Masuk Ward

"Aku masuk ward untuk details check up kat Ampang Puteri"

-Malinn on behalf of Pizli

Doakan aku..

Esok aku nak pergi specialist.. Doakan aku takde apa-apa and doktor cakap, "Eh awak dah sihat sebenarnya ni!! Buat apa datang sini???" ye kawan-kawan? Apa-apa call aku je la..

Makan Sedap

Aku bertambah elok dan aku takkan update lagi pasal sakit aku ni.. Aku rasa sebab aku fikir sangat itu aku rasa ngilu², padahal agaknya aku dah lama sihat dan sebab depress, banyak sangat fikir, jadi macam sakit.. Entahla..

Aku harap pada 14hb August pukul 4 petang aku berada ditahap paling tip-top so that aku boleh bawak Umar pergi Meet the Fans session dengan?? ULTRAMAN di Mines.. Terima kasih Banos sebab call aku untuk bagitau bawak Umar dan terima kasih sebab suruh aku beli cranberry juice yang sangat mahal tu untuk sihatkan aku.. I LOVE YOU BANOS!!
_______________
Kita selalu dapat leaflet/flyers yang orang masukkan dalam peti suratkan? Aku ada tunggu satu benda ni dan tetiba benda ni masuk ke dalam peti surat aku hari ni.. Kelas taekwando.. Jumaat 8.15pm - 9.45pm. RM35 sebulan.. Aku bebetul tengah consider...
___________
Sebagai orang biasa aku dan keluarga tidakla makan sedap setiap hari.. Maksud aku, takdela makan special setiap hari.. Liza masak sedap je.. Sekali sekala, sebulan sekali makan special.. Tapi mestila yang special ni dipanggil makan sedapkan?

Kalau manusia pun dah macam tu, takkanla kucing pulak nak makan sedap tiap-tiap hari.. Tak bagi makan sedap seminggu dah lari, taknak datang jenguk rumah aku dah.. Pigidah..

Habis tu ni siapa nak makan?? Tak menyempat² tunggu aku gaji.. Gaji masuk baru boleh makan sedap!! Kau ingat kau ada pertalian darah dengan aku ke hari² nak makan sedap???

Anda Tahu Anda Seorang Pencacai Bila...

Bila ada events yang nak divideo recordkan, kaulah orang pertama yang dibagitau.. Tapi bila events tu cancel kau tak dibagitau langsung..

Yang lagi teruk ialah, events tu 40km away dari tempat yang kau sepatutnya bekerja dan untuk ke sana perlu bayar tol. Inilah yang terjadi pada aku hari ini.

Kalau aku sihat 100% takpe!!

Kalau Aku Kaya Episode 8

Kalau aku kaya bila ada lagu baru yang aku suka aku akan beli.. Kira biasa keluar singlekan? Boleh beli kat internet.. Aku akan beli.. Takdela lagu yang aku suka aku tunggu berminggu² untuk orang upload kat 4shared. Haha..

Nasib baik aku jenis tak download movie.. Eh manala tau kut nanti ada PS3 aku download movie and tengok through PS3 je..

Apa-apa pun kepada ahli seni, aku mintak maaf sebab download lagu-lagu korang.. Ala korang dah sedia kaya pun.. Hehe..
__________
Doktor bagi aku masa 3 hari.. Kalau tak ok jugak maybe pergi jumpa specialistla kut.. Kalau aku kaya dah lama dah aku pergi specialist sendiri.. Please doakan aku sihat hari ni jugak.. Amin..

Penghibur Hati

Semalam, aku sempat cukur kepala Nawal..

Pakai dress pink so that orang tau ini baby girl.. Tapi bukannya jalan-jalan pun.. Hehe..

Since ayah sakit, kita duduk rumah je la ye?

Sila fokus pada plaster luka tu.. Akibat degil, kaki luka - sakit, nangis, sedih, tertidur.. (Aman sikit rumah, bukan senang nak tengok budak ni duduk diam lebih dari 5 minit). Part yang paling best bila aku boleh reverse psychology dia..

Aku: Umar cuba lari dari sini sampai dapur..
Umar: Taknak.. (Nangis)
Aku: Umar.. Cuba lompat.. Dari atas kerusi ke bawah..
Umar: Taknaakkkkkkkkkkkkkkk...

Wahahahaa, macam kena tikam je menangisnya..

Muhasabah Diri

Since aku sakit tak boleh tidur baik aku tulis-tulis lagi..

Kadang-kadang bila kita ditimpa musibah kita fikir apa salah kita? Mungkin kita takdela jahat mana dan mungkin pada kita dengan Tuhan walaupun takdela perfect kita macam ok je, tapi kita lupa yang kita hidup ni bukan seorang diri je.

Mungkin kita ada buat salah:
1) Dengan orang lain..
2) Dengan binatang..
3) Dengan pokok-pokok..
4) Dengan anak-anak ke.. (asyik nak marah diaorang je)

Tadi Liza cakap kat aku: "Lain kali jangan marah-marah kucing..." Itu yang aku terfikir benda-benda ni.. Tapi serius, kucing tu mengada-ngada. Aku bagi 6 ekor ikan rebus untuk dia sampai aku tak merasa.. Semalam aku bagi ikan masin sebab dah takde benda langsung nak bagi, dia tak makan lepas tu dah tak datang pulak.. Tak bersyukur langsung...

