Strawberries and Cream di Malam Jumaat

Asalnya nampak gambar strawberries and cream dekat blog Mama_QnR(link). Selepas itu aku teringat yang Umar tu suka sangat makan strawberry, pelik betul suka benda masam. Fikir-fikir mungkin masa yang sesuai untuk buat sebab nanti boleh kitaorang enjoy sama. Tak beli yang ready whipped cream macam orang campur dengan ice blended tu so kena buat dulu letak gula dan vanilla extract. So inilah hasilnya isteri saya buat.

Strawberry Cameron ada dekat Giant. Diaorang jual dua jenis, satu from Cameron, satu from USA. Tak payahla teka mana yang mahal mana yang murah ye.

Not bad dan of coursela si Umarnya suka. Tetiba aku rasa nak potong cube kecik², tak payah nak cicah² banyak kali hehe, tapi mungkin tidak feel kalau macam itu.

Bangla Yang Demanding

Isnin hari tu ada seorang Bangladesh ni datang immediately bila aku sampai rumah.. Dia cakap dia nak bersihkan hmm takkan aku nak panggil halaman kut, kawasannya kecik je. Hmm kira adala tempat yang aku tanam pokok dah tumbuh rumput² and dia nak bersihkan. Dia tak pandai cakap Melayu or English, dia cakap tolongla Muslim dan sambil tunjuk rumput. Dia nak cabut.

Aku tanya berapa? Dia jawab RM10. Aku cakap RM5 bolehla tapi dia cakap RM10 sambil terus cabut. Sebelum ni dia datang nak basuh kereta tapi aku tunjuk duit dalam wallet aku cakap ini je yang aku ada, aku taknak dia buat. Kira macam halau jugakla. Pendek cerita aku bagi jela RM10 atas dasar kasihan sebab sebelum ni dah pernah datang tapi aku marah.

1) Pandai demand ooo..
2) At least dia berusaha cari duit dari mintak sedekah buta².
3) Aku kenalah pastikan kereta aku dan kawasan tu tadi tak berumput supaya dia takde alasan nak buat kerja dari aku.

Apapun aku fahamlah, dia nampak aku senang tapi hujung bulan baki duit aku sama je dengan baki duit dia, silap² baki duit dia lagi banyak.

Saya Dan Motivasi

Dulu masa sekolah bapak aku cakap kalau aku dapat no 1 dia akan bagi RM100 dan aku memang selalu dapat no 1. Cikgu aku pulak cakap kalau aku lepas lompat tinggi yang dia setkan dia akan bagi seringgit dan aku lepas lompat tinggi tu dengan sekali try. Dan bila penjaga larian peringkat daerah tu cakap kalau aku menang lari 200 meter tu aku akan pergi peringkat negeri dekat Stadium Lumut dan lepas tu boleh mandi laut, aku terus lari dan jadi johan.

Dulu semua benda ada something yang boleh motivate aku. Sekarang aku berhenti merokok atas diri sendiri. Aku belajar part-time atas diri sendiri. Takde apa² motivasi.

Dan aku rasa kalau tetiba ada orang cuba motivate nak bagi hadiah pun kalau aku achieve something belum tentu lagi aku berminat nak buat. Maybe faktor usia, maybe sekarang aku hanya buat apa yang aku perlu buat sahaja walaupun aku tak dapat apa² hadiah.

Poyo betul post ni.

Takde Value

Hari tu kawan perempuan aku tanya kenapa international artist perempuan sekarang suka tak pakai baju? Aku takde jawapannya tapi buat aku terfikir diaorang dah takde value pada pandangan mata aku.

Kalau dulu sebagai lelaki normal aku akan excited tengok gambar foreign artis kat newspaper pakai tube. Sekarang kalau pakai bikini pun aku dah takde apa-apa perasaan, sebab dah biasa tengok. Sebab memang ada di mana-mana sahaja. Magazine, newspaper, youtube, tv.

