Politik Saya Tak Fanatik 4 (Marah Tahap Maksima)

Masalah Pakatan Rakyat dan penyokong²nya dan lebih² lagi penyokong area rumah aku adalah diaorang lebih nak menghentam, mencari salah BN dan UMNO. Sebab apa masalah??

SEBAB DIAORANG BUKAN SIBUK NAK BUAT KERJA!!!

Aku pun marah jugak Rosmah pergi luar negara siap ada office sendiri sebagai First Lady of Malaysia. Tapi kalau dah tau benda diaorang buat tu semua salah korang tunjukkanlah benda yang korang buat tu betul. Ni sikit² dalam forum, BN salah.. Sikit² dekat paper, UMNO salah. Kerja tak nampak jugak.

Itu aku tak pedulila woi.. Yang penting tunjukla korang tu betul, buat kerja.. Nak buat jambatan satu pun ambik masa 3 tahun tak siap² bagi kontraktor bangang.. Usahakanla nak majukan kawasan. Lima tahun aku duduk sini, sekolah takde rupa nak buat pun. jalan pergi kerja macam celaka jugak. Kalau betul itu kerja kerajaan persekutuan, takkan nak biarkan je? Takkan taknak fight?? Takkan aku pulak nak fightkan?? Aku bukan wakil rakyatla!!

Lagi satu manusia² sekalian, kalau korang anggap datang majlis sambutan hari raya tu sebagai kerja, baik korang pergi terjun dalam kandang buayala.. Itu datuk aku pun boleh buat!!

Kalau aku masuk parti politik tak kirala BN ke DAP ke PAS ke, ini yang aku akan cuba betulkan.. Buat kerja, bukan sikit² cari masalah parti lawan lepas tu kutuk². Orang dah muak!!

Masa aku berkempen kalau ada wakil dari parti lawan nak provoke aku, tanya pasal dasar parti aku salah, orang² dalam parti aku salah, aku hanya akan jawab..

"Kepada Encik Bahalol yang bertanya tadi, saya taknak jawab pun masalah wakil rakyat parti kami kena tangkap beromen dengan perempuan simpanan dalam kereta semalam. Apa yang saya pentingkan ialah kawasan ini sekarang maju! Ada prasarana yang lengkap! Kalau nak berdebat dengan saya Encik Bahalol boleh pergi mampos!!"

Tukar IC

Hari ni dua agenda aku dan Liza. Letak penama untuk KWSP dan tukar alamat dekat IC. Penama KWSP 15 minit dah settle. Nak buat IC sampai tiga jam. Memula dekat Kajang, sekali Kajang dah penuh diaorang suruh try Putrajaya. Sama jugak ramai, tapi memandangkan bila lagi nak cuti, kitaorang tunggu je la. Memang bagi orang lain apala penting sangatnya tukar alamat dekat IC, tapi aku ni sejenis perangai yang semuanya nak in order plus rasa bestlakan IC alamat rumah sendiri. Ooh dan aku sebenarnya nak mendaftar jadi pengundi dan jadi pengundi dekat area sini..

Boleh siap 24 jam IC aku sebenarnya tapi since Liza sejenis makhluk yang bermasalah dengan cap jari, dia punya siap 2 minggu. Nanti je lah ambik sama-sama. Rupa-rupanya ada ramai orang masalah macam Liza, cap jari diaorang scanner tu susah nak baca. Tapi fikir² balik mungkin scanner tu bukan yang paling bagus dalam pasaran.

Apa-apa pun kitaorang penat and masa lunch tadi boleh dikatakan tahap kebuluran. Bukan date dan bukan pengalaman keluar berdua yang ingin kitaorang ingat. Lain kali maybe. Haha..

Attention Seeker

Aku rasa orang yang cuba nak kelilingi dunia naik motor, naik basikal, panjat gunung 7 negara, berenang di lautan api etc bukanlah nak naikkan nama Malaysia ataupun nak buat rakyat bangga.

Semua tu adalah "Attention Seeker!"

Kalau betul nak buat, diam²lah, apahal nak bagitau aku? Apahal nak masuk paper?

Hyderabadi Biryani

Sepanjang hari hujan.. Baik duduk rumah dan makan.. Hehe..

Percubaan Pertama..

Cukuplah sudah aktiviti memakan kambing tahun ni.

Rasa perfect, tapi nasi terlembik pulak. Boleh cuba lagi.

Hikmah - Pelajaran 1

Biasanya bila ada benda-benda terjadi orang akan cakap. "Adalah hikmahnya tu"..

Hari tu aku nak keluarkan duit KWSP aku untuk settlekan yuran study. Tapi baki dalam akaun dua aku tak cukup untuk settlekan semua. So aku cakap keluarkan jelah berapa yang ada. Nanti aku top-up dengan duit sendiri. Sekali rupa-rupanya orang dekat kolej aku yang buat surat mengesahkan aku pelajar diaorang tu salah tulis tarikh. Dia tulis tahun 2010. So orang KWSP cakap tak bolehla keluarkan, tapi orang KWSP akan cuba call tukang buat surat tu mintak betulkan.

