Manusia Yang Tamak

Hari tu aku cakap aku sedihkan yang aku tak menang one year supply Fitnesse dan susu dia kan? Pala hotak. Walaupun dia bagi kotak kecik macam ni, cereal ada sekotak lagi, susu ada sekampit, milo ada sekampit. Agaknya kalau menang one year supply ntah apala jadi.. Hehehe.

Kehidupan

Tak pergi lagi makan Tony Romas dengan voucher yang orang bagi tu. Tengoklah kut boleh pergi hujung minggu ni.

Buat aku terfikir, Aku harap lepas ni aku pulak boleh bagi-bagi orang sebab macam orang cakap "tangan yang memberi lebih baik dari menerima"

Kereta Idaman Orang Berkeluarga

Bila aku dah beranak dua dan mempunyai mak dan bapak yang suka insist bawak balik buah-buahan berguni aku terpaksa menukar impian untuk memiliki kereta sport macam Civic Type-R kepada MPV je la. Family car, kalau terberanak 3 atau 4 pun boleh guna terus.

Liza suka Honda Stream. Aku suka, hmmm Wish kut?? Pada aku dua-dua kereta ni cantik dan sesuai. Aku betul-betul berharap kereta kitaorang lepas ni antara dua kereta ni je lah kut. Apa-apa pun kalau aku nak beli kereta lepas ni aku nak make surekan yang aku bukan setakat mampu downpayment and monthly payment je. Aku nak, aku mampu dari segala segi macam maintainence etc. Sebab masa aku mula-mula beli Wira aku dulu aku just fikir nak ada kereta je tak fikir benda lain.

Kalau agak tak mampu jugak, aku ada option Alza, Avanza dan Grand Livina. Cantik jugak tiga-tiga kereta ni. Mantap jugak aku tengok. Tengoklah 2 tahun lagi rezeki macamana.

Harapan aku untuk tukar kerja pulak macam hampa la buat masa terdekat ni sebab kerja yang aku apply hari tu dia delaykan permohonan sampai hujung bulan 6. Aku nak write-in pulak, hari tu apply online. Biar dua tiga kali, nampak bersungguh dan kalau dapat manala tau boleh beli MPV mahal hehe..

Update Si Nawal

Dah setahun sebulan dah anak perempuan aku ni. Masih tak berjalan, tapi dia cuba-cuba jugaklah nak lepas tangan masa berdiri. Tapi dia dah banyak bercakap. Bahasa diala, bising. Bahasa yang faham pulak:

1) Mama - Mak diala
2) Yayah - Ayah
3) Dap - Sedap (semua makanan pun sedap)
4) Tu - Itu, tunjuk benda, biasanya gambar
5) Nak - Everytime nak something
6) Yak - Berak

Orang ramai cakap biasanya yang berjalan lambat cakap and pandai cakap lambat jalan so aku pun cool je la kut bab jalan² ni. Masalahnya Nawal ni sama dengan Umar, dua-dua menurun perangai buruk aku. Bengang betul aku. Liza siap cakap. "Nampak your reflection tak?" Hampeh!

Hah ni perangai vain ni salah satula ni. Arghhhhhh.
(Ooh air liur meleleh sebab nak tumbuh gigi lagi kut, cranky semacam je dua tiga hari ni.)

Lawak International


Kalau korang tengok Maharaja Lawak, korang akan setuju yang ini adalah the best performance so far dari semua peserta. Kalau tengok every week korang akan lagi appreciate lawak ni. Aku tengok banyak kali pun still rasa lawak. Yang aku suka dia buat Jumaat malam Sabtu, maknanya lepas 5 hari bekerja, korang boleh relax layan lawak. Aku update ni lepas tengok livescore Man Utd vs Barca, kalahla pulak Man Utd nya.. Nasib baik tak call Astro suruh sambung sports channel tadi..

