Perfect End Of The Year 2010

Malaysia Menang - Dapat Cuti Free- Dapat Makan Nasi Kandar Sedap

Ada sehari setengah lagi sebelum 2011.

Harapnya adalah permulaan yang baik untuk aku sekeluarga di tahun 2011.

Ya Allah, selamatkanlah kami sekeluarga, kuatkanlah iman kami, bahagiakanlah kami, sihatkanla kami, bebaskanlah kami dari hutang dan rahmatilah kami sekeluarga.. Amin Ya Allah.. Amin..

Dan janganlah aku diberi harapan² palsu, ditipu dan dikecewakan lagi di tahun hadapan hendaknya.. Amin..


Terima Kasih

Ini bukan pasal menang atau kalah. Ini adalah pasal rakyat Malaysia yang sudah berbelas tahun menunggu.

TERIMA KASIH RAJAGOBAL. TERIMA KASIH SEMUA PEMAIN.. TERIMA KASIH!!

DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERSATU SEPANJANG TOURNAMENT INI BERLANGSUNG!!

Kesalahan Saya Sebagai Bapa (1)

Ramai orang tau aku bagi anak² aku guna laptop adik aku. Layan youtube, main game. Benda-benda macam tu sebenarnya aku escape dari tanggungjawab sebenar. Bagi laptop dekat anak, aku rehat tengok TV.

Aku baru tersedar baru-baru ni bila si Nawal nak tengok kucing kat Youtube dan Umar nak tengok Ultraman.. Diaorang bergaduh. Budak 8 bulan dah demand nak tengok Youtube. Susahla aku nak explain sebab bukan dia bercakap tapi aku taula. Tapi memang salah kitaorangla sebab kitaorang yang ajar.

Masa tu, apa aku buat, aku terus tutup laptop tu dan bawak masuk dalam bilik dan tak bukak sampai sekarang. Aku cakap kat Umar, kalau nak main game, main dekat computer aku. Macam laptop tu ada depan mata sepanjang masa memang tak berhentila main. Sekarang ni kalau main dalam bilik, dekat PC jarangla sikit dia main. Kurang 90%.

So sekarang aku kenala main dengan anak² aku. Ada interaksi. Main susun blocks tu ke, main lukis² ke. Dan yang paling penting aku rasa apa yang aku buat kali ni betul.

Azam 2011

Macam biasa, dah nak akhir tahun ni mestilah ada azam kan? Azam tahunan yang paling obvious aku capai ialah berhenti merokok. Azam tahun depan (kalau panjang nyawa):

1) Sihat sepanjang tahun.
2) Start bercampur masyarakat semula sebab dah tak busy pergi kelas.
3) Cari kerja baru yang benefits, gaji dan bonusnya lebih banyak.
4) Taknak guna credit card langsung, nak bayar je hutang. Ye credit card memusnahkan hidup aku.
5) Setelah lebih 2 tahun aku bersabar, teringin dan menahan kehendak, aku rasa tahun depan aku nak beli jela PS3. Harap-harap ada rezeki dan kenapa point no 3 itu sangat penting. Hehe..

Dan aku harap Tuhan bagilah aku something yang boleh buat aku ubah hidup aku dan family ke arah benda yang lebih baik.. Bagi something yang boleh buat aku hadiahkan kitchen kabinet untuk Liza ke, something untuk besarkan study room aku ke dan letak perkakas PS3 sekali dalam tu Haha.. Dapat pergi Umrah ke kan? Aku jugak harap family aku sihat dan bahagia sentiasa.. Amin..

Hitam Putih 2010

Yang Hitam

1) Kena batu karang, and kena urestropic stone removal. Seksa ya amat.
2) Selalu sangat sakit.
3) Lepas Maya Karin bercerai dia nak balik pada aku, tapi taknak bermadu dengan Liza. Sorry aku tak sanggup. Liza dengan aku sejak aku naik RX-Z lagi.

Eh takdela banyak sangat benda buruk dalam ingatan aku tahun ni.

