Polis menembak dan berak..

Al-Fatihah untuk arwah.. Aku baca-baca ada orang marah polis, ada orang marah family budak tu and ada yang marah budak tu sendiri...

Ada jugak yang bodoh salahkan Barisan Nasional, UMNO dan kerajaan.. Lagila what the fuck??

Aku fahamla kut polis tu macamana perasaannya bila nampak tetiba kereta kena kejar bawak laju, mesti instinct diaorang cakap orang jahat, malam tak nampak budak kecik ke apa.. Tapi tembak sampai mati pada aku agak melampau jugak..

According to report yang kawan dia buat, sebelum tu budak tu terlanggar kereta, terlanggar motor sampai jatuh.. So pada aku andai kata dia tak kena tembak sampai mati mungkin itu sebagai pencegahan sebelum dia boleh bawak kereta malam-malam lagi and terlanggar orang sampai mati pulak pada masa hadapan.. Kuasa tuhan siapa tahukan? Yang betulnya dah ajal.. Jadi penyebab je..
______________
Aku tak suka kalau rasa nak terberak dalam kereta masa tengah drive..

Aku LAGI TAK SUKA kalau rasa nak terberak dalam kereta masa tengah drive lepas tu:

1) Jalan jammed, hari hujan.
2) Tetiba Jalan Jelatek yang biasanya pada pukul 9 malam clear tetiba ada kereta rosak jadi sesak...
3) Jalan Enggang pun sama tetiba sesak, tak pernah-pernah..
4) Time aku nak park kereta kat tempat biasa tetiba ada kucing yang taknak berganjak and kalau berganjak pun sikit-sikit je..

Siut betul!!

Aku harap aku tak tertipu lagi...

Dulu masa aku dengan Liza masa tengah bertunang kitaorang pergi tengok Puteri Gunung Ledang, tengah malam, sampai Keramat ntah pukul berapa aku hantar dia.. Cerita ok kut tapi effects macam lahanat buruknya...

Lepas tu masa adik aku yang paling kecik datang sini, aku, Liza dan dua orang adik aku pergi tengok Cicakman, sebab tengok trailer dia.. Aku rasa macam nak keluar je lepas 30 minit tengok.. Memandangkan adik aku yang kecik tu macam suka, so aku layankan je la.. Memang aku rasa tertipu gila.. Tengok trailer nya kejap je kan, so nampak macam hebat sekali jalan cerita ZERO! Effects pun pada aku takdela apa sangat.. Nak jadikan tempat tu macam negara sejuk suruh pelakon pakai baju tebal² lepas tu tukar colour.. Aku pun boleh buat, ye memang aku boleh buat, bukan setakat cakap kat sini je..

So selepas aku menengok ni.. EXTENDED TRAILER, aku nak pergi tengok, pergi sorang² pun tak kisahla.. Lagi satu aku tunggu cerita Estet dari Mamat Khalid sebab pada aku walaupun orang cakap cerita dia kampung and lawak tak best ke apa ke tapi aku rasa aku memang boleh faham apa yang dia cuba sampaikan, lawak² dia dan memang aku boleh relate la dengan cerita dia.. Sekarang tengok ni, korang nak pergi tengok tak?

C.U.K.U.P

Cukuplah 2 orang anak untuk aku.. Kalau yang keluar tu lelaki pun pada aku cukupla.. Aku:

1) Tak larat nak ulang-alik dari Keramat ke office..
2) Tak larat nak marah-marah Umar yang kacau pakcik makcik dia dan buat bising kat rumah mentua aku..
3) Badan aku sakit-sakit sebab dah dua minggu lebih tidur atas lantai..
4) Penat ya amat....

Sekarang aku nak menyiapkan diri untuk 2 tahun pertama anak aku.. Aku tau by umur 6 bulan dia akan dapat selsema and batuk, lepas tu akan demam² lepas tu bila dah umur 2 tahun baru dia settle down.. Pandai makan ubat etc..

So cukupla.. Aku malas nak go through benda ni lagi.. Sekarang aku nak mencari pencegah kehamilan yang paling hebat or guna kondom je la takut Liza alahan ke, jadi gemuk ke kalau makan ubat.. Sekian terima kasih..

