Rezeki Dan Ketentuan

SUNGAI PETANI: Four siblings who allegedly ate soil for a week to stave off hunger are undergoing treatment at the intensive care unit of a hospital here.

Kesiankan? Aku rasa patut orang-orang yang dekat-dekat situ tolongla mintakkan bantuan dari Kerajaan Negeri ke, Daerah ke, Kerajaan Negara ke.. Ishh..

Cakap pasal ketentuan, macam jiran-jiran aku cakap, rezeki tak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit.. Rezeki mungkin boleh datang dalam bentuk:

1) Kesihatan yang baik...
2) Dapat kerja dekat rumah yang takde jam and tol.
3) Kawasan tempat kerja yang makanannya dijual murah.
4) Kenderaan dan rumah tak buat hal, kira takde habis duit untuk maintenance sangat.
5) Husband yang handsome dan baik.
6) Boss yang baik, company yang ok.
7) Macam-macamla lagi..

Ooh mungkin jugak dengan anak-anak yang sihat dan aktif..

Gambar Nawal tunggu dia besarla baru tunjuk close-up..

Ultraman Leo

Pistol Mushashi..

Mengamuk..

Ultraman Gaia..

Ultraman Agul..

Tak ada.. (bukan Ultramanla tu.. Description gambar Umar yang explain kat sebelah aku ni)

Ye, aku tak suka ambik gambar guna flash. (Sebab build-in flash hampeh gila).. Minggu ni aku cuti takde kelas, so bagila aku peluang buat benda-benda ambik gambar berorientasikan family haha..

Majlis Cukur Jambul Cucu-cucu Mak Selamah

Aku dah cerita Mak Mentua aku dapat 3 cucu 3 bulan berturut-turut dan semuanya girl.. Ini adalah gambar majlisnya... Tapi lebih kepada gambar anak-anak aku je la..

Sudah-sudahla Umar, awak tu dah besar..

Kira geng perempuan kali ni yang Marhaban..

Takdela potong rambut sangat, sikit-sikit je...

Nawal Zahrah 50 hari..

Umar sibuk nak bersihkan adik dia sebab banyak bunga rampai.. Dia marah makcik-makcik tu kotorkan adik dia..

Puan Selamah bersama anak-anak, menantu dan tiga cucu baru..

Gambar ni buat aku terbayang, macamana kalau korang ada 3 bini and beranak selang 3 minggu macam diaorang bertiga ni.. Berani?

Mengarang Lagu Rap Di Tengah Malam

Malaysia ni memang menarik dan unik..
Dari Pulau Perhentian sampai ke Teluk Batik semuanya cantik..
Tapi sayangnya ramai fanatik...

Malaysia ini negara yang makin maju,
Bangsa ditinggalkan penjajah ada Cina, India, Melayu,
Mereka kata mereka bersatu tapi dalam hati masing-masing racist ternyata sebenarnya semua tipu.

Dalam surat khabar orang SMS bagitau masalah dari cerita bola sampai ke perihal guru..
Apa yang buat lu orang ingat yang kerajaan akan tolong dan bantu..
Atau sebenarnya lu suka popularity, gua agak sebenarnya memang macam itu..
Biar orang kenal dan sebut nama lu selalu.

Trend sekarang semua benda nak didemonstrasi nak berhimpun..
Dari perihal bahasa ke perihal badminton..
Masuk surat khabar dan TV untuk ditonton..
Orang luar tengok nampak sebijik macam jakun...

Fanatik yang satu ikut semua tak fikir masak-masak..
Sekali ketua cakap semangat yang lain sure bersorak..
Gua bet kalau dia suruh, lu bersedia akan basuhkan berak..
Nampak gah, nampak hebat bagi 3million style berlagak..

Fanatik yang satu tak faham judi bola LEGAL dan HALAL maksudnya lain..
Arak dan Sports Toto dah lama ada kenapa lu tak bising jaga tepi kain..
Kilang Carlsberg dekat Shah Alam, negeri pegangan lu tak tutup gua percaya sebab lu takut nanti bangsa yang boleh minum naik angin..
Sekarang lu nampak tak NEGARA KITA LAIN DARI YANG LAIN..

Malaysia ni memang menarik dan unik..
Dari Pulau Perhentian sampai ke Teluk Batik semuanya cantik..
Tapi sayangnya ramai fanatik...

Kita memang lain, so jangan fanatik jangan angin..
Bincang betul-betul, compromise dengan each other sure kita maju, selamat, bahagia.. Itu gua yakin!

**Ini adalah 1% sebab aku tak mengundi..
___________
Ada tengok Berita Harian hari ni? Kepada Kerajaan Barisan Nasional, kalau betul korang nak mansuhkan semua subsidi tu.. Aku wish korang GOOD LUCK untuk pilihanraya yang akan datang.. GOOD LUCK!!! Sekarang aku dah tak tengok experience and stability, aku tengok siapa yang boleh offer lagi best! Cilakak betulla..

Sensitivity

Sebagai manusia kita kena sensitif dengan keadaaan dan sekeliling dan kes aku semalam dengan orang.. Aku tau kawan aku tengah ada family problem tapi aku bercerita pulak yang aku 4 beranak sangat close. Apa ke bodohnyakan? Lepas tu aku lapik balik dengan cakap, ye la kitaorang takde aktiviti sangat.. Itu yang close gila tu.. Macam aku, yang aku ada hanyalah family dan blog ini.. Haha..

So kita kenala jaga hati dan perasaan jugak especially kalau kita tau keadaan orang tu macammana.. Sebagai contoh:

1) Dengan orang yang obsess nak belajar gitar, kau janganla cakap:
"Faizal tahir ni dulu aku yg ajor dia maing gita, kalu dok, dok kemana pung dia. tapi lening malah doh aku nok ajor2 orang"

2) Dengan orang yang obsess nak kereta Honda Civic Type-R, kau janganla cakap:
"Pizli, esok lu free tak? Boleh tolong ambik gua kat rumah lepas tu hantar gua ke Honda? Type-R gua dah ready dah.. Boleh ye?"

3) Dengan orang yang obsess nak PS3, kau janganla cakap:
"Kamu tau idok Li? Abang Zul belikan teman PS3, Wii, dengan PSP sekaliguih.. Idok le teman tau yang die banyak bebenor duitnye.."

4) Dengan orang yang ada sakit kepala, kau janganla cakap:
"Ekau sakit palo kuek yo? Abang den dulu tigo bulan sakit macam ekau ni ha, lepas tu selamat.. Innalillah.."

5) Dengan orang yang obsess kat Minah Hindustan (tak habis²), kau janganla cakap:
A: "Hang jangan lupa mai kenduri aku no? Ni gambaq tunang aku, dulu aku pikiaq dia ni anak mami, sekali minah hindustan"
B: "Eh ni budak kelas aku ni, dia cakap dia nak balik Mumbai!"
A: "Hah ya ka? Hang kena tipula, dia nak kawin dengan aku sebenaqnya.."
_____________
Kepada penjaga tol yang sangat takut untuk bersentuh kulit dengan lelaki masa bagi duit baki sampai ambik masa yang lama untuk pulangkan duit dan kereta beratur panjang berjela, aku nasihatkan..

