Soalan Random

Aku selalu jealous tengok orang lain. Agak²nya ada tak orang jealous dekat aku, and kalau betulla jealous, sebab apa agaknya? Pasal ramai awek² minat kat aku sampai bergaduh² tu tak payahla cerita sebab dari zaman aku umur 15 tahun dah macam tu. Sebab lain ada tak agaknya?

Saya Sudah Insaf

Dua tiga hari lepas aku kutuk orang jaga tol sebab bagi aku resit tol masa aku tak mintak, padahal dah ada signboard tulis Resit Diberi Atas Permintaan.. Sekali pagi tadi, orang tu buat benda sama jugak, bezanya kali ni aku memang perlukan resit tu sebab nak claim kerja kat KL.. Termalu besar aku cakap dalam hati "Eh nasib baik dia bagi, terlupa mintak pulak"

Okla lepas ni bagi je la.. Biarla kereta aku bersepah dengan resit tol..

Pundek Kuasa 12

Celcom ni bila aku lambat bayar bil sikit, dia block aku.. Tak bagi call out. Bila aku dah bayar, dah 3 hari dah ni pun masih tak boleh call-call lagi. Bila aku check bil status dah clear dah, apahal tak boleh synckan bila dah clear boleh terus guna?? Perangai macam ni memang aku panggil perangai pundek!!

Tunggula business urut batin untuk perempuan aku berjalan nanti, aku tukar IPhone 4 pakai line Digi!

Hari yang aku berkata pada diri sendiri: "I will do anything for money" ialah:

Hari aku tengok katalog IKEA.

Sebab-sebab manusia perlu pergi sekolah belajar.

1) Roti Canai Kuah Kari

Minah: Nak makan apa bang?
Aku: Roti canai banjir, KUAH KARI.
Mak Si Minah: Abang tu nanti bagi KUAH KARI tau dengan sambal sikit.

And bila roti canai sampai, KUAH DHAL campur KUAH KARI dibanjirkan. Dua orang berbeza cakap KUAH KARI!! Dahla aku tunggu seminggu nak merasa kari mak kau sebab hari biasa kuah dhal tak sedap tu je yang ada..

2) Resit Tol Diberi Atas Permintaan

Korang yang tulis notis tu kan? Korang yang tampal kat semua tool booth kan? Kalau aku nak claim aku akan mintakla resit tu. Tapi yang kau bagi resit dengan duit balance masa aku tak mintak apahal? Nak bagi resit tu menyemak dalam kereta aku?

Tak sekolah ke apa korang-korang ni??

Lagi satu jangan bagi harapan palsu yang sangat tinggi pada manusia lain ok? Mana tau orang tu siang malam berharap siap plan macam-macam.. Last-last kecewa.. Itu bukan kebodohanla tapi, itu common sense!!!

Pengorbanan Yang Paling Besar Dalam Tahun 2010

Sebagai orang yang duduk di asrama masa zaman persekolahan aku faham erti berkongsi, especially bab makanan.. Maggi sebungkus, kongsi bertiga.. Mak datang bawak nasi lauk sotong sambal, kongsi satu dorm. Itu biasa.. Tapi kadang-kadang ada benda yang terlalu istimewa yang kita tak boleh nak share. Contoh: Seketul ayam KFC yang awek belanja.

1) Ayam KFC Mahal
2) Awek kesayangan belanja
3) Ayam KFC sedap dan setahun sekali baru dapat

Mestilah tak boleh kongsikan? So benda-benda yang sangat special ni kita makan sorok-sorok or kita makan dengan tenang dan penuh kenikmatan dan boleh sound tepat kat member.. "Blah, ni awek aku belanja, jangan harap aku nak bagi".

Dua minggu lepas, aku tengok kawan office aku minum air milo ais tabur masa lunch. Sangatlah sedap dan nikmat rupanya.. Tapi dah besar panjang bekerja ni takkan nak pau kut kan? So aku berazam balik rumahla buat.. Buat sedap-sedap, tabur milo banyak sikit sebab sendiri punya, bukak tv, layan dan ratah milo. Plan yang sangat perfect. Terbayang kenikmatan minum benda best sorang-sorang tak payah share. Bila milo tabur tu dah bercampur air sikit, mesti sangat sedap rasanya masa diratah.. Tapi bila aku dah buat.....

"Air apa tu ayah?" 20 saat lepas tu.. "Nak sikit ayah.." 15 saat lepas tu.. "Suap lagi ayah milo tu.." 5 saat lepas tu.. "Eh dah habis, buat lagila ayah... Sedap"

Aku dah kerjala bukan duduk asrama lagi asyik nak kena pau!! Anak-anak zaman sekarang ni memang kejam..

(tak boleh buat separate, sebab sure akan comot budak kecik minum/makan benda ni)

80'an

Tadi aku bukak blog wakil rakyat area rumah parents aku. Sekali ada gambar ni. Ini adalah gambar rumah FELDA lama. Rumah sama jenis yang diberi kepada semua peneroka. Rumah yang aku lahir di dalamnya. Rumah yang aku membesar dulu-dulu. Ok senang cakap air mata aku nak menitikla tengok gambar ni.

Kalau korang tengok gambar raya aku hari tu, korang nampakla macamana dah berubahnya rumah parents aku dan macamana FELDA membantu orang Melayu.