Aku? Aku mestilah marah sebab orang lain buat salah tapi aku yang kena, yuran tak berbayar semua. Semua delay.

Tapi dalam masa permohonan aku ni delay sebab nak tunggu surat baru, office aku dah masukkan lagi duit dalam Akaun Dua aku tu dan amount yang ditambah ni dah jadikan lebih dari yuran aku. So maknanya aku tak payahla top-up sebab dah cukup! Dah approve dah pun akhirnya.

Itulah hikmahnya orang tu salah tulis tarikh tadi. Menyesal pulak aku marah-marah hari tu.

Kawan² Dan Makan²

Since aku memilih kawan sekarang ni so semua kawan aku adalah golongan² yang paling hebat di dunia. Diaorang taula siapa diaorang, tak payahla aku sebut. Since aku comfortable dengan diaorang ada jugak yang aku tolong benda kecik² time diaorang nak pertolongan. So sekarang atas dasar persahabatan suci atau atas dasar aku ada tolong benda paling kecik dalam dunia atau atas dasar nak celebrate aku dah habis belajar, ada 4 orang kawan yang nak belanja aku makan.

1) Nasi Kandar di Nilai - Macam boleh pergi sebab dekat.
2) Nasi Kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman - Macam malas nak pergi KL since dah habis ni.
3) Nasi Beriani Indian Food Khana Peena Yang Portionnya besar di Mont Kiara - Last aku pergi Mont Kiara tahun 2002.
4) Makanan sedap di The Curve - The Curve kat mana pun aku tak tau.

Baik kawan-kawan aku ni. Kalau aku tak pergi jumpa diaorang pun at least aku taula kawan-kawan aku ni ramai yang berhati mulia. Dan aku harap satu hari nanti aku pun boleh buat macam diaorang buat pada aku.

Bukan Lagi Rahsia

Di tengah malam yang sunyi, lampu sudah di tutup dan kedengaran hanya bunyi kipas. Masa untuk tidur.

Aku: So ISNIN nanti kita pergi KWSP buat pewaris tu, lepas tu kita pergi buat IC tukar alamat. Lepas tu kita singgahla Alamanda.
Umar: Nak ikutttttttt...
Liza: Haaaa...
Aku: Alamak... Hahahahahaha... Hahahahaha.....
Umar: Kenapa ayah gelak?
Aku: You're not in the plan la Umar. Haha..

(Bersungguh-sungguh ayah and mama apply cuti tau)

Pesanan Kepada Gadis²

Aku tak kisah kalau korang nak berboyfriendkan Mat Salleh, orang putih, white people with dreadlocks ke apa ke. Tapi please, kalau nak jugak, make surekanlah orang putih tu sama class dengan kau. Janganlah kau kerja peguam belajar tinggi² tapi boyfriend kau kalau kat Malaysia ni setakat habis darjah 6 je.

Tolong ok, aku faham penis size does matter for women tapi jangan for the sake of nak ada boyfriend orang putih korang jadi macam tu dan yang lagi hampeh menayang pulak dekat orang ramai yang kau ada boyfriend orang putih.

PLEASE!

Online Pool Game

Dulu masa kerja Cyberjaya aku selalu balik lambat, sebab nak tunggu Liza sampai ke ERL Putrajaya dari Tasik Selatan. So biasanya untuk membunuh masa aku akan main game pool, online. Dan biasanya bila aku main ni mestilah dengan orang-orang putih dari US kut. Tak tau kenapa mesti dapat diaorang. Aku main suka-suka dan tak tau pun benda tu macammana. Tapi bila aku buat skill yang hebat masukkan bola mesti orang yang aku lawan tu akan cakap aku tipu. Lebih dari 10 kali jugak benda tu jadi.

Aku bukan penipu, tak pandai menipu pun. Kalau aku tipu mesti semua orang tau aku tengah tipu. So aku hanginla bila orang tuduh² aku tipu. Dan biasanya bila diaorang cakap aku tipu aku memang geram sangat. Aku akan cakap sehabis carutan yang aku tau, selalu tengok DVD selamba je orang putih ni marah² macam ni:

"No I didn't!! Fuck You!!!! Go fuck your mother/father you motherfucker!!!"

Dan tak pernah sekalipun diaorang balas balik apa yang aku carutkan. Aku biarkan je la benda ni dah berlalu dah almost 5 tahun sampaila bila aku tengok anak aku si Umar tengah main computer baru-baru ni, dan cakap dalam hati..
"Eh, agak²nya orang² yang aku marahkan dulu sebenarnya bebudak umur 4, 5 tahun je kut, itu pasal diaorang terdiam"
Ye, aku ada masalah emosi.

Kalau Saya Jumpa Duit 8 Juta Ringgit Di Tepi Jalan Saya Akan..