Bila dah sakit-sakit ni aku tak risau pasal benda lain dah.. Pasal kelas ke, pasal hutang credit card ke.. Apa yang aku fikir aku nak sihat je.. Aku rasa bersalah sebab bila sakit kita biasanya akan menyusahkan orang.. Kesian anak bini aku kena jaga aku..

Apa-apa pun kat sini aku nak mintak maafla pada semua yang aku buat salah.. Aku jugak harap Tuhan bukakkan hati orang-orang yang aku pernah buat salah tu maafkan aku.. Mungkin jugak aku kena stop melawak pasal nak jadi tukang urut untuk wanita, marah-marah orang lain kat blog dan buat lawak seks dengan kawan-kawan.. Sakit kat bawah tu lepas tu kencing berdarah, memang balasanla ni..

Sakit Balik..

Urinary Tract Infection.. Aduhai..

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan" Surah Al-Anbiyaa’: ayat 35

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" [Al-Baqarah: ayat 233].

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta"

Sesungguhnya Allah sayangkan kita, ujian dan cubaan sebagai peringatan supaya kita tidak terus hanyut dalam kesesatan dan tercampak dalam lembah kehinaan. Ujian dan dugaan menjadikan nikmat dan manisnya sebuah kehidupan...

Insaf aku..

Takut dan Low Cut Jeans..

Aku takut betulla sekarang ni sebenarnya.. Buah pinggang aku dua-dua belah rasa semacam.. Semacam sebab dah bersih lepas minum carrot putih tu ke, semacam sebab nak lagi teruk ke.. Aduhai.. Cukup-cukupla malang pada aku ni..
_____________


Kepada perempuan; kalau nak pakai low cut jeans, sila pakai yang jenis macam ni.. Buat macamana pun jeans tu stay je, takde nampakkan bontot korang, so takdela aku geli..

Aku rasa masa first time aku dengan Liza jumpa, badan kitaorang besar sikit je dari Adam Levine dengan girlfriend dia ni.. Ye itu girlfriend dia yang betul.. Kalau kitaorang kekalkan badan macam dulu sure jadi the hottest parents around.. Wahaha..
_____________
XBOX dah keluarkan benda baru.. Kira orang yang jadi controller.. Tak payah controller² dah.. US300 satu set baru ni.. Game dia pun mahalla jugak.. Orang-orang extra kaya sila beli.. Memang meriah family korang...
_____________
Aku tak boleh mati sekarang ni.. Anak-anak kecik lagi.. Tolong Tuhan..

Colgate & Kemanusian

Aku selalu nampak kat facebook, bila status orang cakap pasal something mesti orang lain pun nak cerita benda yang sama jadi pada dia.. Contoh: Kalau orang tu ada dua anak and dia terignore anak dia yang lagi satu sebab nak tumpukan pada yang satu lagi, tetiba ada orang lain yang akan cakap diaorang pun sama and cerita macam-macam sampai buat post tu jadi bukan pasal tukang post tadi, tapi pasal orang tu pulak.

Ini untuk ingatan diri aku sendiri jugak. Kalau orang bercerita tu kita dengar je la betul-betul. Tak payahla orang tu belum habis bercerita, kita jugak nak cerita pasal diri kita sampai berlebih²an sampaikan orang tu tak dapat nak bercerita.. Kalau orang tu tanya, baru kita cerita.. Kita cuba²lah..
___________
Aku biasa beli ubat gigi yang special untuk budak kecik, berperisa sedap untuk kesesuaian budak kecik. Tapi perlu ke jual tubenya kecik-kecik? Buat penat aku asyik nak pergi membeli je..


Cuba buat size besar, senangla sikit.. Tahan lama..
_______
Setiap malam aku, Umar dan Nawal akan berada di syurga strawberry, kitaorang baring di atas strawberry dan strawberry tu ada kat mana-mana je.. Lepas tu Umar akan suapkan kitaorang dengan strawberry tu.. Setiap sorang dapat..

Umar confirm anak aku tanpa buat DNA Test sebab imaginasi dia tinggi macam aku..
________
Kepada Farah Farhiah and kuzsmn, aku benci korang.. Air carrot putih yang korang suruh aku minum tu rasa hampeh pada tahap tertinggi.. Dahla macam pedas².. Nak muntah aku ni... Haha..

Passing a kidney stone is said to be the only experience that approaches the painfulness of childbirth

Pasal sakit jela minggu ni..

Doktor cakap, "Tak semestinya batu sebijik-sebijik yang keluar.. Sakit awak nanti.. Awak continue je makan ubat tu.."

So mungkin batu tu dah pecah, and aku rasa sikitla kut batunya, tak teruk aku kena, sebab masa aku kencing dekat klinik nak bagi urine sample hari tu macam ada jugak batu keluar... Mungkin sudah clear walaupun aku ada rasa ngilu-ngilu dibahagian sulit (jumpa pun perkataan yang sesuai) dan buah pinggang sekarang ni.. Aku memang jenis minum banyak air, so aku pelik betul macamana boleh kena sakit berkaitan buah pinggang ni..

