Ujang atau Gila-gila dan Dewangga Sakti

Sekarang ni aku takde sangat tengok tv.. Bukan pasal apa, pasal anak aku nak tengok kartun.. Aku malas nak gaduh² dengan dia.. Sehari tak jumpa lepas tu bergaduh rebut tv mcm melampaula pulak. So aku start baca².. Selain readers digest yang aku subscribe, aku belila jugak magazine lain.. FHM, Gila² dan Ujang.. Ada la lagi kut.. So masa anak aku tengok tv, aku baca benda² ni..

Yang buat aku teringat masa kecik dulu abang aku rajin beli gila-gila. Lepas tu ada brader rumah sebelah nak pinjam.. Aku semangat bagi dia pinjam and lepas tu bengang sebab dia baca diam² and ketawa sorang².. Aku expect dia akan bacakan untuk aku.. And aku pelik orang baca dalam hati.. Kecik sangat lagi masa tu.. Masa tu Gila-gila memang best.. Aku budang minang tu aku siap beli koleksi..

Tahun 1994 kut majalah Ujang start keluar and tetiba aku rasa Gila-gila terus hilang dari muka bumi.. Masa ni best jugak.. Kartun dia boleh dikatakan lawak dan ada series Aku, Dia & Volkswagen yang aku suka.. Lama² aku rasa dah merepek dah benda² ni and aku tak follow dah, adala dalam 10 tahun..

Tapi dalam bulan ni aku ada beli satu Ujang dan satu Gila-gila.. Aku rasa Gila-gila macam best.. Ok best mungkin perkataan yang terlalu kuat.. Macam okla jugak.. Lawak dia macam lawak cerdik dan memang boleh diterima sangat... Dan aku terperasan borang melanggan dia dalam majalah tu.. Macam menarik kalau subscribe. Nanti aku ada readers digest and gila-gila untuk dibaca FHM tak sure lagi nak subscribe ke tidak.. Tapi siapala manusia yang rajin nak pergi beli money order semua kan.. So semalam, macam biasa, aku google.. Hah boleh order online.. Macam nila bagus.. Senang sikit hidup aku.. Aku try google majalah Ujang.. takde..

Kalau korang nak subscribe or nak beli novel² bolehla pergi sini... http://cesb.net.my/store/
_____________
Cuba korang dengar lagu Selembar Kaseh dekat music player ni.. Ini betul² Malaysian music yang boleh meruntun hati dan jiwa tanpa sebarang sebab.. Hebat! Aku tak tau sangat pasal diaorang ni.. Baru sangat jumpa.. nak maklumat lebih lanjut pergi sini.. http://dewanggasakti.blogspot.com/ tapi please dengar lagu Selembar Kaseh ni dulu.. Macam.. eh susah nak describela dengar je.. Tekan forward button tu untuk select lagu tu..



Web music player
Quantcast
Lirik ni aku dengar and type.. So maybe tak betul.. Kenapa takde lagu untuk ayah? Haha.. Pasal ibu rupanya.. Barula aku faham sebab apa meruntun sangat rasanya.. Ni kalau masuk juara lagu boleh terus menang.. Tapi aku tau diaorang ni ikhlas main music bukan untuk competition². Agaknyala..

Tiada dapat diperbanding kasih yang tua bagai tiada penghujung
Bagaikan limpahan jernih si air damaikan ruang hatiku yang sugul
Damainya jiwaku bila di sisimu
Rasa gundah berlalu hilang resahku..

Di mana ingin kunikmati belai dan sentuhan lembut selainmu
Betapa indahnya senyummu ternyata kau murni tiap detik dan waktu
Alangkah murni ciptamu oh tuhanku
Kurniakan rahmatmu buat ibuku…

Adakah ruang bagiku kesempatan membalas jasa baktimu
Mampukah akal dan kudratku mengimbang titisan peluh dan resahmu
Inginku bela dirimu oh ibuku
Itulah sumpahku ku duhai ratuku..

Biarpun sekurun salahku
Kemaafanmu bak lautan bertepi
Ku serah jiwa ragaku kiranya itu memadai buatmu..
Agar terus jiwaku di kalbumu..
Agar kasihmu padaku takkan luntur..
Moga mereka tahu tinggi nilaimu
Tiada pengganti kasihmu oh ibu..

Berpindah Dan Credit Card

Salah satu process kehidupan bagi orang yang merantau ialah pindah randah.. Biasanya first time kita merantau, kita akan tinggal dengan sedara or dengan kawan baik.. As for aku, masa mula datang KL dulu aku kerja dekat Bukit Kiara and aku tinggal dengan pakcik aku, yang kerja satu tempat sama dekat rumah dia di Ulu Yam Selangor which dalam 50km jauhnya.. Gila... Dua tahun.. pagi² gila dah pergi kerja.. Since aku tinggal dengan dia, takdela aku beli perabot ke apa.. Aku just ada pakaian je la dengan motor RX-Z yang kadang² aku bawak gi kerja..

