Makanan-makanan Sedap Saya

- Mak aku masak roti canai, kerang masak lemak, sotong sambal dan daging kari yang paling sedap di dunia.
- Mak mentua aku masak rendang ayam, rendang daging dan ayam kari yang paling sedap di dunia.
- Liza masak daging kicap, ayam masak merah dan ikan terubuk goreng yang paling sedap di dunia..

Aku ada option untuk belajar sendiri or mintak Liza belajar masak semua ni dari mak dan mentua aku supaya semua masakan yang paling sedap di dunia ada di rumah aku..

Tapi tak seronokla macam tu kan? Kalau macam sekarang boleh buat aku teringat-ingat kari daging mak aku dan rendang ayam mentua aku.. Barulah ada rasa rindu-rindu.. Barulah seronok macam tu kut. Kan?
____________
Rabu and Khamis kerja KL lagi @#$%^&*.. Nasi kandar jom!! (invitation untuk perempuan bujang sahaja)

Harapnya Suatu Hari Nanti

Aku harap satu nanti kalau aku suka satu-satu barang aku tak payah nak tengok berapa harga barang tu. Kalau suka, aku beli je.

Contoh kalau aku nak beli kasut - aku pergi kedai, ambik kasut yang aku suka tu, pergi cashier bagi DEBIT card lepas tu blah.

Dan harapnya satu hari nanti tu tak la lama sangat lagi..

Kadang-kadang

Kadang-kadang bila kita dah berkeluarga ni kita tak boleh fikir pasal diri sendiri sahaja. Kita tak boleh nak ikut kehendak hati kita sahaja..

Undi

Hari tu ada sorang adik ni calonkan blog aku ni untuk kategori Blog Personal Suami Pilihan Mula² aku takdela peduli sangat. Tapi lepas tu aku rasa tak patut pulak aku biarkan je sebab orang calonkan.. Haha.. So pendek cerita tolong pergi sini : UNDI dan pergi ke kategori Blog Personal Suami Pilihan tu and click tajuk blog aku. JUST BECAUSE I'M LOSING DOESN'T MEAN I'M LOST.

Terima Kasih. Aku pun tak sure apa faedahnya nanti, tapi vote kan je la.. Haha..

Promosi Free Hujung Minggu

Aku ni bukanlah suka sangat tengok movie pun. Paling kuat kalau cerita tu review dia bagus, aku belila DVD. Original. Itupun lima tahun sekali atau aku tunggu kat Astro. Aku suka cerita Mamat Khalid sebab banyak yang aku boleh relate. Lagi?? Tak ada.. Dulu cerita Cicakman buat aku rasa tertipu, since cerita tu adalah sekali aku pergi tengok wayang. Aku cadang nak beli Bluray Harry Potter once semua cerita dia dah keluar. Hope by that time dah ada PS3. Apapun, takdela aku tak ambik tau langsung pasal movie apa tengah ada kat wayang, cerita apa yang orang buat. Tadi aku tertengok trailer ni dan first time dalam hidup aku, untuk cerita seram - aku rasa seram/disturbed dan rasa macam best je cerita ni.

Saya Dan Masalah Rabun

Aku menggunakan cermin mata sejak aku bekerja. Terutama masa bawak motor dan bawak kereta waktu malam. Lama kelamaan memang aku jadi macam rabun betul pun dan siang pun kena pakai jugak. Masalah besarnya ialah aku tak suka pakai cermin mata.

So, biasanya aku akan pakai masa bawak kereta dan tengok tv. Bila sampai kedai makan aku bukak, bila sampai office aku bukak, bila tak tengok tv aku bukak.

Tapi akibat membukak cermin mata ni telah membuatkan aku malu besar jugak. Ada dua kes:

Kawan yang mengambil toner printer

Kawan aku ni dua hari sebelum tu datang dengan seorang kakak ni nak mintak aku setkan password dekat PDF file dia. Exam paper. Diaorang ni dari department lain. Dua hari selepas tu aku nampakla dari jauh dia pegang toner jalan dengan kakak tu. Aku pun cakapla..

"Eh mesti berdua ye? Semua benda korang mesti datang berdua ye?"

Sekali bila dah dekat, aku nampak kawan aku tu dengan orang lain, bukan dengan kakak tu. Ya Allah malu betul aku. Nasib baik kawan aku tu tak perasan tapi muka kawan dia tu memang blur la.. Apahal mamat ni?

Makcik yang bertanya nak minum ke nak bungkus

Tadi aku dah bayar apa benda yang aku makan. Tetiba aku nampak macam makcik tu cakap kat aku..

"Tadi nak minum ke nak bungkus?"

Aku macam pelikla apa hal makcik ni tanya aku? Padahal aku dah bayar. Aku jawabla.. "Eh saya dah minum dah kak"

Sekali makcik tu cakap..

"Tu akak tanya dia..."

Adui malu betul. Tapi takdela aku nak pakai spek all the time jugak lepas ni. Rimas..

2035

Umar: Awak tahu, sebelum Ayah dan Mama saya berpindah ke bungalow lima tingkat dekat Keramat tu kitaorang tinggal dekat Bukit Mahkota.

Hanum: Saya...

Umar: Ayah saya bagitau, setiap hari masa saya balik nursery ada seorang budak perempuan akan lambai saya dekat depan rumah dia..

Hanum: Eh..

Umar: Kami tak pernah bertegur sapa, tapi walaupun sekarang saya dengan awak, saya terfikir jugak manala budak tu sekarang.

Hanum: Sayalah budak tu..

Umar: Hah?? Tapi parents awak kan tinggal dekat Damansara.

Hanum: Dulu kitaorang tinggal dekat Bukit Mahkota jugak.

Umar: Betul?

Hanum: Betul.

Bukit Mahkota still tak maju-maju, sekolah semua takde, jadi pada tahun 2020 semua orang pindah ke tempat lain. Aku sendiri pun tertanya-tanya apa jadi pada budak perempuan tu masa Umar dah tak pergi nursery lagi. Dan sebenarnya dulu² aku nak sangat kawan/kahwin/ada anak nama Hanum..

Orang² Lain Yang Patut Disula Juga

Selain Hafiz Hashim ada lagi dua jenis manusia yang aku rasa patut disula dikhalayak ramai.

