Tips² untuk show off secara tersembunyi...

Tak adil la kan kalau aku kutuk tak bagi jalan penyelesaian.. Sebenarnya tak susah.. Apa yang korang perlu adalah sedikit creativity.. Contoh:

1) Nak menayang kitchen cabinet
Jangan ambik gambar kitchen cabinet.. Contoh ambik gambar anak korang tengah mencapai something di atas kitchen cabinet tu.. Ambik gambar sejauh mungkin.. Lepas tu caption.. "Apa nak jadila Umar ni, KITCHEN CABINET pun nak dipanjatnya.."


2) Nak menayang kereta..
Contoh macam gambar kat atas ni.. Korang buat caption macam aku.. "Percubaan menguruskan badan.." Tapi kereta aku dengan kereta Liza tu nak menunjukkan apa bendanya.. Cuba kau bayangkan kereta aku Civic Type-R and Liza pakai Harrier.. Ha orang perasanla kau ada kereta hebat.. Shot macam atas ni pun dah ok dah...

3) Nak menayang perabot kulit, TV Full HD dengan audio system yang sangat hebat.. Tambah pulak dengan PS3 ke Wii ke ada sekali..
Caption.. "Seronoknya tengok kawan² makan.." Macam gambar aku ni perabot cabuk dan TV bukan full hd pun.. Buang karen..

Ok adik² sekalian.. Sila jangan tag aku benda bukan² dan jangan bagi nombor aku kat kawan MLM kau.. Siut betul!!

Tag

Sebenarnya aku takde benda ceria nak ditulis.. So baik aku mengata orang je.. Sorry kalau benda ni terkena pada korang.. Tapi aku dah tak larat tengok...

Budaya tag gambar dekat facebook bermula bila kita pegang gambar yang ada kawan kita dekat gambar tu.. Fine.. Digalakkan.. Lepas tu orang start tag gambar benda atau logo yang berkaitan dengan kawan².. Ok lagi...

Lepas tu orang dapat idea untuk berniaga difacebook.. Boleh dimaafkan lagi kut sebab mana tau kalau kita sukakan? Or mana tau memang benda itu yang kita cari selama ni, kita boleh beli...

Kalau nak tag berkaitan dengan family pun ok.. Contoh, aku buat kenduri, adik beradik tak dapat datang, so aku tag diaorang suruh tengok... Itu digunakan secara bijak..

Sekarang orang dah start tag untuk show off!! Baru buat kitchen kabinet mahal, tag semua orang suruh tengok.. Beli kereta baru, lepas tu tag semua kawan² nak menunjuk... Seriousla itu benda paling murahan aku pernah tengok orang buat.. Aku ramai kawan orang kaya, diaorang tak menunjuk, aku pun kadang² ada jugak nafsu nak menunjuk tapi takdela sampai tahap paling bawah macam tu..

Hujung Minggu...

Aku dah bertahun dengar tentang kehebatan Nasi Lemak Antarabangsa.. Bila dia bukak satu kedai dekat Jusco AU2 aku excitedla sebab dekat dengan rumah mentua aku.. First time pergi, dia cakap nasi lemak dia dah habis.. Aku kempunan.. Semalam aku try.. Apa yang antarabangsa sangat?? Serious weii nasi lemak kat makcik yang aku selalu pergi tu lebih bagus berkali² ganda sedapnya.. Betulla, kalau marketing kita bagus semua orang nak cuba walaupun tak best langsung sebenarnya...
____________


Kepada Azizul Hasni Awang..

To be honest, aku tak peduli pun kau tak menang gold ke apa ke.. Serius aku tak peduli kalau kau tak menang pun!! Aku tengok kau dah masuk World Championship dah cukup bagi aku.. Dengan fizikal kau yang sangat kecik tu buat aku lagi bangga dengan kau boleh bersaing.. Pada aku, kalau kau dapat pingat tu sebagai bonus.. KAU MEMANG HEBAT!!
________________
Tadi aku tengok The Making KL Drift 2.. Kalau aku setakat tengok trailer dia maybela aku rasa biasa je.. Tapi bila tengok making dia meremang bulu roma aku.. Nampakla diaorang memang bersungguh² and habiskan banyak duit.. Still, takdela aku tengok kat wayang.. Aku takde masa.. Kalau ada DVD jual nanti InsyaAllah aku beli..
_____________
Alex Ferguson memang tak sensitif langsung.. Dia memang fikir apa yang penting untuk team dia saje.. Aku rasa satu negara Korea tunggu match malam tadi sebab nak tengok Lee Chuong So dengan Park Ji Sung main sekali.. Tapi dia tak.. Dia ikut plan.. Park Ji Sung kena rehat, orang Korea dia tak peduli hahaha...
____________
Kepada Umar,

Alamanda tidak pernah dibom.. Dan kita pergi tadi bukan Alamanda dah pulih selepas dibom.. Ayah and Mama cakap Alamanda kena bom sebab kitaorang tak suka pergi sana sebab since ada cinema parking dah tak cukup.. Umar pergi sana pun sebab nak tengok kedai jual Ultraman tu je.. Kitaorang pergi sana sebab nak pergi Big Apple and Starbucks sahaja.. Kalau lepas ni Umar sibuk nak pergi Alamanda lagi, kitaorang nak bagi alasan kena roboh dengan raksaksa pulak..

Baju striped, Slack licin dan tali pinggang.. Aku tak peduli walaupun boss aku baca post ni..

Kita sebagai manusia tak boleh tunggu nasib berubah macam itu sahaja.. Walaupun hari tu aku cakap aku macam dah give up and macam biar je apa nak jadi, tapi aku tak boleh.. Malam² mesti terfikir sampai pukul 3 pagi baru boleh tidur.. Sebagai langkah permulaan, tadi aku pergi beli shirt lengan panjang jalur², beli seluar slack licin dan beli tali pinggang baru.. Ini semua aku akan pakai masa pergi interview.. Motivasi.. Harapnya adala company² yang aku apply tu panggil hahaha...

To be honest, sebenarnya aku rasa macam aku ni buat dirty² jobs je kat sini.. Macam back-up² orang.. Sikit² Pizli.. Ha Pizli belajar tu dari X, Pizli kalau Y cuti you backup, Pizli you belajar dari Z so that bila dia MC you boleh tolong.. Pizli tolong semua orang... Soalannya di sini, what make you think that they are busy and I'm not busy?? Aku tak pernah datang lewat, aku tak pernah main game and aku tak pernah tidur masa office hour.. Lagi satu tak adil.. workload diaorang menurun and workload aku bertambah tapi gaji naik sama rata je semua... Kerja aku sendiri pun berlambak.. Tapi takde siapa nampak.. Yang nampak bila aku on facebook je sebab aku duduk meja depan and aku memang tak cover².. Bebudak lain pun bukannya busy sangat, pada aku semua sama je.. Ada kerja tapi boleh handle lagi.. Aku tak pandai menipu, kalau aku busy aku buat kerja macam nak mati.. Kalau aku free aku main internet sesuka hati.. Masa Liza bersalin nanti campur paternity leave aku nak ambik 10 hari.. Slogan aku masa ambik cuti tu nanti.. I HOPE YOU CAN COPE!! Sebab bila pasal kerja aku takde siapa pulak orang yang boleh backup, nak convert words to pdf pun tunggu aku balik.. Take aku for granted gila babi sial.. Tak appreciate langsung apa aku buat!! Kalau aku nak berkira, video job yang aku buat untuk bulan ini sahaja boleh cover gaji aku sampai bulan August tau? Ada siapa peduli, ada siapa yang tau??, ada siapa fikir???? (sebelum ni aku tak berani tulis kat blog pasal ni sebab bebudak office aku baca... sekarang mampusla.. peduli apa aku, benda ni betul)

Sorryla, aku takde siapa yang aku boleh luahkan benda ni.. Aku masih boleh bersabarla mengenangkan baby nak lahir, study pun belum habis lagi.... Kalau aku meletup macam aku meletup masa meeting semalam aku akan cakap benda ni straight.. Selama ni aku memang jadi Yes Man je..

