Terima Kasih Zamdee

Sebab suruh aku guna M, shutter dan ISO. Memang tak perfect tapi aku dah faham konsepnya. Yang penting aku boleh ambik gambar dalam rumah dengan keadaan anak-anak bergerak tapi gambarnya terang. F pun aku dah reti adjust sikit-sikit, ini yang buat minat nak main camera ni.
Auto
Guna M and main ISO. Over expose ni tapi aku excited dah  jadi terang .
So gambar budak kecik ni pun takde problemlah lagi lepas ni.
Sebab gerak sikit-sikit tu camera freezekan.
Oh aku punya camera D3000 dah 2 tahun beli tapi tak pernah nak belajar. Ingatkan camera tu memang tak boleh jadi elok macam D90 ke atas.

Azam 2012 (Episod 3)

Dari segi kehidupan sendiri.

1) Aku nak mengaji secara konsisten. Tapi sambil-sambil itu aku taknak paksa diri aku. Aku nak cuba mengaji dengan ikhlas. Ye aku bukanlah muslim yang bagus macam korang.  
Paling kurus tahun ini
2) Aku nak exercise, juga secara konsisten. At least seminggu sekali, takdelah macam tahun ni bila masuk bulan puasa stop lepas tu sampai sekarang pun stop. Nak jadi kurus balik macam gambar sebelah ni.
3) Harapnya aku dapat naik pangkat bulan 3 nanti dan bolehlah aku diam dan berangapan aku ambik degree part time dulu berbaloi akhirnya.
4) Membayar hutang credit card secara konsisten dan habiskan terus.
5) Jaga makan. Dengan betul. Tak taulah lagi macamana, tapi InsyaAllah. Breakfast biskut oat, lunch gila², malam makan ringan. 
6) Kahwin lagi satu. Ok tak kelakar. Itu sahaja. 5 sahaja, sama macam gol Man Utd menang game lepas. (Kalau aku nak kahwin lagi satu aku nak kahwin dengan Adele dan aku yakin Liza akan approve)

Si Gemuk Dengan 5 Azam
Bab jaga makan tu tak boleh start immediately sebab esok aku nak balik kampung, maknanya takkan jaga makan sampai 2/1/12 hehe..

Azam 2012 (Episod 2)

Dari segi kekeluargaan.

Tahun 2011 ni boleh cakap kami berempat penuh dengan gelak ketawa. Mungkin sebab ada si Nawal yang baru nak membesar. Harapnya tahun 2012 kami akan lebih gembira.Aku tau Ps3 family games tu akan buat lagi seronok kalau di rumah dan itu yang aku target tahun depan untuk kami berempat. Oklah untuk aku dengan Umar hehe.

1) Diharapkan Liza banyak masak kek lagi tahun depan, mungkin kek-kek baru. Terima kasih banyak sebab masak sedap-sedap tahun ini. Tinggal sotong sambal je lagi nak kena improve wahaahahaha.. 
2) Diharapkan by end of 2012 Umar dah pandai membaca, menulis, mengaji dan mengira.
3) Diharapkan juga Nawal dah pandai cakap dan tak pakai diaper lagi.
4) Dan kalau nak dapat anak bulan 4 lagi pada tahun 2013, pada July tahun depan kenalah bekerja keras. Tak tau lagi bab ini.

Ok itu je lah kut, plan nak pasang laminated flooring boleh dianjak ke tahun 2013.

Sampei Hati Kome Takde Nak Mengajor Aku

Aku rasa dulu aku pernah cerita kalau aku ambik gambar guna flash dalam rumah gambar jadi tak cantik. Tapi takde siapa-siapa pun nak ajar aku kalau adjust shutter tu boleh je jadi cantik (terang). Eh S tu shutterlakan? Sekarang tolonglah ajar, kalau nak ambik orang bergerak dalam rumah (tempat gelap) guna shutter ni macamana nak freezekan gambar tu? Ke bukan guna S?

Tanpa Flash
Dengan Flash
S + Flash
Lagi satu kenapa dalam LCD camera gambar cantik tapi transfer dalam computer jadi tak cantik? Kalau print dia ikut kualiti yang mana? 

Azam 2012 (Episod 1)

Highlights tahun 2011 ialah bila aku tak dapat naik pangkat bulan 8 lepas, aku gila disappointed especially membayangkan duit elaun jadi acting officer yang hilang tu. Banyak tu, tapi aku boleh buat apa pun kan, so pandang kehadapan je lah.

Azam aku kali ini akan ada beberapa episod, sebab aku dah dewasa. Azam kali ini lebih specific. Umur pun dah nak masuk 31. Untuk episod 1 ni aku nak kenangkan apa yang aku achieved tahun ni.

1) Tidak merokok. Aku dah 100% berhenti.
2) Sihat.
3) Berjaya control kemarahan. Adalah sekali dua meletup tapi dah oklah jugak kalau nak dicomparekan dengan tahun-tahun lepas. 
4) Berpakaian smart pergi ke office dan takdelah selekeh macam dulu lagi.
5) Yang paling penting, aku rasa tidak mengapa kalau aku tidak up to date dengan kemewahan macam orang lain. So aku takdelah rasa tertekan dan aku sudah tidak malu dengan phone nokia tahun 2000 aku ni dan tak malu jugak kalau orang datang rumah duduk atas sofa aku yang dah rasa papan tu.

Membayar

Bila aku beli beg Angry Birds untuk Umar, konon-kononnya bag untuk bawak ke sekolah, aku tau aku bayar 80% daripada harga bag tu untuk jenama dan popularitinya.

Dan aku pun tak pasti yang budak tadika zaman sekarang ni bawak bag ke pergi sekolah pun?

Takpe, Takpe..

Bila promoter tak tanya nak beli singlet size apa dan terus cakap "Nak size L ke XL?" anda macam terdengar kasut running memanggil-manggil.