Modus Operandi dan Urgency

Sekarang aku tinggal kat Keramat, rumah mak Liza.. So kalau dah namanya Kuala Lumpur mestilah jalan sesakkan? Untuk mengelakkan jalan sesak aku terpaksa keluar rumah awal. Awal di sini ialah pada pukul 6.30a.m. Memandangkan aku masuk kerja pukul 9a.m aku terus pergi rumah aku untuk mandi.

Aku akan sampai rumah pukul 7.30a.m macam tu, lepas tu aku boleh relax dan bersiap dalam masa sejam dan sampaila ke office dalam pukul 9a.m. Tapi kalau aku tertidur macam pagi tadi, pukul 8.30a.m baru siap and masuk office lambat...
______________
Dalam hidup kita ni mesti ada urgency.. Katakan kalau tengah makan lepas tu tetiba anak menangis kita kenala makan cepat².. Macam pagi² jugak di jalan yang tak boleh untuk memotong sambil membawa kereta beratus ribu adalah sangat bodoh kalau kau bawak kereta dalam 40km/j sedangkan banyak kereta kat belakang kau yang tengah bergegas nak pergi kerja.. Bawakla laju sikit bodoh jangan fikir tekak kau je.. Orang lain semua nak cepat.. Ohh ke girlfriend kau tengah hand job kau?? Kalau macam tu pergi cari bilik jangan buat dalam kereta waktu pagi!

Hadiah²

Balik² office ada hadiah-hadiah untuk Nawal.. Kakak admin ni pergi announce jugak.. Haha.. Dapatla dari sumbangan bebudak department..

And ada kawan dari department lain bagi baju bantal dari Vietnam..

Alhamdulillah.. Takde siapa nak bagi aku PS3 or PSP GO ke? Haha..

Terima kasih semua..

Bila mengajar anak....

Bila mengajar anak, baik korang ingat apa yang korang ajar tu and buat sekali benda yang diajar supaya tak malu dikemudian hari..

Kes 1

Umar : Air ribena ni rasa apa Mama?
Liza : Rasa ribenala...
Umar : Bukan... Rasa blackcurrantla Mama....

Kes 2

Aku : Woi Bodoh!! (kereta depan aku masuk lane aku tapi buat dek je)
Umar : Tak baik cakap bodoh kan Mama?

Kes 3

Aku : Burp...
Umar : Cakap Alhamdulillah....
Aku : Alhamdulillah....

Kes 4

Aku : Kenapa Umar buat adik macam tu??
Umar : Macam ayahla Umar buat....

Sebab² saya tak bagi wife cari kerja lain...

Company Liza pada aku kalau nak dicomparekan dengan company aku bagai langit dan bumi.. Aku memang tak bagi la dia cari kerja lain.. Tapi aku pun kadang² segan asyik tumpang nasib dia je dari company dia.. Macam kes dia baru bersalin hari tu buat aku lagi kuat tak bagi dia blah, dan aku pulak kalau ada peluang nak kerja situ jugak.. Antara benda yang aku suka:

1) Boleh claim untuk husband dan anak walaupun dia bukanla degree holder.. Tak macam aku..
2) Boleh claim on the spot.. Claim dapat time tu jugak.. Tak macam aku..
3) Bonus at least 2 bulan, tak pernah kurang mesti lebih.. Tak macam aku..
4) Bila bersalin, COMPANY bagi hamper siap courier pergi rumah dia berpantang..
5) Kawan-kawan satu company dalam berbelas orang kongsi duit bagi hadiah and duit, lepasla beli tilam tadi.. (jap lagi aku cerita)
6) Trip ke luar negara..
7) Ooh, walaupun tak cover bersalin, tapi company dia bagi jugak claim RM300.. Adala jugakkan?