Selalu aku terfikir susah kalau aku nak pergi kerja tempat lain sebab nanti jalan sesak jauh semua.. Apa masalahnya kan? Kalau ada motosikal, lokasi bukan masalah lagi!! So aku dah tak peduli company² yang aku apply.. PJ, Bangsar, Ampang, Seremban, semua boleh pergi dengan senyuman... Doakan je la aku dapat...

Last, aku selalu gi office pakai jeans and tshirt, tadi try pakai baju and seluar yang baru aku beli tadi, eh tadi Liza bayarkan.. Haha.. Aku ambik je.. Ok rasa macam boleh jatuh cinta dengan diri sendiri masa pakai tu... Serius...

Sebenarnya aku nak nangis dah ni, ni betul² apa yang aku pendam dalam hati dekat 2 tahun.. Kalau takde blog, siapa lagi aku nak cerita masalah aku...

Sixth Sense (betul ke ejaannya ni?)

Aku dilahirkan dengan satu kuasa yang agak best.. Dulu aku boleh predict² benda yang nak jadi macam tak sengaja.. Aku jugak ada gerak hati yang agak kuat.. Instinct..

Aku nak cari post aku pasal tu yang aku tulis tu tapi malas.. Kawan² yang rapat dengan aku dan Liza taula benda ni ada kat aku...

Tapi sekarang aku boleh rasa lebih kepada benda² yang macam best nak jadi kat aku... Ohh dan juga Liza.. Bila ada je perasaan ni lepas tu adala benda²nya, macam kena panggil interview ke, Liza nak dapat bonus ke.. Dari minggu lepas aku ada rasa benda macam ni.. Tapi aku tertanya² apa ke bendanya? Bonus tak dapat pun..

Sekali tadi aku terjumpa duit RM100,000 dalam plastik.. Aku dah seram sejuk dah.. Terus aku bank-in kan kat machine separuh.. Ni nak pergi shopping jap... Nervous gila..

Ok aku tipu.. Itu adalah angan² sebelum tidur... Sebenarnya tadi ada meeting.. Lepas tu aku lepaskan segala perasaan aku pada boss pasal kes yang aku buat kerja tolong orang tapi orang tak appreciate dan maki² aku pulak lepas tu....

Kau tau boss besar aku cakap apa? Sebenarnya dia cuti masa kes tu terjadi.. Elok je dia balik dari cuti.. Dia dah maki dah perempuan tu sebab layan (kitaorang bertiga ke berempat) macam tu.. Kau tau tak aku rasa macam nak kiss boss aku tu.. Boss² aku ni adalah the best bosses in the world.. Itu pasal aku sayang nak cari kerja lain..

Dua, aku selalula kalau pergi bengkel asyikla kena tipunya.. Suruh ganti ni, terus semua dia ganti.. Aku tak pandai sangat pasal kereta, so aku takutla bila dia cakap ini dah rosak, itu dah rosak.. Tapi bengkel dekat rumah aku ni terbalik.. Semalam Liza hantar kereta lepas tu aku mintak dia tengok²kan benda.. Benda yang tak payah ganti, walaupun dalam engine, yang dia boleh tipu aku anytime dia tak ganti.. Dia ikhlas punya Chinese.. Aku memang akan recommend kedai ni..

Now aku taula kenapa aku rasa nak dapat benda best je dalam minggu ni.. Ini rupanya...

Hampa Kecewa Semuanya Tipu Daya

Kalau kau jadi marketer dekat university, kerja korang carila student, promote university gila².. Kalau student number tak ramai orang² macam aku yang sambil lunch pun buat kerja yang suffer.. Takkan benda² macam ni aku nak ajar??

Bagus.. Dari bad to worst..

Hari ni pagi² lagi kawan aku cakap gaji dah masuk, tapi takde bonus!! Bagus!! Dahla malam tadi aku tak cukup tidur sebab konon²nya nak dapatkan benda, berusaha dengan bersungguh² sampai mata lebam².. Sekali tak dapat jugak bendanya...

Bagus.. Aku sekarang pada tahap paling down sekali dalam sejarah kekecewaan.. Nak tulis blog pun takde mood.. Aku kalau boleh nak tulis biarla ceria².. Tapi dengan keadaan macam ni lebih baik aku tak tulis.. Till we meet again.. Assalamualaikum..

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya

Modenisasi hanya…
Untuk haiwan di rimba..
Globalisasi cuma..
Jadi tuan si hamba..
Ooo monarki untuk apa..
Badut-badut istana..

Sementara tu, aku harap korang bolehla luang masa sejenak doakan Liza bersalin dengan senang dan semuanya selamat nanti... Dipermudahkanla urusan kitaorang..

Kepada kawan² kalau aku tak reply ym or gtalk tu maybe aku memang dah tak mampu nak bersembang pun.. Wah drama gila.. Kalah perempuan...
_________________
Last, aku ada note untuk orang satu tempat kerja dengan aku yang mungkin ingat aku spend time kat facebook/internet sepanjang masa kerja.. Benda tu boleh dikatakan betul.. Tapi bukan aku tak kerja.. Aku ada luxury untuk itu semua.. Aku kadang² guna dua² pc aku.. Satu untuk capture video, satu untuk edit.. And kadang² aku export video.. Semua ni ambik masa yang lama.. Kalau kerja design, PDF, flash, e-learning semua tu memang aku concentrate bebetulla.. Arghh buat apa aku beria explain, siapa yang request aku buat kerja taula aku buat kerja bagus.. As long as kerja siap, takde complain pergi mampusla apa orang nak fikir..
____________
Oooh, (tak habis² lagi?) tadi aku jatuh cinta.. Bukan dengan perempuan tapi bau perfume perempuan.. Serius, memang perasaan dia macam perasaan jatuh cinta.. sampai sekarang aku ada rasa lagi.. sebab bau.. bukan sebab perempuan tu.. Sabtu ni memang aku singgah semua kedai perfume bau satu² sebab Liza nak beli... Gila jiwang.. Chow..

Berangan...

Kalau aku boleh buang satu benda dari hidup aku.. Aku nak buang perangai suka berangan² aku..

Aku tau aku takkan mampu pakai Civic Type-R
Aku tau aku takkan mampu beli PS3
Aku tau aku takkan mampu beli D90


Walaupun mungkin dua benda di bawah list tu aku macam mampu tapi aku ada banyak benda lain nak diberi lebih keutamaan...

Hidup aku ni banyak sangat berangan, yang dapatnya adalah dalam 1% je.. Seriously aku dah terlalu penat nak doa usaha ikhtiar tawakal.. So sekarang aku biarkan je.. Dan hope sifat berangan aku ni boleh dibuang terus.. Mungkin aku memang ditakdirkan untuk hidup tanpa gadget hahaha..

Sakit kepala...

Sejarah aku sakit kepala dah lama jugak.. Dulu telan panadol, sekarang telan synflex.. Harapnya cukupla setakat synflex ni, aku taknak nanti kena cari painkiller yang sampai harga RM15 sebijik.. Antara sebab² aku sakit kepala ialah:

1) Tak makan..
2) Stress (macam kena marah padahal bukan salah aku hari tu)
3) Dan yang paling hampeh sekali, aku allergic pada bau perfume Polo.. Dulu setakat Polo blue je tapi sekarang aku rasa semua jenis kut..

