Lagu ini ditujukan khas untuk anda..



Kalau suara aku macam ni, semua pertandingan nyanyian di Malaysia aku boleh menang.

Dua


Gambar ni buat aku:
1) Rasa nak jadi photographer..
2) Rasa sedih sampai nak menangis.. Beruntungnya bebudak Malaysia ni..

Ambik dari sini..

Zinedine Zidane

Zinedine Zidane, siapa yang tak kenalkan? Pemain yang paling hebat.. Gol dia masa Real Madrid lawan Bayern Munich dulu memang sangat hebatla..

Dalam 3 tahun lepas ni ramai orang panggil aku Zidane.. Ayat² "Wah Pizli dah nak macam Zidane dah kau ni" banyak kali jugak aku dengar.. Hati aku berbungala sebab disamakan dengan pemain terhebat di dunia, walaupun aku dah kurang main bola..

Tapi tak pulak aku tau yang sama macam Zidane tu bukan cara aku main bola.. Tapi kepala aku dah start botak kat tengah.. Macam Zidane!

Ada ubat tak korang?? kronik sangat dah ni.. :-(

Pengalaman Luka Cinta Saya..

Korang tau, or akan tau bila orang yang korang tengok tu walaupun kadang-kadang pada pandangan pertama adalah orang yang paling sesuai untuk korang. Korang dah tak peduli apa pun... Tapi kalau korang dah kahwin and tetiba ada perasaan yang sama, itu semua hanyalah mainan syaitan.. Tak kirala Hindustan ke, Korean ke, British ke, itu semua mainan mata..

Dulu post ni ada komen haloscan, aku biarkan je bila ada orang tanya apa jadi lepas Liza senyum kat aku.. Liza masa tu tak puas hati sebab cara aku tulis tu macam buat dia yang syok kat aku.. Sebenarnya tidak sama sekali…

Sebenarnya pada masa tu dia seeing another person bak kata orang putihnya.. And bayangkan betapa susahnya aku nak dapatkan dia bila mamat yang dia keluar dengan tu adalah jiran yang menyewa di sebelah rumah mak dia… budak² bujangla.. Diaorang takdela bercinta (mengikut kata bini aku ni la) tapi kadang-kadang diaorang keluar sebagai kawan.. Tapi mamat ni tak best.. And Liza rasa bersalahla kut sebab tiba-tiba aku yang best ni muncul dalam hidup dia.. Itu satu..

Dua, mak Liza pun pada mulanya tak boleh terima aku sebab.. Okla, aku tak boleh nak cakap sebab apa sebenarnya.. Kita skip…

So bermulala aku cuba untuk mendapatkan Liza.. First time aku call dia, dia kat Sogo dengan adik beradik dia.. So tak boleh cakap lama.. Lepas tu aku ada call lagi, ajak dia keluar.. Dia cakap sedara dia nak datang, so tak boleh keluar.. Ok, aku taula dia taknak kat aku so bagi alasan sedara nak datang, so aku pun dengar lagu Dewa tajuk Pupus sambil melayan perasaan.. Tapi lepas tu petang-petang sikit dia call aku cakap yang sedara dia tak jadi datang and ajak aku keluar. Coffee Bean KLCC.. Sembang biasa…

Lepas tu adala keluar² jugak kut.. Aku tau dia suka aku, tapi susah minah ni.. Dia taknak belum apa² nak terima aku.. Aku cakap dia ego! Dia ketawa je bila aku cakap kat Carrefour Seri Petaling.. “Tuan² dan Puan², tengokla perempuan ego ni..".. Sebenarnya dia nak clarify everything dengan mamat tu dulu so that bila dia terima aku takde apa komplikasi.. So masa ni aku nyanyila lagu ni untuk dia.. Seriously, korang kena dengar lagu ni dan cuba dalami lirik dia lepas tu baru baca perenggan seterusnya.. (macamla korang takde benda lain nak buat)



And aku tak tau apa jadi dengan mamat tu, yang aku tau Liza akhirnya terima aku dan dia pun mulala menjalani kehidupan yang sangat indah.. Yang tiada tolok bandingannya.. Yang terhebat sekali di dunia bersama aku. Mak Liza pun akhirnya boleh terima aku walaupun pada asalnya mak dia cakap tak patut buat budak sebelah tu macam tu.. Mamat tu pindah la akhirnya..