Selepas dua tahun aku decide nak sambung belajar and menyewa bilik di Taman Tun.. Duduk sini dalam 4 bulan (satu semester).. Pergi OU tu senyum je.. Tak lama tinggal sini sebab lepas tu ada kawan offer tinggal dengan dia dekat Taman Connought Cheras.. Masa ni aku dah ada PC table, ada iMac G3 satu, tilam dan benda² basic yang lain.. Ohh almari plastic sekali.. Pindah naik cab je.. Kat sini ada kawan satu kolej yang hebat, so everytime ada project aku buat dengan dia dan lama² aku pun macam dah ok and pointer aku naik sikit...

Selepas setahun kut, kawan aku ni nak kawin, so aku pergi menyewa di Jalan Peel.. Sewa bilik kat apartment atas Carrefour.. Masa ni dah nak habis belajar dah.. And tinggal sini sampai kerja IMU.. Dalam setahun lebih kut.. Barang² still basic lagi..Sekali dapat kerja kat Cyberjaya so aku pun pindah ke Seri Kembangan.. Yang pada masa tu masih padang jarak padang terkukur..
Pindah naik kereta kawan.. Sewa bilik dengan kawan..

Sini aku tinggal lama.. Pergi kerja senang, tak sesak.. Bertunang sampaila berkahwin.. Masa aku dah kahwin kawan² aku biar aku terus tinggal situ.. Diaorang pindah.. So bila dah kahwin kenala beli perabot basickan? Ha bertambah barang.. Masa ni aku dah ada kereta.. Tinggal situ sampai rumah aku siap.. Kebetulan masa rumah aku siap aku dapat kerja sekarang.. So pindah kerja and rumah.. Nasib aku baik kali ni sebab sewa lori pindah barang yang pekerja² dia sangat hebat, jujur, cekap.. Sekejap je pindahnya.. Mood diaorang ok, aku pun ok.. Aku belanja diaorang 100-Plus dengan rokok.. Laju gila buat kerja..

Yang pentingnya sengsara aku berpindah randah dah selesai.. Korang ingat senang ke nak pindah? Rimas gila ooo.. Aku cakap kat Liza kalau lepas ni nak beli rumah lain.. Barang rumah sekarang biar je.. Kita beli barang² baru.. Nanti rumah tu bagi kat Umar pandai²la dia..

Tapi kalau aku nak pindah kali ni, mestilah rumah idaman aku yang mana ianya mestilah rumah banglo satu tingkat di tanah lot yang ada 6 bilik beserta bilik air, satu ruang rehat, satu ruang tengok tv, satu ruang makan and satu dapur.. ooh ada satu stor dan yang penting sekali ada satu bilik untuk aku letak pool table, PS3 beserta TV HD and audio system yang sangat hebat untuk aku sorang.. Satu swimming pool kecik and satu satu bilik gim..

Bilik banyak bukan bermakna aku nak kahwin banyak.. Sekian terima kasih...
____________
Credit card ni kalau aku bayar lambat sibuk call suruh bayar, sekali aku dah bayar habis ingatkan diaorang boleh diam, call lagi offer loan tapi deduct credit card limit.. Hampeh betul..

Sedap...

Last week masa chat dengan kawan lama aku, aku cakap kalau nak buat reunion kena inform 3 bulan in advance.. Sebab aku nak kuruskan badan kata aku.. Lepas tu dia cakap..

"Mesti wife kau masak sedap ni, sampai gemuk"

Bila aku fikir balik, ye wife aku akan masak benda yang sedap² je.. Tak semestinya dia masak semua sedap, tapi dia akan masak benda yang dia tau dan pasti sedap untuk tekak aku at least.. Di kedai² pun mcm tu jgk.. Aku pilih kedai yang sedap je.. And kebetulan orang² yang masak kat kedai Semenyih ni banyak yang sedap.. Aku sangat cerewet dan memang memilih makanan.. So kalau aku rasa orang masak tak sedap aku takkan pergi lagi..

Teringat dulu masa zaman bercinta, petang² makan kat foodcourt KLCC.. Pada aku semua makanan kat situ sedap.. Barula boleh laku.. Tapi aku tau ramai jugak yang tak kisah pasal makan.. Janji makan.. Macam aku, aku dah listkan nasi kandar paling sedap di dunia.. Nasi ayam paling sedap di daerah aku tinggal dan beriani, mee bandung, laksa etc yang sedap².. And aku sanggup jugak travel jauh untuk makan... Mungkin aku boleh jadi food tester (betul ke ni?)

So itu pasal aku gemuk..

