Pakailah Smart² Untuk DiLayan

Malam tadi pergi Giant di Nilai, lepas tu pergi cari makan.. Aku tak taula, orang Nilai ni malas nak masak ke atau diaorang choose taknak masak masa wife aku tak masak.. Semua kedai penuh.. Akhirnya kitaorang decide nak pergi RasaMas Nilai, yang mana aku sure siapala yang nak makan kat kedai tu kan?

Masuk je ada minah ni cakap, "duduk dulu ye?".. lepas tu dia hilang ntah ke mana... Dekat meja yang tak berkemas! Ada dua meja kosong and dua² tak berkemas.. Anak aku yang lapar nampak sisa² nasi warna kuning.. Eh nasi ayamla kut tu kan? Biasa kalau pergi Kenny Rogers etc dia memang suka makan nasi tu... Dia pun cakapla.. "Mama nak tu, nak tu" kelaparan..

Tapi lepas 5 minit meja tak berkemas.. Pekerja dia lalu lalang buat tak nampak kitaorang.. Ada mamat ni kejap pergi cashier kejap gi dapur.. Tak nak buat eye contact dengan aku.. Yang orang first tadi dah hilang ntah ke mana.. Meja still tak berkemas.. Lepas 10 minit diaorang buat dek dengan kitaorang aku bawak anak bini aku keluar.. Pergi mampos!!

Aku kerja layan student and lecturer yang aku consider as customer.. Memang apa yang diaorang buat tu salah.. Aku tak kisah tunggu lama kalau diaorang kemas kejap ke meja tu, bagi menu dulu ke kat aku, cakap dengan aku ke, ni sepuluh minit buat aku macam pengemis.. Mentang²la kitaorang selekeh... RasaMas boleh blah, takde aku nak pergi dah sampai bebila pun..
________________
Dekat Giant terjumpa kawan dari tadika sampai sekolah rendah.. Suzila.. Budak Besoutla la of course.. Dia ni satu team olahraga dengan aku dulu.. Terbayang aku zaman kegemilangan kitaorang sambil sembang².. Tersenyum dalam hati sampaila dia cakap kat Liza..

"Dulu satu sekolah dengan dia, tapi sekarang dia dah gemuk!"

Dalam hati aku "Kau tu pun gemuk, laki kau pun tu gemuk!" Hahahah.. Takdela Suzi, andai kau terbaca ni, aku bergurau je..

Susahnya nak membesarkan anak...


Aku tak tau nak mengajar anak aku.. Orang cakap sayangkan anak tangan²kan.. Tapi budak² sekarang ni pandai.. Cepat tangkapnya pada tahap yang paling tinggi..

Kalau aku marah anak aku.. Nanti dia akan ikut exactly marah aku kalau aku buat benda yang dia tak puas hati exactly macam aku marah dia.. EXACTLY! Kau bayangkan kalau orang lain nampak anak aku marah aku, ayah dia.. Mesti orang cakap anak kurang ajar... Tapi budak tu kecik lagi.. Dia anggap benda tu biasala sebab ayah dia buat kat dia.. Tak pandai fikir baik buruk..

Aku rasa memang nak mengajar zaman sekarang dengan cakap baik² nasihat tapi mengambil masa yang sangat lama... Kalau aku beli rotan and rotan dia mungkin kalau dia tak puas hati dengan aku dia rotan aku pulak.. Aduhai...
___________
Mungkin orang tertanya kenapa anak aku berkulit cerah tapi kitaorang berdua kulit gelap sikit.. Macam ada orang ni tanya hari tu..

"Kenapa dia putih tapi korang gelap ye?"

Jawapannya, itu menurun dari nenek dia.. Muka Umar ikut muka Liza and muka Liza ikut muka mak dia.. So kira anak aku ni ikut muka nenek dia and warna kulit nenek dia untuk explanation yang lagi tepat.. Agaknya kalau Umar ni tak ikut muka Liza mesti orang ingat kitaorang ambik anak angkat.. Budak tak main panas lagi, putih lagila kulitnya kut.. Cuba dah masuk sekolah nanti..

Sekian terima kasih..

Blogging...

Aku start blog tahun 2005 rasanya.. Masa tu post² aku asyik marah² setiap hari.. Masa dan usia buat aku berubah.. Sekarang dah relax sikit tulis²..