Abu, Karim & Kerja Petronas


Abu baru sahaja habis belajar secara separuh masa dalam bidang Ijazah Multimedia. Segala kenangan membuat jahat dan tidak belajar dengan bersungguh-sungguh masa sekolah asrama dulu terpadam satu persatu. Akhirnya hati dia sedikit tenang. Walau bagaimana pun Abu sangat kecewa bila mengetahui yang kenaikan pangkat dan gaji bagi mereka yang habis belajar hanya akan dilakukan pada awal tahun depan. Abu sedar yang dia tidak boleh menunggu selama itu jadi dia pun mula mencari kerja baru dengan bersungguh-sungguh.

Pada suatu hari Abu menerima friend request di Facebook daripada Karim. Sungguh ironi kerana Karim adalah kawan berbuat jahatnya di sekolah pada masa dahulu. Karim gagal SPM dan dibuang sekolah terus. Memang nama Abu dan Karim adalah dua nama pelajar jahat yang masih disebut-sebut hingga sekarang oleh warden sebagai peringatan kepada pelajar-pelajar baru.

"Dulu ada dua pelajar saya belasah, Abu dan Karim, Abu kena gantung asrama, Karim kena buang sekolah terus. Mesti hancur hidup diaorang sekarang" - Itulah ayat yang diulang².

Abu berasa agak gembira kerana berjumpa balik partner in crimenya. Lalu mereka pun berbual di Facebook Chat.

Abu: Wah kau kat mana sekarang?
Karim: Ampang. Kau?
Abu: Aku kat Bangi, kau kerja mana sekarang?
Karim: Aku kerja Petronas, dekat KLCC.
Abu: Ha aku taula tu..
Karim: Hehe..
Abu: Hebatla kau sekarang, eh ada kerja kosong tak kat Petronas.
Karim: Biasa je la.. Ada kerja. Kau nak ke?
Abu: Eh biar betul, senangnya, kau baik ke dengan bossnya.
Karim: Agak kamceng jugakla, aku dah lama kerja sini.
Abu: Nanti aku message kau.

Abu membayangkan Karim sudah insaf dan berjaya. Ternyata kena buang sekolah tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya sampai berjaya kerja di Syarikat Besar. Kisah mereka hampir sama. Mereka bertukar nombor telefon dan selang seminggu selepas itu Karim menelefon Abu.

Karim: Eh boss aku nak belanja kitaorang makan ni. Kau datanglah boleh cakap direct dengan boss aku.
Abu: Hah ye ke? Kat mana?
Karim: Pelita Ampang. Pukul 2.

Dengan bersemangat Abu meminta cuti half-day dari boss beliau sekarang. Sesampainya di sana, Abu berjumpa dengan Encik Ahmad, boss si Karim.

Encik Ahmad: Sekarang kerja mana?
Abu: Nottingh@m University.
Encik Ahmad: Eh bagusla tu, kenapa nak tukar kerja pulak?
Abu: Hehe, saje.
Encik: Ok, saya cakap terus terang dengan awak. Saya boleh offer dua kerja je. Pilihlah salah satu.. Satu, Cashier kerja dengan Karim ni lah. dua, kerja Pump Attendance, kerja dengan Rafi dan Mahmood.. Diaorang ni dua-dua dari Bangladesh...

Abu: Hah?? Cashier, Pump Attendance?? Petronas apa ni??
Karim: Eh Petronas yang kat belakang KLCC tu la. Kan aku dah cakap hari tu Petronas KLCC!!

Patah Hati

Kawan aku bagitau yang untuk promotion semua company ini hanya akan buat masa hujung tahun. Hancur berkecai jiwa aku. Macamanala aku nak tunggu lagi 10 bulan padahal aku nak kena start belajar dan buat kerja baru aku dalam masa terdekat?

Company yang aku apply pun tak panggil interview, at least. Aduhai. For now aku just guna ayat ini je lah:

“Sesuatu yang menurutmu baik untukmu, belum tentu baik menurut Allah untukmu. Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk menurut Allah bagimu”.

