Hmm..

Hari tu masa balik makan tengahari aku nampak student ni tengah tunggu orang² company ni kat simpang sana sebab dia nak tumpang. Dari simpang nak ke office ni adalah dalam 3km, berpeluh kalau berjalan. Aku berhentila tumpangkan.. Bila dah settle kawan aku cakap..

"Elokla, sementara kita kat "atas" ni, kita tolongla orang kat bawah..."

Aku suka ayat tu..
______________
Kalau aku cerita pasal kawan aku yang dulu hancur tapi sekarang dah jadi bagus kat bapak aku, dia selalu cakap...

"Kalau muka kita buruk, kita tak boleh ubah, tapi kalau perangai buruk kita boleh ubah bila-bila masa"

Aku suka jugak ayat tu.. Tapi sekarang muka buruk pun dah boleh ubah.. Hehe..

Kerja dan Pengorbanan

Dulu masa baru habis study memang kita akan cari kerja secepat mungkin dah apply je semua je position yang rasanya berkaitan.

Bila dah lama kerja, kita dah tau selok belok bidang pekerjaan. Ada yang company ok, ada company tak ok. Ada company yang baik dari segi environment dan ada company yang baik dari segi benefits. Ada company yang ada mamat asyik pau rokok dan ada company yang ada mamat ponteng sembahyang Jumaat sampai kau takde geng nak ajak pergi sama-sama. Ada yang boss lemah lembut dan ada yang boss suruh kau servicekan kereta dia sampai korang wish korang mati time pergi service tu supaya tak terseksa lagi.

Maksudnya di sini ada pro dan kontra, dan yang tak bestnya takde satu pun company yang bebetul perfect!

Ye, aku pun cari jugak kerja. Tapi aku tengok dari segala segi. Mestilah kalau aku nak cari kerja lain mestilah company baru tu kena much much better than company sekarang. Sampai sekarang takde lagi. Ada yang gaji kurang, ada yang kerja lagi banyak dan ada company yang sangat jauh. Ada yang satu ni, suruh orang buat video editing, shooting, 3D, design tapi nak bagi gaji RM1500. Gila ke apa company² ni?

Walaupun aku kadang-kadang sakit hati dengan tempat sekarang, aku bersabar je la. Lagi satu yang buat aku bebetul consider nak stay sini lama lagi sebab, kalau kerja sini nanti bila anak-anak aku dah sekolah, aku boleh je selamba pergi hantar ambik anak aku. Jiran aku nak buat tahun depan. Supervisor aku memang buat macam tu pun sekarang. Lunch hour dia pergi. PENGORBANAN...........

Contohila Ibu Kucing

Dekat rumah aku ada seekor mak kucing dan seekor anak kucing yang dah agak besar. Kira dah macam nak bercerai susula kut. Aku ni kalau tak bagi makan macam kesian dekat diaorang. Bila bagi makan, diaorang ni duduk je rumah aku, taknak berusaha, berak dekat pokok-pokok aku (pokok cili dah start berbunga). Bila aku bagi makan, aku takdela bagi makanan yang hebat. Aku bagi lebihan lauk atau kadang-kadang twisties Umar. Haha, diaorang makan.


Ok, pagi tadi anak kucing ni dah ada depan pintu, so aku bagila apa yang ada dan dia makan dalam longkang. Lepas aku balik isi minyak kereta Liza aku nampak mak kucing tu, pregnant balik pulak tu. Aku bagi dia benda lain pulak. Si mak kucing ni tak sedar anak dia tengah makan dalam longkang tu. Tau tak apa mak kucing ni buat?? Dia gigit makanan tu kat mulut dia lepas tu melilau cari anak dia ni sampai rumah semua orang dia pergi - DIA NAK SHARE.

Binatang pun boleh sayangkan anak sampai macam tu sekali, padahal benda tu sikit and dia tengah pregnant. Dan seperti manusia juga, anak kucing tu makan sorang takde pun nak pelawa mak dia makan. Hampeh.

Aku janjila pada diri sendiri, malas dah aku nak marah² kucing ni. Aku bagi je la apa yang ada dan harap diaorang tak kotorkan sangat rumah aku yang dah sedia kotor tu..
___________

Sedih dan Kecewa

Inilah akibatnya terlalu bersemangat menyokong satu team..

Masa inilah aku perlukan PS3, lepaskan geram main bola level paling senang dan belasah team yang kalahkan team aku.. Arghhh........

Umar dan Perempuan

Hidup Umar Zakwan dikelilingi dengan ramai perempuan..

Adik beradik Liza ada 5 orang perempuan.
Adik beradik aku pun ada 5 orang perempuan.
Adik Umar perempuan.
Umar ada 3 orang sepupu dan semuanya perempuan.
Di nursery Umar 85% adalah perempuan.

Diharapkan dia membesar sebagai lelaki yang gagah untuk memprotect perempuan-perempuan dan tak terinfluenced dengan benda-benda perempuan. Diharapkan sifat Ultraman yang gagah melawan raksaksa ada dalam diri dia sampai bila-bila.. Amin...

Ok pendek je..

Akhirnya aku ada benda nak cakap pasal World Cup.. Sebenarnya aku memang tak puas hati Italy menang World Cup 2006. Sebab? Masa lawan Australia 2nd round tu Fabio Grosso berlakon dapat penalty. SEKARANG AKU SANGAT PUAS HATI!! ITALY DAH TERKELUAR!! HAHAHA..


Aku masih sokong England, ditambah dengan South Korea, tapi aku suka jugak kalau Argentina menang sebab macam hebatla Maradona menang as player and as coach. Sekian.

Saya Penat

Aku selalu nyanyi lagu merepek untuk dodoikan Nawal. Ni masa Liza nak makan mandi semuala bila aku balik kelas sebab biasanya Nawal ni malam-malam kalau dah sumbat susu memang dia terus lelap tak payah dodoi². Bila lagu-lagu masyarakat dah habis, aku nyanyi lagu ciptaan aku. Ni yang favourite.

Nama abang saya Umar Zakwan, nama saya Nawal Zahrah,
Saya tinggal dengan mama ayah, Abang Umar tinggal dengan Opah...

