Winter Jacket

Dulu masa company Liza nak bawak diaorang jalan-jalan dia pergi beli winter jacket sebagai persediaan. Macam biasala, beli online.. Sekali aku tengok harga dia murah aku cakapla belikanla aku sekali.. Aku bukan nak ke mana-mana pun, tapi aku berazam satu hari nanti aku akan pergi la tempat yang ada snow dan pakai baju tu.. Pundek sampai sekarang pun tak merasa, jangan kata snow, negara sedekat Thailand pun tak pernah..

Ok, aku guna jugak jacket tu sebenarnya. Aku guna biasanya time demam. Aku pakai baju selapis, sweater biasa selapis lepas tu pakai jacket tu. Bila bangun baju dan sweater mesti basah kuyup. Dan buat aku ada idea, lepas ni setiap malam aku nak pakai macam tu sebab mesti dalam sebulan aku akan kurus kering..

Sauna cara aku.. Jangan curi idea aku ye, sebab aku nak cipta baju fungsi macam tu.. Hehe..

Kena Migrate Terus Lepas Ni.. (Layan Je la)

Tadi pergi jumpa dentist..

Dulu mak kawan aku cakap aku ni bawak rezeki dekat restoran dia, sebab everytime aku datang masa restoran tu kosong mesti lepas tu ramai orang datang sampai penuh.. Tadi klinik gigi wife Hafezh penuh aku buatla lawak cakap pasal mak kawan aku cakap aku bawak rezeki.. Haha.. Padahal dulu agaknya aku pergi restoran mak kawan aku tu 2, 3 minit sebelum orang² kelaparan sampai, nampakla macam aku penyebabnya.. Haha..

Sakit gigi aku on off on off so aku boleh selamba delay dan hope tak sakit teruk. Dentist aku cakap kena cuci and tampal satu lubang je, kira takdela teruk sangat.. Ada satu gigi patah nak kena cabut, tak sakit jugak, itu aku buat nanti²..

Masa dah nak habis treatment tu dentist aku ni letak ubat apa benda ntah sambil cakap. "Letak ni sambil harap lepas ni tak smoke lagila ye? Usually we dont do this to smokers". Dia tau through facebookla kut ni..

Aku jawab macam budak yang baru kantoi dengan cikgu disiplin.. "InsyaAllah tak"..

So aku memang tak boleh nak merokok sebab kalau aku merokok lepas ni memang malu weh.. Officemate baca blog ni, jiran pun baca blog ni.. Semua tau, kalau ternampak malu..

Tapi gigi aku putih dan cantik sekarang ni.. Sayang...
_____________
Sekarang ni aku tak boleh nak bersembang sangat sebab dalam keadaan di awang-awangan.. Aku sedar, tapi macam ntahla susah aku nak explain.. Kalau online bolehla sebab ada masa nak fikir.. Benda aku restless ni start dari last week.. Aku sampai boleh miss train station kat Tasik Selatan tu masa nak gi kelas dari office. Kena U-turn kereta semua pergi station tu balik..

Aku rasa restless, mimpi ngeri setiap hari, nak pengsan dan hari ni aku dah tau sebab-sebabnya..

Aku rasa pening-pening lalat, aku mimpi yang bukan-bukan.. Aku rasa nak pengsan dan macam-macam lagi. Serious aku dah baca pasal sakit sakaratul maut dan dah hafal lagu bila Izrail datang memanggil. Aku nak exam ni, masa ni la benda-benda ni jadi sangat teruk. Sakit berkaitan buah pinggang tu satu halla, aku harap sebab bulan puasala dia susah nak baik betul-betul sebab aku tak minum air sangat. Harapnya nanti ok.

Pasal sakit yang aku tak tau ni tadi aku terfikir so aku google:

Rupa-rupanya aku kena kesan berhenti merokok and dia jadi dalam 2 minggu ke atas, memang macam betul je. Aku harap sangat sebab ni lah bukan sebab penyakit lain, sambil² baca tu korang dengarla lagu Selimut Putih ni.


Physical Symptoms.

During the quitting process people should consider the following physical symptoms of withdrawal as they were recuperating from a disease and treat them accordingly as they would any physical symptoms:

  • Tingling in the hands and feet
  • Sweating
  • Intestinal disorders (cramps, nausea)
  • Headache
  • Cold symptoms as the lungs begin to clear (sore throats, coughing, and other signs of colds and respiratory problem)
Mental and Emotional Symptoms.

Nearly every moderate to heavy smoker experiences more than one of the following strong emotional and mental responses to withdrawal.

  • Feelings of being an infant: temper tantrums, intense needs, feelings of dependency, a state of near paralysis.
  • Insomnia
  • Mental confusion
  • Vagueness
  • Irritability
  • Anxiety
  • Depression is common in the short and long term. In the short term it may mimic the feelings of grief felt when a loved one is lost. As foolish as it sounds, a smoker should plan on a period of actual mourning in order to get through the early withdrawal depression.
A Detailed List of Some Common Withdrawal Symptoms:

  • Anger & Mood Swings
  • Boredom
  • Constipation & Gas
  • Feeling Closed In
  • Cough, Dry Throat, Nasal Drip
  • Cravings For Cigarettes
  • Depression
  • Dizziness and Invertigo
  • Feeling tired all the time
  • Frustration
  • Headaches
  • Increase in Appetite
  • Insomnia
  • Irritability, Grouchiness
  • Lack Of Concentration
  • Loneliness
  • Night Time Awakenings
  • Restlessness
  • Tightness In The Chest
  • Weight gain

Demam Panas Pulak

Aduhai, aku demam panas pulak, tambah pulak batuk, sakit belakang teruk, sampai Nawal pun tak boleh nak angkat.. Seksanya...

Hukuman

Bengang pulak aku dengar pasal peragut bunuh orang kat jejantas tadi.. Tiba masanya untuk ketua negara gunakan taktik untuk stop semua jenayah kat Malaysia ni..

Semua jenayah berat kena hukum pancung depan orang ramai.. Mesti semua orang takutkan? Dan mesti akan ada orang yang bantahkan?

Relax, kita takutkan je orang-orang ni.. Tangkap ketua yang bantah tu and cakap.. "Orang pertama yang bantah undang-undang baru ni akan dihukum pancung, esok tengok TV3 kita buat live kat Dataran Merdeka"

Habislah semua orang kecut perut, takde yang bantah, takde yang buat jenayah.. Benda ni zalim, so bolehla gunakan taktik, tutup kepala orang yang nak kena pancung tu tapi sebenarnya pancung patung je.. Kalau ada orang lain buat salah jugak, sembang²la macam nak pancung jugak, tapi pancung patung, penjenayah sebenar letak dalam penjara.