Jadi bagilah yang terbaik untuk aku.. (Mengada², belum apa-apa dah nak demand.. Hahahah..)

Cari Hobi Baru Dan Mesti Buat


Aku nak try jungle trekkingla. Harap bulan depan start. Taknak malas², taknak ada alasan.

Oooooooooooooo.......

Istidraj ialah nikmat atau kelebihan yang Allah bagi kepada hambanya tanpa redha dari Nya. Contohnya orang itu kaki maksiat tapi sepanjang hidupnya kaya raya, sihat walafiat dan anak anak ramai, atau orang kafir yang diberi segala nikmat di dunia.

Tombol Pintu Yang Buat Saya Gembira

Aku sangat tertekan dengan kehidupan keluar masuk dari rumah menggunakan sliding door sebab pintu utama dah rosak tak boleh bukak sejak tiga minggu lepas. Berbekalkan semangat yang tinggi berserta screw driver akhirnya petang tadi aku berjaya membukak pintu dan membukak door knob tu sekali. Masalahnya sekarang aku tak pernah pasang tombol pintu, tengok orang pasang pun tak pernah.

Pendek cerita, aku pergi Tesco cari tombol dan balik rumah cuba pasang. Tapi tak sesuai pulak. Tak tau pulak aku yang size dia beza² walaupun rupa lebih kurang. Nak cepat aku bukak tombol pintu bilik study aku dan pasang dekat pintu depan. Cuba dua tiga kali dan B.E.R.J.A.Y.A!! So sekarang korang tau la nak upah siapa kalau nak ganti tombol pintu korang. Lepas ni aku nak try ganti lampu pulak, harapnya tak kena electric shock.

Apa-apa pun benda macam ni buat aku sangat gembira. Satu achievement la pada aku sebab first time buat hahaha, dan yang penting tak tertekan lagi keluar masuk ikut sliding door. Aku jugak tak kisah walaupun lepas ni Liza boleh intai aku tengah tengok video clip Shakira dekat monitor pc aku melalui lubang pintu bilik yang dah ternganga tu.

Lawak Double Meaning Ialah Lawak Pakcik² Pencen Di Kedai Kopi Batu 3

Aku tengok Maharaja Lawak dan aku sukala jugak dua tiga group. Tapi bila part yang aku tak suka, memang aku benci terus. Sebab aku tak suka ialah:

1) Lawak Double Meaning
2) Lawak Lucah Terang-Terangan
3) Lawak Ambik Dari Internet, Recycle.

Bila aku tengok je ada lawak macam ni memang aku terus blah je la. Aku punya panas hati kadang-kadang lama jugak. Itula bila aku ternampak orang buat teka-teki double meaning dekat Facebook aku tak fikir panjang jawab macam ni:

Kerja Dan Waktu Balik

Aku dengar cerita yang dekat company kawan aku diaorang tak boleh balik kerja on time. Katakan diaorang turun pukul 5.30 nanti CEO tunggu bawah dan tanya "Awak takde kerja ke?" Gila! Dia expect orang balik lambat.

Dulu masa aku mula² kerja company pertama, boss aku tak bagi staff balik lambat. Kira 5.30 terus balik, untuk menunjukkan department itu bagus, takde delay-delay buat kerja. Tapi aku dengan kawan-kawan balik lambat jugakla sebab kitaorang kadang-kadang ada shooting dekat luar sampai malam. Apa-apa pun aku kagum jugak dengan idea tu.

Company aku sekarang, boss tak concern sangat pasal tu. Ada jugak mamat bujang ni yang sengaja balik lambat main-main komputer atas alasan "balik rumah pun bukan siapa ada". Aku kalau betul ada kerja aku balikla lambat, takdela aku nak berpura-pura aku banyak kerja. Bukan dapat bayaran overtime dan bonus lebih pun dan worst aku takut orang ingat aku lembab buat kerja sampai kena stay. Tapi benda ni tengok mentaliti orangla, tengok diaorang fikir macamana.