BELI GLOVES!!

Lelaki sengsara punca perkahwinan bahagia

FRANKFURT: Satu penyelidikan di Jerman menunjukkan rahsia perkahwinan bahagia bagi lelaki ialah dengan hidup dalam kesengsaraan.

Kajian membabitkan beribu-ribu pasangan di Britain, Jerman dan Australia mendapati, semakin gembira kehidupan suami berbanding isteri, semakin mudah mereka bercerai.

“Lelaki perlu hidup dalam keadaan kurang gembira jika mahu bahagia dengan isteri, tetapi kebiasaannya, isteri yang mulakan prosiding cerai,” lapor kajian itu. – Agensi

Cinta Dan Mimpi.. (mak aihhh tajuk..)

Bila bercinta selalunya kita akan jadi bodoh.. Cakap mak ayah dah taknak dengar.. Semuanya indah je.. Bercintala, tapi jangan bercinta dengan suami atau isteri orang..

Bayangkan kalau kakak-kakak atau abang-abang sendiri yang kena.. Apa rasa? Kesian tak? Kesiankan... Fikirlah masak² dik, tak baik kacau rumahtangga orang.. Katakan kalau mamat tu yang beria-beria, sekarang kalau dia boleh buat kat bini dia macam tu (dengan layan kau) tak mustahil dia boleh buat balik pada kau masa akan datang..

Kalau mamat tu cakap. dia tak sayang bini dia, tersilap kawin dengan bini dia.. Semua itu tipu..

(in case awak baca ni, sorry.. Saya nak cakap face to face tapi mesti awak takkan dengar dan terus benci saya seumur hidup.. tapi percayala, baik stop sekarang dari melarat)
___________
Ok, aku mimpi paling pelik sekali malam tadi.. Ada mamat nak mengorat Liza, lepas tu dia selamba datang rumah kitaorang.. Tapi masa tu aku dengan budak hindustan dalam bilik study aku yang kecik tu rapat-rapat buat kerja ketawa-ketawa.. Aku belasah mamat tu tapi somehow Liza tak marah pulak pasal minah Hindustan tu.. Mimpi apakah ini??

Semalam last la aku jumpa budak Hindustan tu sebab dia nak stop satu semester nak balik Mumbai.. Aku just cakap.. "See you when I see you ya?" Sebab kalau subject yang aku nak ambik ada offer masa semester pendek ni maknanya aku dah nak habis sangat belajar dah dan takkan jumpa dia bila dia sambung nanti.. Ni bukan suka bercinta ok, ni aku suka sebab macam adik-adik dan kawan-kawan.. Selalu aku buat hal aku je kalau pergi kelas, project pun buat sorang², tapi semester ni aku ramai kawan dan rasa agak sedih jugak semester ni habis..

Aku nak salam dia, tapi kawan dia ramai keliling dia, so takdela aku salam.. Aku takut nanti tiba² masa macam terhenti jadi slow motion lepas tu macam nampak ada cahaya suluh bahagian muka aku. Nanti kawan-kawan dia nampak aku macho gila lepas tu, habis semua nak kat aku.. Lagi haru..
____________
Tolong selesaikan masalah aku please.. Pada saat 0.25 ni ada lagu.. TOLONG BAGITAU AKU SIAPA NYANYI??? PLEASEEEEEEEEEEEEEEE........... (memang tengah mood jiwang)


Ni cerita NOTA CINTA dari Coffee Mate, menarik jugak ceritanya.. Ada kut iklan dia appear dekat blog aku ni.. Korang tengokla, dia ada contest..

Politik saya tak fanatik 2… (Cuti bersalin 3 bulan)

Post-post aku sebelum ni nampakla yang aku pro-kerajaan.. Semuanya sebab aku nampak diaorang betul-betul majukan kawasan Batang Padang.. Kalau aku duduk Besout, Sungkai memang aku akan undi BN. Tapi walaupun aku pro diaorang, takdela pulak aku tak appreciate benda-benda elok yang pembangkang nak buat dan takdela pulak aku nak diam kalau kerajaan buat benda-benda palat..

Contoh:

Tempat yang aku tinggal sekarang adalah Kawasan PAS, apa yang dia dah buat? Takde apa! Yang aku nampak Sungai Semenyih dekat Bangi Lama tu kena korek ambik pasir ada.. Masuk tembolok siapa aku tak tau.. Macamana aku nak suka kalau takde apa² langsung! Jambatan sebelum merdeka tu pun tak diganti.. And Selangor PR yang pegang pulak tu.. Kalau setakat pergi majlis bagi hadiah, rasmi itu ini, bapak aku umur 70 tahun pun boleh buat.. Itu takde kesan pun pada kawasan tu.. Yang si bodoh-bodoh ni pulak cakap.. "Eh YB buat kerjala.. dia pergi rasmi majlis tu.." Kepala hotak kau rasmi majlis kau consider kerja..

Kerajaan pulak.. Aku dengar diaorang nak hapuskan subsidi.. Pada aku, itulah kerja pemimpin, bantu rakyat.. Kalau tak bantu baik tak payah jadi pemimpin! Subsidi gula nak dihapuskan sebab taknak orang makan gula banyak².. Boleh! Kalau duit subsidi gula tu disubsidikan kepada petrol pulak.. Jangan nak hapuskan satu subsidi lepas tu diam.. Adala jugak benda-benda lain yang aku kurang berkenan, macam bagi 3 juta kat sekolah hari tu.. Pada aku itu too much dan macam menunjuk².. Tapi yang bagusnya rakyat kat situ untung!

Pasal penyokong fanatik dua-dua belah pihak yang tak boleh bezakan mana betul mana tidak lain kali aku cerita...

Wah panjang intro aku.. Semalam aku post kat facebook wall aku pasal Kerajaan Kelantan bagi cuti bersalin 3 bulan, lepas tu DS Shahrizat dah pressure, dia cakap dua bulan lagi akan decide Kerajaan bagi cuti 3 bulan atau tidak.. Adala kawan² aku komen.. Ada yang marah, ada yang suka.. Yang marah cakap tak produktif dan ada yang cakap nanti dia yang kena take over kerja orang bersalin tu..

Sebenarnya aku suka cuti 3 bulan based on pengalaman aku sendiri.. Macam Liza, sepanjang cuti 2 bulan tu memang dia terperap dekat rumah, jaga anak.. Baby pun macam Umar dulu, umur 6 bulan baru bawak pergi makan kat luar ke apa ke.. So aku tak terfikir langsung yang orang cuti bersalin pergi bersuka-ria. Tapi bila fikir-fikir balik maybe ada akan buat macam tu. Ye la kan, dah sihat, duit banyak sebab tak pergi kerja.. Apa lagi.. hantar anak pergi nursery, sebulan tu bercuti sakan beli itu ini.. Wallahuallam..