Rumit sikit tapi aku gerenti kadar jenayah turun as long as rahsia tak pecah. Tapi kena buat livela semua ni..

Peniaga Yang Nak Kena Penyepak Dengan Aku

Kalau aku beli dari korang tolong jangan:

Tanya aku: "Kacang, sambal, timun nak ke?"

Kenapa?? Kau harap aku cakap taknak ke semua tu?? Supaya kau boleh jimat?? Hah?? Hah?? Lagipun siapa yang makan nasi lemak taknak sambal.. Nisbah dia 1:10000000!!

Kalau pelanggan taknak diaorang akan cakap sendiri. Jangan gatal-gatal tanya, macam kedekut nak mampus. Kalau takut rugi janganla berniaga.

Jawab pada aku harga: "Hmmm 3 ringgit je dah la dik" sambil buat muka macam kesian dekat aku terpaksa charge harga murah..

Kepala hotak kau nasi lemak lauk ayam besar ibu jari kaki 3 ringgit tu murah. Buat muka macam terpaksa bagi harga 3 ringgit sebab apa?? Kalau dah harga dia 3 ringgit, cakap je 3 ringgit muka serius jangan buat muka sedih macam kerugian besar kau tu.. Macam takde untung langsung berniaga buat muka nak menangis.

Bila aku cakap dengan clear, kuat dan confident : "Bagi strawberry juice satu."

Jangan tanya:

1) "Juice ke ice blended bang?"
2) "Satu ke bang??"

Kau pekak ke apa?? Ha?? Ingat tanya soalan macam tu boleh buat aku tukar jadi ice blended? Boleh buat aku nak beli 10?? Aku nak bagi anak aku minum, itu pasal aku beli juice size small.. Hina ke aku nak beli juice bukan ice blended? Hina ke aku nak beli 1??

Aku tak pernah berkira bayar makanan tapi mestila bendanya berbaloi dan sedap. Kalau sedap dan ok aku sanggup drive 100km pergi balik dan bayar mahal. Ni buat perangai macam ni memang nak kena maki.. Kes nasi arab hari tu dah cukup bukti.. Tadi pun aku dah jumpa nasi dagang yang mahal tapi sangat sedap, so aku takdela rasa ralat sangat.. Puas hati adala..

Pasal kes ribut kat pasar Ramadhan dulu aku macam confuse bila orang cakap, Allah nak bagi peringatan tu.. "Peringatan apa?" aku cakap dalam hati.. Sekarang aku fahamla, peringatan untuk peniaga, kalau berniaga biar ikhlas dan jujur. Kang mati dalam ribut baru tau!!

Angan-angan...

Serius aku dah tak tau nak tulis apa, so aku nak tulis benda yang aku angan²kan tiap hari sekarang ni:

Immediate Plan

Settlekan Hutang Credit Card...

Memandangkan semester depan aku hanya buat project, aku harap aku adalah banyak masa terluang.. So aku bercadang bolehla kut kalau aku nak buat kerja part-time.. Ada banyak option:
1) Jadi stripper
2) Jadi runner dadah
3) Buat video kahwin

Aku pilihla pilihan nombor 4, lagipun ada kawan aku sorang dah book aku dari dia kena risik sampai dia pergi honeymoon ke Yemen, semua nak divideokan.. Boleh settle separuh hutang credit card dari dia je..

Seriously, doakan aku dapat kerja part-time jadi webmaster untuk bisnes kawan aku..

Short Term

Nak beli

1) Kasut Nike LunarFly+ Untuk Running padahal kasut power pun boleh je lari
2) PS3
3) Full HD Monitor, ni bukan TV, monitor untuk PS3.

Middle Term

1) Aku nak pergi Mekah
2) Aku nak pergi Morocco makan kambing yang cara masak dia kambing tu ditanam lepas tu kat atas dia ada api. Aku tengok Mawi makan kat TV hari tu.
3) Aku nak tengok Manchester United main kat Old Trafford.

Long Term
Aku nak rumah bungalow, wife aku tak payah kerja. Kerja dia hantar dan ambik anak sekolah je.. Ada kereta elok sikit. Boleh balik kampung every month sebab dah tak busy macam sekarang, boleh bawak mak aku jalan². Ooh dan badan yang sihat.

Fakta

Dulu masa baru sampai KL, aku sewa bilik kat Taman Tun. Masa aku duduk rumah tu dalam hati aku cakap.. "Kan best kalau aku dapat rumah macam ni.." Tahukah anda design dan size rumah aku sekarang sebijik macam rumah tu?

Angan-angan itu perlu!

Agak²

aku kat tengah² tu hehe..

Agak-agak kalau aku betul-betul berjaya berhenti merokok ni tak habis² boleh ke aku jadi sprinter macam dulu?

Sedih

Aku tak pernah tau pasal kewujudan JPA sampaila dah tua² ni. Aku tak pernah tau pasal kerajaan akan tanggung student yang pandai.. Maybe kalau aku tau, dulu aku akan belajar bersungguh-sungguh kut.. Apatah lagi bila cikgu suruh aku masuk sekolah sukan lepas dapat result yang bagus dari masuk MCKK ke MRSM ke..

Bila dah tau, aku rasa ralat bila aku tau kebanyakan bebudak pandai ni ramai yang parents diaorang lebih dari mampu nak tanggung diaorang belajar. Family aku sendiri takde sorang pun yang dapat.. Aku sendiri pun bukanla orang yang bagus untuk dicontohi sesiapa dalam bab belajar ni..

Tapi adik Liza ada seorang yang dapat. Aku rasa dia memang betul-betul deserve. Aku selalu cakap kat dia.. "Dapat jugak kenal orang dapat JPA, belajarla betul-betul Ila, bukan senang nak dapat".. Hari ni family Liza hantar dia pergi KLIA sebab dia nak pergi US. Umar and Liza je pergi sebab aku dah takde cuti, lagipun bulan ni banyak MC..

Walaupun dia bukan adik kandung aku, somehow aku rasa sedih gila-gila sampai meleleh air mata sebab tak dapat hantar.. Dan aku rasa aku lebih terharu sebenarnya sebab lepas ni aku dah ada contoh and boleh cakap pada anak-anak aku.. "Belajarla pandai-pandai macam Auntie Ila, dapat pergi oversea, government tanggung, seronok.."

Terima kasih and Good Luck Nur Aqilah Hashim..