Kira semuanya berjalan dengan lancarla lepas tu.. Cuma dalam sehari dua sebelum aku kahwin ada 5,6 ORANG PEREMPUAN call rumah Liza tanya betul ke Liza nak kawin dengan aku? Semuanya menangis kecewa bila family Liza cakap “Ye betul”

Cabaran (Bergambar) dan Umar si Penyusun Barang² (Juga Bergambar)

Ok, selama ni aku setakat cerita je macamana aku nak pergi ke kelas.. Aku just cakap je cabaran² tanpa sebarang bukti.. Ceh, aku nak buktikan pada siapa pun? Korang tengok je la kalau nak tengok. Ooh, semalam aku naik LRT.

Cabaran bermula seawal di tempat kerja.. Tengok owner kereta belakang kereta aku ni.. Belajar kat international university, tapi otak letak kat kepala lutut.. Gila rapat park belakang kereta aku.. Kan menyusahkan aku nak keluar?

Ye tuan² dan puan².. Bila sampai di SILK Highway beginila hujannya.. Airnya macam dicurah² dengan baldi...

Dan bila sampai di Besraya, hari panas terik.. dah nak sesak jalan dah ni..

Menunggu LRT di Tasik Selatan...

Dalam LRT.. Ye, aku pergi kerja pakai jeans dan kasut sukan..

Dalam kelas.. Aku ambik gambar ni sebab kawan aku tulis assignment - esaimen.. Mcm kelakar aku rasa, tapi tak nampak tulisan dia..

Balik.. Dari stesen Sultan Ismail..

Tren ni bukan tren aku, so aku kena tunggu 5-10 minit lagi..

Bila balik.. Mesti akan ada satu mangkuk ayun bawak slow kat lane tengah yang buat aku yang sakit perut ni panas hati.. Semua orang potong VIOS ni..

Begitulah ceritanya aku sehari².. Kenapa KL? Sebab kat situ je aku boleh transfer credit banyak²...

Ohh semalam aku dengar awek hindustan bersembang dengan kawan India dia.. Kawan dia cakap something macam ni "Ada orang yang dah kahwin kat sana tapi datang Malaysia lepas tu kawin lain.. Sunggu kejam dan tak patut buat macam tu.. " Lepas tu awek hindustan jawab.. "Right.. Damn right!" So takde chance la aku sebab dia clearly against poligamy dan ayat damn right dia tu agak menakutkan... wahahahaa..
____________
Umar ni seorang yang suka menyusun benda.. Ini buktinya.. Buang duit aku je beli mainan, bukan dia nak main.. dia nak susun je..



________________

Berita Terkini...

Semalam Liza jatuh kat atas jalan dekat office dia.. Seluar koyak kat lutut, lutut dia berlubang.. Darah banyak and teruk jugak.. Haishh...
__________
The best part bila aku pergi kelas ialah masa aku call rumah and Umar akan angkat phone.. Tanpa sebarang rasa bersalah dia akan bercerita je la benda²..
__________
Ohh, the best part masa wife korang pregnant pulak ialah masa baby bergerak.. Memang ajaib kuasa Tuhan....
__________
Dulu aku rasa suara Fergie tu tak sedap, sekarang aku dah terpengaruh dengan lagu² Black Eyed Peas Umar, aku baru sedar, sebenarnya satu group tu tak sedap suaranya.. Music dia catchcy so jadi macam best.. Ini bermakna, aku masih boleh menjadi rappers.. Aku hanya perlukan pencipta lagu dan penyanyi latar yang bagus, suara aku tak sedap takpe..
___________
Awek hindustan.. Semalam aku terperasan, semua Indian kat kelas aku tu mesti akan buat-buat nak cakap dengan dia.. Orang Bangladesh pun sama.. Mesti nak cakap Hi la, tanya itula, inila.. Masa balik nak cakap byela.. Teringat zaman aku masa remaja dulu, semua perempuan buat macam tu kat aku.. (blueeeeeeeeeekkkkkkkkkkk - silala muntah sekarang)

Rakyat Malaysia terlalu serius, emosi and takde sense of humor

Aku suka baca blog mamat ni.. Daripada apa yang dia tulis aku taula dia ni orang pandai².. Dia jugak suka buat lawak bijakla pada aku..