Pada aku kalau 3 bulan, baby sempat besar sikit, wife dapat rehat lama sikit, dah mengandung 9 bulan, lepas tu kena jaga baby baru lahir.. Susah tu.. Kerja berat.. Tapi benda ni kenalah bersyarat. Syarat yang aku boleh fikir:

1) Cuti 3 bulan untuk 2 anak pertama sahaja. or
2) Cuti 3 bulan, tapi pada bulan ke 3 dapat separuh gaji. or
3) Cuti 3 bulan kalau bersalin selang 3 tahun, and
4) Takde staff kena take over kerja orang bersalin, kena ambik temporary staff. or
5) Kalau staff dalam tu yang take over, gaji orang bersalin tu dapat kat dia separuh.

Semua benda ni kena plan elok² supaya orang tak emosi.. Aku taknak beranak lagi.. So korang yang nak beranak banyak tu perjuangkanlah.. Ingat, benda ni tak pernah adil sebab ada orang yang tak kahwin, ada orang yang takde anak, ada orang yang taknak anak.. So kena ambik hati orang-orang ni jugak, benda ni lebih kepada courtesy company dan rakan-rakan sekerjala sebenarnya, kalau ada belas kasihan InsyaAllah diaorang setuju, kalau takde surela ayat.. "Asyik nak beranak je kerja kau tu, cuti je memanjang..." akan terdengar...

Ohh, masa baru balik paternity leave hari tu ada mamat Irish ni terkejut aku dapat 3 hari je cuti.. Dia cerita kat aku, adik dia AMBIK ANAK ANGKAT dapat cuti 6 bulan fully paid, untuk bonding session. Bukan anak sendiri tau.. Negara kita and company-company kat negara kita masih tak mampu lagi buat benda ni semua.. Jauh lagi ke arah itu.. Sekian terima kasih...

Great minds discuss ideas; Average minds discuss events; Small minds discuss people; And I discuss everything.

Untuk Umar dan Nawal

Anak-anak Ayah yang tersayang..

Masa ni ayah tengah sibuk buat project dari pagi tadi, sekarang dah dekat pukul 10 malam..

Susah sebenarnya nak bahagi masa untuk family, kerja dan study dalam satu masa.. Belajarla betul-betul.. Jangan jadi macam ayah...

Untuk Umar, masa ni Umar tengah sibuk nak tengok bola kat PC ayah and Nawal, masa ni Nawal tengah nangis dekat Mama..

(in case korang berdua baca dah besar nanti)

Potty Training - Cara² dan Tips

Di sini saya ingin memberi tips bagaimana untuk mengajar anak-anak berak dah kencing di dalam toilet.

Haha, sebenarnya aku bangga sebab Umar ni aku yang ajar guna potty walaupun masa dia berjaya tu mama dia yang layan.. Tapi aku ambik credit 95%. Untuk kencing aku rasa dah dekat setahun dah dia kencing kat toilet, orang nursery pun ajar and tidur malam pun tak payah pakai nappy, bab berak ni susah, dia nak jugak pakai Drypers tu.. Alasan aku, kitaorang takde masa nak mengajar, sebab jumpa dia masa pukul 6pm je masa balik kerja.. So berapa jam la sangat yang ada.. Sekarang Liza cuti bolehla monitor sesikit.. Ok cukup membebel.. Ini adalah tipsnya, aku punya style:

Kencing

1) Jangan pakaikan nappy.
2) Kalau dia terkencing dalam seluar bagusla sebab korang boleh cakap.. "Lain kali kencing dalam toilet"
3) Setiap setengah jam bawak gi toilet.. Paksa kencing...

Masa untuk berjaya? - Seminggu...

Buang Air Besar (supaya korang tak geli). STYLE AKU!

1) Beli potty yang korang rasa sesuai. Harga dari RM13 hingga beratusla kut.. Ada jugak lapik toilet duduk untuk budak kecik...
2) Cakap - "Hmm.. Kalau tak berak dalam potty bukan anak ayahla.. Tak bagusla Umar ni.."
3) Cakap - "Nanti kalau boleh, ayah beli game!"

Dia dah masuk 3 tahun, everytime nak membuang memang dia bagitau, cuma sekarang dia kena ikut pada kekuatan mental dia je si Umar ni.. Kira nak ubah dari berak berdiri pakai nappy ke berak duduk.. Kekuatan mental ke? Aku tak sure.. Kira takdela susah sangat sebenarnya..

Masa Untuk Berjaya? - Seminggu Lebih Sikit..

Risiko? Nanti everytime lepas berjaya korang akan dengar ni banyak² kali:

1) "Anak Ayahla Umar ni kan Ayah?"
2) "Ha nanti Ayah beli game kan?"
3) "Baguskan Umar Ayah?"

Ni orang PSP jual online punya pasalla ni, aku nak C.O.D kat Keramat dia tak boleh, kan dah terbelanja duit tu! Rasa bersalah gila aku..

Showdown 2010


Aku suka tarian.. Apa jenis tarian la kat TV tu.. Kalau ada So You Think You Can Dance ke, rancangan RTM pasal Zapin ke aku memang suka tengok.. Dulu aku betul-betul tengok tariannya secara jujur tapi sejak kawan aku ubah pemikiran aku yang naive ni dengan ayat.. "Cuba kau tengok body perempuan tu" aku sekarang macam terpesong sikit, tapi 90% memang tengok dance diaorang..

Selalu aku lalu Life Centre bila stuck kat Jalan Sultan Ismail tu aku akan nampak banner Showdown 2010 ni.. Tapi tak pernah tengok pun kat TV, sampaila dua hari lepas.. Aku suka sebab dia breakdance.. Hiphop punya, siap ada crew².. Lepas tu masa nak eliminate tu 2 group ni diaorang battle sesama sendiri.. Menarik jugak.. Maybe ada orang tak suka tengok bebudak ni melompatla, berpusing²la, kebaratan la tapi pada aku benda ni sangat sihat dari diaorang merempit atau pergi hisap dadah..

Aku jugak suka show ni sebab pengacara dia yang English habis try very hard nak cakap Melayu naturally.. Aku jugak suka tengok before perform ada Chinese group from Penang ni video clip ucapannya diaorang cakap Cina je hahaha.. Jury dia pun ok jugak.. Ada Chinese Lady ni aku lupa nama dengan Joe Flizzow.. Diaorang relax je bagi komen..

Lagi satu kalau Joe Flizzow yang slang rapnya dah American sangat boleh cakap ayat Melayu "Hari ni kira macam korang sekolahkan crew² lain" aku rasa bolehla sangat nak tengok program ni...

Masalah Orang KIta Tak Tahu..

Dekat forum rumah aku ada orang bagitau ada orang from Melaka nak bagi baby girl kembar yang masih dalam perut.. Tapi orang ni mintak tolong bayarkan bil hospitalla..

Ada mamat ni tak suka, cakap boleh mintak kurangkan kos hospital. Kat Malaysia mesti boleh survive, tak perlu bagi orang etc..