1) Orang yang suka potong queue

Kalau yang pagi² hari kerja tu aku rasa normal kut sebab macam semua orang je potong queue. Alhamdulillah aku tak perlu tempuh semua tu. Yang aku nak cakap ni pasal di waktu orang tak rush tapi kebetulan dekat tol or dekat simpang masuk ada kereta dalam 100 bijik dan since hari cuti or bukan peak hour orang beratur dengan sungguh murni dan jujur sekali. Tapi tetiba ada orang yang memang dilahirkan sebagai @#$%^& akan pergi potong queue. Serious aku rasa macam nak baling je kereta @#$%^^&* tu dengan botol. Memang kurang ajar.

Macam semalam masa aku nak naik lif, orang ramai beratur, tetiba ada mamat ni ntah dari mana tetiba pergi tegur orang yang ada kat depan sekali lepas tu buat² bersembang dan terus berdiri depan dan naik lif, padahal ada dalam 20 orang tengah beratur ni. Itu tektik kat dewan makan masa sekolah asrama, senior² buat macam tu. Sekarang ni kau dah tua, ada dalam kehidupan bermasyarakat. Civilisedla sikit...

2) Orang yang tak buat kerja tapi ambik credit.

Biasanya diaorang ni biasanya akan deal dengan orang² yang request lepas tu bagitau staff dalam department untuk buat. Ini sekadar contoh, aku takde masalah pun kat office aku ni, aku rasa sesuai dan macam kena nak jadi contoh je ok kawan² office?: Macam flash animation untuk news company. Kira news kena updatela kan from time to time. Orang yang selalu bagi news ni akan cakap dengan orang web dan orang web akan mintak dekat orang buat flash tu.
Orang buat news - orang buat web - orang buat flash banner/animation
Tapi orang web ni tak pernah mention pun pasal kewujudan orang buat flash ni. Bila part pujian dan cakap terima kasih semua pergi dekat orang web tu, orang tengah. Orang buat flash setengah mati ni takde siapa kenal pun dan orang web ni tadi takde pun nak cakap, "Eh bukan saya buat, mamat tu yang buat". Diam je kalau kena puji, bila part credit dia seorang je dapat.

Tapi aku nak cakap satu je la.. Tetiba kalau benda tu urgent dan orang buat flash ni tak datang, taula nasib kau. Baru terkial² nak cakap.. "Oh sorry, orang buat flash tak datang, MC".

Bila benda buruk nak terjerat baru bagitau benda sebenar, tapi selama tu buat macam dia je yang buat kerja semua.

Atlit

Aku dah lama nak cakap ni tapi baru sekarang nak tercakap.

Pada aku di Malaysia ni ada seorang je atlit yang patut disula lepas tu bagi makan kat buaya.

Hafiz Hashim si pemain badminton tu.

Terima kasih..

Aku Jatuh Cinta

Sihat atau tidak kita adalah something yang sangat subjective. Kadang-kadang orang yang sihat tubuh badan, tapi hari tu dia sakit gigi, dia still akan jawab dia sakit kalau orang tanya khabar. Kadang-kadang orang yang hisap rokok 20 batang sehari pun kita nampak sihat.

So orang-orang yang berusaha untuk menjadi sihat ni kadang-kadang tak pasti samaada diaorang betul-betul sihat atau tidak. Untuk manusia buat aktiviti kesihatan diaorang kena ada motivasi yang sangat tinggi, selain dari nak menjadi sihat, diaorang kena ada motivasi lain untuk pergi buat aktiviti tu sebab sihat itu tersangatla subjective.

Macam biasa, aku pilih jogging je la. Macamanala aku nak bermotivasi nak berlari kalau tempat aku nak berlari tu penuh taik lembu? Menakutkan? Dan macam tempat orang campak mayat mangsa bunuh? Takde motivasi dol! Tapi itu je tempat yang ada, guna je la..

Sabtu pagi hari tu aku try pergi Taman Tasik Datuk Keramat, dekat dengan rumah mentua aku. Walaupun aku macam tak pasti betul ke sampai RM6.3 juta nak buat tempat tu, tapi pada aku tempat tu menarik. Aku jatuh cinta dengan taman tu. Track yang best, ada open gym, ada toilet, ada playground, futsal court dan kawasan berumput yang buat orang boleh main sepak-sepak bola. Ohh dan ada batu-batu reflexology tu.

Ramai orang, so kau boleh jadi bersemangat. Tengok pakcik ni boleh lari, kau berlari. Kira semuanya jadi macam menarik sangat. Pada aku memang bermotivasi la kalau nak berlari kat situ hujung minggu. Seronoknya la kalau dekat rumah aku ada tempat macam tu.

Kepada awek-awek yang tak lena tidur teringat aku dan menjadikan aku sebagai motivasi untuk berlari lagi hujung minggu ni, bermotivasi sangat dan tak sabar² nak terserempak dengan aku lagi, sorry aku tak balik Keramat minggu ni. Cuba gunakan subject lain sebagai motivasi korang ok?

Gambar di ambil pada waktu petang pulak.Hari ni and esok kerja KL.. BENCINYA AKU!!!!!!!!!!!!

Pizli Handsome - Sebuah Kisah Benar

Di dalam sebuah pejabat ada seorang lelaki bujang bernama Pizli. Dan seperti cerita Melayu lain sudah pastilah ada seorang perempuan bujang juga di pejabat tersebut, namanya Maya. Maya sudah lama bekerja di syarikat tersebut manakala Pizli baru bekerja di situ selama setahun.

Ditakdirkan mereka bekerja bersama-sama dalam satu projek sistem pembelajaran di dalam talian. Mereka menjadi admin kepada sistem tersebut. Sebagai seorang senior, Maya sangat sombong dan angkuh terhadap Pizli. Hidup Pizli sangat tertekan kerana tidak tahu mengapa Maya bersikap demikian semenjak 6 bulan kebelakangan ini. Pada awal perkenalan mereka agak baik. Pergi makan bersama sampaikan pergi menonton wayang pun bersama. Pizli beranggapan yang Maya hanya berbuat baik semasa hendak mengajar dia mengenai sistem tersebut dan selepas dia mahir Maya tidak mempedulikan dia lagi.