"Kampungla You Ni"

Kita sebagai manusia bukanlah makhluk yang perfect. Dan zaman sekarang ni especially kat Malaysia ni manusia Islam openly boleh buat sesuka hati benda-benda yang tak betul dan takde orang kisah pun. Kalau orang kisah pun biasanya orang dah tak berani tegur. Kalau macam aku ni yang lebih kurang 2X5 dengan orang-orang tu lagila aku tak buat apa-apa. So macam biasa "hal kau, kau punya pasal", macam yang selalu aku buat. Aku boleh terima takat tu je. Tapi benda yang aku tak boleh terima ialah bila orang-orang yang buat salah ni berbangga dengan benda yang dia buat dan pandang hina dekat orang yang buat benda betul. Contoh yang aku nampak di internet:

1) Marah orang tegur dia bila dia minum beer dalam bulan puasa dan announce difacebook. Contoh "Sukahati akula aku nak minum beer masa lu Terawih, lu apahal?"
2) Kawan-kawan sokong statement di atas.
3) Ambik gambar orang sembahyang post kat facebook dan buat lawak. (sebab tetiba orang tu sembahyang)
4) Bila orang tanya masa dinner "Eh serious ke you order beer ni?" Kau jawab.. "Eiii kampungla you ni.."
5) Murtad dan ajak orang makan nasi lauk babi.. <-- paling extreme dan the most what the fuck kejahilan of all time.

Buat jahat diam-diamla kan? Tak payahla nak kecoh or marah orang baik atau orang yang nasihat kita.. Ok, cukuplah, aku pun bukan baik sangat.. Tapi takdela aku sampai nak announce yang aku sekarang ada intimate affair dengan budak umur 19 tahun dari Korea dekat Facebook.

Manusia-manusia Yang Belum Kena Pada Batang Hidung Sendiri

RAMAIIIIIIIII orang yang marah bila dekat Melaka ada buat sekolah harapan untuk pelajar mengandung.. Siap ada facebook yang di panggil Sekolah Termengandung Ali Rustam (STAR) yang konon-kononnya buat lawak pasal sekolah harapan ni.

Korang bukaklah page tu dan tengokla sendiri. Kepada manusia sejagat semua, ye sekarang aku mengutuk sex diluar nikah, unprotected sex dikalangan bebudak dan orang-orang yang termengandung masa muda-muda lagi. Tapi macam aku dah cakap banyak kali, kita bukan lagi di fasa mencegah, kita dah di fasa merawat! (100 kali dah cakap) Itu pasal aku sangat setuju bila ada Baby Hatch dan sekarang Sekolah Harapan.

Point aku. Ye diaorang buat salah, tapi perlu ke korang hukum diaorang lagi bagi terkontang kanting? Benda-benda ni untuk menyelamatkan diaorang dan sambil itu kita berharap bebudak ni insaf. Bukan buat benda-benda lawak macam ni. Orang-orang yang komen tu bukan main lagila buat lawak. Kutuk sebagainya.. Cuba kena kat sedara mara kau, adik beradik kau.. Macamana? Kita semua bukan malaikatla brader.. Kalau adik kau kena aku bet kau pun nak masukkan adik kau kat sini.

Oklah, benda tak kena batang hidung sendiri janganlah korang buat lawak sebab bila dah terkena baru tau perasaannya.. Tak, keturunan aku takde mengandung luar nikah, harapnya sampai bila-bilala, aku just terfikir tadi. JANGAN INGAT KITA NI BAIK SANGAT. Kalau nak kutuk pun tak payahla sampai tahap macam ni, kutukla masa sembang-sembang di rumah.

Sila click gambar untuk menengok "lawak" orang² yang tak kena batang hidung sendiri. Kononnya banyak barang dapur kat sekolah tu hilang..

Kematian Dan Pengebumian Orang Islam di Kuala Lumpur For Dummies

Okla, aku mengaku.. Bukan takde kematian langsung dalam kehidupan aku, tapi biasanya orang jauh dan biasanya aku akan mengelak nak pergi. Blame aku. So guide ini untuk orang yang jahil macam aku. Ustaz aku mesti nak pelempang aku sekarang ni sebab jahil ya amat, penat dia mengajar dulu. Sorry Ustaz.. Ini guide untuk orang yang tak tau apa-apa. Yang tau tak payahla baca.

Kematian Di Hospital Kerajaan (according to adik ipar aku)

Bila jenazah meninggal ada certain cases diaorang akan bawak ke jabatan forensic untuk bedah siasat. Okla kita anggap jenazah akan ada di bilik mayat. Kita mestilah nak bawak jenazah balik rumahkan? Dan biasanya agak sukar untuk memandikan jenazah di rumah mestilah kita berharap semuanya dapat diselesaikan di hospitalkan?

1) Ok, pergi ke Jabatan Angkut di hospital dan tempah van jenazah- RM10
2) Pergi ke pejabat JAWI/Agama di hospital dan bagitau nak mintak mandi dan kapankan mayat. RM250 kalau tak silap. Family pun joinla sekali mandikan.

Lepas tu bawakla jenazah ke surau berdekatan, mandi, sembahyang jenazah dan hantar ke rumah. Di rumah kenala bagitau orang yang in charge dan jiran-jiran. Bayarla penggali kubur RM250 plus van nak bawak ke tanah perkuburan RM80.

Bila jenazah di rumah

Mengikut urutanla kut ni. Bukan semuanya wajib pun.

1) Kita buat tahlil, 3 hari biasanya.
2) Pacakkan kayu depan rumah dan ikat kain putih di atas kayu tu sebagai tanda ada orang meninggal.
3) Baca-bacala Al-Quran sedekahkan pada si mati.
4) Tunggu kubur siap dikorek.
5) Sembahyang jenazah before pergi kubur.
6) Waris mintak maaf bagi pihak si mati, kalau ada hutang boleh tuntut dengan waris etc.
7) Letak jenazah dalam keranda.
8) Usung, baca Al-Fatihah langkah demi langkah, 3 kali kalau tak silap.
9) Masukkan dalam van jenazah, zaman dulu usung sampai tanah perkuburan.
10) Bagila sumbangan pada jemaah yang sembahyang dan Imam. Benda ni satu Malaysia buat, tapi aku rasa aku against benda ni sebab kan ke tanggungjawab, kenapa perlu bagi sumbangan? Aku confuse gila bab ni!!