Memang anak tu rezeki.. Ramai orang cakap lepas ada anak nanti adala rezeki-rezeki lain masuk.. Macam jiran aku rezeki masuk siap boleh tukar kereta terus.. Tapi tak semua yang dapat rezeki macam tu.. Ada couple yang rezeki tu memang dah sedia ada, kira apa yang Allah bagi selama ni dah sedia cukup untuk pasangan tu tampung dua tiga orang anak.. Mungkin ada pulak orang tu dah anak 12 so dia tak larat nak menjaga and rasa rezeki dia max dah.. Macam-macam...

Macam aku sendiri, aku tak dapat rezeki yang tetiba dapat duit banyak gila etc.. Tapi memang ada! Macam malam tadi ada budak kelas aku nak upah aku buatkan project dia.. Mungkinla aku charge dalam RM100 macam tu tapi itu rezeki jugak Allah bagi.. Lepasla beli nappies dua tiga plastik kan? Sementara tu aku dengan Liza berjimat-jimatla kut dengan gaji yang cukup-cukup ni (ke tak cukup) sambil berdoala ada la rezeki yang lebih-lebih pulak..
__________
Semalam aku makan kat Pelita, lepas pergi terminate Celcom Broadband.. Tetiba ada makcik ni yang cukup sifat, gemuk sihat mintak duit sedekah.. Silapla orang-orang yang sihat macam ni nak mintak sedekah dengan aku.. Kalau mak aku boleh kerja sawit, meracun, membaja kerja kebun kenapa korang at least tak boleh cari kerja jadi cleaner ke apa?? Lancau betulla orang-orang macam ni.. Cukup sifat tu.. Lagi gemuk dari aku sihatnya.. Apa masalahnya??

Kalau aku nak sedekah, baik aku sedekah kat masjid je la.. Betul jalannya.. Arghh tertekan betul aku.. Eh tapi fikir-fikir balik aku pun tak tau masalah sebenar dia.. Ok, aku tarik balik apa aku cakap...

Promises Are Easy To Make But Hard To Deliver

Sorry Umar.. Ayah mintak maaf..

Legalise kan je semuanya

Semalam aku baca paper pasal budak tanam baby hidup-hidup.. Ni dah tahap paling extreme.. Aku dah tak tau la apa nak jadi Malaysia ni.. Ini kes-kes yang kantoi, kes yang terlepas orang tak tau ntah berapa banyak lagi.. Aku rasa pil perancang keluarga bolehla dijual kepada sesiapa je.. Daripada dikawal penjualan lepas tu benda-benda ni terjadi.. Sebenarnya aku nak nasihatkan pakaila kondom tapi budak-budak ni mesti cakap pakai kondom tak sedap.. (kepala hotak kau tak sedap, kalau tak sedap macamana boleh pancut?)

Hari tu aku baca kerajaan nak legalisekan judi bola sepak.. Aku setuju.. Semua benda pun takpe.. Pelacuran pun ok jugak.. Ye la kan, benda tu tak legal bukan maknanya manusia kat Malaysia ni tak buat. Hari-hari pun buat jugak.. Tak bermaksud benda-benda tu semua haram kat Malaysia, Malaysia ni jadi mulia, sebab benda tu ada je sepanjang masa.. Orang buat sepanjang masa.. Ha legalkanla semuanya... Boleh menjana ekonomi...

TAPI KALAU TUHAN BAGI BALA SAMPAI NEGARA NI HANCUR, SENDIRI MAU INGATLA!!
_____________
Hari ni dan esok aku exam, so cuti kerja.. Lepas exam esok aku nak pergi berurut... (harapnya tukang urut cantik dan pakai macam gambar kat atas tu - baru cakap pasal bala)
_____________

They'll realise one day
That the grass is always greener on the other side
The neighbour's got a new car that you wanna drive
And when time is running out you wanna stay alive
We all live under the same sky
We all will live, we all will die
There is no wrong, there is no right
The circle only has one side


Selera Yang Hilang Saban Tahun

Dari post² aku orang ramai boleh tahu yang aku suka makan.. Sebenarnya aku enjoying benda² tu sementara aku suka sebelum nanti tekak aku dah tak suka.. Kalau korang tengok bapak aku yang umur 71 tahun tu korang fahamla maksud aku.. Dulu dia suka makan, kerang masak lemakla apala.. Sekarang? Dia hanya akan makan ikan tembakang (ikan sungai) goreng, telur masak lemak dan pajeri nenas.. Bayangkan dia hanya makan itu hari²..

Memang aku suka makan tapi every year akan ada satu jenis makanan yang aku tak sentuh dah terus.. Dulu everytime makan western aku ambik lamb, sekarang? Tak lalu dah.. Roti canai dengan kari kambing, siap ajak Hafezh makan dekat Warta Bangi, tak lalu jugak.. Sup tulang yang ada lemak² tu pun aku dah tak lalu... Daging rendang pun sama... Semuanya ni used to be my favourite makanan.. Malam tadi aku makan mee bandung favourite aku konon²nya and yes aku dah masukkan dia dalam list yang aku dah tak lalu makan..

Masalah aku sekarang, hari raya mak aku akan masak sup tulang, lemang dan rendang.. Sekarang aku setakat sentuh macam² tu je, tak berselera macam dulu, agaknya by umur aku 45 tahun aku hanya makan nasi dengan ikan goreng je kut.. Sekarang biarla aku menikmati segala²nya sebelum tekak dan badan aku sendiri yang menolak semua makanan tu..

Kita tiada banyak pilihan..

Aku bertukar dari Celcom Broadband to Streamyx menunjukkan kita tidak punya banyak pilihan di negara ni. Ok mungkin Celcom Broadband di tempat lain bagus tapi kat tempat aku tidak. So aku hanya boleh ambik Streamyx dari TM, benda yang dah established dan yang dah kuat.. Kira walaupun aku dah bagi peluang pada Celcom tapi memang terbukti dia tak boleh nak compete dengan Streamyx.

Macam tu jugak dengan banyak benda. Kadang-kadang kita tak percaya dengan benda yang baru. Kita dah terbiasa dengan benda itu dari dulu lagi. Macam ASTRO. Siapa yang boleh compete? Hari tu MiTV bukak, bungkus terus. Orang tak berani and again service dia tak sebagus ASTRO. Kita terpaksala guna ASTRO. Kalau diaorang naikkan charge banyak² kita hanya ada dua option. BAYAR atau TERMINATE. Kesiankan?

Macam kedai² lain jugak, kita dah terbiasa dan tak berani ambik risiko. Cuba kalau aku bukak Pizli Fried Chicken. Aku yakinla sebulan dah bungkus sebab rakyat Malaysia dah terbiasa dengan Kentucky Fried Chicken. Dalam kes ni, orang dah terbiasa, dah terpercaya dengan brand tu. Kalau diaorang tengok ada PFC diaorang sure tak terbiasa, so diaorang biarkan je PFC tak laku.

Korang ada check out myfriends2u.com? Kira macam facebook versi Malaysia.. Aku tengok sebijik macam facebook.. Aku yakin benda ni pun sama tak dapat sambutan sebab orang dah terbiasa dengan Facebook.. As for aku, aku tak suka orang tiru sebijik² so selamat tinggalla..