Hari tu aku baca blog Suhida, dia cakap dah macam jadi tanggungjawab dia update hari² sebab ramai yang datang blog dia.. As for aku, takdela ramai sangat yang datang blog aku ni.. tapi cukupla buat aku rasa bertanggungjawab nak kena update hari² jugak..

Aku tengok unique visitors aku boleh tahanla everyday.. Ada yang dari Phnom Penh, dan ada jugak dari US.. Aku tak kenal pun siapa and worst blog aku ni takde orang nak komen.. Kalau ikut komen memang aku dah stop menulis dah.. Tapi tengok feedjit live dengan nuffnang analytics aku teruskan je la..

Blog aku juga dibaca oleh 2-3 orang jiran aku.. Diaorang ni jenis baik².. Dulu aku terfikir taknak cakap kasar, menyumpah seranah sebab segan dengan jiran² aku.. Tapi kalau aku tak tulis macam tu bukanla blog aku namanya…

Maybe dengan blog ni aku nampak macam jenis banyak cakap, tapi sebenarnya kalau kau nampak aku kat office ni, aku takkan bercakap dengan mulut lebih dari 10 ayat dalam masa sehari.. aku jenis diam.. Kalau aku nak bercakap aku tulis kat sini…

Dengan blog jugak aku kenal kawan² baru.. Ada orang yang confess suka baca blog aku sebab aku honest.. Ada orang cakap sebab bahasa aku, entahla… Aku tulis je la..

Sambil² tu aku juga berharap ada seorang perempuan pemain bola tampar pantai yang minat blog aku..

Sukan

Weekend aku dihabiskan dengan menonton sukan.. BPL, Bola Tampar Pantai, Bola tampar betul, Badminton and Master League Foot ball..

Start dengan bola, aku rasa walaupun main bola 90 minit, orang tu kena buat benda yang betul seminit je dari 90 minit tu.. Wright-Phillips, mcm hampeh cross bola, Adebayor? Tak berfungsi langsung.. Tapi tetiba Adebayor score terus nampak hebat gila.. Wright-Phillips berpusing and pass bola kat Ireland untuk score pun tetiba nampak mcm orang yang hebat.. Padahal sebelum tu kalau diaorang nak pergi selection Malaysia pun tak lepas..

Korang tengok badminton double lelaki semalam? Malaysia kalah.. Tapi itu adalah game badminton yang paling hebat dalam dunia so far.. Boon Heong tu siap senyum² masa pukul shuttle masa diaorang nak bagi Korean tu penat.. Diaorang enjoy diaorang punya game and main pada tahap paling tertinggi sekali.. Bangga aku..

Ok aku malas nak cerita pasal beach volleyball..

___________
Kat rumah aku ada sekor kucing yang dari kecik datang makan.. Tapi kucing ni macamana pun aku baik, bagi makan dia takkan datang dekat aku, takkan bagi aku pegang etc.. Aku jenuhla cakap.. “Meoww” buat bunyi “Cit²” tu.. takdenya dia nak..

Tapi yang magicnya dengan Umar dia bagi.. Dia hulurkan kepala dia dekat Umar bila Umar cakap..

“Meow, nak pegang”

Cakap bahasa Melayu rupanya kucing tu…

Nama manja...

Nama aku dah cukup pendek dah.. Tapi sebagai rakyat Malaysia, of coursela kita ada nama singkatan atau nama manja, atau kalau anda tinggal di asrama ada nama glamour... ke nama kongsi gelap...

Ramai orang dah tau, parents aku nak letak nama aku Fazli, tapi polis silap tulis jadi Pizli.. and aku jugak dah tau nama bapak aku pun polis silap tulis, dari Mat Wazir, jadi Mat Wazip.. Untuk cerita lanjut pasal nama aku ada di sini..

Ok, so dari kecik, family akan panggil aku Fazli atau Pizli atau Li..

Jiran² dan kawan², ada panggil aku Li atau Ali... Sampai sekarangla jugak.. Kat sekolah rendah Ali jugak rasanya...

Bila dah masuk sekolah asrama, ada yang panggil aku Jagung sebab rupa aku macam sama dengan muka senior yang namanya dulu Jagung.. Lepas tu masuk asrama lain orang panggil aku Kidd..

Bila dah masuk belajar peringkat tinggi sikit dan berkawan dengan anak² orang kaya dari Kelana Jaya orang panggil aku Peez.. Modernla konon²nya.. Tapi dengan nama Peez ni buat aku berangan kalau aku dah cukup kaya pakai Civic Type-R, aku nak tempah plat number.. PEE 2..