Lewat tahun lepas kawan satu department aku bersalin, lepas tu ada kakak yang in-charge ni mintakla duit sorang sikit (nak harapkan company takdelakan) dari staff-staff untuk belikan hadiah.. Tapi bila aku dengar dia macam kena tengking balik sebab mintak duit nak contribute kat baby baru lahir.. Aku terus cakap kat dia, nanti bila wife aku bersalin tak payah mintak duit, tak payah announce terus.. Serius, daripada aku tau orang tak ikhlas, baik tak payah langsung.. Kalau orang lain bersalin lepas ni aku belikan hadiah secara personal je.. senang cerita..
___________
Next week dah start kerja balik.. Aduhai... Aku memerlukan laptop, salah satu sebab nak bagi Umar duduk diam kat rumah nenek dia masa mak dia dalam pantang.. Kebetulan adik aku company dia bagi dia laptop.. Dia bagi laptop lama dia kat aku.. Nasib badan.. Laptop tu untuk Umar layan youtube Ultramanla.. Ooh selain laptop adik aku baru balik training kat Australia.. Aku rasa department aku ni kalau kulit macam aku ni takdela dapat pergi training ke UK sana..

Hahaha gila babi benci.. Tapi bersyukur at least aku ada kerja..
___________
Pada aku tahun ni serious aku bagi Umar buat je la apa yang dia nak.. Susah aku nak control dekat rumah orang, plus dia suka kacau adik dia jugak, sayang yang melampau².. Dia nak layan youtube ke, nak main PSP ke buatla.. Janji tak buat huru hara.. Tahun depan bila dah 4 tahun, adik pun dah besar sikit, dia kena belajar betul²la.. Kalau taknak, aku letupkan computer and aku campak PSP sampai berkecai.. (kalau aku ada PSP.. itu dia main adik ipar aku punya)

*pengcahyaan dalam rumah tak berapa bagus.. So gambar gelap.. Pakai flash jadi macam gam***g

Kalau aku artis..

Kalaula aku artiskan dan aku mati hari ni, sure esok kat paper Liza cakap..

"Dia tak pernah ambik cuti panjang, lepas tu seingat saya dia tu pemalas nak mengemas rumah, tapi kali ni dia ambik cuti 2 minggu tu brader, lepas tu semalam dia volunteer nak kemas rumah.. Buang tebiat"

Hehe.. Tema aku mengemas rumah hari ni ialah kemas seperti tidak pernah sekemas itu sebelum ini.. Bukan apa, esok cadang nak bawak Nawal balik lepas tu nakla spend time kitaorang berempat je kan? Dah dua minggu duduk Keramat.. So every weekend kitaorang balik sini... Ni pun aku baru habis kemas atas, bawah tak lagi.. Bukanla kemas sangat, lebih kepada membersihkan.. Lepas tu aku berazam sebulan sekali nak buatla mengemas macam ni.. Senaman yang agak bagus..

Sekarang lapar, balik sembahyang Jumaat tadi aku singgah beli rojak dengan ABC.. Lepas minum ABC tu aku macam takde selera nak makan rojak tu.. Takut kecewa rasa macam rasa ABC tu.. So sekarang saya nak melaparkan diri dan lepas Maghrib nanti nak terus pergi jalan TAR makan nasi kandar Yasseen lepas tu baru balik Keramat...

Tapi serious weii, aku cuti dua minggu dan memang habiskan masa dengan anak-anak, baru pergi kelas dua jam dah miss diaorang gila babi sampai nak menitik air mata.. Tak taula aku minggu depan start kerja, mau duduk dalam toilet menangis..

Risiko

Bila aku dah kahwin and ada anak aku dah kurang adventurous.. Aku takut nak ambik risiko-risiko yang boleh buat aku cedera.. Contoh, kalau main basikal, aku akan main dekat jalan yang elok, tak busy.. Jalan straight... Andai kata kalau aku nak main basikal lompat-lompat dan tetiba patah tangan, semua benda akan jadi susah.. Macam nak pergi kerja semua jadi problem..

Katakan ada service gajah urut manusia dengan letak kaki dia perlahan-lahan urut kat belakang korang, aku takkan buat, manala tau time aku buat tu gajah tu pijak belakang aku sekuat hati, mati aku kat situ...

So kalau aku takut nak main roller coaster, main benda-benda kat Genting, naik cable car, bukan sebab aku ni penakut, cuma aku taknak ambik risiko je.. :-p

2 minggu..

Cuti dua minggu aku dah nak habis dah.. Sebenarnya aku was hoping for something special to happenla.. Macam tetiba orang offer kerja ke.. Orang panggil interview ke at least.. Terjumpa duit 8 juta ke.. Tapi nampaknya takde apa-apa berlaku and aku akan kembali bekerja di tempat yang aku benci..