Macamla jugak Thomas Cup.. Rakyat Malaysia dah terbiasa kalah, kang kalau termenang terkejut pulak orang, nanti orang buat tak peduli pulak.. Kalau macam sekarang asyik kalah je baru orang sibuk² nak tau dan sibuk bercakap pasal pasukan negara.


Tips Untuk Menyenangkan Hati Anak Dengan Cara Yang Murah

Masa mula-mula Liza bersalin hari tu, Umar nampak PSP adik ipar aku kat rumah tu.. Sekali ada game Ultraman.. Seronokla dia main and aku pun suka sebab dia tak kacau orang bila dah main tu, ye la aku malam baru sampai sana kalau weekdays. Sekali adik ipar aku dah tak letak merata dah PSPnya.. Ye la kang rosak pulak kalau Umar main.. Aku cakap kat Umar kalau dia berak dalam potty nanti aku belikan PSP.. Tapi sebab dah bayar yuran belajar takdela aku duit lagi haha.. And nasib baik Umarnya tak berak lagi dalam potty.. Kitaorang takde masa nak ajar.. Kencing je dia pergi toilet.. Berak dalam nappy lagi..

Aku kesiankan dia sebab hari-hari cakap.. "Nanti Ayah beli game kan?" Melampau budak 3 tahun dah main game hahaha.. Aku just cakap "Ha ye la.." Tapi tak beli-beli pun.. Hahaha..

Sekali tadi kitaorang pergi pasar malam.. Ada kedai jual Crocs imitation.. Aku terpandang jibbitz.. Cari-cari sekali nampak jibbitz Ultraman.. Kebetulan pulak orang tu jual semua sandal RM15 sebab nak habiskan stock.. Terus aku fikir baik ganti sandal Umar yang buat kaki dia melecet tu.. Sekali aku pun terbeli aku punya sekali..

Balik rumah aku pasang jibbitz tu kat sandal dia, tersenyum Umar and sampai sekarang dia pakai lagi dalam rumah.. Benda² yang happykan anak ni aku pun tumpang happy sekali.. Aku cakap kat dia "Dah beli kasut Ultraman tak payahla beli game ye?" Hehe..

PSP? RM800++
Imitation Crocs + Ultraman Jibbitz ? RM19..

Haha..
_________
Update: Habis, mati aku... Umar dah berak dalam potty pagi ni.. "Ha ayah beli game kan?" Kena cari taktik lain ni.. Taktik kasut ultraman baru dia buat tak dengar je.. Hahaha..


Takde apa..


Pada aku mamat ni punya suara paling sedap di dengar untuk seorang rapper..

(memang takde benda aku nak update, nak update benda-benda sedih, marah macam tak seronok pulak)


Alhamdulillah Aku Masih Kuat


Ok, hari ni aku pergi office awal sebab aku nak keluar petang pergi kelas seawal mungkin untuk presentation. Subject aku suka.. Tapi sebab aku singgah breakfast lambatla sikit masuknya, tapi aku agak kalau balik dalam pukul 5pm tu sempat lagi sampai, maklumla dua tiga hari ni hari tak hujan..

Dalam excited-excited tetiba hari gelap dalam pukul 3pm macam tu, so aku keluar je la awal sebab aku taknak miss presentation tu.. Aku dah prepare segala-segalanya pada tahap paling maksimum.

Kepada Kak Himawari: tak, saya tak keluar pukul 3pm.. Haha..

Ok, sekali hujan lebat gila.. Hari ni pulak nak hujannyakan? Ok, aku relax je la, tapi bila sampai Jalan Sultan Ismail aku stuck dalam traffic.. Group member aku dah call-call 2 3 kali sampaila dia call.. "Takpela, kau balik je la.. Presentation cancel, postpone esok" Pada pukul 6.30pm!! Kenapa lecturer tak bagitau pagi-pagi tadi? Terfikir aku nak bayar yuran aku pergi je la jugak. Total hour dalam kereta? 2.5 jam..

Sampai kat kaunter nak bayar, orang tu cakap account dah tutup, aku cakap aku bawak duit beribu ni nak bayar.. Ye beribu, kalau aku tak study aku dah lama boleh beli PS3 siap Full HD monitor dan sebagainya.. Pengorbanan konon-kononya.. Last-last minah ni terima jugak tapi dengan cara kurang ajar campak-campak je barang, resit sambil cakap.. "Balik lambat lagila aku hari ni.. (etc)" Aku senyum je la.. Tak larat dah aku.. Aku dah ada nama dia kat resit ada tulis.. Tau tak ini zaman internet? Tengokla apa aku akan buat nanti..

Aku sedihla, apa dosa aku sampai kena suffer macam ni?? Penat aku tau!! Nasib baik balik Keramat, kalau nak patah balik Bukit Mahkota mau aku ada masalah mental nanti..

Tapi dari pagi tadi aku rasa macam nak dapat benda best.. Last week masa rasa macam ni, masa mak aku datang banyak dapat baju baby etc dari adik aku pun ada.. Ni apa benda best yang aku nak dapat ni??
__________
Aku dah ada like button kat post aku.. Gunakanla ye? :D (ini akibat ada internet 24/7)


Sports can unite people, cities or even an entire country..


Meremang aku tengok iklan ni.. Everytime..

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai

Aku admit aku bukan orang masjid.. InsyaAllah lepas aku dah habis study dah betul-betul settle down aku joinla surau balik..

Ok, aku nak cakap pasal pembinaan masjid.. Apa pointnya nak buat masjid bila dah ada masjid kat kawasan tu? Dah ada maksud aku, dalam satu kilometer. Bezanya, masjid yang sedia ada tu dah ada pentadbiran sendiri, so orang-orang yang nak buat masjid baru ni mungkin tak boleh nak mentadbir masjid tu..

Ini aku panggil nak kuasa. Atau mungkin orang-orang ni nak jugak kawasan dia ada masjid dan di bawah pentadbiran sendiri. Aku nak tanyala bila masa masjid penuh? Especially kat kawasan perumahan? Hari Jumaat yang hari Jumaat tu cuti umum. Dan bulan puasa orang nak sembahyang terawih. Pada aku tak salah orang masa hari Jumaat dan bulan puasa ni berkorban sembahyang kat luar etc. Dari membazir berjuta-juta ringgit atas niat - nak ada masjid.

Membazir ke saja nak membangga kawasan aku ada surau, masjid sendiri atau ada orang gila kuasa nak mentadbir? Wallahuallam..

Siapala aku nak cakap semua ni kan? Aku belum masuk lagi part masjid ni orang PAS dan masjid tu orang BN.

Bila pemandu motorsikal fikir jalan itu datuk dia yang punya...

Ok, hari ni sepatutnya hari yang ceria untuk aku, aku takde niat pun nak update blog.. Tapi ada orang cari pasal pulak dengan aku.. Sila rujuk gambar di bawah..