Yang Putih

1) Of coursela si Nawal Zahrah lahir ke dunia dan mak mentua aku dapat cucu perempuan 3 orang dalam masa 3 bulan berturut-turut.
2) Dapat bawak Umar ke Jepun tengok Ultraman..
3) Dah nak habis belajar walaupun project tak siap lagi..
4) Berhenti merokok.
5) Dah start bersenam secara konsisten dan dapat beli kasut lari idaman.
6) Dapat kawan-kawan baru di blog. Serious, aku bukan cari komen yang banyak atau nak jadi famous. Aku lebih suka dekat blog ni macam berkawan lepas tu kalau terserempak kat mana-mana boleh bersembang macam dah kenal lama.

Dekat Mines je sebenarnya.. Jepun dalam mimpila..

Plan Yang Hancur

Aku assume semuanya bermula sebab nursery anak-anak aku tak jaga kebersihan. Rupa-rupanya last week lagi dah ada orang sakit, dan anak-anak aku kiranya last batchla kut. Dan berjangkit dengan kitaorang.

Biasanya hujung-hujung bulan ni masa untuk dapat gaji, dan lagi manisnya exactly lepas dapat gaji weekend pun datang. Memang itula saat yang aku suka. Cadangnya nakla makan sedap-sedap sikit. Tapi dah semuanya terbongkang, nak masak apa benda. Nak jalan-jalan beli barang pun tak lalu.

Project aku pun terbiar. Aduhai... So kadang-kadangkan benda yang kita tak expect langsung macam ni memang boleh jadi, so kenala berjaga-jaga.. Aku dah lembik dah ni, takde benda nak hiburkan hati, aku layan internet je la.. Liza dah rasa nak pindahkan nursery je.. Aku pulak nak tengok ada tak diaorang charge overtime bulan ni bila dah jadi macam ni.. Anak-anak aku tak datang 4 hari minggu ni.. Aku pulak rasa bersalahla kalau nak MC esok sebab tahun ni dah banyak gila sakit termasuk operation hari tu.. Haishhh... Apala hikmahnya agaknya..

Penyakit Berjangkit

Nawal dah semakin ok..
Umar dah semakin ok..
Liza sakit teruk..
Aku baru nak start demam and sakit perut.

Harapnya aku tak muntah-muntah macam diaorang sebab aku tak suka muntah... Aku dengan Umar berkampung depan tv, senang nak ke toilet kalau nak muntah ke apa ke..

Sebenarnya aku teringin nak pergi tengok bola esok, tapi dah jadi macam ni tak jadila, aku rasa adalah hikmahnya nanti. Memang tahun 2010 adalah tahun yang paling malang sekali dalam hidup aku, dah nak habis tahun pun ada musibah.. Harapnya adalah hikmahnya jugak..

Kemarahan Pada Tahap Yang Paling Tinggi

Hari ni first time aku rasa hati aku hancur berkecai, kecewa, sedih, marah, nak nangis semua sekali ada.

Aku betul² harap dia dah maafkan aku, dan akan kembali pada aku balik.. tapi rupanya tidak, mungkin nama aku dah takde langsung dalam kepala dia. Uwa.. uwa.. uwa... (menitik air mata aku ni ha)

Yang kau ni menyibuk apahal ha?? Dahla cerita Cicakman tak best!!

Tekanan Pada Tahap Paling Tinggi

Dua² orang anak aku kena muntah² dan cirit birit yang teruk. Aku sangat sedih dan tertekan. Doakan diaorang sihat.

Sebagai pengajaran, kalau university kau bagi 3 bulan untuk buat project, gunakanlah 3 bulan tu sebaik²nya sebab mana tau kita nak guna sebulan sahaja tapi masa tu banyak masalah yang timbul.

Dan dunia ni tak selalunya buat kita gembira:

1) Mungkin minggu ni kita gembira ambik gambar dekat kedai pizza, tapi minggu depan semua terbongkang sakit atas katil.
2) Mungkin minggu ni kita dapat beli jam Rolex tapi minggu depan dapat surat nak muflis dari Bank Islam.
3) Mungkin minggu ini berat kita 75kg, tapi minggu depan berat kita 80kg.