Pizli yang datang dari sekolah lelaki tidak pandai untuk melayan perempuan cantik seperti Maya, lalu dia hanya bekerja dengan tekun sambil berharap Maya akan berubah satu hari nanti.

Pada suatu hari, Maya mengambil cuti tahunan untuk menyambung cuti Hari Raya Korban yang jatuh pada hari Rabu. Seperti biasa bila ketiadaan Maya, Pizli akan mengawal sistem tersebut seorang diri. Tapi pada hari tersebut terdapat satu masalah yang sangat besar dan perlu diselesaikan dengan segera. Memandangkan Pizli adalah seorang junior, dia tidak ada kuasa penuh untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dengan terpaksa Pizli menelefon Maya. Hanya Maya yang boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan username dan passwordnya kerana hanya Maya yang mempunyai kuasa penuh dalam sistem tersebut.

Pizli: Awak kena bagi saya awak punya username dengan password. Kalau tak habis ni.
Maya: Tak boleh. Saya nak buat pun tak boleh sebab kat kampung saya takde internet.
Pizli: Bagi, Encik Ahmad dah marah. Awak nak kena buang kerja ke?
Maya: Hmmm...
Pizli: Bagii...
Maya: Tak boleh...
Pizli: Awak nak student-student mengamuk ke? Bagii....
Maya: Hmmm... Saya sms je la...
Pizli: Ok, ok.. Cepat..
Teet teet...

Username : Maya81
Password : P1zl1h@nds0m3

Saya benci awak, awak taknak pun tackle saya.. 6 bulan saya berbaik-baik dengan awak.. Selamat tinggal..

Maya tidak lagi datang ke pejabat selepas itu. Khabar terbaru, Maya telah menceburkan diri dalam bidang lakonan dan Pizli masih berharap Maya mengisi salah satu kuota isterinya yang masih ada 3 lagi kekosongan..
_____________
Ye aku tengah SANGAT tertekan pasal kerja.

Saya Dan Proton Inspira

Walaupun orang kutuk Proton sebab takde idea, aku macam berkenan jugak dengan kereta ni sebenarnya.. Macam biasa aku mestila berangan. Kalau aku tukar kereta aku dengan kereta ini, aku taknak jadikan ini kereta family. Kalau aku tukar kereta ni, Liza kena tukar kereta dia dengan MPV dan jadikan kereta baru dia tu kereta family.

Sebab; kereta sport macam ni aku nak naik sorang-sorang je la kut.. Apahal pulak aku nak angkut anak bini?? Malula... Kalau bawak awek Uzbekistan barula kena..

Tahniah

Tahniah Azizul dan Josiah. Korang memang best.. Sebab korang aku dah follow team basikal haha..

Kepada mereka-mereka yang kecoh sebab Azizul tak masuk team event tu boleh blah. Kepada menteri yang kecoh sebab Azizul tak masuk final 200 meter pun BOLEH BLAH!! Kepada negara China yang susun jadual ntah apa-apa pun boleh blah... Aku tak taula, bila atlit yang selama ni perform tapi tetiba sekali dua tak menang terus kena kritik dengan Menteri, memang benci gila aku tengok. Relaxla brader Menteri, ingat diaorang tu robot ke??

Politik Saya Tak Fanatik 3

1) Banjir

Semua orang tahu sekarang orang tengah sibuk menolong mangsa-mangsa banjir di Kedah. Di TV di suratkhabar arus perdana sibuk menayang kerajaan BN dan ahli UMNO bagi sumbangan. Ambik gambar sana, ambik gambar sini. Heboh pasal kerajaan negeri or ahli PAS sendiri takde bagi bantuan.

Ahli PAS - Bantu jugakla weiii...

Seriously aku panas. Menunjuk² tu satu hal, yang satu hal lagi buat macam orang lain tak buat kerja tu apa masalahnya? Come onla.. Ini pada aku main bangsat, mentang²la diaorang control media. Aku yakin orang-orang PAS ni takdela nak menunjuk tapi bila TV, newspaper buat macam diaorang buat tak peduli kat mangsa banjir ni melampau jugak. Boleh tak bila bab bantuan kemanusian tak payah nak tunjuk² parti mana yang lebih bagus. Tolong je dengan ikhlas.

2) Bodoh Piang

Dah tengok video couple bercium pasal awek dia pilih KLCC dari dia? Aku bukan nak cakap pasal tu, tapi pasal description video tu.

Ya... MALAYSIA NEGARA ISLAM..

2:23
HIDUP UMNO !!!

P/S : 18SX Kanak2 Raibina Tidak Benar Tengok Tanpa Bimbingan Orang Dewasa..

Tengok Sampai Abih K..

Ya Ini Lah Yang Di Maksudkan Oleh Kerajaan iaitu MALAYSIA NEGARA ISLAM !!!

HIDUP BN dan UMNO !!!
Kepala hotak lu!! Apahal pulak dua orang manusia muka buruk dan bodoh bercium dekat tepi jalan kau nak cakap salah kerajaan? Ni adala orang yang memang akal pendek, bodoh dan eh memang bangangla.. Kut ye pun benci kerajaan janganlah menampakkan bodoh kau tu sendiri.

Macam kawan aku beli kereta second hand lepas tu sebab kereta tu ada saman, dia tak boleh renew roadtax. Somehow macam saman tu pindah ke dia. Dia marah² kerajaan dekat facebook sebab dia banyak saman. Ini namanya mengaku diri sendiri bodoh di khalayak ramai. Yang kau tak check awal² masa beli kereta tu kenapa? Ke memang sebenarnya saman kau? Ke adik-adik kau bawak kereta tu?

Macam aku hari tu buat lawak pasal nak tukar kerajaan sebab kena saman ekor. Pada aku lawak. Tapi berapa ribu lagi orang yang boleh relatekan segala benda buruk dengan kerajaan secara serius?? Berpuluh ribu aku rasa. Sebab apa??? Sebab diaorang B.O.D.O.H dan I.K.U.T O.R.A.N.G.

Aku baru balik jumpa dentist, sakit gigi lagi. Aku marah sebab aku rasa malu dengan dentist tu, asyik sakit gigi je. Arghhhhhhhh.. Nak je aku cabut semua gigi ganti gigi palsu, takde sakit² gigi lagi..