Biasanya sebelum part "tinggal dengan opah" tu Umar akan berlari tutup mulut aku, atau kalau tak sempat dia akan cakap TAKNAKKKKKKK....
___________
Korang bayangkan ye, orang boleh beli nombor kereta dengan harga 65K. Tau tak 65K tu boleh mengubah hidup aku sekeluarga kalau aku tetiba dapat? Orang tu main buang je duit sebanyak tu mcm tu je. Gila betul..
__________
Idris Jala: M’sia must cut subsidies, debt by 2019 or risk bankruptcy

The Government plans to build a new Parliament building costing RM800mil in Putrajaya and preserving the existing one as a heritage building.

A total of RM37.7 million in taxpayers funds were spent on government projects and programs during the Sibu by-election, Prime Minister Najib Abdul Razak said in a written parliamentary reply today.

Bankrupt konon.. Pundekla..
____________

Liza Dan Psychology

Biasa kalau Umar nakal memang aku akan marah and kalau dah marah sangat aku pukul.. Dia menangis, aku pujuk, lepas tu esok lusa buat balik..

Tapi cara Liza adalah sangat lain dan pada aku lagi kejam. Dia akan marah dulu, kalau tak dengar, dia akan ignore Umar tu. Tak tegur, tak apa. Biarkan je dia sampai Umar sedih, lepas tu bila sedih dia akan cakap.. 'Uu kesiannya, sedih.." and so on.. Liza ada advantage berbanding aku. Setiap kali nak tidur Umar kena main rambut Liza, kira macam budak kecik dulu-dulu ada bantal busuk, kain busuk. So dia takkan dapat rambut.

Cara psychology ini adalah sangat berkesan. Kalau kena pukul budak meraung, tapi dengan cara ni Umar akan sedih di bahagian dalam yang aku yakin hati dia macam kena hiris². Jenis termenung lepas tu air mata menitik, lepas tu tutup muka dekat bantal. Aku tengok pun sampai kesian. Tapi ego jugak si Umar ni, aku suruh salam mintak maaf dia taknak.. Benda ni hanya akan settle bila Liza nak sembahyang.. Aku tak tau kenapa tapi everytime kitaorang nak sembahyang si Umar ni mesti nak salam, peluk and cium. So masa tu dia berlari lepas tu peluk mama dia.. And aku rasa dia dah tak buat dah benda yang Liza larang.. Kalau buat pun jaraknya lamala..

So sila belajar psychology. Haha..
____________
Aku ingat aku ni dah jadi husband yang baik dah, sekali last week ada sorang mamat ni cakap, dia baru sambung balik belajar, dia break 2 SEMESTER sebab wife dia pregnant and bersalin.. Hahah..
_________
Kadang-kadang bila kita down sangat kita takde nak apa sangat. Cukup setakat dapat pelukan.. Peluk kuat-kuat sampai mata terlelap. Tak payah cakap apa, tak payah tengok muka pun.. Cukup..

Kereta Idaman Saya

Kelisa

Pada aku, kelisa adalah kereta yang paling best di dunia. Size dia yang kecik tu dengan seat dia yang bebetul relaxing adalah kereta yang paling sesuai untuk aku pergi KL pada waktu petang-petang. Kira untuk aku seorang diri pergi ke tempat sesak, yang susah cari parking.

Honda City
Kereta ni pada aku sangat sesuaila untuk aku empat beranak. Kalau nak ke Melaka makan angin, kereta ni aku rasa agak selesala. Nak ke Keramat, nak ke Alamanda bila Umar ajak or even ke mana-mana sahaja aku rasa macam sesuaila kut.

Grand Livina

Kereta ni aku suka untuk balik kampung masa musim buah. Jenis mak aku ni, kalau ada buah kitoarang kena bawak balik. Kadang² kena bawak balik untuk adik beradik yang tak balik, dan macam kes aku kena bawak balik untuk family Liza. Bayangkan durian satu guni, rambutan satu guni, habis rosak absorber kereta Wira aku sekarang. So pada aku kereta ini sangat practical untuk balik kampung dan bawak buah-buahan.. Atau bawak pokok bunga ke..

Modenas GT128
Aku nak motor ni semata-mata nak bawak pergi kerja.. Jalan Bangi Lama ke Semenyih ni, in fact jalan area rumah aku tu memang macam jahanam sampai semua kereta orang pun dah nak jahanam.. Motor ni boleh jimat belanja..

Ni realistic targetla.. Kalau ikut hati mestila aku nak cakap Kelisa ganti dengan Mini, City ganti dengan Civic Type-R dan Grand Livina ganti dengan Harrier. Tapi GT128 tu memang aku nak tak kira walau dah jadi jutawan sekalipun.. Hehe..

Berangan..


Ok, aku memang suka plan awal-awal apa benda aku nak buat. Awal yang maksudnya memang awal melampau. Baru-baru ni aku terfikir apa nak buat lepas habis belajar nanti? Aku hanya akan ambik Master bila anak-anak aku dah masuk sekolah rendah, atau masa umur aku 35 tahun. Aku tak rasa aku ambik MBA kut, kalau aku ambik, aku ambik Multimedia jugak.

Yang aku pasti masa tahun pertama aku nak berehat. Balik rumah, main game, main dengan anak-anak. Mesti macam tak seronokla bila takde benda yang nak di aim. Aku rasa aku ada dua tiga option.

1) Masuk kelas music - Guitar or Piano.
2) Masuk kelas senaman - Taekwando atau Kickboxing
3) Pergi belajar 3D secara intensif. Belajar sendiri slowla. Kalau ada kelas-kelas ni laju sikit kut. (ni sebagai persediaan nak ambik Master, sebab aku tak reti-reti lagi 3D ni)

Kira adala kut benda nak dicapaikan? Kalau macam Piano tu ada grade² dia, kalau taekwando tu ada belt² dia. Ye masa kecik aku tak merasa benda-benda ni, so biarla sekarang aku nak merasa.. Haha.. Kalau takde benda-benda ni mungkin petang-petang aku boleh jogging setengah jam, weekend pulak bawak basikal.. Kalau aku campur pulak puasa dua kali seminggu sure boleh kurus kering ni..

Tengokla nanti..

Saat² PS3 itu hampir berada di dalam genggaman aku..