Panic

Aku memang suka buat kerja last minute.. Ni kerja² peribadila, kerja office aku suka buat kerja cepat² so that nanti aku boleh layan internet hahaha.. Balik pada kerja peribadi.. Aku ada:

1) Projek Sekolah - Due 4 January
2) DVD nak bagi kat client, dia nak copy lagi satu - Due Esok
3) DVD bagi kat orang silap mata - Due minggu ni..
4) Exam - 6 January

Aku biasanya akan relax² sebab aku tau semua aku boleh handle.. Dan aku work better under pressure.. Study untuk exam pun tak lagi.. Biasanya lagi dua hari nak exam baru bukak buku sebab nanti boleh ingat lebih lagi.. Sekali semalam bangun lambat dalam pukul 10, aku mimpi yang macam bebetul jadi punya.. Aku mimpi:

1) Ada orang call cakap exam tukar semalam pukul 2
2) DVD² nak kena bagi hari ni...
3) Malamnya kena present project..

Berpeluh aku.. Hampeh punya mimpi.. dahla rasa macam real..
___________Abang Umar Yang Semakin Tinggi..

Tahukah anda yang mak mentua saya akan menyambut 3 orang cucu sekaligus pada tahun depan..

1) February - Biras aku..
2) March - Adik ipar aku...
3) April - Liza...

Dan tahukan jugak anda bahawa jantina ketiga² bayi ini adalah sama? Hahahahah..

Military Inspired Series Mudman G-9000MS-1

Selain membalas dendam kepada cikgu, hidup aku jugak penuh dengan membalas dendam pada masa lampau.. Masa sekolah dulu aku teringin sangat nak beli jam G-Shock.. Tapi macam biasala, takdela aku dapat.. Memandangkan jam yang ex-girlfriend aku hadiahkan 5 tahun lepas dah tak water resistant, aku pun bercadang membeli jam baru...

Tapi pada umur sekarang jam macam ni dah macam tak sesuai.. Tapi bila fikir balik nature kerja aku yang mana kadang² kena video shooting, angkat tripod, camera, kerja macam lasak, aku rasa ok kut kalau pakai jam macam ni.. Naik basikal pun aku rasa sesuai jugak.. Takdela rasa macam pelik bila pakai jam besi naik basikal..
So process mengoogle pun bermula.. Sebenarnya hari tu aku gi Warta Bangi and ada berkenan satu ni, tapi dia ada kaler merah yang agak cantik tapi macam lagila tak sesuai dengan usia macam ni.. Aku tanya boleh murah lagi ke? Dia cakap tak boleh.. So aku terus teringat belila online.. Di online, jam yang aku mula berkenan tadi berharga RM80 lagi murah dari di kedai.. Ingat kawan², gunakan GOOGLE even kalau nak membeli seluar dalam sekalipun.. Tapi bila aku dah start google² aku terbekenan yang ini.. Takde kaler merah dan ianya military inspired..

Function dia bestla, tapi aku tak rasa aku perlukan sangat, sebab mcm alarm semua tu kat handphone pun dah ada.. Yang penting, calendar, hari dan waktu.. Jam ni pun ada auto light.. Yang mana kalau korang setkan dia on, korang just movekan jam ni ke muka korang and dia akan menyala sendiri.. Tapi aku tak rasala aku akan gunakan sebab nanti cepat habis bateri.. Yang mungkin aku guna ialah World Time dia.. Teringat status facebook Hafezh masa dia kat US hari tu.. Dia wish dia ada dua waktu kat jam.. Malaysia and US.. Jam ni boleh buat macam tu, tapi bukan setakat US, seluruh dunia.. For now aku guna UK punya sebab nak tau waktu bola start and kalau ada online training dengan mamat UK tu, aku bolehla tau pukul berapa dia bagi training kat aku etc etc...Ooh aku beli di PK Time Jusco Wangsa Maju, pada masa aku beli tu orang online yang offer aku tu RMx25 ringgit.. Kat kedai ni dia jual RMx99 dengan 10% discount.. Aku cakap kalau dia lesskan lagi aku beli, dia cakap dia try kira and offer aku RMx35, aku mintak RMx30 and dapat, which is RM5 ringgit mahal dari lowest offer yang aku dapat dari online trader.. Aku beli je la sebab kalau beli online lambat.. Pagi tadi ada orang online lain offer RMx20.. Paling murah.. Tapi dah terlambat sebab aku dah beli malam tadi.. Kalau korang nak beli online aku bolehla suggest diaorang ni..

Dendam berbalas and aku puas hati.. Tapi kalau nak pergi interview kenala beli jam besi menunjukkan professional sikit.. Pasar malam ada kut..
____________
The new military inspired series represents some of the very best of the tough and durable designs from the G-Shock ORIGIN and MASTER OF G line-ups.