Apa-apa pun baguslah boleh balik awal sebab dari aku duduk office sampai tengah malam baik aku balik rumah awal dan main-main dengan anak aku.

Sudah Usaha

Memandangkan boss aku tak sit down dengan aku pasal career development, aku agak dia busy dan banyak benda nak handle so aku pun tulis email dekat dia. Bagi dia ingat dan buatla something dari aku tertunggu. Cerita panjang lebar pasal kerja yang aku dah buat dan pernah buat dan mintak promotion dengan cara yang tak emotional. Jangan dia pulak tiba-tiba emo suruh aku blah cari kerja lain sudah.

Doakan aku dapat something dari usaha aku dah habis belajar, loyal dengan company ni yang semalam genap 5 tahun dan usaha aku tulis email tu dan di cc kan kepada boss besar dan supervisor aku.

Mulai sekarang aku tak akan kutuk boss atau company.. Kalau tak dapat aku cari je la kerja lain.

Kalau Aku Berniaga, Aku Akan Jual..

Bahan² memasak. Aku suka tengok rancangan masakan dan suka cari recipe untuk memasak. Tapi selalu half-way aku akan kecewa sebab memang takde kat Malaysia atau kalau ada pun maybe kat Cold Storage yang ntah kat mana-mana tu.

So kalau aku ada modal aku akan jual segala rempah dalam dunia ni dan segala bahan buat kek yang ada. Butter milk pun takde kat Tesco and Giant. Susahla macam ni.. Macam adik aku meniaga coklat, duduk Shah Alam kena pergi Bangi beli bahan sebab kat situ je ada jual.

Maybe aku patut bukak store² kecik di setiap kawasan untuk jual benda-benda ni.

Aktiviti Hujung Bulan May 2011

Kadang² benih yang saje² dicampak pun boleh bagi hasil yang lumayan.. Alhamdulillah..

Hari ini Nawal Zahrah akan kacau mak dia membuat kek.

First Choice adalah jenama Giant

Bahan²

Memang sibuk penyibuk

Bukak kotak whip cream

Upacara nak membakar.

Mama, dah siap ke belum? Dah siap ke belum? (Ulang 1000 kali)

Hasilnya.. Not bad.. Anything yang ada cheese saya suka je. Hehe..

Aku ambik dan ubah-ubah colour gambar menunjukkan kita orang memang takde benda nak buat dan sangat bosan di hujung minggu.. Hahaha.. Cepatlah jadi kaya.. Arghhhhhhhhh...

Peraturan Mengutuk Orang Di Internet

Ok aku banyak kutuk kedai-kedai yang aku tak puas hati, tapi aku takkan mention nama kedai-kedai tu sebab nanti kalau orang baca orang taknak pergi dan akan menutup rezeki orang tu. Dan manalah tau kalau orang kedai tu akhirnya improve, so tak baguslah kalau nak kutuk siap tulis nama. Aku hanya akan tulis kalau dia dah tahap menghina aku, adalah satu kedai tu dulu aku tulis, service center.

Sebab lagi satu aku tak tulis nama ialah aku bukan jenis yang boleh marah depan-depan. Cara aku, sekali buat masalah dengan aku sampai bila aku tak pergi dah. Aku teringat dulu dalam forum ada orang kutuk harga makanan kat kedai tu mahallah tak sedaplah dan bagitau specifically nama kedai dan kedai tu kat mana. Habis rugi kedai tu. Macam kawan aku si Nassir cakap lebih kurang macam ni.. "Apa salahnya cakap terus terang dengan tokey kedai tu? Complaint depan² dari kutuk dalam internet sampai orang tu rugi.." Sebab dah bagitau kedai yang manakan? Orang tak datanglah.

Dalam paper Harian Metro hari ni pulak aku nampak tajuk orang PENGASIH tu marah Jamal Abdillah tak sumbang apa-apa pada PENGASIH. Kira Jamal bayar makan minum dia sahaja. Ini adalah lawak pada tahap tertinggi.. Sebab? Kenapa kau cakap kat Harian Metro? Kenapa tak cakap kat Jamal tu sendiri padahal korang sama-sama orang PENGASIH?