Untuk meneruskan kehidupan terpaksala aku kerja situ jugak dengan redha..

Berubah

Tak tau kenapa, tapi aku rasa semuanya dah berubah.. Segala-galanya dah berubah..

Kerjaya Yang Mulia

Aku ingat dulu masa gusi aku sakit aku pergi klinik gigi wife Hafezh, dia buat kerja dia sampai gusi aku ok, aku bayar lepas tu aku berterima kasih yang tak terhingga... Sama jugak macam kes Liza bersalin baru-baru ni.. Walaupun nurse and doktor tu dibayar untuk buat kerja diaorang, tapi aku sampai bila-bila akan terhutang budi...

So aku rasa bagus jugak sebenarnya kerja dalam bidang berkhidmat pada masyarakat ni.. Kalau kita jujur, buat kerja bagus, orang pun suka and maybe orang akan doakan kita.. Macam kerja aku sekarang, takde siapa pun orang appreciate.. Aku just buat kerja tapi takde tinggalkan apa-apa impact pada hidup orang lain..

Sekarang aku terfikirlah, mungkin aku boleh encourage anak-anak aku untuk kerja bidang-bidang macam ni.. Kalau sorang jadi pakar O&G dan sorang jadi cikgu aku dah cukup happy rasanya...

Aku Tak Boleh Mati

Aku tak boleh mati sebab aku perlu jaga isteri, putera dan puteri,
Aku tak boleh mati sebab aku perlu mencari rezeki..

Happy Birthday Umar...

Happy 3rd Birthday Sayang....

I decided to grow up and act my age

Cuti panjang ni aku pergi keluar makan nasi kandar bersama orang kaya.. Haha.. Terima kasih banyak Nassir..

Klinik dan Penyakit

Tadi aku bawak Nawal pergi klinik check jaundice. Nurse yang datang rumah hari tu saje suruh check darah.. Alhamdulillah takde apa.. Aku just nak cerita pasal klinik dan penyakit...

Aku pergi dengan mentua aku.. Bila sampai je klinik tu adala orang-orang yang excited nampak baby.. Itu ok kalau setakat nak tengok.. Ni siap kiss-kiss lagi.. Masa balik dari hospital hari tu pun ntah sapa-sapa nampak baby nak balik rumah terus tegur and kiss-kiss baby aku.. Entah, somehow aku tak suka.. Kau sakit or aku tak kenal pun kau dari mana, baru balik dari tempat mana, kotor ke tidak.. janganla sesuka hati cium anak orang..

Lepas tu sekarang kan musim H1N1.. Aku tau tanggungjawab kita kena pakai mask.. Tapi aku rasa orang yang tengah selsema demam macam nak pengsan muka berair lagi bertanggungjawab untuk pakai mask.. Sebab diaorang yang sakit.. Marah betul aku tengok orang macam tu selamba je duduk tempat orang ramai.. Tanggungjawab korang jangan bagi orang berjangkit..

Berharap dalam perjalanan...

Aku berharap, aktiviti tak cukup tidur (boleh ke si Nawal ni jenis berjaga malam lagi banyak dari berjaga siang?), memanaskan susu yang diperah, membuat susu Umar, menyuap makan dan memandikan Umar dapat menguruskan badan aku.. Hahahaha...

Aku cuti dua minggu ni.. Betul-betul nak berehat dan boleh jugak dicakapkan membantu isteri dalam journey ada anak dua... Doakan kitaorang bahgia dan murah rezeki ya? Hehe..
____________
Exactly lepas baby aku keluar hari tu hujan lebat gila.. Tadi aku cakapla kat Liza...

Aku: Agak-agaknya Nawal ni special kut sebab elok je dia lahir hari tetiba hujan lebat...
Liza : Janganla nak jadi macam mak bapak Adi Putra...

Wahahahahhaa...

Review Bersalin Di Hospital Putrajaya


Tak cukup tempat duduk.. Itu jela satunya problem. Tapi siapa suruh datang before waktu melawat?
Memilih hospital kerajaan untuk bersalin umpama gamblela pada aku lepas aku baca apa yang orang tulis kat forum internet.. Ada yang aku baca, orang tu tulis ada nurse tu cakap.. "Awak nak anak awak jadi bodoh ke? Teran sekarang".. Dan macam-macam lagi..

