Jacobs Patut Bayar Aku (Sambal Tempe Kering)

Aku baru perasan aku selalu letak gambar makanan dalam mangkuk Jacobs. Haah Jacobs selalu bagi benda free dan aku suka sebab sesuai sangat nak letak bahan²nya. Since dah menjadi kebiasaan aku akan letak gambar makanan masa hujung minggu, aku teruskan je la.

Sambal Tempe Kering adalah makanan favourite aku dekat satu kedai ni. Aku boleh ratah macam tu je. So macam biasa tadi aku cari resipi, sediakan bahan dan bagi Liza buat. Sedap tu sedap, tapi lain dari rasa yang kat kedai tu. Apa yang aku boleh simpulkan ialah, kena bagi lagi manis dan maybe guna pure cili kering, bukan cili boh. Kalau ada orang jawa pakar tolong ajar kitaorang, tulis resipi dekat ruang komen please...

Not bad!! Ok sekarang aku sakit gigi yang teruk sampai nak demam-demam. Esok pergi dentist dekat area rumah aku jela sebab macam tak larat je nak drive sampai ke Bangi, klinik wife Voldermort.

Tolong doakan aku sihat cepat, bahagia dan gembira. :-(

Faedah Berblog, KFC, Anak Yatim dan Darul Izzah

Apa cerita KFC penuh kereta dan kaunter KFC tutup exactly lepas aku order? Hehe..

Dengan blog aku jumpa ramai jugak kawan. Ada kawan sekolah, ada kawan online semata², tak pernah jumpa langsung. Ada jugak kawan yang boleh sembang di YM dan ada jugak kawan-kawan yang boleh dimintak tolong macam nak cari bomoh batu karang dan sebagainya.

Melalui blog jugak aku ada jumpa seorang kenalan lama. Tapi setakat sembang dekat YM je la kadang-kadang. Pendek cerita hari tu dia cari rumah anak yatim sebab nak sedekah makanan sempena birthday dia. Manusia ni macam-macamkan? Ada yang tunggu dapat hadiah masa birthday tapi ada pulak yang dia bagi orang masa birthday.. Harapnya satu hari nanti aku mampula buat macam tu. Amin..

So dia decided nak bagi KFC dan kebetulan dekat Bangi ada Pertubuhan Anak Yatim dan Kebajikan Darul ‘Izzah (<--click untuk ke website) so aku boleh tolongla hantarkan sebab rumah dia jauh. Aku suka sebab aku boleh tunjuk dekat anak-anak aku ada orang lain yang tidak bernasib baik. Takdela jadi anak-anak aku diaorang bernasib baik sangat pun tapi.. ahh korang faham-faham je la. Tapi tadi aku tak dapat bawak diaorang sebab hujan lebat.

So di sini aku nak offerla, kalau korang terfikir nak buat macam ni aku bolehla tolong hantarkan. Syarat-syaratnya korang call sendiri tempat tu lepas tu bank-inkan duit dekat aku. Kalau aku free InsyaAllah. Tapi biar fastfoodla senang sikit dan harapnya boleh bawak anak aku pulak tengok tempat tu.. Bagi diaorang bersyukur sikit.. Hehe..

Kena pergi pejabat dulu. Tapi since kawan aku dah call, diaorang memang expectla aku nak datang.

Asrama budak-budak tu. To be honest aku tak stay lama pun sebab aku tak sanggup. Sedihla dengan bebudak tu dan terbayang anak-anak aku jadi macam tu. Tapi aku rasa bab makan pakai ramai yang sumbang pada diaorang, terjaga lengkap InsyaAllah..

Dekat luarnya.. Maybe diaorang perlukan sumbangan untuk buat papan tanda, bukan cat macam tu.. Kalau korang nak derma duit, aku rasa dekat website diaorang ada info dia. Aku ada linkkan dekat atas tu..

Saat Saya Terasa Nak Naik Broga Dan Terjun Ke Bawah

Banyak pulak benda nak di share hari ni.