These models feature a stealth, matte black finish to the band and case including the watch buttons that are ion plated to a black finish. The ORIGIN DW5600MS-1 & DW6900MS-1 and MUDMAN G9000MS-1 are equipped with light-on-dark digital display to match the overall color theme. For Non-Stop performance the FROGMAN GW200MS-1 is equipped with Tough Solar Power

Specifications
# Shock Resistant
# Mud Resistant
# Auto Dual EL Backlights with Afterglow
# Low Temperature Resistant (-20 C/-4 F)
# World Time
# 29 time zones (48 cities), city code display, daylight saving on/off
# 1/100 second stopwatch (ST1)
# Measuring capacity: 999:59'59.99"
# Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times
# Other: Auto-Start
# 1/100 second stopwatch (ST2)
# Measuring capacity: 999:59'59.99"
# Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times
# Countdown timer
# Measuring unit: 1 second
# Countdown start time setting range: 1 minute to 24 hours (1-minute increments and 1-hour increments)
# Others: Auto-repeat, progress beeper
# 4 Multi-function alarms & 1 snooze alarm
# Hourly time signal
# Full auto-calendar (pre-programmed until the year 2099)
# 12/24 hour formats
# Button operation tone on/off
# Flash alert
# Accuracy: +/- 15 seconds per month
# Battery CR2025
# Approx. battery life: 3 years
# Module 3031

Size of case / total weight
G9000MS 52.0 x 46.3 x 16.3
mm / 56g

SMTSR - Dibuang Asrama 1998

Dulu lepas aku kena buang asrama, aku menyewa bilik dengan makcik ni.. Makcik ni duduk sorang.. So dia sewakan kepada 4 orang budak yang kena buang asrama ni.. Bayar 100 kut sebulan.. Makan semua cukupla..

Kitaorang berempat pergi sekolah naik basikal.. Dalam 10km kut.. Makcik ni sayang kitaorang, aku ingat masa kitaorang datang balik rumah dia masa ambik result SPM dia peluk aku.. Muka rindu sangat..

Takdela.. Aku just terfikir betapa mulianya makcik ni.. Dia tak judge kitaorang.. Dia tau kitaorang budak² jahat sekolah tu, tapi dia still tumpangkan kitaorang.. Kitaorang pun sebenarnya bukanla jahat.. Baik je.. Cuma rebel kut..

Masa dah dekat² nak SPM pengetua suruh kitaorang masuk asrama balik.. Aku tak masuk.. Ego.. Kawan aku dua orang masuk.. Masa SPM kawan sebilik aku dah bawak motor and basikal aku dah kena curi.. So pergi exam naik motor..

Result SPM kitaorang takdela hebat sangat, tapi takdela buruk sangat.. And padanla muka cikgu disiplin yang cakap kitaorang akan fail tu.. Sebenarnya hidup aku ni dendam dengan cikgu tu sampai sekarang.. Semuanya benda yang aku buat sekarang ni macam aku nak balas dendam kat dia and nak buktikan kat dia aku bukanla teruk sangat..

Nanti cukup masa aku akan buat satu post pembalasan dendam.. tapi itu lama lagila.. Tunggu aku bebetul dah berjaya nanti.. Lama lagi, tapi aku in progress, on schedule..

Salah satu process dalam kehidupan

Sekadar gambar hiasan..

Bila korang dah kahwin mestila excited nak ada anak.. Berusahala dengan bersungguh² untuk dapatkan anak.. Atau kadang² tak plan pun nak dapat anak, dan konon sebenarnya mengamalkan perancangan keluarga, tapi terdapat jugak anak, Tuhan bagi.. Macam kes aku sekarang... Tetap excited..

Zaman sekarang ni korang dah boleh scan² anak dalam perut.. Boleh tahu lelaki dan perempuan.. And bila dah tau jantinanya, process mencari nama yang sesuai pun bermula.. Kalau korang tak kisah takpe.. Senang je.. bagi je nama apa.. Tapi aku ada jumpa beberapa masalah dalam mencari nama anak.. Antaranya:

1) Liza suka, aku tak suka..
2) Aku suka, Liza tak suka..
3) Dua² suka, tapi ada anak orang lain dah guna nama tu..
4) Dua² suka tetiba adik aku cakap semua kawan² dia nama tu perangai tak semenggah..
5) Suka, tapi takde maksud..
6) Suka tapi takde Z (sebab aku, Liza and Umar Zakwan ada Z pada nama)

Itu adalah antara²nya.. Nanti end-up ambik nama yang Liza bagi jugak.. Sebab nama aku nak dia tak suka.. Tapi nama dia bagi aku sukala jugak.. Itu baru process nak bagi nama tu.. Benda² lain lagi??

Benda ni mungkin terjadi pada aku je kut sebab nama aku takde maksud.. Dahla nama aku ntah apa² so aku agak cerewet cari nama anak ni.. Sekian..

Rasuah bermula sejak dari kecil lagi..



Aku tengok cerita P.Ramlee yang ada mamat ni bagi 20 sen pada budak ni untuk bagi surat pada kakak dia.. Upah.. Pada aku rasuah.. Orang mesti cakap tak sama, tapi dari upah yang sekecik 20 sen boleh jadi beribu²..

