Kenapa saya layak untuk memiliki PS3?

Di masa kecil saya bukanlah kanak² yang boleh dapat benda yang saya ingini. Permainan yang saya main biasanya adalah secara berkumpulan. Contoh; main guli.. Saya ingat main guli dalam bulatan and main tuju ular yang mana semua orang letak dalam 5 biji guli lepas tu di susun secara melintang rapat², siapa yang dapat baling guli tu dengan “guli target” dia boleh dapat semua guli di belakangnya.. Saya rasa main guli ni macam unsur judi jugakla, sebab semua orang bertaruh..

Guli target = Guli yang kononnya digunakan untuk menuju guli². Biasanya guli ni dianggap special..

Lepas tu main gasing, yang mana saya rasa saya sangat bodoh sebab main dengan budak² besar, lepas tu habis gasing saya kena pangkah sampai pecah. Apa lagi? Main tuju selipar? Ha itu favourite and paling hebat.. Main getah? As in main lompat getah.. Ha itu pun ada jugak..

Kalau nak adventure sikit, saya pergila mandi sungai.. Tanpa pengetahun mak bapak saya..

Dah besar ni pulak, saya tak melancong sebulan sekali naik kapal terbang, saya tidak shopping tiap² minggu, saya juga tidak makan di fancy restaurant.. So tak salahkan sekali sekala saya nak menghiburkan hati dengan benda yang best?

Semalam wife saya nak beli CD Label. Masuk satu kedai ni ingatkan kedai jual peralatan computer.. Rupa²nya cyber café.. Ramaila bebudak main game..

Saya cakap pada wife saya..

Saya : Itula kalau mak bapak abaikan anak.. Kalau kita sediakan semuanya di rumah, takdela anak² akan berpelesaran macam itu.. So nanti kalau saya beli PS3 bolehla Umar main kat rumah je.. Betul tak Umar?
Umar : Ha betul! <- mcm faham je ayah dia tengah merancang strategy.

Berani ke??

Bila dah tua² ni, pergaulan antara lelaki dan perempuan dah tak macam malu² macam masa kecik-kecik dulu.. Tapi tak malu² tu pun berani tak kaum lelaki kalau nak tegur pasal pakaian or perbuatan perempuan, yang korang anggap kawan and berharap dia tak terasa or malu or segan or dah taknak kawan dengan korang?

Contohla.. Katakan kawan perempuan korang ni pakai baju jarang yang kalau korang jalan belakang dia, korang boleh nampak terus belakang dia dengan tali bra semua.. Or tetiba kawan or budak office korang ni tengah menonggeng yang pada aku tak manis tapi dia buat tu dalam keadaan tak sedar and agak lama jugak..

Berani tak korang nak cakap..

“Eh baik kau pakai cammisole kat dalam… baju ni jarang sangatla…”
“Eh kawan” – sambil menunjukkan posisi dia tu tak manis…

Aku tak berani…..

Sebab dulu aku ada tegur kawan aku yang tak butang baju dia.. Tapi rupa²nya dia purposedly taknak butang sebab dia nak tunjuk pusat dia yang bertindik.. Sampai sekarang aku tak berani..

Aku cakap pasal perempuan je la sebab kalau cakap pasal lelaki ada banyak gila benda yang boleh ditegur.. Contoh :

“Kau ni bila nak pergi sembahyang Jumaat?”