Chronology sebelum kejadian:
1) Aku banyak makan kerang 2 3 bulan lepas..
1) Aku makan sushi banyak, siap ambik sotong and fillet ikan mentah tu minggu lepas..
2) Makan mee goreng, mee rebus, bayam, rojak sehari sebelum kena.. (sharela, takdela semua aku makan semua benda ni sorang²)
4) Makan cili mentah yang daunnya dah rosak sebagai ulam..

Aku rasa cili tu la penyebab. Liza cakap makan dari pokok beracun, mana tak sakit.. Mungkin jugak daun dia rosak so buah dia rosak.. Walaupun aku tak sure pasal racun tu.. Apa-apa pun aku terpaksala hentikan aktiviti makan cili buat ulam ni.. Satu benda favourite kena buang..

Dan ini list benda yang patut diavoid:
1) Beans
2) Beets
3) Green peppers
4) Spinach (seems to produce the most oxalate)
5) Cocoa, chocolate
6) Tea
7) Peanuts, peanut oil
8) Salt - causes more excretion of calcium in urine
9) Lots of meat -
10) Soft drinks (have phosphoric acid)
11) Wheat bran

Aku rasa macam dah tak boleh makan apa benda je ni.....
________
7.30a.m - Pagi ni bangun, kotor balik urine aku.. Aduhaii...On off on off la benda ni.. Malasnya aku nak rasa macam nak terberanak lagi..

At least aku ada korang untuk bercerita..

Yo yo yo, Pizli kau apa cerita?
Macamana perasaan menderita?
Sakit sampai terguling-guling padanla muka..
Itulah akibat hari-hari nak makan sedap saja..

Bangga diri jarang sakitla konon..
Sekali kena, lepas ni kena jaga bertahun-tahun..
Baru kau tau lagi teruk dari penyakit taun..
Sedih sangatla tu sampai bagitau mak kat telefon..

Lepas tu kecewa konon diri asyik ditimpa musibat..
Tapi diri sendiri tu yang tak beringat..
Sembahyang Zohor kau buat dah dekat pukul empat..
Padanla muka kau selalu ditimpa bala dan rezeki datang lambat..

Tak kesian ke wei dekat anak kau yang dah dua?
Sanggup ke kau mati cepat biar bini jadi janda muda?
Hah sedarla jugak mak bapak dah tua,
Kalau kau mati dulu, diaorang sakit siapa nak jaga?

Syukurla kau masih hidup lagi,
Ada lagila peluang cari rezeki,
Besarkan anak-anak biar muka diaorang berseri,
Takdela sedih kecik-kecik bapak dah mati sebab bodoh sendiri..

Ingat! Chili crab, sushi dan butter prawn dah tak boleh makan,
Kenala banyak makan buah dan sayur-sayuran,
Makan oat pagi-pagi pun kau patut amalkan..
Biar hidup lama, supaya ada banyak masa nak beramal dengan Tuhan..

Nasib kau baik jugak sebab kawan-kawan kat blog kau ambik tau..
Orang tanya khabar dengan sms, email dan ym pun bertalu-talu..
Tengok kau seronok sebab diaorang baik dan kelakar gila pulak tu..
Patutnya kau cakap kat diaorang.. "TERIMA KASIH BANYAK AND I REALLY-REALLY LOVE YOU!"

Aku dah makan dah ubat keluarkan batu karang tu, tapi so far takde pun yang keluar.. Aku assume, benda ni tak teruk dan semuanya dah clear dengan makan ubat-ubat clear system kencing tu.. Air kencing pun dah takde darah.. Ooh, aku tak pernah pun makan chili crab dgn butter prawn tu, tadi sembang dengan kawan aku dia sakat cakap aku dah tak boleh makan benda-benda tu lagi.. Hehe.. Hari ni aku nak pergi check air kencing and harap semuanya dah ok. Memang takde luck langsung aku bulan ni..

Rasa Macam Nafas Terakhir Semakin Hampir

Since ini tahun 2010 kenala aku cerita kat sini.

Semalam kencing aku kotor. Sekali je.. Since aku tak sakit apa-apa, aku relax je la.. Tadi kat office aku rasa senak kat bawah tu. Aku jumpa doktor kat klinik office and cerita. Aku ingatkan aku kena angin pasang. Dia just bagi ubat untuk bagi kencing lawas dan antibiotik.



Sekali senja tadi, aku sakit kat buah pinggang kiri, sakit memulas-memulas satu badan. Aku dah tak tau nak buat apa. Aku start kereta, pergi klinik.. Duduk dalam klinik tu sakitnya macam hilang. Bila jumpa doktor, dia suruh aku kencing. And ye tuan-tuan dan puan-puan. AKU KENA BATU KARANG. Darah berlambak dalam air kencing aku, sakit pulak tu.. Dia bagi ubat and injection.. Aku harap aku boleh tahan lagi sampai esok sebab nak mintak tolong Surya mintakkan Guarantee Letter dari HR. Kalau teruk sangat boleh aku pergi hospital.. Korang simpanla duit untuk case-case macam ni. Kalau macam aku ni, duit takde, sibuk nak kejar dunia, kalau sakit susah.. Ni nasib baik ada company boleh cover. Kut..

Surya and Amir, tolong cakap kat boss maybe kena cari orang lain untuk shoot graduation weekend ni. Aku taknak tertonggeng-tonggeng masa shooting...

