Gunakanlah Otak

Dekat-dekat rumah aku ni ada golongan yang sikit-sikit nak bunyi hon. Sampai rumah, hon. Kawan-kawan datang rumah, hon. Baru sampai dua saat, hon. Kalau dah seminit sampai tekan hon macam nak tercabut.

Ni aku nak ajar. Bunyi hon tu mengganggu dan irritating faham tak? Bunyi hon tu bukan orang yang kau panggil je boleh dengar. Tapi semua orang boleh dengar and budak kecik yang tengah sedap tidur pun boleh terjaga. Faham tak? Jangan nak fikir diri sendiri je.

Kalau anak aku menangis tak cukup tidur bukan kau yang nak jaga kan??

Tahun 2011 pun ada orang macam ni lagi, tak civilised langsung.

My Youtube Channel

Aku sudah berjaya membuat Youtube Channel aku sendiri. Sekarang baru ada 3 video. Satu dalam process upload so nanti ada 4. InsyaAllah kalau ada idea aku akan ajak Amir Hisham untuk buat video lain. Nak try buat short movie pulak. Aku akan cuba cari DSLR yang ada Full HD untuk shoot lepas ni, pinjamla..

Kalau aku jumpa audio yang boleh loop maybe aku boleh compose lagu dan buat lagu rap sendiri. Ok itu angan² merepek. Hehe..


Sila subscribe dan promote, kalau banyak views baru semangat kut. Memang aku berangan nak jadi internet celebrity sebab muka tak handsome macam aku ni mana boleh jadi celebrity kat Malaysia ni. Haha..

Time To Go

In 2011, you can come and go from the office at anytime you want and still get promoted along the way. It's time to sing this song.



Let's have a toast for the douchebags,
Let's have a toast for the assholes,
Let's have a toast for the scumbags,
Every one of them that I know
Let's have a toast to the jerkoffs
That'll never take work off
Baby, I got a plan
Run away fast as you can

Internet Killed The Video Star

Aku tau aku susah nak menang contest Digi tu. Susah nak harapkan orang vote sebab aku tak ramai kawan dan aku dah malas jadi macam orang gila mintak orang vote. So aku terbayang baik aku buat satu channel dekat YouTube dan buat video² music yang lengkap dengan lakonan, effects dan lebih kurang yang aku buat hari tu. Mana tau boleh jadi internet celebrity dan jadi kaya? Ptuihhh..

Pasal vote dan kawan², ada kawan-kawan yang post dekat status FB, ada yang tulis kat blog, ada yang message semua kawan FB dia dan mestilah ada yang vote diam². Aku aprreciate. Terima kasih. Ooh dan ada jugak kawan lama yang ingat aku betul-betul jadi penyanyi. Hahaha..

Kalau korang ada idea approachla aku. Kalau aku free InsyaAllah.. Setakat nak shoot and edit tu takdehalla. Kalau Cikgu Shida boleh, takkan kita tak boleh.. Kan? Haha.. Jom jom!!

Seronok woo orang komen macam ni:

Panduan Mengenai Rumah Yang Dibeli

Ok ini untuk rumah murah.

Biasanya barang-barang dalam rumah yang developer sediakan adalah benda yang paling low quality. Lowest quality! Sebab diaorang expect yang orang akan renovate rumah. Diaorang takkan fikir orang-orang berpendapatan rendah dan masih muda macam aku. Beli macam tu, macam tu lah rupanya.

Pam² dalam toilet berapa bulan je dah rosak. Lepas 4 tahun pam dekat tangki air pulak rosak. And lepas 4-5 tahun ada tombol² pintu dah rosak.

Sekarang kami sekeluarga keluar masuk rumah guna sliding door dan benda-benda macam ni jadi masa aku perlukan berbelanja untuk graduation buat aku rasa nak tikam semua orang yang ada depan mata aku walaupun diaorang tak bersalah.

Kita Perlukan Dictator

Aku tengok sekarang pemimpin kita kecut. Orang gertak sikit ubah. Orang demo sikit ubah. Cuba jadi macam Lee Kuan Yew. Kalau dia cakap, takde langsung dia bahasakan diri.. "We" atau "Our Government" dia cakap "I".