Sebenarnya dah ada 2 kalila PS3 yang aku idamkan tu hampir aku dapat. Tapi memang obviousla tak dapat sampai aku dah tak percaya pada orang, pada IT systems, pada online auctions and pada segala²nya, pada sesiapa manusia pun dan memang lepas benda ni jadi aku memang tak berharap pada apa pun..

1) Kawan lama

Aku ada kawan lama. Baru-baru ni aku nampak dia selalu pergi online auctions and dengan modal berbelas ribu memang SEMUA barang yang dia bid dia menang lepas tu dia jual pada orang. Buat duit cara macam tu. So since dia used to be kawan baik yang jenis buat group assignment sampai tidur² rumah dia, mak dia pun aku kenal, aku cakapla kat dia, boleh ke tolong bidkan PS3 tu, nanti aku bayarla half of original price. Harga PS3 RM1299 so aku bayar dalam RM650 macam tu. Dia cakap OK dan start hari tu aku monitorla webpage auctions tu dengan riang hati sebab aku tau dia boleh menang punya. And betul lepas tu dia menang PS3 tu dan aku sangat excited menunggu..

Sebulan lepas tu dia YM aku dia cakap.. "Pizli, I nak jual PS3 tu RM1200? Nak tak?"
Aku cakapla.. "Eh mana boleh, hari tu janji half price.. Takpela you jualla kat orang lain.."

Takde reply.. So aku pun gunala duit tu untuk bayar yuran sekolah hahaha, and takdela bertegur sampai sekarang.

2) Bid sendiri

Ok apa yang aku buat ni memang bodoh. Korang jangan ikut. Bila kawan aku buat aku macam tu, aku try bid sendiri kat web auction lain tapi modal kecik. Aku start monitor benda tu dari office, cukup 5.30p.m aku pecut balik rumah, aku ignore satu rumah and aku monitor auction tu sampai pukul 1 pagi. Lepas tu aku dah tak larat sangat sebab tak mandi apa, lepas tu aku tidur. Aku bangun dalam pukul 4 pagi and tengok balik auctions tu tengah ada dua orang lawan bid. Sampaila seorang ni dah give up dan berbekalkan bids yang masih banyak lagi aku pun nak masuk lawan sorang yang tinggal tu. Sekali bila aku tekan button bid tu tak boleh, takde respon langsung. Dan aku nampakla dia tulis.. GOING... GOING... GONE.. Depan mata aku sendiri, benda yang aku bersusah payah monitor dan tunggu dari pukul 12 tengahari semalamnya terlepas macam tu saja, padahal bids aku banyak lagi.. (kira orang modal kecik ni tunggu masa yang sesuaila nak bid, bukan main lawan je and masa ni aku tak peduli halal haram)

Pengajaran di sini jangan percaya sesiapa, jangan percaya pada apa benda sekali pun. Dan jangan OBSESS dengan sesuatu benda. Kalau nak beli barang beli je kat kedai, jangan beli online dah sebab semuanya penipu.. Selain dari dua benda kat atas ni aku baru kena tipu beli perfume imitation yang orang tu cakap original tapi jual murah.. Nak murah punya pasal aku kena tipu, aku sakit hati..

Nak apa-apa kumpulla duit kalau benda tu mahal.. Takde perfume tak mati, takde PS3 pun tak mati..

Babi punya cina perfume.

YM dan Seks (25SX)

Kawan sekolah aku yang baru baca blog aku kata aku sekarang banyak cakap, tapi sebenarnya dalam kehidupan realiti sehari aku tak cakap lebih 10 ayat pun kat office ni.. Masa lunch je cakap banyak.

Aku ramai kawan online dan biasanya kitaorang sembang guna YM atau GTalk. Bagus dua benda ni sebenarnya, sebab kadang² bila cakap berdepan orang macam tak boleh luahkan sangat. Macam aku ada blog kira okla. Tapi kadang-kadang orang ada blog pun tak boleh tulis semua, sebab ada orang yang diaorang taknak baca pun baca jugak. And bila jadi benda macam ni, memang dua benda ni la yang banyak membantu. Tapi korang perlukan a good listener macam aku jugakla kalau tak, hampeh jugak..

Tapi hari ni aku nak tulis pasal kegunaan benda ni berkaitan seks. Sebab bila kita cakap pasal seks secara depan-depan orang cakap sexual harrasment.

Contoh 1

Kadang-kadang orang stress pasal kerja dan kita dah tak boleh nak suruh dia bersabar, sebab dia pun tau kena bersabar tapi tak boleh bersabar lagi dah.

Awek 1: Pizli, tolong aku Pizli.. Aku stress sangat ni, benci gila aku dengan boss aku.
Aku: Macam ni.. Kau balik rumah kau bogel lepas tu baring atas katil, jangan selimut², kau bogel je.. Sure hilang stress..
Awek 1: Hahahaa..

Nampak tak dia boleh ketawa padahal kalau aku bagi suggestion depan-depan sure dia tampar aku terus.

Contoh 2

Bersembang lelaki sama lelaki.

Mamat 1: Aku dapat wallet je Pizli hadiah anniversary..
Aku: Tapi malam ni dapatla seks ganaskan?
Mamat 1: Seks ganas?? Dapat seks je pun aku dah bersyukur Pizli oi...

Nampak tak betapa opennya conversation ni.

Contoh 3

Perempuan dan masalah seks bersama boyfriend.

Awek 2: Pizli, boyfriend I tak suka I on topla, apa masalah dia ye?
Aku: Ha tak taula...

Kat Malaysia ni lelaki perempuan tak boleh sembang macam ni kat kedai kopi. Percayalah.

Contoh 4

Pengedaran bahan lucah.

Mamat 2: Pizli kau dah ada video Ariel and Luna Maya main tak?
Aku: Takde..
Mamat 2: Aku bagi kat kau ye?
Aku: Eh aku mana ada masa nak tengok, office and rumah pun tak clear, taknakla..
Mamat 2: Takpe-takpe aku hantar je dulu..

Tengok, dengan YM orang boleh bersungguh-sungguh nak bagi aku bahan lucah padahal aku taknak pun sebenarnya. :-|

Random & miracle will never happen

Sebenarnya aku dah buat post untuk auto-publish malam ni, tapi lepas tu aku rasa dah tak relevan dan mood aku pun dah tak betul aku delete je la. Ni random² benda je..