1) Sakit gigi buat kesekalian kalinya. Mungkin elok dicabut je la.
2) Lecturer yang patut bagi markah practical tak bagi² lagi sebab pemalas kut. Dengar cerita nak berhenti. Orang-orang macam ni elok kena kerat bagi anjing makan je. Takde tanggungjawab. Aku nak mintak surat habis belajar, senangla nak cari kerja ke, mintak naik pangkat ke.
3) Kena ugut dengan peminta hutang. Dah janji nak bayar 28 haribulan tapi setiap hari SMS. Macam Along. Adik-adik sekalian jangan jadi macam abang. Ini nasihat ikhlas.
4) Dan macam-macam lagi masalah lain seperti kereta rosak kena sampai RM1500 hari tu.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!! Ada doa buang bala tak??

Sebab-Sebab Saya Tidak Boleh Panjat Bukit Broga Pukul 3.00 Pagi


Masa aku darjah 5 dahulu aku merupakan salah seorang ahli syarahan sekolah agama. Wakil bersyarah. Ustazah saya pesan:
"Saya nasihatkan awak ajar badan awak untuk buang air besar waktu pagi. Ini semua supaya awak semua takde masalah sakit perut atau apa-apa semasa anda perlu bersyarah"
Dan ye since hari tu, aku memang dah terbiasa. So aku memang tak boleh nak buat aktiviti sebelum pukul 7 pagi sebab aku dah ajar sistem badan aku sejak 19 tahun yang lalu. Banyak masalah yang akan terjadi kalau aku tak ikut system tersebut.

Sekian terima kasih. Ooh kalau ada yang nak pergi lewat ajaklah aku, aku tau ramai orang tapi aku terpaksa..

Tawaran Menjadi Isteri Kedua Saya Secara Kontrak

Kontrak: 10 Tahun

Kriteria

1) Perempuan yatim piatu di utamakan
2) At least ada SPM
3) Pandai memandu atau bersedia untuk belajar memandu, walau bagaimanapun perkahwinan hanya akan dilangsungkan selepas calon mahir memandu dalam masa 6 bulan.
4) Pandai menggunakan computer dan lebih menumpukan kepada applikasi Skype dengan camera web.
5) Sihat tubuh badan.
6) Rupa tu sedap mata memandang.

Tanggungjawab

1) Mengemas rumah.
2) Menjaga anak² saya di siang hari.
3) Mengambil anak lelaki saya di tadika, jangan risau sebab saya yang akan hantar.
4) Dalam pukul 1.30pm macam tu, sila buka Skype untuk saya bersembang sebentar dengan anak-anak saya.
5) Setiap Jumaat saya dan isteri pertama akan balik lambat, so diharapkan anda dengan anak-anak saya kamceng.
6) Keluarkan lauk dari peti sejuk pada pukul 5 petang. Jangan risau sebab isteri pertama atau saya sendiri akan masak dan cukup untuk tengahari esok. Hari Jumaat nanti kitaorang tapaukan something.

Faedah

1) Suami dan madu yang paling baik dalam dunia.
2) Akan dapat elaun setiap bulan. Kira terus simpan je, tak payah belanja.
3) Makan pakai ditanggung. Madu juga akan beli extra setiap benda yang dia beli online, contoh: baju from Suhida.
4) Hari Sabtu dan Ahad free dan saya sendiri akan bawak jalan-jalan ke Tesco.. Oklah... Tengok wayang dan makan Nandos sekali. Ohh boleh juga teman saya jogging.
5) Access ke Astro dan Internet. Internet dan computer akan diletakkan dalam bilik anda!!
6) Husband yang berpengalaman, romantik dan handsome.
7) Percutian 4 hari 3 malam di mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia masa Hari Raya Aidilfitri.

Berminat? Sila email saya ye?

Post ini adalah serious dan telah di approve oleh isteri pertama.
____________
Macamanalah nak cari kerja jauh dari rumah ni.. Kalau dapat boleh ke nak cope? Anak² macamana??

Nasihat Kepada Giant Nilai

Ye, Tesco Nilai akan dibukak hujung minggu ni kan? Mesti korang takut customer hilangkan? So ini diantara nasihat yang aku boleh bagi:

1) Make sure barang yang dioffer sentiasa ada di rak. Janganlah cakap hari Sabtu susu murah, tapi korang letak 10 tin je, lepas tu by pukul 11 dah habis. Itu tak ikhlas namanya.