Macam² Hal Episode 4

Sambung pasal semalam.. Pada aku isteri memang perlu dimanjakan, and husband pun aku rasa suka kalau isteri² yang manja ni.. Cuma yang taknak dan dijauhkan ialah mengada².. Contohnya kalau nak pergi somewhere naik cab boleh sampai tempat tu dalam masa 3 minit, tapi saja mengada nak husband hantarkan, tunggu husband habis kerja pukul 7 petang, perjalanan balik 30 minit lepas tu baru boleh husband hantarkan… Itu mengada² namanya.. Hahaha.. Ok dah…
_______________
Masa forum hari tu.. Dua orang forum staff dari UK tu sebenarnya bukan orang UK pun.. Seorang orang Canada and seorang lagi orang Holland. Yang Canadian ni banyakla bersembang dengan aku and dia macam fun la jugak.. Bila sampai part bola memang rancakla kitaorang bersembang.. Pasal Jose Mourinhola, apala…

Dia cakap masa dia baru kerja UK tu dia nak pergi beli tiket Man Utd lawan Man Liverpool. Sekali orang kaunter tiket tu cakap tiket dah habis dari tahun lepas dah.. hahaha.. Seronokla kut sebab dia kerja kat London and kat London je ada lebih dari 5 team..

Bila dia cakap kat aku nanti sampai London carila dia.. Aku macam tak tau nak cakap apa.. Aku terdiam.. Mungkin aku sedih kut.. Bila dan macamana aku nak sampai ke sana?? Takde bayangan langsung pun boleh sampai sana..
_________
Ada sekali tu ada minah ni muka Chinese tapi kerja kat Australia bila bercakap accent dia macam accent Cho Chang cerita Harry Potter tu.. Aku macam lemah longlai.. Macam boleh je kalau aku nak dengar dia bercakap sepanjang hari.. Kalau muka pun macam muka Cho tu memang aku bawak balik rumah terus.. Liza pun sure approve punya..

Macam² Hal episode 3

Korang biasa tak bertekak dengan orang yang nak menang je? Dengan orang yang tak boleh nak diam? Kau bagi satu point, dia balas satu point.. Walaupun point yang kau bagi tu nyata tapi dia still nak balas sampai korang sakit hati and rasa nak hentak dia sampai patah tengkuk??

Meneruskan berlawan bukanlah menampakkan korang lagi hebat, so pada aku lebih baik kita diam or mengalah terus. Sebab bila orang lain nampak, kita akan nampak sama bodoh macam orang tu..
_____________
Hari tu kawan aku yang bujang tanya.. “Sebagai orang yang dah berkahwin apa yang kau nak pada wife kau?”

Aku jawab.. “Independent!”

Independent pada aku ialah dia tak terlalu berharap pada aku.. Dia boleh buat kerja sendiri. Lepas tu aku tambah lagi – Zaman sekarang ni kau pun tak bolehla jugak nak jadi traditional husband yang boleh sesuka hati expect wife kau bersusah payah kat rumah.. Kau kena tolong jugak. Since wife kau bekerja, dah bawak income jugak dalam rumah, untuk anak etc, kita kenala bertoleransi.. Dengan sama² bekerja, semua benda kau share. So takde siapa yang lebih ego. Bila dah takde ego, takde pergaduhan, bila dah takde pergaduhan, korang akan bahagia…

Tapi janganla sampai wife kau kurang ajar dengan kau.. Hormat pada kau tu mesti ada dalam whatever condition pun.

Dia dapat point aku and dia rasa dia cakap dia dah buat benda yang betul dalam mendidik awek dia sekarang..

Malaysian....

Apa yang aku belajar dari forum last week ialah lepas ni aku kena pakai blazer at least, supaya aku tak jadi mangsa racism oleh bangsa aku sendiri.. Orang Malaysia ni memang lebih hormat foreigner dari Malaysian sendiri. Aku rasa kalau aku nampak lebih presentable memang diaorang lebih respect la sikit..

Contoh :

1) Aku telah dihalau dari meja restaurant ni supaya pergi ke meja lain masa lunch. Tapi esoknya bila aku duduk dengan boss aku dan orang² putih dekat meja yang sama, takde pulak nak halau..
2) Ada mamat ni sibuk Tanya aku kerja kosong masa aku tengah set-up equipments.. Rimas gila aku, aku nak bekerja dia sibuk tanya²..
3) Bila aku pass parking ticket aku kat boss aku, aku boleh dapat free parking, tapi bila aku pass sendiri masa boss aku takde, dapat parking flat rate sahaja..
4) Makcik jaga parking insist aku cari duit seringgit jugak…
5) Masa dinner tu pelayan² ni lepak² je jaga kitaorang.. Kira buat macam kawan² je..