Comel

Aku bukanlah lelaki yang sensitif terhadap benda² comel dan cute. Kalau ada baby yang cute pun paling kuat aku boleh cakap.. "Dah besar nanti handsome/lawa anak kau ni". Tapi bila aku tertengok video clip ni.. (terima kasih kepada adik ipar yang gila Korea), aku rasa video clip ni adalah yang paling comel dalam sejarah.


Diharapkan Park Ji Sung memilih salah seorang daripada mereka untuk dijadikan isteri..

Diharapkan juga alasan comel ni dapatlah mengaburi mata isteri saya kalau tetiba dia ternampak saya tengok music video ini sorang²

Ini Adalah Hari Yang Mana Aku Harap Aku Salah Seorang Pemain Bolasepak Malaysia

Ok lupakan pasal referee asal dari Australia yang bernama Ben William yang bodoh dan aku percaya dah dirasuah. Lupakan juga pasal team Malaysia lawan Cina dengan 8 orang vs 11 orang. Dan lupakan pasal Malaysia kalah 3-0.

Betul Safiq, memang referee tu bahalol!!

Agak lama jugakla kita sendiri sebagai rakyat Malaysia mengutuk team kita sendiri. 10 tahun? 15 tahun? Ini adalah team baru yang dengan jersi baru attitude baru dan semangat baru. Kalau dulu memang kita sendiri rasa nak bagi penampar dekat player Malaysia, sekarang kita tau ini adalah team yang main dengan penuh semangat, demi negara, demi aku sebagai penyokong setia.

Dalam ramai-ramai ni aku tau semua hebat, NorShahrul tu aku rasa masa lawan Kedah semifinal hari tu dah kalah dah Rooney gayanya. Aidil tu aku tengok pun dah macam John Terry, ke lagi hebat?? Semuanya baguslah..

Tapi dalam ramai-ramai ni aku ada ternampak seorang budak bernama Mohd Muslim Ahmad, salah seorang pemenang gold Sukan Sea hari tu. Cara main dia, aku tengok hebatla jugak, tapi masa game lawan Cina hari tu aku terperasan dia dah tergolek dah, injured. Masa dia bangun lepas tergolek tu dia mengerang sekuat hati aku rasa satu stadium boleh dengar.. "Arghhhhhhhhhhhhhhhhh"

Aku tau dia sakit, aku tau dia injured teruk tapi demi negara aku tau dia lupakan sakit dia dan terus bermain. Kalau ada 20 orang player macam ni, kalah every game pun aku tak kisah, asalkan bila main, main sungguh² dan bermatian untuk negara.

Aku nak beli jersi original Malaysia.

Benda-Benda Yang Saya Sesalkan Pasal Rumah

Benda-benda aku menyesal buat, so maybe boleh jadi tips benda yang patut dielakkan bila excited nak masuk rumah baru dan jugak bila dah duduk sendiri.

1) Tanam Serai Atas Tanah - Memang aku menyesal sangat² sebab serai akan membiak dengan cepat dan jadi semak. Susah nak buang. Kalau korang makan serai 100 batang sehari barulah tanam atas tanah kalau tak tanamla dalam pasu.

2) Tinted Sliding Door - Memang menyesal sebab dulu kononnya taknak orang nampak kitaorang dalam rumah, tapi rupa²nya kita nak la cahaya masuk so that takdela pasang lampu di siang hari. Sekarang kena bukak sliding door luas-luas lepas tu tarik langsir dia ke tepi. Kalau tak tinted tarik je langsing and kalau taknak orang nampak tutup la langsir.. Ishh..

3) Mengecat rumah sendiri - Ini untuk akula, yang tidak mahir. Dulu aku dengan Liza excited sangat cat rumah, bila dah separuh rumah cat baru tau betapa penat dan betapa susahnya nak dapatkan colour yang ok. Dalam bilik study aku ni ada sebahagian cat yang dulu Liza start nak cat lepas tu kitaorang give up dan biarkan je macam tu sampai sekarang. Haha..

4) Memberi makanan pada kucing - Unless korang sayang kucing ok, sebab sekali kau bagi diaorang akan datang selalu dan ada kemungkinan kencing dan berak di rumah korang.

5) Takut nak membeli replacement barang - Kadang² bila lampu rosak ke apa aku mesti macam nak tunggu dapat gaji sebab takut mahal, so kitaorang maybe akan bergelap dalam seminggu dua. Tapi sebenarnya harga lampu, mentol tu takdela mahal sangat. Benda-benda lain pun..

Ni sebahagian, kalau ada lagi aku buat list lagi..
__________
Lukisan Umar. Haha, berpandukan baju aku yang ada tulisan dia cuba tulis nama dia dekat baju orang macam hantu je dia lukis tu. Perasan tak huruf U.M.A.R yang ditulis tapi tak tersusun dan tak sama besar. Lawak jugak aku rasa... Tapi sweet..

Terima kasih

Hari ni tibalah masa saya untuk memuji perkhidmatan dan memberikan ucapan terima kasih..

1) Terima kasih kepada pemaju sebab akhirnya menurap jalan di kawasan perumahan aku. Ye, kami sudah suffer agak lama tapi akhirnya buat jugakla walaupun bukan semua. Terima kasih.
2) PUSPEL yang cekap. Aku call tanya kenapa air takde, dia bagitau reason dan cakap kat aku, "Dalam pukul 2 nanti siap". Dan betul pukul 2.11p.m air keluar sikit².

Benda-benda ni la aku puji. Benda yang patut dikutuk aku tetap kutuk.

Terima kasih.

Saya BUKAN Orang Alim

Salah satu sebab aku tulis benda dalam blog adalah sebab aku tak berani, tak sanggup, malu cakap depan-depan. Itu pasal aku memang lain dari real life, unless orang-orang yang rapat and aku selesa with je aku akan jadi sebijik macam dalam kehidupan online aku. So kalau korang terasa dengan apa yang aku akan tulis jap lagi, lantak koranglah, aku selesa nak luahkan kat sini.