Sebenarnya aku rasa tak fair aku kena sakit ni sebab aku mana ada tahan kencing sangat.. Dahla muda lagi.. Maybe pemakanan aku kut.. Kesian anak-anak aku.. Apapun maybe Allah nak tunjuk kat aku sambil suruh aku jaga makan. "Mak, tak payah buat kerang masak lemak favourite Li lagi bila balik kampung nanti.."

Seafood and kacang aku dah tak boleh makan.. :-(

Benda ni jadi masa aku dah seminggu lebih kurangkan rokok. How ironic?
________
Umar: Adik, adik nak gi Amanda tak?
Aku: Umar, ayahkan sakit ni.. Nak pergi Alamanda apa nya? (sambil kesakitan)
Umar: Umar pergi dengan adik dengan mama je.. Ayah tinggal rumah nenek...
Aku: Hahahaha... (sebab bila sakit diaorang kena hantar rumah nenek)

Aku: Ni sebab makan nasi kandar dengan sotongla kut ni..
Umar: Dahla Ayah.. Cukup²la makan nasi kandar tu..

Aku kadang² macam tak percaya budak ni baru 3 tahun lebih..

Kesedihan Di Hujung Minggu

Aku baru suka yang pokok cili aku dah start berbuah.. Semalam aku ambik 3 bijik buah sulung dia jadikan ulam.. Tapi semua ini sementara saje sebab..

Daun dia dah rosak.. Berdasarkan pengalaman aku, lepas ni memang habisla daun-daun ni gugur dan bunga dia gugur lepas tu matila. Sedih betul aku.. Padahal hari tu sihat, segar bugar pokok ni..

Budak kecik ni pulak, minggu lepas sihat dan ceria..

Sekarang ni.. Haishh..

Weekend yang sangat tak seronok... Harapnya terubuk bakar yang Liza tengah prepare tu dapat mengubat luka di hati.. Hahaha..
_________


Come on Pizli.. Eminem boleh quit hisap dadah takkan kau tak boleh quit hisap rokok.. Ramadhan cepatla kau sampai..

Diari Aku

Yo yo yo DS Najib apa khabar?
Saya harap sekarang Datuk tau hati rakyat dah terbakar,
Dulu cakap harga petrol tak naik secara berkorbar-kobar,
Sekarang berita harga naik dekat semua suratkhabar..

4 negeri kalah masa last election takkan Datuk tak ingat?
Lawakla Kerajaan buat benda ni secara yakin sangat,
Survey memang cakap sokongan makin meningkat,
Tapi percayalah semua tu tak tepat..

Saya tak faham sangat pasal politik,
Tapi benda-benda basic bolehla nak fikir secara logik,
Kalau kerajaan tak bantu rakyat saya rasa pelik,
Lebih-lebih lagi dulu banyak subsidi tapi sekarang dikurang dan nak kena tarik balik,
Saya faham pendapatan negara dah makin sikit, tapi kerajaan membazir tak tentu pasal tu buat darah rakyat naik..

Pasal personal sekarang saya nak bagitau,
Anak dah dua baru tambah lagi satu,
Nak kena beli banyak barang, kain dan baju,
Nasib baik yang kecik ni minum susu ibu..

Macamana saya nak berjimat cermat,
Kalau gaji tak banyak sangat meningkat,
Biasanya bila naik, banyak benda² ralat yang kau orang buat,
So bila naik gaji pun tak beza sangat..

Cukupla pasal saya takde sesiapa peduli,
Macam ni la orang yang kerja jadi kuli,
Sedih, semua ada, satu family susah hati,
Memikir masa depan, harap takdela sampai pinjam duit dari ceti..

Next general election rasanya dah tak lama,
Datuk buatla benda betul-betul supaya orang kembali percaya,
Tryla masuk forum, blog orang-orang biasa tengok apa cerita..
Saya berhenti di sini dengan ucapan SELAMAT MAJU JAYA.

Sempena Kenaikan Harga Petrol dan Gula

Ok, kita selalu baca berita yang tukang urut batin ditangkap.. Dan kita juga tau yang tukang urut semestinya adalah perempuan. Betul?

Ok, aku nak tau, takkan lelaki je yang nak urut batin, body to body massage? Takde ke perempuan-perempuan yang nakkan khidmat seperti ini. Memandangkan untuk menampung perbelanjaan aku selepas kenaikan harga-harga benda ni, kalaulah ada perempuan yang nak urut batin dan body to body massage silalah contact aku. Harga boleh runding..

Aku akan pastikan urutan aku akan buat korang seperti berada di syurga.

Dan bila mati kita sama-sama ke neraka..

Pundek betulla naik sekarang semua benda ni, tunggula aku habis belajar at least!! Macamana nak survive???

Rokok

Rokok adalah benda yang paling celaka pernah dicipta..

Rokok yang buat aku tak boleh lari pecut 100 meter macam dulu.
Rokok jugak yang buat aku tak boleh bawak bola dari depan gol aku sendiri sampai ke gol lawan dan score macam dulu-dulu lagi..
Rokok jugak yang buat aku tak boleh lagi gelecek pemain KL macam dulu-dulu jugak!
Rokok jugak buat aku membazir.

Aku rasa dah 3 kali aku try nak berhenti. Tapi tak success. Kali ni aku try cara lain pulak. Aku kurangkan rokok, maybe dari 10-12 batang sehari, aku jadikan 5 batang. Sekarang apa aku buat, aku just bawak dalam 3 batang rokok ke office. So, aku takde option la untuk sekejap-sekejap pergi merokok kalau stress ke apa ke.