Malaysian layan orang Malaysia? Macam celaka!!

Outstation, Selasa - Sabtu

Blog ini tidak akan diupdate sampaila minggu depan.. As if la ramai sangat orang nak baca blog aku sampai nak bagitau.. Sayangi keluarga anda di mana jua anda berada..

Experiment..







Aku dah duduk rumah sekarang dalam 3 tahun lebih.. Tapi aku tak pernah jemput orang datang rumah.. Sebabnya aku segan rumah aku takde apa and tak cantik.. Hahaha.. Lepas tu tertanya² boleh ke kitaorang buat.. Tapi fikir² balik apa kata aku try sekali, tengok macamana..

So aku pun cadangla buat untuk kawan² kerja tempat lama.. Tempat aku dan Liza berjumpa.. Yang mana ini bebetul kawan² yang tak payah control, yang aku tak kisah pun kalau aku tak cukup makanan ke apa ke…Asalnya nak ajak jiran belah petang, tapi Liza sakit mata sepanjang minggu, ditambah pulak dengan makanan yang hanya boleh diambik dalam pukul 3, so aku cancel.. Kebetulan pulak semua jiran aku takde kat rumah hari tu.. So takdela segan.. Ohh nombor phone jiran belakang rumah yang dah hilang melengkapkan sebab apa aku cancel ajak jiran.. Haha…

Highlight of the daya pada aku..

1) Anak Najib yang mula² datang diam je, lepas tu terus aktif sebab jumpa Umar yang suka Ultraman jugak..
2) Nisa wife Hafezh cakap aku dah brainwashed Umar supaya menyokong Man United..
3) Najib nampak sangat tak puas hati sebab dia tak dapat 30k..
4) Jumpa wife Zul untuk pertama kali..
5) Jumpa Ilyas buat pertama kali, dan nampak anak Norley dah besar gila.. Last time tengok gambar macam besar Umar je…
6) Jumpa Dahlia yang dah lama gila tak jumpa..

Apa² pun aku puas hati dan yakinla boleh buat lagi.. Lepas ni maybe bukan CKO je la kut.. Ajak semua orangla pulak.. Kawan² dan jiran².... Lantakla rumah aku tak cantik itu tak penting sebenarnya..

Jiwang secara natural dan tak menggelikan...

Bela, maksud :

i) Memelihara, menternak
ii) Mempertahankan

Aku ada sorang kawan dalam company ni tapi lain department.. Biasanya kitaorang akan berkongsi kegembiraan bila Liverpool kalah dan kadang² bersembang atau mengumpat di e-mail atau YM.

Lately ni kitaorang selalu terserempak masa nak balik, atas jalan nak keluar dari Broga ni.. Semalam agaknya dia dah bosan tunggu traffice light yang aku rasa 5 minit baru nak hijau tu dia SMS cakap something macam.. "Instinct kita macam sama pulakkan? Balik timing sama"

Aku jawab "Bukan instinct sama, sebenarnya sama² nak balik cepat. hehe"

Aku jawab macam tu sebab kitaorang kawan dan masing² dah bekeluarga.. Andaila aku masih muda dan kitaorang berdua bujang.. Aku akan jawab..

"Memang saya sengaja nak balik sama² awak.. Saya suka kalau atas jalan nampak awak"

Sure cair punya...

Ada jugak aku terfikir nak reply macam tu buat lawak tapi aku takut kalau husband dia baca and anggap aku serious lepas tu nanti ada tapak kaki dengan kayu sampai kat muka aku.. Taknakla aku nanti husband dia cakap kat dia.. "Ooh hang bela dia???" Guna maksud (ii)..
_____________
Dulu masa aku bercinta dengan Liza aku pernah cakap.. kalau kasih sayang aku ni station LRT, ianya adalah sebesar Stesen LRT Tasik Selatan, siap ada stesen komuter dengan stesen ERL..