Dulu boss aku sebelum meeting dia akan pergi pakai perfume tu and start dari situ aku sedarla memang aku tak bolehla bau.. Tapi sementara tu aku guna Romance.. Dari bulan January hari tu aku stop sebab aku nak try guna one drop perfume.. Sekali semalam aku sambung balik guna sampai ke tengah malam sakit kepala..

Ini antara sebab aku tak cari kerja lain buat masa ni.. Aku takut kalau tempat kerja baru nanti ada sorang mamat ni pakai Polo Blue, mau hari² aku sakit kepala.. Ke boleh tulis dalam borang sebelum interview tu "aku allergic pada bau perfume Polo Ralph Laurance"?
____________
Kepada awek² sekalian.. Lagu ini untuk anda...


Baby please don’t fall in love
Baby I’m no good for you
All I’m gonna do is hurt you
Baby please don’t fall in love

Don’t fall in love
Girl I’m not the one
No emotions babe.. we just having fun
All I’m gonna do is hurt you

Don’t fall in love with me baby, don’t fall in love

Politik saya tak fanatik..

Aku tak sokong politik gila².. Sekarang ada dua – PR dan BN. Aku taknak jadi macam sesetengah orang bila dia sokong PR terus kerajaan jadi macam lahanat.. Semua kerajaan buat salah.. Malam² minum todi, beromen lepas tu bila siang sebut PAS terus cakap.. “Takbir!!” Kepala hotak kau!


Macam aku yang lahir di Daerah Batang Padang, takkanla aku tak suka bila kerajaan majukan kawasan tu macam sekarang.. Boleh kata jadi pusat pendidikan jugak.. UPSI, Politeknik, MRSM, Pusat Latihan Trolak.. Semua ada.. Taraf hidup meningkat, macam rumah bapak aku yang dulu api, air pun takde tapi sekarang dah jadi rumah banglo besar gila mestila sebab kerajaan yang buat sebab PAS tak tolong bapak aku kat kampong masa zaman dulu yang menyebabkan bapak aku apply jadi Peneroka Felda. Sekarang aku tengok ada persatuan babi anak² FELDA yang saja ditubuhkan untuk salah²kan kerajaan.. Kepada korang semua.. Korang memang babi tak kenang diuntung…



Tukar tajuk lain dari FELDA, bila aku tengok status surat khabar macam ni, aku panas hati.. Kalau sebagai kerajaan membantu rakyat tu membazir baik korang tak payah jadi kerajaan.. Baik korang pergi jadi nelayan ke peneroka ke dari jadi pemimpin.. Mak bapak aku yang dah tua pun kadang² bagi aku duit walaupun aku dah kerja beranak berbini sebab nak bagi kitaorang suka hati.. Kalau membantu rakyat tu membazir, habis tu korang nak bantu siapa? Bantu kroni korang sendiri ke?? Sihat tak sihat sebab gula lain cerita.. Sekarang ni aku cerita pasal tanggungjawab…


Tukar tajuk lain, pasal lompat parti.. PR kecoh² cakap siapa lompat parti tu takde moralla apala.. Tapi seingat aku dulu yang masa Anwar kecoh yang dia akan jadi PM masa bulan September, dia cakap ramai orang BN nak lompat masuk PR.. Takde pulak diaorang cakap pasal moral masa tu..
Lepas tu sekarang yang mamat pecahkan tembelang pasal kes ni, Ketua Polis cakap, kena ada orang report baru polis boleh siasat.. Esoknya seluruh negara ada kumpulan² BN poyo report pasal Anwar.. Aku nasihatkan diaorang ni sudah²la.. Orang tu dah penat dengan kes² mahkamah lain. Bagila dia berehat pulak, yang korang nak hentam dia lepas satu benda ke satu benda kenapa?? Masa korang buat report polis, demonstrasi bagai tu lebih baik korang guna buat benda yang lebih berfaedah..


Macam kawan aku cakap, mana ada manusia yang betul.. Allah saja yang betul! Dan kepada semua, jangan fanatikkan politik sampai bila dah sokong, benda salah jadi betul, benda betul jadi salah.. Ikut hati mati, ikut orang korang masuk longkang..


Eh last, aku tau DS Najib sekarang suka pergi buat lawatan mengejut.. Aku tau dah 5,6 kali jugak buat.. Nampak macam ikhlas.. Tapi bila everytime dia pergi melawat tu dia mesti cakap.. “Saya taknak bunga maggar, taknak karpet merah itu pasal saya datang mengejut” aku mula la rasa dia ni nak menunjuk ke apa? Kalau betul ikhlas janganla mention benda yang sama banyak kali..

Tak Fanatik Pada Team (konon)

Aku ni lebih kepada penyokong orang dari penyokong team.. Motto hidup aku dalam bolasepak ialah.. Tak kisah siapa yang menang janji bukan Liverpool..

Serius.. Kalau tahun ni Arsenal menang league pun aku tak kisah.. Sebab aku rasa diaorang main bagus jugak.. Dan semuanya muda².. Chelsea menang pun takpe... Sebabnya aku kesian dekat diaorang.. Wahahaha.. Dah lama tak menang apa²...

Penipuan Terbesar Tahun Ini..

Aku cakap aku tak berdebar sebab aku nak kasi penyokong Liverpool panas hati.. Tapi game malam tadi adalah game yang paling berdebar sejak 10 tahun yang lalu.. Last aku berdebar macam tu masa Perak Lawan Negeri Sembilan, final Piala Malaysia.. Khalid and Saravanan score.. Malam tadi aku rasa sebab aku berdebar sangat, sebab aku beria nak Park Ji Sung yang bagi Man Utd menang...

Serious, sampai sekarang pun aku berdebar lagi.. Tak sure pasal bola ke pasal benda lain.. Tapi jantung aku berdebar² je dari malam tadi...
______________
Dulu aku geli tengok orang makan kaki ayam.. Tapi hari tu kitaorang pergi makan ikan bakar dekat Pasar Keramat.. Dia just bagi sup je la sebagai lauk bersama.. Dalamnya ada la kaki ayam... Bila aku makan not bad la jugak.. Sekali semalam tengok kat Giant ada jual kaki, aku beli.. Ye la bersih je semua.. Apala nak digelikan.. Sekarang Liza tengah masak sup.. :D

Fanatik...

Aku selalu tak faham bila ada orang jadi gila sebab perserta AF..
Aku selalu tak faham bila ada orang jadi gila sebab artis..
Aku selalu tak faham bila adik ipar aku jadi gila sebab Super Junior...

Sekarang aku faham.. Perasaan ni lebih lagi dari perasaan suka Khalid Jamlus satu ketika dahulu.. Sekarang aku ada matlamat dalam hidup.. Nak pergi tengok Park Ji Sung main.. Aku rasa aku memang fanatikkan dia.. Ni bukan main².. Aku tak buat² perasaan aku suka dia ni.. Memang tulen dan penuh keikhlasan.. Boleh aku cakap gila jugak dekat dia.. Kalau extra bonus bulan ni dapat sebulan, aku nak pergi beli jersi Man Utd original...

Ji Sung Park!! Ji Sung Park!!



Air mata aku almost menitik tengok video atas ni....



I love you Park Ji Sung... Forever and ever..

Fresh Orange & Tropic Thunder

Ok mari lupakan pasal cita² nak cari duit lebih, nak cari rezeki lebih.. Cita² yang mustahil, yang aku tau nnt bila ada perempuan tayang peha, tayang dada nanti ramai orang yang akan vote dan aku yang tak handsome ni takde siapa nak vote haha.. (refer to post bawah)

Kalau korang lahir tahun 80'an korang akan perasan dalam setiap drama or filem Melayu bila ada scene dekat restoran pelakonnya mesti akan order "fresh orange".. Serious, sekarang aku tengah terbayang Noreen Noor tengah order air...