Pergi ke machine bayar hutang credit card dan bayar 5 kali ganda credit limit card tu. Lepas tu tunggu orang bank call ke tidak? Kalau call saya akan cakap,
"Dulu saya lambat bayar 3 hari pun awak dah kecoh sekarang saya bayar lebih pun kecoh ke???"

Aku Ada Tapi Takde

Untuk ambik master, aku ada kelapangan, aku ada wife dan anak² yang memahami, aku ada masa. Tapi aku takde BUDGET. Hahahaha..

Nak cari sponsor. Tapi macamana? Macamana??

Drastic Change

Aku in need of drastic change in my life. Tak boleh macam ni.. Kalau stay macam ni memang hancur. Harapnya ada apa-apa peluang atau bantuan untuk aku.


Mabuk

Aku jiwang. Aku takkan menengok cerita Star Wars. Aku takkan tengok cerita Jeepers Creepers. Pada aku, nak tengok filem, kena tengok filem yang menggembirakan hidup aku, yang buat aku feel good. Dan baru kejap tadi buat aku jatuh cinta dengan Julia Roberts.

Aku tengok America's Sweetheart, cerita tahun 2001 run dekat TV2 tadi. How I wish aku berada dalam situasi jatuh cinta dalam keadaan yang lebih kurang macam tu. Macam orang yang sepatutnya dengan kita ada depan kita selama ni tapi kita tak sedar. Aku dah kahwin so lupakan. Apapun first time aku tengok Julia Roberts cantik sangat. Sampai sekarang rasa jatuh cintanya, dengan character Kikinyala. Haha..

Ayat² yang aku suka:

Kiki: I need you to know one thing.
Eddie: What?
Kiki: That woman that you saw by the pool the other night.That woman you just have to spend the rest of your life with....That was me.

Eddie: I want to be with you.
Kiki: When did you make this decision?
Eddie: The moment I thought I'd lost you.
Kiki: Damn it.
Eddie: What?
Kiki: That was perfect.

Maafkan kerana aku mamai dengan cerita ni, dah pukul 2 pagi dah pun. Kalau aku tak tulis blog lagi maksudnya aku dah bunuh diri sebab malu menjadi jiwang di waktu pagi.

Recipe Burger Untuk Ecah

Salah satu sebab Liza sayang aku dan ada dalam 15 orang perempuan lagi termasuk 2,3 orang pelakon filem nak kahwin dengan aku adalah sebab burger yang aku buat. So baiklah aku berkongsi recipe burger ni bersama anda semua, lebih-lebih lagi Ecah dah request.

Bahan-bahan (Kena ikut brand² ini exactly untuk kepuasan tahap maksima)

1) Pergi ke Giant dan belilah ini - Darabif Beef Burger atau Lamb Burger. Yes, dia ada lamb.
2) Sediakan salad/lecttuce.
3) Tomato.
4) Recipe rahsia. Capsicum merah, tapi sikit je la. Dalam dua keping 3cm X 1cm.
5) Bawang besar colour ungu, bukan yang colour kuning.

6) Mayonis jenama Telly
7) Sos Tomato jenama Kimball
8) Sos Cili jenama Life.
9) Roti Gardenia

Cara membuat burger - step by step

1) Gorenglah daging burger itu tanpa sebarang penambah perasa. Sebab perasa² macam seasoning oil dan kicap itu akan spoilkan rasanya. Senang sahajakan? Tanpa minyak.
2) Potonglah sayur² mengikut size yang dikehendaki.
3) Sapulah mayonis di atas roti.
4) Letakkan sayur, tomato, capsicum dan sedikit bawang mengikut kehendak.
5) Kemudian letaklah sos tomato di atas sayur² tersebut, dalam setengah sudu.
6) Letak sos cili satu sudu.
6) Letakkan daging burger.
7) Sapukan lagi mayonis dengan banyaknya.
8) Letakkan sayur dan tomato lagi sedikit dan bawang dengan banyak.
9) Letakkan lagi sos cili dalam dua sudu.
10) Tampalkan roti selapis lagi.
11) Gorenglah telur mata kerbau dan nikmati selepas makan burger.

More Info Pasal Darabif - http://www.darabif.com.my/ Dia ada restaurant semua tapi kat tempat ulu macam aku ni takdelah..

Nasihat

1) Jangan kedekut bahan². Kita bukan berniaga.
2) Masa buat tu buatlah dengan penuh kasih sayang, tak kisahla untuk awek, wife, husband, anak² atau kawan².
3) Darabif ada jual kat Giant ataupun kawan aku Linda cakap dekat Section 3 Bandar Baru Bangi ada kedai daging jual beef patty yang sedap. Ramly Burger pun boleh jugak tapi dia berminyak sangat dan korang kena buat 2 lapisla kut dagingnya.

Sekian Terima Kasih. Kalau kau tak buat Ecah memang aku lepuk..