(dah 4 tahun kahwin ni tak terfikir pulak aku nak mencipta ayat dan banding²kan saiz kasih sayang aku)

Kesilapan² saya dalam membesarkan anak..

Kesilapan² saya dalam membesarkan anak.. Dan kalau boleh lepas ni kalau ada anak dengan bini baru.. Eh ada anak baru taknak ulang lagi..

1) Memarahi anak secara melampau..
2) Memukul anak yang masih kecil..
3) Menggunakan perkataan "nanti beli lainla.." sebab sekarang bila ada barang rosak dia akan cakap "nanti ayah beli lain" macam ayah dia owner syarikat televisyen berbayar.
4) Tidur dengan anak, sebab kesian dia tidur sorang² masa baby.
5) Kesiankan anak dalam seat baby kat seat belakang kereta, lepas tu sampai dah besar duduk atas peha mak dia.
6) Tidak menggunakan stroller, walaupun dah beli sebab kononnya berat nak angkat..
7) Makan snack yang tidak sihat bersama anak setiap petang sampai sekali pergi giant beli twisties etc banyak².

8) Kesilapan yang paling besar - Beralah dengan anak dalam perihal Ultraman..

Ini adalah contoh Ultraman yang dah habis power. And aku jadi raksaksa pulak tu..

Buang Masa...

Aku banyak buang masa..

Malaysia in general pun banyak buang masa...

"Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengarahkan pihak berkuasa kerajaan tempatan di negeri itu menukar nama jalan dan premis berunsur Inggeris kepada bahasa Melayu."

Suruh orang cipta lagu 1Malaysia lepas tu suruh rakyat vote nanti bagi blackberry pada pemenang, bagi duit pada pencipta lagu tu pun pada aku buang masa.. Buang duit...

Ini adalah benda yang takde kerja cari kerja.. Banyak lagi kerja lain boleh buat, daripada buat benda pelik² ni..

Macamana nak maju..
______________Mamat ni nak beli Liverpool.. Tolongla sack Rafa Benitez..
____________
Aku tak suka dikritik atau dimarah and aku juga tak suka dipuji.. Macam tak boleh nak response langsung bila boss ke siapa ke puji²..
__________
Aku rasa hidup aku ni memang ditakdirkan untuk back-up orang je.. BACK UP BACK UP.. Pundekla..

Sudah balik...

Dah habis cuti sakit.. Aku betul² nak blah dari company ni.. Tolongla aku...

Amount kerja aku tak banyak, tapi aku ada banyak sangat benda yang nak kena buat.. Aku dah tak boleh nak fokus langsung.. Dulu aku tumpu video, kerja banyak macamana pun video tu je la satu benda...

Ni aku buat multimedia.. Video, audio, flash.. Design book mark.. Buat e-card yang palat tu.. Ni ada pulak lecturer² yang perangai cari video kat youtube suruh aku download lepas tu convert ke wmv format.. Macam²la.. Ha nak shooting lagi.. Nak jaga AV lagi..

Arghhh aku malas betulla... Minggu depan nak pergi kerja kat hotel pulak..

Sakit Mata

Satu rumah sakit mata.. Jap lagi pergi klinik mestila dapat MC kan? Ni aku kat office settlekan kerja² tertunggak sebelum balik rumah.. haha..

Raya lagikan?

Aku memang tak fotogenik.. Ni je gambar raya yang aku boleh tunjuk.. Berbanding tahun lepas.. Baru dapat dari adik ipar..

Budak kecik buat perangai tak bagi aku ambik gambar.. Raya kedua..

Tapi dia tak kisah ambik gambar dengan auntie² dia sampaikan semua gambar ada muka dia..

Sebelum buat perangai..

Merepek pada tahap tertinggi sekali..