1) Hari tu aku ada buat post ketuhanan pasal rezeki, konon kalau rumah takde rosak apa² tu kira rezekila tu, sekali dua tiga hari lepas tu pelampung tangki rumah aku rosak dan longkang kat bilik air bawah ni tersumbat.. Arghh malas dah aku post baik² ni.. Aku patut teruskan dengan kebencian dan kemarahan je...
2) Yang membawa kepada aku ingat pagi tadi aku lupa tutup paip tangki masa mandi lepas tu aku ponteng first class subject ni sebab nak bergegas balik.. Rupa-rupanya aku dah tutup.. Hampeh..
3) Nawal semalam dah selsema, baru berapa hari pergi nursery..
4) Aku tak suka orang tipu aku buta-buta.. Macam "Eh aku call kau, kau tak perasan ke?" Kalau kau betul call surela ada missed call.. Kan aku dah will never look at you the same way again..
5) Dulu aku selalu masuk contest dan aku kan suka berangan, so bila tak menang aku mengamukla.. Liza selalu cakap kat aku jangan berharap and sekarang aku dah boleh dah buang perangai berharap tu..

Ada benda-benda yang mustahil untuk kita dapat. Macam sekarang kan musim World Cup, dengan iklan Maxis pasal bolasepak dulu-dulu yang buat aku menitik airmata, sure kita rasa nak Malaysia main kat World Cupkan? Rentikanle.. Sebab dalam segala benda pun miracle will never happen my friend..

Update anak-anak dan ketidakfahaman dengan sesetengah manusia bersemangat..

Aku: Umar ni bagus, pandai tapi..
Umar: Nakal sikit je...

Alhamdulillahla pada aku si Umar ni boleh jadi abang yang bagus. Dia tak pernah jealous dengan adik dia langsung. Ada sekali tu dia saja nak manja² dengan aku dia mintak aku dukung pergi bawah. Sekali adik dia nangis. Aku cakap "Boleh tak kalau Umar jalan and ayah dukung adik?" "Ha boleh je" dia jawab. Tak marah langsung adik dia.. Setakat ini la..

Kadang-kadang malam-malam aku lepak dekat bilik dia. Dia sibukla berceritala..

Umar: Tadi dekat school Umar makan mee.
Aku: Sedap ke?
Umar: Ha sedapla Lisa masak.. lepas tu dia bukak computer Umar..
Aku: Lisa masak? Computer?
Umar: Ha ye la Lisa masak, lepas tu makan macam ni macam ni... Lepas tu dia bukakkan computer Umar..

Rupa-rupanya bebudak tu main masak² lepas tu berlakon main computer kut.. Aku senang hatila kalau bebudak tu suka ria, takdela sedih-sedih pergi nursery tu...
____________
Aku betul-betul tak faham orang yang sanggup nak panjat gunung, nak pusing seluruh dunia naik motor bermati-matian (mengalami kecederaan serius termasuk melecet teruk di kaki, terbakar di muka dan reput fros di jari tangan). Konon²nya nak mengharumkan nama Malaysia. Lepas tu bila takde orang nak sponsor setiap update dia dalam so-called mission mengharumkan nama negara ni mesti ada tulis:

Beliau menggunakan hampir kesemua wang simpanannya bagi merealisasikan projek itu kerana tidak mendapat sebarang penajaan daripada mana-mana syarikat korporat walaupun memohon beberapa kali.

Wei Dol, siapa yang nak sponsor benda merepek macam tu.. Baik diaorang sponsor orang susah lagi elok. Lu nak pergi, pergila.. Kalau orang taknak sponsor tu lu diam²la.. Takde siapa peduli pun. Well at least pada akula, aku tak peduli dan tak rasa pun nama negara harum.

Dua perkataan: GILA GLAMOUR!!

(referring to post aku yang kat bawah tetiba aku rasa macam cakap kat diri sendiri dua perkataan tu)

Masihkah kau ingat?

Ingat tak dulu aku masuk contest.. Silalah tengok ni.. Hahahaa..

Kalaula hadiah dia Free phone line seumur hidup ke, IPhone ke, PS3 ke, duit ke at least, kan ke best?? Ok jangan ketawa, tapi nanti adala kut muka aku dekat online banner company ni (itu jela hadiah dia pun).. Eh terima kasihla kat korang yang vote! Tak.. jangan risau, aku takkan jadi macam Mawi mintak orang lain undi lepas tu lupakan orang yang undi dia.. Lagipun benda ni tak boleh buat aku jadi kaya macam Mawi.. Hahaha..

P/S - Gambar orang lain saje aku hide.. Takut kena saman ke apa ke pulak nanti..

Bola Sepak dan Institusi Keluarga Tahun 2010

Kalau korang perasan iklan World Cup yang Lampard & Messi datang rumah tu, wife orang tu yang bagi keputusan samaada husband dia boleh susbcribe (kut) Astro Beyond/Sports Package. Kalau orang zaman dulu tengok mesti cakap, apahal ni wife dia yang decide? Kenapa husband dia kena mintak persetujuan wife dia??

Ye tuan² dan puan², aku rasa zaman sekarang kalau husband and wife bekerja, memang wife ada hak.. Ke wife tu yang lebih berkuasa? Haha.. Betul, kepada perempuan baikla korang kerja supaya korang ada kuasa ni.. Nanti kalau husband menanggung semua, korang tak boleh cakap apa.. Macam mak aku, dia kerja ladang sawit tu sekali, dia ada hakla nak beli itu ini.. Bapak aku redha je la..

Benda ni sebenarnya bagus, sebab kalau semua benda berkongsi keluarga jadi bahagia, takde sesiapa yang ego.. Tak percaya cuba korang beli sebungkus nasi kandar masa tengah kebulur dan kongsi berdua, itu lagi nikmat dari makan sebungkus sorang.. Tryla..
___________
Dilemma World Cup ni pulak, kadang² isteri, girlfriend atau perempuan simpanan tak berapa faham kenapa yang orang lelaki ni sibuk sangat dengan bola.. So biasanya orang lelaki akan bersyukur kalau pasangannya reti dan faham tengok bola.. Dalam kes aku, nasib baik Liza tau pasal bola dan used to be peminat bola..