Abang dan Kakak

Aku rasa rakyat Malaysia start menggunakan nama panggilan Abang dan Kakak kepada mereka-mereka yang tak dikenali lebih kurang 15 tahun dah. Ini semua sebagai tanda hormat..

Tapi yang aku tau ramai orang perempuan yang agak sensitif dengan issue ni, sebab diaorang tak suka ialah diaorang rasa diaorang tua. Selama ni aku anggap itu kelakar, relaxlah orang panggil je bukan maksudkan..

Tapi malam tadi aku dah rasa benda tu tak kelakar bila jiran aku yang dah ada anak dekat 15 orang tu panggil aku abang.. Agak-agakla sikit, aku ni muda lagi, panggilla adik. Lagipun aku ni jiran bukan pelanggan kau kat pasar malam.

Sudah Puas Hati

Ramai orang tau kalau aku suka satu-satu benda, kalau aku nak satu-satu benda aku akan usahakan sampai dapat. Benda yang logikla, kalau macam nak kawin dengan Maya Karin, aku tau tak logik aku takdela usaha..

Dekat food court office aku ada satu kedai makan arab. Aku suka nasi beriani dengan ayam bakar dia.. Kesedapan dia according to kawan aku adalah lagi sedap dari restoran arab yang famous di Cyberjaya tu dan according to Liza lagi sedap dari restoran arab yang famous di Seri Petaling. Aku makan ni sebulan sekali macam tu sebab satu set RM9.

Isnin lepas aku datang dia cakap tak siap lagi.. Fine, aku cakap hari Jumaat aku datang lambat sikit, aku balik lambat sikit.. Selasa-Khamis ada kelas. Memandangkan Selasa-Khamis aku berbuka benda bukan-bukan, ada sekali berbuka sorang-sorang kesedihan so hari Jumaat tu aku pergi dengan excited sekali.. Sekali sampai kedai dia, walaupun dah lewat sikit, dia cakap pukul 7 baru siap... Sedih betul aku.. Aku balik rumah mengidam dan terliur²..

Tapi tadi aku saja ajak Liza dan anak-anak ke Tesco sebab aku boleh singgah office. Gamble nak beli jugak nasi tu pada hari cuti.. Dalam pukul 6.30 tadi aku sampai dan orang tu tengah bakar ayam.. Hooraayyyyy.. Maka hari ni aku berjayala makan nasi beriani dan ayam bakar kedai arab tu.. Sedap gila dan tamatlah sudah keteringinan untuk mencari juadah berbuka.. Esok berbuka roti pun aku tak kisah dah!

"Sedapla.. Nanti bolehla beli lagi.. " - Testimonial Norhasliza Hashim..

Eh bila-bila fikir balik and tengok orang-orangnya aku rasa macam aku makan indian food. Nanti aku tanya sebab kitaorang main assume je itu nasi arab..

Kalau Eminem Melayu

Sorry, aku tau ni bulan puasa, tapi aku tengah gila dengar lagu-lagu baru Eminem, yang buat aku terfikir macamana kalau Eminem rap dalam Melayu. Serious, makcik pakcik dan orang-orang alim sila close browser anda sekarang. Macam Eminem semuanya penuh kemarahan dan ayat-ayat yang patut dicensore. Kemarahan aku berani tulis, ayat mencarut aku tak berani nak tulis sebab nanti korang judge aku.. haha..

Yo Yo, sekalian mangkuk,
Suka sangat main Facebook,
Aku tak tau sangat apa yang seronok,
Beria sangat semua benda nak update terkinja macam beruk.

Yang kejap-kejap update pasal awek tu,
Sikit-sikit nak cakap I love you kat awek lu nak semua orang tau,
Tau tak dulu dia bekas aku?
Aku dah tidur dengan dia dan percayalah atas katil dia tak reti buat apa sebijik macam kayu,
Last aku tinggalkan dia sebab tak reti langsung nak shave bulu².

Yang bulan puasa tetiba jadi alim sangat,
Hari-hari nak bagi nasihat pasal akhirat,
Dulu perangai macam musibat,
Bila sekali dan insaf, gambar tengah sembahyang pun nak diambik lepas tu menunjuk dekat masyarakat.

Yang ada family sikit-sikit upload gambar,
Bawak anak pergi jumpa Ultraman pun nak dikhabar,
Orang yang takde anak sakit hati rasa nak je bagi kau penampar,
Semua benda kau nak laporkan kau ingat facebook kau tu suratkhabar??

Berhenti merokok pun nak kecoh,
Hari-hari update macam TV3 suruh datang sure heboh,
Dari hari pertama sampai hari ke 10,
Orang lain dah bertahun berhenti teringin tunggu kau depan pintu nak pelupuh.

Yang kau tu semua video lagu yang kau suka nak letak,
Ingat semua orang suka lagu rap macam kau ke lain kali gunala sikit otak,
Sikit-sikit letak lagu Eminem macam orang batak,
Nanti orang bengang mau computer kau kena tetak.

Ada yang menggelabah dekat wall berdoa,
Habis tu masa sembahyang, hang buat apa?
Hang nak tunjuk apa kat semua?
Hang ja tau berdoa, doa hang makbul, orang lain semua kena malapetaka ka??

Yo Yo, sekalian mangkuk,
Suka sangat main Facebook,
Aku tak tau sangat apa yang seronok,
Beria sangat semua benda nak update terkinja macam beruk.

Ok cukupla 6, terus terang cakap aku suka Facebook. Tahap ketagih dah and banyak aku kutuk diri sendiri je kat atas tu.

5th Anniversary

Aku bukanla husband yang romantik, tapi aku boleh gerenti aku adalah husband yang paling baik sekali di dunia, tapi garang sikit.. Haha.. Liza pun bukanla wife yang romantik jugak.. Haha.. Itu pasal kitaorang match.. Kitaorang relax-relax je..

5 tahun kawin - Sepasang anak, semua benda dah ada, siap extra² lagi, kira not bad jugakla kan? Harapnya kitaorang kekal bahagia selama-lamanya dan anak-anak pun menjadi manusia yang berguna.. Amin...

Kalau Aku Kaya Episode 9

Tabung Pizli

Kalau aku kaya aku akan buat something untuk masyarakat. Aku akan buat satu tabung bantuan untuk masyarakat. Tabung pinjaman. Takde interest.