So korang bayangkanla budak yang duduk dalam ladang kelapa sawit yang makan buah oren sekali setahun macamana perasaannya bila tengok scene tu.. Bertahun² aku memendam rasa dan bertanya pada diri sendiri apala rasa fresh orange tu...

Fast forward, aku rasa masa tu aku form 5.. Umur 18 tahun.. 13 tahun berangan nak minum fresh orange.. Kitaorang pergi restoran tomyam dan aku nampak kat menu ada jual... Seronok perasaan aku masa tu.. Aku tak boleh nak cakap perasaan aku masa tu, masa tu umur aku 18 tahun dan masih naive.. Tapi sekarang aku boleh cakap perasaannya macamana.. Rasa macam first time dapat pegang tangan Liza.. :-|

dia nak dapat bonus minggu ni, kenala ampu² sikit.. company aku pun bagi minggu ni tapi sikit..
______
Hari tu aku tengok cerita Topic Thunder.. Aku termiss dalam 10-15 minit kut.. Memandangkan aku ni susah nak gelak kalau tengok cerita tak berapa kelakar aku cakapla kat Liza biasa je cerita dia.. Lepas tu masa tengah tengok Liza cakap, mamat black tu sebenarnya Robert Downey Junior dan dia jadi gelap sebab baru lepas buat skin pigmentation untuk berlakon filem tu. Hahahahha, aku ketawa at least seminit non-stop.. Tryla tengok.. Lawak jugak sebenarnya especially part Robert Downey Jr tu jadi mamat black...

I know this is lame, but please vote for me


1) http://124.150.142.190/showphoto.html?id=126901483161 - Photo

2) http://124.150.142.190/showvideo.html?id=126901557191 - Video

Tolong pergi link tu lepas tu tolong click kat button thumb up tu.. Kalau rajin buatla 3 4 ratus kali.. Hahaha.. Aku ni asyik berusaha je tapi tak pernahnya berjaya.. Harap korang boleh membantu kali ni... Terima kasih banyak kawan²...

Rasa low gila aku sekarang ni buat benda macam ni hahaha...

Terlalu tua untuk berpura².. (serius punya entry)

Aku dah 29 tahun hidup.. So ada part dalam hidup aku yang aku perlu berpura².. Gila la ayat.. Tapi serius, kadang² tak semua orang yang kita jumpa tu kita suka dan sudah pastinya tak semua orang² tu pun suka kita..

Macam aku, aku boleh tau bila orang² tak suka aku.. Biasanya, bila aku jumpa crowd macam ni aku blahla, takdela aku nak meneruskan nak berkawan dengan diaorang tu.. Tapi kadang² kita terpaksa buat suka sebab kita takde pilihan.. Contoh: Boss kita, rakan sekerja kita.. Kita terpaksa berpura² and kalau dah tak boleh tahan sangat kita blah..

Dulu ada sorang mamat kat tempat kerja aku yang aku tak suka tapi aku tak terpaksa layan sebab kerja.. So bila masing² dah bawak haluan sendiri aku pun sukala.. Tapi tahun lepas mamat ni dapat no telefon aku dan call aku.. Mamat ni sebenarnya adik beradik dia pun tak suka.. Satu department dulu pun tak suka, ke satu company.. Cuma dulu aku layanla jugak dia sebab kesian.. Tapi orang semua tak suka pun perangai dia tak berubah.. Seriously aku geli bila orang call aku nak sembang, tanya khabar lama².. Tak kirala lelaki ke perempuan, minah arab ke minah hindustan.. Banyak kali aku bagi alasan aku tak boleh sembangla apala.. Last² aku just cakap kat dia, "sorry, aku tak suka kau, jangan call aku lagi.." sebenarnya aku ada maki dia jgk tapi antara dia dengan aku je tau sebab apa Aku letak phone, aku block facebook semua.. Serious hati aku tak sakit dah lepas tu and aku dah tak payah pura² lagi.. Kita taula kan kadang² orang tak suka kita, so elokla awal² kita blah dari jadi kes macam ni.. '

Macam budak muda kelas aku yang mengendeng nak jadi group member aku.. Selama ni aku nampak hidup dia hu ha sana, hu ha sini.. Datang kelas lambat, main².. Tetiba bila tengok aku dengan best friend aku kat kelas macam dah ada idea semua tetiba dia boleh pulak datang explain kat aku Instructional Design tu apa lepas tu sibuk cakap nak beli bukula apala.. Tapi aku dengan kawan aku buat dek jela.. Macam kawan aku lagi hebat dia sound je terus kalau orang buat hal..

Serius woi, aku sekarang dah tak pandai dah, kalau tak suka aku lepaskan je.. Malas aku nak jaga hati orang sebab kadang² hati aku sendiri yang sakit...

Seks dan Harimau

Kedai jual sex toys seluruh negara kena raid. Habis semuanya kena tutup. Seriouslyla, memang diaorang ni takde kerja. Ok, aku tulis ni bukanla bermakna aku nak pergi beli doll untuk aku guna masa Liza dalam pantang nanti. Aku tulis benda ni sebab pada aku sex toys ni macam alternative untuk orang² yang kesunyian.

Daripada yang perempuannya pergi cari lelaki elokla diaorang pergi cari vibrator. Bayangkan orang yang husband dia pergi kerja outstation 4 bulan tak balik². Adala alternative. Takdela perempuan² ni cari aku pulak sebagai substitute husband diaorang tu nanti.. Fikir² balik menarik jugak idea beli doll tu sebenarnya.. Nampak tak apa aku cuba cakap ni? Benda ni takde bagi kerosakan pada masyarakat, kalau rosak pun diri diaorang sendiri je yang mana bukanla akan menyusahkan pihak polis dan jabatan bomba..

"Yeehaa, aku chup yang ni.. Balik ni aku nak main dengan patung ni... Memang dah lama aku teringin nak threesome sial"

Kalau betul nak ban, banla rokok!! Rokok membahayakan kesihatan si penghisap, secondary smoker dan kalau baling puntung rokok dalam semak kering boleh menyusahkan bomba nak memadam. Benda yang jelas buat tak tau.. Rokok ni pun boleh meramaikan lagi pesakit kat hospital dan bolehla aku berhenti merokok secara paksa..

Maksud aku, banyak lagi benda yang lebih penting untuk dirisaukan dari benda² remeh macam ni...
_______________
Eh aku rasa nak pergi tangkap harimaula.. 200 000 ribu tu harga bangkai dia!!

Special Agent X

Aku tengok post Hafezh pasal ride on luck semalam.. Aku terfikir aku sekarang macam tu la.. Tunggu tetiba nasib baik.. Contoh:

1) Government train aku jadi special agent dengan gaji mahal...
2) Ada company ambik aku, hantar aku belajar ilmu video dan animation pada tahap paling tinggi, lepas tu kerja dengan diaorang bagi aku gaji mahal jugak...
3) Yg realistik sikit;

Ex-boss aku tetiba call aku, cakap..

"Pizli, Mr X cakap sini.. Saya nak bukak company (aku prefer university).. Dekat situ saya nak bukak satu studio dan saya nak awak in charge.. Jadi boss.. Gaji saya bagi dalam 8K, lepas tu company akan bagi awak kereta, Honda Civic Type-R, benefits pada tahap tertinggi.. Company ni dekat Nilai 3.. 2 minit je kan dari rumah awak? So please consider ye?"