Dia dulu tu penyokong Liverpool.. Tapi lepas dah berkahwin ni kurangla sikit.. Dia masih kenal Veron so aku rasa last dia tengok bola dengan bersungguh-sungguh tahun 2005 macam tu kut.. Dia minat Michael Owen so itu pasal dia sokong Liverpool.. Email address pun hasliza10, nombor 10 tu nombor Owen.. Ooh sekarang aku terfikir, maybe dia stop tengok bola lepas Owen tak main Liverpool kut..

Tak kisahla janji aku boleh layan bola dengan wife aku.. Kalau balik Keramat layan bola dengan mak mentua aku.. Senang hidup, ok bye anak aku dah menangis and Liza ni sibuk nak memasak.. Bye.. Institusi keluarga punya pasalla ni!!

World Cup Poser!!

Seperti biasa sebelum start football matches, especially bila dia involves huge football tournament such as World Cup, EURO etc TV stations akan interview so-called football fans yang berkumpul dekat mana-mana untuk tengok dekat screen besar.. Fine.. Aku terima itu sebagai tradition...

Malam tadi diaorang pergi interview yuppies dekat Souled Out.. So semuala pakai jersi beria.. Semangatla nak tengok konon-kononnya.. Sekali bila orang tu interview nampak sangat semua orang tu bukan tau pasal bola pun.. Semuanya poser...

Maksud scoreline pun tak tau.. Bagi yang tau, jawab.. "One - Zelo", "Two - Zelo".. Zero kepala hotak kau!! Dalam sports orang refer kosong sebagai Nil.. "One-Nil", "Two-Nil".. Menyampah gila aku tengok.. Aku takdela salahkan orang-orang ni sangat sebab ramai sebenarnya poser yang nak merasa bahang World Cup.. Aku salahkan Astro.. If you want to interview, interview the right crowdla.. Nak tau kat mana crowd yang betul²? Mamak Restaurant!!

Note to Astro:

If you want to meet real football fans please go to Mamak Restaurant for you pre-matches interview. I believe there are a lot of mamak stalls/restaurants in Bukit Jalil and Seri Petaling so you don't need to go all the way to Seri Hartamas..

Rezeki & Penampar

Benda yang paling aku suka ialah bila benda best yang tak disangka² jadi kat aku.. Yang memang tak disangka langsung.. Kalau korang ingat dulu aku ada tolong kawan aku designkan dia punya botol cili sos. Ye, dia adala cakap dia nak bayar tapi bab kawan-kawan rapat ni takdela aku berkira sangat. So aku macam abaikan je la dia cakap dia nak bayar tu.. Dan aku dah lupa terus pasal benda ni..

Sekali tadi lepas makan, dalam kereta dia hulur aku duit cakap untuk benda tu.. (terima kasih banyak A.H) Korang bayangkan betapa happynya aku.. Ok, esok aku nak ke Alamanda beli barang sikit sekali benda² macam ni terjadi.. Kan ke best gila?? Hah ada lagi tak orang² nak buat kejutan best macam ni kat aku?? Haha..

Hari tu aku ambik upah buatkan assignment budak kelas aku.. Dia cakap dia tak boleh bayar awal bulan hari tu sebab duit dah terpakai (macam²la manusia ni).. So harap masa dia dah ada duit tu nanti dia bagi masa aku tak expect langsung dia nak bagi supaya excitement macam ni ada selalu. Ok jangan ingat aku kaya raya pulak buat benda-benda macam ni. Ni runcit² je bak kata kutu Kuala Lipis hehe.. Runcit tapi best!!
_____________
Korang mesti pernah rasa nak tampar orangkan? Macam aku kalau rasa nak tampar orang pun kena ada sebab yang logik, rasa je.. takdela tampar bebetul pun.. Antara sebab aku nak tampar orang ialah bila aku tengok orang tulis benda macam ni kat Facebook:

Dengan orang yang like tu pun aku rasa nak tampar..

World Cup

Malam esok World Cup bermula..

Ye, sebagai peminat sukan, World Cup adalah acara-acara yang aku nantikan.. Kalau dulu aku mesti tulis SANGAT-SANGAT NANTIKAN, tapi sekarang relax sikit. Aku seperti biasa mestila menyokong England sebab aku kenal semua player dia dan tau macamana diaorang main..
Tahun 2002 dulu best sebab buat kat Asia.. Balik kelas je tengok.. Sekarang game mesti malam, so tak tau la lagi.. Tengok weekends games dengan game England je la kut.. Sekarang semua benda pun nak relate dengan World Cup.. Sampai ke PS3 pun jual World Cup package.. (ye aku hari-hari tengok promosi PS3, tapi takde pulak dia promote nak jual harga PS3 tu RM100 so tengok-tengok dan berangan je la. Haha..)

Bayangkan, korang ada ni tambah extra satu controller. Perghh.. Kalau aku ada sure Umar tak tanya aku hari-hari "Bila ayah nak beli game?" Hahaha... Ooh kalau korang mampu dan nak beli online boleh beli kat sini, free delivery: - SONY STYLE (promote free lagi)

Kepada isteri-isteri bagilah peluang kepada suami layan.. Bukannya setiap tahun pun.. Kalau dulu aku rasa sampai nak bergaduh pasal "bakar-bakar" pasal bola.. Sekarang dah ok kut.. Apa-apa pun kawan², semoga team anda menang dan janganla gaduh-gaduh macam budak kecik pasal bola..
_________
Kepada kawan online saya yang sorang tu, lagu ini dituju khas untuk anda, sekian terima kasih..

Suatu ketika dahulu...

Post ini dibuat sebab sangat jealous dengan enty si Kerch.

Dulu masa rumah ni dalam pembinaan, aku dan Liza sukala datang melawat tengok progress.. Ada sekali tu aku perasan dekat belakang rumah ada tanah kosong.. Sejak hari tu aku dah berangan dah.. Aku nak tanam macam-macam dan buktikan pada masyarakat tangan aku ni sejuk jugak.. Green fingers ke orang putih cakap?