Dalam dia aku letak 10 ribu. Tapi aku hanya akan bagi pinjam seribu je dekat seorang. Takde interest. So aku akan bagi kepada 10 orang. Cara dia, orang kena email aku bagitau sebab. Sebulan bayar RM100. Bila semua hutang dah berbayar aku akan bukak balik benda ni. Kalau orang tak bayar-bayar, nilai tabung ni akan susut. Dan bila dah tinggal kosong tabung ni akan dibubarkan terus. Sebab benda ni dibuat atas dasar percaya, email je tanpa documents. Sebab aku ni memang jenis percaya orang. So kalau tabung dah bubar jangan salahkan aku, salahkan penipu.

Sumbangan Bulanan Pizli

Aku jugak akan bagi RM200 kepada seorang yang layak setiap bulan. Cara dia, email aku jugak bagitau sebab dan aku akan bagi pada orang yang aku rasa betul-betul layak.

Maybela sikitkan? Tapi kalau aku billionaire sekalipun susut jugak duit walaupun bagi RM1 sebulan.

Ini kalau aku kaya raya. Semua orang pun masa belum kaya akan cakap macam-macam. Tengok pilihanraya cukupla..

Hari ke-2 dan dengar masalah kawan-kawan

Tadi kelas aku habis awal, so dalam pukul 7 aku balik, ye aku lagi suka berbuka di rumah dari dugaan rokok dan menjadi incredible hulk macam semalam.. Duduk dalam train, sampai orang tu announce waktu berbuka dah sampai, aku pun minum air.. Sampai Tasik Selatan, aku beli nasi lemak lauk sambal ikan bilis petai dengan telur mata. Taknak makan kerang etc. Lauk itu pun RM4.00!! Ingat aku ni orang kaya Mont Kiara ke? Baik makan nasi kandar kalau mahal macam tu, sedih aku orang Melayu ni meniaga.. Aku beli jugak karipap dua ketul and makan dalam kereta, pecut kereta sempat sampai rumah 8.10pm macam tu.
________________
Kepada orang-orang yang berkenaan,

Hidup engkau kadang-kadang hanya untuk bermimpi,
Keindahan diingini tidak pernah menjadi realiti,
Bagai kelip-kelip yang menyalakan diri,
Mereka gembira dan engkau mati, sendiri.

Jika ini takdir, engkau terima,
Jika ini balasan dosa, engkau redha,
Jika sedih ini untuk mereka bahagia, engkau lega,
Jika engkau mati nanti harap terus ke syurga, hendaknya.

Kepada semua, engkau carila bahagia,
Jangan berbalah, kerana tidak berguna,
Mengalahlah andai itu jalan damai yang ada,
Biarlah bersedih di sini kerana balasan gembira di sana, itu janjinya.

Kepada suami, elakkan kuasa penuh yang ada,
Kepada isteri, pada suamilah taat dan setia,
Kepada anak-anak, patuhi ibu-bapa,
Harapnya bahagia satu keluarga, walaupun tidak selesa.

Nasib engkau memang tidak akan sama,
Memang itulah bahagian untuk engkau diberinya,
Keselesaan bukan petanda bahagia.
Harmoni dan gelak tawa itu yang lebih bermakna, aku rasa.

Kepada Adinda Rafidah Ibrahim,

I'm a space bound rocket ship and your heart's to the moon
And I'm aiming right at you
Right at you
250, 000 miles on a clear night in June
And I aim it right at you
Right at you
Right at you

(ok, dia ni masalah aku sendiri)

Sekarang Saya Sangat Faham Perasaan Incredible Hulk

Seminggu dah puasakan? Rutin aku:

Bukak Puasa - Duduk² - Main Dengan Anak - Sembahyang - Duduk²

Relaxkan? Ok, aku malasla nak sebut banyak kali pasal berhenti hisap rokok ni tapi hari ni aku nak cerita jugak.. Selama ni lepas buka puasa aku relax² dengan isteri dan anak.. Tenang.. Teringin hisap rokok tu simpan dalam hati buang jauh-jauh tanpa tekanan..

Bayangkan hari ni, seminit je lepas bukak puasa dengan kawan di restoran mamak, sekeliling aku orang hisap rokok.. Ya Allah Ya Tuhanku, tak pernah aku rasa seksa macam tadi.. Settle Maghrib semua, aku masuk kelas.. Perut senak sebab pakai jeans.. Sesak nafas aku... Biasa pakai seluar pendek yang paling selesa kalau berbuka kat rumah..

Lepas tu kena belajar Database!! Mana aku tak rasa nak mengamuk!

Aku baru faham maksud ketagihan, cubaan, restless, ujian, ketabahan dalam satu masa..

Puasa

Ok dah nak seminggu dah puasa.. Alhamdulillah first puasa hari tu doktor takde halang aku puasa and Alhamdulillah penuhla puasa aku setakat ni. Kitaorang start puasa dekat Keramat, so takdela benda yang dibuat sangat pun kecuali aku petang-petang pergi beli kuih dan air dekat area situ.. Banyak aku terhutang budi dengan Mak Mentua aku..

Sabtu baru balik sini.. Dekat pasar area rumah aku ni aku tengok banyak jugak pilihan.. Kira cukuplah sebulan pilihan makanannya.. Harga meningkat sikit.. Cuma sesak, parking susah.. Semalam aku pergi Nilai, aku tengok sedap-sedap lauknya.. Maybe sebab orang Negeri Sembilan masak kut.. Aku rasa kalau nak jimat, beli makanan special jangan beli lauk. Sebab biasanya kalau yang special ni semua dah ada - lauk ada, sayur pun ada, macam nasi ayam ke, nasi kandar ke, lepas tu beli kuih sikit.. Tadi pergi pekan Semenyih, macam biasa je, kedai jual ayam golek/bakar ada 4.. Macamana nak untung? Pasarnya kecik je..

Esok aku akan start pergi kelas balik yang bermakna aku takkan ada di rumah 3 kali seminggu sepanjang bulan puasa ni.. Aku dah cakap kat Liza, berkorbanla, sebulan ni je.. Aku sendiri pun kena bersusah payah nak catch up balik pelajaran.. Doakanla kitaorang ok.. Aku tak tau nak bukak puasa kat U aku ke atau makan sikit-sikit and sampai rumah baru makan bebetul. Yang aku pasti aku akan lembik.. Hahaha.. Aku tak pergi Terawih sebab aku tau aku tak boleh commit and aku tak suka kalau aku tak consistent.. So kalau panjang umur tahun depanla aku buat... Amin.. dan tahun depan join masyarakat balik..

Setiap kali aku pergi pasar Ramadhan aku akan make surekan aku tawaf satu pasar tu, tak kirala jauh mana.. Sebab?? Haha execisela konon, aku target pada 1st Syawal berat aku 75kg, 10kg less than berat awal July hari tu.. Dan 1st January nanti aku nak kurangkan ke 70kg. Nantila bolehla aku ambik gambar profile pakai jeans and tak pakai baju lepas tu bolehlah aku jadi escort perempuan-perempuan sunyi.. Dah banyak duit bolehlah aku beli Civic..