Inilah angan² aku hari² and seriously aku tak usaha langsung pun untuk dapat kerja macam ni.. Adala kut usaha sikit² sebenarnya.. Tapi kalau tahap usaha macam ni mau main 100 tahun baru boleh dapat...

Saya dan penggunaan tandas...

Nota: Entry ni might contain dirty element for some people. Haha...

Aku ada toilet favourite.. Aku ada toilet favourite dekat Tol Sungai Besi, dekat Tol SILK Highway dan of course di office.. Favourite di sini aku hanya akan gunakan toilet, cubicle itu je.. Kalau ada orang, aku sanggup tunggu..

Aku ada habit di mana, masa aku menggunakan toilet aku akan menghisap rokok.. Toilet kat office aku ni kecik je, ada 4 cubicles.. Share pulak dengan student.. So kalau aku nak guna, aku akan make surekan takde orang seorang pun baru aku masuk.. Aku tak suka kalau ada orang lain.. Tak selesa and tak bebas..

Paling aku pantang, kalau aku tengah syok dalam toilet tu tetiba ada orang lain masuk.. Memang bengang gila aku.. Perlu ke diaorang nak guna pada masa yang sama masa aku nak guna...

Macam hari Ahad hari tu, aku seronokla sebab sure takde orangkan sebab hari cuti.. Sekali tengah elok je aku duduk ada dua orang lain serentak masuk and guna, bising².. Itu memang potong betul.. Memang aku rasa nak jerit perlu ke korang masuk sekarang ha???

Korang tak rasa lagi dan muka nak kena penumbuk.....

Baru balik dari kelas.. Aku kelas ni campur dengan budak full time.. So aku nampakla bebudak muda ni.. Tadi aku lepak dengan kawan aku yang brader² macam aku jugakla, dia bengang dengan bebudak group dia.. Tak serius.. Main², kerja tak buat...

Aku cakap kat kawan aku.. Diaorang tu ambik PTPTN kut, tak rasa keluar duit sendiri, tak rasa penat kerja.. Tak rasa dah tua² ni, dah kerja semua, susah nak sambung belajar.. Entahla, aku macam nak nasihat.. Tapi tengok jenis diaorang macam tu mau aku kena tumbuk plak nanti..

So mampus korangla.. Lantakla apa nak jadi...
_______________
Ye, baby kedua telah dilahirkan.. Dalam sebulan mentua aku tambah lagi dua cucu.. Adik ipar aku masuk labour room pukul 5, pukul 6 dah bersalin.. Syok betul... Mentua aku ni, masa Umar dengan anak first adik ipar aku ni hari tu dia buat aqiqah.. Larat ke dia nak aqiqahkan 3 orang sekaligus tahun ni? Hahaha..
____________
Ooh aku jarang nak tegur stranger.. Takut nnt orang tak respon ke marah aku ke..Tapi tadi aku saje nak try.. Masa tu aku beli barang kat kedai.. Cashier tu tengah makan burger.. Elok je settle semua, aku cakap.. "Sedap bau burger.." Dia ketawa.. Nasib baik.. Risau betul aku kalau dia cakap.. "Yang kau sibuk² apahal ha?" Awekla, kalau lelaki takdenya aku nak try tegur.. Balik tu terus beli Big and Tasty kat McD..
______________


Hari tu aku cerita pasal bebudak boleh apply Pra-Diploma Uitm kan? Sila tengok, ada orang sampai kat post tu.. Harapnya dia dengar nasihat aku.. Hehe..

Tumpat, Kelantan arrived from search.conduit.com on "JUST BECAUSE I'M LOSING DOESN'T MEAN I'M LOST" by searching for siapa yang layak masuk pra diploma uitm dengan spm yang lemah.
_________________
Korang mesti ada kadang² tengok muka orang rasa nak bagi penumbukkan? Kat company aku ni ada sorang.. Rasa kalau nampak kat luar rasa mcm nak langgar je dengan kereta, based on muka je ni padahal tak kenal pun...

Sekarang ni aku tengah tengok Chelsea vs Inter Milan.. Semua player Intan Milan tu aku rasa nak bagi penumbuk.. Kecuali keeper dia.. Macam gampang.. Perangai sakai suka berlakon².. Sama jugakla dengan Drogba tu..

Tapi Maicon bek kanan dia tu memang hebat gilala..

Diharapkan....

Diharapkan baby tidak keluar awal, sebab kalau awal Ayah ada midterm exam dua minggu lagi.. Dah 36 minggu dah baby ni.. Anytime boleh keluar..

Bila ada sorang anak yang nak dapat adik ni, aku kena la plan, nak bagitau dia yang tak lama lagi dia ada adik, nak kena bagitau dia nanti kitaorang semua kena tinggal dengan nenek dekat Keramat, nak bagitau dia nanti dua malam Ayah and Mama dekat hospital..

Aku : Umar meh sini kejap..
Umar : Ada apa Ayah?
Aku : Nanti masa adik nak keluar, Ayah dengan Mama duduk hospital.. so... (belum habis cakap)
Umar : Ha Umar ikut sekali... (sambil berlari menyepak bola)

Aku tawakkal je la.. Beria aku nak explain dia bukan nak dengar pun...
_____________

Diharapkan jugak mak kucing yang baru sampai rumah aku tadi tak terberanak kat rumah aku, sebab masa Liza bersalin Umar dulu pun kes sama ada dalam 4 ekor anak kucing kat rumah aku yang terpaksa aku biarkan sebab kitaorang tinggal Keramat.. Tapi setelah dua bulan takde kucing, tetiba datang seekor mak kucing yang gila comel, rasa best gila.. Aku namakan dia Memey..

Serius rasa macam gay sial tulis pasal kucing...

Sumbangan kepada masyarakat KALAU saya seorang billionaire.


Ini plan aku.. Aku akan buat satu pusat penjagaan dan pendidikan kanak² untuk umur 3 - 6 tahun.. Tempat ni sangat besar dan semuanya lengkap.. Tapi aku akan ambik budak² yang betul² deserve peluang terhebat ni.. Ohh dan aku akan pastikan pembahagian antara kaum sama rata.. Nak masuk tempat ni free.. Uniform semua free.. Kelas start dari pukul 7.30a.m - 6.30p.m Cadangannya:

1) Pekerja

Semuanya mestilah yang berhati mulia.. Tak multitask.. Yang mengajar, mengajar.. Yang mengemas, kemas tempat ni.. Yang kena basuh berak, kencing budak, dia buat tu je.. Yang memasak dia masak je...

2) Uniform..

Setiap hari adalah berbeza.. Kalau untuk lelaki, Isnin mungkin pakai baju Ben 10 dan Selasa pakai baju Ultraman.. Perempuan aku tak reti sangat characternya.. So setiap hari uniformnya berubah².. Bayangkan, kalau semua pakai baju Ben-10.. Tak ke ceria tu??

3) Jadual...

Dari pukul 8.00 am sampai pukul 12 tengahari diaorang akan belajar.. Belajar gila².. Segala pelajaran dalam dunia ni diaorang dapat masa ni.. Takde main².. Kena serius..

Dalam tengahari tu, diaorang akan masuk satu bilik tengok macamana tukang masak tu masak.. Diaorang akan diajar secara teori sahaja.. Lepas tu makan... Lepas makan boleh mandi ke apa and lepas tu bagi yang Islam sembahyang jemaah dan tazkirah sikit and lepas tu tidur, kalau nak tidur...

Dalam pukul 4 diaorang akan masuk satu bilik ini untuk main Nintendo Wii.. Game yang fun dan bukan game perang ke apa ke.. Bayangkan bila aku cari pekerja, tajuk dia.. Pemain dan Pengajar Nintendo Wii.. Bayangkan berapa ribu yang akan apply?

