Sebab Kena Ada Camera Setiap Masa

Kalau aku ada ditempat kejadian 30 minit sebelum sure boleh ambik gambar dia baru nak keluar dari kepompong. Ni dah keluar semua badan.. Ok kira yang sekor ni terlepasla sebab dia jadi dekat pokok cili sebab sebelum ni masa dia jadi ulat lagi aku dah hapuskan dah sebab makan daun pokok limau aku..

Pemenang Sebenar Piala Malaysia 2010

Ok, aku admit aku adalah lelaki lemah, sensitif dan mudah tersentuh..

Aku baru balik dari kenduri arwah dari Keramat dan lalu highway Sungai Besi, yang bermaksud nampaklah ramai penyokong Negeri Sembilan Dan Kelantan. Memandangkan aku menuju ke selatan, jalan aku tak sesak sangat dan jalan opposite sangat sesak dan penuh dengan penyokong. Seminggu aku bawak camera dalam bag, sekali pun tak guna, hari ni ada benda macam ni aku tak bawak pulak cameranya..

Aku nampak ada yang naik kereta, ada yang naik motor ada yang naik bas semua kibarkan bendera masing². Yang bumbung boleh bukak tu, keluarkan kepala dan kibar²kan bendera. Aku meremang betul tengok benda-benda patriotik macam ni.. Kita semua pun tau bolasepak Malaysia takdelah hebat tahap dunia tapi biala Final Piala Malaysia semua orang jadi gila. Aku termasuk sekalila.. Masalahnya aku tak pernah merasa benda-benda ni, samaada negeri aku tak masuk final, or bila masuk final dulu² aku takde kawan nak pergi dengan penuh semangat. Itu aku sedih sangat tu..

Malam ni aku sokong Kelantan, tapi pada aku penyokong² yang bersemangat datang ke stadium tadi adalah pemenang sebenarnya..

Pendidikan Dan Kesihatan

Aku tengah terfikir² nak masukkan Umar ke Playschool/Tadika sebab dia dah semangat practice menulis, melukis di rumah. Kebanyakkan Tadika² ni nak deposit untuk beberapa bulan sekaligus dan kalau dicampurkan dengan uniform semua memang sangat mahal. Dan semua tadika² ni buat perangai macam tu.

Kenapa tak hantar ke Tabika/Tadika Kemas? Tahukah anda untuk diterima masuk ke tadika kerajaan ni diaorang tengok gaji. Kalau gaji seorang takpe, ini gaji ibu-bapa dicombinekan! Mestilah amountnya nampak banyakkan? Itu sebenarnya tak adil sebab kalau tengok gaji, tengok jugakla commitment mak bapak ni.. Terutama mak bapak yang muda macam kitaorang.

Aku belajar hari tu pun mahal. Education memang mahal. Medical pun mahal. Macam aku kena operate hari tu, kena berbelas ribu dan doktor tu cakap "Kalau awak pergi hospital kerajaan ni diaorang suruh awak balik je sebab diaorang takkan dapat detect. Diaorang takde equipments". Maknanya, kalau takde duit or dalam kes aku takde insurance, aku kena berubat secara traditional.

Lepas operation hari tu aku selalu sakit belakang. Kawan aku cakap try beli multivitamin ada satu brand ni. Sekali aku tengok harganya, pun mahal jugak. Eh ke aku boleh saman hospital sebab aku sakit belakang lepas operation? Haha. Untuk pandai dan berubat kita perlukan duit. Kalau untuk pandai dan sihat dan semuanya disponsor korang kena jadi manusia yang sangat bagus dan ditempatkan ke dalam sekumpulan percentage yang kecik ini. Maknanya usaha extra keras dan berharap bernasib baik.

Apa²pun, kita patut bersyukur di Malaysia ni ada sekolah kerajaan dan ada hospital kerajaan. Kalau takde? Hah tak taula apa jadi pada kita. Macam cucuk monthly Nawal dekat klinik kerajaan, free, kalau pergi swasta? RM95! Tapi kitaorang terpaksa pergi swasta jugakla sebab boleh inject lepas office hour or weekend.. Apapun kerajaan ada la bagikan?

Macam itula kehidupan zaman sekarang, kita bersedia je lah untuk semua ni, kadang-kadang kita kena buang apa yang kita personally inginkan sebab banyak lagi benda yang lebih penting untuk kita tumpukan seperti bab family, bab anak-anak, bab belajar dan sakit, bab² hidup, sebab, dalam dunia sekarang kalau kau mati, persediaan untuk settlekan mayat kau pun mahal.

Tak, I am not complaining..

It's addictive!!

Post terakhir pasal bersenam.