Takpe, azam baru.

Melihat Karma Dari Jauh

Bila satu pasangan yang mempunyai anak-anak perempuan yang pandai dan 99% takkan ada masalah dalam kehidupan di masa hadapan mengutuk seorang perempuan yang kahwin dengan lelaki yang kurang berkelayakan dari dia aku hanya boleh memerhati dari jauh. 

Kadang-kadang ada satu undang-undang dalam dunia ini yang tak boleh dijelaskan.

Masalah Anak Sulung Saya

Hari ini dan esok saya cuti. Mungkin ketika post ini dibaca saya sedang makan nasi kandar Shittuque depan Sogo hehe.

Oklah masalah anak aku si Umar ialah dianya sangat susah menerima arahan. To be honest aku taknak in denial bila anak aku ada masalah so mari aku ceritakan dan mungkin anda ada cara untuk membetulkannya. According to orang yang jaga dia di nursery bila cakap banyak kali macam bukak seluar depan toilet, ikat tuala ada satu cara ni dia still tak buat jugak. Ulang balik cara lama dia dan buat salah.

Aku pun perasan jugak sebab aku selalu marah dia benda yang sama. Pada aku dia fikir apa yang dia buat tu tak salah. so dia buat je lah. Aku pun satu jugak, cuba betulkan dengan kemarahan. Nanti aku cuba cakap elok-elok atau ada ke cara lain. Nak kena explain gila-gila ke? Nak kena ingatkan gila-gila ke?

Tapi si Umar ni bila bab belajar dan mengaji dia memang cepatlah pulak. Memori dia pun kuat betul. Tapi memori ni bila bab ada kaitan dengan dia lah. Contoh beli Ultraman Max dekat Jusco Wangsa Maju 2 tahun lepas dan selepas setahun lebih tak pergi masa masuk parking dia cakap. "Ayah dulu masa kecik kita beli Ultraman Max kat sinila kan?" Terkejut aku dia ingat sebab for sure aku manalah ingat.

Kesimpulannya, anak aku ni sukar menerima arahan dan mudah menerima pelajaran. Sambil itu memorinya agak kuat tapi tidak pada arahan-arahan yang diberikan. Adakah cara untuk bagi semuanya perfect ataupun inilah kehidupan yang sebenar di mana kita kena acceptlah kelebihan dan kekurangan supaya hidup kita seimbang. Entahlah.

Menyelesaikan Masalah


Anak aku si Umar Zakwan memang suka sangat Ultraman. Setiap masa akan buat gaya lawan-lawan dia dan di mana-mana sahaja. To be honest aku tak tau nak buat apa dah. Tengahari nanti aku schedulekan lagi satu post pasal masalah anak aku tu. Apa-apa pun pasal masalah nak berlawan ni aku rasa aku masukkan dia kelas taekwondo je lah. Adalah sikit manfaat kut.

Fake

Somehow aku boleh tau seseorang itu fake atau jujur. Biasanya benda ni jadi bila kita ada kepentingan kepada diaorang. Contoh - orang nursery yang buat extra baik dan lembut bila kita datang ambik anak. Atau pelakon yang membodek produser nak dapat job.

Ok, sekarang aku ada set kawan-kawan yang suka makan nasi kandar. Diaorang ni ada ajak aku makan nasi kandar dan masa diaorang ajak dulu aku memang tak boleh. Tapi sekarang aku free dan ada kelapangan sebab hujung tahun ni aku ada ambik banyak cuti. Aku nak ajak, tapi kawan aku sorang ni ada buat competition design baju harimau malaya yang mana aku masuk.

Aku takut pulak dia ingat aku ajak tu fake sebab aku masuk competition yang dia buat dan lepas tu aku bodek dia ajak makan nasi kandar.

(aku design header blog ni masa sibuk design tshirt ni lah hehe)

Attitude Problem

Aku bekerja di universiti swasta yang mana ramai anak orang kaya naik kereta lagi besar dari kereta lecturer. Memandangkan kawasan universiti ini kecik masalah nak parking kereta tu adalah perkara biasa. Universiti ini dah buat macam-macam undang-undang seperti buat jalan one way, letak line merah dan lain-lain.

Baru-baru ini boss besar tegur security guard tak buat kerja ke sebab banyak kereta park dekat line merah dan lepas tu pihak security suruh guard-guard ni berdiri dekat line merah ni dan monitor, kalau ada orang nak park - halang.

Pada aku cara itu tak practical langsung sebab pakcik² guard yang jaga. Dan walaupun oguard tu muda dan gagah perkasa aku rasa adalah satu kerja yang gila untuk diaorang berdiri di sesuatu kawasan untuk jaga. Siapalah aku kan nak cakap? Aku mampu tulis dekat blog je lah.

Pada aku ini semua masalah attitude. Dan adalah sangat susah nak ubah masalah attitude melainkan dengan cara yang kejam. Cara yang kejam tu diaorang kena fikirlah, sebab kalau tak buat cara kejam diaorang taknak berubah punya. Saman RM500 ke. Samalah macam orang yang cut queue masa kat tol, guna lane kecemasan masa jam dan macam-macam attitude problem yang lain.

Muka Kampung Dan Layanan Sebagai Pelanggan

Sebagai muka aku orang ulu, muka orang miskin dan tak handsome aku biasa dilayan dengan teruk sebagai pelanggan. Aku boleh faham kalau aku masuk restoran high class tapi waiter cakap Melayu dengan aku walaupun dengan semua customer lain dia cakap English semata-mata sebab muka kampung aku. Muka FELDA, muka flat PPRT bak kata orang-orang bangsat dalam forum.