Ni blog² dia..
1) Personal
2) Serius
3) Lawak

Dia jugak ada menulis dekat satu blog Sokernet.. Kira orang Melayu buat lawak suka-suka cipta Malaysian version of SOCCERNET.COM...Kalau korang nak tau kenapa Raja Lawak susah nak cari makan kat Malaysia korang baca apa yang mamat ni tulis dekat Sokernet ni, lepas tu korang baca komen² kat situ.. BACA KOMEN!!

Apa yang dia tulis kat Sokernet punya blog

Aku tak taula, ramai orang yang tak boleh langsung nak terima lawak, ramai orang jugak terlalu emo pasal kelab yang diaorang sokong.. Bukan kelab Malaysia pulak tu.. Lepas tu disambil tu ada jugak orang yang nak tunjuk hebat dan nak show off.. Come on la.. Janganla terlalu serius dan emosi sangat!!

Perihal Sukan

Dulu masa muda-muda, memang aku aktif main bola, kat kampung tu petang-petang main.. Kadang-kadang campur dgn belia-belia jugak.. Bila ada free time aku practice sepak tepat, sepak lencong.. So bila agak mahir aku ambikla jugak free kick.. Ada sekali tu aku sepak lencong dari tepi, kira mcm sepak cornerla tapi bukanla corner, aku bawak bola tu ke tepi lepas tu aku score.. Aku happy la sebab apa yang latihkan menjadi masa game.. Tapi team lawan tu cakap tak sengaja.. Siap cakap depan-depan aku.. "Ala dia tak sengaja tu".. Memang siut... Takkanla aku nak beria explain aku memang prektiskan?

Eh sebenarnya aku nak cerita, apa ke susah sangat nak sepak free kick, atau sepak apa pun on target?? Tak gol pun takpe, at least on target, kira biar keeper save.. Bengang gila aku.. Baik bagi aku main.. Tapi kalau aku main umur 29 tahun ni diaorang panggil veteranla kut..

(Man Utd kalah, itu yang aku geram tu)
________________
Aku tau F1 team Malaysia tu macam membazir dan aku tau ramai jugak orang Malaysia marah.. Tapi sejujur-jujurnya aku excited gila nak tengok diaorang lumba.. Macam sokong betulla team tu.. Tengok Fairuz Fauzy tu dah complete 300km untuk dapat F1 Super Licence buat aku bangga jugak.. Hehe..

Di sana sini...

Since hari ni aku kerja, (standby je kat office) aku nak tulis panjang² sikit..

Kebetulan

Jiran sebelah rumah aku bekerja satu office dengan aku dan duduk kat sebelah aku dalam office ni.. Tahukan anda bahawa birthday kitaorang pun sebelah²? Aku 6 March dia 7 March.. Gila punya kebetulankan??

Manusia pundek

Dulu masa aku dah kerja Cyberjaya, gaji aku dah ok sikit, aku beli kereta.. Ada sorang mamat ni.. Brader²la, dia orang² management jugak, sibuk cakap aku baru kerja dah beli kereta.. Sampai waktu meeting pun dia ada cakap² macam tu.. Pizli baru kerja dah beli kereta, gaya tak puas hati.. Yg lahanatnya tau aku dah kerja sebelum tu.. Ini adalah manusia yang paling pundek sebab aku tak buat apa², tak ambik duit dia, dia sibuk hal hidup aku...

Yang kat bawah ni, lepas baca Harian Metro online hahaha..

Hal Mawi dan orang yang cuba mengambil kesempatan

Taukan ada orang nak saman Mawi pasal air mineral? Taukan ada orang nak saman Amy Search pasal pekerja dia tertumpah tom yam kat belakang anak dia?? Manusia² ni cuba mengambil kesempatan pada orang kaya.. Saman bukan sikit² tu.. RM1 Juta!! Yang kes Amy tu dia dah nak kowtim kat luar, mamat tu taknak jugak...

Pesanan, janganla ingat senang² nak kaya.. Banyak lagi cara lain..