Aku cakap kat Liza (dalam bahasa filem cinta Melayu):

"Saya bukanlah suami yang kaya, yang bawak kereta besar.. Jadi biarlah saya nampak sihat dan gagah supaya tidaklah awak malu dengan saya kalau jumpa kawan² sekolah awak kalau ada perjumpaan"


Sejujur²nya aku dah berputus asa untuk mendapatkan PS3. Dah bertahun dah. Sebab nak kena ada segedubuk duitnya. Macam sayang dan rugi.. Aku terima jela hakikat pada kehidupan ini aku takkan merasa main video game, mungkin di kehidupan yang lain.. Hahaha, ayat macam filem gangster Cantonese. Kalau aku dapat masuk syurga aku requestla satu nanti.

Itula pasal aku beralih ke aktiviti kesihatan ni. Sebab, dumbell, barbell satu set tu harga dia suku je dari harga PS3. Kasut Nike running yang elok sikit suku jugak kut harga PS3. Boleh beli sikit².. Ok basikal mahal, tapi itu aku memang dah ada..


Awal bulan hari tu aku just nak fit dan kurus masa memula naik basikal, tapi aku tak tau macamana aku tetiba nak buat badan. Aku dah lupa betul mana aku dapat idea tu. Hari ni ditambah tengok gambar Guzz ni jadi lagi membuak². Memang manusia ni tak pernah puas. Ooh mungkin jugak sebab Biggest Loser Asia buat aku rasa bersalah tengok TV sambil makan Twisties. Aku akhiri post pasal bersenam dalam tahun ni dengan tiga rangkap pantun:

Apala sangat 30 minit sebelum Maghrib tu bersenam depan TV,
Sambil sembang² dengan anak dan isteri,
Ohh ini ayat motivate diri sendiri..

Sila Takut Sekarang


Sebenarnya di rumah aku ada dah lama ada sit-up bench, orbibike, dumbbells. Tapi macam biasa benda-benda tu terbiar sebab selama ni aku busy dan mempunyai perangai tidak sabar, suka memaksa diri dan cepat bosan.

Kalau buat sit-up tu baru seminggu dah harap perut kempis. Kalau angkat dumbbell tu baru seminggu dah harap ada muscle berketul-ketul. Aku silap part tak sabar tu. Dicampurkan busy so aku cepat give up dan stop.

Sekarang aku sudah tidak sebusy dulu dan aku boleh berada di rumah pada pukul 6pm setiap hari. Sekarang aku taknak paksa diri aku dan aku akan buat sikit-sikit dan buat long term target. Setiap kali aku naik orbibike tu aku hanya akan buat 1-2km. Sit-up buat dalam 30 kali dan buat 5 set dumbell sekali, dalam 15 kali satu set. Dan aku tak buat hari-hari. Buatla 2 hari dalam weekdays dan hujung minggu aku pergi jogging hari Sabtu dan Ahad naik basikal. Dan aku kena ingatkan diri sendiri yang semua ini bukan benda wajib. Termiss sekali dua pun takpe tapi tak stop terus supaya tak bosan and still on track.

So target aku sekarang 31.12.2011 nanti aku nak pakai macam ni dan post kat blog ni, lepas tu petang tu jugak dengan pakai macam ni aku nak pergi berenang dekat swimming pool dekat sport complex office aku ni.

Aku harap orang yang kutuk aku selama ni berada dalam ketakutan sekarang..

P.E.R.I.N.G.A.T.A.N

Peringatan untuk diri sendiri.

Lain kali jangan senyum lebar masa ambik gambar!! Sebab gigi kau tu extra besar!! Buruk!!

26.10.2010


Hari ni aku ada di area KL dari pukul 2pm. Kepada awek-awek yang nak jumpa, lunch, belanja aku apa² ke atau apa-apa sajalah bolehla call aku.. Dalam pukul 3pm aku layan nasi kandar..

Target

1) Belajar - Dah nak habis. √
2) Berhenti merokok √
3) Start bersenam dan meningkatkan metabolisma √

Next target:

Bodybuilding.

Bulan 12 tahun 2011, semua orang yang kenal aku akan berbangga dengan aku....

Kuasa Tuhan

Sebagai manusia, from time to time kita akan betul-betul kagum dengan kuasa Allah SWT.

- Pada aku bila Allah jadikan anak-anak aku ikut muka Liza adalah perkara biasa.
- Pada aku bila Allah jadikan perangai buruk Umar ikut perangai buruk aku jugak adalah perkara biasa untuk bagi aku pengajaran betapa mak bapak aku dulu susah nak bela aku. Haha.
- Etc Etc.

Masa aku kahwin dengan Liza, aku perasan dia ada habit akan garu-garu kepala kalau rungsing ke apa ke. Pada aku, itu bukan rupa fizikal yang boleh diklon dan bukan perangai yang boleh dicopy paste. Itu macam on off benda pelik yang macam mustahilla kalau nak diturunkan pada anak. Kira memerlukan kuasa dan teknologi science yang paling agung untuk diturunkan pada zuriat.