2) Berhentikan orang yang timbang dan siang ikan tu dan tukar kepada orang lain sebab dia memang pundek! Cakap kat dia kalau malas kerja boleh pergi mampos sebab everytime aku bagi ikan untuk disiang dia buat muka atau akan cakap. "Sekor je pun nak siang?" Itu hak akula, lagipun ikan tu besar.. Aku taknak wife aku susah² sebab benda tu termasuk dalam perkhidmatan penjual ikan. Orang pasar malam tak payah tanya pun, diaorang terus siangkan.

3) Jangan menggatal nak letak barang promotion tengah² jalan. Susah orang nak bergerak.

Ok 3 ni dulu. Semoga bersaing dengan sihat dan harapnya lepas ni Carrefour and Jusco pulak dibukak.

Patah Hati

Hi nafsu²,
Kalau aku ikut kau tak tau apa jadi pada aku,
Hi nafsu²,
Banyak lagi benda aku kena fikir tapi kenapa benda lain yang ditumpu,
Hi nafsu²,
Sebab engkau, banyak kali patah hati aku,
Hi nafsu²,
Tolong jangan pengaruhi aku,
Hi nafsu²,
Ye birthday 30 aku dah dekat tapi aku tak boleh cakap itu reason untuk aku dapatkan semua benda-benda tu,
Hi nafsu²,
Aku takkan pernah mampu so aku harap kau pergi dan jangan ganggu aku!

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Nafsu-nafsu......

Aku Manusia Yang Sangat Suka Berangan

Aku boleh berangan dengan segala benda. Imaginasi aku memang tinggi sangat. Semalam masa aku dengar lagu ni aku terbayang aku ada ramai ex-girlfriends lepas tu berangan diaorang bagi lagu ni dekat aku. Lepas tu aku terbayang diaorang menangis gila² masa dengar lagu ni.


I heard that you're settled down,
That you found a girl and you're married now,
I heard that your dreams came true,
Guess she gave you things I didn't give to you,
Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light,

Never mind, I'll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don't forget me, I beg,
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,"
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead, yeah..

Nampak sangat aku takde idea. :D

Poyo Bertempat

Aku bukanlah seorang cyclist yang hardcore. Tujuan asal pun setakat nak keluar peluh. Yang aku tau everytime lepas naik basikal yang agak jauh punggung akan sakit sebab seat/saddle dia keras. Dan aku anggap benda tu normal untuk mendapatkan punggung yang mantap dalam misi mengorat gymnast di Bukit Jalil.

Biasanya aku jugak akan terserempak dengan orang lain naik basikal tapi diaorang memang sentiasa berpakaian cyclist yang lengkap. Everytime aku bertembung, dalam hati aku mesti akan cakap.. "Eleh, pusing-pusing sini pun nak pakai macam ni, poyo betul!"

Semalam aku tak sengaja tengok gambar seluar cyclist. Dan bila aku tengok rupa dalam seluar tu macam ni barulah aku sedar, ada sponge rupanya.

Aku seorang jelah yang sakit bontot lepas bawak basikal dekat area rumah aku tu. At least poyo-poyo diaorang pun takdela sengsara.

Be afraid, be very very afraid! (Solar Storm)

AKU SANGAT TAKUT!!

Tadi masa aku solvekan problem budak untuk module online learning dia, dia tanya aku pasal internet slow adakah sebab affected by solar storm. Aku cakapla aku tak tau, lepas tu dia mumble dan yang aku dengar Solar Storm, 2012. Malam ni aku terniat nak google.

NASA says massive solar flare will produce pretty skies, but little else.

A NASA-funded study in 2009 showed some of the risk extreme weather conditions in space have on the Earth. The study, conducted by the National Academy of Sciences notes that besides emitting a continuous stream of plasma called the solar wind, the sun periodically releases billions of tons of matter called coronal mass ejections. These immense clouds of material, when directed toward Earth, can cause large magnetic storms in the magnetosphere and upper atmosphere, NASA said. Such space weather can impact the performance and reliability of space-borne and ground-based technological systems, NASA said.

One of the driving reasons for the study is that the sun is currently near the minimum of its 11-year activity cycle but solar storms will increase in frequency and intensity toward the next solar maximum, expected to occur around 2012.

For example, space weather can:

a) Produce solar storm electromagnetic fields that induce extreme currents in wires, disrupting power lines, causing wide-spread blackouts and affecting communication cables that support the Internet.
b) Produce solar energetic particles and the dislocation of the Earth's radiation belts, which can damage satellites used for commercial communications, global positioning and weather forecasting.

