dihari aku bercuti buat aku rasa apa orang putih cakap.. I feel good...

Pohonla jawatan menjadi pembantu rumah saya sekarang...

Andainya aku ada anak dua, lepas tu aku terasa nak ada maid, aku rasa maid aku akan happy.. Ni aku tujukan pada rakyat Malaysia yang cakap kerja jadi pembantu rumah tu tak best, penat.. Lebih baik kerja lain yang lebih glamer.. Ini adalah tugas² maid aku :

1) Sayang anak² aku macam anak² sendiri..

2) Jaga anak² aku dengan baik.. Bagi makan, ajar benda² basic, mandikan, main² dengan anak aku dengan penuh kasih sayang dan bagi tengok Playhouse Disney.. Masa diaorang tidur sukahati kau nak tengok cerita apa...

3) Tidak perlu memasak!! Tugas kau hanyalah perlu mengeluarkan lauk pauk daripada freezer, dan Liza akan masak malam.. Maybe kena basuh pingganla kut.. Lepas tu kalau korang rasa nak masak untuk diri sendiri masak je la sukahati...

4) Kena bangun awal sikitla.. masuk je Subuh terus bangun dan kemas² rumah, sapu².. Bilik air basuh dua minggu sekali pun takpe...

Benefits

1) Hari Ahad cuti..
2) Peralatan untuk meneruskan kehidupan seperti ubat gigi semua aku belikanla... T-Shirt² pun aku belikan, tapi yang murah² je la.. Baju raya aku belikan sepasang...
3) Aku akan bagi satu tv kecik untuk diletakkan dalam bilik kau, sebab lepas pukul 9, kau dah tak payah buat kerjala.. Tengokla TV sebab nnt kalau balik kampung orang cerita pasal Nur Kasih and korang tak tau apa benda rasa sedih pulakla kan?
4) Of coursela makan semua free, and tak payah bayar bil apa pun... Oh, boleh guna phone rumah aku tapi boleh pakai RM10 je untuk call kampung.. Telekom to Telekom.. Lebih potong gaji..
5) So dengan segala benefits ni aku bagi gaji RM450 yang korang boleh simpan terus dalam akaun..

Hah ketawakan aku sebab bagi sikit!! Kau ingat kalau kau kerja executive kau boleh buta² nak save RM450 sebulan?? Itu kalau kerja executive tu.. Fikir²kanla rakyat Malaysia.. Apply sekarang..

P/s - Kalau malam² masa aku tengah tengok bola sorang² kau nak pakai costume macam orang pakai kat atas tu sukahati, aku tak larang.. Tak taula pulak kalau Liza tak suka..

5 hari cuti...

5 hari cuti tanpa internet connection.. Best sebab balik kampung semua, tak best sebab takde internet.. Tapi okla, takdela teruk sangat.. 4 hari aku drive jauh.. Ahad = Bukit Mahkota - Besout, Isnin = Besout - Ipoh, Selasa = Ipoh - Besout, Rabu = Besout - Bukit Mahkota..

Yang bestnya aku berbuka dengan lauk yang melimpah ruah dimasak oleh mak aku, bersahur roti canai mak aku and nasi lemak dia yang sedap.. Memang syokla.. Walaupun aku dah makan kedai² lain tapi aku still rasa mak aku adalah tukang masak yang paling best..

As for Ipoh, aku rasa takdela sibuk sangat kut Ipoh tu.. Okla.. Try cari kedai nasi kandar vanggey, tapi aku tak jumpa.. Tapi takpe sebab kang kalau aku dah tersuka susah pulak nak ke sana kalau nak makan nasi kandar..

Sebab tak jumpa kedai nasi kandar, malam tu gi makan kat gerai tepi jalan..

Couple ni berendek di bulan puasa.. Aku perasan la tangan mamat tu letak dekat breast perempuan tu.. Kat depan tu ada taman, adala dua tiga couple berendek.. Aku guna camera phone so takdela nampak sangat perempuan tu sebab dia pakai baju hitam..

Sementara Liza pergi kerja, aku dengan Umar melepak dalam bilik.. Perasan tak 4 ekor Ultraman tu? Satu bendala aku notice Umar ni, kalau dia susun benda, dia susuh elok²..

Kalau nak buat tepung pelita, buatla besar ni dah sedap macam ni.. Barula boleh jual.. Ni kuih apa benda ntah claim tepung pelita.. Kepala hotak kau!! Oh gambar makan siang ni adalah untuk Umar bukan aku or Liza makan hehehe..

Aku dah lama nak ambik gambar ni.. Akhirnya berjaya.. Di Sungkai kedai ni.. dah lama dah.. Tapi sekarang dah bankrap sebab guna nama kelab paling hina..

Kalau KFC bagi lagi jigsaw puzzle dengan Chicky Meal dia, aku boikot KFC.. Penat woii tengah malam nak main benda ni...