Oklah Selamat Berpuasa Semua..

This Is The Day Where I Would Die For My Son

(betul ke tajuk aku tu wei?? haha)

Hah berjaya jugak bawak Umar pergi tengok Ultraman dia.. Ramainya orang.. Kitaorang punya cara aku dan Umar duduk tengok Ultraman, Liza dengan Nawal pergila mana-mana sebab ini adalah upah Umar pergi dentist hari tu. Nak tunaikan janji memang aku jadi selfish nak mampus, semua orang pun sama.. Takde orang nak beratur ke apa ke, semua fikir janji lepas, berebut.. Nasib baik sebab ada rehat-rehat Ultraman masa ambik gambarnya.. Kalau tak lagi lambat tunggu.. Belanja RM20 dapat VCD/DVD, dapat ambik gambar + gambar free..

Ni masa awal² sampai, tengah tengok keadaan..

Ok, aku dah start dukung.. Kenapa muka aku macam tu?

Hah, dekat setengah jam berdukung, menunggu.. Orang nak tengok Ultraman, diaorang pergi buat benda-benda lain pulak.. Penat bebudak..

Mangsa keadaan.. Haha..

Ultraman dah keluar.. Perasan tak aku mendukung Umar tu? Punya ramai manusia..

Beli CD, tunjuk resit dapat ambik gambar.. Memang bersesak-sesak..

Dah, jom balik.. Cukupla sekali, tak larat..

Benda Buat Aku Marah

Aku konon-kononnya taknak mengutuk orang.. Azam masa sakit hari tu la, tapi since aku bosan dan nak mengingatkan diri sendiri dan orang lain aku cakap je la..

Katakan kat dalam forum ada thread tajuk Gerai Yang Paling Bagus di Pasar Ramadhan Senawang.

Silalah tulis pasal kedai yang bagus dalam thread tu. Janganla pulak kau tulis.

Pasar Ramadhan tak pernah pergi lagi.. Jarang sgt sebenarnya pergi pasar ni, org rumah masak tiap-tiap hari.....

Pergilah mampos bini kau selalu masak ke apa.. Orang cerita pasal gerai paling sedap.. Peduli apa aku kau tak pernah pergi ke apa ke? Lari tajuk apahal?? Kau nak cakap orang-orang yang dalam thread tu pemalas tak masak ke??

Hangin betul aku..

Berhenti Merokok Cara Pizli Mat Wazip

Ok, aku bebetul merindui rokok, especially time membuang air besar. Sopan sikit bunyinya.

Masa-masa orang gila nak merokok ialah:

1) Masa lepas makan.
2) Masa buang air besar.
3) Masa bosan atau stress.
4) Masa menunggu - tunggu orang gorengkan nasi, tunggu orang bungkuskan mee..

Cara aku, aku buat step by step, aku start dengan tak hisap rokok time bosan/stress. Lepas tu time menunggu. Dua benda ni korang boleh replace dengan main game dekat phone! Hand to mouth action yang biasa korang buat tu sebenarnya yang buat korang rimas bila tak merokok. So setakat ada hand action tu aku rasa ok sikit.

2nd step, lepas makan. Memang seksa ya amat. Di sini korang keluar la makan dengan orang yang tak merokok. MEMANG SEKSA, tapi kalau korang teruskan InsyaAllah jadi natural tak payah hisap rokok lepas makan. 15 minit je seksa, lepas tu korang dah ok. Percayalah! Last, ini ikut aku punya masalah sendirila.. Masa berak. Aku pun tak tau macamana. Sebab aku susah gila nak buang kalau takde rokok sampai aku rasa nak beli sekotak dan hisap sebatang sehari. Bukan susahla.. Just rasa kosong yang amat sangat. Macam miss benda gila-gila.. Maybe aku sendiri yang rindukan rokok dan taknak completely berhenti. Entahla..

Tak, aku takde rokok sekarang ni. Cara lain boleh bawak rokok 3 batang sehari ke office or masa pergi jalan-jalan, dengan itu korang akan kurang hisap rokok. Macam aku buat sebelum sakit hari tu..

Ketagihan rokok ni, kalau pada aku la, aku akan jadi moody gila-gila.. Rasa nak marah je aku..kalau hisap rokok pun pemarah jugak Tadi aku start kereta pergi Jusco beli roti untuk tenangkan hati.. Balik makan roti.. Hah sudah janganla lepas ni aku asyik nak makan sudah.. Rugila sebab since aku sakit hari tu aku dah hilang 6kg :-p

Aku Tak Sanggup Nak Mungkir Janji Pada Anak Lagi

Biasa bila kita nak buat perubahan yang besar, kita akan lebih bersemangat kalau ada reward. Memang perubahan ke arah kebaikan tu elok untuk diri sendiri tapi, lagi seronok dan lebih bermakna kalau ada hadiah.. Contoh, kalau aku berhenti hisap rokok, orang bagi aku sebijik Honda Civic Type-R. Mestilah aku semangat kan? Dalam mimpi jelah hahaha..

Ok hari tu Umar dah start berak dalam potty lepas tu guna toilet duduk terus. Seronok aku. Aku cakap kat dia aku nak bagi PSP tapi sampai sekarang tak bagi-bagi lagi. Aku frust tapi sambil tu harap bila aku dah senang sikit nanti aku beli PS3 terus dan main sama-sama dengan dia.

Semalam aku cakap kat dia, kalau dia pergi jumpa dentist aku bawak dia jumpa Ultraman dan boleh salam Ultraman. Jumpa dentist dan berak kat toilet pada aku adalah satu perubahan besar dalam hidup dia.. So aku memang niat nak bagi dia hadiah.. Benda jumpa and salam Ultraman ni memang aku boleh buat kalau takde kecemasan yang teruk. Harapnya takdela ye..

Yang aku harapkan satu je, benda ni tak cancel last minute. Mau aku mengamuk dekat Mines tu nanti sebab aku taknakla anak aku label aku penipu tak tepati janji... Tolongla jadi benda ni..