Tempah Nama

Kalau aku dapat anak lelaki lepas ni aku nak letak nama Muhammad. So aku tempah nama ni dulu. Nanti korang jangan cakap aku tiru nama anak korang. Ok?

Tak, Liza tak pregnant and kitaorang pun tak plan nak tambah dalam masa terdekat. Itu pasal aku tempah dulu. Hehe.

Nasihat Kepada Mereka Yang Nak Ambik Gambar Konvo

Poyo betul tulis pasal ni, tapi kepada mereka-mereka yang dah grad dan bercadang untuk mengambil gambar konvo saya ada nasihat untuk anda:

1) Ambik robe secepat mungkin.
2) Carilah di internet studio-studio gambar yang berdekatan.
3) Pergilah ambik gambar di studio itu bersama keluarga sebelum harinya dan pakailah smart-smart dan bersolek elok-elok..
4) Pastikan gambarnya boleh siap cepat.

Sebab apa semua ini?

1) Kalau ambik masa harinya dan guna photographer yang University anda sediakan, manusia ramai.
2) Muka anda mestilah tidak fresh sebab dah penat menunggu dan make-up pun dah tak elok sikit²..
3) Gambar lambat siap.
4) Semua benda akan kelam kabut sebab nak siap cepat.

Logikkan nasihat saya ini?

Masalah Manusia 2

Masa dapat surat hari tu, management dah cakap yang setiap graduand hanya boleh bawak dua orang guest sahaja. Masa briefing pun sama diaorang cakap macam tu. 2 orang untuk masuk dewan. Diaorang bagila kad untuk masuk dewan tapi on the day diaorang tak cukup staff kut dan takde orang yang betul-betul jaga lagipun ada 1000 orang graduands yang datang dari semua branch seluruh Malaysia.

So bila tak terjaga orang main masuk sahaja. Ok ini masalah etika. Graduandnya dah tau boleh bawak 2 orang, dah diulang berkali² tapi masih ambik peluang dan bawak satu family tanpa kebenaran masuk dewan PICC tu. Belum lagi part jangan bawak budak bawah 12 tahun tu. Bila ada peluang diaorang bawak masuk jugak.

Susah bila attitude macam ni orang tak ubah. tau peraturan tapi sebab takde orang jaga langgar peraturan. Aku pun kadang-kadang masuk jugak dalam golongan macam ni.

Ini Adalah Sangat Menakutkan..

Memang ada orang cari.. Hmmm..

Vouchers

Kitaorang ada banyak vouchers makanan hehe.. Asalnya Liza dapat voucher makan kat PJ Hilton. Lepas tu aku dapat voucher Kenny Rogers. Lepas tu Nandos and last sekali Liza dapat McDonalds. Ada yang company bagi, ada yang TM bagi sebab buat auto bayaran, ada yang lucky draw yang pada aku takdela lucky bila dapat voucher RM20 je dan ada yang dapat sebab jawab survey.

Tukar tajuk, ramai orang tau yang aku ada sixth sense. Makin lama makin hilang sensenya ni. Sekarang ni aku just boleh rasa nak dapat benda best sahaja. Rasa lain takde, tapi aku bersyukur je lah ada kelebihan macam ni. Since Khamis last week aku rasa aku nak dapat benda best dan aku bagitau Liza banyak kali jugak.

Rupa-rupanya hari ni ada orang bagi aku voucher Tony Romas RM300!! Sebab aku buat kerja untuk dia, kira project ni on off on off selama 4 tahun.. Dia suruh aku pergi makan dengan family.. Kira taknak aku ajak awek lainla tu..

Aku mati² ingat mak aku belikan aku N8 atau ada millionaire post Ipad ke office aku. Perasan betul!!