Mahkamah menerima keterangan saksi defendan kedua, bekas pengurus syarikat Johtow Corporation (syarikat yang dilantik MWSB untuk membekalkan air mineral itu), Ahmad Rathi Mohd Mohyodin, bahawa syarikat berkenaan diberi kebenaran menggunakan butiran maklumat lesen yang dipegang Yassa pada botol air mineral jenama ‘Mawi World’ itu. Azahar berkata, mahkamah menerima keterangan saksi kedua defendan selepas dia tidak melihat ada sebarang alasan untuk menolak keterangan berkenaan.

“Dalam kes ini, kalau pun butiran berkenaan adalah harta (seperti didakwa plaintif), tetapi keterangan menunjukkan plaintif sendiri memberikan kebenaran untuk menggunakannya.

Tak ke nampak orang yang nak saman ni sendiri yang bodoh?? Macam tajuk DuesXMachina hari tu.. Bodoh bertingkat²!!

Kat bawah ni kisah membuka pekung orang lain.. Dan lawak gila.. Last week sibuk cerita pasal kawin dengan orang muda, sekali hari ni:

“Saya langsung tak marah atau terkilan apabila dia berkahwin dengan anak saya, malah hati saya sudah tertutup selepas mengetahui siapa sebenarnya Shidee. Dia bukan lelaki yang boleh menjadi suami yang baik. “Sebelum ini memang hubungan kami akrab, malah saya yang banyak membantu serta menyokong dia terutama dari segi kewangan. Dia juga pernah mengakui keluarga saya umpama keluarganya sendiri dan mahu menjadi ketua keluarga kami (dengan mengahwini Jamaliah),” kata ibu tunggal (Jamaliah ni la) itu ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

“Bagaimanapun, selepas perniagaan saya lingkup gara-gara tabiat judinya, saya mula rimas ditambah pula dengan hubungan ‘lain macam’ dia dengan Fairunnisa terutama selepas anak bongsu saya itu menyambut hari jadi ke-22 pada September lalu,” dakwanya.

“Bagaimanapun, Fairunnisa keluar dari rumah sehelai sepinggang pada 21 Januari lalu tanpa pengetahuan saya atau abang dan kakaknya untuk bertemu dan seterusnya berkahwin dengan Shidee.

“Ibu mana tidak terkilan apabila anak yang disayangi berkahwin tanpa pengetahuannya, tidak ada rombongan merisik atau majlis peminangan, malah hanya dimaklumkan dua hari sebelum bernikah. Itupun saya mendapat kata dua daripada seorang rakan Shidee bahawa saya tiada hak menghalang pernikahan itu,” katanya yang membuat tiga laporan polis sebelum menerima kata dua itu berhubung kehilangan Fairunnisa.

Hah kan dah tau semua rahsia.. Ya Allah ya Tuhanku, jauhkan mala petaka macam ni kepada keluarga aku.. Kalau aku mati pun diharapkan tidak ada Shidee yang cuba nak masuk campur dalam keluarga aku, janganla kau butakan mata bini dan anak-anak aku.. Amin....................

Abang Jo, bukan Joe Flizzow, tapi Sarjo

Woi perempuan² bodoh!! Kawan aku ramai lagi yang umur 30-an tak kawin.. Senang² diaorang tu! Yang kau pergi ikut Indon kontrak buat apa??

Ketika melarikan diri saya langsung tidak fikirkan orang lain termasuk keluarga, apa yang saya mahu hanya berada dekat Abang Jo kerana saya cintakannya.

“Selepas tinggal beberapa hari di rumah sewa, saya tidak menonton televisyen dan membaca surat khabar tetapi hanya berbincang bagaimana hendak melarikan diri secara haram ke Indonesia.

“Tiba-tiba pada Rabu lalu, seorang kawan Abang Jo menghubungi maklumkan polis menjejaknya dan keluarga pula kerisauan dan sedih sehingga menyebabkan ayah tidak mampu lelap dan tidak boleh bekerja.

Cinta kepala hotak lu! Doa tadi digunakan sekali lagi...

Peperangan Terhebat Bakal Terjadi

Aku tak kisah dia tengok cerita kartun kat tv aku.. Takpela, budak kecik.. Lagipun Playhouse Disney tu banyak mengajar.. Aku tengok bola je la hujung minggu...

Aku boleh compromise bila dia nak guna Ipod aku sebab dia nak menyanyi lagu Black Eyed Peas. Takpela, aku dulu masa kat kampung pun belajar English dengan dengar lagu... So aku dengar Ipod masa nak gi kelas je la..