Tak seronok to be honest.

Nikmat Dunia

Restoran ni dekat Giant Nilai, 9 Avenue. Dia ada set-set makan mengikut hari dan hari Selasa dia ada gulai nangka, ayam goreng kampung, sambal ikan bilis tempe dengan kacang.

Aku tak tau kenapa, tapi memang sedap ya amat lauk yang aku sebut tu tadi. Memang nikmat sangat²la makan sini. Sembal tempe tu siap beli extra. Mungkin gulai nangka dia memainkan peranan jugak kut.

Apa²pun aku rasa dalam sejarah aku makan kat kedai inilah makanan yang buat aku rasa puas. Jenis macam tak cukup-cukup dan masa membayar siap boleh senyum dan aku yang cakap terima kasih pada dia. Kalau korang tekak kampung macam aku maybe boleh tryla kut.

Membuang Kebencian Satu Persatu

Last week team bola olimpikl Malaysia menang lawan Lubnan and dapat masuk group stage. Satu Malaysia happy tapi ada seorang pakcik dekat forum rumah aku kritik-kritik jugak. Aku panas sebab dah menang pun nak kutuk-kutuk lagi so aku argue dengan dia dan hati aku panas sepanjang hari.

Sampai satu point buat aku terfikir apa faedah yang aku dapat? Sakit hati, hati penuh benci, kurang ajar dengan orang yang lebih berusia. Lepas tu aku decided untuk stop tengok forum tu terus sebab ada jugak benda-benda yang lain yang aku takdelah argue tapi aku tak suka dan to the extend sampai benci terus.

So aku tinggalkan forum tu dan malas nak tengok-tengok lagi, tak bukak langsung. Hati tak panas, takde gaduh-gaduh. So far aku rasa cara ni paling effective dan yang penting hati saya tenang. Hehe..

Tasik Clubhouse dan Budak Muda Beromen

Dekat clubhouse rumah aku tu kira macam ada tasik kecik, biasalah tempat berjogging. Macam BISKUTMARIE (",) tulis kat blog(link) dia kenapa jogging mesti ke tasik haha.. Ada jambatan kecik dan since tempat tu petang-petang takde orang ada satu couple yang dari mata kasar aku nampak dalam umur 13-14 tahun tengah duduk berpeluk-peluk bercinta dekat jambatan tu.

Sebagai manusia patutnya aku tegur, tapi tak taula kenapa susah sangat aku nak menegurnya, aku pusing dua tiga kali pun diaorang takde rasa bersalah pun. Aku takut diaorang balas dendam pada aku ke kalau aku tegur, report etc? Itu aku tak taula. Kalau aku tau siapa yang aku patut report InsyaAllah aku boleh bagi tahu.

Masalah besarnya sekarang, diaorang budak-budak. Kalau aku sekarang ni beromen dengan mana-mana perempuan - aku tau salah aku pada agama, aku tau salah aku pada family, aku tau salah aku pada masyarakat. Aku aware segala-galanya! Tapi bila budak-budak ni diaorang tak tau apa. Fikir seronok je. So umur 13-14 tahun dah macam ni, nanti besar macamana? Susahlah. Aku ada anak-anak, korang pun ada anak-anak. Macamana kita nak jauhkan benda-benda macam ni. Aku runsing memikirkannya.

Aku harap nanti aku kuat semangat untuk tegur. By the way muka mamat tu macam orang asli, aku rasa dia orang asli yang guna voodoo orang asli untuk dapat awek.

Sebab apa saya suka berblog?

Sebab apa yang aku tulis boleh relate dengan orang lain. Kebetulan. Kalau bukan dengan engkau, dengan engkau. Kalau bukan dengan dia di sini dengan dia di sana.

Dari benda simple macam birthday Umar sama dengan birthday anak kawan. Birthday Nawal sama dengan birthday Mak kawan. Kerosakan kereta aku sama dengan kerosakan kereta orang tu. Dan macam-macam lagi sampai ke benda penting pasal cuti bersalin 3 bulan.