Tapi malam tadi benda ni dah jadi teruk sangat. Aku dan keluarga nak pergi beli kipas syiling untuk dipasang dekat bilik-bilik anak-anak aku.Tak macam orang lain yang reward diri dengan gadget bila dapat bonus, aku dengan Liza biasa reward satu family dengan kelengkapan rumah atau baju-baju dan kadang-kadang seekor Ultraman. Ok, aku pergi Sen Heng Nilai, tanya ada jual kipas syiling ke tidak? Dia cakap ada kat atas. Dan bila ada kat atas ada seorang je yang jaga dan dia pergi layan orang yang nak beli peti ais dan biar aku duduk depan kipas syiling selama 10 minit. Tengok je aku, takde nak tanya ke apa ke, suruh tunggu kejap ke. Sekali aku turun bawah nak cari orang tengok siap dua orang layan customer yang nak beli Galaxy Tab, termasuk mamat yang bagitau aku kipas syiling tu tadi ada kat tingkat atas. Yelah, sekarang kan zaman teknologi, benda-benda macam tu lajulah diaorang nak layan. So pergi mampos, aku blah dan terjumpa kedai yang tak sampai seminit masuk orang terus layan dan dalam masa 5 minit terus aku dapat 3 bijik kipas. 

Dah penat kitaorang pun pergi beli burger tapi kali ini bukan sebab aku muka ulu tapi sebab brader burger bangang. Berapa paling lama korang tunggu nak dapatkan burger dekat stall? Aku semalam tak tertunggu pun sebab dah 45 minit tak siap-siap lagi. Customer ramai, buat sorang. Lepas tu kumpul order sekali buat 30 keping. Goreng daging sekali 30 yang dah siap letak tepi, takde pun dia nak sediakan roti. Aku nak cakap dah semalam.. "Dah maju ni carilah pembantu, sorang handle roti" tapi since aku dah tak larat tunggu dan anak aku pun dah lapar aku balik je. Malas aku nak cancel order ke apa sebab biar dia tau apa dia buat salah. Orang lain yang baru sampai order terus ambik takde cakap nak kena tunggu lagi sejam ke apa ke. Aku kesian sebab aku rasa semua yang tunggu burger dia tu semalam takkan datang dah lagi lepas ni. Percayalah sebab masing-masing muka macam boxer yang dah lawan 3 round ganasnya.

Bila dah lewat dan takde makanan, makanan segera di rumahlah jadi pembantu. Nasib baik anak aku tak tau aku dapat bonus kalau tidak mau dia cakap. "Apa ayah ni, belanjalah sikit.. takkanlah makan nugget je?"

Ayah, kenapa lambat sangat burger ni? (Aku harap mamat burger tu dengar masa dia cakap tu)
Kepada siapa yang invented maggie dan telur mata kerbau, aku ucapkan terima kasih.

Car Pool

Aku ingat satu masa dulu kita digalakkan untuk pergi kerja sama-sama. Dekat company aku ni pun ada ramai staff yang tinggal di kawasan rumah aku. Even jiran sebelah rumah aku pun kerja sebelah aku kat office ni. Tapi untuk berkongsi kereta ke tempat kerja adalah suatu benda yang susah.

Aku rasa kalau jarak company tu dalam 100KM atau kau dengan kawan kau nak pergi outstation di Perlis aku rasa itu practical. Tapi kalau untuk jarak less than 30KM agak payahla sikit. Sebabnya, kau ada hal sendiri dan kawan kau pun ada hal sendiri. Contohnya kalau aku nak breakfast di kedai makcik A, tapi sebab kau menumpang kereta kawan kau kena pergi breakfast di kedai makcik B.

Begitu juga dengan masa, kau kena ikut satu masa yang ditetapkan walhal kalau kau drive sendiri kau boleh keluar bila-bila masa. Belum masuk bab-bab nak hantar ambik anak lagi.

Pengaruh TV


Zaman sekarang mak bapak galakkan anak tengok kartun sebab banyak membantu dalam pelajaran. Melayu ke English ke sama sahaja. Kalau tak mengajar sepanjang cerita pun at least ada message di akhir cerita.

Aku suka bila anak-anak aku ikut benda yang baik. Kemas mainan sambil nyanyi lagu Barney "Clean up", baca doa sebelum buat apa-apa dan lain-lain lagilah.

Yang aku tak suka bila tak tau main game and anak aku mintak tolong sambil cakap. "Tolonglah buat, mesti boleh kan buddy?" sambil peluk bahu aku. Buddy??? Letak tangan atas bahu??? Pengaruh Spongebob la ni.

P/S- Ok Spongebob takde message sebab itu hiburan untuk orang tua sebenarnya. Kalau aku tengok mesti anak-anak aku pun join sama.

Mencari Buku



Masa kecik dulu aku agak bijak jugakla di sekolah. So selalulah dapat hadiah masa periksa. Ada hadiah satu buku tu pasal kisah-kisah zaman Nabi. Ingat tak cerita Saidina Umar pergi jalan waktu malam macam orang biasa and nampak seorang ibu merebus batu sebab takde benda nak bagi anak-anak dia makan. Anak-anaknya tertidur sebab lama sangat tunggu. Cerita-cerita macam tu lah dalam buku tu. Baru-baru ni aku terbaca komen kat bawah ni dalam satu lagu M.Nassir (Youtube). Ceritanya menarik dan aku teringat buku aku tu.