Elok je pindah bermula lah episod aku start berkebun.. Beli biji benih, perkakas, bawak kayu dari kampung etc.. Semangat tinggi melangit.. Tahun 2006, Umar pun takde lagi.. Memang ini je tumpuan aku.. Ok selain Lizala sebab masa ni la zaman berdua-dua²an.. Bayangkan rumah kosong dan kitaorang berdua duduk sama dengan ikatan yang sah.. Kitaorang.. Ok sudah lari tajuk, korang stop berimaginasi...

2006

Nampak tak aku susun papan tu kemas², tanam pokok cili, ulam apa benda ntah, pokok terung, kalau close up tengah ada buah dan pokok tomato.. Dekat belah kiri tu pokok serai yang masih ayu.. Pada tahun 2010 pokok tu dah serumpun membesar mcm tiga pemeluk orang dewasa.. Aku tertekan sebab semak dan aku dah buang..

Ye tuan-tuan dan puan-puan, sila lihat - pokok cili, pokok pandan, pokok kesum, pokok terung buah sampai tak termakan dan pokok kari.. Masa ni memang aku berbangga dengan diri sendiri.. Macam berjaya buktikan aku ni petani di tengah pekan.. Tengokla tanah yang tiada semak samun itu..

2010

Bayangkan semua itu jadi semak samun macam gambar atas ni dekat belakang rumah aku.. Kalau jiran aku tengok mau dia cakap, apa dah jadi dengan manusia ni?? Dulu bukan main, sekarang dah jadi macam tempat biawak membiak sampai aku pun tak sanggup nak ambik gambar.. Tapi lepas tengok post Kerch semalam, aku rasa bersemangat balik nak start.. Nanti tunggula hasilnya.. Sekarang aku bercucuk tanam depan rumah, takdela benda yang boleh dimakan, daun kari dengan daun pandan adala.. Pokok cili pun kecik lagi... Yang lain semua pokok bunga, limau kasturi berbunga pun tak lagi..

Nawal dah start pergi nursery..

Ok, hari ni kitaorang start hantar Nawal pergi nursery & Umar sekalila ikut lepas bercuti 2 bulan.. Macam biasa, mestilah aku sedih kan kecik sangat lagi si Nawal tu.. Dahla dia susah nak bagi minum susu botol..

Dulu masa Umar, ada kakak office ni cakap kat aku.. "Pedulikan je anak-anak tu, kalau fikir sangat nanti memang sampai bila tak senang hati.." Sekarang aku tengah guna approach tu.. Aku harap diaorang berdua dijaga dengan baik dan anak aku dapat menyesuaikan diri dengan environment baru...

Macam Hafezh cakap hari tu masa aku sibuk study tak terlayan bebudak tu.. Pedulikan diaorang, aku buat benda ni semua untuk diaorang jugak.. Aku harap okla semuanya...

Sebenarnya, aku lagi berharap kalau gaji aku besar dan Liza boleh berhenti kerja terus.. Lagi senang dan seronok.. Nak try berniaga online, tapi tak tau apa benda nak diniagakan pun.. Itulah masalah terbesar! Dulu aku try asyik problem je.. Entahla...
____________
Aku berharap sangat Umar jadi engineer.. Tapi dengan gaya semalam aku rasa dia lebih kepada computer jugakla kut sebab skill computer dia dah tinggi.. Semalam masa pasang cot adik dia, tangan tersepit sikit terus mengadu, macamana nak buat kerja kasar ni??

Orang-orang yang memang patut mati dan hilang dari muka bumi

Kepada makcik pakcik, orang alim dan sesiapa yang tak suka bahasa kasar sila close browser/tab anda sekarang, jangan baca..

Ada jenis-jenis orang yang aku betul-betul benci.. Yang aku harap diaorang mati atau kalau boleh aku nak bunuh sendiri je dengan tangan aku ni.. Tapi aku dah lama tak buat kerja sawit so macam tak yakinla dengan kekuatan sendirikan.. Arghh pedulikanla tu semua.. Ni aku dah lama simpan dalam hati.. Sebab aku tak luahkan face to face? Anggap je la aku nak jaga hubungan diplomatik.. Tapi aku tak sure sampai bila boleh bertahan.. Once aku dah tak tahan benda akan jadi buruk.. Dulu aku pernah buat orang tukar college terus dari KL pergi Seremban..

1) Orang yang hisap rokok tapi bukan beli rokok sendiri.. Pau orang je..
Ni adalah sejenis dajjal yang aku dah jumpa sejak sekian lama.. Buat-buat tertinggal rokokla, rokok dah habisla.. Woi babi, kalau takde duit, janganla hisap rokok.. Bangsat punya orang.. Sengih-sengih ingat aku suka ke ha sial??? Kalau sekali sekala okla.. Ni dah jadi kau punya ritual pulak everytime jumpa aku..

2) Orang yang ada kereta tapi bila time makan tumpang kereta orang lain..
Lepas tu bila dah rasa bersalah tumpang orang ni je, sanggup call orang lain pulak, pusing² call satu company cari orang nak tumpang tapi kereta kau tu terperap je kat situ bertahun-tahun takde orang pernah tumpang pun. Nak jimat minyak?? Pundekla lu, habis tu orang lain taknak jimat minyak?? Kau ni memang elok mati.. Ingat untung kau je.. Tembolok kau je anjing!!

p/s - kepada kawan² yang takde kereta yang aku mesti ajak korang teman aku makan, sembahyang etc.. MEMANG AKU IKHLAS, sebab korang naik motor.. And seingat aku, masa korang bawak kereta datang office memang korang ajak aku pulak tumpang korang dengan senyuman.. Itu adalah sifat terpuji dalam dunia ini.. Aku tak berkira langsung.. Jangan terasa dengan ni.. Ini dituju kepada babi yang ada kereta tapi kedekut lebih dari babi!!

3) Orang yang sihat tapi jadi pemintak sedekah, jadi mat pau, mintak duit tanpa rasa malu...
Dekat stesen LRT biasanya.. Aku betul-betul harap korang mati dalam keadaan yang paling menjijikkan sekali.. Aku tak pernah kenala lagi, tapi aku sekarang nak cari benda kat atas tu.. Nama dia buku lima.. Aku letak dalam poket aku, lepas ni aku taknak cakap banyak.. Aku hayun..

Pergi matila korang semua.. Berambus la dari hidup aku..