- Tidak semestinya korang perlu buat buku merah di Klinik Kerajaan.. Pergi bawak surat dari klinik swasta, diaorang dah terima. Bawak sebulan dua sebelum bersalin. Check-up situ 2 kali.
- Orang luar Putrajaya boleh je bersalin dekat Hospital Putrajaya.. Aku dah tanya orang kerja situ. Kitaorang pun bukan tinggal Putrajaya.
- Masa menunggu untuk Liza sebelum diperiksa adalah less than 5 minit.
- Semua pekerja akan panggil korang Encik dan Puan dalam setiap conversation, setiap situasi.
- Semua pekerja lemah lembut, hormat, even before nak buat apa benda pun mintak izin.
- Bilik kemas, bersih..
- Pekerja yang sangat-sangat mahir!!
- Sistem yang bagus, except nak ambik balik duit deposit kena datang hari kerja. Dimaafkan.
- Semuanya bagusla...

Kalau out of 5 aku bagi 5/5, kalau markah periksa aku bagi A+ untuk hospital ni. Di sini aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang kerja di Wad Bersalin pada pukul 12a.m - 7a.m 10hb April 2010 dan semua pekerja di Wad 2A dari 10hb April - 11hb April 2010. Jasa korang aku hargai dan memang korang semua best!! Kalaula semua hospital, tak kira bahagian mana sekalipun macam ni, memang hebatla Malaysia ni..

Update 2014: Anak ketiga aku lahir di Hospital Putrajaya jugak dan review ini masih sama. Semuanya perfect. Hospital Putrajaya is the best!!

10.04.10 - Nawal Zahrah

Entry ni panjang gila.. Baca bila korang bebetul free je la..

10.04.10 adalah hari yang mana aku, Liza dan Umar sepatutnya pergi celebrate birthday kitaorang bertiga lunch dekat Tony Roma's.
10.04.10 adalah hari yang sepatutnya aku, Hafezh dan Najib pergi tengok FA Cup Final dekat Bukit Jalil.
10.04.10 adalah hari untuk kitaorang bersihkan baby cot Umar..
10.04.10 adalah hari yang sepatutnya aku buat sketches untuk project aku.
10.04.10 adalah hari yang kitaorang pergi Warehouse Sale Metrojaya...

09.04.10

Pagi - Liza sakit² sikit so aku cakap tak payahla pergi kerja.
Tengahari - Aku berdebar gila..
Masa lepas Maghrib tu aku tengah layan filem Merantau kat PC, baru nak tengok tetiba rasa lapar, aku keluar bilik tengok Liza cakap dah sakit. Sambil tu dia cakap pergila pasar malam beli apa².. Bila aku dah balik Liza cakap dia sakit kuat jugak so kitaorang decide pergi Keramat hantar Umar. Aku nak pergi tutup PC, sekali kawan kat facebook yang baru add aku and dah 5 tahun tak jumpa, baru nak start bersembang.. Aku cakap.. "Sorry Tong, bini aku nak bersalin lain kali..." Sure Tong terkejut..

So bergegas pergi Keramat bawak barang² dan makanan dari pasar malam.. Aku pasang BFM.. Lagu rock 80's - 90's kiranya lagu² aku.. Nirvana, The Cure.. So bayangkan aku tengah risau Liza nak bersalin, risau takut Umar taknak tinggal dengan nenek dia tapi sambil tu lagu² best.. Susah nak describe perasaannya.. Pendekkan cerita, Umar ok, aku dan Liza dah sampai Hospital Putrajaya.. Kira Liza ni macam bersalin first jugakla sebab Umar dulu caeser.

Liza masuk dalam pukul 12 macam tu.. Aku dapat jumpa dia dalam pukul 1.30a.m.. Dudukla aku tepi dia.. Sakit bini aku, menggeletar badan.. Masa tu dah bukak 4cm.. Dalam pukul 3.30a.m tu dah bukak 6cm. Bidan tu cakap, kita tunggu 10cm, jangan teran lagi.. tapi kalau awak nak terberanak sangat cakapla..