Masa aku pergi kerja pagi tadi, aku duduk lane kanan.. Sekali ada mamat motor depan aku. Mengikut common sense orang yang laju memangla duduk lane kanan kan? Sekali mamat motor ni marah aku, siap tunjuk ikutla lane kiri buat apa nak cucuk² dia.. Lepas tu dia pergi kiri dan masuk kanan balik bila aku dah jalan...

Serius, aku mati² ingat dia nak pergi ke arah B.. Masa aku tengah menuju ke Jalan B tu (itu pasal la aku stay duduk lane kanan) sekali aku tengok dia dari lane kanan tadi terus pergi ke Jalan A.. Ok tuan² dan puan², bangang ke tak bangang si bangsat ni?? Aku tak kisah kalau dia bangang sendiri.. Masalahnya sekarang apa point dia marah aku duduk lane laju tu tadi?? Padahal dia nak pergi ke Jalan A.. Kan aku dah panas..

Masa aku dah sampai ke Jalan B, tetiba hujan.. PADAN MUKA!! Basahla kau, tak pun biar tergelincir mampus terus lagi baik!! Bodoh..
______________

PADAN MUKA!!!! BERLUMBA LA LAGI MAT REMPIT SEMUA OIII, BIAR SEMUA MATI!! LAGI BAGUS!! AMAN SIKIT MALAYSIA NI!!!

Jom Streamyx

Salam, apa khabar anda semua? Saya baru sahaja install TMNET Streamyx di rumah saya dan akan membuang Celcom Broadband Sabtu ini..

Saya saja suka² nak test update guna streamyx ni.. Bagus jugak rupanya.. AT LEAST BETTERLA THAN CELCOM BROADBAND TU!!!

Kalau ada orang Bukit Mahkota nak install, saya boleh recommend orangnya.. (ditujukan kepada jiran belakang rumah)
________________

Jangan bagi saya harapan kerana nanti saya suka berangan²..
Bila harapan itu palsu, nanti saya menangis tak berlagu..

Dulu Dan Kini


Semalam aku try pergi office dulu, tak balik rumah.. Bertolak dekat pukul 7am, sampai office pukul 7.45a.m, awal 1 jam 15 minit hahaha.. Nak bertolak lambat nanti aku tertekan dalam jam.. Hari ni balik rumah dulu..

So sekarang aku tidur dalam 4-5 jam, bawak kereta 2-3 jam, duduk office 8 jam kut.. kelas 2-3 jam..

Tapi kenapa tak kurus² jugak???
__________
Ok, sebelum ni ada makcik cleaner yang aku rimas kerjanya asyik nak membersihkan toilet je.. Sekali dia dah balik Indon.. Penggantinya adalah seorang cleaner yang worst dalam dunia.. PEMALAS!! Toilet kotor, corridor office kotor, membebel kuat, marah student buat kotor, aku masuk toilet yang baru mop kena jeling.. Dulu makcik tu bagi je aku jalan walaupun dia dah tengah mengemop..

Makcik pembersih, I miss you..
______________
Dulu kalau ada group project, biasanya memang aku mainkan peranan.. Aku lead, handle dalam 80% project.. Sekali semester ni aku kahwin eh kawan dengan budak Hindustan tu tetiba ada mamat Bangladesh nak join group kitaorang, niatnya sudah pastila nak bersama dengan budak Hindustan tu kan? Dia buat 90% kerja. Aku bebetul relax.. Haha..

Dulu masa tahun 2001 aku ingat lagi, kalau ada project sure kelam kabut, tak tidur.. Kadang² PC crash.. Sekarang? Relax, PC Power (kalau guna pc office 4gb RAM), experience dah banyak, kalau buat action script download source pun dah ada, orang bagi free je hehe.. Kawan² yang hebat pun ramai boleh tanya.. Senang sikit rasanya..

Eh cakap pasal study ni biasanya kalau aku ambik 3 subjects, aku akan tumpukan dua subjects bebetul dan satu lagi bagi setakat cukup makan.. Tak boleh tumpu semua sebab nanti tak larat.. Sekarang aku penat sangat dah ni.. Hiburan pun takde, hiburan free bini pulak dalam pantang...
___________
Lawak from Failbook.com:

funny facebook fails
see more

Chup Chup!!


So sekarang kalau polis tak dapat kejar penjenayah diaorang terpaksa biar diaorang terlepas ke?

Katakan kawan aku jadi runner bawak dadah, upah 3k satu perjalanan tetiba ada sekatan polis.. Dia naik RX-Z, elok je kat road-block tu dia pecut, polis kejar naik kereta, untuk menyelamatkan diri dia masuk dalam ladang kelapa sawit, polis sure tak dapat kejar.. Nak tembak dah tak boleh, sebab risau tak kena dekat kaki, lepas tu tak sure lagi mamat tu salah apa.. Macam kes kat Seremban hari tu, polis tertembak perut sebab BUDAK TU PECUT LARI, sekarang bapak dia nak saman polis.. Kalau dulu ikut instict terus tembak je tak kirala kena bahagian badan mana.. Sekarang risau tersilap tembak and orang kecoh..

Runner tadi terselamat lepas tu bagi dadah kat tokan kawasan tu.. Budak-budak rosak..

So sekarang penjenayah dibela ke?? Mak bapak budak² ni pun glamour masuk paper dah tak admit pun yang anak diaorang salah.. SEMUA SALAH POLIS!! Aku jamin lepas ni kadar jenayah akan meningkat! Dan ramai orang tawar hati nak kerja polis..

Ya Allah Ya Tuhanku jauhkan family aku dari benda² macam ni..

Tiada Siapa Yang Tahu

Gambar Hiasan (bukan aku punya)

Minggu lepas masa mak aku datang sini mak aku ada cakap.. "Ada anak kecik ni kena bekerjasama".. Mak aku tak tau..

Aku punya bekerjasama sampai aku memasak tau tak? Bila anak² perlukan perhatian mak diaorang, aku akan jalankan tugas ni.. Tapi takdela masak yang best² macam beriani dengan paceri nenas or kaki kambing balut aluminium foil lepas tu dibakar.. Masak simple² macam nasi goreng, janji boleh kenyang and sedap jugak yang aku masak malam tadi..

Takde siapa jugak tau demi keluarga aku sanggup mengorbankan cita² aku untuk menjadi pelakon filem dan penyanyi rap.. Kang kalau dah jadi artis takdela aku boleh balik pukul 5.30pm kan? Aku pun kerja je la kat tempat sekarang ni..

So sebab dah cakap pasal masak mari aku bagi resipi untuk buat jelatah.. Aku biasa buat kalau sedara mara nak datang dan Liza akan masak nasi minyak or nasi tomato.. Resipi aku.. Jelatah ni biasa mamak ada, tapi diaorang just campurkan bawang, timun dan nenas je.. Campur kosong..

Ok, korang carila bawang besar, nenas, timun dan cili.. Untuk bahan²nya korang kena ada kacang tanah yang digoreng, sekarang ada jual kacang tanpa kulit, so senang.. Dulu penat jugak process ni, dah goreng lepas tu nak kopek kulit.. Kacang tu dah siap goreng korang tumbuk.. So lepas tu korang campurkan sayur² tadi.. Lepas tu korang campurkan dengan sos cili, garam sikit, anak udang kering yang ditumbuk sikit dan gula pun sikit.. Ikut korangla, agak²..