Di tanah perkuburan (apa yang aku ingat semalam.. kalau salah tolong betulkan, nanti aku edit)

Ini adalah rupa kubur yang aku tengok semalam. Maybe ada jenis lain.

1) Mayat akan dimasukkan ke liang lahad dan diiringkan mengadap kiblat.
2) Tali ikatan kain kapan dibuka dan bahagian muka jenazah dibuka.
3) Lepas tu letak papan tutup liang lahad tu tadi dan tanah dikambus di atas papan, meaning bukan kambus atas mayat directly.
4) Settle, bacaan talkin pun dibaca.
5) Siram-siramla kubur tu.
6) Nanti penggali kubur akan kemaskan tanah kubur, letak papan mcm pagar kubur tu dan call korang mintak RM100 untuk jaga kubur tu 100 hari.

So nampak tak duit 2k yg aku cakap semalam tu digunakan macamana. Kalau macam aku yang tak buat persedian ni, kan ke menyusahkan orang² yang tinggal? Daripada aku berazam nak beli PS3 dan kasut jogging baik aku kumpul duit untuk urusan aku mati dan letak tepi duit tu..

Harap benda ni membantu orang jahil macam aku.

Kebenaran & Kematian

Sebenarnya selama ni aku tak biasa dengan kematian. Aku tak pernah pergi tengok mayat yang ditanam di kubur. Dan last sekali aku tengok orang meninggal masa aku umur 4 tahun kut. Aku pun ternanti-nanti jugak nak experience benda² ni. Bila aku sakit hari tu, aku terfikir agaknya aku tak payah experience benda tu sebab aku sendiri yang akan mati cepat.

Tapi hari ni aku dapat sembahyang, angkat jenazah masuk van, and sambut jenazah dalam lubang kubur.. Memang aku offer diri sendiri untuk duduk dalam lubang tu sambut. Kira sekarang aku dah ada experience dan tahula kut procedurenya.

Ok, nenek saudara Liza yang meninggal ni tak pernah kahwin. So dia takde anak la obviously. Dia tinggal di Sungai Besar. Family mak mentua aku je la yang dia close sebab dulu dia kerja jadi maid dekat KL dia selalu datang rumah mentua aku. Banyak benda personal dia yang mak mentua aku uruskan. Dah macam anak sendiri. Dia akan ke KL setahun dua kali macam tu dan biasanya dia akan tengok TV (rumah dia takde TV), pergi shopping dan seronok-seronok di KL dan biasanya akan buat segala kerja memasak. Ooh dia masak sangat sedap, so sepanjang dia ada, dia akan masak special. Tapi tahun ni tidak. Dia sakit, batuk teruk. Terbaring je.. Aku siap bagi ubat batuk aku hari tu. Rupa-rupanya sakit pneumonia dah teruk dan end-up meninggal di KL. Dan dia memang taknak meninggal, dikebumi di tempat lain. Dia nak dekat Mak Mentua aku jugak. Kebetulan sangatla time dia datang sini sakit teruk. Masa melawat hari tu dia ada cakap depan aku yang semua harta benda dia, dia bagi mentua aku.

Aku frust sebab dia ada mention pasal nak makan popia basah dekat Pasar Malam rumah aku ni.. Dulu dia ada makan sekali. Lagi satu dia cakap dengan nenek Liza.. "Nanti kalau aku dah sihat kita pergi rumah Liza(cucu sedara kesayangan) ya kak?". Frustnya Ya Allah... Harap dia bahagia di sana..

Aku baru tersedar untuk mati pun kita kena sediakan duit. At least 2 ribu untuk senangkan orang uruskan jenazah kita. Aku takde pun prepare pasal benda tu lagi.. Subhanallah.. Ooh dan aku jugak nampak ada orang cari rezeki dengan kematian orang..

Point aku kat sini, aku baru tersedar yang elok jugak kalau anak ramai. Bila kes-kes macam ni adalah orang boleh uruskan. Sedara mara pun bukannya betul sangatkan? Ada yang tunggu kita mati so that boleh sapu duit pun ada. Baru lepas kebumi sibuk pasal kain batik si mati yang banyak pun ada.. Macam-macamla lagi. Aku terasa ramai anak tu penting jugak untuk bab-bab menjaga kita nanti. Kalau anak yang boleh pakaila.. Kalau berkemampuan aku suggest korang beranakla lapan..

Kalau bulan depan Liza pregnant sebab benda ni la ye?

Tadi aku cakap kat Liza:

"Since quantity anak kita tak banyak, kita make surela quality anak yang dua orang ni bagus."

Lepas tu dalam syahdu² aku tanya Umar:

"Umar sayang Ayah tak?"

Tanpa fikir panjang dia jawab:

"Tak!"

Harapnya jabatan agama boleh uruskan mayat aku nanti.. Wassalam...

Manusia-Manusia Yang Berhati Mulia

Aku tak pernah ke luar negara dan jarang ke tempat peranginan, kebanyakan yang aku pergi dulu pun sebab company bawak, tahun 1998-2000 dulu, kerja lepas SPM temporary.

Tapi adik beradik, adik beradik ipar dan kawan-kawan aku selalu pergi. Dan diaorang ni semua ingatkan aku. Dan jugak wife dan anak-anak aku sekaligus.

Ingat di sini maksudnya, dapatlah barang-barang souvenir. Ada yang bagi fridge magnet dari Bali, keychain, t-shirt² dari luar negara, toys untuk anak-anak, jubah untuk Umar, kain ela dari Vietnam untuk Liza, coklat strawberry dan macam-macam lagi. Bulan puasa hari tu aku dapat kurma yang aku rasa grade yang paling bagus dari Madinah/Mekah sebab kawan aku pergi Umrah. Sedar² ada je la benda-benda dalam sampul surat or courier punya package atas meja aku ni..