Aku jugak cool bila dia nak guna laptop adik aku tu, nak tengok video clip Ultraman.. Aku kadang² impress dia dah boleh tekan password, navigate mouse, open file sendiri semua.. Takpela, biarla dia belajar komputer.. Aku guna computer tengah malam dan awal pagi..

Semua aku boleh tolak ansur.. Takdehal..

Tapi bila dia sanggup tunggu aku makan ice cream Cornetto aku sampai pada saat aku nak menikmati bahagian paling bawah cone ice cream tu (yang ada coklat pekat sedap tu). Ini sudah lebih ni......... Masa aku nak makan tula dia mintak, sampai nak nangis² nak makan part tu jugak!!

Memang nak kena budak ni!!
__________________

♫ I wanna get away from this place I do, but I can't and I won't say I tried but I know that's a lie cuz I don't and why I just don't know.. ♫

Takde gambar mesra...

Dari pemerhatian aku ramai jugak yang ambik gambar² mesra laki bini.. Facebookla ni... Mesra di sini bermaksud:

1) Berpeluk
2) Laga pipi
3) Korang fahamla kut macamana...

Aku baru tersedar yang aku dengan Liza takde gambar² pegang tangan sekalipun haha.. Satu, mungkin sebab kitaorang takde camera yang boleh ambik gambar berlaga pipi sendiri.. Dua, mungkin sebab kitaorang jenis segan nak tunjukkan kemesraan depan cameraman.. Tiga, mungkin masa nak ambik gambar ada budak kecik menyibuk.. Kena ambik gambar pegang tangan at least!! Haha... Tapi kalau aku ambik gambar berpeluk pun takdela aku nak letak kat FB/Blog haha..

Sudah tua..

Semalam aku kena marah pasal kerja yang aku tak sepatut buat in the first place pun.. Dah tua² ni aku senang terasa.. 4, 5 jam sedih je rasa.. Tidur malam pun tak boleh.. Sakit kepala.. Nasib baik ada minyak cap kapak and wife boleh urutkan kepala.. Aku rasa sepanjang aku kerja sini, inila kali pertama aku jadi macam ni...

Sekarang aku dah taula mana satu kaca, mana satu permata.. Chewahhh... Nampaknya aku silap selama ni..

Mungkin aku tidak alim tapi tolongla....

Hari tu status FB aku, aku tulis Panasnyaaaaaaaaaaaaa.......... Sekarang kan musim panas... Lepas tu ada mamat nerd sekolah kampung aku tulis dekat wall aku..

"Kenapa panas??" - Dia tanya...
"Sekarang kan musim..." - Aku jawab
"Banyakkan berzikir.. bla bla.." - Dia suruh aku berzikir untuk hilangkan panas..

Lepas tu nak tambah panas hati aku ni dia tulis kat wall dia..

"Sejuk.....berada dalam pelukan mu sesaat dapat hangat...n panasassssss" - Menunjukkan dia alimla kut walaupun panas tapi dalam pelukan Tuhan dia sejuk gila sekarang..

Ayat Al-Quran mana ada tulis berzikir boleh hilangkan panas dekat Malaysia ni, boleh tetiba sejuk macam musim salji? Hadith Sahih mana yang cakap berzikir boleh turunkan cuaca kat Malaysia?

Hari ni status dia:

"Salam...wah badan sakit....kepala pening????hidung ber air........apekah tandenya??"

Aku nak je tulis.. "Bawakla berzikir...."

Aku taula aku tak alim, aku jahat.. tapi janganla buat aku macam orang bodoh.. Aku bukannya anak murid kau!!

Makanan dan minuman yang saya rasa bagus pernah dicipta...

1) Milo

Memang sangat sedap diminum.. Milo yang paling best ialah milo sekolah rendah yang diaorang bagi free tu, yang van datang sekolah.. Yang diaorang bancuhkan tu sedap gila..

2) Nasi kandar..

Dah banyak kali cakap...

3) Kinder Bueno...

Rasa coklatnya sangatla sedap.. Tapi mahal nak mampos!

4) Air Justea White Grape Dengan Aloe Vera

Memang best gila.. Hari tu kat Carrefour ada promotion aku beli satu kotak besar terus...