So kepada sesiapa yang takde masalah langsung dalam hidup tu, yang hari ni beromen dengan Nora Danish tapi minggu depan beromen dengan Fasha Shanda lepas tu minggu ni naik cruise dan minggu depan naik helikopter bersiar², enjoylah hidup korang, sebab tak semua orang dapat nasib baik macam anda.

Aku sangat tertekan sekarang. To adik aku Nur Adilla Mat Wazip, tahniah dapat 8A dalam PMR. Terima kasih MRSM FELDA.

Tulis blog pun macam dah tak betul bercampur².

Pelik Pada Tahap Paling Tertinggi

Dulu, kalau Khalid Jamlus tak score, aku tak boleh tidur seminggu. Terbayang setiap movement masa dia missed.
Dulu, kalau Perak/Malaysia kalah aku akan sedih sampai sebulan.
Dulu, kalau orang kutuk Perak/Malaysia aku rasa nak pergi bertumbuk.

Tapi sekarang ni satu perasaan tu pun takde. Pelik betul aku.. Malaysia masuk final pun aku relax, tak excited sangat. Happy ya, tapi takdela sampai meluap² perasaannya.

1) Adakah bila Malaysia dah power, tahap sokongan dah biasa-biasa je.
2) Adakah bila nak masuk umur 30-an kita malas nak tengok bola.
3) Adakah bila kita dah tua, kita ada banyak lagi benda nak fikir sampai takde masa untuk benda-benda remeh.

Aku miss jugak perasaan meluap² bersemangat tu. Apa² pun Semoga Berjaya Malaysia, and aku tak kisah pun kalau korang kalah sebab masuk Final tu kira bagusla pada aku untuk orang-orang muda macam korang. Tapi next tournament kenala menang. Pesan aku:

1) Please jangan kahwin awal, tumpukanla kerjaya bola tu dulu.
2) Please jangan kawin artis.
3) Please jangan kawin lari.
4) Jangan besar kepala dan berlagak bila dah jadi star.

Oh, kepada orang yang imitate jersi Nike yang baru tu, aku nak cakap -
"Korang memang dajjal paling hina dalam dunia ni!! Come onla woi!! Jersi negara sendiri pun nak ciplak ke jahanam??"

Wakil

Sebagai manusia kita tak berdiri dengan diri sendiri. Biasanya kita wakil seseorang atau satu organisasi yang orang akan refer kita to. Contoh: Aku. Bila orang pandang aku, orang akan relatekan aku dengan - anak Mat Wazip, husband Liza, ayah Umar, menantu Selamah, abang Malina, staff University X etc.

Nampak? So, sikit sebanyak kita ni kalau nak buat benda kita kena fikirkan orang-orang atau sesuatu yang kita wakilkan tu la. Katakan kalau aku nak kawin dengan Maya Karin bulan depan. Jiran mentua aku akan cakap: "Menantu Selamah tu nak kawin lagi satu dengan artis." Orang kampung aku akan cakap: "Anak Mat Wazip tu nak kawin lagi satu dengan Maya Karin." Malu eh ke banggala diaorang kan? Apa² pun akan affect orang lain.

Aku terfikir ni sebenarnya masa sembahyang Jumaat last week, aku nampak pekerja Telly (brand mayonis dan salad dressing) sembahyang sekali pakai t-shirt diaorang. Kira diaorang tengah hantar barangla kut. So masa aku pandang, aku cakap.. "Wah bagus pekerja Telly ni, walaupun penat buat delivery sempat singgah..." So sebab sikap diaorang, aku akan meneruskan beli produk diaorang, sedap jugak dan murah dari Ladies Choices pun. Dan bila aku dah tulis kat sini orang yang baca mesti akan sedikit sebanyak nak try produk diaorang. So benda yang kita buat tu somehow akan ada consequences nya, tak kira baik atau buruk.

Kalau la orang lain nampak diaorang tengah minum beer masa orang tengah sembahyang Jumaat, confirm takde aku nak beli lagi, dan takde orang teringin nak beli sebab aku dah kutuk..