Obsessi Yang Agak Memalukan

Pada aku, ciptaan yang paling hebat dalam dunia ni bukanlah PS3 tapi hooded jacket/sweater. Aku semacam ada obsessi di sini. Suka setakat tengok² jela sebab dekat Malaysia cuacanya aku rasa takkan sesuai pakai jacket. Paling kuat pun pakai time demam atau pakai dalam office sebab aircond kuat.

So hooded sweater bukanla satu keperluan. Ianya lebih kepada nafsu, dan aku pun tak sure kenapa aku suka sangat tengok dari dulu. Aku ada sehelai beli dekat warehouse sale. Diaorang main longgok² jual baju masa tu.

Memandangkan aku nak sangat pakai sweater tu, aku sanggup keluar rumah awal² pagi untuk pergi jogging sebab macam logikla kan subuh² lari pakai sweater. Lepas tu aku wish tetiba hari hujan lebat dan aku boleh pakai hood dia - sebab sampai sekarang aku tak pernah pun pakai hood dia tu sebab tak hujan² lagi..

Ye kadang² aku memang macam budak umur 3 tahun, dan perangai merepek macam ni memang dah menurun dekat anak² aku.
(Eh apasal macam dah gemuk balik je dalam gambar ni?)
(Kau tak pernah kurus pun Pizli.. Sedarlah..)

Plan Terakhir Dan Yang Paling Hebat

Bapak aku selalu ungkit yang dulu dia suruh aku jadi cikgu tapi aku taknak. Orang tua, susah nak cakap, nanti kita dah tua pun macam tu jugak. Cakap benda bukan². Ye aku ada issue dan bapak aku jugak ada issue.

So aku ada plan untuk menamatkan benda ni. Aku ambik master bidang aku, dan aku jadi lecturer! Lebih kurangla kan mengajar orang? Tahun depan aku ambik. Kalau bapak aku tanya, aku akan jawab.. "Bapak nak sangat Li jadi cikgu dulu biar Li jadi lecturer terus, puas hati"

Selesaikan segala sengketa dan biar semua orang puas hati. Tapi sebenarnya sebab lecturer je yang aku nampak boleh dapat gaji lebih sikit kalau bidang aku ni.. Hahahah..

Suka

Memandangkan saya benci tempat kerja saya pada tahap tertinggi sekarang ni, saya perlu fikirkan benda yang saya tak benci. Setiap hari mesti akan ada satu benda yang kita suka buat kan?

Saya suka pada setiap pagi saya angkat anak sulung saya yang sedang tidur dan letakkan dia di bawah. Selepas itu saya akan buatkan susu dan bagi dia yang tengah mamai minum susu itu sebelum dia dan adiknya dihantar ke nursery.

Anda pula bagaimana?

Hehehe..

Hari ni adalah hari yang agak kelakarla untuk aku. Semua sebab undi² contest ni. Macam biasa vote aku dapat dari facebook dan blog. Vote untuk aku sebelum aku promote tak taula dari siapa. Beribu jugak, terkejut aku dengan Liza.

Kan seronok kalau ada lagi berpuluh ribu orang yang tak kenal aku vote untuk aku. Dan kan ke lagi best kalau orang² tu semua vote based on aku punya journal?

Terima kasih semua dan terima kasih kawan dan kawan²nya yang excited promote aku sebab nak tengok vote aku tinggi sampai tak buat kerja. Terima kasih kawan yang bagitau pada kakak ipar dan sahabat handai sampai post status kat facebook. Terima kasih pada jiran yang buat entry kat blog. Kalau tiba-tiba aku famous susah jugak ni haha. Tapi aku segan jugak sebenarnya, aku rasa satu company ni macam dah tau.

Lawak aku hari ni: Aku perlukan undi Melayu!!
(sebab aku sorang je Melayu je dalam tu dan tetiba rasa berpolitik)

Dia boleh vote sampai Ahad ni, tapi banyak lagi kerja korang kan nak vote hari², kalau rajin vote, tak rajin takpela.. Aku rasa dapat hadiah RM100 worth of NESTLÉ FITNESSE® products pun dah memadai buat aku happy. Itu lagi berbaloi dari aku jadi gila duduk depan PC macam tengok saham naik ke turun.

Tapi serious seronok jugak bila part kawan-kawan sama excited tu tadi.

Nak Kaya Cara Salah, Tapi Boleh Kaya Ke Pun?

"Great minds discuss ideas. Average minds discuss events. Small minds discuss people."

Aku takde idea so aku nak cerita pasal orang. Pasal orang-orang yang aku risau bila mati nanti dihantar terus ke neraka.

Letak minyak atas jalan bagi orang accident

Banyak jugak cerita pasal manusia dajal yang letak minyak atas jalan supaya orang accident. Ataupun cara-cara lain bagi kereta accident, lepas tu suruh orang claim insurance and diaorang makan duit. Masa adik aku accident dulu yang aku rasa memang disengajakan aku nampak memang operasi diaorang ni dirancang tahap tertinggi. Accident, tak sampai seminit tow truck pun sampai.