Ok, aku rasa dah macam menyusahkan orang yang sepatutnya seronok-seronok pergi bercuti kena pening-pening nak fikir size t-shirt nak bagi aku and so on. Aku nak cakap, cukupla kut, korang bercuti je la dengan bergembira, janganla lagi pening-pening spend duit untuk aku. Aku rasa macam dah banyak sangat dah. Segan.... Dan rasanya tak terbalas aku jasa korang. Hehe..

Kalau nak bagi jugak, aku mintak satu je, cukuplah just belikan aku fridge magnet yang elok-elok dan menarik, sebab aku suka fridge magnet dan dia murah sikit dari barang-barang yang korang beli tu. Terima kasih. Hehehe..
________
Esok cuti emergency, nak pergi funeral nenek sedara Liza yang sangat close dengan kitaorang, di Keramat. TAK!! Dia bukan orang Keramat pun.. Esok aku cerita detail.. Alfatihah dulu please.
_________
Ohh... Kepada orang yang cari camera, sekarang sony style ada promotion, sila click DI SINI.

Dan yang cari PS3, promotionnya DI SINI..

Lahanat, Salam Dan Sebut Nama

Aku baru sampai rumah dari KL dan benda yang aku nak buat tak settle pun sebab orang-orang yang patutnya kerja, takde.. Dan orang yang ada pulak tak boleh tolong.. Memang hampeh. Tau tak aku nak ke KL tu banyak duit habis. Kita ni nak buat apa-apa kena fikir apa kesannya pada orang lain. Jangan fikir diri sendiri. Kalau aku tak makan dua hari sebab duit dah habis sebab nak ke sana macamana??

Kasut lama yang aku pakai sekarang ni pulak kasut leather yang bau leather dia kuat sangat dan sebab aku stop pakai dulu pun sebab itula, sakit kepala.. Bau perfume no 8 dari One Drop Perfume ni pun buat aku sakit kepala.. Arghhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

Benda² ni buat aku panas. Takde mood aku dan sekarang aku faham kenapa ada orang bunuh orang dan kenapa orang gantung diri.. Tekanan!! Tekanan!!!! Dahla tadi ada orang hisap rokok masa drive main campak je puntung rokok sampai kena cermin depan kereta aku.. Hah ni email UK National Lottery pulak sampai ni, cakap Congratulations You won...1,000,000.00GBP.. Nak bagi aku menyumpah lagi??? Kalau betul takpe..

Oklah tukar tajuk.. Pasal salam cium tangan. Aku taula biasa kita salam dan cium tangan orang yang kita hormat or lagi tua.. Tapi aku benci gila tengok macam bebudak AF salam cium tangan pengacara.. Macam pundek tau tak?? Hormat tak tentu pasal..

Ye gagah aku ambik gambar kau!!

Aku selama ni diam, tapi baru-baru ni aku tertengok orang tengah bagi-bagi hadiah rancangan nyanyi macam karaoke.. Seronokla tengok orang dapat duitkan? Sekali ada mamat ni menang, lepas tu salam cium tangan pengacara yang muka penuh make-up tu sambil nangis². Kepala pundek lu!!! Lu letak diri lu pada tahap paling low sekali tau tak?? Macam la pengacara tu keluarkan duit ASB terakhir dia bagi lu.. Bodoh!!!

Lagi satu aku tak suka orang yang sebelum menyanyi sebut nama dulu.. Contoh: ♫ Ciaraaaaa.. Enrique.. ♫ Kepala hotak kau!! ♫ Jasonnnn Deruloooooooo ♫ Eiii menyampahnya aku dengar!!! Tak perlu tau semua tu, terus lagu jadi tak best pada aku..

Last, lagu Mizz Nina tu sehari ntah berapa juta kali nak pasang, dah 3 bulan dah kut.. Taula lagu tu buat kat oversea and featuring mamat orang putih, tapi come on la weeiiiii... Cukuplah... CUKUPPPPPPP!!!!! AKU TERTEKAN!!!! AKU TERTEKAN!!!!

Ye, Saya Manusia Yang Bermasalah

5 blog post sepanjang weekend, nampak sangat aku takde life dan habiskan masa depan komputer je..

Sekarang aku tengah enjoying aku punya free time sebelum masuk ke semester akhir pelajaran aku. Tapi malangnya aku buat benda yang agak tidak bagus untuk tubuh badan. Aku terlalu obses kepada masakan.. Dan sekarang masakan Arab. Okla, untuk mempertahankan diri, aku sebenarnya tengah mencari the best combination nak jamu orang kalau orang datang rumah aku. And Liza sure bengang sebab dia kena terlibat.. Haha..

Hari ni kitaorang try chicken kabsa.. Ok, to be honest aku takdela suka..

1) Aku suka lagi mandy rice hari tu..
2) Tapi aku tak suka mandy chicken dia..
3) Yang kabsa ni pulak, aku tak suka nasi, tapi aku macam suka chicken dia..
4) Tapi Liza cakap sedap je nasi dia, cuma ayam dia tak berasa.

So macam conflict di situ.. Lepas tu aku terfikir, bukan semua orang Malaysia boleh terima kut.. Macam kabsa ni lebih kepada tomato, so maybe aku tak suka sebab aku tak suka nasi tomato. So untuk orang² yang tak berapa adventurous dan untuk menyelamatkan kitaorang dari dikutuk masak tak sedap, or masak ntah apa², kalau orang datang biar Liza masak bihun goreng jela kut.. Selamat.. Haha..

Botol susu untuk menyukat berapa ounce tomato sauce.. Aku sediakan ni je.. Hehe..

Rebus ayam dalam campuran ni lepas tu air rebusan ni tadi buat air masak nasi..

Ok nasi dah siap.. Ayam yang dah direbus tadi dibakar selama 10 minit..