I do this, I do that.

Keras sikit.. Kalau dah cakap takde nasi lemak kat kantin, takdela. Takde rokok kat Malaysia takdela. Ni orang gertak menggelabah, kejap² ubah. Selagi tak menindas rakyat aku rasa pemimpin dictator adalah bagus!

We need an eagle not a dove!

Bila Pergi Training

Company aku takde family day, team building atau pergi melancong. So bila ada peluang suruh pergi training dengan staff² dalam company ni aku appreciate sangat. Benda-benda berkumpulan ni walaupun dalam masa singkat akan buat korang akan close dengan each other dan bila dah habis mulalah miss benda-benda tu.

Dan buat korang makin sayang company dan terlupa nak cari kerja lain. Cilakak betul!

(selalu tengok gambar DSLR sekali tengok gambar macam ni bengang gila aku hehe)

Berapa Banyak Kali?

Orang cerita dekat kita pasal satu perkara atau rahsia orang lain, lepas tu dia cakap..

"Eh ni kita-kita je tau? Dia tak bagi aku bagitau orang lain. Jangan bagitau orang lain"

Dan berapa kali kita bagitau rahsia kita lepas tu kita cakap macam ni?

"Eh pasal ni, kita-kita je tau? Jangan bagitau orang lain"

Rahsia konon. Pigidah! To be honest aku pun bukannya betul sangat hehehe..

Stress causes sickness

A group of Sydney researchers says it has scientifically proven that stress causes sickness.

So baik kita hibur²kan hati saya.. Stress sangat nanti ntah apa-apa penyakit datang. Senyum je la.

Woohooo!!


Biar print screen dari Bernama ni je yang describe betapa aku sangat happy pada saat aku tulis ni (Sabtu 23/4/11). Sebab apa aku happy? Sebab Nilai 3 hanyalah di belakang rumah aku. Dulu aku selalu cakap yang rumah aku ni ulu, apa pun takde. Memang sampai sekarang pun macam tu, tapi aku suka sebab dekat-dekat rumah aku semakin maju dan kawasan rumah aku dapat tempias. Aku sangat happy nampak dia tulis international hypermarket. Go Ismail Sabri Go!!

Tapi macam biasa bukan semua orang appreciate. Ada mangkuk bangang pemikiran cetek ni cakap.. "Kalau Nilai 3 jadi pusat komersial nanti harga barang naik bla bla bla" kepala hotak dia. So what?? Itu je yang kau boleh fikir? Macamla hari-hari kau beli barang kat Nilai 3 tu. Banyak yang positifnya. Semoga project ni berjalan dengan cepat dan orang yang tak suka tu pergi pindah dalam hutan kawan dengan monyet! Ye aku memang marah bila orang fikir dengan kepala lutut.

Aku dah terbayang area rumah aku jam macam kat area Keramat sebab semua orang sibuk nak pergi Nilai 3 yang dah jadi international standard. Cepatlah maju.. Amin...

Training

Setelah 4 tahun akhirnya aku dapat pergi training hari ini dan esok dekat satu hotel dekat Kajang ni. EXCELLENT CUSTOMER SERVICE & INTERPERSONAL SKILLS nama trainingnya haha.. Kalau tengok tajuk nampak macam aku tak pandai layan student and lecturer yang request apa² dari aku je gayanya. Memang aku offended mula-mula tapi takpela pergi je la.. Macam kawan aku cakap untuk improvement sebab macam kawan-kawan aku cakap ramai lagi yang patut pergi dalam office aku tu. Tapi biarlah tambah pengetahuan.

Dan sekarang aku tengah berharap bulan 6 nanti dapat pergi Adobe InDesign punya training. Kakak office aku dah registerkan tapi tempat training tu tengah tunggu cukupkan orang, kalau cukup baru boleh buat. Kalaula confirm cukup dapat training Level 1 sampai Level 3 tu! :D

Saya Dan Nasi Himpit

Aku dulu sangat tak suka dengan nasi himpit. Ada sekali tu raya dekat kampung Liza kat Pontian memang berangin je badan aku sebab kena makan nasi himpitlah, lontonglah.. Memang hari raya yang paling sedih sebab lemang takde.