Umar's First Dental Visit

Ok masa aku sakit gigi hari tu aku konon-kononnya nak bawak Umar check gigi dia sekali, kira nak bagi dia merasala.. Lagipun dentist tu adalah wife si Lord Voldermort kawan aku. Senang cakap, senang kalau aku nak explain and cakap apa-apa kat dia, sebab aku, bila perihal doctor dan dentist aku respect gila dan macam takut pun ada. Bukan aku tak respect pada Vorldermort's wife, tapi aku senang nak cakap dengan dia sebab aku kenal husband dia. Psychologyla ni.. Itu yang aku nak pergi situ jugak.

Ok, gigi aku masih sakit dan berlubang, tapi batu karang dah ambik alih so macam gigi bukan priority. Nanti-nantila aku pergi. Ini pasal Umar sebab dia tetiba sakit gigi. Aku tengok mulut dia macam ada ulcer je.. Fikir-fikir balik, baik bawak dia gi dentist tu sekarang, lepas tu beli bateri kereta sekali. Pinjam kereta Mak Liza dan kitaorang pun pergi. (Rozita, rumah mak Liza adalah 1km away from ASBKL, ke less sebenarnya?? - fyi)

Sebenarnya gusi Umar luka sikit je sebab gigi dia tak habis tumbuh lagi.. So Doctor ni cuci gigi dia dah alang-alang datang. Cara Doctor ni layan and yakinkan Umar aku bagi A+. Cara Umar menghadapi semua ni aku bagi A++++++.. 4 Flatla CGPA dia aku bagi. Sila tengok gambar.. Memang aku kagum dengan anak aku ni sebab mesin tu bunyi-bunyi. Aku tak pernah puji anak aku kan? Biarla kali ni aku puji sikit.. (sebab aku ni sebenarnya penakut dengan doctor gigi haha) Ooh aku pergi siang tadi.. 1st Ramadhan..


Fikir-fikir balik bila aku settlekan problem aku dengan tenang dan systematic, takdela teruk sangat hidup aku ni.. At least takdela aku terpaksa bunuh awek aku lepas tu tembak diri sendiri dalam kereta famous dan penuh kebanggaan orang MLM yang tengah bergerak..

Panduan dan Tanda-tanda Pesakit Batu Karang Buat Kali Pertama


Based on saya punya pengalaman - Mengikut Turutan

1) Korang kencing kotor dan berdarah secara tiba-tiba.
2) Sakit pinggang dan belakang yang agak teruk.
3) Sakit memulas-mulas di bahagian bawah badan, dada ke ari-ari. And yes, macam bini korang nak beranak..
4) Doktor akan bagi ubat kalau pergi ke klinik biasa.
5) Lepas tu alat sulit korang akan rasa ngilu dan macam dihiris-hiris walaupun kencing dah tak kotor.
6) Sekali sekala sakit dan kencing macam berpasir pulak..
6) Bila kena, mintak pain killer!!

So pergila specialist

1) Dia ada 3 option - laser, operate tebuk buah pinggang & Ureteroscopic Stone Removal.
2) Ureteroscopic Stone Removal akan dibuat kalau batu sudah di ureter. Caranya ialah dengan memasukkan alatan melalui salur kencing yang kecik di alat sulit korang, lepas tu dia akan pecahkan batu dan tinggalkan stent dalam ureter for at least 2 minggu.
3) Exactly lepas operation ni korang akan rasa nak kencing. Alat sulit luka, berdarah dan of coursela sakit. Air kencing keluar macam air paip.. Dua ke tiga kali. Lepas tu kencing berdarah dalam seminggu tapi dah tak sakit sangatla..
4) Stent akan diremove dan dalam case aku, tak sakit sangat kencingnya.. Sakit masa kencing yang 5 pertama.

Aku punya recommendation

Silalah pergi call bomoh or pergi jumpa orang Melaka yang Suhida cakap tu. Lantaklah diaorang guna jin sekalipun nak keluarkan batu tu dari badan korang sebab seksa gila babi woii!!! Aku tak tipu!!! Lagi satu walaupun company aku cover semua kos perubatan aku rasa macam melampau mahal. Bayangkan cost aku hari tu boleh bayar Degree Course 4 tahun di OUM!! Takpun pergila government.. Merepek betul harganya..

Jagalah pemakanan, berhenti merokok, amalkan hidup sihat dan save nombor phone bomoh batu karang.

Alamat perawat ada di sini: http://besout.blogspot.com/2012/10/alamat-perawat-batu-karang-di-ayer.html

Panduan Ketika Berada Di Wad Hospital Sebagai Pesakit Batu Karang

Ini adalah panduan untuk mereka yang guna GL Company dan share 4 orang sebilik di hospital swasta.. Lagi sesuai untuk yang kena batu karang.

Do's

1) Jangan bawak hanya sehelai seluar panjang sebab bila kena batu karang anda biasanya dah lama "tak dapat" so mungkin masa tidur akan dapat wet dream. So nanti masa balik nak pakai seluar apa?
2) Sila bawa ipod atau walkman sebab kadang-kadang kita tak selesa nak tengok TV. Ipod juga dapat menghalang pendengaran kita dari orang-orang yang irritating.
3) Sila bawa juga laptop dan mobile broadband sebab kalau guna data phone, anda akan berbelanja besar.
4) Sila bawa psp, magazine, Yassin atau buku sebab seriously bosan woi..
5) Mungkin korang tak terfikir, tapi kalau korang ada affair dengan perempuan lain, korang boleh ajak perempuan tu teman dan tidur atas katil sekali. Tapi kalau sampai mati sakit, tak baik-baik, jangan salahkan aku..
6) Sila silentkan phone.

Dont's

1) Bila ber"sms", dan anda expect akan dapat seribu sms secara berturut-turut jangan gunakan ringtone lagu rap walaupun dalam wad tu ada rapper sekalipun.
2) Jangan jawab pertanyaan nurse dengan jawapan "Yap!" sebanyak 100 kali berturut-turut. Tukarla sekali sekala dengan perkataan "ye" dan "haah".
3) Sila buang perangai rempit seperti buat lawak "Eh kan puasa esok, kenapa saya puasa hari ni?" bila anda tau esok anda nak kena operate. Tak kelakar ok??
4) Suruhlah pelawat anda balik selepas waktu melawat walaupun anda tau diaorang takkan kena halau macam hospital kerajaan sebab mungkin ada pesakit lain yang tengah bersedih sebab takde pelawat datang walaupun dia dah tulis nombor wad kat status facebook.
5) Jangan sombong dengan pesakit yang seminggu lebih awal dah operate batu karang. Dia boleh bagitau what to expect and takdela kau geleng-geleng kepala pada dia bila kau keluar dari toilet for the first time lepas operation.