Tak pulangkan duit baki budak darjah 1

Musim sekolah baru start ni aku terdengar ada pengusaha kantin yang tak pulangkan balik duit budak darjah 1. Mentang²la diaorang tak pandai kira dan baru start gunakan duit. Orang kantin ni ambik kesempatan. Tapi seriously, diaorang tak rasa bersalah ke?

Peniaga Penipu

Hari tu aku kena buat hardcover untuk report project aku. Aku tanya berapa and berapa hari boleh siap. Dia cakap RM20, siap dalam dua hari, kalau nak cepat, RM30. Since aku desperate, aku nak siap pagi esoknya RM30.

Sabtu hari tu aku nak buat lagi satu untuk practical report aku. Aku saja tanya berapa hari ye kak? Sambil harap dia dah lupa aku. Dia cakap - "Lambatla dik..", muka penipu gila. Aku tau dia harap aku nak cepat so that dia boleh charge aku RM30. Dia cakap Rabu baru boleh siap, aku tau dia saje tambah extra 2 hari dari kali pertama aku tanya. Since aku tak desperate aku cakap takpela, "Hari Rabu saya ambik".

Pasal RM10 pun sanggup nak tipu² padahal benda tu boleh siap sehari je sebenarnya. Ke sejam je?

Macamana korang nak kaya, kalau kerja menipu, menindas orang je?

Kami Bosan Dan Perlukan Hiburan

Ayah kami dah ban laptop di ruang tamu..

Kerja Sambil Belajar

Bersama kawan baik dan sentiasa fokus - Bambang.. Dia lagi tua dari aku hahaha..

Fakta:
Maybe pada orang lain apala sangat degree, itu pun nak kecoh ke? Tidak pada aku. Ini adalah masa aku nak buktikan pada cikgu disiplin aku, mak bapak aku yang aku bukanla teruk sangat. Dan ini jugak peluang aku untuk buat something yang elok untuk diri sendiri.

Aku pilih tempat aku belajar ni sebab aku dulu buat diploma kat situ, so boleh transfer credit. Itu sebab aku sanggup buat kat KL.

Rutin:
Drive dari Semenyih pergi Tasik Selatan - Naik LRT pergi KL - Masuk Kelas - LRT pergi Tasik Selatan balik - Drive ke Bukit Mahkota

Aku rasa masa dah nak habis aku start drive terus pergi KL. Apa-apa pun masa dalam LRT la aku ramai tengok orang yang macam-macam jenis.

Dugaan:
1) Sangat penatla kut sebab jauh tempatnya dahla kelas kadang-kadang sampai pukul 9.15 dan aku sampai rumah lambat.
2) Anak dan wife agak terbiar. Tapi anak takla kurang kasih sayang sebab dia boleh rapat dengan mama dia. Boleh baca cerita diaorang kat sini nanti.
3) Kena pandai bahagi masala sebab kerjakan? Family lagi.. Tapi not that bad la sebab kadang-kadang aku buat je kerja sekolah dekat office.

Advantages:
1) Aku belajar dalam bidang aku, so semua benda senangla untuk dibuat sebab aku dah ada experience. Pointer aku tak dapat 4 flat sebab subject-subject bukan multimedia hehe.
2) Software semua lengkap.
3) Aku sentiasa fokus, tau apa nak expect, maybe sebab dah tua takde benda lain dalam otak.

Kesimpulan:
Kalau rasa nak buat, buat je la. Jangan dengar cakap orang pasal orang-orang yang gagal. Kalau aku boleh buat orang lain pun boleh buat.

Aku nak buat master nanti, tapi aku akan pastikan dekat Public U ataupun buat kat luar negara hahaha, angan² bukan main..

BEBAS

Aku baru saja siapkan aku punya practical report. Memang agak bodoh sebab dah kerja tapi buat practical, tapi aku dah siapkan dan bersyukur boleh buat practical dekat company sendiri sebagai requirements degree aku.

Aku rasa BEBAS, aku rasa macam nak menjerit gembira. Walaupun aku dah submit project aku hari tu aku rasa macam tak seronok je. Hari ni exactly lepas siap practical report tu aku rasa macam satu beban besar dah diangkat dari badan aku. Rasa bebas dan rasa nak senyum sepanjang masa.

Nanti ada masa aku cerita experience aku study sambil kerja, walaupun orang taknak baca tapi penting untuk aku tulis dan ingat.

Aku kena tukar blog title aku sebab dah tak relevan.

Aku sangat happy!! Aku tau apa yang aku buat ni perlukan pengorbanan yang sangat hebat dan aku patut jadi happy!! Aku perlu hadiahkan something untuk diri aku..

Kadang²

Kadang² sesuatu benda tu hanya aku dan Tuhan saja yang perlu tahu.