Benda yang paling bodoh sekali aku pernah buat berkaitan nama - dulu aku pernah tempah name tag kat Sungkai untuk pakai ke sekolah.. Cubala teka apa aku tulis kat name tag tempah aku?

ARE-LIE

Macam gampang...

Kalau anda sebiji bola..

Bayangkan anda adalah sebiji bola dalam satu perlawanan yang berlanjutan selama 3 tahun 7 bulan..

Ditendang ke sana, ditendang ke sini.. Orang expect setiap arahan dari kaki tu akan korang laksanakan dengan tepat..

Apa perasaan anda?

Kalau bola memang boleh bercakap mesti dia cakap.. "Babila korang ni!!!"

Kegembiraan dan kesedihan ditentu atau dipisahkan oleh dua tiga perkataan sahaja..

Hidup kita ni ada masa seronok, ada masa sedih, ada masa kecewa.. Wah ayat.. Tapi betul.. kadang² benda² best tak best senang je kita nak tau atau dapat jawapan dengan dua tiga perkataan je.. Antaranya :

a) Boleh
b) Tak boleh
c) Boleh.. Tapi….
d) Tak boleh.. Tapi…

Contohla katakan Ali dengan awek dia ni..

Ali: Kalau saya nak pegang tangan awak boleh tak?
Awek: Tak boleh…

Terus rasa teruja Ali ni hilang sebab tak boleh nak merasa keseronokan.. Tapi dia fikir dan lepas tu cakap..

Ali: Ok, takpe.. TAPI kalau tak boleh pegang tangan saya taknak kawin dengan awak…
Awek: Ha pegangla..

Awek risau tak dapat kawin dengan Ali so dia relakan, Ali happy… Selepas itu Ali menggunakan taktik yang sama untuk memegang bahagian² badan yang lain…

Macam hari tu aku mengharapkan dapat freelance job lepas hantar quotation, lepas tu diaorang decide just guna perkataan BOLEH atau TAK BOLEH je dan resultnya boleh buat aku akan happy gila atau jadi sedih gila...

Sama jugak macam kalau kau mintak penagguhan pembayaran PTPTN.. Dia boleh bagi penangguhan dan cakap..

"OK encik Pizli nak tangguh boleh, TAPI Encik Pizli kena bayar RM1000 dulu dalam masa 14 hari…"

Kepala hotak kau la!!!

P/S- Aku membayangkan semalam macam hari yang happy, tapi akhirnya semuanya hancur binasa, sedih patah hati semua ada.. Kalau tak setakat sedih je.. Sekali dapat surat PTPTN ni terus hancur terus hidup aku..

Pengalaman mengajar saya...

Aku dah lama stop buat kerja freelance and berniaga.. Sebab nanti banyak yang aku kecewa dan bengang.. So sekarang aku macam relax je.. Satu benda yang aku belajar dari buat benda² sampingan ni ialah jangan excited sangat kalau ada apa² peluang sebab kalau berharap sangat nanti tak dapat aku akan kecewa.. Ceh.. Or kalau dapat nanti kena tipu...

Tapi dalam aku tak mencari aku suka jugak kalau tetiba ada orang yang cari.. Macam semalam orang ni mintak quotation untuk job ni yang kalau aku dapat memang penuh terus tabung PS3 + siap boleh bukak tabung untuk wife aku bersalin lagi.. Tapi sebab pengalaman, aku takdela berharap sangat and aku tak dapat pun sebab job tu start hari ni.. So takpe..

Worst, dulu everytime ada peluang ada orang ni akan mintak quotation dari aku tapi tak pernah dapat pun jobnya, aku rasa dia buat quotation aku tu untuk diri dia guna sendiri aku rasa..

Tak dapat job yang boleh penuhkan tabung PS3, dapat job shooting konsert budak tadika Sabtu ni pun jadila.. Hehehe..
________________
Semalam Semenyih dilanda taufan.. Aku gerak awal sebab nak ke kelas, sekali tengok signboard² besar dah tertanggal.. Traffic light rosak.. Tiang lampu senget.. And of course jalan jammed.. Aku selit² dapatla mengarah keluar dari Semenyih ni.. Sekali tengok pokok tumbang.. Aku teruskan jugak sampaila aku stuck dekat jalan lurus ni.. Tengok macam tak boleh blah, aku call kawan aku cakap aku takdela kut pergi kelas.. U-Turn masuk jalan Bangi Lama, hah pokok tumbang lagi, gerai putu bambu tertanggal.. Banjir.. Dugaan betul.. Akhirnya sampai rumah, perut lapar sebab tak lunch, aku masak maggie.. Dalam hati rasa bersalah sebab tak pergi kelas.. (minggu lepas dah purposedly ponteng).