Soalannya sekarang, kat mana aku nak cari buku-buku yang ada kisah macam ni tapi untuk orang dewasalah. Aku rasa buku² pasal ibadat kita dah biasa dengar dan belajar, khutbah pun selalu ulang benda yang sama. So sekarang aku nak baca cerita-cerita macam ni pulak. Tau tak any specific kedai yang jual? Terima kasih in advanced.
Salam semua,
Disini saya terpanggil untuk membetulkan keadaan yang tersalah sangka sebilangan You Tube creator. Nama saya Syed Seth Benyahya atau lebih dikenali ' Seth ' dalam penulisan lirik dan saya jugak adalah penulis lirik Hijab Kekasih. Selain Hijab Kekasih, banyak lagi lagu-lagu yang saya tulis seperti Senja nan Merah, Seloka cak kun cak dan lain-lain lagi.
Di sini saya ingin menceritakan apakah sebenarnya cerita di sebalik Hijab Kekasih..
Hijab Kekasih mengisahkan seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang namanya saya lupa akan tetapi saya terpanggil untuk menulis tentangnya kerana setiap kali saya terbaca kisahnya saya terasa amat sebak sakali sehingga boleh mengalirkan air mata. Ia mengisahkan seorang sahabat nabi yang terlalu sukar untuk mendapat jodoh kerana keadaannya yang hitam dan hodoh dipandang orang.
Lalu pada satu hari dia berjumpa Nabi dan ceritakan masalah beliau dan Nabi pun menyuruhnya pergi berjumpa dengan seorang kenalan Nabi untuk meminangkan dengan anak gadisnya. Kebetulan pula anak gadisnya seorang gadis yang amat cantik sekali di kalangan gadis-gadis tempatan. Apabila dia bertemu dengan si Ayah, si Ayah menolaknya mentah-mentah, lalu dia pun pergi dengan hati yang luruh.
Kebetulan pada masa dia meluahkan pada si Ayah apa yang tersirat didengar oleh anak gadisnya lalu dia tegur pada si Ayah dan berkata, tidakkah yang menghantar pinangan itu adalah Nabi Muhammad S.A.W.? Tersentap hatinya apabila dia mendengar kata-kata anak gadisnya. Dia pun pergilah berjumpa dengan Nabi dan menerima pinangan itu, lalu sahabat tu dinikahkan.
Selesai sahaja dinikahkan diumumkan pula oleh Saidina Omar untuk memanggil semua pemuda-pemuda untuk pergi berperang pada keesokannya dan dialah orang (sahabat Nabi yang hitam) yang pertama menyahut panggilan itu dengan pun belum berjumpa dengan isterinya yang baru dinikahinya. Sebelum dia berangkat kemedan perang, dia telah dibekalkan sehelai kain hijab oleh isterinya dan kain hijab itulah pengubat rindu di malam hari semasa di kemah peperangan dengan dipegang erat dan disitu permulaan lirik.
Pemuda itu telah mati syahid dalam peperangan itu. Itu adalah serba sedikit cerita tentang lirik Hijab Kekasih yang sempat saya coretkan dalam ruangan ini supaya dapat dikongsi bersama. Wassalam.

Politik Saya Tak Fanatik 3

To be honest aku tak sabar nak menghadapi Pilihanraya 13 ni. Kalau pakatan menang aku nak pergi jumpa ADUN nak mintak cepatkan buat sekolah kat rumah aku ni dan kalau BN menang lagi aku rasa makin lambatlah siap sebab area ni confirm PAS yang menang sebab aku rasa kawasan sini PAS akan menang sampai kiamat. Sebab? Kalau pembangkang pegang kawasan tapi BN pegang negara memang takde kemajuanlah walau pembangkang pegang negeri sekalipun. Macam sekarang. Jadilah kes kelas darjah satu ada 15 buah dan dalam sebuah kelas ada 45 orang sebab ada satu je sekolah. Jadilah kes jalan berlopak sebab pemerintah situ takde budget.

"Susahlah sini, ADUN takde duit, kerajaan pusat tak bantu" - Luahan seorang pengundi pembangkang selama 3 PRU berturut-turut pada aku.

ADUN dianggap buat kerja bila dia pergi datang majlis hari raya. Bagi hadiah masa habis pertandingan bolasepak. Itu jelah pun. Nak buat jambatan 2km pun ambik masa 5 tahun. (ke lebih) Yelah takde budget, tak dapat bantuan kerajaan pusat. Kerajaan pusat ni pun satu, kalau nak tarik hati pengundi bantulah jugak kawasan pembangkang sekali, janganlah sebab sini area pembangkang kau biarkan je. Tak professionalla brader.

Penyokong, especially di internetlah. Kalau komen youtube, forum aku tengok semuanya beremosi. Sikit-sikit marah, sikit-sikit kutuk. Sikit-sikit fitnah. Benda yang tak betul cakap betul, benda yang sah betul cakap tak betul. Kalau semuanya dah emosi bila masa nak guna otak.

Dan kalau belah sini babi dan belah sana pun babi, jadi mana satu manusianya?

Bila Dah Takde Lagu Kita Dengar...


Dekat office aku ni kebanyakan staff tak banyak bercakap. Masing-masing sumbat earphone or headphone dengar lagu sambil buat kerja.

Macam aku kadang-kadang, dengar radio stream online, dengar koleksi MP3 aku yang ada beribu ni dan kadang-kadang dah tak dengar apa-apa sebab dah habis semua lagu.

Bila dah tak tau nak dengar apa, penyelamat adalah M. Nassir, somehow lagu-lagunya boleh didengar bebila masa. Walaupun lagunya lagu lama.

Maxis - Blackberry Bold 9790 + Playbook = RM1288


Anda inginkan smartphone dan anda juga inginkan tablet? Jika jawapannya "ye" inilah masa yang anda tunggu²!! Maxis menawarkan Blackberry Bold 9790 dan juga Blackberry Playbook pada harga RM1288 dengan syarat melanggan Pakej BIS Advanced (RM120/Month, 6GB) selama 24 bulan.

Untuk aku offer ini agak bagus jugak. Dapat smartphone untuk aku dan tablet untuk anak-anak. Tapi aku nak simen belakang rumah aku, aku nak pasang kipas dekat bilik-bilik anak² aku, nak ganti kipas bilik aku, nak ganti lampu lagi. Arghhhhhhhhhh...