Target aku bulan puasa ni aku nak try berhenti terus. Tapi aku pun tak percaya dengan diri sendiri. Arghhh... Kalau tak berjaya jugak, aku anggap je la yang aku akan merokok sampai bila-bila dan kalau aku mati nanti pun sebab rokok.. Celaka betul!

Macam-macam hal dunia...

1) Aku tak faham budak-budak African yang dalam class aku - yang tak faham lecturer suruh silentkan phone.. Lepas sorang dah kena sound aku expect semua orang akan silentkan.. Tapi ada lagi orang lain bunyi.. 3 4 orang.. Aku simpulkan, diaorang ni jenis tak faham bahasa..
2) Aku benci bebudak full-time ambik kelas part-time (bebudak african ni jugakla). Aku rasa diaorang ni jenis malas bangun awal.. Benci aku kelas penuh gila..
3) Lepas aku tapau nasi kandar tadi aku jalan dekat kaki lima.. Tetiba ada motor hon aku, and aku angkat tangan mintak maaf.. Fikir-fikir balik rasa bodoh pulak, apahal dia nak bawak motor kat situ dan bukan atas jalanraya..
4) Lecturer aku rupa-rupanya tipu aku cakap aku dapat B subject dia. Rupa-rupanya aku dapat A- yang bermakna ketiga-tiga subject semester lepas aku dapat A- and pointer aku naik.. Woohooo... Not bad untuk mamat yang dapat baby baru..
5) Nawal still batuk teruk and aku down gila... Kan ke best kalau penyakit anak-anak aku ni boleh ditransfer kat aku je..
6) Tidak bersemangat langsung aku sekarang.. Sekarang tinggal Keramat and harap Nawal cepat sihat.. Hari ni kitaorang dua-dua EL..

Takde Mood..


Kena tipu contest..
Nawal sakit..
Kerja banyak lepas tu asyik kena gi KL je.. Kalau claim boleh dapat on the spot takpela..
Penat..
Umar bising jadi Ultraman..
Susah nak buat assignment..
Tengah limitkan 5 batang rokok sehari..
Duit dah habis..
Gigi sakit..
Rambut dah panjang..

Ooh nasib baik yang ni kelakar gila... Kalau korang tau pasal orang Nigeria selalu scam orangla..


Terima kasih lamebook..

Vuvu.. Fuck You!!

Siapa yang baca blog aku tau yang aku tak mampu dapatkan benda-benda yang aku nak.. Biasanya benda yang tak penting punla.. Lebih kepada benda yang diidamkan, bukan keperluan.

So bila hari tu aku masuk contest and nama Liza menang Adidas Vuvuzela mestilah aku happy tak terkatakan? Walaupun benda tu harganya mungkin RM5 tapi membayangkan aku akan dapat benda yang special and tak ramai orang ada kat Malaysia ni secara percuma dan branded pulak tu buat aku seronok gila dan excited. Dia suruh ambik benda tu pukul 4pm - 12pm dekat Pavillion.

So dalam pukul 5 tu kitaorang sampai and dia cakap Vuvuzela tu dah habis dan dia replace dengan topi. Benda yang dalam Malaysia ni semua orang ada.. Aku look forward nak ambik benda ni dah 2 minggu dah, dengan Nawal yang tak berapa sihatnya, aku gagah hantar dia kat Keramat and pergi claim dengan Liza.. Sebenarnya bukan benda tu dah habis, tapi benda tu memang tak ada pun!! Aku tak nampak bekasnya, yang aku nampak memang ada cap tu banyak dan aku yakin memang diaorang replace benda tu dengan cap. Bukannya aku datang pukul 11.59pm, logikla kalau dah habis. Aku tak pernah hampa macam ni dalam hidup aku since Maya Karin tolak cinta aku mentah² dulu..

Contest?? Tipu semua tu.. Itu semua tipu and korang jangan masuk contest dah lepas ni... Aku nak pergi tidur, pergi mampus dengan World Cup Final.. Arghh bengang gila aku... Doakan Nawal cepat sihat, sebab kitaorang busy gila, tak boleh nak cuti² jaga dia..

Untuk Mereka² Yang Bertanya

Hi nama saya Nawal Zahrah, dengan abang saya yang penyayang tapi penyibuk...

Ini ayah saya, dia beli jersi imitation Holland away dari kawan office dia ni sebab dia rasa jersi tu cantik, bukan sebab dia sokong pun.. Silap² final nanti pun dia tak tengok... Team dia awal² dah bungkus..

Saya suka senyum dekat ayah saya, tapi bila ada camera saya takut, so takdela gambar senyuman manis saya..

Rambut saya lagi 2 tahun baru panjangla kut, itu pasal ayah saya gagah pakaikan saya topi orang gaji tu tadi.

Diari Rempit

Yo, saya mat rempit,
Modify motor kasi bingit,
Start race dari depan Pizza Hut Chow Kit,
Bawak laju² sampai makcik tepi jalan menjerit.

Masalah negara atau dunia saya tak ambik tahu,
Itu pasal saya senyum selalu,
Mamat blogger banyak benda diaorang nak tahu,
Lepas tu stress sakit kepala hari² kerajaan diaorang bambu.