Article Lain:

Dr. Dmitriev is talking about the Carrington Effect which can knock out electrical power and all modern forms of communications world wide for months on end, even years. When that happens, global anarchy and mass looting will soon begin as the food chain will become paralyzed/crippled in modern countries, while water shortages will quickly become a threat to our very survival because electricity is what runs the pumps that gets the water to our homes and offices. If you are not prepared to be self efficient for one to two years, then you and your family will be at risk of dehydration and starvation during a time when drinking water, food and toilet paper will be more valuable then money itself.

Korang google je la dan memandangkan apa yang berlaku dekat dunia sekarang ni dan berapa kali dah orang cerita pasal 2012 aku takut.

Sebab-Sebab Saya Perlukan IPhone 4

Hari-hari saya tengok dekat newspaper or internet orang tulis article macam 99% manusia dalam dunia guna IPhone. Serious saya rasa menyampah dekat reporter yang macam tu. Apa-apapun saya terfikir, saya perlukan ke IPhone dan kalau betul saya perlu untuk apa?

Walaupun saya seorang yang tidak hardcore tapi saya agak berbangga jugak sebab saya masih bersenam secara consistent. Kasut running saya adalah nike plus ready, maknanya, kalau saya ada IPhone, saya hanya perlukan sensornya sahaja dan saya boleh sync kan dengan IPhone tersebut dan akhirnya saya boleh track larian saya.

Lagi satu saya naik basikal dalam 15km pusing kawasan dekat rumah saya. Tak jauh, tapi sebab dia merentasi 4 kawasan saya rasa membawa IPhone adalah penting. Selain untuk telefon wife kalau kecemasan, saya juga berangan untuk mengambil gambar dan sharekan di blog ini. Dan saya yakin mesti ada applikasi yang saya boleh gunakan untuk track saya punya cycling pada hari itu.

Ooh ingatkah jugak anda kawasan saya berlari penuh dengan taik lembu? Dengan camera pada IPhone mungkin saya boleh ambik gambar sebagai bukti dan sharekan di forum betapa teruknya kawasan kami. Ooh gambar budak sekolah berendek dah hisap gam pun boleh saya tunjuk dekat forum atau tunjukkan kepada polis. Dan sambil² tu larian saya masih di track.

Saya yakin ada orang yang menyampah dan rasa nak lepuk saya masa baca benda paling mengada dalam dunia dekat post ni dan saya yakin salah seorangnya wife saya sendiri sebab mungkin benda yang saya perlukan sebenarnya bukanla Iphone 4 tetapi camera yang senang untuk dibawa ke mana-mana.

Ooh dan kenapa saya bersenam setiap minggu tak jugak kurus padahal wife saya tak bersenam langsung dan makan makanan yang sama macam saya makan tidak pulak gemuk? Ha kan dah lari tajuk..

Maaf, Saya Memang Membosankan

Sorrylah, blog aku ni bosan. Aku bukan country manager oil and gas company yang boleh cerita benda-benda best macam hebatnya BMW X5. Aku jugak bukan doktor yang boleh buatkan wife aku buat blog dan cerita betapa sedapnya pop corn yang hanya boleh dibeli di Dubai atau Singapore atau bercerita betapa seronoknya beli handbag Chanel sampai 5 bijik.

Ketidakseronokan hidup kami ni kami ubah dengan cara lain. Contoh - tak boleh nak pergi melancong, kami buat je la aktiviti² sekeluarga di rumah. Main bubbles sampai dah bosan hahahaha cepatla habis, aku dah penat meniup atau memasak.

Ok tuan-tuan dan puan-puan hari ni saya ingin memberi recipe jelatah. Saya punya speciality. Ini makanan yang kalau saya makan memang saya teringat kenduri-kenduri kahwin di kampung saya masa saya belum sekolah lagi. Flashback dia sangat jauh. Hahaha..

Tumbuk kacang tanah yang telah digoreng sampai halus.

Tumbuk udang kering (jangan banyak sangat)

Potong nenas, cili, bawang dan timun.

Campurkan kacang, udang kering, sos cili dan garam + gula secukup rasa. Mix semua ni betul² sebelum makan sebab sayur² ni jenis berair.

