Kadang-Kadang Bukan Semuanya Pasal Murah & Diskaun

Hari tu lepas shooting budak pharmacy buat simulation, si pharmacist yang bagi markah tu bagi aku kad dia dan cakap kalau aku datang pharmacy dia boleh dapat diskaun. Lepas tu aku tanyala pasal sakit-sakit anak ni.

Kadang-kadang bukan diskaun yang kita cari dalam hidup ni. Kadang-kadang kita nak kan keselesaan dan kesenangan.

Contoh kalau dengan pharmacist sorang ni aku selesa untuk cerita segala benda dan dia pun friendly mestilah aku nak jumpa dia walaupun mahal sikit dari pergi jumpa pharmacist yang sombong tapi murah.

Katakan Giant murah sikit dari Tesco, tapi dekat Giant sempit, susah parking padahal dekat Tesco tak sesak, parking banyak dan selesa, aku rasa ramai orang prefer Tesco.

Alangkah bagus lagi kalau selesa, friendly, terbaik plus murah dan banyak diskaun.. Tapi macam biasa dalam hidup kita ni benda-benda macam tu sangatlah susahnya nak dapat. Semuanya comes with a price.

Mak Nak Datang

Ini bukan gambar rumah saya tau.. Hehe..

Kalau betul aku termasuk list dapat pergi konvo tahun ni mak aku nak datang. Bulan 5.

Maksudnya di sini, adalah masa dalam sebulan untuk kitaorang nak mengemas rumah. Minggu ni kemas dapur, minggu depan kemas bilik, minggu depannya lagi kemas ruang tamu. Hahaha.

Penipu dan Pembawa Fitnah

Kita doalah supaya hidup kita ni dijauhkan dari penipu-penipu dan pembawa fitnah.

Kadang-kadang bila kita tak tau sesuatu benda, orang senang tipu kita tapi kita haraplah instead of menipu, orang ajar kita.

Macam kalau kita pergi beli Nokia N8, biasanya extra memory card dapat sebagai free gift tapi kita tak tau lepas tu tokey kedai tu charge kita lebih. Dan macam-macam contoh lain lagi. Terutamanya dekat bengkel. Barang elok lagi disuruh ganti.

Kalau kita dah kena tipu, harapnya penipu tu semua mati dalam kesengsaraan. He he.

Lagi satu aku dah penat dengar atau baca cerita-cerita buruk pasal orang yang dibawakkan orang lain. Baiklah aku buat tak tau dan tak payah masuk campur atau ambik tau langsung sebab kita sendiri pun bukannya elok sangat pun.

Kalau korang jumpa orang tertinggal Nokia N8 dekat mana-mana korang bagi aku ye? Hahaha.

Kepada kawan saya nama Dzarina, saya bukan penipu sebab tak belanja awak nasi kandar or nasi arab lagi, tapi sebab takde masa.. Nanti ada masa yang sesuai saya belanja ye. Haha..

STRESS

Aku stress dengan kerja.
Aku stress dengan hadiah lucky draw yang tak best langsung.
Aku stress tak dapat apa² benda yang aku nak.

Aku stress, sedih dan dah tak larat.

Wah luahan perasaan.

Playstation

Aku dah lama tak main game. Dulu main PS1 lepas tu main game kat PC macam orang gila. Aku baru try main PS2, dan apa yang aku dapat buat kesimpulan:

1) Main game buang masa.
2) Main game bosan.
3) Aku dah jemu main game (agaknya sebab dulu takde life asyik main game dekat komputer sepanjang masa so sekarang tak rasa apa pun)
4) Main game tak sesuai untuk orang yang dah beranak dua.

Aku bersyukurla aku try main PS2 ni sebab aku terus turn off nak beli PS3 dan baru sedar yang aku stop main game dulu sebab bosan. Alhamdulillah.

Smartphone

Ohh tak, aku tak mintak pun N8 dari mak aku. Saja cerita lain.

Hari ni aku print copy transcript dan mintak surat pengesahan dah habis belajar dari tempat aku belajar. Lepas tu aku dengan Liza pergila Sogo kejap.

Masa aku nak ambik transcript tu dengar bebudak kaunter tu bersembang.. Yang perempuan sorang ni cakap..

"Kau tengok nanti aku beli torch.. Slide!"

Masa tengah jalan kat Sogo dengar budak promoter baju kanak-kanak tu cakap..

"Aku nak beli Iphonelah.."

Memang nak pupus dah golongan macam aku ni.. Hehe..

Kisah Anak Yang Tak Berguna

Ada seorang anak balik ke kampung selepas Subuh dan memaksa isteri dan anak-anaknya supaya tidak mandi semata-mata untuk sampai awal demi mencapai cita-cita peribadinya. Yang lain macam orang putih cakap pictures says a thousand words, so tengok jela gambar. Dan kenapa Anak Tak Berguna? Nanti aku cakap.

Anak tak berguna sebab masa balik mak dia tapaukan lauk pauk untuk makan malam. Hahaha, dahla makan durian free dapat lauk pulak.