Photo Studio, Studio Gambar, Kedai Gambar Bangi

Photo Studio, Studio Gambar, Kedai Gambar di Bangi. Ini review tidak berbayar. Ikhlas. Ye aku memang nak orang jumpa post ni dan seterusnya pergi kedai ni sahaja. Bangi, Seri Putera, Bukit Mahkota.

Selepas aku kecewa dengan studio yang dekat rumah aku ni, yang takde orang jaga tu aku pun tanya kakak kat office ni yang duduk area sini dah lama. Sekali dia rekemen kedai dekat Seksyen 15 Bangi, dekat Petronas UKM tu. Aku pun memang terbayang kedai tu, Fujifilm FDI Station warna hijau. Siapa duduk Bangi mesti perasanlah.

Malam tu aku pun pergi dengan pakai elok-elok anak beranak. Sebelum U-Turn dia dah tutup kedai dia separuh. Bila sampai aku masuk and tanya boleh ke ambik gambar lagi, dia pun bukaklah lampu semua ambik gambar, takde masalah.

Pakej dia - RM80

1) 1 keping 10 x 15 size gambar (lebih kurang besar A3) print
2) Dia bagi satu frame untuk gambar besar ni tadi.
3) Diburn dalam CD
4) 2 Keping 4R.

Aku rasa sangat berbaloi, sebab siap dalam masa 2 hari. Lepas tu aku mintak dia ambik 2 keping extra pose tapi bagi soft copy je. Dia cakap boleh tapi dia tak editla. Free Of Charge. So mestilah aku happykan? Dan 2nd time yang aku pergi dengan mak aku dan mak aku nak jugak benda yang sama, gambar besar siap frame, dia charge murah sikit dan aku mintak lagi satu extra pose, soft copy. So 2 main gambar, edit elok² dan print 3 keping letak dalam frame dan 3 keping soft copy lain pose.

Bagi macam ni boleh gantung kat dinding size A3.

Baik, bagus, siap cepat, cantik, professional dan yang penting dia ada kat kedai and tak payah by appointment macam sesetengah S.T.U.D.I.O. Ni alamat dia:

Mah Digital Photo Studio (Fujifilm FDI Station)
17 Jalan 15/1B, Seksyen 15,
43500 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel: 03 8926 1702

Esok aku nak cerita pasal gambar konvo untuk orang yang nak grad. Seminggu ni cerita pasal itu je la.

Eh Macam Syok Pulak Main Adobe Lightroom Ni.

Aku ada camera, tapi aku takde masa nak belajar setting camera untuk gambar yang cantik atau jadi artistic ke creative ke. So aku ambik je la ikut sukahati aku. Bila aku tengok kat Facebook "otai-otai" camera ni upload gambar aku baru sedar semua gambar tu dah edit. So kalau dah professional fotographer pun edit takkanla aku tak bolehkan?

Aku try main-main Lightroom ni macam seronok pulak.

Takdela cantik, tapi seronok boleh manipulate gambarnya.. Eh fikir balik orang studio gambar hari tu pun edit jugak hehe..

I Know This Is 6 Years Too Late, But I Am Happy Nonetheless

Kisah convocation/graduation aku.

Aku dengan Liza jarang ada happy occasion macam ni. Selalu busy kerja, kat rumah pulak busy anak-anak. Bila tiba-tiba dapat berdua macam ni, orang ambikkan gambar kitaorang, rasa best dan semakin sayang pulak. Lupa segala masalah. Bila aku tanya - tak call mak dia ke tanya pasal anak-anak and dia jawab takpe biarla, tak payah ambik tau - aku pun setuju hahaha.. Tapi ok je pun anak-anak aku dengan neneknya.