Dan bila related aku rasa apa yang aku tulis tu macam dikongsi bersama orang lain lebih-lebih lagi bila ada orang² email aku meluahkan perasaan. Haha..

Ayah, Kita Pergi Taman Kan? (Ulang 1000 kali)

Third entry gambar dalam dua hari?? Kau memang bosanlah Pizli.. Umar sibuk ajak pergi padang main, aku pun bawaklah. Tak menyesal sebab ini antara top 5 aktiviti paling best tahun ni. Ye lame, kalau nak compare dengan aktiviti Cik Bedah pergi New York semata-mata nak beli handbag.

Pergi Taman Awam Nilai lagi, sebelum tu Liza nak beli barang kat Tesco, so kira oklah. Ramai orang petang² siap ada orang main bola padang. Paling menarik perhatian ada Indian auntie ni pakai kain batik je berjogging. Kain batik tapi sports shoe..

Bila aku tau Liza pregnant anak lelaki, aku berangan yang aku akan main bola satu team dengan anak aku. So memang dari start berjalan aku dah train. Pergi padang baru 2nd time sebab sebelum ni padangnya jauh sangat. Biasa main kat rumah je..

Aku dah faham, semua benda kalau buat berkumpulan jadi lebih seronok. Selain aku dengan Umar ada lagi orang main anak beranak macam kitaorang berdua ni. So dia jadi macam bersemangat, enjoy jugakla² siap basah baju berpeluh. Puas hati betul.

Kasut pertama.. Sebab dah boleh jalan sesikit bolehlah pergi taman, kalau tak susahla nak didukung..

Budak kecik tu kalau dah start berjalan memang nak berjalan je sampai orang nak angkat pun tak bagi.

Kegemukan tidak memusnahkan skills, nasib baik..

Dalam pukul 8pm semua orang lapar, letih dan mengantuk sangat². Haha.

Masa Untuk...

Beli Kasut..
(Tak habis² air liur melelehnya, itu kasut Umar yang lama)


Dan beli kasut bola sekali? Hmmm.. Merepeklah kasut bola haha..

Tamatlah sudah process baby Cik Nawal. Habislah saya kena mengejar budak selepas ini. Takpe, exercise. Apa²pun Alhamdulillah..

Taman Awam Nilai - Up Close

Aku bosan, so pagi tadi lepas aku habis lari-lari sikit aku pun ambiklah gambar dan bolehla share dengan orang-orang yang berdekatan Taman Awam Nilai (Pajam, Bandar Bukit Mahkota etc etc). Malam tadi hujan so banyak area yang basah dan macam comot. Tapi tengok je lah apa yang ada, kut menarik perhatian korang.

Selamat Datang! Taman ini mempunyai track larian satu pusingan sejauh lebih kurang 1km.

Parking banyak, jangan risau.

Padang bola, macam biasa rumputnya takdela elok sangat, tapi macam aku muda-muda dulu, sebab dah minat padang penuh batu pun aku main.. Kira oklah nak main petang-petang atau pagi.

Ini dia open gym, nampak macam takde apa, tapi kira oklah. Aku malas nak ambik satu-satu gambar peralatannya. Pada aku cukup memuaskan. Ada papan tanda instruction nak buat senaman²nya.

Aku tak tau apa relevannya, tapi kat sini ada sejarah pasal past prime ministers. Memorial. Ok, ini jugak tanda untuk korang cut separuh perjalanan track larian. Kalau taknak pusing satu taman ikutlah sini, masa korang warm down ke kira okla ikut sini.

Kalau nak bawak anak-anak, ada taman permainan ini, kira okla kan? Petang-petang ok kut sebab kalau hujung minggu aku memang nak anak² aku lambat bangun. Sebab hari biasa diaorang bangun awal. Tapi tadi aku tengok ada jugak parents yang bawak anak² seawal 7.30am.