Katakan kau kerja dalam satu company. Bila tiba hari raya kau nak buat sambutan hari raya.. Nak raikan staff².. Tapi kau takde duit..

Pada aku kalau dah takde duit tak payahla buat..

Tapi ada sorang intelligent ni hantar email kat semua orang mintak duit untuk buat jamuan tu.. 50 ringgit sorang.. kalau pangkat lagi tinggi, lagi banyakla dia mintak..

Kepala hotak berjambul.. Ingat orang boleh keluarkan 50 ringgit sesenang je?

Kepada yang tak mampu buat cara tak mampu.. Tak payah buat.. Bukannya wajib dalam Islam pun..

Ohh ni bukan company aku, ni terjadi kat company ex-girlfriend aku hari ni.. tadi dia mengadu, itu pasal aku kesian...

Tengok aku, tak mampu lagi beli PS3 so aku tak beli.. Takdela pulak aku suruh Umar atau Liza topup duit walaupun idea tu macam best jugak sebab nanti diaorang boleh main sekali...

Agaknya orang zaman sekarang anggap 50 ringgit tu macam 5 ringgit je kut.. Entahla..

Nasi lemak buah bidara....

Nasi lemak.. On the way aku nak pergi kerja, aku rasa ada dekat 10 gerai jual nasi lemak.. So kalau Liza tak buat sandwich apa lagi la yang aku nak beli? Kalau bukan nasi lemak, roti canai, kalau bukan roti canai, pulut.. Semuanya menggemukkan.. Unhealthy bak kata orang putih...

Dalam kehidupan sekarang orang ramai kerja di dalam office yang mana kena duduk sepanjang hari, otak je yang penat.. So nasi lemak dan makanan berat lain macam dah tak relevan lagi untuk dibuat breakfast.

Nak tau apa datuk aku makan untuk breakfast? Dia makan nasi berlauk macam makan tengahari.. Sebab dia nak kerja bendang.. Macam tu okla...

Pagi tadi, aku, as usual takde choice, beli je la nasi lemak.. Mintak lauk kerang, tapi tngk telur mata macam sedap je.. Ambik telur sekali... Kena 4 ringgit!! Paling mahal di Semenyih.. Nasib baik sedap..

So di sini aku nak membuat cadangan supaya semua gerai nasi lemak di KL ni dihapuskan.. Ganti dengan makanan² yang tidak menggemukkan tetapi kenyang jugak.. Gerai ni sepatutnya start jual susu dan cereal dalam kotak kecik.. Sandwich yang kaya dengan sayur²an.. Etc²...

Salahkan nasi lemak pulak padahal diri aku sendiri yang bersalah.. Hehe...

Looking back at me I see that I never really got it right

I never really wanted you to see the screwed up side of me that I keep locked inside of me so deep.. It always seems to get to me...

Apa yang aku perlukan?

Aku perlukan masa yang lebih.. Maybe tambah 8 jam lagi dalam sehari, tapi aku tak mengantuk pukul 10 malamla.. Mengantuk pun lambat² sikit..
__________
1) "Sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman). Sampaikan berita gembira kepada orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: 155)

2) "Dan peliharalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di kalangan kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Ketahulilah bahawa Allah Maha Berat azab-Nya." (Surah Al-Anfal: 25)

You're so contagious, I can't take it, have my baby, let's just make it!



Sorry ini adalah entry pasal kelas lagi dan ini adalah entry yang paling perasan sekali..

Semalam kelas habis lewat, budak² dah restless.. Ada yang balik naik bas, naik tren.. Aku berlagak cool tapi sebenarnya aku lagi la... Aku lapar, lepas tu Liza dah sms cakap dia masak sotong sambal (aku punya favourite) dengan ikan tenggiri masak kicap.. Dengar sotong sambal je dah terus lapar gila…

Sambil² menunngu lecture habis tu budak buat muka.. Ada awek ni cakap.. “Lambatla.. Nak tunggu bas lagi.. Abang naik kereta ye?” Aku just senyum and angguk.. Taknak cakap lebih² padahal aku tau budak tu wish aku cakap lebih dari tu..