Nikmatilah bersama papadom, nasi minyak dan ayam kurma macam Liza buat ni. (or ayam madu.)

Akhir kata, kepada wanita² sekalian kalau mencari suami pilihla at least yang grad engineering atau bab kedoktoran sebab happy je aku tengok muka orang ada 5 handbag mahal.

Confident Atau Tidak

Kalau korang nak tau kawan-kawan korang seorang yang confident atau tidak, korang tengok nama Facebook diaorang. Kalau korang jumpa nama-nama lebih kurang macam:

Ahmad Handsome atau Yati Comel.

Confirm diaorang jenis confident!

Motivasi! Motivasi!

Ok macam biasa motivasi aku untuk berjogging sudah menurun. Mungkin bosan sebab rutinnya sama. Mungkin sudah bosan sebab tempatnya sama, dan mungkin bosan sebab tak meriah. Dan mungkin juga takde perempuan² seksi yang berjogging di area sama untuk mencuci mata. Ye aku jujur di sini. Aku perlukan motivasi.

So aku bercadang aku nak pergi ke taman-taman yang meriah. Mesti akan ada semangat, macam nak bersaing. So aku cadang nak pergi ke taman-taman rekreasi di sekitar Lembah Klang untuk bersenam. Tapi takdela tiap-tiap minggu. Sebulan sekali cukupla, tukar-tukar angin. Kalau tiap-tiap minggu habis duit minyak dan tol pulak. Mungkin aku boleh bersenam secara extreme. Keluar pukul 6.30 pagi balik pukul 12 tengahari. Tengokla macamana.

Antara taman-taman yang aku tau:

1) Taman Awam Nilai - Tak pernah pergi lagi.
2) Taman Awam Bukit Jalil - Dulu jogging dengan Liza masa bercinta.
3) Taman Dekat Taman Tun - Dulu pernah buat short movie dekat sini.
4) Taman Tasik Keramat - Ini masa balik Keramat je la.

Jomla join, ada kawan lagi menarik, lagi motivated. Boleh sembang-sembang.

Depression

Aku sangat depress. Dengan segala benda. Arghhhhhhhh...

(eleh, itu pun nak tulis dekat blog ke?)

Remy, Maya Tiada Cinta - Tajuk Kat Newspaper

Tapi ambik gambar² macam ni!!! What the fuck man???? What the fuck!!

=

Mainan Orang Kebanyakan

Budak Yang Pasrah

Tengokla Besar Botol Bubbles Tu

Ok, aku dah terima kenyataan yang aku takkan mampu beli PS3 dan aku rasa Umar pun dah terima kenyataan takkan dapat hadiah PSP sebab pandai guna toilet lebih setahun lepas, so kitaorang main ni je la. Hahaha..

Biasanya main bubbles ni kita macam berjimat cermatkan? Takut habis.. Tapi hari tu aku terjumpa bubbles yang dijual di Tesco. Satu liter = RM5!! Dia bagi benda untuk tiup tu dan aku baru sedar, walaupun bahaya takut masuk dalam mulut, main tiup lagi fun dari main dengan gun dia. Satu liter?? Main sebulan pun belum tentu habis dan RM1294 lagi murah dari PS3. Hahaha..

Bila Stress Tak Menang Contest Kita??

Masak, satu-satunya therapy aku. Recipe ni aku dapat dah lama dari Auntie R.S, sama lama dengan recipe beriani Hyderabad hari tu. Tapi sebab aku sakit hari tu, aku kurang makan daging dan aku kurang makan pedas, tapi since hari ni cuti dicampurkan pulak aku kecewa, aku ubatilah hati aku dengan memasak. Aku sediakan bahan-bahan, potong ini tumbuk itu.. Liza buat. Dan yang bangganya kunyit hidup aku ambik dari pokok kunyit yang aku tanam. Hehe..

Bahan²

Daging Salai - Harapnya betul cara aku buat

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Makan Dengan Sambal Tempoyak. Pedas!

Sebagai lelaki sejati, kenyang perut saya pun sukahatila.. Boleh dikatakan lauk paling sedap dalam tahun 2011.. Dan saya pun bolehla menerima kenyataan yang saya takde rezeki nak menang contest tu.. Hehe..

Contest² Semua Boleh Pergi Mampos!!