Tepat pukul 5.30 diaorang akan kena main benda physical sikit.. Main bola sepak, basketball, netball dan apa² jela.. Diaorang akan diberi jersi original dan mesti baju kena masuk dalam.. Disiplin kena tinggi.. Main sampai 6.30 atau sampai mak bapak ambik.. Akan ada certified coach akan ajar diaorang ni..

4) Kelebihan

Baju semua free, pelajaran free, makanan free, main game free... Tenaga pengajar yang terhebat.. Tempat pembelajaran yang terunggul...


Tapi macam biasala.. Bila kita belum jadi kaya ni macam²la kita nak buat, cuba dah jadi kaya nnt, terbaca blog orang yang wish nak dapat PS3 pun korang buat dek je walaupun korang lebih dari mampu.. Eh....

Entry recycle dan orang Melayu..

Hari Ahad, so aku recycle je entry lama tapi aku tokok tambah sikit...

Orang Melayu ni kan, bila kita belum kahwin dia tanya bila kita nak kahwin..
Bila kita dah kahwin, tanya bila kita nak ada anak...
Bila dah dapat anak satu, tanya pulak bila nak tambah lagi...

Walaupun busy body, orang Melayu ni sebenarnya relax juga kaumnya.. Kalau korang perasan masa biggest loser asia final hari tu, untuk orang² negara lain, family diaorang sambut dengan pasang belon, tampal perkataan tulis WELCOME HOME semua, menyambut kepulangan...

Masa tunjuk Aaron Mokhtar balik dari Biggest Loser Camp tu cubala teka apa family dia buat?

Yes tekaan korang tepat..

Family dia jamu dia makan nasi tomato..

Takde pun risau Aaron tu akan jadi gemuk balik ke apa.. As typical Malaysian jamu makan masa special occasion adalah benda yang paling patut dibuat.. Relax je tak risau pasal competition..

Itu pasal 15 orang budak² boleh merogol seorang budak perempuan tanpa rasa bersalah.. Sebab semuanya relax je.. Padanla muka korang dah kena tangkap!! Dahla dekat dengan kampung aku pulak tu.. Bodoh..

(Aaron ni ex-classmate wife aku masa sekolah rendah .. kecik gila dunia.. Bangga aku tengok dia hilang 60kg)

Sila Jawab Dengan Ikhlas..

Agak² kalau aku cakap aku pernah jadi model pakaian untuk majalah korang percaya tak?

Terjumpa dalam album.. Wahahahahha.. Macam lahanat rupa.. Aku tak taula korang macam aku ke tidak. Tapi aku pernah pada satu masa tu aku betul² tak tau benda yang aku nak buat.. Tak boleh fikir panjang.. Nak cakap mcm apa ye? Jahil kut..

Serious Sikit.. Pesanan kepada adik²..

Pagi tadi abang dengar Hot.Fm jap.. Pasal SPM result semua tu.. Ada minah ni cerita dia SPM pangkat 3, lepas tu masuk Pra-Diploma Uitm, start daripada situ sekarang dia dah ambik Master dah, bulan 12 ni habis.. Dia cerita tak macam berlagak pun.. Dia cerita dengan seikhlas hati...

Macam abangla, walaupun SPM abang takdela sampai pangkat 3 tapi pada abang teruk jugakla.. Problem abang, abang tak tau kewujudan Pra-Diploma Uitm masa tu.. Dapat Politeknik abang dah malas ambik engineering, so abang kerja.. Lepas dua tahun abang masuk kolej swasta and sekarang ambik degree pun kolej swasta..

Pengajarannya di sini kalau SPM teruk pun takdela apa sangat.. Kalau FELDA tu ada Pusat Latihan Trolak yang mana korang akan ambik sijil lepas tu ada peluang nak melanjutkan pelajaran lagi.. GIAT MARA pun ada.. Tapi semua ni korang start dari bawah gila.. Score dalam SPM tu memang mudahkan perjalanan hidup adik² sekalian dengan tahap maksimum tapi kalau tak score InsyaAllah banyak lagi jalan.. Jangan susah hati ok?

Ooh kalau nak best lagi, sementara muda ni korang kerja sambil belajar malam. Serius, pengalaman dapat, duit dapat, pendidikan dapat.. Lagi best.. Tapi takdela abang nak nasihatkan anak² abang macam ni.. Sementara boleh belajar ni belajarla bersungguh².. Nanti andaikata tak score SPM memang nasihat macam ni la abang nak gunakan.. Harap²nya takla sebab anak abang tu dah bercita² nak belajar di Jepun sebab nak jumpa Ultraman katanya.. Nak main bola kat Jepun pun ye jugak.. Semuala nak je Japan..

*Menggunakan kata ganti diri daripada aku kepada abang di sini adalah sebab baru lepas chat dengan budak kelas yang panggil aku abang.. Infact satu kelas panggil aku abang..
____________Pagi tadi aku breakfast kat sini.. Dulu hari², sekarang aku makan biskut oat 4 hari dan roti canai sekali seminggu sebab dah gemuk hahaah.. Ooh, kedai ni memang semuanya sedap.. Tapi bukan itu point aku sekarang.. Aku just suka semua orang yang datang kedai kenal each other.. Semua bertegur sapa.. Lawak² sesama, sampai aku pun di ajak bersembang sekali.. Perkataan yang paling sesuai.. Tenang! Seronok gila tengok..

Penangan nasi kandar Lawood..

Hari ni kononnya aku nak pergi tapaukan nasi kandar untuk kawan².. Sekali baru tersedar aku ada shooting.. Tapi ada kawan² aku yang dah teringin sangat nak makan... Mungkin cara aku bercerita convincing sangat kut.. Aku cakap jauh, susah nak pergi.. Sekali ada budak baru ni tau cara nak gi sana.. So diaorang pergi...

Ye beginilah hasilnya kawan²... Aku harap diaorang puas sebab aku yang rekemen.. Tengok gaya semua makan sampai licin, okla kut agaknya..


Belajar Bahasa Inggeris 2

Asalnya aku plan bila dengan anak² aku cakap Melayu dan Liza cakap English.. Kira biar dia balance and faham dua bahasa.. Aku sebagai orang kampung dan Liza sebagai orang yang lahir dan tinggal di UK dulu kira memang sesuai sangatla untuk memainkan peranan masing².. Tapi itu semua tinggal plan.. Dia taula sikit² English, macam cat tu kucing, car tu kereta etc tapi takdela dia cakap English all the time, ada masanya.. Sekarang ni dia cakap Jepun pulak, nyanyi lagu Ultraman.. Kalau dia nyanyi masa lagu tu tengah pasang ok lagi.. Ni malam² dia nyanyi lagu ni sendiri dengan laju gila.. Kira tak berlagula.. So bayangkan bila dia cakap ni laju²...

Yume wo oikakete subete ga kawaru......
Why naze darou?
Dare ka wo sukueru hazu no chikara de
Dare mo ga mata arasou
Yes hontou wa
Hitotsu no sekai ni umarete kita to
Wakariaete iru no ni ..


Serious kalau orang lain dengar memang macam budak cakap Jepun.. Lepas tu memang betul plak tu apa yang dia cakap tu.. Pukul 12 malam cakap mcm ni, satu taman boleh dengar..

Balik pada English tadi.. Ada certain ayat yang dia akan cakapla pada aku dan liza macam "let's go", "come on", "wait for me" and ada la lagi.. Masalahnya ayat² ni sesuai cakap bila nak keluar rumah atau diluar rumah.. So bila nak keluar rumah dia akan jerit...