Di sini aku tanya pada diri sendiri.. “Aren’t you tempted Pizli?” Aku tau awek tu wish aku offer dia and cakap.. “Nak abang hantar balik ke?” And bila aku hantar balik aku takut benda² lain akan terjadi.. Macam tahun lepas pagi² masa aku hantar anak aku, awek ni sms aku tanya macamana nak repair printer kat office.. Takkanla kat office kau takde IT technician.. Lepas tu nanti ada sms² lain lagi.. Itu yang aku malas tu.. <- perasan nak mati...
___________
Last week aku marah and kutuk² lecturer aku, tapi semalam aku rasa aku boleh terima dia.. Mungkin dia nak jadi lecturer yang cool.. Mungkin dia nervous sebab first time jadi lecturer.. Tapi aku rasa aku boleh la terima dia…

Mungkin jugak sebab aku dah nampak dua tiga B dalam result aku, lepas tu aku takut dan cuba belajar sungguh² and tak kisah malaun mana pun yang ajar janji boleh score..

Tapi betulla, dua semester dah aku jadi macam malas gila.. Semester ni dah semangat balik.. Mungkin Livita Honey satu tin yang aku minum yang sebenarnya bagi aku semangat tu kut.. Entah…
__________
Sorry cerita pasal kelas aku je dua tiga hari ni..

Kurang ajar...

Ok, aku adalah manusia yang paling banyak buat salah kat sekolah dulu.. Aku admit.. Tapi dalam aku buat salah tu tak pernah sekali aku kurang ajar dengan cikgu.. And pada aku, cikgu dan orang lebih tua mesti hormat.. Adik² aku dulu kalau aku rasa diaorang kurang ajar, aku sepak je perut diaorang walaupun diaorang perempuan...

Semalam hantar assignment kat lecturer ni.. Tetiba lecturer ni cakap yang aku dengan kawan aku punya ok.. Yang lain tak ok.. Semua pun curious la apa benda yang tak ok.. Rupa²nya bebudak lain ni type assignment tapi tak buat alignment elok², tak kemas.. Bagi pun diaorang stapler je kertas² tu.. Macam aku, aku bind.. Aku fahamla kan, semua orang kerja kadang² takde masa nak buat semua benda tu.. Yang faham, fahamla... Tapi ada sorang mamat ni lawan lecturer ni, dia cakap sebelum ni takde lecturer yang kisah.. Yang paling kurang ajar sekali, dia koyak kertas² dia tu depan lecturer tu.. Kalau family aku la tu memang aku lepuk je budak tu.. Gaduh², lepas tu mamat tu keluar kelas.. Apa jenis keturunanla tu.. Or maybe dia ada banyak masalah semalam dari pagi itu yang dia lepas kat kelas semalam.. Tak boleh nak kutuk sangat hehee...
_____________
Dengan ada sorang budak kena balik awal sebab nenek dia masuk hospital, dengan dua orang budak dah keluar kelas tinggal la bertiga dalam kelas.. Lecturer takde mood.. Sembang².. Dia cerita project nanti kena buat architectural walkthrough.. Oh ni subject virtual reality.. Aku cakap aku dah lupa pasal 3D.. Sembang² aku endup dengan installer Lightwave dengan 6 jam video tutorials, yang aku rasa harga dia berapa ribu.. In return of budi baik lecturer tu aku cakap nanti kalau ada masa aku bagi dia after effects punya tutorial and add-ons yang harga beribu US jugak hahaha...

So sekarang aku nak kena cari masa je la.. Kalau aku duduk dalam bilik kerja aku si Umar tu mesti kacau.. maybe aku ambik cuti seminggu and belajar sungguh².. Sabtu hari tu aku buat assignment lepas sembahyang Subuh.. Itu je masa takde gangguan hehe..