Dalam pukul tujuh Kamini call...

Kamini : Bang, today no class la bang.. we waited for one hour and still, he didnt come.. so all of us go backla...
Aku : Woooohoooooooooooooooooooooo... (rasa bersalah terus hilang and kalau aku teruskan perjalanan jugak tadi mau aku mengamuk dekat KL sebab kelas cancel...)
____________
Lepas Maghrib

Cerita pasal Nur Kasih, ni baru aku teringat.. korang nak kutuk, kutukla.. tapi cerita ni memang best.. Ada scene yang buat aku terbayang aku dah tua and aku ada anak lelaki dua tiga orang...

Aku tak tau ayat exactly sebab aku fokus kat subtitle English dia.. So macam kucar kacir sikit pemahaman aku..

Ayah: Apa yang ayah buat ni untuk kebaikan Adam di sini dan di "sana". Kalau Ayah ada buat silap Ayah mintak maaf.
Adam: Adam tau, Ayah malu dengan Adam, Adam tak boleh jadi anak yang Ayah harapkan.
Ayah: Ayah tak pernah malu..
Adam: Maafkan Adam.. Adam tak boleh jadi anak yang macam Ayah nak..
Ayah: Tak apa, jadilah sebaik yang Adam mampu..

Diaorang peluk and nangis.. Touching gila.. Aku terbayang.. kalaula dialog aku ni dengan bapak aku.. Mesti bapak aku akan cakap..

Bapak: Ha itula kamu, dulu aku suruh bla bla bla bla.... (kena marah)

Hahaha...

Sekarang aku berharap anak² aku panggil aku daddy, sebab takdela relate sangat dengan Nur Kasih ni...

Tengah syahdu².. Umar kacau...

Umar : Ayah tengok apa ni ayah?
Aku : ♫ Nurrrrr ya kasihhhhhhhhhhhhh......... ♫
Umar : Apala ayah ni.. Kan Mama?

Salji...

Semalam classmate Indian aku tanya.. "Bang, betul ke 22hb ni nak turun salji kat Malaysia?"
Aku dengan buat lawak cakap.. "Kalau salji turun kita berhenti belajarla, balik sembahyang..."

Tapi fikir² balik, kalau cuaca sejuk gila macam semalam, macam tak mustahil je.. Dengan kemusnahan dunia ni chewah, kemusnahan tu.. Tak pelik hahaha...

Hmm bila ada benda pelik je baru nak sembahyang, bertaubat.. Hampeh..

Aku bahagia...

Aku memandang mereka mewah, tapi di belakang mereka suami isteri berbalah..
Aku memandang mereka bahagia, tapi di belakang hubungan mereka hampir binasa..
Aku memandang mereka lebih dari aku, tapi di belakang mereka tak bersatu…

Pengaruh rakan sebaya bermula dari umur hmmm dari dalam perut kut...

Sekarang kalau shampoo masa mandi Umar akan cakap "Nak buat rambut cacak.." ke pacak? tak kisahla, tapi aku tak pernah ajar and bagitau pasal kewujudan rambut mohawk ni..

Bila tanya siapa buat, dia jawab kawan dia yang umur 5 tahun tu buat.. Macam²...
_____________
Aku dah kawin 4 tahun, 2 bulan, 3 minggu and 6 hari.. Sepanjang aku berkahwin ni everytime hari kerja aku akan dengar ayat ni.. "Ishh nak pakai baju apa ni??"

Biasanya aku akan diam je.. Kalau weekend boleh jugak aku jawab.. "Hah tak payah pakai baju..." Tapi masa weekend takde pulak soalan tu..

Sembang petang...

Bayangkan isteri anda nak bersalin.. Anda walk-in ke hospital untuk daftar bersalin.. Masa bersalin - anda baru perasan yang doktor, bidan, nurse adalah bekas kekasih anda yang anda tipu hidup² di zaman sekolah dulu.. Apakah yang bakal terjadi kepada isteri anda dan baby anda? Bayangkan!!