Result contest hari tu dah keluar dan aku hanya dapat consolation price. (click sini) Pundeknya aku tau orang-orang yang menang tu tipu vote. Aku monitor vote diaorang. Dapat 30000 vote dalam masa 15 minit apa ke jadah?? Organiser tak monitor ke??? Bangsat!! Ye aku SANGAT disappointed dan sedih. Aku memang berharap nak dapatkan voucher² tu. Bolehla nak merasa shopping dekat Nike.

So pergi mampos segala contest sebab aku dah penat dan setelah bertahun² masuk contest tak pernah menang aku anggap je la yang aku ni memang dilahirkan untuk tidak bernasib baik. Celaka betulla tipu-tipu!!!!!

Benda² Yang Orang Lain Biasa Buat Tapi Mungkin Saya Takkan Buat 1

Kahwin 2,3 @ 4

Walaupun kadang-kadang aku main-main tulis nak ada awek or kahwin dua, tapi aku rasa aku tak boleh buat kut. Macamana kau nak ada anak dari dua orang yang berbeza? Macamana kau nak buat yang wife ini tak jealous dengan wife itu? Tak ke susah tu? Macamana kau nak adil? Hahaha. Kalau aku kahwin lagi satu mungkin aku kena buat kontrak - tak payah beranak, boleh jumpa dua jam je seminggu oh kalau rumah sebelah menyebelah, dua jam sehari. Dah tak adil dah tu.

Masuk kelab motor besar dan sebagainya

Ok ini aku kagum sebab orang-orang ni akan ada masa untuk segala benda perjumpaan diaorang, kadang-kadang setiap minggu, pergi bercuti bawak family bersama-sama dan segala-galanya. Aku kagum macamana diaorang boleh bagi masa untuk kelab tapi sambil tu diaorang ada family dan kadang-kadang bawak family untuk aktiviti kelab. Hebat betul.

Beli kereta mahal

Aku rasa sekaya mana pun aku, tak tercapai fikiran aku nak beli kereta lebih 200 ribu pun. Serious! Baik aku beli rumah. (belum kaya cakap macam ni la)

Pergi Ujibakat Menyanyi

Aku sedar suara aku tak sedap. Semalam aku tertengok ada seorang mamat ni sedih gila sebab dia susah lepas tu dia nak pergi ujibakat Mentor, konon nanti jadi kaya. Aku excitedla nak tengok apa jadi. Sekali masa dia ujibakat suara dia lagi teruk dari suara aku.

a) Apa yang buat dia confident dan sangat positif suara dia sedap?
b) Takde orang bagitau ke suara dia tak sedap?
c) Takde cara lain ke nak jadi kaya?

Saat² Saya Tidak Menyesal Menetap Di Sini

Ok, aku memang bercita-cita nak beli rumah lagi satu. Di kawasan bandar. Aku tau benda tu memang susah nak dibuat tapi manala tau kan dah umur 45 nanti ke aku tetiba mampu ke. Aku nak rumah aku nanti macam rumah mak mentua aku. Nak ke Jusco - 2 minit, Giant - 10 minit, Carrefour - 15 minit.

Tapi sekarang, walaupun kawasan rumah aku takde kemajuan langsung. Benda basic macam sekolah pun haram takde, tapi di Nilai, yang betul-betul sebelah kawasan rumah aku mula menunjukkan kemajuan yang sangat pesat. Mula-mula masa Umar lahir dulu diaorang naikkan Giant (Giant yang kedua paling laku di Malaysia), sekarang Tesco akan dibukak dalam hujung bulan ni dan dengar cerita Jusco pun nak naik jugak.

Benda-benda macam KFC, McD, Dominos semua tu memang sedia ada dan bertambah-tambah secara berterusan di Nilai, Negeri Sembilan.

Apa yang aku nak cakap kat sini, benda-benda ni buat aku dah sayang area rumah aku sekarang. Sebab kawasan rumah aku memang takkan busy sebab mundur dan hodoh, tapi 15 minutes away from rumah aku, macam-macam ada!! Ada jugak hikmahnya dan cita-cita aku dari nak beli rumah dekat bandar bertukar jadi nak tambah bini lagi satu.

Internet Rosak, Tapi TM Streamyx Sangat Bagus

Dua tiga hari ni internet aku problem. Aku call report petang Jumaat, hari Sabtu diaorang datang, tak boleh settle Sabtu, hari ni datang lagi orang lain pulak - yang pakar kut.