Lama kelamaan aku adjustla diri aku. Setelah 5 tahun akhirnya aku dah tersuka pulak. Kalau ingat lontong memang sampai meleleh² air liur. Sekarang pun kalau beli sate tak sah kalau takde nasi himpit.. Mesti kena beli sampai lebih-lebih.

So kepada masyarakat Johor amnya, saya mintak maafla sebab tak appreciate masakan anda dulu. Sekarang saya sudah insaf dan appreciate masakan tradisi anda ini dan di sini saya juga ingin membuat pengakuan yang mee rebus Johor adalah yang paling sedap dalam dunia..

Taman Awam Nilai

Aku bosan, so pagi tadi lepas aku habis lari-lari sikit aku pun ambiklah gambar dan bolehla share dengan orang-orang yang berdekatan Taman Awam Nilai (Pajam, Bandar Bukit Mahkota etc etc). Malam tadi hujan so banyak area yang basah dan macam comot. Tapi tengok je lah apa yang ada, kut menarik perhatian korang.

Selamat Datang! Taman ini mempunyai track larian satu pusingan sejauh lebih kurang 1km.

Parking banyak, jangan risau.

Padang bola, macam biasa rumputnya takdela elok sangat, tapi macam aku muda-muda dulu, sebab dah minat padang penuh batu pun aku main.. Kira oklah nak main petang-petang atau pagi.

Ini dia open gym, nampak macam takde apa, tapi kira oklah. Aku malas nak ambik satu-satu gambar peralatannya. Pada aku cukup memuaskan. Ada papan tanda instruction nak buat senaman²nya.

Aku tak tau apa relevannya, tapi kat sini ada sejarah pasal past prime ministers. Memorial. Ok, ini jugak tanda untuk korang cut separuh perjalanan track larian. Kalau taknak pusing satu taman ikutlah sini, masa korang warm down ke kira okla ikut sini.

Kalau nak bawak anak-anak, ada taman permainan ini, kira okla kan? Petang-petang ok kut sebab kalau hujung minggu aku memang nak anak² aku lambat bangun. Sebab hari biasa diaorang bangun awal. Tapi tadi aku tengok ada jugak parents yang bawak anak² seawal 7.30am.

Ok, ini petanda berapa jauh korang dah lari, atau taknak lari. Macam aku yang gemuk ni, aku buat 400 meter lari, 100 meter jalan, 100 meter lari, 400 meter jalan. Aku buat dalam 5km half lari half jalan. Jadila.. Masa yang dihabiskan pun kira sesuaila untuk orang bekeluarga macam aku ni untuk keluar sendirian.

Batu reflexology. Dia ada dua bahagianla. Aku malas nak bukak kasut so takdelah aku try hari ni. Tapi aku nak tunjukkan memang macam-macam adala kat sini.

Dulu aku pergi ada orang-orang tua buat taichi secara berkumpulan dekat sini. Amphitheater ke orang panggil bahagian macam ni??

Ok, kalau korang ikut jalan tengah tadi, korang macam buang dalam 500 meter. Jalan tengah ni straight. Oh aku lupa nak snap gambar., tapi ada banyak kerusi batu yang disediakan untuk kita melepas lelah. Takdelah banyak sangat tapi cukuplah untuk kita stop berehat sekejap-sekejap.

Ada dua tiga tempat yang macam mendaki sikit. Memang menguji la track dia. Hehe. Ooh nampak tak track separuh hijau dan separuh merah? Ha yang laju larila kat part hijau dan yang slow macam aku ni lari dekat part merah.

Badminton, takraw, basketball. Kalau perasan belah kanan tu ada macam terrace tempat duduk. Dan perasan tak ada lampu, jadi mungkin taman ini dibuka pada waktu malam.

Toilet disediakan.. Bersih aku tengok, kira memang tempat ni dimaintain dengan baik aku rasa, tadi pun ada orang nak potong rumput.