Saya bukan tak pandai, saya cuma malas,
Buat apa pening² sampai hati panas?
"Lagi banyak benda tak tau, lagi bagus untuk kita" kata kawan saya nama Ilyas,
Janji benda baik yang kita buat, kita ikhlas.

Baru-baru ni saya kena tangkap,
Sebab SPM saya ok, saya kena masuk PERMATA abang polis cakap,
Hari-hari belajar benda baru dan baca kitab,
Duduk 3 bulan jadi baik sampaikan rokok pun dah tak hisap.

Berjaya macamana pun saya taknak jadi blogger,
Sebab saya tetap taknak pening kepala...
Orang buat filem pasal kitaorang buat kitaorang bangga,
Takde pengajaran pun sebab makin ramai orang nak jadi rempit adala..

Habis 3 bulan, Datin Rosmah bagi sijil pada kitaorang sampai masuk berita,
Untuk tontonan masyarakat, kawan dan juga keluarga,
Saya diterima masuk IKBN, belajar PERMATA taja,
Untuk kebaikan masa depan diaorang kata.

Memasak selepas balik kerja sudah tidak relevan

Ooh at least untuk orang yang ada anak kecik.. Bayangkan sampai rumah pukul 6.30pm paling awal. Takkan nak tidurkan anak masa senja ye tak? Lepas tu berehatla kejap.. mandi semua habisla dua jam untuk berehat dan mencuci badan sambil tunggu lauk pauk dinyah bekukan...

So anak yang kecik ni kena monitor. Kalau nak masak lauk sedap dan banyak sikit kena ambik masa dalam sejam lebih. Tengok jam dah pukul 9. Makan semua siap, dalam pukul 9 lebih baru settle, eh basuh pinggan mangkuk pukul 10 jugak baru siap.

Ini semua buang masa.. So mulai sekarang aku nak mansuhkan bab masak memasak on weekdays di rumah aku. Beli je makanan sikit, kira alas perut. Kalau nak masak jugak, masak je maggie or burger or bihun goreng.. Tak payah heavy². Weekend masakla special sikit.. Kambing golek pun takpe..

Diari Harun

Nama aku Harun datang dari Bangla..
Datang Malaysia sini, mau cari kerja..
Tak kisah kerja hotel atau apa saja..
Cari banyak duit mau tanggung keluarga..

Kawan aku cakap, sini banyak kerja..
Orang Malaysia taknak, bagi pada kita..
Siang malam kerja, company ada dua..
Siang kerja kuat, malam tidur sambil itu bangunan aku jaga..

Dulu kerja Istana, sekarang kerja Eastin,
Semalam aku kerja ada nampak Datin,
Dia salah floor tanya mana Rais Yatim punya event ,
Aku cakap tidak tau, dia tengking aku berlagak bukan main..

Rais Yatim siapa? Mana aku tau?
Boss aku suruh sini jaga, duduk sampai pukul satu..
Kemas kerusi meja, pinggan, sudu dan garpu..
Event tempat lain, aku memang tak ambil tahu..

Tapi tak semua sombong, semalam ada dua Melayu,
Dua budak muda, aku tak kisah bantu,
Diaorang selalu senyum, perangai tak macam hantu..
Aku bantu banyak, harap dapat tips boleh masuk saku..
Akhirnya aku hampa sebab diaorang pun kuli sama macam AKU!!!

World Cup Di Rumah Saya


Umar: Mama.. Ronaldo main tak?
Liza: Ronaldo dah kalah dah...
Umar: Macam Rooney??
_________
Jihan: Hah kau backing sangatla RTM. Takde pun, malam ni satu game pun takde.
Aku: RTM MEMANG LAHANAT.. Macam hampeh.
Jihan: Eh Pizli, aku baru bukak TV1 la, dia tunjuk orang mengaji, insaf aku kejap..

Kerja Standby

Dari Ahad sampai selasa aku kena standby kat hotel.

Ok, biasanya bila ada events yang company ni anjurkan di hotel, diaorang akan guna IT and AV equipments dari department kitaorang. Nak jimat cost. So kitaorang kenala pegi. Aku biasanya akan pergila.. Bukan itu bidang utama aku, tapi ntah kenapa aku rasa aku nak pergi sebab at least muka aku manis, menepati masa dan takdela kurang ajar kut.. Aku wakili department aku, so somehow aku nakla orang cakap bebudak department aku baik. And siapa lagi manusia yang paling baik untuk jadi teman aku dalam dunia ni kalau bukan Amir?? Event kali ni aku pergi dengan dia. Dengan pengalaman bertahun-tahun Amir dalam bidang ni, aku rasa suka dan tak risau sebab bila bab computer sumpah aku takdela pandai sangat. Amir sangat hebat bidang-bidang ni..

Ok, kerja kitaorang hanyalah - dibeberapa bilik, kitaorang akan on kan computer lepas tu sambung ke projector, on kan projector and adjust projector tu. Benda ni biasanya akan dibuat pada awal pagi. Selepas itu kitaorang akan duduk. Kalau benda tu 4 jam, 4 jamla duduk.. Kalau sehari, seharila duduk.. Sampai badan sejuk beku.. Sampai tak tau nak buat apa.. Bila habis, bukak balik semua dan esoknya buat balik benda yang sama..