So, terima kasih untuk Liza dan anak-anak yang faham aku pergi kelas malam, banyak berkorban. Terima kasih pada Adik yang belanja makan dan bawak Mak aku datang sini untuk datang konvo dan belikan aku bunga haha. Terima kasih juga pada Mak aku yang sponsor gambar studio. "Saya pun mau satu macam ni, gambar siap frame yang boleh gantung" Dia order untuk dia satu nak letak kat rumah sana. Aku tau dia bangga dengan kitaorang. Especially aku, anak dia yang pernah kena buang asrama, bawak banyak masalah masa sekolah dulu. Itu pasal benda ni memang big deal untuk aku. Aku just nak mak and bapak aku happy.. Itu pasal semangat. Ambik gambar pun melampau hehe.

Yes aku happy, tengok jela gambar yang dekat seratus keping ni dan doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki supaya kami bahagia, gembira dan ada happy occasions yang lain. Amin..

Aku yakin lense aku kotor dan lupa nak lap.

Ok jugak kolej aku ni, aku ingatkan cikai, ada la jugak buku ada nama aku.

Grand betul PICC ni, masa taklimat dia meremang dan sebak aku.

Ye Degree je.. Tak payah kecoh, korang semua dah lama ada..

Orang suruh ambik kat screen dia ambik macam ni pulak. Hehe..

Bersama Isteri

Dua orang perempuan yang paling kuat dalam hidup saya. Seriously.

Dengan Adik pulak, ooh Bapak aku tak larat nak datang. Takpelah, gambar banyak.

Tak pernah kut aku ambik gambar peluk mak aku. Hehe.

Berdua Lagi..

And lagi..

Mandy chicken di Saba, Cyberjaya.

Tukang Belanja

Sejujurnya, kitaorang punya Mandy Rice lagi sedap. Aku tak takutla nak jamu orang lepas ni. Hahaha.

Gambar ni ambik awal 2 hari, dengan anak-anak :D

Nanti aku cerita pasal kehebatan kedai gambar ni, Benda baik memang aku akan promote.

Mungkin aktiviti ambik gambar studio satu keluarga akan jadi amalan tahunan.

Gambar soft copy free, aku ambik je la.. Ambik masa hari konvonya. Gambar free kedai ni tak editla tapi.

Gambar mak sponsor.. :D

Cakapnya Boleh, Buatnya Tidak

Sebulan lepas aku cakap aku ada masa selama sebulan untuk kuruskan badan. Sebenarnya aku tak buat apa pun. So dari kurus sikit jadi gemuk adalah, siap perut pun naik balik. Ooh masa tu musim hujan, lepas tu aku malas. Takpelah, nanti aku buat balik.. Takde motivasi, takde motivasi hehe..

Malas pakcik nak pergi bertimbang.. Tapi harap takdelah sampai 85kg..

Gambar konvo petang Isnin dalam pukul 2-3 aku upload. Untuk kawan² saya yang request nak tengok. Yang lain kalau meluat saya mintak maaf awal-awal haha..

Harta Dari Orang Bunian?

Dalam dua tiga hari ni setiap malam aku akan terbau sangat wangi. Memandangkan Liza buat dek je, aku pun takdelah nak tegur², ikut petua orang lama.

So aku pun terfikir adakah itu tanda² orang bunian atau pari-pari kayangan nak bagi harta pada aku masa aku tidur? So aku pun tidur dengan penuh harapan. Harap bangun tidur ada harta sebelah aku. Tapi hampeh takde. Dah 3 hari dah.

Tukar cerita lain. Pagi tadi masa aku lepak dengan Nawal dekat luar rumah aku ternampak yang perbuatan aku bercakap dengan pokok setiap minggu akhirnya berhasil. Pokok limau kasturi aku akhirnya berbunga. "Cepatla berbuah, lama dah aku tanam kau." Itula ayat aku selalunya. Bila aku ternampak bunganya pagi tadi memang nak menitik air mata aku. Dah 4 tahun tanam.

Petang tadi aku terfikir nak ambik gambar. Tengah ambik gambar aku ketawa besar, sebab bau wangi tu dari bunga limau kasturi ni rupa-rupanya!! Orang bunian nak bagi harta kepala hotak!! Tapi kenapa aku sorang je yang bau?? Itu masih misteri.