Aku tak salahkan kipas dan lampu aku yang rosak dan aku juga tidak salahkan rumput dan lalang belakang rumah aku yang sentiasa tumbuh sampai aku give up nak jaga tapi... aku salahkan company yang bagi bonus sebulan. Kalau dua bulan dah lama aku beli dan aku tak perlu berangan² lagi dengan dunia yang penuh tipu daya ni. Hahaha.

Ni link ke websitenya kalau korang berminat: http://www.maxis.com.my/personal/blackberry/bbr_devices.asp

Tukang Masak & Pahlawan

 Ini adalah chef yang hebat, order je nak makan apa, nanti dia masak dan suapkan sorang-sorang customer dia. 
Yang ini pulak pahlawan, kalau setakat raksaksa ke naga ke aku tak payah risau. Mesti dia lawan punya, siap boleh fire lagi..

Kalau imaginasi tinggi macam ni, memang anak aku lah ni.

Menghargai Pelanggan Dengan Cara Mudah


Sekarang ni kalau korang beli drypers korang akan dapat sehelai free t-shirt untuk anak korang. Tshirt dia 100% cotton dan pada aku cantiklah jugak design-designnya walaupun simple.

Manusia ni suka benda free. Memang orang cakap apalah sangat t-shirt, tapi bila diaorang buat macam ni pelanggan mestilah akan beli daripada diaorang. Dahla dekat Giant semalam Drypers yang paling murah. Selagi stok free tshirt ni ada, aku rasa orang yang tak guna Drypers pun akan beli. Simple marketing.

Dan orang yang senang kena tipu macam aku ni rasa aku ni dihargailah padahal diaorang nak lakukan barang diaorang je. Hehe.

Menjadi Tua

Anda tahu anda sudah tua bila bersembang dengan anak umur 4 tahun anda dan terjadi perbualan macam di bawah:

Aku: Umar nanti kat sekolah ikut cakap cikgu tau.
Umar: Ayah ni berapa kali nak cakap pasal sekolah? Sekolah, sekolah, sekolah, sekolah, sekolah, sekolah, sekolah, sekolah, sekolah, sekolah, sekolah. Cakap pasal lain tak boleh ke?

Hahahaha. Ye lah, ye lah aku tak cakap lagi dah. Orang nak nasihat je.

The Less You Know, The Better

Aku suka membaca artikel-artikel di internet dan di newspaper. Menambah pengetahuanla konon-kononnya. Dan aku suka je membaca benda-benda yang boleh buat aku tau keadaan sekeliling so that aku boleh join conversation dengan sesiapun dan ini termasuk gossip artis.

Sekarang aku nak cerita, bila kita tau banyak benda pun kadang-kadang tak membantu jugak. Contohnya orang cerita satu tempat tu ada hantu pocong, korang dah rasa seram pulak nak pergi sebab selama ni korang ok je pergi situ. Selama 70 tahun bapak korang recycle minyak masak 2,3 kali dan korang rasa benda tu takde apa-apa tapi sekarang orang cakap boleh kena kanser pulak. Dan macam-macamlah lagi.

Ye dan ini termasuk bila korang sedap je hisap rokok 8, 9 tahun tapi pada tahun ke 10 korang berhenti sebab dah tau banyak sangat kesan buruknya hasil bacaan di newspaper dan internet hahaha.

Nak Berazam

Aku rasa pertama kali dalam hidup aku yang aku ada azam untuk tahun baru. Nanti dah nak habis tahun aku tulislah hehe. Kalau dah tulis harapnya bolehlah buat nanti.

Breakfast Yang Indah

Breakfast yang paling indah pada aku ialah menikmati roti canai 2 keping, sepiring kecil kari kambing dan segelas air teh di Central Market Curry House Warta Bangi.

Tapi macam biasa aku ni jenis suka kalau benda-benda sedap ni boleh dibuat sendiri, maksudnya makan di rumah sebab kalau makan dengan budak-budak kecik dekat luar macam kelam kabut . Roti canai aku dah jumpa, iaitu roti canai jenama Kawan. Sekarang nak mencari resipi mutton curry ni pulak. Cumanya kalau Indian tak letak santan dalam kari diaorang aku nak tau diaorang gantikan santan tu dengan apa?

Kalau dapat jawapan bolehlah cuba.

Salah Perparitankah Atau Salah Kitakah?

Banjir, banjir, banjir. Even Kajang yang tak pernah dengar banjir pun dah banjir. Semenyih tempat aku kerja pun banjir sikit. Bila hujan jadi risau. Aku tak faham sangat sistem perparitan kita tapi aku yakin ianya one of the best. Lebih-lebih lagi dah ada Smart Tunnel yang siap masuk Discovery Channel dalam rancangan Extreme Engineering.

Oklah, kita salahkan perparitan kalau ianya tak dapat menampung air yang banyak.

Tapi bagaimanakah kalau perparitan itu sendiri tersekat dengan sampah-sampah? Nak salahkan pembersihan longkang dan sungai yang tak bagus? Perangkap sampah yang tak bagus? Apa kata kita tengok diri kita sendiri atau manusia itu sendiri. Bukankah sampah datang dari manusia? Berapa ratus kali aku tengok orang selamba drive kereta lepas tu campak sampah keluar? Makan rambutan kulit campak keluarlah, minum air campak plastik keluarlah. Berapa kali orang hisap rokok buang puntung dalam longkang? Etcetera, etcetera.. Baby pun campak dalam sungai, mayat pun ada orang campak dalam sungai. Semua benda pun campak.

Jadi mungkin kita sendiri boleh start melakukan perubahan dan tegur orang lain dan harapnya apa yang kurang tu pemerintah buatlah sesuatu untuk membaikinya.

Tapi Kita Perlu Reward Diri Sendiri

Walaubagaimanapun setelah penat bekerja selama setahun kita perlu rewardkan diri sendiri. Mungkin dengan membeli gadjet atau jeans baru. Paling kurang pun mungkin aku boleh pergi berurut dengan call iklan² dekat Berita Harian yang provide massage oleh perempuan cantik dan muda.