Ok, ini petanda berapa jauh korang dah lari, atau taknak lari. Macam aku yang gemuk ni, aku buat 300 meter lari, 100 meter jalan, 200 meter lari, 400 meter jalan. Aku buat dalam 5km half lari half jalan. Jadila.. Masa yang dihabiskan pun kira sesuaila untuk orang bekeluarga macam aku ni untuk keluar sendirian.

Batu reflexology. Dia ada dua bahagianla. Aku malas nak bukak kasut so takdelah aku try hari ni. Tapi aku nak tunjukkan memang macam-macam adala kat sini.

Dulu aku pergi ada orang-orang tua buat taichi secara berkumpulan dekat sini. Amphitheater ke orang panggil bahagian macam ni??

Ok, kalau korang ikut jalan tengah tadi, korang macam buang dalam 500 meter. Jalan tengah ni straight. Oh aku lupa nak snap gambar, tapi ada kerusi batu yang disediakan untuk kita melepas lelah. Takdelah banyak sangat tapi cukuplah untuk kita stop berehat sekejap-sekejap.

Ada dua tiga tempat yang macam mendaki sikit. Memang menguji la track dia. Hehe. Ooh nampak tak track separuh hijau dan separuh merah? Ha yang laju larila kat part hijau dan yang slow macam aku ni lari dekat part merah.

Badminton, takraw, basketball. Kalau perasan belah kanan tu ada macam terrace tempat duduk. Dan perasan tak ada lampu, jadi mungkin taman ini dibuka pada waktu malam.

Toilet disediakan.. Bersih aku tengok, kira memang tempat ni dimaintain dengan baik aku rasa, tadi pun ada orang nak potong rumput.

Habis dekat sini, aku pergi Giant beli lauk dan barang². Aku rasa macam seronok sebab masih awal pagi takde orang dan lauk² pun masih fresh. By pukul 10 segala urusan aku dah settle. Tapi anak-anakla bosan tak keluar rumah. Itu cerita lain. Harapnya adalah motivasi nak buat tiap-tiap minggu dengan alasan nak beli lauk tu. Aku pun takdela rasa membazir minyak pergi sini sebab kena beli barang rumah. :-)

Motherfucker² Yang Patut Mampos Terus

Kedai 1Malaysia yang jual barang² murah di kawasan bandar untuk membantu golongan pendapatan rendah. Sepatutnya semua orang happykan? At least ada satu kedai yang orang boleh pergi beli barang murah. Kedai baru start dan baru bukak satu. Inisiatif!

Tapi tak semua orang happy. Ada motherfucker² yang kutuk! What the fuck is wrong with you people??? Barang naik marah. Jual barang murah pun marah??? Ini sebab aku malas jenguk forum, ramai orang² bongok, buta. Buat benda baik pun marah. Apa yang korang nak sebenarnya? Ye aku tengah marah sangat ni. Mendidih darah aku. Somehow orang² ni dah buta. Nampak logo 1Malaysia fobia, tengok nama Najib fobia. Pergila mampos kalau kau rasa kau taknak beli. Ramai lagi yang tunggu peluang macam tu. Kalau kau dah kaya sangat janganlah beli. Bahalol! Memang logo 1Malaysia tu buruk tapi kalau dah murah apa salahnya. Contoh macam aku sekarang beli brand TESCO sebab itu cheaper option for me. Benda yang tak betul korang marah, aku pun boleh marah sekali.. Ini benda elok pun nak marah?????

Ada yang kutuk sebab dia kat stesen LRT, susah nak parking kereta. Dear asshole, having a car show that you don't need this type of bantuan. Faham?? You are not included in their target market. So pergi mampos!!! Pergi MAMPOS!!!

P/s - Sorry kasar, aku memang bengang pada tahap paling maximum.