Lepas aku fikir masak-masak (fikir masak-masak nak masak), the best combination ialah grilled chicken yang north indian hari tu dengan mandy rice. Tapi tak beranila nak jamu orang unless orang request.. At their own risk.

Sebab Saya Akan Gemuk Dalam Masa Dua Bulan Lagi

Saya bercadang untuk berjogging dalam masa terdekat bagi menghilangkan craving nak merokok, menjaga kesihatan, persediaan untuk masuk larian di sekitar Kuala Lumpur dan berharap untuk menguruskan badan jugak.

Minggu lepas semasa saya beryahoo messenger dengan kawan saya yang bercerita pasal aktiviti gym dia dan saya bercerita keinginan saya untuk berjogging, secara tiba-tiba masa saya hendak ke tandas, tapak kasut saya, ye satu-satunya kasut sukan saya yang saya gunakan jugak untuk ke pejabat telah tertanggal 3/4 tapak dia.. Mungkin sebab pagi itu hujan lebat dan saya telah terpijak lopak-lopak air masa berlari dari tempat kereta pejabat yang tak berbumbung itu untuk ke pejabat.

Pada hari ini pula semasa saya tengah berehat tiba-tiba isteri saya memberitahu bahawa seluar pendek untuk bersukan saya yang dia basuh dan sangkut di pagar (sebab ampaian dah penuh) telah dicuri. So dengan ini saya tidakla boleh untuk bersukan atau berjogging dan tolong jangan sebut atau tanya saya kenapa saya gemuk dua bulan lagi.

Saya pun tidak pasti, saya ke yang bernasib malang atau keadaan, environment (parking lot office) dan orang-orang (pencuri) di sekeliling saya yang bawak malang pada saya. Sebab sejujur-jujurnya saya takdela merosakkan alam sekitar atau menggangu hidup orang lain, tapi nampaknya ada je benda-benda yang boleh dikatakan malang berlaku. Yang saya lebih bengang adalah benda-benda itu berlaku masa saya beria nak buat sesuatu dan terus menghancurkan impian saya serta merta.

Dua semester lepas ada seorang rakan sekelas saya yang berwarganegarakan Bangladesh tanya pasal tarikh lahir saya dan beberapa perkara personal lain. Tiba-tiba dia mengira sesuatu di kertas dan cakap pada saya. "Kau kena pergi kerja ke kawasan bandar, macam Kuala Lumpur, sebab di bandar besar kau akan lebih berjaya". Saya tidakla peduli sangat cakapnya pada masa itu sebab menilik nasibkan syirik? Tapi sekarang saya terasa teringin jugak nak kerja di Kuala Lumpur, Damansara atau Petaling Jaya. Mana tau betul boleh berubah nasib!!

Astagfirullahalazim, perlu ke penyanyi perempuan di TV ni menyanyi sambil pakai seluar dalam? Jap nak tukar channel.. Assalamualaikum..

Kagum 2

Bila aku tengok apa yang Nintendo Wii boleh buat dengan controller dia, aku kagum, bila aku tengok XBOX keluarkan Kinect aku kagum kuasa 2. Aku tertanya² takkan la PS3 nak duduk diam kan? Mana semangat Asia? Mana semangat Jepun. Sekali diaorang keluarkan PS3 Move. Ye, belila PS3 sebab dia dari Asia.

Aku ada belajar Virtual Reality hari tu, so macam boleh relate sikit benda-benda ni. Benda-benda yang aku mention kat atas tu sebenarnya korang control badan korang untuk main game, kalau menari, korang menarila, kalau korang main ping-pong memang macam main ping-pong betul²la.. Ok, tengok jela video kat bawah ni..


Kepada ibu-bapa sekalian, dengan benda-benda ni boleh buat korang habiskan masa dengan family dekat rumah je.. Boleh main sama-sama anak, dan aku rasa boleh mengaktifkan anak-anak korang dan hopefully diaorang jadi bijak, sihat dan pandai.. And yes, korang boleh bersenam jugak tak kira Wii, XBox or PS3.. Belila sekarang.. TAK RUGI, AKU GUARANTEE!

Kagum

Semua orang tau aku suka video dan video effects. Tapi dalam 10 tahun dengan video ni aku rasa lebih kurang je bendanya. Bila HD keluar aku agak kagum jugak, tapi takdela rasa kagum yang melampau² sampaila aku tengok apa camera DSLR boleh buat dengan HD Video. Ye tuan-tuan dan puan-puan, kegilaan orang sekarang, shoot video dengan DSLR. Aku tengok dia macam lain sikit, maybe sebab function photo digunakan untuk video. Aku tak reti sangat photo² ni, tapi everytime aku tengok video yang dishoot dengan DSLR aku rasa kagum pada tahap yang paling tinggi..


Yang buat aku masukkan Nikon D7000 dalam wishlist aku...

Random

Hari tu lalu Pasar Keramat, aku nampak orang jual bunga api.. Aku terfikir bagila Umar main kut, merasa.. First time main dia terus lari masuk rumah, takut.. Tapi sekarang dah boleh cucuh sendiri semua.. Macam kesian pulak aku dengar dia cerita kawan-kawan dia bagitau diaorang main bunga api masa bulan puasa hari tu.. Sekarang mainla..
__________
Korang rasa benda ring sling ni senang guna tak? Best tak? Bukan apa.. Sekarang ni Nawal taknak kena letak.. So aku rasa kalau guna benda ni takdela penat kut.. Kalau baring, Liza kena baring sekali.. Pengsanla macam tu.. Membesarkan anak ni dalam setahun dua je yang susah sikit.. Nanti² senangla InsyaAllah...
_________