Kadang² sesuatu benda tu hanya aku, dia dan Tuhan saya yang perlu tahu.

So takdela aku nak tulis kat blog sebab orang lain tak perlu tahu. Hahaha..

(Sorry tak kelakar)

Bunting Dan Pengajaran

Ok aku dah dapat dah bunting aku, tapi of coursela aku dah tak excited sebab bendanya nak guna semalam. Pengajaran daripada hal ini untuk yang nak berniaga:

1) Aku sebagai pelanggan sangat disappointed.
2) Aku nak kena pergi KL lagi nak submit. Aku sayang cuti, so aku kena pergi lepas balik kerja sampai ke malam. Penat!!
3) Belanja nak pergi KL boleh lepas aku punya lunch 3 hari at least. So nampak tak menyusahkan aku?

Dalam zaman sekarang, bab-bab service ni kalau tak puas hati orang selalu gunakan internet untuk meluahkan perasaan sebab orang tak suka nak gaduh depan-depan. Dan bila menggunakan internet orang akan luahkan segala-galanya. Maki hamun dan yang paling tak seronok sebut nama kedai/company. Orang nak buat dajjal pun boleh, buat fitnah reka cerita pun boleh. Katakan kalau benda ni aku kutuk² dalam forum bagitau company apa, siap boleh lingkup company tu. Kalau ikut perasaan memang aku nak je masuk forum area rumah aku tu dan bagitau je betapa tak gunanya company tu, tapi sebagai manusia yang civilised aku diamkan je la kut. Nanti lingkup takde bisnes pulak, takde duit pulak nak bayar gaji staff dia tu. As for aku, takdela aku nak hantar situ lagi dan kalau dia buat dekat orang lain, aku taknakla bertanggungjawab kalau orang tu kecoh dekat internet.

Oh cakap pasal bisnes dan internet. Apa kata korang pergi website kawan aku ni. Manala tau kut berkenan dengan jubah-jubah dan baju² kat sini. Pergila, cantik² aku tengok. Ni link: http://mutiara.my/web/

Macam-macam hal dunia 2

Aku wish aku sangat kaya dan Liza tak payah kerja so that dia boleh hantar dan ambik anak-anak dari sekolah, jaga rumah kemas-kemas dan tiap-tiap hari masak sedap. Aku balik lambat dari kerja pun takpe sebab aku tau anak-anak aku selamat berhantar berambik dari sekolah dengan selesa. Dekat area rumah aku adalah dua tiga orang yang wife nya tidak bekerja dan sebagai manusia normal aku jealous tengok.

Pagi tadi aku tengok anak kakak sorang ni yang umur 6 tahun naik van pergi sekolah agama. Masa budak tu nak jalan ke van smart² pakai baju melayu bersongkok orang van tu marah budak tu cakap.. "Kenapa duduk dalam? Tunggula kat luar situ!"

Dia suruh tunggu kat jalan besar. Ya Allah panasnya hati aku tengok budak macam tu kena marah dengan bukan mak bapak dia. Dan yang aku paling bengang, kau dah ada luxury untuk tidak bekerja yang semua orang wish ada kenapa nak upah van, kenapa tak hantar anak ke sekolah sendiri???? Macam-macamlah manusia ni..

Bukan Semua Pasal Duitla!!

Semua orang tahu yang hari ni aku kena present project aku. Semua orang tau aku buat video as major project dan promotional items sebagai minor project yang merangkumi bunting, poster, bookmark dan juga simple website.

Aku dah hantar bunting tu untuk diprint since minggu lepas, orang kedai tu cakap dua hari akan siap. Aku cakap aku ambik semalam je la. Sebab dah berapa ratus kali aku cakap aku nak guna hari ni, Selasa.

Sekali semalam aku ambik poster dan lain² staff kedai tu cakap tak siap lagi dan aku cakap aku akan ambik pagi ni. Pagi tadi call cakap tak siap lagi. Suruh aku try kedai lain nanti dia pulangkan duit.. Lepas tu tokey kedai tu pulak call aku tanya boleh ke aku ambik kat tempat dia hantar print tu. (Dia sub job ni). Dia cakap nanti singgahla kedai dia ambik duit RM10 buat duit minyak. Aku cakap takpela, tak payahla bayar aku, aku pergi ambik je la janji benda tu siap. Tengahari dia SMS alamat, aku pun pergi kedai/kilang print tu, ada minah kat situ cakap "Tak siap lagi.. Biasanya untuk dia kitaorang buat 2 hari" Pendek cerita dia hantar design aku semalam!! Minah tu call tokey tu and cakap dengan aku.. "Sorryla.. Pergi kedai ambik duit".. Aku cakap aku nak jugak, nanti aku cakapla kat lecturer aku, minggu depan aku submit. Nasib baik aku ada print size A3 just in case untuk di present.

