Monday, April 12, 2010

Review Bersalin Di Hospital Putrajaya

Tak cukup tempat duduk.. Itu jela satunya problem. Tapi siapa suruh datang before waktu melawat?

Memilih hospital kerajaan untuk bersalin umpama gamblela pada aku lepas aku baca apa yang orang tulis kat forum internet.. Ada yang aku baca, orang tu tulis ada nurse tu cakap.. "Awak nak anak awak jadi bodoh ke? Teran sekarang".. Dan macam-macam lagi..

- Tidak semestinya korang perlu buat buku merah di Klinik Kerajaan.. Pergi bawak surat dari klinik swasta, diaorang dah terima. Bawak sebulan dua sebelum bersalin. Check-up situ 2 kali.
- Orang luar Putrajaya boleh je bersalin dekat Hospital Putrajaya.. Aku dah tanya orang kerja situ. Kitaorang pun bukan tinggal Putrajaya.
- Masa menunggu untuk Liza sebelum diperiksa adalah less than 5 minit.
- Semua pekerja akan panggil korang Encik dan Puan dalam setiap conversation, setiap situasi.
- Semua pekerja lemah lembut, hormat, even before nak buat apa benda pun mintak izin.
- Bilik kemas, bersih..
- Pekerja yang sangat-sangat mahir!!
- Sistem yang bagus, except nak ambik balik duit deposit kena datang hari kerja. Dimaafkan.
- Semuanya bagusla...

Kalau out of 5 aku bagi 5/5, kalau markah periksa aku bagi A+ untuk hospital ni. Di sini aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang kerja di Wad Bersalin pada pukul 12a.m - 7a.m 10hb April 2010 dan semua pekerja di Wad 2A dari 10hb April - 11hb April 2010. Jasa korang aku hargai dan memang korang semua best!! Kalaula semua hospital, tak kira bahagian mana sekalipun macam ni, memang hebatla Malaysia ni..

5 comments:

Anonymous said...

tak semua hospital dpt layanan best camni..

deus X machina said...

apa pun...congrats utk ko bro

pizlimw said...

anonymous - hmmm ye la.. kalau semua dapat mcm tu bestla..

deus - Terima kasih Bro.

Ira said...

blog lm..tp br nk komen.hurm..besla.last time kakak ipar bersalin,die kena denggi n sekali ayah ira kena.bila kkm dtg siasat..rupenyer dr hospital putrajaya,terus silent pastu.

Anonymous said...

sebab hospital putrajaya ni servis dia best skit mestila pasal kawasan tu pesakit2 dia pegawai kerajaan..sure la jaga..