Dalam pukul 4.45 macam tu bidan tu cakap lagi.. Awak belum 10cm lagi.. Sekali Liza cakap.. "Tapi saya dah nak terberanak ni".. Bidan tu check sekali confirm nak bersalin dah, dua orang kawan dia masuk and aku disuruh keluar.. Ntah apa yang diaorang buat, elok je baby dah nak keluar diaorang suruh aku masuk.. Diaorang ajar Liza macamana nak push.. Lepas tu diaorang tunjuk kat aku kepala baby dah nak keluar dah.. Kira macam suruh aku encourage Liza pushla jugak.. Dengan teknik yang perfect sekali push baby aku dah keluar.. Liza pun boleh tersenyum.. Agaknya keluar je baby tu terus segala sakit hilang kut.. Alhamdulillah... Masa 4.58a.m.. Exactly lepas tu diaorang suruh aku keluar..

Masalahnya aku tak tau anak aku ok ke tidak.. Aku nak call mak, mentua aku pun aku risau.. Dalam pukul 6 tu kut baru diaorang suruh aku masuk azankan.. Ooh ye kepada mak saya, nak belah mulut anak pakai cincin letak air gula dan air zamzam sejurus selepas bersalin adalah tidak relevan pada zaman ini.. Dulu beranak kat rumah bolehla buat semua tu.. Hahaha.. Lepas aku azankan diaorang cakap diaorang akan monitor Liza dan baby selama dua jam.. So aku cakap kat Liza aku nak balik.. Hujan lebat gila!! Hujan rahmatla untuk aku.. Tanam uri pun dalam hujan renyai.. Masa ni aku dah SMS dah kawan²...

Pendekkan cerita lagi, doktor cakap Liza boleh balik semalam jugak.. So orang nak datang melawat pun susah.. Abang aku nak datang dari Klang.. Adik aku lagi.. Masalahnya anak aku tak kencing lagi.. Kira kalau kencing je terus boleh keluar.. Abang aku datang jugak pukul 4 tu.. Bib nak datang pukul 6 macam tu Liza cakap dia dah nak keluar dah.. Sekali baby tak kencing lagi , tau dalam pukul 7.30 so kena tahan lagi.. Dalam pukul 8 aku balik.. Pada aku, kalau dah berak tu surela kencing sekalikan? Tapi diaorang nak check bebetul...

Pagi tadi Liza call, cakap baby dah kencing malam tadi.. So bolehla keluar.. Nasib baik nenek wife aku ikut, sebab budak bawah 12 tahun tak boleh naik wad sebab ada kes H1N1 kat hospital tu.. So Umar dengan Onyangnya tunggu kat bawah.. Dalam pukul 1 settle semua..

Kitaorang pun balikla.. Aku sebagai suami yang ada anak sepasang dan dah tengok dua jenis proses kelahiran, bedah dan normal.. So aku ni istimewala jugak rasanya.. Doakanla kitaorang sekeluarga sihat walafiat, bahagia dan dimurahkan rezeki.. Amin.....

Nawal Zahrah ni adalah anak ayah sebab dia keluar bebetul lepas aku habis mid-term exam. Dia keluar pada saat aku malas nak pergi kerja next week (sebab budak jaga AV cuti, so aku kena backup, aku benci AV). Dia keluar masa aku tengah betul² down pasal kerja.. Kira penghibur hati aku betul dia ni.. Lahir hari Sabtu pagi-pagi pun best jugak sebab aku cuti.. Alhamdulillah...

Tuhan Allah...

Dulu masa kes Highland Towers runtuh, ada seorang menteri bukan Islam cakap.. "Ini Tuhan Allah punya kerja.. (bagi bala sebab orang buat dosa)"

Semalam ada seorang penjenayah bukan Islam cakap.. "Tuhan Allah tahu saya tak buat"

Aku nampak di sini somehow orang² bukan Islam ni percaya Allah itu wujud, dan aku BETUL² percaya yang somehow diaorang secara tidak sedar tahu Islam tu benar.. Aku rasa kalau ada orang betul² dakwah mau tergugat iman diaorang and convert to Islam..

Or maybe diaorang tau Islam itu benar, Allah itu benar tapi diaorang just malas nak convert.. Entahla..