Bersyukurlah Manusia

Ini saya panggil makanan sederhana berat..

Satu hari tu aku dengan Amir makan dekat kedai mamak, lunch. Kitaorang ternampak ada sorang mamat ni makan nasi lauk sayur sahaja dan air kosong. Bayangkan nasi dia 4 kali ganda banyak dari yang kita biasa makan. Orangnya kurus kering pun. Makan nasi je, sayur tu buat ada rasa lain sikit kut. Aku assume:

1) Dia makan sekali sehari sebab nak berjimat
2) Dia makan banyak sebab kerja berat

Apa²pun aku simpati lebih² lagi bila aku makan sup campur yang ada macam-macam dalam dia Rabu lepas. Aku yakin mamat tu tak peduli pun pasal keadaan politik atau ekonomi negara. Manusia dalam dunia ni ramai dan ada macam-macam ragam dan ada macam-macam nasib.

Blog Besout & Darul ‘Izzah 2

Ingat pasal Pertubuhan Anak Yatim dan Kebajikan Darul ‘Izzah (link)? Pada sesiapa yang tak tau, saya dengan rendah diri ada menyediakan perkhidmatan untuk anda bagi sumbangan ke apa ke secara percuma sebab mungkin anda ada niat tapi takde tempat yang nak bagi atau tau tempatnya tapi jauh. Anda bincang dengan Pertubuhan ini dan kedai bagitau saya nak datang hantar makanan atau apa-apa, saya hanya jadi orang tengah sahaja, tukang hantar. Kalau saya free InsyaAllah.

Fikir² balik dah dua kali buat ni, orang-orang ni bagi duit minyak and tol so saya rasa saya lagi ikhlas kut kalau macam tu. Oklah bagilah sikit duit petrol, biar hati saya takde cakap apa², korang fahamlahkan hati manusia ni, mulut lain nanti setan hasut sikit hati jadi lain so better macam ni.

Ceritanya, tadi dalam pukul 8.24pm selesailah hajat seorang Auntie nak bagi anak-anak yatim Darul Izzah ni makan Wong Solo sempena nak buat tahlil untuk parents dia. Saya dengan family pun merasa sekalilah makan Wong Solo Auntie ni tadi belanja sekali hehe. Auntie ni deal dengan Wong Solo dan Darul Izzah ni so saya just jadi orang tengah mengambil menghantar je la. Tak pernah jumpa pun Auntie ni, dia bank-in duit, kira atas dasar percaya jelah. So kalau anda nak buat macam ni sila email saya: pizlimw(@)gmail.com

Kalau nak sedekah fastfood nanti saya pergila beli, macam KFC tu senang je. Jangan sedekah HTC Flyer atau Ipad 2 sebab nanti saya akan ambik guna sendiri. Kalau nak derma duit, dekat website (link) dia ada cara-caranya.

Khidmat ini dengan rendah diri disediakan sebab kadang-kadang orang nak buat tapi takde channel yang sesuai lagipun saya takde benda menarik yang nak dibuat pada masa sekarang. Seronok jugak to be honest. Adalah sikit aktiviti saya selain ambik gambar anak je siang malam. Dan saya jugak boleh ajar anak-anak saya tentang value kehidupan dengan membawa mereka bersama.

Gambar² di bawah ini lebih kepada nak tunjuk pada Auntie yang hajatnya tercapai dan untuk bagi idea untuk anda yang lain, takde niat lain. Terima kasih. (since Wong Solo efficient ni kira macam promote Wong Solo jugaklah sekali)

Orang Bangi taula kut tempat ni. Janji pukul 8 and saya sampai pukul 8. Spend less than 8 minutes dekat sini.

Wong Solo dah pack elok², kemas dan tolong angkatkan ke kereta. Ye terasa kotak tu panas-panas lagi maksudnya memang dia siapkan on time.

Kat simpang dia ada sign ni, kalau korang nak pergi sendiri, itu alamat dia.