Ya Allah Ya Tuhan.. Aku exactly berdoa setiap sembahyang jauhkan diri aku dan family aku dari benda² laknat macam ni tapi kenapa benda² macam ni jugak yang kau uji? Pleaselaa.. Aku ada tengok orang berdoa kat facebook, aku nak try berdoa dekat blog kut boleh makbul..

Tapi serious lega walaupun tak menyelesaikan problem, tapi dapat luahkan kat sini pun jadila..

Wooohoooo....


Ok².. Apa yang aku impikan jadi kenyataan.. 3 subjects aku yang tinggal tu ada offer short semester ni!! Bermakna, next semester aku hanya tinggal project, lepas tu buat practical 3 bulan (di company ni haha)... Bermakna jugak next semester aku hanya perlu datang sekali seminggu.. Ke sekali sebulan, itu aku tak sure.. Tapi maksudnya satu je.. BEBAN DAH KURANG!!

Masalahnya satu je la.. Liza kena bersabar dah berpenat lelahla semester ni.. Dia baru start kerja balik, dengan anak masih kecik pulak tu.. Tapi aku rasa sekarang ni masa cepat gila berjalan.. So aku harapkan Liza dapat bertahan.. Anak-anak berperangai baik dan harapnya sihat.. (aku rasa takpe kut sekali sekali skip kelas kalau nak tolong Liza.. Tapi dia mengandung 9 bulan, bersalin normal tanpa epidural boleh je, takkan ini tak boleh kan? Haha)

Aku perlukan doa korang je untuk semua tu.. As for aku korang jangan risau, aku dan cabaran dah lali dah.. In fact masa pergi register tadi pun seksa hari hujan padahal 3 hari panas terik.. Takpe.. Kalau aku nak bantuan pun maybe dari segi kewangan tapi takkanla aku nak jadi cyber beggar dengan letak nombor akaun Maybank aku kat sini kan? Haha..

Ok doakan Liza dan anak-anak aku tak stress!! Aku sudah nampak sedikit cahaya di hujung terowong itu.. Ayat..

Eh alamak, habis tu takdela jumpa budak hindustan lagi??? :-(

Photobook & EOE Online - Print Gambar Secara Online

Ok, bila korang dah ada digital camera, tak kirala DSLR yang paling power atau camera cikai macam camera aku korang mesti nak printkan? Walaupun teringin kadang² macam kes aku terbiar je dalam computer bertahun² sebab takde masa nak pergi kedai, ke sebenarnya memang malas nak pergi CUCI gambar.. Sebagai pemalas sekarang kita tak payah risau lagi.. Mari aku memperkenalkan services memprint gambar dan membuat photobook secara online..


Di sini, korang boleh print gambar dengan cara mengupload gambar korang ke server diaorang dan dalam masa beberapa hari gambar korang akan dihantar ke alamat yang diminta. Sekarang dia ada promotion. 4R 30 sen dan 5R 50 sen!! Tak pernah² aku print 5R hari tu print 5R terus. Boleh bayar guna Maybank2u dan beberapa lagi cara. Korang download softwarela diala, senang sikit cerita..


Ini adalah benda yang terhebat dalam dunia memprint gambar.. Korang cuba bayangkan, gambar yang korang ambik, korang jadikan buku bergambar yang mana korang boleh letak border, text sesuka hati korang pada gambar tu.. Buat jalan cerita bergambarla kiranya.. Kualiti yang bagus dan dia akan bagi software untuk korang design buku korang. Dia jugak ada siapkan template. Katakan korang nak satu page tu ada 10 gambar, korang drag je template tu lepas tu drag gambar ke ruang yang disediakan.

Benda ni mahal sikit, tapi bulan Jun ni dia ada promotion less 40% dan free delivery. Aku cadangkan kepada semua, tunggu akhir tahun masa dapat bonus tu korang buatla.. Kira compilation gambar tahunan.. Click je pada link aku bagi tu.. Malas aku nak tulis panjang² bukan aku dibayar pun.. Oh, ok², nak senang dan faham apa benda ni sebenarnya tengok contoh kat sini.
__________
Kitaorang baru sampai dari kampung.. Somehow awan² dan langit kat Besout, Sungkai tu lagi cantikla dari awan kat KL ni.. Hahaha.. Ni gambar² di Felda Gunung Besout 1, Sungkai, Perak.

Matahari baru nak keluar di kampung aku..

Bunga Ros kebanggaan mak aku..

Bulan siang.. (camera tak boleh zoom jauh)

Pokok kelapa dah banyak, so satu mati takpe kut..

Pepatung yang lepas ambik gambar ni mati sebab terbang terlanggar zink.. Pelik betul...

Ultraman naik motor buat pertama kali, pusing halaman je..

Tengokla kegemukan awan-awan tu..

Dari dalam kereta, dekat Behrang kut.. Sampai Sungai Buluh ke atas dah tak cantik dah..

Si Penggunting Rambut Yang Menjatuhkan Saham Orang Sebanyak 50%

Hari tu adik aku ada tulis pasal masa kecik memang bapak kitaorang yang guntingkan rambut kitaorang.. Memang, datuk aku pun penggunting rambut dan perkakas dia diwarisi bapak aku... Last aku gunting rambut dengan bapak aku masa tahun 2003, itu pun sebab nak buat short video clip kehidupan di Felda..

Aku start jadi penggunting rambut masa form 5.. Gunting rambut budak, upah 2 ringgit.. Ada satu masa tu budak form 4 baru masuk, so trend botak tengah hangat.. Ramai bebudak cari aku, sampai satu masa aku dapat RM18 sehari.. Banyak woo masa tu RM18.. Aku main try je gunting, takde aku belajar secara formal.. Agaknya mengalir dalam darahla kut kemahiran gunting rambut ni...

Sekarang Umar pun aku guntingkan rambut.. Selalu aku trim je, sampaila baru-baru ni dia mengadu gatal kepala sebab rambut dah panjang sangat.. Aku belila machine.. Aku ingatkan kemahiran menggunting mengalir dalam darah dah cukup, sekali hampeh.. Dah tinggal berbelas tahun gunting rambut orang, baru sekarang nak try balik.. Aku dah menjatuhkan saham anak aku sebanyak 50% at least.. Sorry Umar, nanti ayah practice lagi..