Hidup

Aku baru balik buat blood and urine test, malas nak X-ray. Saje nak tengok condition aku sekarang. Result test hari Khamis baru dapat kut, tapi aku ambik minggu depan je la.. Unless ada something wrong yang teruk aku ambik awal.. Doakan ok.. Kalau ok, bolehla start cari kerja lain.. Kang nak masuk kerja tempat lain tapi kantoi medical checkup, susah pulak takde kerja.

Sangat busy dengan project dan si Nawal demam. Si Umar pun berjangkit sikit². Selama aku free takde pulak nak demam haha..

Aku perlu terus hidup. Kalau bukan untuk sumbangan pada dunia, tapi untuk anak-anak at least.

Lunarglide+ 2 Review (In English)

Ok kawan aku beli kat Nike Store, Kuala Lumpur. Bawah ni review dia pulak. (Voldermort, kalau kau nak review please bagi aku, mana tau nanti Nike sponsor kita haha)

No one wants to spend RM400 on a pair of running shoes. If given a choice, I'd rather convert it to Euro. Upon persuasion by a friend, a very very persuasive friend, i bought it. My current running shoes were beyond repair. The colour faded, and I couldnt find a proper five-foot-way cobbler.

Actually, I kinda like the colour. It makes my giant feet look petite and isnt petite adorable? After 5 sets of 60-minute-running, my heel still hurts. The curse of a brand new shoe I suppose?? But since the very persuasive friend assured me that it is a good investment, I figured, he's probably right. (for someone who bought it cheaper, easy for him to say, eh?)

Lunarglide+ 2 Review (Dalam Bahasa Malaysia)

Aku tercari iklan kasut ni bila kawan aku cakap dia dah beli. Kalau tak, aku dah lupakan model ni, aku target lower version. Nanti esok dia bagi review. (ye kitaorang bagi review free)

Aku start dengan colour dan appearance. Colournya adalah sangat terang benderang. Orang yang handsome pun orang dah tak pandang rupa, diaorang pandang kasut terus bila terserempak dengan korang sebab colournya yang striking. Tapi sebenarnya ianya satu benda yang bagus, sebab biasanya kita berlari lepas subuh atau petang nak ke senja, yang mana keadaannya gelap. So orang awarela.. Kalau tengah ngantuk bawak kereta perasanla kita tengah berlari.

Sekarang imagine kasut ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Belakang, tengah dan depan. Dibahagian belakang yakni bahagian tumit ianya akan mencengkam bahagian belakang kaki korang. Kalau nak tanggalkan kasut kena bukak tali, tak boleh cabut macam tu je sebab dia ketat dan mantap.

Bahagian hadapan dia pulak yakni dibahagian jari, ianya agak sempit. Kalau korang duduk tak buat apa, korang akan terasa tapi once kau belari takde rasa apa-apa dah.

Bahagian tengah memang tak rasa langsung, so aku anggap itu satu benda yang bagus.

Teknologi kasut ini akan membuat korang berasa selesa di atas permukaan apa sekalipun. Korang akan rasa bouncy di bahagian tumit. Yang paling sedap bila lari atas jalan tar. Kalau dekat bahu jalan yang kaler merah tu terasa la jugak keras batunya sikit². Kira selesala apa-apa pun. Rasa macam rugi pulak kalau tak berlari. Balik rumah pun aku dah tak sakit² lutut, belakang lagi. Maybe sebab kasut aku sebelum ni memang teruk sangat. Out of 5? Aku bagi 4 kut.
______________
Aku sibuk dengan projek sekarang, so memang takde idea nak update apa..

Welcome To My World (Bukan Bahan Bacaan Untuk Orang Kaya)

Satu, aku takkan beli barang imitation. Dua, aku takkan beli barang second hand yang orang dah lama pakai, especially baju dan seluar. Tiga, aku tak boleh bersuka ria berbelanja.

So untuk orang yang macam aku, aku kena banyakkan bersabar. Kalau dulu aku ada cerita aku tunggu sepanjang bulan puasa untuk membeli di internet Levis 501 original dan brand new untuk pakai raya dengan harga 50% less. Sekarang aku nak cerita macamana aku dapatkan kasut running idaman aku dengan harga 45% less.