Ni iklan raya favourite aku tahun ni.. Maxis.. Semua ada.. Sampaikan ke 1Malaysia punya tema pun kena. Aku pelik betulla apahal kecoh benar pasal kaum-kaum sekarang.. Aku kagum iklan yang sekejap ni boleh bagi kesan, bagus!! Makcik tu pun pandai berlakon.. Liza takde perasaan, suka kutuk-kutuk aku bila syahdu tengok iklan..
_____________
- Aku teringin nak memancing.. Tapi aku takde batang pancing, tengok bebudak kampung aku kat blog, FB geram betul.. Dahla dapat ikan besar, ikan yang sedap dimakan pulak tu.. Huiih, teringat zaman kecik..
- Aku rasa Jalil Hamid adalah pelakon yang hebat sekali di Malaysia..
- Lelaki Melayu paling senang nak buat family 1Malaysia.. Kahwin 4, Melayu, Cina, India & Others.
- Aku rasa internet telah menjarakkan aku dengan anak-anak.. Terasa nak unsubscribe.. Dan aku juga terasa nak unsubscribe Astro Sports Channel.
- Aku rasa kebanyakan orang kaya dan pandai mesti handsome dan cantik.. Semua diaorang dapat.. Hehe..
- Aku perasan banyak cerita seram kat TV masa raya ni.. Iklanla.. Tajuk yang bebetul seram aku rasa.. "Beranak Dalam Kubur" Haha..

Pat on the back & Nike Run

I reckon I deserve a pat on the back.
__________
Ok aku bosan, so baik aku cerita pasal Nike running shoe dan Nike sportband.

Di zaman millenium ini manusia biasanya jadi malas, manja dan mengada². Semua benda nak buat kena ada benda atau orang yang motivate. Kena ada reward. Zaman aku dulu, aku boleh lari pakai kasut sekolah atau main bola guna but getah yang orang guna untuk masuk kebun kelapa sawit, tapi sekarang tidak. Semuanya nak yang bagus. Kalau tak, takde motivasi. Contoh - kalau ada multimedia designer nak jadi boyfriend, awal² korang dah tolak.. Tapi kalau yang ngorat tu anak tokey kedai jual kereta terkaya kat Malaysia baru nak terima.. Ntah apa-apa contoh.

Ok, katakan korang beli Nike LunarGlide+ 2 Running Shoe, korang ada option untuk beli Nike Sportband. Ok nanti korang akan dapat sensor yang korang boleh letak dalam running shoes korang tadi. Memang dah sedia ada tempat untuk letak sensor tu dalam kasut tu. Ok masa korang lari, korang pakai sportband ni dan sensor tu akan hantar info ke sportband ni tadi dan korang boleh transfer data dari sportband tu tadi ke computer dan boleh track larian korang dekat website. Itula kalau korang nampak status orang kat Facebook tulis: Hari ni aku dah lari 15km dengan kelajuan 15km/h - itu dari website tu tadila. Itu optional..

Ni yang sportband ni boleh buat dan jadikan hidup korang exciting dan bermotivasi untuk berlari dan kemudian show off di facebook :

Ok, merah putih tu sensor letak dlm kasut dan hitam kuning tu Sportband tu tadi.

Requires Mac or PC; Mac OS X v10.3.9 or later, Windows Vista, or Windows XP (SP2) Home or Professional; Internet access (Broadband recommended).

Tracks distance, pace, time and calories burned
Memory captures and stores 30 hours worth of running data
Removable Nike+ Link for quick connection to nikeplus.com
Doubles as a watch with time display
Enhanced display for increased readability, improved water resistance
Automatic battery recharge when Nike+ Link is plugged into your computer
Stainless steel popper closure holds band in place and offers an adjustable fit
Durable polycarbonate case
Pre-curved polyurethane band for lightweight comfort
Includes Nike+ sensor to be placed in your Nike+ ready shoes
One size

Aku tulis ni sebab sekarang ada iklan ni:


Event yang korang boleh join dan aku harap sesangat aku boleh join. Kalau aku join bukan untuk menang, tapi untuk enjoy the fun. Tapi takdela kut dapat join hehe.. Ini sikit info:

NIKE CITY 10K KUALA LUMPUR

To celebrate this challenge, we will be hosting a physical race in each city. Sign up for the race now and get 50% off your Nike+ Sportband!.

DATE: 10 Oct 2010 (Sunday)

TIME: 7am onwards

VENUE: Kuala Lumpur City Centre

CATEGORIES: 5KM & 10KM

REGISTRATION FEE:

RM10 (24 YRS OLD AND BELOW AS OF 10 OCT 2010)
RM50 (OPEN CATEGORY - MEN'S & WOMEN'S)

Tahun 2010

Pada tahun 2010 orang yang langgar gate rumah orang sampai kemek dan terbukak dah tak peduli nak tulis note mintak maaf, atau pesan dekat sedara dia mintak tolong cakapkan.. Aku tak mintak ganti pun, tapi bila tengok terbukak je gate rumah aku tu bengangla jugak, memang takde effort langsung nak betulkan kesalahan...

Pada tahun 2010 adalah tidak pelik bila lelaki memasak and aku pun tak kisah anak lelaki aku main masak-masak sebab pada dia itu normal sebab ayah dia pun selalu memasak..

Pada tahun 2010 adalah tidak pelik jugak kalau dua orang lelaki bercakap pasal berat badan..

Update Kehidupan

Untuk beraya aku terpaksala beli baju baru kan? So untuk berjimat aku carila di kedai-kedai yang tak hebat sangat. Aku ada beli satu t-shirt yang macam aku suka dan pakai masa nak balik sini Ahad hari tu.. Aku tak try pun masa beli, tengok size L aku ambik je..

Tak pulak aku tau baju tu slim fit.. Ayat slim fit tu aku tak perasan masa beli tu.. Yang aku perasan, memang badan aku sekarang adalah tahap maksimum besarnya untuk pakai, maknanya kalau besar lagi dah buruk. Memandangkan aku dah tersuka sangat dekat t-shirt tu lepas pakai, maknanya aku kena maintain je la badan sekarang.. Hehe..
_______________
Ok, semester depan ni aku kena buat final project. Kira adala tajuk² dia kut. Kalau buat video nanti kena lengkapla buat poster, report dan segala-galanya.. Thesis ke perkataannya?