Susu Formula

Aku tak tau kenapa lately ni aku asyik nak marah² je.. Hahaha, mungkin sebab aku penat kut.. Ok dah..

Aku nampak ramai orang start berniaga, barangan keluaran tempatan, barangan yang kurang berjenama.. Kalau ada Mr Potato, nanti ada Encik Kentang contohnya.. Aku berharap Encik Kentang lebih murah dari mr potato tapi kualiti sama.. rasa pun sama sedap kalau tak lebih bagus dari Mr Potato, at least...

So sekarang, aku mencadangkan usahawan² tempatan, yang terfikir nak mula berniaga cuba untuk mencipta susu formula yang ada DHA, SA, whatever A dalam susu dia... yang setanding dengan susu² yang ada dipasaran sekarang.. Katakan susu sekarang RM76 satu tin, aku harap produk baru ni, yang setaraf jual separuh dari harga tu.. Gunakanlah jenama tempatan..

Aku terfikir ni sebab hari tu aku ada baca pasal one drop perfume.. Diaorang cakap bau diaorang sama, infact bahan pun sama tak silap aku.. It just that perfume berjenama ni jadi mahal sebab brand, marketing etc.. So kalau perfume boleh, takkanla susu formula tak boleh??
______________
Aku rasa aku jenis yang tak boleh fokus terlalu banyak benda dalam satu masala.. mcm kerja and study.. Dua tu ok, tapi bila ada benda lain macam percubaan nak berhenti rokok, nak kuruskan badan.. Aku rasa, aku kena buat kerja + study.. Habis study.. Kerja + berhenti terus rokok, lepas berhenti rokok.. kerja + kuruskan badan.. Lepas kuruskan badan, kerja + PS3...

Aku hari tu beria nak PS3, tapi bila fikir balik akan ada masa ke aku nak main, sekarang pukul 11 pun aku dah tidur terus..

Buang masa.



KUALA LUMPUR: The controversial P1 WiMAX broadband advertisement which repeatedly stressed the word “potong” (cut) is being reviewed by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM).

Deputy Information, Communication, Culture and Arts Minister Heng Saei Kie said the advertisement was being reviewed to determine whether it contravened the Content Code.

In her reply to Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading), Heng said all advertisements, prior to being aired, need to be approved by the Censorship Board under the Home Ministry.

“The Censorship Board does not come under this ministry,” she said.

Earlier, Mohamed stood up to ask Heng about the ad, laughingly saying, “When we say ‘potong,’ people will think potong itu-lah (referring to circumcision).”

“If possible, potong the advertisement,” he said.

As Mohamed drifted on to lament the plight of local artistes, Deputy Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar interjected, “Yang Berhormat, please be brief. I will not use the word ‘potong’ on you.”


Mohamed was quick to respond, “Oh, in this case, saya tidak dipotong-lah (I was not cut).”

Kau tengok, Datuk² ni ada banyak benda lain yang boleh difikirkan untuk memajukan negara, tapi tidak.. Diaorang lebih risaukan advertisement yang ada perkataan "potong". Siapa otak kuning sekarang? Orang tau P1 Wimax adalah wireless broadband, bila dah cakap potong, orang akan tau yang dia suruh potong wired broadband.. Tapi Datuk ni fikirkan konek..

Boleh tak jangan benda² remeh macam ni korang masuk campur?? Jangan halang orang punya creativity.. Filem dalam Malaysia ni pun dah teruk kena censor. Ni iklan pun.. Macamana orang nak salurkan creativity? Macam filem, kalau buat cerita kontroversi kena cakap nak buat pengajaran yang pada aku takde pengajaran langsung sebab nak jaga hati orang. Boleh tak cakap, ye cerita ni ada scene orang beromen just untuk hiburan, takde apa² pengajaran. Nak tengok kena umur 21 tahun ke atas, and tak boleh tunjuk kat tv. Kan senang??

Kau ingat kat wayang je ke ada scene orang beromen and orang Malaysia ni takde access tengok porn?? Kat taman pun ada, kat pantai pun ada scene ni.. Ikut hati sebenarnya.. Kalau kau banned macamanapun and orang nak tengok, diaorang akan cari sendiri. Diaorang sanggup masuk kawasan air terjun and skodeng couple. Janganla sebab kononnya takde cerita panas kat wayang, rakyat Malaysia ni mulia.. Kalau betul mulia takdela orang buat party homo masa bulan puasa..