Memandangkan orang bunian tak bagi harta, doakanlah ada benda-benda ajaib lain yang berlaku pada aku menjelang hujung bulan hari gaji ni. Hahaha..

Test

Dah ok ke belum blogger ni?

Studio Melayu

Memandangkan aku dah ada robe, aku nak la ambik gambar kat studio dengan anak-anak aku sebab on the day anak-anak aku takde orang nak bawak.

Aku pernah nampak iklan kat forum rumah aku dah lama dah, sibuk suruh datang ambik gambar kat studio diala apala.. Promote. Sekali aku call tanya..

1) Malam tak boleh, nak jumpa client
2) Petang tak boleh, nak jumpa kawan
3) Sabtu tak boleh, sebab ada job.

Habis tu buat apa ada studio? Biar kosong takde orang jaga. Arghhhhhh!! Aku dah gosok baju, Liza dah gosok baju. Nasib baik tak walk in, aku call dulu, kalau tak sia-sia je.. Dah satu hal nak cari kedai gambar.

Aku nak bagi kau business tapi kau taknak, kenala aku pergi kedai Apek. Bukannya aku taknak, tapi macam aku pulak yang terhegeh-hegeh, diaorang pulak macam tolak-tolak aku..

Macam Liza cakap: "Melayu ni berlagak je lebih!"

Kau, Aku dan Masalah

Hai sedara mara dan kawan-kawan yang tengah bersedih hati,
Yang ada masalah kerja, hutang, rumah rosak atau maid yang dah lari,
Jangan risau bukan kau seorang aku pun boleh join sekali.
Tapi takkanlah kita nak sedih dan murung sampai mati.

Always look on the bright side of life orang putih kata,
Dulu aku buat dek je malas nak percaya,
Tapi kalau kita sedih dan murung bukan boleh ubah apa²,
Buat sakit badan, dari hujung kaki sampai hujung kepala.

Baiklah kita senyum dan hiburkan hati,
Benda yang tak keluarkan duit pun kadang-kadang boleh buat kita happy,
Tak percaya cuba tengok kanan dan kiri,
Kalau takde apa benda. menyanyi sendiri pun boleh buat senyum dalam hati,

Dalam dunia ni mana ada orang takde masalah,
Baiklah kita fight sampai menang dari kita mengalah,
Mungkin kadang-kadang boleh affect hubungan dalam family sampai berbalah,
Tapi kalau kita duduk diam fikir mesti kita cool down dan nampak la macam orang yang pernah pergi sekolah,
Nampakla berpendidikan tak kisahla setakat SPM atau sampai Ijazah,
Lama-lama settle masalah kita satu persatu InsyaAllah..

Ok, marilah kita lupakan kesedihan satu persatu,
Kalau nak luahkan I can be a very good listener to you,
Macam biasa aku ada kat Gtalk or YM selalu,
Ingatlah sebanyak mana pun masalahnya, nak compare dengan orang susah at least korang ada masa dan luxury untuk guna internet dan baca blog aku.

Salah

Aku perasan banyak kedai makan bila bisnes dah maju akan tambah pekerja. Tak kisahla restoran nasi kandar atau meniaga laksa tepi hutan. Aku tak tau apa yang diaorang fikir, tapi aku rasa diaorang fikir - tambah staff benda akan jadi senang dan laju.

Sebenarnya tanggapan itu salah sebab sistem diaorang masih sama.. Katakan buat cendol, mesin cendolnya ada satu. Kau tambahlah staff korang 800 orang pun, benda utama masih slow. Sepatutnya mesin cendol tu yang tambah. Baru la laju. Macam kedai nasi kandar, tempat nak ambik nasi dan lauk dekat satu tempat je, jadi sesaklah. Benda slow.

Tapi apa pun aku dengar ada orang cakap dekat Malaysia ni kalau makin panjang barisan orang nak tunggu makanannya makin ramailah orang yang nak datang. Entahla, aku marah sebab panas menunggu.