Kalau orang makan, kitaorang makan, kalau orang minum kopi kitaorang minum kopi.. Dan di hotel sekarang ni, buffet lunch dia ada macam-macam.. Tadi aku nak muntah sebab makan banyak.. Esok aku nak makan sushi je.. Ooh pulut panggang kat hotel ni adalah pulut panggang yang paling sempurna pernah aku rasa..

Bercuti Di Luar Negara & Vuvuzela

Sebagai orang yang berpendapatan sederhana dan berasal dari kampung mestilah aku teringin untuk merasa pergi ke luar negara. Aku tak bernasib baik macam sesetengah orang yang dapat study di sana atau dapat pergi training di sana atau boss yang racist hantar kaum dia setiap tahun tapi bila orang tu balik kaum yang lagi satu jugak yang kena buat kerja apa yang kaum lagi satu belajar kat sana. Ok lupakan soal racist.

Aku memang rasa nak pergi. Dulu aku nak pergi UK nak tengok Man U main. Tapi rasa tu macam tak kuat sangatla, sebab aku juga menyokong Chelsea, Manchester City dan semua kelab kecuali Liverpool. So perasaan tu tak kuat. Tapi bila aku tengok video bawah ni, aku rasa aku dah ada matlamat kalau aku nak ke luar negara. Aku nak pergi Jepun sebelum Umar besar, nak pergi tempat ni.


Atau, kalau aku tak mampu-mampu jugak, aku doakan Umar cepat lupakan soal Ultraman. Sedih aku tengok bila dia browse YouTube and jumpa video ni excited gila muka dia. Cakap nak main itula, ini la.. Nak pergi sanala..
______________
Ok, gambar kat bawah ni menunjukkan yang aku memang tidak ada luck bila masuk contest dan Liza sebenarnya yang ada luck. Aku try nama aku tak menang, lepas tu aku try guna nama Liza and dia menang.. Haha..


Ooh Isnin dan Selasa aku kerja kat Royale Chulan.. Takde kat office and tak online.. SMS boleh.. Hehe..

:-)

Dulu masa zaman sekolah walaupun aku jahat, aku tidak melanggar undang-undang tuhan.. Masa zaman tu ada kawan-kawan aku yang tingkatan 3 dah pandai buat love bite dekat breast awek. Ada yang tingkatan 3 dah pandai minum todi campur coke. Ada yang tingkatan 3 dah pandai layan bohsia. Ada yang masa tingkatan 3 hisap gam dan tengok porn sampai kantoi dengan mak bapak..

Bila aku cakap kat kawan aku tak pernah buat benda-benda ni masa zaman tu, SEMUANYA akan cakap, kadang² tengah duduk boleh bangun sambil tunjuk jari kat aku.. "Tipula kau ni!" Sungguh wtf sekali aku rasa masa tu...

So bila aku meningkat dewasa dan tengok ramai bebudak ni yang berubah ke arah kebaikan, dan aku stay that way or maybe aku berubah ke arah kejahatan sikit, aku terkejutla bebudak ni jadi baik. Itunya yang bila aku cerita kat bapak aku, akan keluar ayat "Kalau muka kita buruk, kita tak boleh ubah, tapi kalau perangai buruk kita boleh ubah bila-bila masa"

Tapi mereka-mereka ini menjadi sangat extreme. Pantang apa sikit semuanya dijalan Allahkan.. Pantang apa sikit semuanya Allahuakbar. Pantang orang buat lawak sikit pasal kejahatan terus disyarah panjang lebar macam aku ni jahil sangat. Aku susah sebenarnya nak describe orang-orang ni macamana, tapi sekali hari ni kawan aku buat status fb macam ni.. Kebetulan pulak..


Bagus betul! Baru sekali dua pergi ceramah PAS takdela kau terus jadi Ustat kawan...

Seks Bebas Yang Semakin Bebas

Bila Kerajaan buat pusat perlindungan baby yang dipanggil Baby Hatch tu semua orang melenting.
Bila orang syorkan ajar pendidikan seks secara formal semua orang melenting.

Alasan mereka kita negara Islam. Ajar saja ajaran Islam.

Aku setuju, tapi aku rasa kebanyakan kes buang baby merata tempat ni melibatkan orang Islam sendiri. Baby Hatch pada aku adalah benda yang paling brilliant sekali pernah dibuat sebab at least siapa yang taknak baby tu masih boleh bagi peluang untuk baby tu hidup. Takdela buang merata tempat. To be honest, aku pun tak kisah kalau rumah aku dijadikan baby hatch. Tapi hulurla duit sikit masa tinggalkan baby tu.

Ok serius balik. Memang, ajaran Islam itu adalah yang paling utama. Kalau kuat ajarannya, imannya, pegangannya InsyaAllah takde benda-benda macam ni jadi. Tapi kalau dah imannya nipis macam aku ni, the next best thing ialah mengajar budak-budak ni macamana nak elakkan dapat baby. Hah mulalah orang nak marah aku bila macam terima seks bebas ni. Tak, maksud aku, manusia ni sangat fragile. Ustazah pun beromen dengan warden dalam asrama bebudak. Orang bertudung pun boleh bagi blow job dekat officer dia dekat office. Siap tak kisah kena record video pun!