Hari Jumaat lelaki akan pergi Sembahyang Jumaat, aku ada dua pilihan bila Zohor masuk waktu awal, iaitu:

1) Pergi awal -> makan -> sembahyang -> balik office
2) Pergi lambat -> sembahyang -> makan -> balik office

Masa yang diberi oleh company adalah 2 jam, dan walaupun boss aku bukan jenis strict sangat tapi aku akan pastikan aku akan gunakan 2 jam ni cukup² tak kisahla aku keluar awal or lambat.

Semuanya tak jadi masalah, tapi aku memang pantang gila bila aku dah selesai makan, tetiba ada segerombolan manusia yang datang lagi 5 minit nak masuk waktu Zohor singgah di kedai makan tu dan cakap pada aku.. "Huisss awalnya korang???" Dan buat lawak macam aku dan geng aku ni ponteng kerja keluar makan awal²... Aku diam je sebab kalau apa yang aku akan jawab sekejap lagi ni akan memalukan diaorang pada tahap paling tinggi..

1) Korang tau tak Zohor masuk tepat pukul 1?? Aku sampai kedai makan pukul 12.30pm. Logikla untuk aku makan dan bersembang dengan kawan-kawan.
2) Aku tak suka orang tengah khutbah tapi aku masih di kedai makan. MACAM KORANG.
3) Ustaz/Ustazah aku ajar tak boleh bercakap masa khutbah nanti tak berguna sembahyang Jumaat aku. So aku lebih suka sampai awal walaupun masa khutbah aku mengantuk, terlelap² dan tak focus tapi aku taknakla masa khatib berkhutbah aku pulak bersembang² di luar masjid. MACAM KORANG!!

Sekian Terima Kasih Tuan-tuan.. Tadi kitaorang keluar pukul 12 dan sampai office ni balik sebelum pukul 2, kurang dari 2 jam. So apa masalah korang? APA MASALAH KORANG??

Saya Dan Forum Hiburan

Ok.. Sebagai manusia yang ada internet 24 jam kadang² aku pergi ke forum hiburan tempatan untuk mengupdatekan diri aku dengan perkembangan dunia hiburan negara. Ye, aku perlu tau dalam segala benda - politik, ekonomi, sukan, proton ispira, hiburan, kemalangan ngeri, skandal seks supaya kalau orang start bercerita aku boleh join hehe.. Takdela bila orang cakap pasal Japamala aku baru menggagau nak Google.

Selalunya di forum hiburan ni aku akan tengok tajuk thread, baca cerita dan lepas tu baca komen forumer dalam 5 orang dan so far aku tak pernah tulis apa². Kenapa aku tak baca sampai habis? Sebab aku menyampah. Tahap aku menyampah ialah sama tahap menyampahkan orang yang call radio untuk jawab soalan contest tapi tak reti jawab apa pun. Yang buat sekarang aku dengar CD je. Tak tau, tak pandai janganla tunjuk pandai call² radio dan malukan diri sendiri pada orang ramai.

Ok balik pada forum, kenapa aku tak baca semua?

1) Orang² dalam ni menggunakan perkataan iols, sheols, heols untuk kata ganti diri. Yang maksudnya I, She, He. Everytime aku tengok salah satu perkataan ni aku tutup browser.

Contoh: Iols rasa sheols and heols tu ada skandal.. Iols tak reka cerita jahhhh...

Huissh memang berangin je aku bila baca orang tulis macam ni..

2) Semua filem dan rancangan nak dikutuk. Cerita Mamat Khalid nak kutuk, cerita Shamsul Yusuf nak kutuk. Habis tu takkan takde yang bagus? Kutuk semua rancangan tempatan tapi masuk forum hiburan tempatan apa ke jadah?

3) Buat statement macam ni. "Aku dah 30 tahun tak tengok Melodi tapi semalam tertengok" everytime nak mulakan conversation. Konon²nya kalau tengok cerita² tu memalukan tapi sebab nak join in conversation tu terpaksa cakap semalam tertengok. Mengaku jela memang tiap-tiap minggu tengok Melodi.

4) Marahkan artis pakai seksi. Mizz Nina seksi marah. Fasha Sanda seksi marah. Artis ni kita judge bakat dia sudahla, yang nak dinilai dari segi pemakaian buat apa? Kalau diaorang Ustazah sekolah agama pakai short skirt barula logik nak marah.

Ada lagi, tapi aku lupa.

Kuala Lumpur Yang Penuh Kepura²an Dan Penipuan

Sekarang ni aku pergi KL jumpa lecturer aku dua minggu sekali.

Ok, hari tu aku kutuk perempuan yang menyeksi tak tentu pasal masa jadi model murahan. Sebagai lelaki normal tidaklah aku tak suka perempuan seksi. Macam aku cakap, nak sexy boleh tapi biar nampak classy. Dan di manakah nak jumpa perempuan yang seksi dan nampak ada class? Kuala Lumpurlah antara tempatnya.

Tadi aku nampak seorang. Aku describe satu persatu dan of courselah aku suka pada pandangan pertama. Pandangan dari tepi di dalam monorel. Rambut dihighlightkan dan diikat. Pakai sleeveless dress yang agak ketat dan singkat tapi pakai cardigan dekat luar, so kadang-kadang cardigan tu ditiup angin nampakla sleeveless dia. Nampak cleavage yang tak over. Kulit licin, make up sangat elok dan rata. Muka cantik. Dan duduk dengan sopan sambil pegang leather handbag. P.E.R.F.E.C.T.

Tapi pada pandangan kedua, aku dah nampak halkum dia, pada pandangan ketiga aku dah nampak bentuk badan jantan dia.

Perasaan aku?? Aku yakin sama perasaannya dengan kawan² perempuan aku yang suka lelaki handsome tapi lelaki itu gay.

Kalau aku nak tengok perempuan seksi aku tengok jela online album bebudak freelance photographer nampak gayanya ..

Saya Tertekan Dengan Kerja


Ye pada pukul 12.14pm hari ini saya ada di rumah sebab saya betul-betul tertekan dengan kerja. Dan saya perlu pergi ke KL untuk video shooting sekejap lagi. Tekanan saya tadi bermula sebab computer saya akan hang dalam 20 saat everytime saya lakukan sesuatu. Mana tak hangin??

Kerja saya tak banyak.. Maksud saya di sini kerja saya tak memerlukan saya untuk balik rumah pada pukul 10 malam. Tapi bidang kerja saya banyak. Ada lebih kurang 5 tajuk utama dan di bawah tajuk utama itu ada 4 sub-tajuk setiap satu.