Saya sampai diaorang tengah tahlil. Budak² ni pakai serban semua kemas² mengaji.

Auntie belanja kami. Terima kasih.

Ok ini isi dalam dia, sangat sedap!

Cerita lain ada kat sini - Link

Lecturer Dan Kereta

Aku bekerja di University UK cawangan Malaysia, malas nak tulis nama penuh nanti orang google terjumpa blog ni.

Ok, aku bukan nak cerita pasal U ni tapi aku nak cerita pasal kereta yang lecturer guna. Hehehe. Tak ramai pun lecturer yang pakai kereta mewah. Ini adalah serious. Ada kereta yang lebih kurang kereta aku je. Head of Faculty naik Alza je, foreigner. Aku tak rasala gaji diaorang sikit tapi ada something pasal lecturer dengan kereta yang aku tak berapa nak faham sebab lecturer power dekat tempat Liza kerja pun setakat naik Persona. Mungkin kereta bukan priority diaorang atau mungkin kereta bukan benda yang diaorang nak tunjuk pada orang!

Tapi kalau student² lain pulak. Mercedes 2 pintu, Honda Type-R dan segala macam kereta mahal yang korang boleh imagine ada diaorang guna dekat sini.

Saya, Kawan Saya Dan Orang² Di Facebook

Aku dengan kawan aku kadang-kadang ada mengutuk orang yang suka menunjuk² barang, brand dekat Facebook, contoh:
"Hoi Joe lama tak jumpa, jomla makan dekat Chilis, nanti aku ambik kau naik BMW aku, sebelum tu kita singgah Starhill nak beli handbag Coach untuk awek aku yang sekarang tengah bercuti dekat London. Tadi aku chat dengan dia dekat Ipad 2 aku masa tengah bersiap nak pakai jeans Levis dengan baju Giorgio Armani aku."
Memang too much. Tapi bila fikir² balik memang itu kehidupan dia. Semua benda itu biasa pada dia. Bila fathers day belikan ayah dia barang letak kat Facebook. Pakaikan anak baju mahal ambik tag brand baju tu and tunjuk jugak dekat Facebook. Semua itu biasa pada dia dan kawan-kawan sama taraf dengan dia. As for aku dan kawan aku ni eloklah remove dia dari news feed dan jangan jealous² dan cari dosa kutuk orang. Hahaha.

Pokok Sawit Di Belakang Rumah Teres

Belakang rumah jiran sebelah aku hari tu aku ternampak ada pokok sawit. Aku memang pelikla sebab apahal rumah teres ada tanam pokok sawit. Aku assume diaorang tak peduli pun sebab pokoknya dah besar. Mungkin tak sengaja tumbuh. Mungkin diaorang memang malas nak jaga.

Ahad hari tu aku dengar diaorang (anak dia ramai) membersihkan belakang rumah dia. Bila aku tengok pokok sawit tu dah tumbang aku terfikir, mungkin diaorang sengaja tanam, lepas tu aku terbayang yang wife jiran aku ni masak lemak putih umbut sawit tu. Lepas tu aku saja-saja keluar rumah kut jiran tu hulur pada aku something sambil cakap. "Nah umbut kepala sawit masak lemak"

Tapi takde.. Dan aku sedih.. Dan aku terliur.. Dan aku terbayang² umbut masak lemak sampai ke hari ini.

Tolong Sedekahkan Al-Fatihah Please

Pakcik Aku meninggal accident (link). Aku terbaca tajuk berita ni tadi tapi tak terbaca beritanya. Mak aku nak inform kitaorang tak boleh sebab Celcom problem kat Besout, tak bermakna kitaorang boleh pergi pun sebab mak aku tau pun lambat. So kita tinggalkan je la contact number yang penting dalam wallet in case jadi kes macam ni, cepat polis cari waris. Mak aku sedih gila sebab opah aku baru 6 bulan meninggal, ni adik bongsu dia pulak, muda, kahwin pun belum.