Aku taula aku miskin muka pun macam orang mintak sedekah, tapi janganlah modal kau nak pulangkan duit tu je. Sekarang bukan duit yang penting.. Sekarang aku nak bunting aku, aku nak present. Aku nak lecturer aku tengok aku ada segala-galanya dah ready. Nasib baik lecturer tak kisah tadi, sebab aku ada print size A3 tu. Tapi dia nak jugakla bunting tu nanti.

Masa aku masuk kedai tu hari tu siap ada bilik tulis MANAGER!! Nak bergaya je, nak bangga saje.. Tapi layan customer macam ni. Takde tanggungjawab, takde fikir langsung pasal susah senang customer. Inilah orang Melayu, nak berniaga tapi main². Ke sebab aku tak cakap bahasa negeri dia, dia treat aku macam ni?? Awal-awal tahun aku dah dapat bala.. Bagi aku happy sikit pun jadila Ya Tuhan.. Arghhhhhhhhhh!!!

Nasib baikla aku smart dan handsome pada tahap tertinggi hari ni sebab pakai slack licin dan baju kemeja, habis semua budak perempuan belasan tahun pandang aku 2, 3 kali. Sejuk sikit hati aku.

Ooh dan aku officially dah habis belajar.. Muahaahhahahaa..

B.U.S.Y




Nak menyiapkan project.. Finalisation la konon²nya.. Esok present dan semestinya makan nasi kandar Kudu di Jalan TAR.

P/S - Cadar buruk adalah sebab aku nak replicate bilik study aku macam bilik sewa masa bujang dulu. Katil pun takde.. Hehe..

Pump Up Song


Full Blast dan Pergilah Berlari..

Kami dan KFC

Hari tu masa aku buat status ucap tahniah pada adik aku sebab dapat PMR 8A, aku cakap aku nak belanja dia KFC. Ramai orang kutuk aku sebab setakat nak belanja KFC. Semua orang tak tau KFC memang makanan yang mewah dalam family kitaorang dulu-dulu. Lagipun dengan keadaan aku sekarang aku tak boleh nak janji apa-apa, so KFC tu janji yang safe dan adik aku memang betul-betul appreciate dan tak kutuk pun aku.

Aku rasa first time aku makan KFC masa darjah 6 kut, ke Tingkatan 1 sebab kadang-kadang aku bermalam rumah kakak aku kat Subang on weekends, abang ipar aku ada belanja. Asrama aku dekat Taman Keramat masa tu. Tak kisahla, apa yang aku ingat bila dapat KFC tu memang sangat sedapla rasanya. Susah nak dapat. Setahun, dua tahun sekali kut. Makan KFC ni biasanya bila ada orang balik rumah kitaorang dan orang belanja. Dan memang semua orang akan happy sangatla especially kalau abang aku ke bawak balik bucket besar tu. Memang mengadap itu je.

Salah satu sebab KFC menjadi makanan mewah sebab mana ada KFC dekat dalam FELDA. Jauh dari rumah kitaorang. Kena naik bas kalau nak pergi beli. So memang takdela nak pergi beli. KFC ni memang sesuatu yang big deal la. Ada sekali tu aku teman kawan aku blind date dengan seoarang awek ni dekat KFC. Landmark kat Bidor tu. Tapi bukan date dekat dalam KFC, dekat tepi KFC. Tapi sebab awek tu tak lawa, kawan aku macam halau je perempuan tu. Itu benda yang paling kejam aku pernah tengok terjadi pada perempuan. Kena reject sebelah KFC. Aku tak pernahla pulak date dalam KFC sebab aku tak pernah ada awek masa sekolah.

Korang pulak macamana pengalaman dengan KFC?

Benda Yang Saya Agak Bengang

1) Bila somebody request something through email lepas tu dia letak high priority dekat email tu. Icon dia tanda seruan warna merah. Aku marah sebab aku tau orang tu yang buat kerja tu last minute lepas tu bila sampai part aku, aku pun kena tergesa-gesa.

2) Biasa kawasan berjogging awam diaorang biasanya akan buat macam satu kawasan bulat. Macam tasik ke, apa ke supaya orang boleh jogging pusing². Biasanya ikut norma manusia yang normal, orang akan berlari ikut pusingan jam. Tapi mesti akan ada orang-orang yang lari ikut lawan jam. So nanti akan ada macam orang² bertembung sebab ada minoriti yang aku pun tak faham kenapa akan lari lawan jam.

3) Aku pun agak bengang bila ada budak kecik yang sibuk menyibuk dekat atas katil waktu malam dan cakap.. "Sempitla Mama, Umar tersepit" padahal aku dah sediakan satu bilik untuk dia, dengan cadar, comforter, sarung bantal Ultraman yang dia sendiri request tapi akhirnya dah taknak tidur kat bilik sendiri sekarang ni.