Pada hari ini, saya kena convert video ke bentuk MP4 format, kemudian saya kena sediakan RSS Feed untuk orang ramai subscribe podcast video tersebut. Dan saya perlu menguploadkannya kedua²nya ke web server. Sambil² itu saya kena tengok lecture capture system saya, dan sementara itu juga saya kena menyediakan camera dan peralatan untuk merecord video pada petang ini. Sedang saya leka tiba-tiba muncul pula e-mail yang menyuruh saya buat flash banner. So bayangkan semua benda ini hendak dibuat dan computer akan hang selama 20 saat everytime saya buat sesuatu action. Dan memikirkan saya perlu berdiri 2 jam lagi petang nanti untuk record video. Kerja saya jenisnya sangat banyak..

Sementara itu juga saya terfikirkan orang di UK email tanya bila nak meeting melalui Skype dan Yuuguu untuk membincangkan beberapa perkara dan saya juga terfikir mulai sekarang saya kena attend meeting dengan campus UK dan China melalui video conferencing setiap bulan. Memang nampak mudah tapi benda-benda ini semua macam tak setaraf dengan gaji, pangkat dan benefits saya. Itu yang membuatkan saya sangat tertekan..

Saya sudah tidak ada rokok untuk membantu saya untuk menghilangkan depressi, dan saya juga tiada video game untuk main tembak² dan bunuh orang, so itu pasalla saya balik.. Pukul 3 nanti saya pergila ke Kuala Lumpur untuk record video. Saya juga tertekan kerana untuk ke Kuala Lumpur saya memerlukan modal yang agak banyak, tapi duit yang saya boleh claim esok bukan boleh dapat secara on the spot. Arghhhhhhhhhh...

Pada masa ini saya berharap bangunan di Kuala Lumpur itu roboh.

Masalah Dan Tanggungjawab

Sebagai hamba Allah di muka bumi ni.. Chewah² semenjak terjebak dengan Maher Zain ni terus tulis hamba Allah. Ok, sebagai manusia kan, tak kirala kita Islam ke tidak kita masing-masing ada tanggungjawab.

Contoh: Aku. Walaupun aku sorang aku ada beberapa tanggungajawab:

1) Hamba Allah
2) Anak
3) Suami
4) Ayah
5) Pekerja
6) Student

Ok ye.. Aku tau itu semua tanggungjawab aku. Macam pergi kerja, jumpa lecturer, belanja anak makan KFC, tolong ayah masak lemang etc etc.

Semua ini tak jadi masalah kalau aku tau dan sedar tanggungjawab aku. Walaupun aku tak mampu untuk sesetengah tanggungjawab tu at least aku aware. Macam aku boleh cakap kat Liza yang aku sebagai suami boleh berangan nak bagi dia rumah lagi satu, aku tunjukkan sikap bertanggungjawab dengan cakap...

"Nanti saya beli rumah bungalow ada swimming pool tu"

dan aku jugak boleh cakap pada Umar..

"Nanti kalau ada budget Umar masuk private school, kalau takde budget Umar masuk sekolah kebangsaan"

Tau tanggungjawab sendiri, bagitau, maklumkan, bagi harapan, dan kalau tak boleh bagi yang paling bagus at least bagi jugak yang lain pada orang atau benda yang dipertangunggjawabkan pada kita..

Point aku di sini. Semua benda takkan jadi masalah kalau orang sedar tanggungjawab masing². Dan bila orang sedar akan tanggungjawab masing-masing akan siapla masjid, sekolah, tempat membeli belah yang bagus, jalan yang cantik, facilities yang top class dekat semua kawasan. Kalau tak mampu nak sediakan itu semua pun at least adalah komunikasi dengan masyarakat. Bagi sebab, bagi harapan. Janganlah buat tak tau... Janganlah buat masyarakat dan rakyat merana..

Dan yang paling bangsatnya pasal tanggungjawab ni ialah bila orang yang patut bertanggungjawab tak buat apa-apa sampaila ada orang mengadu, orang meminta². Cuba bayangkan Umar sendiri cakap kat aku.. "Ayah, Mama, susu dah habis, tolong beli..." Sepatutnya aku dan Liza aware pasal benda tu, monitor keadaan susu dia dari awal.. Dan siap belikan susu awal² bila dah nak habis.. Takkan orang yang dibawah tanggungjawab aku mengadu, merana baru aku nak ambik tindakan..

Kalau benda basic macam ni pun aku nak ajar, baik orang² yang konon²nya bertanggungjawab dan konon²nya confirm ahli syurga ni pergi mati cepat.. Negara Islam tapi facilities macam kandang lembu buat apa???

Kita Yang Ditindas

Kita selalu ditindas. Betul.

Macam aku cakap hari tu. Bila kita tak bayar bil, semua perkhidmatan dipotong secepat mungkin. Bila kita bayar awal or saje bayar lebih kita tak dipuji. Dan kalau kita sudah bayar bil tertunggak, perkhidmatan tak disambung secepat mungkin.

Kita selalu ditindas. Betul.

Kalau kita bawak anak-anak tinggal rumah mak mentua, tak hantar nursery seminggu, bayaran nursery masih sama. Kalau cuti raya nursery sambung 3,4 hari, bayaran bulan masih sama. Tapi bila kita lambat sikit ambik anak kita, diaorang charge overtime. Diaorang lupa yang diaorang tak jaga anak kita seminggu masa sebulan tu.

Kita selalu ditindas. Betul.

Kepada penipu² sekalian, korang boleh pergi...

Kepada orang² yang bawak kereta pagi² selaju 30km/jam sambil hisap rokok dan letak siku dekat tingkap dekat jalan aku pergi kerja, jalan yang tak boleh nak potong, korang boleh pergi..

Kepada orang² yang suka tengok kita jatuh, lepas tu sanggup berlagak dan pijak lagi kita sambil ketawa pun boleh pergi..

Kepada perkataan KALAU, pereka perkataan KALAU, kepada angan² yang dicipta sebab perkataan KALAU, kau pun boleh pergi...

Kepada kasut cikai aku yang tapak dia dah pecah berkecai, boleh pergi..