Sebagai orang kebanyakan, trip makan durian nilah hadiah birthday Liza. Aku yakin hadiah ni yang paling special. Hahaha. Selamat bekerja sebab kitaorang cuti esok.

Buah Ajaib, Pokok Ajaib

Mak aku ada bagi satu pokok yang dipanggil pokok ajaib, ataupun buah ajaib. Ajaibnya pada aku bila lepas makan buah ni kita makan limau nipis or benda masam dia akan jadi manis dan sedap sangat. Tahun ni baru start berbuah dan minggu ni baru masak. Nama dia ada macam-macam rupanya..


Aku jumpa article ni:

Pokok ‘sweet berry’ mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan. Contohnya daunnya digunakan untuk mengubati sakit gigi, manakala untuk penghidap kencing manis, mereka perlu memakan tiga helai daunnya setiap hari dan dipercayai boleh mengurangkan kadar gula yang tinggi dalam darah.

Selain itu, dikatakan daun buah ajaib sesuai dimakan apabila tidak sedap badan seperti hendak demam. Rasa daunnya agak pahit dan sedikit pedas.

Itu takde apala sangat. Tapi aku jumpa ni dekat luar negara, 5 bijik 20 Dollar!! Ha itu barula ajaib.


Maybe aku patut lock pokok ni. RM12 sebijik.

Penghargaan

Aku start tulis blog ni dulu saja suka-suka untuk melepaskan perasaan marah dan tak puas hati. Sekali tulis memang panjang lebar. Lama-lama ramai pulak orang yang datang blog ni. Takdela beratus, tapi cukupla buat aku rasa ada orang lain yang baca selain kawan-kawan rapat.

Itu membuatkan aku rasa aku dah tak boleh cerita benda-benda tak puas hati dan kemarahan dekat blog ni takut nanti orang dah malas singgah. Dan aku selalu update sebab aku yakin ada orang baca walaupun yang komennya tiga empat orang je.

Apa-apa pun lately ni traffic aku bertambah sikit lagi.. Adala dua tiga orang yang selalu komen dan aku rasa suka sebab bertambah kawan lagi.

Dan orang-orang baru ni datang dari d_tieah dan kucingorengemok. Si d_tieah tu calonkan aku sebagai blog suami pilihan dekat mana ntah hari tu dan kucingorengemok tu sebab dia mention aku dalam satu post dia.

So terima kasihla semua dan aku harap boleh tambah ramai lagi kawan melalui blog. Hehe.

Gaji Dan Belanja

Hari dapat gaji ialah hari yang kita akan belanja sedikit special. Macam pergi makan McD ke, pergi beli air oren dalam botol ke atau beli coklat ke.

So since hari ni aku tau aku akan gaji, malam tadi aku tanya la Umar, ye la manala tau kut dia teringin apa-apa ke, nak makan KFC ke kan?

Aku: Umar nak apa Umar?
Umar: Umar nak susu..

Hmm, kalau susu takdela banyak belanja, pergi buat kat dapur je la.. Jimat.. Bagus anak saya ni he he he..

Durian

Ahad ni aku nak balik kampung semata-mata untuk makan durian. Aku tak peduli apa orang lain cakap tapi aku balik SEMATA-MATA NAK MAKAN DURIAN sebab musim durian tahun lepas aku tak sempat asyik delay-delay nak beli last² kena operation batu karang tu. Pulih pulak masa bulan puasa dan musim durian pun dah habis..

Tukar tajuk.
Aku tengok adik aku yang paling kecik tu semua benda nak, dia dapat. Aku dah lama tak mintak apa² dari mak aku. Kali ni aku rasa aku nak try my luck la dengan mintak handphone. Nokia N8 dan hidup saya akan gembira.

Agak²nya mak aku terus halau aku balik tak?

Pergi Mampos!

Aku officially taknak baca paper lepas aku tengok ada orang UMNO yang dah tak top, yang dah tenggelam tiba-tiba mengaku diaorang adalah Dato T. Kalau dalam video tu betul-betul Anwar pun aku dah tak peduli. Pergi mampos! Korang takde kerja lain yang boleh tingkatkan produktiviti pada negara ke?

Belah ni cakap macam ni, belah sana cakap macam tu.

Malu betul negara kelam kabut pasal benda-benda macam ni.

Konvo?? Kurus??

Kalau bulan 5 konvo maknanya aku ada sebulanla untuk menguruskan badan. Ntah betul ntah idak konvo bulan 5 tapi mungkin aku patut berhenti makan nasi selama sebulan untuk kelihatan sangat hot di bulan 5. wtf? ooh aku kan metrosexual.

Konon plan aku hari tu nak pergi jogging lain-lain tempat, padahal satu tempat pun tak pergi lagi sebenarnya. So plannya, hari biasa 2 kali di kawasan rumah, hujung minggu sekali ikut jadual ni:

2nd April - Bukit Kiara
9th April - Bukit Broga
16th April - Taman Awam Nilai
23rd April - Bukit Jalil
30th April - Keramat

Macam biasa solo, panjat Broga pun aku naik solo kut, tapi kalau korang nak join jomla.. Hehe..

to be honest dalam banyak² tu aku rasa aku pergi satu je kut haha