Tolong sedekah Al-Fatihah untuk arwah. Terima kasih.

Usaha Je Lah

Tulis email panjang lebar pada boss tak bawak hasil. Mintak kerja tempat lain pun tak bawak hasil. Kira aku habis belajar 3 tahun kelas malam hari tu masih takde dapat faedahnya. Tapi mestilah aku kena ajar anak-anak aku jangan putus asa kan? Berusahalah anak-anakku walaupun benda itu setakat colour gambar tak terkeluar garisan ataupun sekadar berusaha untuk berjalan.

Tahun depan pergi tadika belajarlah betul², dengan ayah asyik kena marah je.

Takpelah tak cantik, at least matlamat tak keluar garisan berhasil, boleh usaha lagi.

Berusaha.. Confidentla sikit..

Sikit Lagi..

Hooray, akhirnya dah boleh jalan.. Harapnya sebulan lagi jadi hebat dan takde merangkak dah.. Hehe.. Tambahkan keyakinan anda ye Cik Nawal.

Berapa Kali Realistic Target Kau Da???

Kuota kepada gadis² untuk keluar dengan saya bulan 10 nanti masih ada satu lagi kekosongan. Sila email secepat mungkin siapa yang hendakkan peluang keemasan ini beserta photo size 4R. So sambil itu saya kena menyiapkan diri untuk menjadi sangat presentable nanti. Ok cukup mengarut.

Diharapkan masa 1st Syawal hilang 6-8 kilo. Ini realistic target. Bulan puasa buat dalam rumah je. Diharapkan motivasi tak hilang lagi kali ni. Janji pada diri sendiri at least 3 kali seminggu. Okla 2 kali seminggu sambil jaga makan sesikit.

Ibu Susuan dan Kejahilan Saya

Selama aku hidup ni aku pernah dengar pasal ibu susuan, tapi memang setakat itu je lah yang aku tau. Aku tau ianya wujud sahaja. Bila ada artis² ambik anak angkat and berusaha nak makan ubat untuk bagi keluar susu sebab nak menyusukan anak angkat dia tu, aku pun pelik. Apahal minah ni? Aku assume orang yang jadi ibu susuan ialah seorang ibu, bukan anak dara.

Jahilnya aku bila aku baru tau yang ibu susuan rupanya boleh jadi muhrim. Hehehe. Jadi kat anak beranak adik beradik sendiri baru la faham.

Rumah Orang Tua Pada Pandangan Saya

Biasanya yang jadi kes masuk TV dan orang tua bagi ucapan masa hari raya nangis² sedih ialah sebab orang-orang ni hantar mak ayah masuk situ lepas tu terus tinggal tak datang melawat. Itu memang anak-anak jahanam. Lepas tu ramai orang akan beranggapan hantar masuk rumah orang tua ni maksudnya anak-anaknya jahat. Aku jugak pasti mak bapak aku pun beranggapan macam itu.

Untuk aku personally, aku tak kisah pun kalau anak² aku hantar masuk situ asalkan:

1) Selalulah datang melawat.
2) Sebulan sekali bawak balik rumah diaorang.

Kira macam duduk asramalah. Gilir²lah anak² ni melawat atau bawak balik. Siapa anak ramai untunglah. Tapi percayalah, dua benda ni je pun dah perlukan komitmen yang sangat tinggi.

Walaubagaimanapun, bila di situ:

1) Aku ada kawan².
2) Ada orang yang akan jaga aku.
3) Aku tak sunyi.
4) Makan pakai terjaga

Sebab aku tak kisah masuk situ?

Sekarang ni suami isteri kerja, so buat apa aku nak duduk rumah anak sorang²? Nanti diaorang pun ada anak², stress dengan kerja dengan family sendiri lepas tu nak jaga aku pulak, boleh huru hara rumah. Kalau ada maid atau nurse yang boleh jaga kita nanti dan duduk rumah anak sekali aku rasa itu paling ok, tapi itu semua perlukan cost yang tinggi dan kalau anak-anak kita mampu aku rasa takpelah kut.