Dah settle, elok dah internet aku. Hari Ahad pun kerja dan service yang bagus. Diaorang janji settle dalam 72 jam masa aku call hari tu. Kira tepatla tu.

Kepada TM Streamyx - Anda Sangat Bagus!

Benda Haram Yang Saya Suka..

Saya tak wish saya boleh minum arak, saya pun tak suka benda-benda haram yang lain. Benda haram yang saya sangat suka ialah Tattoo.. Haha. Ni badan Daniel Agger, player Liverpool.

Bunuh Diri

Hari ni dalam The Star ada tulis pasal average orang bunuh diri adalah 60 orang sebulan. 60 orang!!

First, aku tak suka orang highlightkan sangat benda ni dalam newspaper or television sebab nanti bagi idea pada orang-orang yang depress.

Second, bunuh diri ni dah teruk sangat dekat Malaysia ni.

Third, orang bunuh diri sebab benda² bodoh - failed relationship contohnya.

Fourth, kira berdoalah agar kita, sedara² kita tak jadi macam ni. Nauzubillah.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”

Hukum Orang Bunuh Diri

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

Aku pun hari-hari depress jugak dengan kehidupan. Kalau time pengutip hutang credit card tu call, aku memang rasa hidup dah tak berguna. Tapi aku percaya InsyaAllah lama-lama settle la masalah aku selagi aku tak repeat. Dari bunuh diri baik kita cuba untuk terus menghargai kehidupan, bak kata Maher Zain..

♫ Insya Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya ♫

Beauty and The Boxer

Nak tulis sinopsis panjang.. So...

Semalam aku tengok cerita murahan Thailand yang penuh dengan manusia-manusia hodoh tapi agak ok jugak ceritanya. Ada dua line yang aku ingat, translation dari bahasa Thailand:

"Gagal kerana berani mencuba adalah lebih baik dari gagal tapi tidak mencuba langsung" - Cakap pasal nak dapatkan awek yang dirampas orang lain.

"Kedai 7/11 bukak 24 jam tapi tak semua benda terbukak selamanya" - orang tu cakap pasal peluang yang bukan selalu ada.

Aku suka movie² macam ni, cerita dia simple, murahan tapi menghiburkan.

Pengakuan 2

Aku tunggu lebih kurang 20 tahun untuk ini dan ye, aku rasa aku yang melebih enjoy main benda ni dari anak-anak aku.

Dulu area Jalan TAR dekat Sogo selalu orang jual bubble dengan gun dia ni tapi Liza tak bagi aku beli sebab macam merepek orang tua nak main. Tapi sekarang aku ada anak dan aku boleh pretend yang aku mainkan untuk diaorang tapi sebenarnya aku yang bersungguh nak main.

Pengakuan 1

Masa remaja dulu aku ada beli snow cap. Snow cap?? Apa ke jadah pakai snow cap dekat Malaysia?

Sebab aku perasan nak jadi macam Enrique Iglesias. Yes, I have issues.

I can be you hero baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away...

Saya, Family Dan Astro Pada Tahun 2011

Dulu aku memang rajin tengok bola masa hujung minggu. Start dari pukul 8 malam sampaila ke pukul 4 pagi. Sekarang ni everytime aku tidur lambat aku rasa sangat bodoh. Kadang-kadang tertidur masa game pun selalu jugak. Excitement dah hilang. Not to mention wife dan anak-anak aku memang tak dapat tengok apa-apa. Setelah berfikir sangaaaaaattttttt panjang, aku pun decided untuk buang Sports Channels.

Rupa-rupanya buang sports channel ni aku terpaksa buang channel cartoon sekali unless aku nak tambah lagi satu mini package or tambah variety. Mula-mula aku nak ambik yang Variety yang MTV etc tu tapi fikir² balik semua music video sekarang perempuan seksi melampau aku pun ambik Learning Channels. (kalau aku nak tengok music video Jennifer Lopez aku tengok jela youtube kan?)