Sekarang aku tengok si Nawal pun ada perangai yang sama. Bila dia rungsing dia akan garu-garu kepala dan ye memang sebijik, sama, serupa macam Mama dia. 100% serupa!!! Everytime aku tengok benda tu aku akan ketawa dan cakap.. "Hebatnya kuasa Tuhan."

Since anak-anak aku ikut Liza almost 80%, aku perlula try buat anak dengan orang lain pulak... Kut anak dengan orang lain ikut aku 80% pulak. Ooh sekarang aku faham kenapa boleh kahwin 4! Inila salah satu sebab!! Try and error..

Di mana??

Ok, semua orang tau aku dalam percubaan nak menjadi macam diri aku yang 10 tahun dulu. Kurus dan fit. Sekarang aku tengah sibuk-sibuk tengok kasut, tengok teknologi dan secara kebetulan akan tertengok iklan-iklan di Youtube. Mencari motivasila konon-kononnya.

Ok, sila tengok video ni sampai habis:


Sepanjang aku hidup di area rumah aku ni, aku tak pernah jumpa perempuan² yang hot macam dalam video ni berjogging. Hahaha.. Realiti. Bayangkan aku naik basikal pusing 4 kawasan perumahan, aku ada jumpa seorang je. And yes dari lirikan matanya aku pasti dia memang ternanti²kan untuk bertembung dengan aku setiap minggu.. Perempuan yang lain ada aku tengok tu macam dah nak pengsan dah berjogging, badan lagi besar dari aku pun ada. Yang lelaki²nya pulak sudah pastilah badan yang macam aku atau pakcik² yang dah tua. Yang aku tak nampak, yang duduk di rumah aku tak taula wujud ke tidak orang² macam dalam video ni.

Soalannya di sini. Aku salah duduk kawasan perumahan ke atau orang Malaysia hanya akan mempunyai kesedaran pasal kesihatan dan fitness bila badan diaorang dah gemuk.. Macam aku??

Jenama Pasaraya


Bila aku stop merokok hari tu aku suka makan coklat. Coklatkan mahal, so masa tu Liza terpandang coklat jenama Jusco. Jusco Selection dekat Jusco. Murah sikit dari coklat² yang lain. Sekali perisa classic dia tu adalah coklat yang paling sedap di dunia. Bila dah habis aku sanggup pergi Jusco Seri Kembangan hari tu beli 3 bar sekaligus dan habiskan dalam masa seminggu. Beli guna voucher sebab company Liza bagi untuk raya. Lepas tu aku tersedar makan coklat tak baik and Alhamdulillah aku dapat stop makan coklat.

Benda ni buat aku terfikir, kalau coklat tu lagi sedap dari coklat² yang lain, mungkin benda-benda lain pun sedap. Semalam aku mintak Liza beli minuman coklat jenama Giant untuk ganti Milo. And betul!! Lagi sedap.. So lepas ni aku nak try la jenama-jenama pasaraya ni, mana tau semua lagi sedap dan sudah semestinya murah.

Taktik

Untuk mengekalkan kawan-kawan yang rapat sahaja difacebook, aku ada satu taktik. Untuk aku buang orang dari friendlist adalah tak baik. So aku akan buat orang buang aku instead. Aku akan buat status macam kat bawah ni. Lepas tu mesti ada extremist² yang tak kenal aku sangat akan kutuk² dan marah aku. Lepas tu aku balas komen diaorang. Lepas baca komen aku tu mesti diaorang akan buang aku dari friendlist diaorang. Hmm..

Kawan-kawan rapat aku confirm tau aku berlawak kalau aku tetiba buat status yang macam tu..

Motivasi..

Ipod aku dah laaaaaaamaaaa underutilised..

Demam

Demam.. Diarrhea.. Food poisoning kut.. Malas dah aku nak makan kalau macam ni.. Makan apa yang dimasak kat rumah je la kut lepas ni..

Dua hari ni ada training.. Harapnya menjadi lebih pandai..

Weekend..

Weekend aku dimulakan dengan orang buat lawak hantar SMS cakap Shell nak bagi RM19000. Memang pantang aku orang tipu benda yang aku nak.. Macam main²kan perasaan dan menghina aku je.

Sabtu pulak, jiran sebelah buat majlis aqiqah. Macam biasa jiran aku adalah kawan sekerja aku, so aku ajak bebudak office yang datang ke majlis tu singgah rumah aku. Memang segan sebenarnya sebab rumah aku kan buruk, apa pun takde. Tapi apa ada hal. Minum teh dan makan kek.