5) Cendol..

Santan campur air gula.. Mak aihhh memang best la..

6) Apam balik..

Kacang dan gula yang banyak adalah favourite aku.. Dekat pasar malam rumah aku ada apam balik yang best...

Nanti ada masa aku sambung lagi...

Ethic

Hari tu Amir forward aku video jabatan agama buat operasi.. Kalau masa diaorang tengah beromen, beromenla video tu.. Kalau tengah bogel, bogella video tu.. Cuba tengok gambar atas ni aku ambik dari KOSMO.. Ye orang tu buat salah.. Tapi apa hak korang nak ambik video/gambar semua.. TAKDE ETHICAL VALUE punya kerja.. Bangga sangatla tu ambik video/gambar orang bogel/tengah beromen? Hah jangan pulak korang cakap aku nak bela orang berzina pulak.. Ni aku cakap dari segi ethic pekerjaan..

Dilemma...

Tadi pergi Jusco, start beli baju baby sikit2.. Since ni anak nombor 2 takdela banyak sangat pun nak dibeli.. Lagipun baby cepat besar.. Dilemmanya? Aku kesian tengok Umar.. Haha.. Macam lepas ni attention kena dibahagi dua.. Kasih sayang pun kena dibahagi dua.. Barang-barang pun kena bahagi dua.. Hehe..

Nasib baikla dia faham.. Sebab kesian aku belikan set Ultraman lagi.. Doakan anak nombor 2 aku ni sihat dan dipermudahkan la nanti masa nak lahir... Doakan jugak rezeki aku murah sebab nak guna banyak duit jugak ni.. Hehe..
___________


Korang dengar lagu ni.. Aku rasa Meet Uncle Hussain dengan Lan adalah the best combination ever.. Rasa macam bodoh sangatla diaorang tak sama-sama lagi..

Panas..

Tempat korang panas tak? Ke area rumah aku je yang panas gila sekarang ni?
___________
Masa aku download/upload gambar hindustan kat bawah tu aku takdela tengok gambarnya sangat.. Setakat nak letak gambar related dengan tajuk.. Sekali aku tengok bebetul.. GILA BABI SEKSI!!
________________
Kat bawah ni attitude yang aku suka!! Dan aku yakin dengan statement ni si bodoh-bodoh fanatik tu akan rasa macam nak lempang diri sendiri.. Syabas!! Aku nak tukar alamat kat IC and lepas tu baru nak daftar mengundi.. InsyaAllah tahun ni aku buat..

Pembangkang minta penyokong hormati keputusan mahkamah
10/02/2010 4:56pm

IPOH 10 Feb. – Pakatan Rakyat (PR) Perak hari ini meminta semua penyokong supaya bertenang dan menerima keputusan Mahkamah Persekutuan semalam berhubung kedudukan Menteri Besar Perak sebagai satu proses undang-undang yang perlu dihormati.

Pengerusi Sekretariat PR Perak, Khalil Idham Lim dalam kenyataannya hari ini berkata, semua 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR telah membuat keputusan untuk menjadi pembangkang yang efektif di DUN Perak.

Sehubungan itu, para penyokong diminta supaya tidak melakukan tindakan yang melanggar undang-undang.

"Keputusan tersebut bukannya kita mengaku kalah namun atas prinsip menghormati keputusan mahkamah,” katanya.

Khalil yang juga ADUN Titi Serong (Pas) berkata, semua penyokong diminta menyusun langkah lebih terancang bagi memastikan PR terus melekat di hati rakyat serta membantu program-program Pusat Khidmat Adun PR di seluruh negeri.

Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah sah dan menolak rayuan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. – Bernama

Bollywood

Ok, referring to my Indian classmate (yang aku cerita semalam), pada pendapat korang, how successful will this pick up line be?

"Babe, are you coming from the area where all the Bollywood actresses came from? Seriously, you look like one of them."

Motor

Semalam aku nampak motor ni kena langgar.. Tercampak orang tu dengan motor-motornya sekali.. Dia cepat bangun.. Aku rasa sebab dia takut kena langgar dengan kereta dari belakang.. Nampak dari gayanya sihat.. Dia pakai lengkapla, jacket, helmet pun tak tertanggal...