Kepada Datuk², risaukanla benda yang lebih berfaedah and kurangkanla tengok tv. Kepada orang yang rajin tulis surat kat paper pasal nak bantah contest kira panty tu pun elokla kau pergi berkebun sebab orang lain takkan turned on dalam mengira ada berapa banyak panties yang dilukis, (bukan gambar panties betul) dalam basket macam kau, yang dengar perkataan panty pun boleh keluar air mazi.

Satu²nya info berguna di blog saya

Informasi ini adalah untuk rakan² yang bercadang untuk memohon Maybankard Visa Debit. Saya adalah seorang pengguna Maybankard Visa Debit.

Saya berasa hidup saya sunggu indah di dalam kehidupan sekarang sebab tak payah bawak cash banyak². Saya memang suka dengan teknologi.. Shopping pun semua saya buat diinternet, (transcation guna maybank2u.com) beli barang kat Giant pun guna debit card, so boleh dikatakan saya tak pegang duit. Hanya pegang kad dan guna internet.

Info yang saya nak bagitau kat sini ialah bila anda mengisi minyak dengan menggunakan Debit Card ini ialah amount yang akan ditolak masa isi minyak ialah RM200 (depends on petrol station mana kut). Duit yang akan ditolak dengan harga minyak akan dipulangkan kembali selepas 3 hari.. Dia dipanggil pre-auhtorised debit.

Sila tengok Pre-auth refund dengan pre-auth debit

Rakan² jangan terkejut ye kalau tetiba duit hilang RM200.. Sebab hari tu saya sampai sesak nafas.. Lagi satu setakat ini anda tidak boleh online shopping di ebay dan combinekan dengan paypal lagi kad debit ini.. So kalau ternampak ayat² macam ni (tengok bawah) kat internet, biasala tu...

"The conclusions is please stay away from using the maybankard visa debit. It’s totally useless plus the card cannot be use to shop online. The VISA logo nampak gempak sial but the reality its sucks! Useless"

Orang kata ye, bukan aku yang kata..
____________
Aku nampak dalam satu forum orang discuss tajuk : MEMPERTUHANKAN POLITIK: BAI'AH TALAQ! Sejauh mana Kebenarannya?

Baca punya baca aku baru tau rupa²nya PAS bukan parti politik.. Ya Allah ya Tuhan ku.. aku baru tau.. ada orang PAS ni cakap..

"perlu di ingat PAS bukan parti politik...tapi PAS adalah satu gerakan dakwah yg menjadikan politik salah satu wadah perjuangannya demi utk mendaulatkan Agama Allah swt...."

Uishhh aku baru tau.. Selama ni aku ingat PAS ni parti politik, bila timbul isu bai'ah talaq ni baru aku tau PAS bukan parti politik rupanya..

(pundek bapak kau la... Bila kena batang hidung sendiri banyak pulak dolak dalih.. bila time orang bukan main emosional mengutuk.. Babi punya fanatik!)

Hmm.......

6,1,1

Aku tak faham apa penyokong Kelantan nak Sabtu hari tu.. Game baru start and Negeri Sembilan belum score pun dah baling botol air kat player Negeri Sembilan.. Aku tak faham betul manusia macam ni.. Datang tengok bola sebab suka nak baling botol air ke?

Lepas tu dah kalah bakar² kerusi semua.. Apa masalah korang sebenarnya.. Aku kesiankan KAFA tu.. Nanti kalau kena denda diaorang yang kena bayar.. Hari tu kena gantung lawan kat stadium Sultan Muhammad tu pun sebab benda² ni jugak.. Kalaula diaorang tak kena main kat Bukit Jalil aku yakinla Kelantan boleh jadi juara..

Eh lantak korangla.. Aku sibuk² buat apa.. At least team korang masuk jugak final dari team negeri aku...
______________
Aku dah berjaya convert mouse aku jadi data glove.. Hahaha.. Tapi banyak lagi assignment and project nak kena buat.. Habis semester ni tinggal:

6 subjects
1 final project
1 practical (yang tak payah practicalla kut sebab aku kerja sini)

Mudahkanla Ya Allah...
___________
Aku teringat hari tu Hafezh ada bagi komen kat blog sorang mamat ni yang marahkan kerajaan tak bagi apa² kat rakyat.. Dia cakap something macam ni :
"Kalau bagi ikan, akan habis sekejap je, kalau bagi pancing hari² boleh cari ikan.."