"Ayah, wait for me, wait for me..." - Aku segan dengan jiran² sebab bising, tapi ok lagi..

Problemnya bila dah habis beli barang kat luar, masa nak balik dia akan cakap kuat²...

"Ok let's go ayah!! Come on!! Come on!!"

Depan orang ramai.. Aku biasanya tunduk je muka ke tanah bila dia cakap macam ni.. Sebab macam kawan² je dia buat aku ni...

Aku tak sihat..

Aku tak sihat, so aku nak mengumpat.. Serious aku rasa macam Zubir siut.. Panas hati punya pasal.. Hahah.. Ingat tak pasal budak nerd yang aku tulis hari tu, pasal panas tu?? Hah kali ni dia cari pasal dengan orang lain pulak... Boleh ke dia tulis macam ni kat wall kawan aku?

"salam....bukan kah mudah jika kita nie adalah org yang kaya dan berjaya???"

What the fuck man?? Kawan aku tu dah ada rumah sendiri, kereta dua bijik.. Apa masalah kau nak pandang rendah dekat orang lain?? Ini yang buat aku nak cakap some people are just fucking asshole!!

Confirm aku tak sihat cepat perangai macam ni..
________________
Update: Dia jual MLM rupanya.. Patutla perangai macam ni.. Hampeh..

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Gatsby Deodorant bakal melangsungkan ‘Street Fair’ besar-besaran pada 17 April 2010, bertempat di ruang legar Berjaya Timesquare KL.

Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!

Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!

Anda boleh ke sana dengan menaiki Monorel ke Stesen Imbi, bas ataupun membawa kenderaan sendiri ke Berjaya Times Square.

Untuk maklumat lanjut sila ke link ini : http://www.gatsby.com.my/streetfair

Belajar bahasa Inggeris

Aku ni orang kampung.. So dengar ayat-ayat Inggeris ni bila dah masuk sekolah je la.. Macam aku cerita hari tu, belajar pun dengan dengar lagu or tengok tv je untuk lebih faham.. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah boleh kata aku selalu dapat markah paling tinggi dalam English.. Dapat markah tinggi bukan bermakna aku ni pandai pulak.. Hampeh jugak.. Tapi merasala jugak hadiah² dari teacher aku..

Aku baik dengan Scabbers kawan aku ni.. Dia ada masalah dengan orang office dia.. Biasanya dia selalu mengutuk mamat ni dekat aku, meluahkan perasaan benci dan kalau ikut musim, perasaan cinta.. Contoh:

Scabbers: Ivan bodoh!
Scabbers: Sial punya Ivan..
Scabbers: Eh kau tau tak Ivan tu comel dia belanja aku makan KLIA seafood..

Mode of kitaorang punya conversion ialah Yahoo Messenger or text messages.. So biasanya aku akan baca..

Scabbers: E-Wan bodoh..
Scabbers: Sial punya E-Wan..
Scabbers: Eh kau tau tak E-Wan tu comel dia belanja aku makan KLIA seafood..

Tapi petang tadi si Scabbers call aku sebab dia dah malas nak SMS katanya.. Aku mati² ingat dia dah bunuh E-Wan tu or E-Wan tu dah kiss dia sebab macam penting sangat sampai call²..

Scabbers: Pizli aku dah balik ni tapi Ai-Ven baru balik office.. Aku tak patut rasa bersalahkan? Yela aku dah balik Ai-Ven ni datang office balik..

Ai-Ven rupanya cara sebut dia.. Celaka punya Hasbullah Awang.. Aku biasa dengar bila dia jadi commentator bolasepak dia akan cakap lebih kurang macam ni..

"Ye Mohd E-Wan Yusof menyepak bola ke jaring, sungguh menarik sekali.. "

Mohd Ivan Yusof dan yes memang gambar sebenar!!

Apa ada pada nama...

Nama penuh anak kitaorang ialah Umar Zakwan.. Kitaorang panggil Umar.. Masa dia kecik² kitaorang dah ajar dah, tapi dia tak reti sebut.. Dia akan sebut Umar Kafwan.. So kitaorang tinggalkan kat situ je sampai la weekend lepas..

Umar : "Zak... wan.... kan Ayah?"
Aku : "Ha betul..."
Umar : "Zak.. wan..."
Aku : "Ok, so nama Umar sebenarnya Umar Zakwan..."
Umar : "Bukan.. Zakwan je.."
Aku : "Umar Zakwan..."
Umar : "Zakwan je!!!"
Liza : "Ha sudah..."
Aku : "Salah.. Nanti cikgu marah baru tau!"

Malasla aku nak bergaduh dengan dia.. Nanti²la..

Aku nampakla trend zaman 2005 ke atas ni orang dah tak letak nama anak fancy².. Adala jugak kut tapi dah tak ramai.. Zaman orang letak nama Britney Alicia Alba Binti Ali dah habis.. Zaman 90an dulu aku rasa trend ni.. Sekarang kawan aku yang seksi gila dan takdela alim mana pun dah bubuh nama anak yang ada maksud dan lebih islamik.. Bagusla..

Memandangkan nama ada tiga empat tapi biasanya guna satu je nama, so aku decide anak aku yang nak lahir ni bagi satu nama je.. Lepas tu rhyme dengan nama aku..

Miley binti Pizli..

Bilik Study SAYA!!!

Di sinilah tempat aku akan bertapa dalam sebulan dua lagi.. Di sinila tempat aku mencari rezeki sampingan, membuat kerja, membuat dosa, menyimpan gambar² family dan lain² lagi...

Entrance, siapa pernah pergi launching software Adobe, biasa akan dapat ni.. Aku hari tu pergi training Photoshop dekat Teras Solution pun dapat benda ni..

Celcom Broadband yang hampeh tapi kalau nak search journal bolehla lepas kalau kena pada timenya..

Eh, apahal ada budak kecik ni???

Memang aku kena start bertegas sekarang!!! Habis semuanya dia nak conquer..

Hehe takdela, ni aku saje bagi, kalau aku tegas sambil tunjuk satu jari dan buat muka garang biasanya dia akan dengar cakap.. Hehe..

Barang terbuang..

Aku ada satu perangai yang mana aku akan simpan barang yang aku rasa penting, ada sentimental value dan lain² lagi tapi padahal lepas bertahun pun aku tak tengok or guna pun barang² tu.. Semalam aku fikir dari menyemak je baik aku buang dari bilik study aku.. Memandangkan semester ni ada project besar²an yang akan buat aku kena melepak dalam bilik study tu lama² so aku pun start mengemasla.. Dan inilah hasilnya.. 4 karung guni baja sawit...

Satu lagi dalam tempat sampah tu...

Korang ada perangai macam ni tak?
__________________

Tahniah la Anuar Manan.. Walaupun aku dah tengok dah LTDL macam zaman muda² dulu..

Korang nak beli ke? (tolong jangan suruh tukar gambar cili sebab aku malas nak trace)

Kalau korang nampak botol sos dengan label bawah ni, korang rasa korang nak beli ke? Haha, aku tengah designkan untuk kawan and masalahnya aku memang fail dalam desktop publishing.. Maksud aku design benda² mcm ni la.. Nanti website, aku buat gempak² ye kawan.. Kita buat full flash.. Haha..

Ooh.. lupa nak cakap.. Celcom Broadband lembab nak mampos, buat aku sakit hati sampai sakit kepala.. Aku bagi sampai hujung bulan 5.. Kalau macam ni jugak gayanya.. AKU POTONG!!

Agak² korang beli tak? Aku macam suka yang background kaler hitam tu.. Sebab macam lainla sikitkan.. Balik2 kuning... Oren..