Kalau dapat dalam 50 ribu aku bawakla kut dia pergi screen test..

Aku ingat zaman IRC dulu takde ym.. Malam² aku chat dengan sesiapa je, or kalau ada kawan aku, kitaorang masuk chatroom sama².. Sembang.. Ada jugak sorang budak ni yang aku kadang² chat dengan dia sampai sekarang…

Bila zaman aku start blog dan berym ada dua tiga orang yang aku tak pernah jumpa real life, tapi sembang kat internet macam kawan dah lama.. Macam Guzz and Ecah.. Macam si Ecah dari dia tak kawin sekarang dah kawin, mcm si Guzz dari takde anak sekarang dah dua orang…

Bila dapat orang yang betul² sembang, kawan, takde apa² benda tersembunyi ni syok jugak rasanya..

Macam last week ada mamat ni YM aku.. Tambah sorang lagi kawan baru, tapi since sekarang aku banyak kerja dan YM kat office ni macam lahanat tak boleh nak sembang sangat..
_____________
Aku pergi dua open house and ada dua orang cakap aku dah slim.. Sebenarnya aku tak slim, aku pakai seluar cuttingnya macam sendat dan baju size M bukan L.. So nampakla slim hahaha…
_____________Budak umur 2 tahun 5 bulan dengan satu²nya sepupu.. Tahun depan tambah lagi 3 budak kecik kat Keramat, Insyallah..

Di dua buah rumah ni jugak Umar buat perangai.. Aku paling risau benda ni.. Dulu kalau pergi rumah orang dia macam malu².. Sekarang dah tak tau malu langsung dah.. Aku kalau perangai macam tu memang rasa nak sebat je.. Segan aku anak lasak kat rumah orang ni.. Maybe orang bagi perhatian sangat kat dia kut.. Itu yang melebih² tu..

Kerajinan dia menjawab dan bercerita dengan orang jugak aku dengar dua statement ni :

“Budak macam ni elok masuk Tom Tom Bak ni”

“Dia ni elok masuk rancangan macam² Aznil ni, pandai bercakap”

Kalau korang kenal aku, korang tau apa aku cakap dalam hati..

Biasa, Pelik Dan Seksi

Kalau korang tengok cerita Geng - Pengembaraan bermula, ada scene bas kena berhenti bagi lembu dan angsa berjalan. Untuk korang yang kerja di KL, PJ, Mont Kiara, Jalan Duta etc mungkin itu satu benda yang jijik dan pelik.. Tapi untuk aku yang bekerja di Semenyih dan lalu Jalan Bangi Lama.. Itu adalah perkara biasa.. Cuba tengok ni :


Ini pulak gambar bunga matahari aku.. Aku betul² harap ni bunga matahari sebab aku tak tau sebenarnya ini bunga apa and seingat aku, masa kecik dulu aku suka sangat bunga matahari.. So bila aku nampak dia jual kat Tesco aku beli je walaupun dia takde tulis bunga apa.. Ohh ni pelik sikit.. Bunga ni kembar.. Dia tumbuh dua bunga di atas satu batang.. Eh dia nak bagitau Liza pregnant kembar ke?? Kalau anak kembar memang aku kena lupakan PS3.. Bukan PS3, PS2 tu pun tak boleh haha..

_______________
Orang anggap seksi tu ikut citarasa masing².. Ada yang anggap orang yang power buat 3D animation tu seksi, ada yang anggap photographer tu seksi.. Perempuan bersenam seksi, perempuan mengandung tu seksi... lelaki ada 6-pax seksi..

Aku harap ada jugak orang yang anggap mamat buncit naik basikal tu seksi jugak..

Tak Waras..

Orang cakap kalau marah, IQ orang terus menurun.. Otak tak boleh berfikir secara waras. Dan biasanya ikut perasaan marah tu je.

Aku harap aku boleh control marah...

Supaya tak menyesal di kemudian hari..