Seharian di Putrajaya, Kasih Sayang dan Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Banos

Pagi tadi, bila aku cakap pagi maksudnya pukul 8.30 dah sampai Hospital Putrajaya bawak Liza check up last sekali.. Aku tunggu 4 jam.. Tak, aku tak marah, aku faham orang ramai nak guna kemudahan yang disediakan.. Nurse? A+ Doctor? A++..

Aku tak pernah tau yang Hospital Kerajaan boleh bagi option nak bersalin caeser or normal.. Aku ingatkan kena ikut cakap diaorang. Kali ni Liza nak normal.. Aku kecewa sebab Umar dulu emergency caeser, sejam dah siap.. Haha.. Tak payah tunggu lama²..

Lepas tu aku pergi ambik salinan sijil SPM aku kat Lembaga Peperiksaan kut namanya.. Dulu punya salinan aku tak ambik lepas tu sekolah pos kan ke rumah tapi tak sampai.. Aku dah buat tahun 2008 lagi tapi tadi baru nak ambik.. Aku kena tunggu 45 minit..

Sebenarnya masa aku menunggu tu aku marah, gila seharian aku menunggu.. duduk termenung.. tapi fikir² balik ramai orangnya.. Kira logikla.. Satu benda penting aku nak cakap, tak kirala Hospital Putrajaya ke Lembaga Peperiksaan ke, staff² diaorang berhati mulia betul.. Aku dengan muka bangsatnya tanyala kat kaunter jabatan tu tadi sambil tengok² jam.. "Lama lagi ke ye cik?" Dia jawab "Encik kena bawak bersabar, kena tunggu kejap" Hahaha, baik je dia layan aku.. Cakap lemah lembut..

Tapi hari ni serius penat, lagi penat dari main bola 90 minit..
___________
Masa aku penat menunggu dalam 3 jam 55 minit dekat Hospital tu tadi tetiba aku tengok ada seorang doktor keluar.. Instinct aku yang kuat cakap mesti kitaorang jumpa doktor ni nanti.. Aku tengok dia jumpa ayah dia yang datang melawat dia kerja..

Dia perempuan dan umur 30-anla kut.. Dia salam ayah dia, lepas tu kiss² ayah dia.. Sebijik macam aku kiss Umar pagi² dekat nursery.. Pada aku mesti ayah dia bangga dapat anak macam tu.. Berjaya, masih hormatkan dia dan yang pentingnya ciuman² yang dia bagi tu tak fake..

Dan sebagai ayah mestila aku harap anak² aku macam tu.. Lepas tu memang dia yang tengok Liza dan cakap² dengan kitaorang.. Memang aku pandang dia "tinggi" tadi..
___________
Sekarang aku nak mintak maaf pada Banos secara terbuka pasal kes budak perempuan offer benda khurafat hari tu.. Aku baru teringat dia bercuti masa kes tu.. Aku ingatkan dia yang menyamar nak kenakan aku, main²kan aku.. Sorry Banos.. (sebenarnya dia yang paksa aku tulis ni hahaha)

Saya, Photographer & Photography

Era DSLR dekat Malaysia ni yang aku ingat start tahun 2003 kut.. Masa tu ada 3 orang kawan aku yang main.. Masa aku kahwin pun kawan² ni yang ambikkan gambar.. Cantik.. Bila aku pindah Bukit Mahkota aku kenal Nassir.. Dia ingat aku shoot video pandai jugak ambik gambar.. Dia silap.. So aku nak bagi dia ikut seorang kawan aku yang jadi photographer tadi.. Tapi kawan aku tu keluar ayat² berlagak sampai aku sakit hati dan tak jadi bagi Nassir ikut.. Aku rasa lepas tu Nassir jumpa sifu² dia sendiri.. Dia pun menjadi sangat hebat.. Hari tu aku tengok gambar dia kat tepi pantai masa senja (ke subuh?).. Gila babi cantik..