Aku kesiankan orang yang susah, tak berusaha lepas tu marahkan kerajaan sebab macam tak bantu dia.. Habis tu kau ingat kerajaan ada bantu aku ke secara direct? Hahaha.. Kau ingat budget kerajaan tu ada dapat kat aku secara direct? Berusahala sahabat dari kau tulis syair, sajak, blog marahkan kerajaan sebab tak bagi kau tanah etc.. Peneroka Felda tu pun beli tanah diaorang tu secara ansuran kalau kau nak tau.. Macam Hafezh cakapla tu.. "Kerajaan sediakan pancing pada diaorang, diaorang ambik and dapatla hasilnya, walaupun lambat tapi ada, dari duduk menunggu tapi takde apa²."

Usahala...

Kalau aku dulu dari tingkatan 4 asyik fail matematik, lepas tu seminggu sebelum SPM aku usaha belajar sendiri dan dapat 3 matematik, takkan kau tak boleh?

Kalau aku dulu takut nak ambik lesen kereta, yang setiap malam berdoa bangun tidur boleh magically bawak kereta, tapi akhirnya aku usaha belajar, takkan kau tak boleh?

Sekarang pun aku berusaha...... takkan kau tak boleh????

Perihal Umar...

1) Everytime ada promo Nur Kasih dia akan cakap.. "Mama nak tengok ni??" Sebab setiap Jumaat malam dia tak boleh tengok kartun sebab mama dia nak tengok Nur Kasih.
2) Semalam scan Liza, bila balik dia cakap.. "Baby dalam komputer kan ayah?" Bila aku cakap "Ha itu baby dalam perut mamala".. Dia akan cakap.. "Bukan... baby dalam computer" Malas aku nak explain beria..
_____________
Aku busy yang amat sangat.. Banyak assignment semester ni.. Sekarang aku tengah nak convert mouse jadi glove mouse (data glove).. Memang kucar kacir sebab aku takde masa, dengan hari tu kerja KL seminggu balik malam semua... Kalau ada PS3 pun sure tak boleh main..

Pizli Besout

Kepada sesiapa yang google nama aku Pizli Besout tu, ye ini blog aku, kau siapa? Tinggalkan la komen etc jomla kita berkawan balik.. Kalau awek, sorryla aku dah kahwin, anak pun dah nak masuk dua dah... Wahahaha (macamla bagus)

Malas...

Tuhan tu adil.. Tuhan tu hebat.. Dia kesiankan aku yang kalau nak ke kelas kena travel jauh dan berbelanja banyak, duit tol, parking, minyak.. So dia bagi aku instinct yang sangat kuat.. Dari pagi semalam aku rasa macam malas nak pergi kelas.. Tapi aku terbayangkan nasi kandar yang mana masa pukul 4.30 aku decide pergi je la sebab nanti malam boleh makan nasi kandar...

Sampai² aku beli air tenaga dulu.. Lepas tu aku pergi ke surau sembahyang asar.. Nampak pulak ada paper the sun.. Lepas sembahyang, aku dudukla di suatu sudut, baca paper, minum air.. Tepat pukul 6.15 aku naikla.. Sampai ke kelas sekali ada notice cakap kelas cancel.. Lahanat betul.. Sepatutnya aku percaya je instinct aku dah lupakan terus perihal nasi kandar...

Aku sebenarnya dah tak tau nak tulis apa dah kat blog ni..

Limit dan abang Khalid Jamlus saya..

Sebagai manusia biasa aku ada limit.. Ada limit dalam sabar, ada limit dalam berbelanja, ada limit dalam berkawan, ada limit semua bendala..

Contoh.. Kau tak datang kelas masa lecturer bagi tips untuk exam lepas tu kau senang² sms aku mintak tips.. Itu aku tak kisah, aku cakap, nanti next class kau salinla dari buku aku.. Aku harap semuanya dah ok, tapi bila kau balas balik cakap "Ala, kau email je la..." memang aku terus hangin.. ingat aku ni kuli kau, nak menaip hantar e-mail cantik² untuk senangkan hidup kau yang ponteng??? Hampeh!
__________
Semoga pasukan Kelantan dan abang Khalid Jamlus saya menang Piala Malaysia Sabtu ni.. Amin.. Tak dapat team Perak dapat ex-striker Perak pun jadila...

Macam² Hal Episode 5

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.