Habis dekat sini, aku pergi Giant beli lauk dan barang². Aku rasa macam seronok sebab masih awal pagi takde orang dan lauk² pun masih fresh. By pukul 10 segala urusan aku dah settle. Tapi anak-anakla bosan tak keluar rumah. Itu cerita lain. Harapnya adalah motivasi nak buat tiap-tiap minggu dengan alasan nak beli lauk tu. Aku pun takdela rasa membazir minyak pergi sini sebab kena beli barang rumah. :-)

Masa Kecik Dulu Bapak Saya Buat Macam Ni Pada Saya

Sekarang saya pulak buat macam ni pada anak saya. Memori, memori..

(sorry Umar kalau tak cantik, siapa suruh takut pergi kedai gunting??)

I Am a Hopeless Romantic


Malam tadi aku tertengok video clip ni. Aku sangat suka jalan cerita macam ni. Masa kecik bercinta lepas tu berpisah dan masa besar baru jumpa. Tapi bila kawin meninggal pulak isterinya.

Bestla jugak untuk aku berangan². Eh ke aku suka sebab perempuan tu cantik dan wish aku yang berlakon dalam music video ni? Hehe..

Kebenaran

Aku tak pergi pun mana-mana taman awam yang konon-kononnya aku cakap nak pergi every weekend hari tu.

Apa-apa pun aku rasa untuk kurus, bersenam adalah lagi mudah dari control makan. Malaysia in general memang banyak makanan yang sedap, dan Semenyih tempat aku berkerja penuh dengan kedai-kedai makan yang memang tak boleh nak tolak langsung.

Dahla semua jenis makanan ada, semua sedap-sedap pulak tu. Yang untung orang mengandunglah sebab diaorang boleh makan apa-apa je tanpa rasa bersalah setiap hari.

Tapi nak bersenam pun bukanlah satu benda yang senang, itu pasal orang Malaysia kalau tak obese ramai yang overweight.

Tolong VOTE VIDEO SAYA

Nak mintak tolong korang vote sehari sekali dan mintak tolong korang mintak kawan-kawan korang vote kan video merepek aku test buat effect hari tu dekat Digi Wwwow Awards ni. PLEASE.

Korang kena ada Facebook Account untuk vote. Terima kasih ye, aku appreciate sangat. Click gambar bawah ni kalau korang nak vote.



Dan tolong promote link ni untuk orang lain vote: http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=220411120801316

Terima Kasih Banyak dan Sila Jangan Kutuk Video Aku Tu Sebab Aku Bukan Professional. Hehe.

Saya Sudah Sedia


Untuk 10 tahun yang akan datang, saya:

1) Sudah sedia untuk lari dari keselesaan sekarang.
2) Sudah sedia untuk menempuh jam pergi dan balik kerja.
3) Sudah sedia untuk Sembahyang Jumaat di masjid yang sesak.
4) Sudah sedia untuk sampai rumah lambat.

Saya sudah sedia, so company² sekalian bila nak hire saya dengan gaji dan benefits yang best? Hehehe..

Eh kejap.. Good Friday korang kerja ke? Bosanlah korang, company aku cuti! Hahaha, selamat bekerja. (British Company)

Isteri Yang Risau

Hari tu aku ternampak dekat facebook ni ada gambar perempuan lepas tu kawan-kawan dia puji sebab maintain kurus.

Dia cakapla.. "Eh kita orang perempuan kena jaga semua benda, nanti husband cari perempuan lain susah kita.."

Perempuan ni bekerja dan husband dia bukanlah Maharaja yang kaya dan handsome macam Robert Pattison pun tapi dia masih risau.

Soalannya di sini. Adakah anda sendiri atau isteri anda berfikiran demikian?

0


You've got a fast car
I wanna a ticket to anywhere
Maybe we make a deal
Maybe together we can get somewhere
Any place is better
Starting from zero, got nothing to lose
Maybe we'll make something
Me, myself, I've got nothing to prove..

Abu, Ani dan Makanan Pasar Malam

Setiap Selasa di kawasan rumah Abu dan Ani ada pasar malam. Sudah menjadi rutin mingguan mereka untuk membeli makanan di sana. Bukan sebab hari lain Ani akan masak, tapi sebab hari lain mereka beli di tempat lain sebab Ani adalah seorang isteri yang pemalas dalam segala benda.