Pada suatu masa, berpuluh ribu rakyat Malaysia main DSLR.. Aku cool.. Pada suatu hari aku dan Nassir ada job video dekat Cherating.. Janjinya dapat dua bilik.. Sekali mamat photographer ni bawak dalam 5 orang kawan dia sekali, konon nak practise ambik gambar.. Mamat ni jugak bawak tunang dia dan seorang kawan dia tu bawak anak bini.. Apa ke jadah.. Aku end-up ambik bilik lain and dah tak peduli dah aku untung ke tidak.. Aku dah malas buat kerja, ambik video memang macam lahanat.. Tapi depan diaorang ni aku senyum²la jugak, sebab bukan salah diaorang pun sebenarnya, salah mangkuk sekor tu tadi...

Zaman sekarang Hafezh dapat D90.. Dia cakap dia nak ambik gambar anak² dia.. Serious, memang aku tengok gambar² dia berorientasikan family dan serious cantik gambar² dia.. Aku suka dia ada hobi macam tu.. Tetiba difacebook aku jumpa kawan sekolah yang into photography.. Dia pakai D90 jugak aku rasa, baru sangat beli.. Bila dia tau aku budak multimedia, dia cakap bolehla ajar photoshop.. Dalam kepala aku, kau dah beli camera mahal² buat apa nak photoshop²??

So macam itula sejarah aku, kadang² suka, kadang² benci, kadang² kagum dan kadang² menyampah dengan photographer dan photography..

As for aku, aku rasa pentingnya ambik gambar bila ada benda² menarik terjadi.. Camera mahal dan murah takdela apa sangat.. Kalau ada duit belila yang mahal kut.. Pada aku apa yang penting benda yang kita ambik tu.. Cantik tak cantik belakang kira, janji jangan blur.. Macam gambar² kat bawah ni:

Pokok nenas ni aku tunggu 3 tahun baru nak berbuah.. So bila dah berbuah mestila aku suka kan? Maybe sebab aku tanam dalam pasu kut sebab itu lambat berbuah.. Haha..

Humungousaur.. Ini adalah action figure aku yang pertama.. Wahahaha.. Konon²nya beli untuk Umar.. tapi sebenarnya aku nak join sekali...


Pada aku gambar ni sangat priceless sebab Umar tetiba ambik gitar dan menyanyi lagu Ultraman bersungguh² masa ending filem Ultraman Cosmos..

- Tapi entry ni sebenar²nya nak cakap kitaorang dah ada camera baru.. Wahahahahaha..

Aku harap ini bukan kawan² yang tengah cuba nak sabotaj aku..

Banos, kau ke ni? Ke kawan² lain yang cuba nak menguji keimanan aku sementara Liza dalam pantang nanti.. Aku ingatkan budak kampung aku, aku accept je la dia add aku.. Wahahahaha.. Sebelum tu dia cakap dia suka husband orang.. Aduhai.. Lawak betul..

Untuk Meneruskan Kehidupan

Untuk saya, separuh tong benda ni dan sekotak air milo pada waktu pagi boleh bagi survive sampai pukul 3 petang...

Untuk Umar, sebotol susu ni bolehla kut survive selama dua jam...

Enjoyla hari² terakhir sebagai anak tunggal ye Umar..

*Weekend memang takde benda nak update.. Saje je nak cukupkan sehari satu post..

Hanya Tuhan Yang Tau Dan Seluar Bola

Hanya Tuhan yang tahu betapa ketiadaan extra bonus hujung bulan lepas merosakkan banyak perancangan aku.. Mungkin Dia ada perancangan lain untuk aku.. Entahla..
_________________
AKu selalu pakai seluar pendek 3/4 kat rumah.. Dah 10 tahun kut tak beli seluar pendek betul.. Memandangkan dalam rumah biasanya panas aku pun belila seluar bola.. Bila dah start pakai aku sedar takde poket kat seluar ni.. Macam disappointed jugak.. Tapi fikir² balik.. Siapa yang nak letak barang dalam poket masa main bola??? Haha...

Kalau korang nak beli barang sukan murah bolehla pergi ke Hotel Seri Petaling.. Ada warehouse sale.. Baju budak pun ada, Camel punya barang² pun ada.. Aku singgah masa ambik Liza tadi.. Hari ni company aku cuti Good Friday.. So bolehla hantar ambik dia sehari.. Macam ni lah aku.. Kalau tak cari barang² murah kat internet aku beli barang kat warehouse sale..