Aku sebenarnya berharap diaorang duduk atas sofa kulit dan rumah aku cantik sikit baru aku berani nak ajak orang. Tapi kalau tunggu tu ntah berapa belas tahunla lagi.

Weekend ni jugak si Umar nak basuh berak sendiri. Aku monitor and macam ok. sampai sebak aku sebab lepas ni takde apa lagila dia nak depends on aku, sebab semua dah pandai buat sendiri. Pakai and bukak baju pun dekat nursery orang tu dah ajar. Dia semangat nak buat semua sendiri sebab dia nak pergi sekolah.. Playschool la bukan nursery. Tengokla kalau ada budget.

Weekend ni jugak aku rasa aku bersenam dengan banyak jugak. Naik basikal, kemas-kemas rumah (sebab kawan nak datang haha), basuh kereta, basuh toilet. Aku harap aku boleh teruskan benda bersenam ni every week. Biar sihat sikit walaupun sebenarnya start dari Jumaat hari tu aku sakit perut. Hehe.. Jap lagi nak pergi klinik.. Aku juga nak terima kenyataan tak kira macamana pun aku bersenam or jaga makan perut aku ni takkan kempis.

Aku rasa dah confirm dah aku tak minat tengok bola sebab siapa pun main mesti aku tertidur.

Ooh benda yang paling best, masa balik dari Giant semalam ternampak Dominos dah bukak dekat Nilai, yang bermaksud kitaorang tak payah lagi pergi Kajang/Putrajaya/Taman Connought/KL untuk makan Dominos.. Yeeehaaaa... Favourite kitaorang sekeluarga..

Kisah Benar

Sambung kisah Facebook semalam. Ini adalah kisah benar yang boleh buat aku rasa disturbed bila tengok di facebook. Aku tau dulu boyfriend Awek Hindustan tu adalah Mamat Pakistan. Tapi semua orang pun tau yang India tak ngam dengan Pakistan. So family conflict. Kebetulan masa aku kenal dengan Awek Hindustan si mamat Pakistan ni buat perangai sampai Awek Hindustan sedih² dan kepada siapa dia cakap "Abang, can I have your shoulder to cry on??" Akula, siapa lagi.. Dia bercerita pasal Mamat Pakistan yang hampeh.

Sambil² tu aku tau yang Mamat Bangladesh sangat meminati si Awek Hindustan. Kitaorang satu group dan aku tak payah buat pun project group tu sebab Mamat Bangladesh nak buatkan dan pastikan kita semua orang dapat A dan aku yakin dia buat itu semua sebab nak memikat hati si Awek Hindustan dan orang-orang lain macam aku ni tumpang tuah. Awek Hindustan tak nak Mamat Bangladesh sebab conflict negara jugak. Aku tak faham sangat.

So, bila aku tengok status macam tu adalah terasa sangat palat sebab:

1) Apahal kau nak balik pada Mamat Pakistan??
2) Aku kesian dengan Mamat Bangladesh sebab dia like status tu padahal hati dia sedih setelah berkorban macam-macam.

As for aku, aku takde perasaan sangat. Cuma kesiankan pada Awek Hindustan yang balik pada Mamat Pakistan yang hampeh dan kesiankan Mamat Bangladesh yang kecewa.

Dan yang paling celaka adalah kawan aku assume Mamat Bangladesh tu adalah aku. What the fuck man??

Sebab Saya Sudah Tak Larat Dengan Facebook & Forum

Aku tau Facebook ni bagus untuk merapatkan silaturrahim dan aku pun rasa sangat suka bila dah jumpa kawan-kawan lama dan kawan-kawan online. Tapi bila jumpa kawan-kawan lama ni benda yang paling relevan ialah kita ada medium of interaction dengan diaorang. Kita boleh contact diaorang balik, itu sahaja.

Ok, maybe aku tak tahan dengan status update la kut sebenarnya. Ramai orang yang kita setakat kenal je bukan kawan betul-betul. Kadang-kadang kalau status update aku buat lawak, aku rasa adala dalam 5 orang yang boleh relate tapi 350 orang lagi mesti cakap benda tu ntah apa-apa. Kawan-kawan yang kita kenal dan betul berkawan maybela kita nak la tau pasal diaorang. Macam kawan aku tengah sibuk nak pindah rumah. Seronokla aku baca pasal dia tak puas hati dengan cat etc. Tapi berapa orang je yang aku nak tau apa yang terjadi pada diaorang dengan seikhlas hati? 15 orang? 20 orang?