(Semalam aku tengok iklan dekat Berita Harian dan ada at least 10 iklan yang tulis macam tu, semua orang BUAT BUTA je ke? (iklan text yang kecik², banyak² tu)

Bonus

Hujung-hujung tahun ni parent company adalah bagi sikit bonus. Aku ada terfikir nak capaikan impian aku yang dah selama 3 tahun iaitu nak beli tv full hd size dlm 24" dan ps3 untuk buat game set-up yang best tapi fikir-fikir balik untuk satu set yang lengkap kena habis dalam 2K aku rasa macam tak jadilah. Keluar modal banyak tapi dapat 3,4 barang je.

Lepas tu aku rasa maybe untuk hadiahkan something dekat diri sendiri bolehlah beli jersi Man Utd original satu. Tapi aku tengok harga RM270 untuk sehelai jersi macam merepek je.

Tak berbaloi.

Aku rasa aku pergi beli Caramel Machiato size Large dan Donut Big Apple 12 bijik jela kut untuk hiburkan hati nanti.

Idea Kalau Korang Nak Berniaga

Semalam aku marahkan orang nak jual keropok yang tidak berkualiti, mahal dan rupanya tak menarik, adalah bagus jugak aku bagi solution pada diaorang ni untuk menambah kan duit "bantuan". Ini sama jugak kepada orang yang suruh aku beli jus manggis, kopi tongkat ali dan lain-lain.

Masalah orang nak berniaga ini ialah diaorang tak tau nak meniaga apa. Aku pun nak berniaga kalau ada peluang dan produk yang bagus. Sebagai orang yang satu ketika dahulu suka membeli belah online aku bagi tips kalau nak berniaga tu ialah berniagalah barang yang baik, dicari-cari seluruh manusia dan semestinya murah dari harga pasaran.

Macam Perfume original, baju Nike original, LEVIS original, TV LED Full HD, PS3 tapi harganya murah 20%-50% dari harga pasaran. Asalkan lebih murah, walaupun 5%. Orang memang cari beb. Janganlah pulak barang kau cetak rompak korang cakap ori, nanti orang dah malas nak beli sebab dia kena tipu. Benda-benda aku cakap tu memang ada orang jual murah dari harga pasaran, so sekarang apa yang korang perlu buat ialah cari di mana nak cari produk dan macamana nak jual murah.

Selamat berniaga dan kalau dah start berniaga nanti bagitau dan aku akan promote dekat blog ni.

Tambahan

Selain kena order air lebih satu gelas bila anak dah dua orang ni aku perasan telur dadar pun dah tak cukup 2 bijik sekali goreng hehe. Lepas ni kena buat tiga bijik. Benda-benda ni buat aku terfikir memang masa cepat sangat berlalu, dah besar-besar dah anak aku.

Bantuan?

Kalau korang selalu singgah dekat KFC atau hentian Sungai Besi menghala ke selatan korang akan perasan satu group manusia berkopiah menjual keropok kering. Dulu aku pernah tanya manalah tau kut murah bolehlah beli, tapi harga dia RM13 dan pada aku itu sangatlah mahal.

Masa aku membeli lauk dekat Pasar Basah Nilai 3 tadi ada jugak geng jual keropok ni. To be honest aku tak suka. Aku tak suka kena kacau time aku ada tujuan lain. Ada mamat sorang ni datang dekat aku cakap "Belilah. Bagi bantuan." Dekat 10 kali cakap bagi bantuan. Sekarang aku nak sedarkan semua orang yang nak mintak bantuan ni. Yang datang ke rumah pun sama.

Macamana aku nak bagi bantuan padahal aku sendiri perlukan bantuan?? Aku nak beli lauk-lauk tu pun berkira-kira. Dah berapa bulan aku tak makan ikan merah sebab mahal dan hanya makan bila balik kampung je sebab bapak aku je yang boleh selamba bayar RM30 untuk ikan semata-mata nak bagi anak-anak makan sedap. Korang ingat aku kaya raya? Korang ingat rumah aku ni aku tak payah bayar loan dekat bank?? Silap-silap by end of the month duit dalam poket kau lagi banyak dari duit dalam poket aku.

Itu satu hal. Lagi satu hal produk yang kau nak jual pun hampeh. Keropok tu buruk aku tengok, packaging pun teruk, harga pun mahal. Tak menarik langsung. Macamana korang nak expect orang nak beli. Out of kesian pun orang fikir dua tiga kali. Dan sudah-sudahlah gunakan image orang berkopiah alim korang tu nak menarik perhatian.

Ibadat Itu Tanggungjawab

Ibadat adalah tanggungjawab. Harus dibuat dengan ikhlas dan tak boleh mengharapkan balasan sebab ianya satu kewajiban.

JOM TAMBAH FOLLOWER

Ok aku nak mulakan marketing blog ini. Nak tambah visitor. Lulu Caldina ada buat satu segmenn dekat blog dia. Tengoklah dekat sini. Terima kasih.

Saya Dan Pendapatan Blog

Blog aku ni takde ramai orang datang dan aku tak selalu pergi blogwalking and ajak orang datang sebab aku kurang pandai bab² marketing ni. So kalau nak mengharapkan pendapatan dari blog ni memang susahlah. Dan aku suka kumpul duit sampai lebih RM100 baru claim. So, memang setahun dua tiga kali je lah kut boleh claimnya.

Tapi walaupun sikit, bila dapat cek claim dan duit tu nanti boleh digunakan untuk membeli beg sekolah anak, terasa seronoklah jugaklah.

Umar Sudah Daftar Tadika

Bila aku tengok jiran belakang rumah aku sanggup tukar-tukar nursery anak dia bila ada benda yang dia tak puas hati aku yakin dia memang sangat particular dan mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dan bila aku tanya macamana tadika yang anak dia masuk di facebook hari tu dan dia bagi jawapan positif aku dengan 100% percaya, terus decide untuk daftar anak aku ke tadika itu.