Ok, aku nak buat music videola macam biasakan? Buat effects.. Since aku ada the whole semester, aku memang cadang nak buat hebat sikit. Video hari tu aku buat 3 hari je semuanya..

Aku terfikir, aku ni manala ada ramai kawan dan sangatla malas nak pergi ke banyak tempat untuk filming. So aku terfikir aku nak buat set. Kira aku guna cardboard ke, polystyrene ke aku aku buat apa² set yang aku nak buat dalam dua tiga. Aku belila kut kereta kecik ke, pokok kecik² ke kan? Sure aku boleh buat apa saja yang aku boleh imagine lepas tu aku shoot video dia..

Lepas tu aku boleh shoot pelakon² dekat green screen dan letak je kat mana-mana yang aku suka dekat set tu..

Macam menarik je idea ni, tapi lagu apa aku nak guna? Jalan cerita macamana?

Gambar-gambar Raya

Jauhkanlah aku dan keluarga aku dari benda-benda malang dan merepek macam yang jadi dekat 4 orang tu.. Bahagia ke bunuh-bunuh orang? Kalau dapat duit 100 billion pun bahagia ke menganiaya orang? Jauhkanlah..

Ok ini gambar orang yang takde duit berbillion tapi bahagiala jugak..

Sebelum bertolak, Rabu..

Test baju raya.. (Perangai aku masa kecik so tak boleh marah)

Khamis, memasak.. Lemang hangus sikit sebab bapak aku ceramah aku masa aku bakar lemang.. Aku malas nak panjang-panjang cerita dekat mak aku sebab apa lemang ada kerak sikit.. Takde gambar aku in action sebab aku tak pakai baju.. Walaupun berkerak sebatang dua tapi still sedap, kalau aku beli kat KL ni mesti aku menyumpah, kalau tak masak, rasa kurang lemak etc..

Aku nak anak-anak aku tengok semua ni, kenal benda-benda ni, sebab aku yakin bila diaorang dah beranak pinak, lemang-lemang ni aku mesti beli punya..

Rendang Tok... Serius sedap dan aku berazam raya tahun depanla baru makan daging lagi.. Sebab selain rendang ada jugak sup tulang.. Sungguh tak baik untuk kesihatan..

Ooh birthday mak aku hari raya tu, tapi sebab aku teringin sangat nak makan kek yang adik aku beli tu, 9hb dah potong haha.. Tak, 10, 25 tahun lepas, kitaorang tak pernah celebrate birthday... Zaman 2000 ke atas ni je baru start.. Tapi aku masih tak pernahla berkek-kek ni.. Aku tak reti haha..

Pagi raya.. Cucu-cucu bersama Atuk dan Opah..

Adik-adik aku la dua orang tu..

Best pulak ambik gambar macam ni..

Hmmmm...

Raya pertama si Adik, raya tahun depan harapnya dah berjalan..

Umar: Dekat nursery ramai perempuan, rumah nenek ramai perempuan.. Ni rumah Opah pun ramai perempuan.. Maybe Ayah patut kahwin lagi satu and dapatkan anak lelaki untuk jadi kawan Umar kut..

Aku suka gambar ni.. Ooh tema tahun ni, aku sama dengan Umar & Liza sama dengan Nawal.. (baju aku and Umar baju tahun lepas je hehe)

Umar malu-malu anak kakak sebelah datang beraya..

Dah habis raya.. Tengok Opah bakar ikan siakap.. Tapi aku malas nak tunggu ambik gambar ikan.. Yang pentingnya sedap.. Bakar guna arang tempurung kelapa, bukan dalam oven macam aku buat..

Merepek dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur.. Ahad..

Aku rasa 5 hari ni memang aku banyak spend time dengan budak kecik ni.. Ooh aku rasa mungkin sebab aku takde internet kut.. Haha.. Sebab sekarang (ada internet) macam aku ignore je bebudak ni haha..

Sampai ke Keramat, ke bandar yang ada..

Internet..
(Besout pun ada P1 Wimax, tapi takdela mak aku nak pasang, bukan ada sesiapa pun nak guna hari biasa)

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aku yakin orang yang baca blog aku takdela sampai jual jeans Levis yang dia ada sebab nak buat duit untuk berhari raya macam ada orang kat forum Lowyat..

Aku jugak yakin orang yang baca blog aku takdela sampai jual brand new Water Filter Bio-Aura semurah RM700 untuk berhari raya macam orang kat forum rumah aku tu.

So bersyukurlah kita sambut Hari Raya walaupun pakai baju raya tahun lepas, asalkan kita tak menganiaya, menghampakan atau menipu orang. Bersyukurlah kita sihat dan larat berpuasa. Bersyukurla dapat berbuka dengan cucur udang yang paling sedap di dunia dan dapat jugak belajar buat nasi arab dan makan ayam di bulan puasa.

Macamanala agaknya Umar nak duduk kampung lama-lama tanpa internet dan Astro.. Haha.. Kalau aku belikan dia PSP or kawan aku betul jual PS3 half price hari tu sure benda ni tak jadi masalah hehe.. Takpe dia pun kena berkorban. Ayah dia nak duduk kampung lama sikit kali ni..