Last sekali korang campurkan dengan kacang goreng yang dah ditumbuk tadi..

Gaul rata² lepas tu makan dengan nasi minyak, perghh meleleh wa cakap lu.. Sayur² ni jenis berair, so buat masa nak makanla, ikut portion yang korang rasa cukup sekali makan.. Jangan simpan² nanti tak sedap.. Kalau nak makan lagi buatla lagi, senang tapi best..

p/s - Tak, aku taknak jadi artis.. Aku minat buat video effects, tapi kalau kerja macam tu aku takut nanti anak² tak kenal aku pulak nanti.. So takpela aku kerja sini walaupun tak puas.. Janji family bahagia..

Ooo Hari Sabtu Tak Bagi Plastic Ye??


Ok aku baru balik dari Tesco and dia cakap hari Sabtu diaorang tak provide plastik. Aku tau ini semua untuk menyelamatkan alam sekitarlakan? Nak menyelamatkan bumi.. Dulu aku kena dengan 7-11.. Konon diaorang ni nak menyahut seruan kerajaan ke? Persatuan alam sekitar ke?

Pada aku semua ni bullshit!! Diaorang gembira untuk join benda ni sebab diaorang nak save cost! Tak percaya?? Kalau diaorang bebetul ikhlas:

1) Kenapa tak balut ikan, ayam, aku dengan kertas? Kenapa ikan, sayur kena letak dalam plastic?? Lepas tu baru timbang??
2) Kenapa air Vitagen dan Solivite yang diaorang jual sekali dua pek tu diaorang bundlekan dalam plastik?? Kenapa tak ikat dengan tali???
3) Kenapa diaorang jual plastik?? KENAPA DIAORANG JUAL PLASTIK???

Pundekla lu..

Sebelum ni lepas aku hantar barang dalam kereta aku pergi elok² susun trolley.. Kali ni lantakla kau, lepas aku penat transfer sebijik² barang dalam kereta, aku letak je trolley tu kat situ..

And diaorang ni tau tak bila wife somebody dalam pantang, husband dia kena beli barang² dapur, barang² yang dah habis secara bersendirian oh atau dalam kes aku bawak anak umur 3 tahun sebagai teman?? Lepas tu dah sampai rumah nak pulak kena angkut pergi dapur...

Lain kali cakap.. "Ooh kitaorang memang tak bagi plastik sebab kitaorang nak jimat" Takdela aku tak puas hati kena tipu..

In denial


Serious, aku suka part Ludacris rap je.. Aku tak suka Justin Bieber ni langsung... :-|

Cause I'm in pieces
Baby fix me
And just shake me till you wake me from this bad dream
I'm goin down, down, down, down
And I just can't believe my first love won't be around

Satay Station, Lagu Jepun, Buang Anak, Blog Adik (Tak Ikut Sequence)

Ok, hari ni panjang sikit cerita aku.. Aku start dengan Satay Station.. Aku dah give up dengan Sate Haji Samuri sebab satenya tak masak, balik rumah kena masuk oven bakar dulu baru ok.. Ada satu kedai sate kat Keramat ni dah tak jual pulak satenya.. So bila aku tau pasal Satay Station ni aku pun tryla.. First time dalam hidup aku, aku suka sate daging.. Sedap.. Satenya lagi sedap dimakan tanpa kuah.. Pada aku dia macam sate tepi jalan yang tak komersial yang masa kecik dulu kita suka makan.. Tapi mahal sikit.. Ohh dia ada jual sate dengan mee rebus je.. Mee rebus aku tapau nak buat breakfast esok.. Portionnya kecik gila memang sesuai untuk breakfast je.. Orang cakap sedap, aku tak tau.. Mahal jugak.. Hmmm.. Out of 5? 3.5 la kut sebab harga.. Nanti bila parents aku datang sini, diaorang mesti kena rasa..

Update: Silap, banyak jugak sebenarnya mee rebus tu, dia letak semalam dalam plastik aku nampak sikit, baca kat internet pun orang cakap sikit.. banyak jugak sebenarnya.. Aku dah kenyang macam makan lunch pulak.. Rasa? Sedap.. 5/5.. :-)
_______________
Baru ni aku baca kat Berita Harian orang jumpa mayat bayi dalam Sg Klang, masa memancing.. Ok adik-adik sekalian, kita lupakan pasal dosa masa nak buat baby tu, lupakan ketakutan masa tau mengandung tu.. Bawak bertenang.. Abang taknak salahkan adik-adik sebab semuanya dah berlalu.. Abang nak nasihatkan adik-adik bawak relax, tarik nafas.. Kalau taknak baby tu sila balut dia elok-elok, bagi susu banyak-banyak, lepas tu dalam pukul 4 pagi tu la letakla baby tu kat masjid atau depan rumah orang, itu lagi mulia dari korang terus campak atau flush baby dalam toilet.. Tolongla... Sedih tau, abang ada anak kecik ni, terbayang-bayang tau!!
_______________
Adik aku ada blog, kat link aku tu ada, Malynn's Life.. Aku ada banyak kenangan yang aku dah lupa masa kat kampung.. Bila adik aku ni tulis dari pandangan mata dia pulak, ada jugak benda yang aku dah lupa dia ingatkan.. So macam ok jugak...
_____________
Ok, aku dah terpengaruh dengan adik-adik ipar perempuan aku dengar lagu Korea dengan Jepun.. Cuba korang dengar lagu kat bawah ni.. Aku tak faham, tapi sayu dia mengusik jiwa wa cakap lu.. Dah nak pukul dua and aku tulis blog pulak... Pukul 6 nak bangun.. Habisla kat office nanti..

Makanan...

Aku rasa orang Negeri Sembilan dengan orang Johor memang pandai masak.. Ok, aku dari Perak, pada aku mak aku je la orang Perak yang pandai masak, and adik aku kut sebab hari tu dia masak kari daging mengikut piawaian yang aku tetapkan.. Pada aku Perak, takde makanan yang special.. Yang ada agaknya gulai tempoyak.. Tak special sangat...

Macam Johor, dia ada macam², mee rebusla, nasi beriani gamla.. Kira kedai kat Bangi yang jual makanan Johor tu sentiasa penuhla.. Sedap.. Bagi orang Negeri Sembilan pulak, aku tak tau sangat apa yang special dari negeri ni, maybe masak lemak daging yang dah disalai tu kut.. Aku cakap diaorang masak sedap sebab aku kerja Semenyih so boleh dikatakan orang² sini orang Negeri Sembilan jugakla, and so far, semuanya sedap² belaka..

Aku selalu pergi blog kawan aku ni.. Mak dia selalu masak², and nampakla kesedapannya.. Nasi beriani dengan paceri nenasla, kaki kambingla, lobsterla.. Sampai terliur²la tengok gambar.. Lepas tu aku baru teringat yang diaorang ni orang Negeri Sembilan, so confirmla orang Johor and Negeri Sembilan memang pandai masak and makanan diaorang memang sedap..