Sebenarnya kalau ikut hati aku nak daftar dekat satu Islamic Tadika ni tapi bila fikir-fikir balik perjalanan nak hantar ambik dalam 15km dan dia bukan kat area rumah aku pun, aku rasa takpelah kut kalau aku hantar tadika biasa tapi jaraknya tak sampai 1km pergi balik pun.

Bila pergi semalam tanya-tanya segala benda aku nampaklah orang tu memang ikhlas nak bukak tadika. Nampaklah bukan atas dasar nak untung semata-mata. Satu kelas pun less than 15, average 10 untuk setiap umur dan satu umur satu kelas.

Ada belajar Iqraq dan benda-benda lain, aku rasa aku buat pilihan yang tepat dan kalau ada yang kurang pun aku dengan Liza ajarlah di rumah ye tak? Takkan semua nak lepas kat cikgu. Hari Rabu ada sukan, hari Jumaat kena bawak bekal sebab boleh share ramai-ramai. Apapun aku doakan yang terbaik je lah dan tolongla doakan anak-anak aku benda yang baik jugak.

HD Ready, Full HD, DVD, Bluray

Tajuk kat atas tu menunjukkan dua benda yang bagus dan lebih bagus. Contohnya TV HD Ready dan Full HD. Dua-duanya bagus, tapi yang FULL HD tu lebih bagus. Walaubagaimanapun kebagusan FULL HD tu kita hanya akan nampak bila guna TV 40" dan ke atas dan itupun kalau ditengok secara dekat. Kalau dari jarak yang agak jauh lebih kurang sama sahaja dengan HD Ready. Begitu juga DVD dan Bluray. Begitu juga dengan macam-macam lagi benda di dalam kehidupan kita ini.

Persoalannya sekarang, kita perlukankah benda-benda yang sebenarnya tidak ada perbezaan sangat pun tapi kita sanggup bersusah payah atau berbelanja lebih untuknya? Dan kalau ada perbezaan ketara sekalipun perlukah kita pergi kepada yang lebih bagus walaupun benda yang dibawahnya sebenarnya sudah cukup bagus.

Telemovie Parit Jawa - Review Dari Aku

Macam Willy Wonka, aku rasa aku perlu ada DVD cerita ini dan bagi anak-anak aku tengok bila diaorang dah besar and boleh faham message yang ingin disampaikan dalam movie.

Tak pernah dalam hidup aku satu filem bagi kesan dalam hati aku. Telemovie Parit Jawa ni adalah realiti. Kisah berebut harta pusaka. Kisah nak berniaga takde modal. Kisah nak bergaya tapi pinjam along. Kisah anak-anak pentingkan diri sendiri. Kisah Melayu mulut manis tapi sebenarnya niat jahat dan yang paling kuat ialah kisah keluarga. Kasih sayang pada keluarga.

Tak pernah jugak aku rasa pelakon yang berlakon sangat menjadi dan bersungguh-sungguh menjadikan watak itu sangat hebat dalam satu cerita. Aku rasa semua pelakon dalam cerita ni dalam kelas yang paling atas. Tahniah jugak kepada director dan crew sebab semuanya perfect. Oh tidak lupa jugak kepada Dollah Gambus & Gambuse sebab lagu background korang aku rasa 70% memainkan peranan bagi mood dalam cerita ini.

Balik pada cerita, mungkin aku sendiri seorang ayah. Dengan menonton telemovie ni aku terbayang anak-anak aku nanti macamana and at the same time aku jugak menilai diri aku sendiri sebagai anak. Kadang-kadang sebagai anak kita nak bagi yang terbaik untuk ayah ibu kita tapi kita nak dapatkan yang terbaik untuk diri sendiri pun tak boleh. Aku just berdoa biarlah ibu bapa di seluruh dunia ni menilai kasih sayang yang ikhlas dari anak-anak dan bukan harta benda atau material untuk menghiburkan hati ibu bapak kita.

Dan yang paling penting biarlah anak-anak kita nanti ada nilai hidup yang bagus terhadap kita dan TIDAK END UP jadi manusia yang berebut harta, nak berniaga takde modal lepas tu cari modal dengan cara salah, nak bergaya pakai kereta besar pinjam along, pentingkan diri sendiri, mulut manis tapi sebenarnya niat jahat dan sifat-sifat buruk yang lain.

Cucus

Aku suka buat lawak dekat Umar (anak pertama aku) dengan cakap. "Nenek dah tak sayang Umar dah sebab dia dah ramai cucu² lain". Ye lah dalam masa yang singkat dari the only cucu sekarang dah ada tambah 5 yg lain. Hahaha. Takdelah tak sayang tapi kasih sayang dah dibahagi²kan.

Mak aku pun bila dengan anak-anak aku memang obvious disayangnya. Nampak sangat. Tapi..

Adik aku yang kahwin hari tu dah pregnant.. So...

Penat


Aku dah penat berangan². Dan dalam 6 bulan yang akan datang aku akan pastikan angan-angan aku jadi kenyataan dan aku akan letak segalanya dekat blog ni. Hehe.

Improvisation Makanan Berlebih

Kadang-kadang makanan berlebih, samaada ianya dimasak atau dibeli. Ini resipi yang Liza tercipta bulan lepas kut.

1) Nasi Goreng Daging Kicap

Hahaha, ada daging masak kicap yang lebih esok paginya dia campur dengan nasi goreng. Percayalah, itu adalah nasi goreng yang paling sedap pernah aku rasa. Sampai aku rasa nak mintak dia masakkan daging kicap semata-mata untuk buat nasi goreng. Tapi itu melampaulakan? Maybe lain kali.