Ni bukan Umar, ni 50 cent kuruskan badan untuk movie..

Ni rambut baru Umar, lebih kurang rupa dengan 50 cent tadi..
________
Esok halfday balik kampung, takde internet, takde post masa weekend..

Bila Company Itu Memang Mak Bapak Engkau Yang Punya

Orang Melayu ni kan tak bagi bisnes diaorang nak bisnes, bila dah bisnes tak buat betul²! Macam ada satu kes dulu mentang² mak bapak boss besar terus habiskan duit company.

Pagi tadi aku nak pergi renew lesen aku yang dah mati since hari Ahad.. So berbekalkan semangat yang tinggi aku bersiapla awal sebab nak sampai pejabat pos (ke mini pos/wakil pos) kat Bandar Seri Putera tu. Sampai je aku kat situ aku tengok dia padam tulisan bukak pukul 8.30 pagi, dia tulis pukul 9.30 pagi.. Sejam lambat tu!! Lepas tu aku tengok lagi nak renew lesen hari Khamis dan Jumaat je.. Samaada diaorang memang dah kaya raya ataupun memang pemalas.. Mungkinla dengan renew lesen diaorang untung RM0.50 je kut, tapi andai kata buat hari² dan bukak pukul 8.30 pagi mungkin boleh tambah pendapatan.. Kalau dah kaya pun taknak kaya lagi ke? Cukup?? Dah puas hati? Dan suka mnyusahkan rakyat tempatan??

Nasib baik pejabat pos Semenyih takde orang tadi..
___________
Aku memang ada masalah dengan rama-rama dan semut yang kacau pokok-pokok tanaman aku.. Agaknya sedapla kut daun limau kasturi aku tu ye anak rama-rama? Yang si semut ni seronokla kacau pokok bunga raya aku buat sarang, sampai rosak ranting dia.. Aku berdoa takde serangga kacau pokok cili padi aku yang aku baru tanam dua pokok tu, dulu aku tanam siap boleh bagi-bagi orang, lepas tu serangga² ni kacau aku nak makan pun tak cukup hari tu.. Dah mati dah pun pokoknya sebelum ni.. Ladybird tu pun satu!

Yang masih kecik..

Sederhana...

Yang dah tunggu masa nak jadi kepompong lepas tu jadi rama-rama.. Biasa aku transfer ke pokok yang daunnya aku tak peduli sangat atau kalau aku dah stress sangat aku pijak sampai mati.. Sorry aku memang tertekan dengan diaorang ni.. Rosak pokok aku.. Sepanjang tahun non-stop!

Si semut yang berusaha bersungguh-sungguh nak rosakkan ranting pokok bunga raya.. Arghhhhhhh...

Kalaulah aku boleh cakap dengan burung, dah lama aku bagitau kat pokok tu banyak makanan.. Ke ulat-ulat ni nak suruh aku pergi memancing? Jadikan diaorang umpan?

Israel, Subsidi, Sekolah dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Pasal budak makan tanah dan batu semalam bukan sebab bapak dia tak mampu.. Tapi sebab diaorang suka makan batu sebab rasa macam coklat.. Haih, newspaper ni boleh tak dapatkan fakta yang betul sebelum bagi laporan..

Sekarang ni lupakan pasal Yahudi dan Islam. Fikirkan yang mati tu manusia. M.A.N.U.S.I.A! Nyawa melayang macam tu je. PBB buat apa? Aku tak taula, benda-benda yang jelas macam ni takde siapa nak buat apa. Macam aku jugakla, aku setakat mampu tulis kat sini dan menderma je la kut. Doakanlah semua orang di muka bumi tak kira agama dan bangsa bahagia dan yang pentingnya aman damai.
____________
Ok pasal subsidi nak ditarik balik. Tak, orang kaya tak kisah. Orang miskin pun tak kisah. Yang kaya diaorang memang mampu. Orang miskin, diaorang memang tak guna benda-benda, contoh kereta dan tol. Yang kisah dan yang akan terkena orang² yang tak kaya tak miskin macam aku ni! Orang pertengahan, yang baru nak start hidup bekeluarga, yang baru start beli harta benda. Bayangkan Liza nak pergi kerja dengan petrol dan tol naik? Aku sedih membayangkan je. Gula kalau naik nanti makanan naikla. Susu anak naikla. Kalau petrol naik habisla semua benda naik.

Gaji? Ada tak naik selari dengan kenaikan barang? Mana ada.. Aku fahamla ramai jugak orang yang tak kisah demi negara maju sebab orang-orang ni memang tak kena and memang mampu pun.

Untuk jaminan tak buang subsidi dan nak suruh kerajaan buat sekolah dekat area rumah aku, aku ada 4 option:
1) Berusaha suruh orang area rumah aku vote BN dan mintak sekolah sambil ugut BN jangan buang subsidi kalau nak undi.
2) Paksa ADUN sekarang resign and buat by election yang mana kerajaan BN akan janji macam² dan mungkin diaorang janji tak buang subsidi dan buat sekolah.
3) Berusaha ajak semua orang satu Malaysia undi PAS dan berharap diaorang akan buat sekolah dan tak buang subsidi.
4) Dulu Liza cakap, kalau nak kawin dua aku kena beli rumah teres besar sebelah menyebelah. Apa kata daripada aku beli baik aku cari perempuan kaya, suruh dia beli rumah sebelah menyebelah tu yang areanya dah ada sekolah dan macam-macam. Contoh: Keramat! Sambil-sambil tu aku tak payah pun fikir pasal subsidi.. Hahah.. (Aku tak mintak ye, Liza yang tetiba cakap macam tu kat aku tanpa sebarang sebab di suatu hari yang tenang. Mungkin dia rasa aku ni patut dikongsi dengan orang lain.. Ke dengan tiga orang lain.. Haha)

Ok², agak² dari 4 option tu mana lagi senang agaknya?
______________
Ok, sila baca perenggan bawah ni dengan mood ceria.

Terima kasih kepada Auntie R.S kerana memberi saya resipi daging salai masak lemak cili api tu. Nanti ada masa saya try. Oklah Liza try buat, saya tak pandai masak lauk. Hehe.. Ooh, belimbing buluh tu dengar je dah kecur air liur.. Slurppp...