Ok, aku tak buat Open House tahun ni, seumur hidup baru sekali je pun buat tapi please datang dan please inform awal-awal, supaya kitaorang boleh masak dan kemas rumah hehe. Jemputlah datang, secara berkumpulan pun bagus.. Kitaorang tak beli kuih raya sangat sebab aku yakin nanti 70% akan tak habis. Tahun lepas yang orang ramai datang pun tak habis. So baik masak bihun goreng ke, nasi arab ke, beli sate ke lagi afdal.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin dari Kami Sekeluarga"

Lupa

Bila dah berkeluarga sendiri, kadang-kadang kau terlalu sibuk nak fokus pada anak-anak dan keluarga sendiri sampaikan mak bapak kau sendiri, kau lupakan. Bukan lupa bermaksud tak ingat langsung tapi bila nak telefon tu mesti cakap.. "Nantila minggu depan call, tunggula assignment ni siap baru call". Bila dah tak busy, anak sakit pulak, telefon kena block pulak sebab tak bayar bil. Fokus benda lain pulak.. Delay lagi.. Lupa lagi..

Lupa lagi yang masa kecik-kecik dulu, mak bapak tu la yang besarkan kau...
Lupa lagi masa kecik-kecik dulu masa sakit mak bapak tu la yang jaga..
Lupa lagi masa bulan puasa dulu-dulu kait buah sawit sama-sama..
Lupa lagi naik motor pergi Teluk Intan berhimpit sama-sama nak beli barang..
Lupa lagi pergi tangkap ikan sama-sama..
Lupa lagi pergi kutip pucuk ubi dan kangkung dekat paya sama-sama.
Lupa lagi dulu mampu nak makan kat kedai 3-4 bulan sekali..
Lupa lagi mak bapak susah payah nak bagi makan, nak bagi pelajaran supaya tak kerja berat macam diaorang..

Sibuknya tak berhenti.. Senangnya tak jugak.. Kayanya tak jugak.. Ingat modern sangatla tu..

Dan bila iklan hari raya kat TV baru nak ingatkan diri kau semua ni, memang tak berguna sangatla kau ni..

Arab Arab

Malula Nawal nama macam arab-arab kalau tak pandai masak makanan Arabkan?? Nasib baikla dia dapat bapak yang suka mencari dan mencuba resipi².

Kalau orang lain jamu nasi ayam, lepas ni kalau korang datang rumah aku, AKU akan masak Chicken Mandy dengan nasi dia ni jamu korang... Hehehe.. Somehow aku rasa benda ni dengan grilled chicken yang aku ikut resipi india hari tu bukanla something yang sedap macam KFC .. Dia rasa.. susahla nak explain.. Spicy ke?? Tak sesedap KFC etc tapi buat kau nak lagi dan lagi sampai jadi macam gambar kat bawah ni... Lagi sedap dari KFC la tu kut kan? Hahaha..

Maaf tak sempat nak snap gambar sebelum.. Dua-dua gambar selepas.. Sekarang nak kena cari resipi sayur-sayuran arab pulak dan maybe kena cari resipi dips/toppings sekali, baru boleh jamu korang.. Ooh makanan ni sihat sebab ayam ni dibakar..

Ooh, aku dah bertahun tak buat benda merepek masak² macam ni sebab selama ni aku sangat busy.. Sekarang kan semester aku dah habis dan aku pun bolehla cakap tahap kesihatan dah 85%.. Itu semangat ni.. Hehe..

Kerja


Hari tu masa kawan aku tanya: "Agak² lama lagi ke kau kat N0ttingh@m?" Aku jawab: "Rasanya lama lagi kut..."

Sebab macam lama lagi ialah:
1) Aku kalau boleh nak hantar and ambik anak aku sekolah. Kalau aku kerja sini memang boleh sebab dekat dengan rumah, tapi kena korbankan lunch timela..
2) Sepanjang aku belajar, boss aku cakap kalau aku ada kelas aku kena datang pukul 8.30a.m dan boleh balik pukul 5.00p.m. Tapi semua orang pun tau berapa kali je aku ikut jadual tu.. So sekarang aku nak bayar balikla waktu kerja aku tu...
3) Aku baru lepas masuk hospital dan bayaran yang melampau mahal tu company tanggung.. So tak baikla nak blahkan? Kenala bayar balik jugak aku rasa. Dengan kerja dan jasala bukan duit..

Tapi takdela jugak aku nak stay kalau tetiba ada offer yang bagus datang. Tapi kena sangat bagusla.. Kalau lebih kurang je baik aku stay. Apa-apa pun, aku ada satu lagi cita-cita. Aku nak kerja dalam video production at least sekali lagila dalam hidup aku.. Dulu dah, tapi tak puas. Tapi itu kena tunggu anak-anak dah besarla, sebab mesti aku akan balik lambat punya hari-hari..

Kalau Saya Bukan Multimedia Designer

Kalau aku bukan Multimedia Designer aku rasa aku jadi tukang masakla. Aku fikir² memang selain minat pada komputer dan video effects aku hanya minat memasak. Aku tak masak lauk pauk sangat tapi aku tau bahan-bahannya. Kalau ada benda aku nampak macam kurang aku bagitau je Liza kalau dia terlupa. Macam - "Masuk ikan bilis kat gulai lemak labu tu". Aku lebih suka buat nasi goreng dan benda² seumpamanya. Maggie goreng aku pun ada berpuluh jenis. Telur goreng pun. Hehe, semua simple je. Tapi betul aku minat! Aku suka potong-potong bawang, sayur, lauk-lauk tu. Macam puas hati, lagi best dari jaga anak..

Minggu lepas dan semalam aku ada try buat ayam arab yang aku rasa sedap tu. Jadila kut 80% rasanya, sampai Liza ratah². Tapi takdela exactly sama rasanya.. Tapi aku puas hati. Aku follow Northern Indian punya recipe, tapi hari ni aku dah jumpa betul² arab punya.. Nanti aku try buat, sekarang ni aku dah muak dah rasa rempah-rempah tu.

Aku terfikir nak join kelas memasak sebenarnya. Aku nampak ada iklan Taylors buat part-time course. Tapi masalah besarnya course dia 3 ribu untuk 8 kali hahaha..