Hah, so bila benda-benda ni dah terjadi at least diaorang taula. Bila beromen pakai kondom atau guna cara-cara lain untuk elakkan dapat baby dan dapatla hilangkan kes buang baby merata-rata, tak berbaju semua. Buang dalam sungai.. Tanam hidup². Dan macam-macam cara sekalipun. Orang yang melenting tu lagi suka ke kes buang-buang ni dari tinggalkan dekat baby hatch tu??

Yang paling aku hanginkan dalam kes ni, yang kes tanam baby hari tu, kena penjara beberapa tahun je. Manala orang nak takut. Cuba hukum kena rejam sampai mati dikhalayak ramai dalam keadaan berbogel, sure orang takut. Hah ini lagi satu optionla.

INGAT! Kita sekarang bukan dalam proses mencegah lagi dah! Kita dalam process mengubati..

Kalau bagi hukuman macam ni, aku jaminla takde kes-kes buang bayi lagi.. Come on Malaysia.. Kejamla sikit...

Abu dan Ani - Kisah Cinta Yang Paling Dahsyat

Satu masa dahulu ada seorang lelaki kacak bernama Abu.
Satu masa dahulu juga ada seorang perempuan cantik bernama Ani.

Ani yang yatim piatu tinggal bersama kakaknya di belakang rumah Abu. Dan semestinya Abu sangat teruja melihat Ani. Memendamlah perasaan Abu terhadap Ani bertahun-tahun. Pada satu masa, Abu sangat terkejut kerana Ani dan keluarga kakaknya telah berpindah. Abu sangat kecewa dan selalu terkenangkan Ani.

Tahun berganti, meningkat remaja Abu pergi ke sekolah asrama untuk menimba ilmu. Memandangkan Abu seorang pelajar yang aktif dalam segala bidang, dia mempunyai ramai teman wanita di seluruh pelusuk daerah sekolahnya. Pada Abu, setiap kali mewakili sekolah mesti akan ada seorang perempuan yang akan dimasukkan ke dalam senarai teman wanitanya dan mereka akan berhubung melalui surat. Kekejaman Abu ini kerana Ani. Kerana Ani hilang tanpa berita. Tanpa sebarang amaran.

Satu hari Abu terpilih untuk mewakili sekolahnya selama seminggu dalam bidang Kadet Remaja Peringkat Negeri Johor buat kali pertama. Di sana Abu dipilih menjadi Ketua dan semestinya gadis-gadislah yang ramai mengundinya untuk jawatan tersebut. Hari berselang hari sampailah hari terakhir Abu terpandang Ani dan Ani pun sudah pastilah sudah lama terpandang Abu sebab Abu selalu mengetuai kawad. Tanpa rasa bersalah Abu meluahkan perasaan kerana tidak menyangka boleh bertemu Ani di tempat yang tidak pernah difikirkannya. Ternyata Abu tidak bertepuk sebelah tangan sebab selama ini pun Ani selalu teringatkan Abu.

Yang menjadikan perhubungan mereka lagi magikal ialah sebenarnya Ani bersekolahan di sebelah sekolah Abu selama ini, tetapi mereka tidak pernah berjumpa. Ani juga sekolah berasrama. Memandangkan bilik Abu di tingkat yang paling atas dan di tepi pagar, dia dengan senangnya boleh melihat ke padang sekolah Ani. Mereka berjanji untuk berhubung di waktu petang. Berhubung dengan cara pandang memandang sahaja sebab jaraknya kalau nak bercakap kena bertempik. Tanda Abu ada di bilik ialah bila dia akan menyangkut jersi di tepi tingkap dan Ani dan kawan-kawan yang menyokong percintaan hebat itu akan duduk di tepi padang. Percintaan yang tiada tolok bandingannya. Abu dan Ani juga selalu berjumpa di pekan setiap minggu. Minggu keluar pekan selama dua jam. Pada masa itulah mereka memadu kasih.

Pada satu hari Abu dikehendaki mewakili sekolah dalam acara sukan. Sebagai lelaki, walaupun dia sudah berjumpa Ani, perangai memikat gadis itu tidak dihentikan, kerana setiap kali balik dari acara sukan, teman sebiliknya akan bertanya. "Hah dapat berapa orang hari ni?" Disebabkan ego dan malu untuk mengaku yang dia sudah jumpa cinta sejati, Abu pun tanpa berfikir panjang memikat gadis-gadis lagi untuk menunjukkan kehebatannya pada teman sebilik. Namun jauh di sudut hati Abu, Ani adalah segala-galanya, cinta sejatinya.


Di hari keluar pekan seterusnya, seperti biasa, berbekalkan minyak wangi berjenama Follow Me si Abu pergi berjumpa Ani. Tapi kali ni Ani tidak bercakap, dia hanya memberi surat kepada Abu dan terus pergi. Surat itu tertulis.

"Sampai hati awak buat saya macam ni. Saya ingatkan awak ikhlas. Saya dah bagi awak pegang tangan saya pun. Si Zainab tu satu bilik dengan saya awak tau tak? Sampai hati awak mengorat kawan sebilik saya. Selamat tinggal dan jangan tegur saya lagi..."

Nasi sudah menjadi bubur. Abu menyesal sebab dia sangat menyayangi Ani. Dia pergi ke bumbung asramanya dan terjun dari tingkat 3. Jersinya tergantung menjadi lusuh di tepi tingkap bilik itu buat selama-lamanya..

MORAL: JANGAN EGO. SAYANGILA AWEK ANDA.