Macam abang aku cakap, dah memang kerja dia pun kita kena bagi extra lagi untuk kerja cepat jalan.. Contoh: Kau kena korek lubang and kerja, title kau ialah pengorek lubang.. Tapi kau boleh cakap: "Kalau nak saya korek lubang cepat, kena bayar extra RM50" Kau desperate, kau bayar..

Macam dengan anak² jugak.. Contoh: "Jangan nangis, kalau nak kereta Ben-10 kena baik, tak nangis²"

Dulu aku ada dengar cerita, katakan untuk set-up studio kena ada RM300,000.. Orang yang in-charge ni akan cakap pada supplier² yang bagi quotation ni, kalau kau nak dapat job ni kena bagi aku 15% dari harga keseluruhan.. Kalau tak, aku suruh supplier lain turunkan harga quotation and ambik duit dari diaorang".. Supplier desperate, setuju.. Barang habis deliver, studio siap, mamat in charge tadi tukar kereta baru.. DUIT HARAM!! -> Saje je aku capital letterkan ni sebab aku takut nanti satu hari Tuhan uji aku dengan benda² macam ni..

Upah atau rasuah? Masa aku nak kahwin dulu aku kena isi beberapa borang, kena jumpa tok kadi kat kampung aku.. Yang aku ingat aku kena isi form saksi katakan aku ni masih bujang, lepas tu aku kena pergi Pejabat Agama Daerah ke apa, nak kena submit form² yang dah siap... Banyak benda jugakla.. Tapi Kadi kampung aku cakap :

"Hang tak payah susah², hang bagi saya 15 ringgit nanti saya carikan saksi, saya hantaq pergi Pejabat Agama.. Semua settle.. Dua minggu lagi datang, siap.."

Syabas Malaysia...

Ye aku tau dah lambat.. kat rumah takde internet, so hari ni baru aku ada masa nak mengucapkan tahniah pada team Malaysia menang emas dalam Sukan SEA.. Kalau korang dah lama baca blog aku ni korang tau aku adalah penyokong bola Malaysia tanpa kompromi.. kena belasah pun aku sokong.. patriotik sangat...

Kiranya aku dah tengok Malaysia menang Piala Merdeka, yang orang cakap piala ciptaan sendiri dan kali ni menang SEA Games, tournament besar.. So aku puas hati.. Adala dalam hidup aku ni aku tengok Malaysia menang.. Alhamdulillah..
_________
Ada seorang player nama Gurusamy tak silap aku kena doping test nak check ada ambik dadah ke tidak.. Sebabnya agak kelakar.. Sebab dia berlari tak berhenti hahahaha.. Itulah namanya semangat..
___________
Petang Khamis tu Liza balik lambat.. Dan aku dah tau dari awal.. Plannya.. Balik secepat mungkin, bawak kereta selaju mungkin, ambik Umar.. Duduk depan TV, tengok bola!

Sampai nursery Umar pukul 5.55 macam tu.. "Ayah dia ni nak tengok bola la ni" Kata penjaga nursery.. Aku senyum.. "Cepat Umar, ayah nak tengok bola.." "Mama tak balik?" "Mama balik lambat"..

Sampai bukak TV.. "Ball kampung ke ayah?" "Haah ball kampung"

So sepanjang game aku menjawab soalan anak aku.. And melayan anak aku yang dah mula rindu kat mama dia.. Somehow game hari tu aku tak berdebar sangat sebab dalam hati ada rasa yang Malaysia akan menang.. Yang aku ingat first half Malaysia memang bertahan dan second half Malaysia ada attack.. Dan yang pentingnya ada Gol!

Aku tengok tv, ada 3 orang pemanggil call RTM2 tu, seorang Melayu, seorang Cina and seorang lagi India.. Ye aku tengok kat RTM sebab aku nak dengar Haji Hasbullah Awang, walaupun dia kadang² mcm salah sebut nama etc, tapi aku rasa lain macam bila orang lain yang jadi commentator.. Kat TV ada tunjuk kat beberapa tempat orang tengok ramai².. Ada yang celebrate atas jalanraya.. Seronok sangat..

Try call Liza tak dapat.. Last sekali dia yang call.. "Malaysia menang tau?" "Berapa?" "1-0"

Aku tau banyak benda orang bersatu padu.. Tapi hanya sukan yang betul² boleh buat semua orang bersatu, bersorak, bagi good mood, bagi family berkumpul bersama, bagi semua orang share satu benda yang orang rasa satu benda tu sama² yang punya..

Lupa aku nak cakap.. di wisel penamat air mata aku menitik...

Tiger Woods, Isteri Dan Perempuan Cantik...

Semua orang dah tau pasal kecurangan Tiger Woods.. Tapi apa wife dia nak expectkan? Husband dia glamour, kaya dan tak boleh kahwin 4 mestila dalam diam ada perempuan simpanan.. Kau tengok, lelaki dicipta dengan sifat gatal sejak azali lagi.. Lelaki memang gatal.. Lelaki kaya memangla lagi gatal pada tahap tertinggi..