Perkara pertama ialah korang kena sabar. Kedua korang kena tau exactly apa benda barang yang korang nak. Jenama, size, model etc etc. Sebab kadang² kita search dengan keyword brand, tapi orang advertise guna title model. So sekarang korang kena cari site² yang orang jual barang, contohnya Mudah.my dan beberapa forum lain. Kau kena sabar dan tunggu hari², kut ada orang akan jual barang yang diaorang taknak. Ooh korang jugak kena tau samaada benda itu original atau pun tidak sebab kat Malaysia ni ramai jugak setan² penipu. So better jumpa masa nak close deal.

Dan, untuk pengetahuan korang, orang jual barang² ni dengan pelbagai alasan yang korang kadang² tak terfikir pun. Contoh - salah size, tetiba tak suka, orang hadiahkan tapi tak suka, menang lucky draw, nak pakai duit dan macam-macam lagi. Benda ni macam korang tunggu masa yang sesuai untuk strikela dan kebetulan kali ni ada mamat yang baru pakai kasut ni untuk lari 2, 3 kali tapi rasa kasut tu kecik untuk dia pulak, so bila aku tengok size dia sama dengan size aku, aku pun negotiate dan dapat harga 45% less than harga asal, aku cukup puas hati sebab memang macam baru, takde cacat cela.. N.A.S.I.B juga memainkan peranan penting. Alhamdulillah..

Kalau korang jenis sabar dan sanggup tunggu, silalah cari barang-barang yang korang betul² nak dan kalau nasib menyebelahi, korang akan untung beberapa ratus ringgit. Dan untuk jenis kasut yang sama ni sahaja ada dalam 3,4 pasang orang nak jual, cuma bukan size aku je. Kalau nak cubala, yang brand new tak test lari lagi pun ada. Good luck.

Penghinaan

Aku adalah manusia yang sangat patriotik. Dan sebagai average Malaysian aku takdela bermewah². Dengan dua statement tu please tengok video ni kat bawah ni, aku tak pandai nak embed, tapi please tengok sampai habis:


Ok Liza bawak Kelisa dan aku sangat suka kereta tu. Bila orang buat video ni pada aku ini satu penghinaan.

1) Hina kereta Malaysia
2) Hina orang yang hanya mampu guna Kelisa
3) Hina Malaysian in general

Memang bodoh orang putih ni. Aku doakan dia mati kena langgar Kelisa. Dan orang Malaysia sendiri yang kutuk produk negara sendiri, team bola sendiri tanpa rasa bersalah konon nak nampak cool, aku rasa korang blah je la kut..

Integrity

Sorry if aku offending anyone.
Integrity - the quality or state of being of sound moral principle; uprightness, honesty, and sincerity
Orang yang elok atau tidak integrity nya aku dah nampak dari saat pertama aku bekerja. Biasanya benda² ni terjadi bila ada staff yang handle membeli barang di office. Apa yang aku tak pernah nampak? Macam-macam nampak:

1) Beli barang mark up harga.
2) Mintak quotation, lepas tu tambah beberapa RM untuk masuk poket sendiri.
3) Bila studio siap tetiba ada cek sampai office.
4) Setiap kali vendor datang akan dapat lunch free.
5) Beli barang computer untuk company yang baru bukak lepas tu terus tukar kereta. Lepas tu ada orang mengata belakang tapi sebenarnya dia jealous tak dapat. Bukan mengata nak membetulkan orang tu.

Aku taknak kata benda ni betul atau salah, tapi to be honest aku tak suka. Pada aku, kalau aku recommend kau kat somebody yang nak beli camera contohnya, kau terus deal dengan orang tu. Tak payah call, sembang, tanya khabar aku atau bawak aku belanja makan. Aku tak suka.

Aku jugak tak suka bila vendor nak belanja kau, kau pergi ajak kawan-kawan lain dan end up vendor tu belanja semua orang termasuk aku. Okla, somehow aku rasa benda tu salah. Dan aku juga tak suka macam bodek membodek, vendor bodek kau, kau bodek vendor... Walau aku tak berduit macamana pun aku tak suka ambil kesempatan macam ni. Walau aku suka makan pun, aku rasa sangat low bila macam ni..