2) Ayam KFC

Biasanya kalau ayam KFC yang lebih memang tak sedapla nak makan esok harinya walaupun dipanas sekalipun. Aku cadangkan korang carik-carikkan daging KFC tu lepas tu masukkan dalam sup ayam. Atau kalau korang jenis suka makan maggie ayam yang diracikkan tu jadi makanan tambahan dalam maggie tu. Tak membazir. Maybe boleh jugak jadi perencah nasi goreng. Mana tau sedapkan.

Kalau korang jenis tak lalu nak makan leftovers, bagi jelah kucing. Hehe.

Parit Jawa & Batu Belah Batu Konkrit


Aku suka music. Semua jenis walaupun rap yang pertama. Bila kali pertama aku dengar first line lagu ni aku dah tau lagu ni memang best dan sangat "deep". Lagu ni dari Monoloque. Siapa kenal Butterfingers kenalla jugak dengan diaorang ni kut. Lagu ni dari album diaorang.

Lagu ni aku first dengar dalam telemovie Parit Jawa. Sekarang ada dekat Astro Box Office. Cerita Parit Jawa ni pulak aku aku bagi 5 star. Cerita pasal tanah pusaka. Jalan cerita, pelakon², shots semuanya 5 star. Eman Manan, Nam Ron, Zahril Adzim, Jalil Hamid, Ruminah Sidek. Semua pelakon yang berlakon untuk naskah yang power.

Ok selamat.
"Wahai anakanda ku sayang
Ke mana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya"

Review Aku Untuk Telemovie Parit Jawa boleh baca dekat sini -> http://besout.blogspot.com/2011/12/telemovie-parit-jawa-review-dari-aku.html

Rambut Pacak Idaman

Nak masuk sekolah bulan depan tak boleh rambut panjangkan?

Kadang-kadang Aku Cakap Benda Bodoh

In real life aku orang yang kurang bercakap dengan orang yang aku tak rapat. Dengan yang rapat memang banyak cakaplah, sebab bila dengan orang yang rapat kalau tersalah cakap takdelah menjadi masalah yang besar.

Sebab aku taknak banyak cakap dengan orang yang aku tak rapat ialah aku takut salah cakap dan memalukan.

Hari ini orang dari UK yang ajar aku online learning system dah nak balik sana semula (dah 4 hari kat sini), so malam tadi aku carikan hadiah untuk diaorang. Kira lepas workshop yang terakhir tadi diaorang bagi aku benda and aku pun cakap ni ada small gift, biasanya orang buat door gift untuk tetamu orang kahwin yang ada tulis Terima Kasih. Kononnya hebat sangatlah tu aku bagi benda ada tulis Terima Kasih sambil cakap it means Thank You in English. Padahal sebab kat Nilai 3 tu mana ada jual benda lagi best.

Ceritanya masa bagi-bagi tu saje je lah aku buat lawak bodoh and nak panjangkan conversation, so aku cakaplah. "I hope it's locally made and not in China" konon-kononnya nak bagi barangan buatan Malaysia, bila dia pergi sekali aku tengok....

Hadiah dia bagi aku Made in China!! Bodohnya aku.. Malu!!

Dia kain ada gambar Robin Hood sebab Nottingham kan? Aku tak tau nama kain ni.

Seorang lagi bagi benda ni.

Jangan buat pasal sembahyang guna sejadah gambar Robin Hood. Hehe.

Terima Kasih Sebab Add Saya

tq 4 8 Sy

Kalau aku jumpa budak tulis macam ni depan aku memang aku lempang terus. Nasib baik nampak dekat webpage je.

Aku Dah Tak Peduli

Aku dah tak peduli sangat pasal Manchester United. Kalah ke menang ke takde apa-apa perasaan. Bila benda macam ni jadi, aku rasa?? Aku rasa BEBAS!! Haha.. Susah nak explain tapi rasa macam bebas dari nak tengok game ke kena kutuk team kalah ke macam tu lah. Takde perasaan.

Malas Betul Bila Buat Lawak Lepas Tu Kena Explain

Semalam berdasarkan tweet Fahmi aku buat lawak kat facebook, masalahnya ramai orang "Like" status aku dan aku tau yang diaorang akan fikir aku SERIOUS. Orang² yang "Like" tu bukan kawan rapat buat lawak dan termasuk adik Liza sekali. Arghhh..

Kawan aku nama Dz tu je yang faham sebab dia follow Apek on twitter. Yang lain kena explain guna Skype. Haha.

Risiko

Kawan Liza cerita yang husband dia nak try berniaga dekat Uptown secara part-time dan kalau semuanya berjalan lancar, dia nak berhenti kerja selepas 3 bulan. Sumber kekayaan adalah dari perniagaan, dan kawan-kawan aku pun ada yang berniaga. Aku respect sebab diaorang ni dan husband kawan Liza ni sanggup ambik risiko untuk mendapatkan pendapatan yang lebih.

Macam aku ni, aku bukan jenis yang berani ambik risiko. Aku suka berada dalam keadaan "selamat". Gaji fix, KWSP fix. Tak kurang, tak lebih. Aku takkan kaya raya macam orang-orang yang ambik risiko ni dan InsyaAllah aku takkan miskin. Tapi dengan kesederhaan aku dapatlah banyak masa bersama family daripada ambik masa yang lama diluar untuk berniaga.

Tengoklah cita-cita masing-masing. Sebab ada jugak yang berniaga sebab nak jadi boss dan taknak kerja bawah orang. Sampai menipu orang pun ada.

Berangan Memancing

Kadang-kadang aku berangan aku boleh pergi ke sungai, memancing dan lepas tu balik rumah terus masak ikan yang aku pancing tu. Yang boleh goreng, aku goreng, yang boleh masak lemak, aku masak lemak, yang boleh gulai tempoyak, aku gulai tempoyak.

Kadang-kadang aku harap angan² aku jadi sebab setiap kali aku bukak blog kaki pancing, aku jealous. Lebih² lagi bila tengah stuck dalam office ni.