Hari ini ada pasar malam dan mereka berdua sudah merancang untuk membeli makanan untuk malam ini. Mereka berbincang membeli laksa dan nasi ayam menggunak YM di office.

Abu: Abang teringin betul nak makan laksa, dah 3 bulan tak makan.
Ani: Ani pulak nak makan nasi ayam, 5 bulan dah tak makan.

Setibanya mereka di rumah pada petang itu, hujan dan ribut melanda dengan dahsyatnya. Lalu Abu pun menyuruhla si Ani masak memandangkan cuaca sangat buruk..

Abu: Ani masaklah, dah 8 bulan abang tak makan masakan Ani.
Ani: Ala abang, Ani penatlah, jomlah pergi, kita kan naik kereta, payung kita kan besar.

Abu memang menunggu masa yang sesuai untuk menceraikan Ani sebab pemalas macam keldai dan merasakan hidup dia akan lebih baik kalau hidup seorang sendiri jadi dia tidak kisahlah lalu membawa Ani pergi membeli makanan di pasar malam. Keadaaan kelam kabut sebab hujan masih lagi lebat. Peniaga-peniaga basah kuyup, ada meja yang tumbang dan ada juga peniaga yang menjual makanan dari dalam van sahaja. Maka mereka pun membeli makanan yang diidamkan dan balik ke rumah.

Semasa di meja makan:

Ani: Eh mana ayam dalam nasi ayam Ani ni?? Diaorang tak letak ke??
Abu: Eh kenapa laksa abang rasa mee rebus ni?? Diaorang salah bagi kuah ke??
Ani: Ye la tu bang.. Macamana nak makan ni??
Abu: Itulah orang suruh masak tu masaklah, tadi kan kelam kabut peniaga² tu.

Selepas itu Abu membawa diri dan tidak pulang ke rumah sampailah sekarang.

Moral: Jalankan tanggungjawab, nanti husband decide blah dari rumah tanpa cakap apa-apa baru tau.

Kisah Benar: Kes laksa kuah mee rebus jadi kat aku, kes nasi ayam takde ayam jadi kat kawan aku. Masa bulan puasa!

2 Benda Yang Saya Nak Sangat Sekarang Ini

Selain nak buang nasib malang ada dua benda lagi yang aku betul-betul nak..

Aku baru apply satu kerja yang aku berharap sangat dapat. Selama ni setakat apply dan tak expect apa-apa, tapi kali ni dalam hati meronta-ronta. Please doakan aku dapat.

Gambar diambil menggunakan Nokia N8

Ok sorry aku tau korang dah muak, ini last aku tulis pasal Nokia N8. Selain boleh online secara wireless untuk check email salah satu sebab utama aku nak phone tu ialah sebab camera dia. Dia ada camera 12mp untuk ambik gambar. Kalau aku bawak pergi berlari atau naik basikal, ianya sangat sesuai aku ambik gambar pemandangan. Dan andaikata aku pergi Tesco dan terjumpa Dr Mahathir aku boleh ambik gambar yang agak ok.

Keduanya dia boleh rakam HD Video 720p. Ye ianya bukan 1080p tapi memandangkan ianya adalah sejenis telephone aku rasa itu sudah lebih baik dari biasa. Dan aku perlukan video camera untuk merakamkan video anak-anak aku membesar. Dan quality dia sangat bagus aku bolehla edit dekat Premier dan compilekan jadi DVD or nanti bila ada PS3 boleh tengok HD Video terus dekat TV. Perghh kenapala aku tau pasal technology ni?? Kalau aku tak tau mesti aku tak peduli pun.