Expectation Yang Sangat Tinggi

Semalam masa aku nak ambik² anak dari nursery aku lalu satu jalan dekat sekolah agama. Ramai orang nak ambik anak so sebelah jalan kena block. Bukan jalan aku. Tapi masa aku nak jalan tu ada satu kereta ni nak lalu jugak. Out of courtesy aku pun berundurla, agak bahaya sebab kat simpang empat. So macam biasa bila kereta tu dah lalu aku expectla mamat tu angkat tangan ke, senyum ke kan? Macam biasa. Tapi mangkuk ayun tu tak tengok aku pun langsung. Panasla sangat hati aku.

Tapi itu buat aku terfikir itulah masalah aku sebenarnya. Aku expect too much. Bersenam seminggu, expect kurus. Mintak kerja, expect terus dapat. Bagi jalan, expect orang senyum. Masuk contest, expect terus menang. Orang cakap esok ada job ambik video, expect minggu depan boleh beli PS3. Botakkan kepala, expect jadi extra handsome.

Semua ni kena stop. Lagi elok kalau aku tak expect apa². Takde kecewa. Takde rasa hampa. Mangkuk ayun tu tadi boleh blah. Lagipun aku tak botakkan kepala pun student² Maghribi ngorat aku, budak Bangi perfume sedap tu pun tengok² aku expect aku ajak dia dating agaknya. So apa adahal..

Ok serious. Kalau kita tak berharap apa² takdela rasa marah bila benda yang kita expect tak jadi. Blood pressure pun ok.

Anak² Dan Rasa Bersalah

Aku ada masalah yang mana aku tak boleh nak tinggalkan anak-anak aku lepas tu aku dan Liza pergi bersuka ria. Serious. Kadang-kadang aku rasa bersalah kalau nak buat. Kadang-kadang aku takut Umar nakal dekat rumah nenek dia. Kadang-kadang aku rasa macam menyusahkan mak mentua aku pun ye jugak. Kadang-kadang aku rasa kesian pulak kalau diaorang kena tinggal.

Hari tu Liza dapat PJ Hilton punya voucher untuk dinner. Maknanya kalau nak enjoy the food at least Nawal tak boleh dibawak. Tapi arghhhhhhhhhh malasnya la aku nak tinggalkan dia. Aku akan try paksa diri. Pergi lepas Maghrib so that mentua aku dah settle semua baru dia jaga Nawal. Bawak Umar.. Ke tak payah bawak? Haha.

Apa-apa pun aku rasa dah lebih 5 tahun kahwin aku dan Liza perlukanla kut quality time together. Berapa lama dah tak makan Nandos, favourite kitaorang masa takde anak dulu. Sekarang tak pergi sebab budak kecik tak makan pedas. Maybe aku dan Liza boleh ambik halfday sebulan sekali. Lunch sama-sama, tengok wayang hari kerja. Bebudak kat nursery takde rasa bersalah sangat kut. Kalau ambik cuti dari pagi aku percaya mesti rasa bersalah jugak hati aku ni.

Okla kut, tahun ni, itu plannya.

Tekanan Di Tahun Baru

Beberapa bulan lagi genapla umur aku 30. Itu pasal tekanan tak tentu pasal rasanya sekarang ni. Aku memang dah benci kerja sini. Benci tahap paling tinggi. Tapi tak semestinya kalau aku kerja tempat lain boleh buat aku happykan? Banyak sangat benda yang nak kena fikir kalau aku tukar kerja. Unless aku beli rumah lagi satu kat KL, aku boleh cari kerja area sana dan anak-anak aku pun senang. Tapi ingat rumah sebijik RM20?

Tekanan betul. Pasal belajar, next week kut aku punya presentation. Tapi yuran ada banyak lagi nak kena bayar. Rasanya macam tahun 2012 je boleh konvo. Haha. Malas dah aku nak fikir. Terkejut aku tetiba yuran yang aku expect nak bayar rupa²nya extra seribu. Mana nak cari duit? Aku habiskan presentation ni dan aku bayarla sikit-sikit. Nak present ni pun banyak duit nak kena guna. Print buntingla apala. Lantaklah. Kalau belajar masa umur belajar boleh mintak tolong mak bapak, sekarang dah tua pandai²la.

Cakap pasal dah hidup lama, banyak jenis orang yang aku dah jumpa. Tapi Sabtu hari tu aku terkejut bila aku jumpa seorang mak nyah yang pakai jubah dan bertudung litup. Aku serious dah tak tau nak fikir macamana dah orang-orang macam ni. Kesian pun ada. Semalam pulak aku jumpa budak jual barang dekat petrol station. Aku kesian sebab aku yakin diaorang anak yatim yang kena buat kerja untuk fund rumah anak yatim diaorang. Itu salah satu reason aku taknak mati sekarang. Kesian anak-anak kalau jadi macam tu. Ok esok tulis pasal aku dan anak².

Kalau betul buat konsert bolehla cari duit funding belajar dan beli PS3. Minor project, bunting.. Aku tak peduli pun kalau orang cakap buruk, sebab aku dah malas. Hahaha..