Sekian Terima Kasih...
___________
Anda juga tau nasib anda bukan jadi lebih baik bila anda nak pergi hospital, secara tiba-tiba bateri kereta anda kong dan kena mintak tolong adik hantar dan nasib malang itu diconfirmkan lagi secara jelas bila anda balik rumah dari hospital, anak anda yang tak pernah miss gosok gigi tiba-tiba menangis bersungguh-sungguh sebab sakit gigi.

Bunuh diri secara bersama satu keluarga bukan satu option di dalam Islam. Bersabarlah, pasti ada hikmahnya satu hari nanti..

Dah Puas Sangat Susah

Tadi mak aku call tanya khabar.. Dia cakap;

"Mak doakan kamu sihat, biorla murah rezeki kamu lepas ni"

Lately ni banyak ayat-ayat ni aku dengar. Kawan-kawan.. Family..

Sedih aku dengar.. Terharu.. Harap Tuhan makbulkanla doa-doa orang-orang ni semua dan diaorang pun dapat benda yang sama..

Stent Removal

Isnin masuk wad and Selasa doktor akan buang stent tu dalam badan aku. Harapnya semuanya selamat dan Khamis boleh pergi kelas. Amin... Mungkin aku akan miss first day puasa..

Follow Up

Hari ni aku pergi follow up dengan doktor, aku harap sangat doktor tu buang ureter stent dalam badan aku ni secepat mungkin.. Aku nak pergi kelas next week la kalau boleh pergi kerja takdela sangat haha.. Lama sangat dah tinggal kelas.. Surat-surat doktor, MC semua aku ada, nanti nak cakap dengan lecturer. Assignment InsyaAllah boleh catch up.

AKU SANGAT LAPAR!!

Ok, aku sangat lapar.. Aku takde kereta untuk keluar. Since aku sakit hari tu rumah ni memang dah takde lauk basah. Dekat sebulan jugakla. Dan since aku membuat undang-undang tak boleh masak waktu malam kat rumah ni, aku agak jarang jugak makan nasi.

Bila lapar aku mesti terbayang makanan-makanan yang sedap. Dan apa makanan yang sedap aku terbayang sekarang??

1) Nasi Kandar Lawood kat Nilai..
2) Nasi Beriani Arab dengan BBQ Chicken dia dekat canteen office.

Dua-dua ni lauk dia quarter chicken. Dan bayangkan bila aku lapar, aku hanya ada roti untuk dimakan atau wafer atau maggie atau biskut..

Dahla apa jenis delivery pun takde area sini.. AKU SANGAT LAPAR!!

Yeehaaa...

Sibuk sangat pasal sakit, lupa nak update yang Nawal dah boleh meniarap dah. 3 bulan ++. Okla kut, takdela lambat sangat. Sorry anak-anakku, Ayah korang ni memang suka pressure.. Semuanya kena cepat, semuanya kena tau.. Hahaha..

Q - Kira passla kan ni Ayah? A - Bolehla..

Umar sebenarnya dah ajar adik dia banyak kali dah cara nak pusing, semangat betul!

Cuba cari Ultraman Cosmos

Cepatla tumbuh rambut.. Biarla nampak girl sikit.

Harapan

Hari tu aku cakap kat kawan aku yang aku harap lepas macam-macam benda yang tak elok jadi pada aku dalam masa sebulan ni harapnya nanti adala Tuhan bagi aku apa-apa untuk menggembirakan aku pulak.

Kawan aku cakap, lagi elok kalau aku tak harap apa-apa pun..

Betul jugak tu... Takdela kecewa nanti kalau benda jadi lagi teruk ke apa ke..
_____________
It was my decision to get clean, I did it for me..
Admittedly, I probably did it subliminally for you, so I could come back a brand new me you helped see me through..
And don't even realize what you did, believe me you I been through the ringer, but they could do little to the middle finger..
I think I got a tear in my eye, I feel like the king of my world, haters can make like bees with no stingers and drop dead, no more beef flingers..
No more drama from now on, I promise to focus solely on handlin my responsibilities as a father
So I solemnly swear to always treat this roof, like my son & daughter and raise it, you couldn't lift a single shingle on it!

Selamat Tinggal Kekasih

1) Aku ada cakap hari tu aku nak berhenti merokok masa bulan puasa ni..
2) Aku pun ada cakap kat Liza yang aku perlukan dua minggu duduk rumah sorang-sorang so that aku boleh fokus nak berhenti merokok.
3) Bapak aku tau aku nak kena operate hari tu pun dia takde sibuk pasal batu karang. Dia cakap "Hah masuk hospital bolehla terus berhenti merokok." Suruh berhenti rokok 99%, pasal batu karang dan operation 1%.

3 hari kat hospital aku tak merokok.. Tapi since persekitaran dia memang tak boleh merokok aku macam ok je la. Tapi elok je aku keluar aku terus pergi beli rokok sebab aku tak yakin dengan diri sendiri. Aku dah hisap rokok 4 batang, tapi semuanya 1/4 je la dari each rokok tu. Saje lepaskan gian.. Aku terfikir apa aku nak lagi? Tuhan dah bagi aku jalan untuk start berhenti, aku siap dapat cuti 2 minggu untuk fokus pada berhenti merokok.

Ada 16 batang lagi rokok tu. Maybe aku akan buang or maybe aku akan hisap suku-suku sebagai lepas gian dan bebetul berhenti bulan puasa nanti. Tapi aku tau aku kena berhenti sekarang jugak. Tak worth nak hisap rokok, makan sedap dan lepas tu sengsara kat hospital.

"Selamat tinggal Dunhill 20. Terima kasih kerana menjadi kekasih dan teman dikala aku gembira, nervous, sedih dan segala-galanya selama 10 tahun ni.. Memang aku suka dengan kau, memang aku sayang kau, kalau boleh taknak berpisah langsung. Tapi tak berbaloi.. Bye!"

Update: Ok, aku baru campak kotak rokok yang ada belas-belas batang tu dan semua lighter ke luar pagar rumah. Hujan lebatlah hendaknya.. Doakan aku selamat. Aku takde kereta sebab kereta aku tinggal kat Keramat and Liza bawak kereta dia pergi kerja, so nak taknak aku tak boleh beli rokok. Amin............. Ada hadiah tak kerajaan bagi kat orang yang berhenti merokok? Hahaha..

Kisahnya.. Operasi Batu Karang

Liza selalu bising bila aku beli seluar dalam mahal. Membazir dia cakap.. Masa dia bising tu nak je aku cakap.. "In case kalau aku "lucky" mestila seronok dengan seluar dalam yang elok untuk ditayangkan". Tapi semua orang pun tahu yang aku ni suami yang baik dan mesti akan kecut segala anggota badan kalau tetiba ada perempuan lain ajak aku beromen. So the next best moment untuk menayang seluar dalam best ataupun tak malu dengan seluar dalam yang buruk dan selebet adalah bila aku unlucky!