Terpulanglah pada masing², tengok benda ni macamana.

Kalau betul nak bagi aku benda, dah siap project hantar kat office aku hadiah through courier, tak payah bodek, tak payah bincang apa². Hadiah sebagai tanda terima kasih. Manala tau kut diaorang bagi aku Iphone 4 ke PS3 ke kan? rugi pulak kalau tak ambik Takla terasa rendah sangat intergrity aku.

Aku & Volleyball

Aku suka volleyball. Suka sampai bahu kanan tercabut dan sampai sekarang tak boleh main. So since tak boleh main, aku terpaksa tengok kat tv je la.. Tapi aku ada satu issue..

Kenapa player lelaki pakai macam ni?

Tapi perempuan kena pakai seluar sendat dan singkat macam ni??

Kenapa lelaki boleh pakai lengkap macam ni di pantai?

Tapi perempuan kena pakai tak lengkap macam ni??

Apa scientific explanation dia ha?? Aku taknakla wife aku salah anggap.. Aku betul² nak enjoy tengok beauty of the game, bukan beauty of the bum.. Arghhhh..

Ikan Sungai Dan Kesedihan Melampau

Selain vain, aku jugak seorang yang sangat sensitif.

Masa aku goreng ikan pekasam hari tu aku sedih sangat.. Bukan sedih sebab kena goreng sendiri sebab Nawal nak menyusu, tapi sedih sebab ikan pekasam tu ikan sungai.

Kitaorang adik beradik memang biasa makan ikan sungai dari kecik. Aku dengan abang-abang aku siap berebut nak ikut bapak kitaorang tangkap ikan. Bapak aku tangkap guna bubu, kira hari ni letak bubunya, esoknya pergi checkla.. Kalau nasib baik esoknya adala ikan, kalau ada memerang makan ikan tu dan rosakkan bubu nasib tak baikla.. Ada jugak terserempak ular tedung selar besar botol air mineral.. Macam-macam la lagi..

Ikan-ikan ni ada dibuat goreng, masak lemak, pekasam, kalau ikan keli tu dibakar.. Kalau banyak lebih bapak aku jual, in fact masa dia memula duduk FELDA dulu, dia cari duit tambahan dengan jual ikanla. Semuanya fresh dan sangat sedap. Sekarang ni mana aku nak cari?? Kat sini kalau ada kat pasar semua ikan mati, kalau ikan keli tu keli bela. Sedih betul. Sekarang ni aku lepaskan rindu dengan tengok dekat blog atau dekat facebook kawan-kawan memancing.

Aku betul-betul terasa nak ambik cuti seminggu lepas tu pergi memancing dapatkan ikan sungai dan makan sampai puas.

Kat bawah ni gambar² macamana bapak aku tangkap ikan. Tahun 2004 dulu. Masa ni dia dah tak larat dah sebenarnya tapi since bubu tu masih ada lagi, aku paksa bapak aku for one last time sebab aku nak ambik gambar dan record video. Sekarang dah rosak bubunya..

Ok aku nak pergi toilet nangis..

Contest Dan Kekecewaan Part 15

Ok, semua orang tau aku nak beli kasut running, tapi nak kena bayar saman pulak. Sangat pundek. Agaknya memang aku ni jenis ditakdirkan takkan dapat benda yang aku nak, or kalau dapat benda tu dah obselete.

So bila aku tengok ada satu contest ni, yang mana salah satu hadiah dia adalah voucher nike, apa lagi, aku pun masukla.. Dia cakap tarikh akhir contest dia hari tu dalam 8th December hari tu. Bergegasla aku.. Sekali sekarang ni dia dah lanjutkan tarikh contest ni, aku agak sebab tak ramai orang masuk kut.. So sekarang aku malas dah nak berharap apa², malas nak ambik tau dan korang masukla jugak sebab tarikh dia lambat lagi habis, kut korang ada nasib.. Ni link dia: CONTEST

Aku tau contest ni target perempuan, colour pun pink, tapi sebab aku nak sangat hadiah dia, aku masuk je la.. Korang kena beli produk diaorang, makan dan tulis diari. Contoh macam aku buat kat bawah ni.