Apa-apa pun aku takdela sampai hide orang-orang yang aku taknak tau ni unless:

1) Cakap banyak sangat pasal politik dan terlalu taksub. Parti dia la membawa ke Syurga Firdaus.
2) Cakap pasal boyfriend, girlfriend dan percintaan secara extreme.
3) Cakap pasal kelab bola yang dia minat 24 jam, status pasal bola dia je.
4) Menunjuk².
5) Orang yang terlalu extreme dengan agama. Dia je la ahli syurga dan orang-orang macam aku ni dibuatnya hina sangat.

Aku pun sure ramai orang tak suka jugak status aku yang buat aku rasa malas nak update. Dua minggu sekali mungkinla kut.

Benda yang paling aku suka pulak ialah menengok kawan-kawan kampung aku pergi memancing dan dapat ikan-ikan yang sedap untuk dimakan. Bukan seronok jealous sebenarnya haha..

Oooh pasal berforum pulak, aku dah muak sebab katakan pada satu topik akan ada certain orang yang nak kejar credit asyik balas-balas dalam topik tu yang kadang-kadang dah jadi merepek dan lari dari tajuk. So tinggalla orang-orang yang sama ni syok sendiri dekat forum tu. Yang betul-betul nak cari info aku rasa setakat baca je la page pertama sebab yang pasti page lain orang dah sibuk bersembang dan buat lawak bodoh. Lepas tu berbangga dah banyak post dia dan dah naik pangkat, ada beribu bintang etc. Get a life la kawan..

Wohooo Banyaknya Training

Aku rasa dalam seumur hidup aku ini adalah musim training yang paling banyak:

1) Web CT Training via Skype dengan UK Team - Baru lepas
2) Echo 360 Training dekat office nanti
3) Wowza Media Server Training dengan Skype jugak dengan UK Team
4) Configuring And Managing Microsoft SharePoint 2010 dekat Amcorp Mall - tak confirm lagi

Ye, macam ni la kerja swasta. Multitasking. Harapnya tahun depan naik gaji dan pangkat. Kalaulah training² yang guna Skype tu ditukar kepada face to face training dan aku pergi ke UK, kan bagus??

Manusia Yang Tamak

Dulu yang sebenar-benarnya masa aku decided nak sambung study adalah sebab nak puaskan hati sendiri je. Lepas tu adala kut setakat nak dapatkan sekeping kertas untuk tunjuk kat bapak aku yang aku takdela teruk sangat dan buktikan pada cikgu disiplin sekolah aku dulu dia tak boleh jatuhkan aku. Tajuk blog aku ni pun aku tuju kat cikgu disiplin aku sebenarnya.

Benda senang sebenarnya. Kalau setakat lulus, lepas tu ada 2 3 subject dapat A dah kira ok. Tapi tidak. Bila aku dah start aku dah jadi tamak. Aku nak semuanya markah tinggi² dan lupa matlamat asal aku. Ye bagus, tapi agak-agakla. Tak semestinya setiap masa aku boleh dapat bagus. Sekarang aku nak accept je takdir subject tu.. Abaikan je la.. Still bagus lagi pun sebenarnya..

Mungkin aku rasa ini je satu-satunya benda best yang aku boleh dapat sebab benda ni aku yang control. Tak macam benda best yang lain yang aku susah nak dapat sebab associated dengan benda lain. Entahla, maybe memang ada salah aku sendiri, so takpe, aku ada project untuk diusahakan..

Courage doesn't always roar. Sometimes courage is the quiet voice at the end of the day saying, "I will try again tomorrow.”

Dunia Aku Gelap Gelita - Subjek Academic Writing


Hi Miss X,

Hope you are in a good health. I am Pizli Mat Wazip (01-200101-00062) from previous semester ENG 800 Part-Time Class . I have checked my result at the notice board and quite dissapointed that I only managed to get C- for this subject.

I understand being absent due to kidney stone and admitted to the hospital last semester will somehow affect my result but you have confirmed that I have submitted all the necessary assignment on our last meeting and I am also confident answering all the question during the exam.

Is there anything else that I have missed because to be honest I was expecting at least an A- for this subject. Thanks.

Pizli Mat Wazip

Tak pernah dalam hidup aku dapat C- dalam exam. Dari darjah satu!! Dunia aku gelap gelita, rungsing dan aku rasa perasaan aku sama dengan dengan budak India yang gantung diri sebab UPSR teruk hari tu. Takde mood untuk apa-apa.. Pointer aku jatuh.. Okla, English aku teruk, but only when it comes to speaking sebab aku takde masa nak fikir sebelum aku nak bercakap but when it comes to writing, I have all the time in the world to plan/arrange my sentences before I write or type it down.

Okla, mesti ada salah sesikit dalam menulis tapi takkanla sampai C-. Takkanla sampai korang tak faham apa yang aku cuba sampaikan.. Kan?? Kalau tak macamana aku boleh dapat awek-awek yang English speaking melalui YM selama ni?