Kepada kasut office yang sudah berbau busuk sebab aku bawak lari sebab kasut spare dah pecah tapak boleh pergi.

Kepada running track di sekeliling rumah aku yang keras sampai kaki aku rasa nak pecah pun boleh pergi...

Kepada lembu² yang berak, Indon yang menjaring ikan, dan budak sekolah yang berdating bawah jambatan dekat running track yang boleh tahan best dekat tasik sebelah Club House rumah aku tu boleh pergi..

Dan kepada orang yang jaga Club House tu dan biarkan benda-benda tu terjadi pun boleh pergi..

Dan kepada wakil rakyat yang tak buat kerja, yang hanya cuma datang majlis dan merasmikan upacara dan bagi kurma masa bulan puasa dekat pasar malam pun boleh pergi!!

Kita selalu ditindas. Pada aku at least. Betul.

A Very Long Weekend

Ok, baru sampai dari Besout.. Khamis malam tidur Keramat and Jumaat bertolak pergi sana.. Kalau straight dari rumah aku balik Besout rasa macam jauh sesangat.. Haha..

Sabtu teman mak dan bapak aku pergi... aku tulis ayatnya bebetul: Majlis Graduasi PMR 2010 MRSM FELDA Kampus Tun Abdul Razak Kali Pertama. Tradisi MRSM diaorang ada macam hari graduation. Adik aku first batch. Baru habis PMR tapi sistem CGPA diaorang guna pointer from tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Adik aku first classla Alhamdulillah. Ada budak perempuan yang paling power dapat 3.95 dan dapat 3.5++ every semester dan paling bagus dalam 4 subjects tak silap aku. Bangga aku dengan budak tu. Kat situ pada aku semua dah pandai. Tapi ada yang outstanding.. Adatla tu.

To be honest, aku takdela setuju benda-benda ni. Baru form 3, grad apanya.. Dan yang paling aku tak setuju siap ada orang jual bunga. Haishh, merepek betul, tapi maybe untuk bagi diaorang biasa dengan system pointer kut. Takpela.

Ooh kepada yang tak tau, MRSM FELDA adalah MRSM yang paling canggih dibina di Trolak dengan kos RM130 Juta dan jauhnya dari rumah parents aku dalam 20 minit perjalanan bawak kereta slow.. Hahaha.. 21km rasanya, jalan straight. Dua gergasi MARA dan FELDA bergabung, inilah jadinya. Gambar atas ni gambar dewan dia, aku rasa 3 kali ganda lagi besar dan 3 kali ganda lagi canggih dari dewan tempat aku kerja ni.. international university kononnya

Budak yang dalam ketakutan masa gambar ni diambil, balik rumah kena ceramah gila-gila sebab hilangkan camera. Habis spoil mood orang di rumah bila bapak aku dah start mengamuk.. Hehe..

Ooh, bapak aku dapat free netbook satu lepas tu, subscribe P1 Wimax tapi belum diactivatekan lagi. So lepas ni kalau aku balik kampung, aku dah ada internet. Ha ha. Kerajaan sumbangkan 1 juta unit netbook ni. Free of charge. Internet kena bayarla tapi.. 6 bulan RM11 dan 6 bulan lagi RM25, habis kontrak setahun aku suggest pakai prepaid je la. Bukan adik aku ada kat rumah tiap hari.

Semalam jugak kakak ipar aku bersalin anak perempuan.. Setelah 10 tahun tak bersalin hehe.. Diaorang dah ada 2 orang anak lelaki, dah besar dah la, dan aku yakin diaorang happy sangat dapat anak perempuan dan aku takkan terkejut kalau abang aku tumbangkan lembu. Hehehe. Adala sepupu kecik belah aku untuk Umar and Nawal. Tadi singgah Shah Alam, macam hospital swasta biasa, baby duduk dalam nursery.. Nasib baik bilik kaca yang boleh tengok baby kat dalam.. Macam Nawal hari tu Liza kena jaga dalam bilik..

Ok aku penat. Bye..

Tak Jadila Wahai Kekasih²ku..

Setelah buat kajian, aku tak jadi nak buat badan. Dalam kajian aku, untuk badan cepat ada lean muscle kita kena ambik whey protein. Dalam kajian aku jugak, aku baca apa side effect ambik protein dalam quantity yang banyak. Ianya takkan ada masalah kalau aku sihat walafiat, tapi akan ada masalah sebab aku hari tu kena batu karang yang bermaksud aku boleh kena ghout kalau tak jaga makan.

Masa aku baca tadi, aku nampak perkataan ghout, kidney , liver dan uric acid. Empat-empat benda ni buat aku takut sangat. Walaupun benda ni tak pasti tapi aku tak sanggup nak masuk operation theater lagi..

So sekarang aku jogging dan cycling je la kut.. Angkat berat pun hanyalah untuk keluarkan peluh. . Takdela kut aku nak buat badan. Kalau badan cantik aku terima, tak cantik dan gemuk takpe asalkan aku sihat.

Kepada awek² aku sekalian, maafkan saya. Terimalah bentuk badan saya seadanya..
_______________
Whey Protein Side Effects

Whey Protein and Lactose Intolerance

Imagine if your bodybuilding regimen led to your not being able to exercise at all. That can happen if you develop gout. Gout is a form of arthritis caused by the buildup of hard, painful crystals of uric acid in the muscles, joints and tendons of the legs and feet. The crystals lead to inflammation, stiffness and tenderness.

Why do people develop gout? There are a variety of causes, but many are related to diet. One of the chief culprits is excess protein, because uric acid is produced when we metabolize protein.

The joints and muscles aren't the only things affected by too much protein. Your kidneys and liver -- the organs that help your body deal with toxins and waste -- have to work overtime to handle all the amino acids you can't use. Over time, that can cause kidney problems and lasting damage, such as kidney stones. Even some protein supplement vendors advise customers not to go overboard.

As noted before, what constitutes "too much protein" depends on your body and your activity level. Men typically need more protein than women do. Athletes need more than sedentary people do. To avoid side effects, just plan your protein consumption carefully. Your doctor can help. - Takpelah, aku tak sanggup ambik risiko langsung bab² batu karang dan ghout ni..