Contest D1g1 yang konon2nya aku top 10 tu dulu pun sampai sekarang takde cerita. Vuvuzela hari tu pun tipu, so aku malas dah nak ambik tau apa².. Semangat aku masuk, target sebelum habis tarikh dia, dia lanjutkan pulak..

Saya dan Kucing

Aku layan kucing ni lebih kurang macam layan anakla jugak.. Garang, tapi sayang. Ada seekor ibu kucing yang mengandung ni kitaorang bagi makan.. Dalam 3 minggu akhir ni kitaorang bagi makanan kucing yang elok sikit.. Manala tau anak dia nak khasiat..

Sekali pagi tadi nampak perut dia dah kempis, lepas bagi makan tetiba dia macam explain something dekat aku.. Rupa²nya dia nak aku follow dia.. Seriously, inilah kali pertama ada kucing ajak aku.. Aku ikutla dia, tapi bila dia masuk longkang, aku terpaksa stopla, maybela aku dah kurus sikit tak habis² tapi janganlah perli aku sampai macam tu, manala aku nak muat.

Aku frust sebab:
1) Maybe kucing tu nak aku melawat anak² dia yang baru lahir.
2) Maybe ada anak dia yang mati.
3) Maybe ada anak dia yang kaki 8 yang boleh buat aku jadi famous sebab ada kucing macam tu hantar masuk sarkas dan lepas tu aku jadi kaya..
4) Mungkin jugak ada anak dia yang sangat istimewa sampai aku boleh jual harga 8 juta pound.

Hebat betul ciptaan Tuhan ni.. Aku memang rasa seronok kucing ajak aku..

Eh kejap, kalau aku layan kucing macam anak², habis tu anak² kucing aku kena layan macam cucu ke?

Sebenarnya...

Sebenarnya kan, bagi perempuan yang bekerja ni, kalau diaorang berfikir panjang, diaorang patut biarkan husband diaorang kawin lagi satu. Biar isteri muda tu duduk rumah, jaga rumah, jaga anak².. Diri sendiri tak penat, rumah kemas, makan terjaga.. Suami pun HAPPY!! Pada aku, itu adalah formula bahagia yang paling hebat.. Betul tak? If only diaorang fikir panjang.

Lebih² lagi kalau dapat yang pandai menari macam perempuan Maghribi..

Sebab² Saya Nak Berlakon Sendiri (Orang Putih Panggil Ni Teaser, Kan?)


Sebab saya boleh buat macam ni.. Buat diri sendiri terbang sambil hentakkan kaki pecahkan lantai.. Sekarang nak kena explain dekat Umar yang semua itu tipu, sibuk dia bagitau mama dia ayah dia terbang hahaha.... First time buat ni..

Terima Kasih Fakhrul Anwar

Ok takde dah cerita pasal projek lepas ni.. Ni last.. Untuk orang yang baru sampai blog ni, sebenarnya semua ni adalah final project aku. Aku kena buat satu major (aku pilih music video) dan 3 minor (poster, banner, cover album). So aku create situasi di mana seorang penyanyi keluarkan album baru, lepas tu dia ada music video baru dan tak lama lagi nak buat konsert. Aku ambik multimedia..

Gambar² ni akan digunakan untuk poster, cover album etc.. Kalau macam sekarang orang cakap dah kurus, agaknya dulu mesti aku besar macam gajah.. KENA HILANGKAN LAGI 5kg at least, baru tak malu nak jumpa masyarakat. Ok terima kasih sahabat, jiran sebelah rumah, kawan seoffice - Fakhrul Anwar sebab sudi ambik gambar aku.. Ye aku sedar aku buruk dan gemuk, tak sesuai.. Tapi biarla.. Aku nak enjoy sekali ni.. Aku letak gambar semalam dengan gambar hari ni sebab nak appreciate mamat dua orang ni, kalau tak, takde kerja aku nak letak gambar sendiri banyak² macam ni..





Terima kasih banyak² Anwar..

Terima Kasih Amir Hisham 2

Ok, takde nak shoot lagi.. Cuaca Alhamdulillah ok.. Doakan semuanya jadi cukupla hehe.. Serious penat...