Kau bayangkan kalau diaorang ni boleh kahwin 4, settle problem.. Harta kekayaan boleh bagi sama banyak atau berlebih.. Boleh adilla kut.. Settle masalah..

Janganla korang cakap aku ni nak sangat kahwin 4.. Aku dah banyak tengok perempuan merana sebab husband dia kawin lagi satu.. Sebab apa merana? Sebab husband diaorang bukan kaya macam Tiger Woods!! Dah susah pergi kahwin banyak² buat apa? Kereta macam nak roboh, anak 8 orang, kerja tak menentu kahwin dua tiga buat apa?? Itu silap.. Aku Insyallahla takkan buat macam tu..

Tapi kalau aku kaya macam Tiger Woods and tetiba perempuan macam ni datang, aku tak boleh janjila..

Sila abaikan muka orang tua huduh tapi berpangkat dan kaya tu..

Recycle? Selamatkan Bumi?

Aku rasa dari sekolah rendah dah cakap pasal kitar semula ni.. Tong² sampah untuk recycle pun ada disediakan mengikut colour.. Aku tau ramai jugak yang kitar semula.. Paling tidak pun jual botol, newspaper etc pada orang surat khabar lama tu.. Menyumbangla jugak..

Tapi, aku tak rasa selepas lebih 10 tahun orang² Malaysia ni bebetul recycle barang.. Dia biasa bila ada kempen besar²an barula semua orang kelam kabut nak buat.. Lepas tu? Senyap balik...

Aku tulis benda ni hari ni sebab nak cerita sikit attitude rakyat Malaysia di jalanraya yang aku selalu lalu... Bukan pasal driving. Tapi pasal buang sampah atas jalanraya.. Dua minggu lepas kereta aku terlanggar botol kaca (yang mana aku kena berhenti tepi jalan and kawan² aku tolong tengokkan kut tayar meletup sekali ke).. Botol kaca tu!! Siapa yang gila buang botol kaca kat tengah jalan..

Kalau korang perasan... plastik air, botol plastik, kulit rambutan, and dalam case aku kulit durian pun ada, kotak rokok, puntung rokok macam biasala.. Kertas, kotak.. Dan macam² lagila.. Bayangkan berapa tak educatednya manusia ni.. Tak boleh nak tentukan buang sampah atas jalan raya tu salah ke tidak.. Lagi satu, papan tanda arah rumah orang kahwin (ok ni lari tajuk sikit).. Orang tu dah nak beranak pun papan tanda tu ada lagi kat situ.. Ish...

Ok.. Macam biasa.. Benda² basic ni kena ajar dulu, BUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH.. Sebab kalau ikut pemerhatian aku, untuk orang² yang buat kerja buang sampah atas jalanraya tadi, pada diaorang - mengitar semula sampah tu macam nak pergi menggadai nyawa je gayanya..

Dalam selimut pun tercabut nyawamu

Dulu layan lagu ni sebab konon²nya rock sangatla.. Masa darjah 5 ke darjah 6 macam tu.. Hari ni tengok lirik elok² terus seram sejuk..



Dalam selimut pun tercabut nyawamu
Ke mana juga usah cuba sembunyi
Berlari nanti penat dan pata kaki sendiri
Sembunyi nanti hilang ditelan diri sendiri

Sedetik sesaat tercatik untukmu
Di kiri tersenyum di kanan menangis
Mengira berapa yang untung dan rugi darimu
Mengira hingga tamat tempoh dalam dunia ini

Ramai manusia
Cuba lari dari kenyataan ini
Ramai manusia
cuba lari dosanya sendiri

Indah hanyalah di pandangan zahirnya
Teman adalah untuk jadi mangsanya
Keliru pelbagai ragam manusia hari ini
Sembunyi manusia sembunyi dari kenyataan

Ramai manusia
Cuba lari dari kenyataan ini
Ramai manusia
cuba lari dosanya sendiri
Ramai manusia

Selamat Tinggal Petronas Dan Pengalaman Saya Hidup Dengan Debit Card

Aku dah lama tak isi minyak petronas sebab aku taknak nanti aku kecewa sebab tak menang kereta.. Aku tau alasan macam budak².. tapi bila dah masuk contest aku mestila sentiasa berharapkan?

Tapi since sekarang dah takde contest and minyak aku pun dah nak habis aku cakap dalam hati bolehla aku bagi peluang kat diaorang.. Menjadi seorang yang mengamalkan kehidupan tanpa membawa cash, aku pun mengisi minyak menggunakan debit card.. Dah nak masuk tahun 2010 beb! Service macam ni kenala effective..

