Wednesday, May 18, 2011

Photo Studio, Studio Gambar, Kedai Gambar Bangi

Photo Studio, Studio Gambar, Kedai Gambar di Bangi. Ini review tidak berbayar. Ikhlas. Ye aku memang nak orang jumpa post ni dan seterusnya pergi kedai ni sahaja. Bangi, Seri Putera, Bukit Mahkota.

Selepas aku kecewa dengan studio yang dekat rumah aku ni, yang takde orang jaga tu aku pun tanya kakak kat office ni yang duduk area sini dah lama. Sekali dia rekemen kedai dekat Seksyen 15 Bangi, dekat Petronas UKM tu. Aku pun memang terbayang kedai tu, Fujifilm FDI Station warna hijau. Siapa duduk Bangi mesti perasanlah.

Malam tu aku pun pergi dengan pakai elok-elok anak beranak. Sebelum U-Turn dia dah tutup kedai dia separuh. Bila sampai aku masuk and tanya boleh ke ambik gambar lagi, dia pun bukaklah lampu semua ambik gambar, takde masalah.

Pakej dia - RM80

1) 1 keping 10 x 15 size gambar (lebih kurang besar A3) print
2) Dia bagi satu frame untuk gambar besar ni tadi.
3) Diburn dalam CD
4) 2 Keping 4R.

Aku rasa sangat berbaloi, sebab siap dalam masa 2 hari. Lepas tu aku mintak dia ambik 2 keping extra pose tapi bagi soft copy je. Dia cakap boleh tapi dia tak editla. Free Of Charge. So mestilah aku happykan? Dan 2nd time yang aku pergi dengan mak aku dan mak aku nak jugak benda yang sama, gambar besar siap frame, dia charge murah sikit dan aku mintak lagi satu extra pose, soft copy. So 2 main gambar, edit elok² dan print 3 keping letak dalam frame dan 3 keping soft copy lain pose.

Bagi macam ni boleh gantung kat dinding size A3.

Baik, bagus, siap cepat, cantik, professional dan yang penting dia ada kat kedai and tak payah by appointment macam sesetengah S.T.U.D.I.O. Ni alamat dia:

Mah Digital Photo Studio (Fujifilm FDI Station)
17 Jalan 15/1B, Seksyen 15,
43500 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel: 03 8926 1702

Esok aku nak cerita pasal gambar konvo untuk orang yang nak grad. Seminggu ni cerita pasal itu je la.

15 comments:

kucingorengemok said...

gambar background mesjid putrajaya boleh tak? (ini komen mengarut)

pizli said...

Hahahah entahlah..

yusri said...

gambar background kedai MAH tu lah..lah..haha..gurau je..cina ke? melayu?

pizli said...

Cina.. Yang Melayunya taknak aku pergi studio dia, maklumlah busy, banyak job.. celaka.. ini aku balas dendamla ni..

nassir said...

aku biasa kat mah,toke dia mmg superb,tak sombong

aku suggest background klcc

mama_QnR said...

cantik!!!!!

masa kita grad hari tu, anak sorang
pestu my sister pulak grad
anak 1.5 (dalam perut)
skang husband punya turn
insyaAllah ada gambar kami sekuarga lengkap

tahniah sekali lagik incik pizli!!!

pizli said...

nassir - aku kalau kau tak meniaga memang nak mintak tolong kau je hari tu... hehehe.. ha ni aku promote ni sebab dia layan aku eh mak aku baik..

mama_QnR - hah ye ke?? so saya tak keseoranganla grad anak 2? ok tq.. nanti ambikla gambar tapi jgn lebih-lebih mcm saya haha..

nassir said...

tadahal la,setakat nak mintak tolong amikkan gambar no halnya..klu time ok aku on je

Mus5h said...

Wahh .. dah gantung kat dinging ke?? hehe

pizli said...

Mus5h - Haha, dulu gantung something kat situ, lepas tu jatuh pecah, terus letak je la..

Anonymous said...

nk tanye...jubah sume die ade sediakan x???atau ade mn2 kedai gmbr yg tau ade jubah topi sume??sebb konvo dh leps..tp nk amek gmbr sebb now sume fam ade

NURMASTURA NORDIN said...

Tengs bg suggest...dh pergi pon kedai tu..cuci gmbr passport..puas hati dengan lyanan..yg pling pntg boleh touchup sikit gmbar bg lawa..almaklumla..gmbr nk g praktikal..tmbah 2 ringgit ja..btw..terima kasih byk2...:)

Pizli Mat Wazip said...

Nurmastura Nordin - Alhamdulillah. :D

adah zaini said...

kedai ni tutup pukul berapa?

andi aya said...

blh x sapa2 inform kat saya mana2 kedai gambar yg blk besarkan gambar area kl je la..minta tlg sangat..