Ye unlucky di sini bermaksud aku sakit, lepas tu kena bogel dengan doktor dan nurse ke apa ke. Dan deep down memang aku terasa-rasa je benda tu akan terjadi.

Macam semua orang tau, aku kena kencing kotor, batu karang, kencing kotor dan jugak kencing kotor sekali lagi. Since aku tengok takde pun batu yang keluar aku assume aku kena urinary tract infection, bukan batu karang sampaila hari tu aku rasa sakit balik and cakap enough is enough and marilah menggunakan insurance company dan pergi specialist. Bila aku dah confirmkan memang takde limit so aku pergila Ampang Puteri sebab dekat dengan Keramat in case apa-apa. Doktor tu cerita-cerita je segala prosedur yang dia biasa buat and cakap.. "Kalau awak dah jumpa saya ni, mestilah ada apa-apakan? So hari ni masuk wad dan kita scan." Aku beria cakap.. "Harapnya takde apala ye Doktor" and dia senyum je, penuh makna senyum dia tu.

CT SCAN, 5mm batu yang tersekat

Petang tu X-Ray and CT Scan macam dalam cerita House and memang ada batu karang yang terlekat. Dia cakap esok saya akan buang guna cara yang saya tunjuk kat awak tadi. Ureteroscopic Stone Removal. Malam tu nurse bagi aku ubat untuk pecah batu. Pukul 3-8 pagi aku merana sebab sakit ya amat. Cari nurse untuk mintak pain killer nurse-nurse ni semua pergi tidur. 3 jam aku tunggu. Button untuk tekan panggil tu rosak pulak. Aku kalau sakit aku just tertonggeng ke, pusing-pusing badan ke, tapi orang sebelah aku sampai meraung.. Itu sure lagi dahsyat tu.. Seram aku..

Suhida, kalau aku tau memang batu karang dan bukan Urinary Tract Infection tu memang aku pergi Melaka tu dulu.. :-(

Dalam pukul 10 pagi macam tu orang kelam kabut nak bawak aku pergi operation theatre. Doktor tu marah-marah sebab lambat hantar aku, dia siap naik wad lepas tu marah sebab ada nurse tipu dia cakap aku dah ada depan lif dah. So kes aku yang tak emergency ni jadi macam emergency yang sangat dahsyat. Salin baju, tukar katil, kena sorong katil, masuk lif, keluar lif, nampak signboard Operation Theatre, naik atas katil untuk operation sampai menggigil seram sejuk aku.. Semua benda ni laju sampai jumpa pakar anaesthetic tu.. Dia salam, tanya aku lebih kurang, sedar-sedar aku dah habis operate dah. Bangun-bangun nak terkencing. Diaorang bagi bekas. Pedih, sakit, berdarah. Dua kali pulak tu nak terkencing. Sebelum naik doktor tu cakap, saya ada tinggalkan besi dalam badan awak, nanti sebelum puasa kita keluarkan. Aku assume besi tu panjang dalam seinci je. So aku diam dan tak rasa apa-apa.

Tak pulak aku tau yang besi tu panjang macam ni!! Since aku tengok X-Ray ni terus aku seram sejuk dan terasa ada benda, kalau tak aku relax je. Aku menunggu 6 haribulan August untuk follow up and hopefully boleh buang terus besi ni. Aku kencing adala darah-darah lagi sebab benda ni ada dalam badan.. Tapi discomfort memang adala, nak dukung Umar memang tak boleh, so aku memang baring je sekarang ni.. Ni pun guna laptop.. Maybe kalau orang tengok cara aku kat FB, chat, or physically nampak macam aku ok je sebab aku taknakla sebab sakit semua benda jadi muram kan? Kenala ceria-ceria and positif!!

Baju Operation..

Diaorang datang lepas aku operate.. Petang Sabtu. Lepas tu takdela nurse-nurse ngorat aku lagi.. Ok, ini adalah lawak perasan. Haha.. Oh, Liza lagi kesian, Jumaat tu aku masuk hospital, dia kena balik lambat sebab kerja banyak, hujan lebat, Touch N Go rosak kat tol.. So aku cakap takpe, aku ok je sorang-sorang, jangan rush..

Air untuk alkalinize urine.. Ooh petang Jumaat tu aku sempat beli seluar, baju, towel semua kat Ampang Point sebab aku tak expect aku akan masuk wad pun.. Datang pakai baju office je.. Murah.. Nike track bottom yang gila best RM17 sebab reject kut.. Best gila!! Aku tak tau fungsi benda kuning tu sampaila masa Jihan datang malam tu nurse cucuk antibiotik ikut situ.. Haha.. "Ooh nak masukkan ubat ke benda ni?"

Cukup, insaf, taknak masuk hospital lagi.. Taknak sakit lagi walaupun demam.. Ni pun aku bukan tentu ok lagi sebab tube ni tak dikeluarkan.. So macam biasa doa dari korang je la yang aku mintak supaya aku sihat sedia kala dan jadi lebih kuat selepas ni.. Amin..

Baru separuh prosedur siap..

Ok semalam aku kena operate. Tapi diaorang ada tinggalkan satu tube dalam badan aku.. Next week kut baru diaorang remove. Aku pun tak tau apa nama prosedurnya ni.. Nantila aku cerita details, dalam bulan puasa nanti.. Bila aku cakap detail, memang detail sedetail-detailnya nanti.. Hahaha.. Dengan gambar X-Ray semua.. Aku baru tengok panjang tube dalam badan aku ni, selama ni aku tak tau.. Sekarang aku rasa seram sejuk je.. Hahah.. Doakan semuanya selamat.. Batu karang sebenarnya selama ni.. Dia stuck kat level 3, level paling bawah.. Bukan urinary tract infection. Aku terus masuk wad Jumaat tu. Kalau aku tau memang batu boleh try cara kampung dulu..

Aku kena ni:

Ureteroscopic Stone Removal
Although some stones in the ureters can be treated with ESWL, ureteroscopy may be needed for mid- and lower-ureter stones. No incision is made in this procedure. Instead, the surgeon passes a small fiberoptic instrument called a ureteroscope through the urethra and bladder into the ureter. The surgeon then locates the stone and either removes it with a cage-like device or shatters it with a special instrument that produces a form of shock wave. A small tube or stent may be left in the ureter for a few days to help urine flow.