S.E.R.I.U.S

Sepanjang aku breakfast pagi-pagi di kedai makcik sejak setahun ni aku nampaklah pembantu dia selalu bertukar². Aku rasa aku tau kenapa tapi aku takde sumber nak buktikan sampailah hari tu ada orang tanya.

Orang: Kuli pergi mana? Dah takde kuli ke?
Husband Makcik: Kuli aku dah lari..

Ok lari tu satu hal. Tapi kau panggil pekerja kau kuli. Come onla.. Aku rasa ini masalah orang Melayu yang berfikiran tradisional. Bila dah jadi boss, hah memang macam boss. Pagi tadi aku tengok ada "kuli" baru diaorang. Aku yang ada kat situ pun jadi stress sebab semua benda yang budak tu buat salah. Sikit-sikit kena marah, sikit-sikit kena maki hamun.. Kalau dah asyik kena maki hamun mana budak tu nak buat betul. Tekanan tau tak, dengan jatuh air muka dia depan orang ramai.. Teringat macam Boss aku dulu, wife dia suruh kitaorang panggil husband dia.. "BOSS".

Point aku kat sini, ye kita boss, kita tokey, tapi layanla pekerja kita dengan baik. Kalau diaorang buat salah tegur elok-elok supaya diaorang tak tertekan. Tapi kalau sepuluh kali tegur still tak improve, korang bolehla terajang muka diaorang.. Time tu aku tak marah.

Kedai makcik tu sedap, kalau tak, atas dasar tak larat nak tengok pekerja dia kena marah je aku takkan datang kedai tu lagi.

Diharapkan menjadi boss satu hari nanti...
_______________
Aku rasa aku dah bosan dengan Facebook.
________
Ohh dan aku jugak sudah S.A.N.G.A.T P.E.N.A.T dengan yang itu, yang itu, yang itu, yang ini dan benda sama yang belum selesai bertahun-tahun..

Mulai Hari Ini Rancangan Spongebob Squarepants Akan Diharamkan Dari Rumah Saya

Kerana mempengaruhi selera saya untuk memakan Krabby Patty yang tak pernah wujud di alam nyata..

Setelah Dua Bulan Lebih Berusaha

Kita sebagai pekerja datang ke office setiap hari untuk mencari rezeki. Tapi benda tu biasa, normal. Tak terasa sebab kita buat hari-hari. Last week adik aku upah aku buatkan satu poster untuk company dia. Takdela banyak mana pun upahnya tapi aku happy sebab duit tu cukup-cukup untuk beli barang dapur di Giant. Puas hati betul. Dan Sabtu hari tu aku try la buat ayam grilled guna recipe lain dan aku alter sikit untuk sesuaikan dengan nasi yang dah ok tu. Note untuk orang yang tak tau: Kitaorang tak makan sangat on weekdays untuk menjaga badan kononnya, so hujung minggu masak bersungguh².

Part yang aku suka ialah bila aku ajak adik aku datang rumah dan sebelum aku marinate tu aku call and tanya.. "Na, kamu nak lamb ke chicken?" Haha, rasa macam tukang masak professional betul.

Berusahala aku memarinate lamb yang Liza request dan chicken ni dengan spices² yang aku ada. Hujung bulan nak tambah collection rempah aku. Somehow aku dah dapat menjiwai rasa-rasa rempah ni. contoh: Ground cayenne pepper pedas, tapi pedas dia macam sekejap je. So bagus untuk bagi orang terkejut tapi lepas tu enjoy.

Chicken untuk aku, adik aku dan Umar. Lamb untuk Liza. Salad untuk semua.

Ye, setelah dua bulan lebih akhirnya aku dah jumpa combination yang paling sesuai sekali di dunia ini. Ayam tu menepati citarasa global dan aku sangat gembira. Aku selalu cakap dengan geng nasi kandar aku yang kalau aku dapat rempah ayam nasi kandar tu aku nak bukak kedai... Cubalah teka? Yes, nasi, ayam dan even lamb tu rasanya better than nasi kandar tu. Maksudnya, kalau aku kena buang kerja, aku ada option untuk berniaga benda ni. Liza dah siap cakap dia ada kawan ada ladang ayam. Hahaha..

Harapnya takla sebab aku yakin kalau aku buat benda ni everyday, aku boleh mengalami tekanan mental.

Tapi part yang tak seronok ialah si budak kecik demam, nak tumbuh gigi kut. Tak tidur malam dan of coursela kitaorang pun tak tidur jugak. Liza tak pergi kerja hari ni sebab kalau aku pun tak pergi kerja susahla kalau nanti kena buang kerja sama-sama walaupun dah ada option untuk berniaga.

Am I HOT enough to be in a music video?