Kuasa Terbaru Aku

Aku sangat bersyukur sebab dulu ada sedikit kuasa psychic.. Haha ye sangatla tu. Tapi sekarang aku ada kuasa baru yang paling bagus.

Melanggar lampu merah adalah tak salah jika kita langgar lampu tu masa takde kereta, masa jalan tak sesak dan masa keadaan selamat. Tapi langgar lampu merah dengan naik motor dengan muka berlagak sambil dekat siku gantung helmet lepas tu paksa aku mengelak kau bagi tak terlanggar adalah benda yang paling kurang ajar di dunia.

Dengan kuasa baru aku, aku hanya cakap.. "Cilakak, jatuh nanti baru tau..."

Pang jatuh tergolek depan mata aku.. Aku stop kejap nak tengok muka dia macamana, lepas tu aku jalan mengelakkan dia yang tengah menggelupur tengah jalan nak bangun.. Kenapa aku tak tolong?? Aku tak langgar sampai mati dah kira bagus. Aku dulu mat motor jugak tapi adalah benda yang kita nak kena aware kalau nak langgar undang-udang..

Ok, sekarang aku nak try guna kuasa baru aku ni dengan cakap.. "Haih adala esok duit 8 juta dalam bank"

Desperado

Pagi tadi ada belalang kunyit pulak singgah dekat pokok bunga raya aku. Tempat aku cucuk tanam ni adalah kecik sikit dari kubur size orang dewasa tapi binatang yang singgahnya macam 1 ekar tanah.. Aku taknak dah bunuh ulat-ulat ni, biarla hidup dan harapnya dapatlah aku satu family pahala bagi diaorang tempat perlindungan dan beranak pinak.
___________________
Dulu-dulu aku adalah orang yang sangat desperate untuk menang hadiah kalau masuk contest. Tapi sekarang aku masuk competition hanyalah untuk suka-suka sebab dah penat berharap sampaikan benda yang aku dan Liza confirm menang pun tak dapat hadiah yang dijanjikan. So sekarang kalau kitaorang join contest kitaorang relax je.

Sekarang ada contest Nikon dekat facebook. Aku just upload gambar rama-rama hari tu sebab macam lainla sikit kut kan gambarnya? Aku rasa aku dah salah concept dah pun so aku rasa aku takkan menang. So aku biarkan je la. Ok untuk menang contest tu kena ramai orang yang like gambar tu. Aku rasa kalau korang rajin promote untuk suruh orang like bolehla menang tapi untuk aku, upload je la malasla nak suruh-suruh orang vote.

Tak pulak aku tau ramai manusia yang gila babi desperate untuk menang. Ada orang² hantar facebook message dekat aku dengan ayat:

"Hi ...I just vote for your photo...Its a great shot...Would you like to vote for me......my link is.."

Kalau kau kawan aku logikla nak mintak tolong. Ni sebab nak menang suruh orang vote dengan paksa sebab dah votekan untuk aku or orang lain. Lagi satu tak boleh ke biar je benda tu dan berdoa kalau menang, menang.. Kalau kalah takpe..

Dan benda yang buat aku tulis entry pasal ni ialah bila aku dapat facebook message macam ni:

Banyak cantik muka kau??? Bertanding guna orang lain punya kerja?? Dan for surela kau tak reti pasal photo kan sebab gambar aku tu kurang light, focus tak betul etc... Sekarang aku fahamla kenapa orang letak watermark kat gambar.

Untuk Umar Zakwan (02/11/10)

Anakku Umar yang nakal dan bila depan orang buat perangai,
Maafkan Ayah sebab marah dan kadang-kadang pukul depan orang ramai..

Memang Ayah geram sebab bising dan kacau orang,
Tapi percayalah semua itu sebab Ayah sayang..
Ayah taknak orang tak suka Umar dan kutuk Ayah dan Mama dekat belakang,
Ayah nak Umar baik budi pekerti, bijak dan matang..

Tahun depan Ayah and Mama akan masukkan Umar ke sekolah yang ada gambar ABC,
Ayah lupakan je la nak beli kasut jogging, peralatan bodybuilding dan PS3,
Itu tak penting lagi sebab kita nak Umar jadi manusia yang paling hebat sekali,
Biar nanti dah besar tak jadi macam Ayah yang kerja tak best sangat ni,
Sebab ayah percaya Umar dan adik memang sangat pandai dan ada potensi,
Kalau Ayah tak guide bebetul memang sangatlah rugi,
Pastikan kita berempat susah senang bersama, rapat dan happy..

Biar Umar pandai baca rumi dan jawi,
Biar Umar pandai mengaji,
Biar Umar baik budi pekerti,
Biar Umar ada sikap terpuji.

Dan tak nakal-nakal lagi,
Dan tak main computer lagi,
Dan tak main Ultraman lagi,
Dan harap Umar tau yang Ayah marah sebab sayang bukan benci.

Kepada Model-Model Untuk Freelance Photographer

Ini ditujukan kepada perempuan-perempuan wannabe yang jadi model untuk freelance photographer.

Korang semua buruk macam celaka. Serious!! Buruk lahanat. Tayang breast dan body untuk artistic shot? Pergi mati!! Aku dah tak tahan tengok, murahan dan memalukan. Banyak aku tengok manusia pada tahap yang paling low dan memalukan tapi tengok perempuan muka macam haram jadah perasan jadi model sambil tayang tetek adalah tahap paling low of all time.

Kalau ada orang upah korang jadi model aku rasa bukan sebab korang lawa tapi aku rasa sebab korang je yang senang disuruh tayang breast lepas tu diambik gambar. Oh no wonder nampak murah sebab memang murahan pun.. And kepada photographer² sekalian, come onla.. Nak ambik model pun tapis-tapisla sikit.. Malu betul aku tengok. Aku tau ramai photographer baca blog aku ni and aku tau gambar korang semua cantik kalah professional. Takkan, gambar korang cantik gila babi, tapi modelnya buruk macam kerbau bajak padi.

Nasihat last aku, kalau betul nak rasa jadi model walaupun muka buruk macam aku ni ha, korang kahwin.. Nanti ambik gambar kahwin posing². Kalau nak ambik gambar pakai spender tak pakai bra korang beli tripod ambik gambar sendiri. Boleh nak pose sexy, tapi biar classy dari nampak slutty..