Di Learning aku harap anak-anak aku bolehla tengok rancangan Extreme Engineering ke apa ke mana tau anak-anak aku minat. Si Nawal tu pulak suka sangat tengok binatang, harapnya dia suka jugak. Untuk aku dan Liza pulak aku tambah lagi satu package Mustika sebab aku tengok movie² dia ada macam-macam. Bukan cerita Melayu sahaja. Yang channel lawak-lawak Astro Warna tu aku rasa aku tak boleh masuk kut. Yang B4U aku tak tau apa-apa. Kalau ada movie bolehla layan sekali sekala kut.

So sekarang, macam betul-betul family oriented la aku punya channels dan empat-empat orang boleh layan sekali. Takdela memihak pada aku sorang je haha. Yang paling penting, channels bertambah banyak dan semua ini lagi murah dari package aku sebelum ini. Dan sudah pastila aku takkan tidur lambat dan berasa bodoh sebab tengok bola yang kadang-kadang tak menarik langsung game dia. Aku layan liga tempatan je la kut sebab Astro Arena tu included dalam family package. Jimat, puas hati dan aku rasa apa yang aku buat ini betul!

Tak Larat

Baru balik dari kampung. Mentally and spiritually, aku tak larat nak buat apa-apa pun. Siapa yang tau masalah aku fahamlah diaorang.. Arghhh..

Apa-apa pun Nawal extra active dan excited masa kat kampung, maybe sebab tempat luas dan macam baru untuk dia..

Sebab² Saya "Nampak Kurus"

Esok nak balik kampung. Tak tau nak tulis apa dah. So baik aku merepek.

Last week ada 2 orang yang berbeza cakap aku dah kurus dalam masa 2 hari berturut². Aku mungkin kurus sedikit, tapi takdela kurus sesangat pun. Apa² pun benda² ni yang mungkin buat aku nampak atau betul jadi kurus:

1) Berhenti hisap rokok - Dulu aku rasa dalam badan aku especially dekat hati aku banyak toxin, so bahagian atas perut aku memang buncit yang agak pelik. So lepas berhenti hisap rokok toxin dah kurang so bahagian tu takdela teruk sangat. Mungkinla kut.

2) Tak makan banyak waktu malam - Aku ingat lagi dulu setiap malam Liza akan masak. Bukan masak main-main, tapi memang jenis dua lauk, satu sayur macam tu. Nasi pulak bertambah². Tapi lepas aku sedar memasak buang masa, kitaorang makan simple², kadang-kadang je masak malam weekdays. Tapi weekends pun kitaorang makan 2 kali je sehari. Heavy breakfast dan makan petang dalam pukul 6. Hehehe..

3) Aku pakai pakaian yang ketat - Bukanla pakai ketat sampai kena pakai g-string tak bagi nampak line seluar dalam. Sekarang aku dah tak suka pakai baju or seluar besar². So pakaian aku macam muat². So mungkin itu trick utama aku nampak kurus. Padahal masih gemuk lagi sebenarnya.

Apa-apa pun aku berharap aku akan kurus betul supaya cita-cita untuk aku mengorat Maya Karin menjadi kenyataan.

Madafaka!!

Hi.. Saya ada dua helai Levis 501,
Dua-dua beli online,
Dapat sangat murah dari harga pasaran,
Sesuai sangat untuk saya yang tak pernah ada budget dan malas jalan².

Macam inilah hidup saya sehari-hari,
Bersusah payah cari benda yang murah untuk dibeli,
Kalau tak, mungkin tak sempurna nak celebrate raya ke apa nanti,
Biar reject janji puas hati.

Saya macam ni sebab saya pernah buat salah satu ketika dahulu,
Belanja credit card beribu-ribu tapi betul 90% beli barang² yang perlu,
Tertekan dengan pengutip hutang (especially bank Islam) yang kejam dan macam hantu,
Takde siapa melainkan diri sendiri je la yang boleh bantu.

Sekarang teringin jugak nak berniaga tapi takde modal,
Tapi nak meniaga apa dahla dulu part-time ambik video kahwin tapi ramai customer buat hal,
Nak join MLM saya taknak sebab berjuta orang gagal,
Jual water filter RM650 punyala murah kalau tak 2000 lebih dia punya harga asal.

Saya doa jelah ada nasib baik dari Tuhan bantu saya ni,
Harapnya masalah saya selesai satu hari nanti dan saya murah rezeki,
Nak ambik personal loan settle hutang card, bank belum apa-apa taknak bagi,
Kalau ada orang baik hati baca blog ni bagilah saya pinjam rate CIMB.