Pilihan Jawapan:
A: Ya
B: Tidak

Kasut aku yang rosak hari tu Liza tolong tampalkan kat area office dia. Setelah tengok di kotak rupa-rupanya kasut tu bukan running shoes, lebih kepada casual shoe walaupun material macam sport shoe. Pundek. Habis sakit kaki aku, ankle sampai terseliuh. Hahaha.. Ooh, berat aku dah 78kg.. Tapi BMI still tak cantik lagi, kalau 75kg baru cun melecun.. Kena paksa diri untuk makan berkhasiat dan bersenamla kut..

Ok, aku memang dilahirkan sebagai seorang yang sangat perasan. Pisces memang perangai macam tu kut. Dulu masa aku aktif kat sekolah, aku suka everytime aku lepas bersukan.. Aku suka tahap berpeluh sampai rambut basah macam mandi. Aku suka sebab aku rasa masa tu adalah saat yang aku paling sexy dan hot. Aku perasankan semua perempuan kat padang tu tengok aku dan semestinya bila saat ini terjadi aku rasa dunia aku jadi slow motion. Macam peluh tu pun jatuh macam speed video di kurangkan kepada 20%.

Tapi semua tu aku perasan je. Aku tak tau pun rupa aku macamana, so since sekarang aku dah ada camera aku ambik gambarla masa berpeluh lepas bersenam, nak tengok betul tak apa yang aku bayang²kan dulu.

Soalan di atas aku sendiri pilih: B

Bismillahirahmanirrahim..

Tak sangka pulak aku ada lagu yang macam sesuai.. Terus tak boleh tidur malam..

Lyrics

Scene

Time

Duration

1

Intro

Neo Take Off Effect

Title Appear - Superhero

15 seconds

2

Music Intro

Jumper Effect

0.00-0.18

18 seconds

3

♫ Memang saja selalu ada yang mencemuh

Mahu saja menjatuhkanku

Apa saja masih bisa ku senyum bangkit semula

Aku pasti takkan menjadi semua yang kau mahu ku jadi

Sekian terima kasih ♫

Nyanyi Sambil Berjalan – Twitch Effect

0.18-0.44

26 seconds

4

♫ Memang ku superhero

Tapi jangan pula tak tahu

Ku juga punya kelemahanku

Kelemahanku itu kamu ♫

0.44-1.00

16 seconds

5

♫ Wo oh oh oh oh

Ku superhero

Aku superhero ♫

1.00-1.16

16 seconds

6

♫ Memang saja selalu banyak bercerita

Mahu saja melemahkanku

Apa saja terus bisa ke depan terbang semula

Aku pasti takkan menjadi semua yang kau mahu ku jadi

Sekian terima kasih ♫

1.16-1.42

26 seconds

7

♫ Memang ku superhero

Tapi jangan pula tak tahu

Ku juga punya kelemahanku

Kelemahanku itu kamu ♫

1.42-1.57

41 seconds

8

♫ Tepuk dada tanya selera

Apa kau mahu

Semua cerita itu

Tak akan mampu melemahkanku

Tapi kau perlu tahu

Ku superhero aku superhero

Ku superhero aku superhero ♫

1.57-2.28

31 seconds

9

♫ Memang ku superhero

Tapi jangan pula tak tahu

Ku juga punya kelemahanku

Kelemahanku itu kamu ♫

2.28-2.46

18 seconds

10

♫ Memang aku superhero

Aku juga punya kelemahanku

Kelemahanku itu kamu ♫

2.46-3.08

22 seconds

11

Tutup

Hancock Landing

10 seconds


Ada sebulan untuk plan dan buat jalan cerita untuk lagu ni.. Permudahkanlah.. Samaada akan jadi hebat gila, atau buruk gila.. Malas main green screen sebab takde green screennya pun.. Malas nak gamble dengan kain ela lagi.. Eh jap... Crack kat jalan ni realistic tak? Berangan je nak buat effect Hancock Landing.. Sorryla kawan² aku extra excited sebab penat lelah aku dah nak habis sangat.. Susah nak explain perasaannya..

Sebelum..

Selepas..

XIX Commonwealth Games 2010 Delhi

Ok, aku adalah seorang yang sangat patriotik untuk negara. Especially bab sukan. Aku akan menjerit sekuat hati siap angkat² tangan tak kira di mana kalau Malaysia menang. Aku akan bersedih kalau atlet Malaysia kalah. Semalam orang yang aku sangat kagum si Azizulhasni Awang sepatutnya menang Gold untuk keirin. Tapi pengadil cakap dia halang orang lain. Tapi Josiah Ng yang dapat silver naik jadi Gold sebab Azizulhasni disqualified. Kalau tidak Gold and Silver kita punya.. Aku kecewala tapi pagi ni aku rasa nak menitik air mata bangga bila baca ni, copy paste from Berita Harian. Azizul aku wish aku ada suku kehebatan macam kau!