So kepada sesiapa yang kenal Nokia suruh diaorang bagi aku free sebab aku memang nak sangat, kalau Nokia tak bagi pun doakan aku dapat kerja yang aku nak tu supaya dengan gaji baru aku boleh beli secepat mungkin.. :-)


Video menggunakan Nokia N8, sila upkan ke 720p

Antara Mekanik Penipu dan Mekanik Yang Baik Hati

Mekanik Penipu

'Haiyaaa, ini semua you kena ganti, kalau tak ganti esok you punya kereta boleh meletup macam itu cerita Hawaii 5-0 tau?? Ini semua kena tukar, RM 2000"

Mekanik Baik Hati

"Ini kalau you tukar aaa mahal. Nanti kita repair part dalam dia bagi tak bocor"

Nasib baik semalam aku jumpa mekanik yang baik hati. Maybe sebab kedai dia ramai customer so dia takde aktiviti menipu. Lain kali boleh pergi lagi.

Total Chaos

Bila Nawal bangun masa kitaorang bersiap waktu pagi keadaan akan jadi huru hara. Dia nak menyusulah, menangislah. Kalau dah siap susu aku kena layan dia sampai Liza siap. Masa Liza siap-siap dia pun bermake up sekali. Dan biasanya akan jadi lambat walaupun bangun awal macamana pun. Umar memang tak sedar apala. Bila la Nawal nak jadi macam tu. Hehe.

Apapun umur macam Nawal sekarang adalah masa yang paling exciting untuk main dan layan anak. Dah besar nanti dah hilang manisnya. Macam Umar, aku peluk dan kiss dia pun dia dah taknak..

Happy Birthday Umar Zakwan (4 Tahun)

Hi Abang Umar Zakwan yang umur dah masuk 4 tahun,
Cukuplah dengan Ultraman yang tak bawak manfaat tu pun,
Baik pergi Playhouse Disney tengok cerita kartun,
At least mengajar macam-macam dari pelajaran sekolah ke sifat sopan santun.

Tahun depan kena masuk sekolah tadika belajar,
Jangan risau kalau ada bonus hujung tahun semua ayah guna untuk bayar masa daftar,
Belajarlah tinggi-tinggi nanti sampai ke negara luar,
Biar ada keturunan kita orang-orang yang cerdik dan pintar.

Kalau boleh Ayah nak Umar boleh jugak main bola,
Biar sihat, belajar dan main sama rata,
Nanti barulah hidup ni seronok dan sempurna,
Lagipun macam Ayah dulu kalau wakil sekolah atau daerah boleh jalan merata-rata.

Oklah cukuplah sampai di sini tahun ni,
Apa yang kurang nanti Ayah cuba perbaiki,
Ayah yakin hidup kita akan sempurna dalam 3 hingga 4 tahun lagi,
Semoga membesar dengan hebat dan Selamat Hari Jadi.

Keluarga Kami Dan Kucing

Kami sekeluarga sangat sukakan kucing, tapi kami tidaklah membela kucing sampai peluk cium, tidur bersama, dan kucing takdela tidur dan lepak dalam rumah macam rumah sendiri. Kami setakat bagi makan. Biasanya bagi lebih-lebih lauk dan kalau time gaji kami belila makanan kucing.

Masa musim mengawan hari tu ramai jugak kucing yang datang sebab ada seekor kucing betina yang setia dekat rumah ni. Dan sekarang kucing-kucing tu terus melepak dan mengharapkan makanan dari kitaorang.

Baru-baru ni pulak ada kucing yang aku rasa jenis mix kut datang, tapi dah ada parut-parut badan dia, kena belasah kut. Kitaorang suka sebab selama ni memang kucing sememeh je datang, kali ni ada pulak kucing ekor kembang. Barulah syok sikit.

Yang tak syoknya, aku takut aku tak terbagi makan sebab dah banyak sangat. Hahaha. Nanti bila mak kucing tu beranak aku kena buat tabung derma beli makanan kucing rasanya.

Nanti time ada orang mintak sedekah tiap-tiap weekend tu datang:

"Be, ni nak mitok dermo sekolah Tahfiz dekek Kota Baghu"

"Sorryla bang, saya pun nak mintak derma untuk bagi kucing makan, hulurla sikit dalam tabung ni.. Boleh?? Ha?? Boleh??? Kalau tak boleh minggu ni, masa abang datang lagi minggu depan abang bawakla duit, terima kasih.. Syukur Ya Allah.. Alhamdulillah.. Saya terima sedekah abang minggu depan demi kucing-kucing ini kerana Allah Taala"