29

Yeah, genap 29 tahun dah aku sekarang.. Takde celebrate apa kut.. Busy kerja sekolah.. Tunggula birthday wife aku hujung bulan ni celebrate sekali.. Ke tunggu birthday Umar next month hahaha... Dekat² je birthday kitaorang..

Aku nak hadiah PS3.. Tapi aku taknak wife aku belikan, sebab, dari dia beli PS3 baik dia beli mesin basuh baru, aku juga taknak family aku belikan sebab baik diaorang beli benda lagi berfaedah.. As usual aku mengharapkan miracle, tetiba ada orang kaya mana terbaca blog aku and nak hadiahkan.. And as usual takkan ada... Haha..

So kepada kawan², doakan aku panjang umur, murah rezeki, bahagia dgn anak bini dan berjaya dalam hidup.. Amin...

Peace

Aku tau ramai photographer rimas bila diaorang ambik gambar lepas tu orang sibuk nak tunjuk peace sign.. Dua jari tu la.. Aku nasihatkan janganla korang rimas sangat... Aku rasa dalam diam² sebenarnya diaorang menyampaikan sesuatu.. Contoh:


1) I had sex last night.. Twice! :D
2) I had sex last night.. With two different person!!
3) I'm pregnant.. Twin..
4) Aku baru beli kereta yang kedua..
5) I'm in my 2nd semester...
6) I'm in my 2nd trimister...
7) Today is my second anniversary...

Hah dah tujuh.. Mesti korang boleh fikir banyak lagi.. So maafkanlah diaorang...
____________
Kepada peminta sedekah/salesman yang marah kat aku bila aku tak bagi derma/beli barang.. Ni aku nak rap kat korang sikit... (Beautiful by Eminem)

In my shoes, just to see what it's like, to be me..
I'll be you, let's trade shoes just to see what it'd be like to..
Feel your pain, you feel mine.. go inside each other's mind..
Just to see what we find..
Look at shit through each other's eyes..

Nobody asked for life to deal us with these bullshit hands we're dealt
We have to take these cards ourselves and flip them, don't expect no help..
Now I could have either just sat on my ass and pissed and moaned..
But take this situation in which I'm placed in and get up and get my own..

I guess we would have to walk a mile in each other's shoes, at least..
What size you wear? I wear eights (UK) let's see if you can fit your feet..

UK dan ubat²an seks orang Malaysia buat mak bapak jadi penipu...

Semalam budak office aku tanya..

Budak: Pizli you nak pergi UK tak?
Aku: Ha? Kenapa?
Budak: Boss suruh I pergi UK, I taknak pergi sorang.. Kita pergi berduala..
Aku: Mestila nak pergi.. Tapi macamla boss bagi...

Betapa aku wish yang tanya soalan tu sebenarnya boss aku.. Macamla dengan budak ni bagitau boss aku suruh ajak aku pergi sekali boss aku akan setuju.. Lagi satu kaler kulit aku rasanya buat lagi susahla..
______________
Ok, ni aku dah marah tahap maximum.. Semuanya bila aku tengok iklan barang sembur dalam mulut jenama Malam Jumaat.. What the fuck woii?? Aku rasa TV ni dah melampaula tunjuk iklan² product seks ni.. Minyak lintah, kopi, pump vakum dan apa benda ntah lagi...

Satu, kalau anak aku tanya apa benda tu ayah?? Tengok macam kartun tapi sebenarnya batang lelaki.. Kan aku dah jadi penipu.. Nak mereka penipuan tu lagi satu hal..

Dua, orang² Malaysia ni especially Melayu ni lemah sangat ke? Ke kuat seks sangat sampai benda² ni nak diiklankan di TV.. Tau tak benda ni somehow menunjukkan orang Melayu/Malaysia ni tak kuat.. Contoh : Awek Hindustan ada dua choice, satu aku dan satu lagi mamat Bangladesh.. Sekali dia tengok iklan kat TV orang Melayu perlukan ubat² dan alatan tapi mamat Bangladesh ramai yang bekerja kontrak angkat bata, ada muscle².. Mestila dia terus pilih mamat Bangladesh dan kemungkinan untuk menyaksikan anak mix Melayu dan Hindustan terus hilang...

Tiga, korang takde kerja lain ke nak duduk atas katil berjam²? Macam iklan aku tengok kat internet.. Mendayung 18jam.. Apa ke gila?? Pada aku as long as dua² puas dan gembira sudahla.. Macamana negara nak maju kalau benda tu yang difokuskan?? Seriouslyla wei, kalau Megan Fox pun atas katil aku, aku takkan la habiskan masa berpuluh² jam untuk itu.. Baik aku layan internet lagi best...

Memang pada aku product jenama Malam Jumaat tu memang the most what-the-fuck product of all time la.. Dahla iklan cikai.. Macam lahanat..

Kepada TV, cukup²la iklan benda tu.. Banyak negatifnya.. Dosa aku menipu pada anak siapa nak tanggung?? Kekecewaan rakyat Malaysia/Melayu untuk mendapatkan awek foreigner siapa nak ubati?? Dan bila negara tak maju sebab seks tak ke malu???

Aku sangat nervous bila...

Bila aku chat dengan orang, biasanya perbualan tu akan terberhenti.. Orang ni macam kawan kelas, kawan dan wife.. Biasanya aku tak suka bila tengah rancak berbual tu tetiba berhenti dalam 5 minit lepas tu diaorang akan cakap:

1) Abang..
2) Pizli..

3) Bro...


Lepas tu takde tulis apa².. Macam betul² tunggu aku jawab "ye", nak make surekan aku ada...Seriously memanggil aku macam ni buat aku nervous gila babi sebab sebelumnya persembangan tu berhenti macam ada orang tetiba dapat berita apa ke pasal aku.. Aku selalu terbayang masa diaorang type lepas aku jawab panggilan diaorang tu diaorang akan cakap benda bukan², contoh:

1) "Betul ke dulu awak ada anak dengan Maya Karin? Dia baru call kejap ni cerita everything..."
2) "Pizli.. aku baru menang RM100 ribu dari Shell, kau jangan jeles.. Aku dah taknak kawan dengan kau lagi.. Pergi berambus...
3) "Bro, lu jangan kacau itu awek hindustan tau?? Itu hindustan I yang punya..."

Kalau dengan mak aku pulak, biasanya dia atau aku akan call pada waktu malam.. Kalau tetiba dia call aku siang, memang aku nervous gila bila tengok dia yang call.. Takutla kan apa².. Ada sekali hari tu aku dah risau apa bendanya sekali dia cakap..

"Li, tau tak mak kena saman, boleh tak kamu tolong bayorkan dulu kat internet, nanti kalau surat sampai rumah mati mak kena marah dengan bapak kamu.."

Haishhh.....

Dekat rumah pulak, aku tak suka bila dua beranak tu dah naik atas and aku tengah syok tengok tv tetiba wife aku panggil aku naik atas macam ada hal penting, macam ternampak ada bidadari dalam bilik yang nak bermadu dengan dia..... Bila aku tanya kenapa, wife aku akan jawab "Mehla kejappppppp........." Hari tu anak aku diam, so aku expect anak aku tu tetiba tidur awal secara magical dan wife aku tengah tunggu aku atas katil dengan pakai sexy lingerie sambil pose menggoda...

Sekali aku naik, dia tengah dukung anak aku yang ketakutan sambil tunjuk lipas..

"Tu, semburla dengan Ridsect"...

Patutla anak aku diam...

Berapa ribu??

Berapa ribu korang sanggup tukar daripada:

Ini...

Kepada ini?

Kalau aku? RM1500 dari gaji sekarang.. Or RM1000 + benefits yang gila babi..