Namaste! Azizulhasni hanya wujud satu dalam sejuta!

2010/10/07

SEJAK membuat liputan sukan di luar negara, pelbagai ragam atlit kebangsaan pernah disaksikan. Detik menang atau kalah beberapa acara serta kontroversi masih segar dalam minda saya.

Cuma, semalam saya dapat merakamkan satu aksi menarik yang boleh dianggap terbaik. Ia adalah sifat berani ditunjukkan Azizulhasni Awang - sesuatu yang saya jarang dapat lihat pada atlit negara lain ketika mereka dilontarkan cabaran.

Walaupun anak muda dari Terengganu itu dibatalkan kemenangannya gara-gara kesilapan teknikal menghimpit lawan, apa yang menarik tumpuan saya adalah perwatakan ikon sukan negara ini.
Pada usia 22 tahun, erti takut berdepan lawan lebih perkasa tidak timbul. Dia cuma tahu untuk berlumba dengan kayuhan terbaik dan memiliki mental untuk menang - baik di pentas Sukan Asia, kejohanan dunia atau pun Olimpik.

Dia pernah melakukan gelagat sama ketika berdepan jaguh dunia dari Scotland, Sir Chris Hoy dalam saingan suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Beijing, dua tahun lalu sehingga mendapat pujian.

Sebenarnya saya tidak pernah menyaksikan aksi Azizulhasni dari dekat di gelanggang pertandingan, tetapi sekurang-kurangnya pengalaman pertama ini memberi saya satu rumusan, atlit dengan ketinggian kira-kira 1.57 meter ini mungkin sukar ditemui bagi satu tempoh yang lama.

Atlit negara lain yang terlepas peluang menang pingat emas mungkin duduk menangis atau bersifat emosi, gelagat berkenaan jauh daripada wajah pelumba kecil itu yang boleh berbual mesra dengan wartawan ketika diwawancara, semalam.
Seperti kata pemenang emas acara keirin, Josiah Ng, semalam: “Azizul adalah seorang dalam sejuta di Malaysia yang dikurniakan bakat besar dan saya tidak tahu sama ada akan lahir seorang lagi sepertinya.”

Apa yang pasti, acara berbasikal trek sukar mencari watak seperti ini apabila dia bersara satu hari nanti dan sifatnya harus menjadi contoh atlit muda lain untuk tidak sama sekali takut apabila berdepan jaguh dunia.

Bagi Azizulhasni, dia adalah jaguh dunia dan elemen penting ini akan membantu dia untuk satu tempoh yang lama.

Saya akui agak sedih dia tidak menang semalam tapi sekurang-kurangnya saya melihat sifat wira seorang atlit negara dari dekat.

Jumpa lagi!

TOLONG BAGI IDEA - NAK JALAN CERITA

Semua orang tau tempat aku belajar tu adalah satu tempat yang paling lembabla dan menimbulkan kemarahan. Semalam tanpa expect benda-benda hebat yang terjadi aku try nasib mintak surat untuk buat practical dekat Admin. Sekali orang yang in-charge part practical tu sangat helpful dan baik hati, dia ambik details aku and siapkan surat on the spot. Sebelum tu aku jumpa lecturer aku pasal project tu, kira settle la jugak bendanya. Dan aku sangat happy!!

Cuma sekarang aku takde idea nak buat apa.. Dia bagi dua topicla, satu ntah apa benda malas aku nak ambik tau, satu lagi video production yang aku memang nak buat.

Stream: Video Production - MAJOR CORE

Pilih salah satu :

Character Animation
Architectural Walk through
Music Video-( Just Storyline without singer)
Video Clip – (Need to have Singer, Band )
Public Service Announcement
Commercial Video – Product
Corporate Video
Documentary
Short Movie

* Each subtopic can used several of techniques such as Motion Graphic, Visual Effect, and Clay-Motion-Depend on Creativity

Minor

Choose any subtopic as a supporting application.

Example: If you choose a short animation as a major (taken from subtopic under video production stream, the minor project can be a websites (to promote the same animation) & commercial advertisement. Another example, if you choose interactive information (CD-I) as your major project under Creative media stream, minor can be e-magazine & website.

Publicity – Booth Setting

Poster & Development Board(The Making)
Packaging ( cover CD , boxes )
Other Accessories Item (Minimum 3-Example – Flyers, Bunting, Pamphlet, Website.)

Tak macam zaman dulu-dulu, sekarang aku ada equipments, aku ada skills, aku ada preset after effects yang sangat hebat yang aku dapat dari internet. Masalahnya sekarang aku takde idea...

Tolong bagi idea nak buat apa jalan cerita apa... TOLONG BAGI IDEA - AKU NAK JALAN CERITA...