Sekian Terima Kasih..
_____________
Apakah perasaan anda bila anak anda cakap macam ni..

"Janganlah nak merepek ayah..."

(at least ayah takdela dengar lagu Justin Bieber sampai nyanyi² macam Umar..)

Lawak dari lamebook.


Sila click dan besarkan gambar² ni.. Ambik from http://www.lamebook.com/ Wahahaha...
Lawak gila..

Takde apa sangat..

Aku bebetul tak suka kalau orang dalam cubicle toilet tu bersembang dekat telefon.. Lagi satu aku tak suka kalau katakan ada mamat 3 orang berkawan baik, lepas tu seorang dalam cubicle, lepas tu dua orang lagi duduk luar tunggu dia tapi tiga²nya bersembang macam takde apa hal.. Serious bodoh dan menggangu orang kat cubicle lain..
______________
Pagi tadi aku nampak kat highway ada sign tulis "Patuhi Undang-Undang, Sila Pakai Tali Pinggang Kaledar Anda". Ok, ini silap, aku pun dah silap.. Aku dah ajar anak aku, pakai seat belt kalau tak, nanti polis tangkap.. Seat belt bukan undang².. Seat belt ni keselamatan!!
____________
Isnin malam tu aku tengok gambar kawan aku kena tagged kat facebook.. Gambar perempuan seksi tayang breast.. Sebagai lelaki normal mestila aku check it out kan? Ok, perempuan menyeksi tayang breast and tagged mamat².. So korang boleh bayangkanla komen² lelaki ni.. Tapi bila aku tengok status perempuan ni berkahwin, lagila aku pelik...

Rupa²nya dalam banyak² komen tu ada husband dia mintak maaf, merayu nak balik pada perempuan ni.. Aku assume husband dia ni buat salahla kut.. Sekali perempuan ni balas dendam buat macam tu.. Ambik kau.. Mesti sebenarnya perempuan ni dah remuk hatinya kut.. (ayat...)

Kenangan Bersama Telefon

Memandangkan hari ni aku nak pasang Streamyx dan ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Celcom Broadband marilah dengar cerita aku pasal telefon...

Dulu kat kampung aku yang ada hanyala telefon awam, dan biasanya telefon ni memanjang rosak, tak syiling dah penuh, ada orang curi syiling sampai jadi rosak.. So masa tu surat masih menjadi mode of conversation yang utama. Dalam tahun 1993 macam tu Telekom start nak pasang telefon dekat rumah orang.. Tapi... Ok, masyarakat Felda ni diaorang guna sistem block, kira kumpulanla.. Dalam block ni ada dalam 26 orang kut.. So dari 26 rumah ni, TM hanya akan pasang dekat 3 rumah sahaja.. And rumah bapak aku terpilih.. 05431979, 6 nombor je dulu..

So bila dah ada telefon ni, anak atau sedara orang sebelah akan call rumah aku kalau nak cakap dengan makcik tu.. And kalau orang nak call sedara mara diaorang akan datang rumah aku untuk guna telefon.. Diaorang bayarla, main agak-agak je harganya.. Masa ni jugak ada kawan² aku yang mengada² call aku kat rumah dari telefon awam.. Macam batakla jugak..

Bila dah lama akhirnya satu Besout ada telefon.. Bapak aku berkira dengan anak² guna telefon, so kalau kes aku, awek aku je la yang akan call aku, nak harap aku call usah harap.. Kalau aku nak call kawan kena mintak izin dengan bapak aku.. Tak sanggup aku kena belasah dengan bapak aku.. Ye bapak aku extreme, pasal bil telefon pun boleh berbunuh.. Aku rasa dia tertekan dengan sewa line 26 ringgit sebulan tu..

Sekarang ni parents aku dah tak guna telefon TM dah.. Sebab? Penagih dadah selalu curi kabel.. So diaorang stopkan telefon rumah dan pakai handphone sahaja.. Cerita line telefon bimbit masuk Besout nanti aku cerita lain kali..

Tadi aku google nak cari gambar telefon awam ada orang tulis gambar tu tepon.. Kepala hotak kau tepon.. Telefonla!! (ye aku orang tua yang tak suka orang ubah² perkataan menjadi singkat)

Perfectionist

Umar adalah seorang budak yang perfectionist.. Segala²nya kena in order. Kalau lepas bukak kasut, kasut kena susun elok². Kalau minum air dari water container, kena tarik pemegangnya keluar bukan tolak pemegang tu ke dalam. Kalau susun benda semua kena sama..

Tapi ada jugak yang buruknya menjadi perfectionist ni..

1) Semalam Mama dia tutup kipas yang bergerak ke kiri ke kanan, lepas tu bila kipas tu stop tak menghala ke depan dia pun tolakla kipas tu nak jadikan dia straight menghadap depan, sekali tercabut cover kipas tu - Aku yang kena pasang balik.

2) Semalam Mama dia mandikan adik kenala bawak kettle air panas ke dalam bilik air, tetiba bila Mama dia dah isi air dalam tempat mandi tu dia angkat kettle tu nak letak balik dekat base dia, nyaris kettle tu tak tertumpah atas diaorang bertiga.. Air panas pulak tu...

Liza bukan perfectionist, aku apa tah lagi, tak taula mana dia dapat perangai macam ni.. Poyo betul...
____________
Aku rasa Utusan Malaysia tu Harakah versi BN la.. Gila babi sokong BN.. Haha..

Karaoke Di Majlis Kahwin Patut Di Ban


Ok, aku dah lama pendam perasaan aku ni.. Dulu bila aku pergi kenduri kahwin, ada la dua tiga orang yang akan menyanyi karaoke kat kenduri tu.. Kalau aku shoot video kahwin pun ada.. Tapi sepanjang hidup aku dengar orang menyanyi karaoke tu ada sorang je mamat yang suara sedap, dia nyanyi lagu Kembara, Hati Emas.. Since pergi kenduri sekejap je so aku bolehla tahan perasaan aku...

Teringat jap masa aku kahwin dulu kat kampung aku.. Ada pakcik ni ada mic, dia sakit so kerja dia, dia just duduk and bercakap, sambil tu memang pasang lagu tapi pakcik ni tak berhenti bercakap kira macam bagitau apa yang terjadi.. Oo sebijik macam commentator.. So video kahwin aku semua aku delete sound dia dan ganti dengan lagu yang aku suka..

Ok, hari ni ada kenduri kahwin selang dua tiga buah rumah aku, aku tak diinvite, fine aku pun tengah menunggu mak aku datang.. Aku tak kisah diaorang pasang lagu dari CD walaupun aku ada anak kecik, sebab macam bapak aku cakap, kenduri kahwin kena meriah, ada lagu-lagu kalau tak macam orang datang melawat orang mati..

Tapi bila semua lagu yang keluar tu dinyanyikan oleh pakcik, makcik, abang ipar, adik ipar, atuk, nenek, cucu pengantin secara karaoke, non-stop dan suaranya sumbang gila, manusia normal macamana pun tak boleh tahan!!