Ok, gambar bawah ni ialah videographer, merangkap photographer.. Masih bujang lagi dan elok dijadikan suami.. Orang macam Amir ni deserve perempuan yang hebat. Aku bukan bodek dia sebab dia tolong aku shooting, tapi siapa yang kenal dia di tempat kerja akan cakap macam tu.. Tapi kalau kat rumah dia sebenarnya perogol bersiri aku tak jaminla..


Terima kasih banyak² Mir..

S.H.O.O.T.I.N.G


Esok nak shoot lagi, harap² tak hujan.. Aku nak kena start edit esok jugak. Hari Ahad nak shoot photo pulak, untuk poster dan cover album konon²nya..

Serious, aku memang teringin nak jadi orang yang famous macam Jude Law atau Adam Lambert tapi sebab suara tak sedap dan tak handsome aku jadikanlah projek aku ni untuk syok sendiri.

Sekian cerita sedih saya.. Kalau video dan photo ni ok, aku nak cukur kepala - bukan nazar tapi sebab scalp problem yang teruk (ye aku vain).. Kalau boss aku tanya aku nak jawab..

"Oh I am on traditional treatment. This is one of the process to eliminate my work related bad luck, you motherfucker"

Kurus Konon²nya

Ok, semenjak dua menjak ni bolehla dikatakan aku kurus sedikit.. Hari tu lepas aku bersenam-senam sedikit tetiba berat aku naik, memula takut tapi bila aku baca internet aku takdela suprise sangat sebab maybe lemak dah jadi muscle.. ayat sedapkan hati sendiri..

So adalah jugak ayat² dari mulut orang yang cakap aku dah kurus dan sebagai lelaki metrosexual ntah betul ntah idak perkataan ni aku berasa sangat bangga dan happy.. Sampai ke penjaga² di nursery Umar pun mention².. Umar sibuk cakap yang aku berjogging..

Benda² ni tak jadi masalah kalau diaorang hanya tumpukan pada aku. Memuji aku.. Aku yang jadi bahan tumpuan.. Yang buat aku panas hati ialah bila ayat² macam ni keluar..
"Eh mestilah kena kurus, barulah sama dengan wife dia yang sentiasa maintain..."
Sekarang ni tengah cerita pasal aku ke pasal siapa?? Kenapa nak mention pasal wife aku pulak?? Kenapa nak compare² pulak?? Apa yang lu tak puas hati dengan gua sebenarnya ha??

Pekerjaan

Lepas aku dan Liza menyesal ambik bidang computer, aku konon²nya nak la anak² aku ambik bidang lain.. Si Umar jadi engineer ke, si Nawal jadi doctor ke.. Tapi tengok gayanya macam ke arah computer jugak dua-dua orang ni.. Haishh...

Notebook sumbangan Mak Su..

Midlife Crisis?

"A midlife crisis is experienced between the ages of 40 and 60. It was first identified by the psychologist Carl Jung and is a normal part of the maturing process. Most people will experience some form of emotional transition during that time of life."

Ok, aku akan berumur genap 30 tahun dalam masa beberapa bulan lagi. Aku percaya sebenarnya pre midlife crisis bermula masa umur 30 tahun, tapi dia jenis lain sikit. Kira masa ni manusia ramai yang in denial. Mengaku muda tapi sebenarnya dah nak tua.

Masalah aku, taste aku jadi taste orang muda remaja sampai aku percaya orang akan cakap.."Orang tua tak sedar diri betul mamat ni.: Contoh sekarang aku lagi suka design² kasut dan jam yang fancy². Serious.. Isnin hari tu aku sikit lagi nak beli dari orang Taiwan melalui Ebay sebab kat Malaysia takde/susah cari design ni.

Arghhh midlife crisis.. Antara barang² yang aku sangat taste sampai tak boleh tidur malam sekarang ni:




Tolong sedarkan aku dah tua dan beranak dua.. Arghhhhhhh!!!!!!! Eh ke sebenarnya normal untuk mamat umur 30 tahun dan beranak dua pakai benda² design macam ni??