So kat sini aku nak nasihat, kalau korang naik motor, tak kisahla belanja banyak sikit beli jacket and helmet yang elok.. Kalau cedera pun takdela teruk sangat pun.. Ada kereta-kereta yang berhenti nak tolong.. Bagusla sebab aku nak cepat..

Lagi satu kalau korang naik motor lepas tu bawak slow janganla duduk kat tengah-tengah lane.. Kat highway pulak tu.. Aku tau jalanraya hak korang jugak.. Tapi untuk keselamatan bawak je la kat tepi.. Tapi kalau motor korang laju and boleh beat kereta sukahati korangla..

Hah.. Penatnya...

Start aku sambung belajar hari tu macam-macam dugaanla aku hadap.. Memang kalau jenis tak sabar and kuat pendirian dah lama hanyut.. Duit and masa tu memang banyakla dikorbankan..

Dulu masa aku naik tren, kalau dari Sultan Ismail tu nak ke Tasik Selatan kena make sure dulu tren tu menuju ke mana.. Kalau miss Seri Petaling punya tren, dalam pukul 9.30pm macam tu menunggula 15 minit.. Kalau naik kereta pulak, kalau seminggu tak hujan, masa hari aku ada kelas tu la hujan.. Sekarang ni ntah ada apa benda kat Jalan Kuching yang sesaknya sampai ke Sultan Ismail, so bila aku sampai Jalan Ampang dalam pukul 5.30, pukul 6.15 baru boleh sampai Jalan Raja Laut.. hampeh gila.. Hari tu polis trafik tak jaga, dua jam aku dalam kereta.. Nak terkencing gegila.. Nak tumpang kencing toilet si penjaga parking, dia suruh aku kencing bawah pokok.. Bangsat..

Sebagai suami dan ayah, cabaran di kelas lain pulak.. awek yang pakai baju dan seluar sesendatnya (yang wife aku pun tak pakai macam tu kat rumah) bebetul menggugat iman.. Alhamdulillah kuat iman.. Semester ni ada pulak awek hindustan macam Kareena Kapoor, muslim.. Hampeh betul.. Apa jauh sangat studynya tu??

So boleh dikatakan aku agak busy. Tengok bola dengan Hafezh hari tu sebab aku cuti.. Bersenam hari tu sebab aku cuti.. Sekarang aku dah penat... Tak dapatla nak bersuka-suka sangat... Sebab busy jugak, aku dengan Liza takdela sangat duduk berdua.. Satu lagi sebab ada anakla kan.. So kitaorang hidup jela.. Takde la macam nak fokus bebetul.. Semalam kebetulan masa Umar tengah tidur, aku dudukla dengan Liza.. Aku nampakla jari dia cantik.. Halus dan panjang.. Sepatutnya benda tu memang ada dalam kepala otak aku.. Tapi aku dah lupa.. Dulu jatuh cinta sebab senyuman dia pun kadang-kadang aku dah lupa.. Hahaha...

Macam tu jugak dengan mak bapak aku, adik-adik aku.. Sabtu hari tu ambik adik aku baru balik training kat Australia.. Adik yang ni aku contact thru email and facebook je.. Taula dia kerja apa.. Tapi takdela aku tau secara mendalam.. Sekali dia tunjuk group photo dia dengan orang-orang masa training tu.. Aku macam wah, hebat jugak budak ni.. Hahaha...

As for Umar, dia aku sogok dengan kebendaan je..

Bila dah habis study and tak busy nanti, aku nak betulkan benda-benda ni...

Hmmm..

Kalau bumi ni flat, mungkin takde perbezaan masa antara negara².. So mungkin jugak aku takkan mengantuk sekarang sebab tengok bola tengah malam..

Dah lama hidup rupanya..

Aku kadang² rasa cepat sangat masa berlalu, sedar² dah nak masuk 29 tahun dah.. Tapi bila ingat banyak benda yang aku dah alami rasa macam logik jugak.. Facebook dan jumpa kawan² lama dari kecik punya pasalla ni...
____________
Subuh tadi aku mimpi bawak awek naik RX-Z lama aku.. Tengah elok layan corner cecah lutut kena langgar lori.. Terus terjaga, terduduk terus! (sekali tengok wife, dia tengah sembahyang.... insaf)

Alang²..