Pagi tadi aku singgah, swipe card.. tak boleh.. tukar pulak credit card.. tak boleh.. Pergi pam lagi satu, sama jgk masalahnya.. Sebab aku dah lambat, aku malas nak pergi keluar duit kat ATM, aku blah je.. So SELAMAT TINGGAL PETRONAS.. Aku akan teruskan isi minyak SHELL...
______________
Guna debit card ni banyak juga masalahnya.. Macam hari tu aku pergi shopping kat Giant.. Aku bagi debit card tak boleh.. Aku bagi credit card boleh.. Bila aku jalan ke arah ATM, semua ATM down.. Line masalah kut..

So bayangkan kalau aku takde credit card masa tu.. Debit card tak boleh guna, ATM satu shopping complex tak boleh guna.. Salah saya ke?? Memang salah awak! Sebab awak tak menolak.. Ok itu dialog dalam Nur Kasih yang aku paling suka.. Abaikan.. Bukanla salah aku 100%.. Tapi kalau berpuluh orang tengok kita nak shopping tapi takde duit.. tak ke malu? Sebagai manusia mestilah kita nak mempertahankan yang kita betulkan? Tapi tak dapatla kita nak menjerit kuat² and explain cerita sebenar..

Nak cakap salah aku sebab tak keluar duit awal², siapa yang gila nak pergi keluar duit kat tempat lain lepas tu pergi shopping tempat lain??

Apa² pun aku rasa Malaysia, and Malaysian sendiri tak ready untuk hidup dalam cashless environment macam dalam radio promote² tu.. Banyak sangat risikonya kalau service tu tak boleh jamin 100% akan berfungsi sepanjang masa..

Eh risikonya satu jela kut.. Menanggung kemaluan terbesar dan pada tahap tertinggi kalau barang semua dah di barcode scanned dan dimasukkan dalam plastic dan trolley tapi tak boleh bayar..

Tak boleh fokus...

Aku tak bolehla nak fokus kalau banyak sangat benda nak kena buat.. Benda yang totally different.. Peningla aku macam ni.. Pasal kerjala ni..

Pasal study pun satu.. Banyak sangat assignmentnya..

Kesian baby dalam perut Liza sebab kadang² aku macam lupa dia nak datang ke dunia ni, tak mcm masa Umar dulu aku ada banyak masa nak fokus untuk jadi bapak..

Cepatla ada offer lain.. Aku nak blah je.. Bukan lari dari tanggungjawab, it just that aku dah tak laratla nak bertanggungjawab banyak sangat benda ni..
___________
Kepada ibu² yang nak tau pasal perlu ke tidak buku merah, macam aku tanya hari tu ada jawapannya kat sini : CLICK SINI.. Alhamdulillah ada orang tanya soalan yang sama..

Demam...



Umar demam.. Gigi geraham nak tumbuh...

Aku tak sedap badan.. Sebab cuaca berubah² secara drastik tahap tertinggi...

Liza selsema...

So aku takde mood..
___________
Ooh aku jumpa kawan² lama kat facebook.. Kawan² yang aku betul² nak jumpa.. Best gila rasa.. Kawan sekolah rendah.. Sebenarnya ramai je orang sekolah rendah aku, tapi aku search based on nama sekolah and nama Besout kat facebook tu tak jumpa.. Malu kut diaorang nak mengaku diaorang orang situ.. Hampeh..

Tapi apa²hal aku puas hati..

Pertanyaan Kepada Ibu²

Aku cadang kali ni nak bawak wife aku bersalin dekat Hospital Kerajaan.. Baca² kat internet orang cakap dah macam ok service diaorang and ada 1st class punya layanan etc. So mcm senang hatila sikit kalau nak bersalin kat hospital kerajaan...

Masalahnya sekarang, monthly check-up wife aku dekat klinik swasta.. Aku dengar orang cakap kalau nak bersalin kat hospital kerajaan kena ada BUKU MERAH... Buku monthly checkup.. Wife aku sekarang ada jugak buku record monthly ni.. Tapi bukan warna merahla.. Tapi lengkapla dia punya record.. Bukan apa, kalau checkup swasta ni senang, boleh pergi lepas office hour..

So pertanyaan saya, mestikah ada buku merah (buku monthly checkup) dari klinik kerajaan kalau nak bersalin kat hospital kerajaan?? Confirm kena ada ke? Buku checkup klinik swasta tak boleh guna ke?? Terima kasih di atas jawapan..

Kalau confirm kena ada buku merah ni aku rasa pergi swasta jugakla sebab aku memang benci benda² merepek macam ni..

Bukan Hal Aku... Tapi...

Bukan hal aku, tapi aku memang sentiasa suka menyibuk...

a) Aku tak faham orang sanggup berbelanja besar beli kereta, pasang macam² siap kereta tu boleh bercakap macam transformers punya robot tapi masih memilih untuk menyewa rumah.. Pada aku dari beli kereta besar baik beli rumah.. Lagi best...

b) Orang dah anak empat lima tapi masih beli kereta kecik yang lebih mahal dari MPV.. Macam anak dah enam tapi beli honda civic yang lagi mahal dari avanza...

Itu hal orang, siapala aku nak judge diaorang kan? Tapi aku memang tak faham.. Best sangat ke naik kereta besar dan boleh bercakap sampai jiran² sakit hati dengar kereta suara robot bercakap kuat² "Your security system has been activated" sepanjang masa?

Aku Dah Bosan...

A.K.U D.A.H B.O.S.A.N!!!

Kepentingan



Sebagai manusia kita ada kepentingan dalam hidup. Kepentingan ni berubah² dari masa ke semasa. Kadang² kita sendiri yang kawal dan kadang² kita tak boleh kawal.

Contoh, beli PS3 di tahun baru adalah agenda penting korang buat masa ni. Itu datang secara semulajadi bila korang dah bosan and rasa nak ada benda baru.

Tetiba wife korang pregnant di atas perbuatan sendiri. So PS3 dah jadi tak penting so korang ubah hala tuju kepada nak beli baju baby, barang² baby dan excited gila. Korang pun terfikir kalau ada dua orang anak and yang sorang lagi tu baby, bila masa nak main game pulak. So kepentingan game console diubah kepada tahun baru lagi satu.

Ini semua boleh kawal. Dan korang tak rugi apa² pun.

Tapi bila aircond kereta korang rosak, wiper kereta dah haus dan timing belt pun rasanya dah sampai masa nak kena ganti korang tetiba ada kepentingan lain. Dan benda ni tak boleh dikawal. Tetiba datang dalam satu masa. Macam wiper tu bolehla kut nak kawal, jangan pasang masa hari hujan. Tapi itu mencari maut namanya.

Apa² pun kita tumpukan mana yang penting dulu untuk kebahagian dan keseronokan di masa depan. Hehe..

Merepek pada tahap kedua tertinggi..



I've just seen a face,
I can't forget the time or place
Where we just met
She's just the girl for me
And I want all the world to see
We've met, mmm-mmm-mmm-m'mmm-mmm
Had it been another day
I might have looked the other way
And I'd have never been aware
But as it is I'll dream of her
Tonight, di-di-di-di'n'di
Falling, yes I am falling,
And she keeps calling
Me back again.

Ok ini nak cerita suatu masa dahulu la aku ni...

Dulu masa aku tingkatan 1 sekolah kat KL, aku orang Felda duduk asrama Felda, ada budak ni anak nelayan duduk asrama Toh Puan Norashikin kut, aku tak ingat namanya.. Tapi kitaorang sekolah sama.. Masa form 1 satu kelas.. Nama dia Salmi.. Aku nampak tak nampak je minah ni...

Bila form 2 aku masuk kelas lain.. Tapi masa sukan sekolah kitaorang jumpa balik.. Aku menang dua tiga hadiah and dia menang banyak gila hadiah.. Kalau sebelum tu aku macam buat endah tak endah je dengan dia, tetiba hari tu aku nampak dia macam hebat, tetiba jadi cun gila dan hot..

Had it been another day
I might have looked the other way
And I'd have never been aware

Jatuh cinta ni pun kena ada moment² yang tepat..

Contoh, korang baru main basketball dan menang, perform gila babi, tetiba jumpa kawan perempuan lama, mood tengah baik terus bersembang gila², ajak gi minum and sedar tak sedar dah anak 2 dah sekarang.. Cuba kalau tengah main tu bahu tercabut, duduk tepi court, mood tak baik.. Habis semua orang kau tak peduli.. Chances nak jatuh cinta and jumpa pasangan hidup pun berkurangan..

Tapi takdela aku jatuh cinta dengan Salmi tu tadi, kan masa tu aku baru umur 14 tahun...

Nombor baru...

Aku ada guna nombor telefon baru.. Aku pastila nombor ni dulu ada orang lain guna.. Selalu jugak orang call aku lepas tu salah nombor.. Bank pun banyak.. SMS pun banyak dapat... Senang cakap aku rimas and bengang jugak...

Hari tu ada orang sms: Safi dapat 5A..

Aku reply: Cakap kat Safi boleh pergi mampus!

Hehe takdela.. aku sabar lagi.. Agak²nya mesti orang tu menangis kalau aku reply macam tu..

Gunting Rambut

Suatu masa dulu di kedai gunting T. Nagen

T.Nagen: You nak potong rambut macamana?
Aku: Ha potong tepi dengan belakang pendek, atas pun potong.. tapi jangan pendek sangat.. biar boleh sikat ke depan..
T.Nagen: Ooo saya tau.. Macam itu gay boy kan?

Sekarang aku potong rambut di area Warta Bangi..

Busy yang teramat sangat..

Scene di kampung..

Aku : Umar.. tengok tu ada meow...
Umar : Mana ayah?
Aku : Tu....

Selang 5 saat lepas tengok kucing...

Umar : Ayah.. Tak comel pun meow tu...

Kalau kucing ni faham sure menangis...