Alang² aku dah scan gambar sekolah masuk facebook, aku upload je la kat sini.. Gambar sekolah masa form 4 and 5..

Ada sekali tu ramai orang ambik gambar macam ni..

Dorm C6, aku pakai rantai.. wtf?

Bilik ni walaupun kitaorang jahat, tapi every week menang bilik terbersih dan biasanya cikgu bagi hadiah nasi lemak, air sirap dan keropok lekor.. Cikgu tu meniaga..

Aku pelari sekolah.. Bestnya kalau badan mcm tu sekarang ni.

Ni kitaorang fly, aku belajar back flip tu kat sungai ni la..

Ni bebudak nakal.. Yang kena buang asrama.. Masa ni cikgu offer balik duduk asrama.. Walaupun aku kadang² benci sekolah ni.. Fikir² balik macam banyak jugak kenangan best..

It's time to go..

Semua orang ada limit.. Betapa banyak kebaikan sekalipun, sampai satu tahap kita dah tak boleh lebih limit tu.. Hari ni boss suruh aku incharge video conferencing pulak.. So aku dah sampai limit aku dah.. Dah berapa benda aku nak backup orang.. Ni nak tambah lagi satu.. Punyala ramai orang dalam department ni, aku jugak kena target.. Sebab apa? Aku yakin sebab aku bagus... sebab aku cepat belajar, sebab aku pandai, sebab aku memang hebat dalam multitasking..

So since aku bagus baik aku pergi tempat lain.. Lainla kalau tambah JD aku dia tambah gaji lagi 5 ratus ke.. Ni gaji sama jugak.. Pangkat macam tu jugak... Benefits macam tu jugak.. Sedih tau?? Sedih kena buat macam ni.. Macamla orang lain tu busy sangat..

Kenapa tetiba aku rasa tahun 2010 ni macam akan jadi tahun yang paling sial?

Jangan bawak kereta masa sakit or masa tengah marah...

Ataupun bawak kereta masa sakit dan marah.. Nanti bumper tercabut.. Aku nak kena mandi bunga buang sialla..

Celcom Broadband & Hospital Putrajaya.. Setakat Ini..

Aku start dengan Celcom Broadband di Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang.. Baca dalam forum ada yang cakap slow macam kura-kura.. (aku baca lepas aku guna).. Ok sejujur2nya, takdela teruk sangat.. Nak cakap laju macam kat office tu melampaula.. Nak cakap macam kura-kura pun tidakla.. Kira okla.. Boleh aku google cari benda.. Boleh update blog, boleh baca online paper.. Boleh facebook, kira cun la.. Kira ada jugak masa dia tak tahap HSDPA/3G, dia setakat GPRS/EDGE je.. tapi nisbahnya 8:2 mcm tu.. Biasanya aku akan disconnect lepas tu connect balik, lepas tu ok.. So bolehla tahan? Out of 10? Aku bagi 5..
_____________
Hari tu aku risau sebab Liza takde buku merah and nak bersalin dihospital kerajaan.. Tadi kitaorang pergi sambil bawak referral letter ke sana orang tu terima je.. Ok je.. Takde pulak ayat-ayat perli.. Semuanya ok.. Orang ramai tu biasala... Tapi aku tengok hebat jugak systemnya.. Bersih.. Lengkap.. Cantik... Orang yang melayannya pun macam cekap dan berhemah.. Takdela sombong-sombong.. Ooh parking je la tak cukup.. So aku puas hati.. Out of 10? Aku bagi 7..

Refer sini : http://besout.blogspot.com/2009/12/pertanyaan-kepada-ibu.html

Dua-dua ni setakat 2/2/2010.. Kalau lepas ni mcm palat aku maki jugak....
_______________
Aku MC sebenarnya hari ni.. Batuk teruk.. Kebetulan MC, boleh bawak Liza pergi hospital.. Kat rumah aku ni takde elektrik sekarang ni.. Sampai pukul 5.. So aku tulis ni dalam keadaan berpeluh.. Ada separuh lagi bateri notebook adik aku ni.. Ohh TNB ni bagus jugak.. Dia bagi surat bagitau elektrik akan terganggu 2 weeks in advanced.. Takdela tetiba je.. Maybe aku patut buat lagu TNB lawan Namewee,... Puji2 TNB..