Apa²pun kita doa jelah semuanya baik. Itu pasalla orang cakap hal anak² ni kita kena pastikan diaorang jadi "manusia" dulu lepas tu baru sibuk hal lain. Mungkin kita kena close dengan anak so that mana tau instead of sebulan sekali, diaorang melawat seminggu sekali or bila dah ada akhlak lepas tu ilmu bagus, duit banyak, diaorang mampu sediakan kita penjaga dan duduk sama-sama rumah diaorang dan bila hilang penat lelah diaorang bekerja diaorang sembang² dengan kita sebelum tidur macam kita buat dengan diaorang sekarang masa diaorang kecik.

Untuk sekarang apa yang kita boleh buat hanyalah berdoa, sebab kalau anak tak ingat kita, takut nanti kita muncul di TV bagi ucapan masa pagi raya dari rumah orang tua. Nauzubillah..

Tablet Idaman

Aku kerja di bidang IT. Kawan² aku pun sama, wife aku pun sama. So dari mereka² ni lah aku banyak dapat info pasal teknologi dan buat aku marah diri sendiri sebab tak boleh beli lagi.. Kadang² memang aku harap aku tak tau apa² pun pasal teknologi ni. Ini sebab dah hidup dalam bidangnya, aku memang dilambakkan dengan benda² ni. Sebagai manusia biasa aku akan terus berangan. Tengah sibuk cakap kat Liza aku teringin Ipad 2 hari tu Liza cakap.


"Ipad2 tak bolehla tengok Youtube.. Slideshare tu pun tak boleh tengok". Youtube boleh tengok guna application tapi slideshare (orang elearning taula) memang tak boleh rasanya. Yang buat aku terus terfikir pasal HTC Flyer yang Jihan tunjuk pada aku hari tu. Memang hebat betul teknologi. Hari ni Hari Bapa kan? Bestnyala kalau dapat ni sebagai hadiah hahahaah..

Pantau Kenaikan Harga Yang !@#$%^

Masa harga minyak and electric naik hari tu yang orang kerajaan ni cakap akan pastikan tidak ada kenaikan barang, nak pantau. Aku assume diaorang hanya pantau barang dekat kedai sebab harga roti yang obvious gila ni ada tanda harga naik 20 sen sebungkus takde siapa pun peduli. Kalau tengok nilai 20 sen tu memangla sikit, tapi logik ke satu bungkus naik 20 sen sekaligus?? Benda macam ni semua orang tutup mata.

Yang pasal pantau tu bapak aku cakap, "Kome dekat sana takpela ada orang pantau, keme yang dalam kampung ni siapa yang nak memantaunya.. harga naik bayor jelah" Ha itu lagi satu point yang tepat, bila dalam kampung² lepas tangan.

Kalau setakat cakap bagi ingatan macam ni and masuk paper bagi orang sedap hati baik tak payahla woii..

Maafkan Pakcik, Along

Seminggu dua ni aku agak bengang dengan si Along sebab influence anak aku benda yang aku tak berkenan dekat nursery dan aku agak pelik kenapa Along tak pergi tadika masa umur 5 tahun.

Rupa²nya Along memang dah pernah ke tadika, tapi sebab dia nakal sikit owner tadika tu (lelaki) sudah tonjol, tolak kepala si Along ni tadi sampai trauma nak ke sekolah lagi. Dekat kawasan perumahan kitaorang ada forum dan memang orang bagitau benda tak elok je pasal tadika tu. Dengan kes Along ni lagilah aku hangin, apa jenis manusia belasah budak kecik tapi bukak tadika. Kesian budak tu.

Apa²pun Along, maafkan Pakcik sebab bersangka buruk. Main jelah dengan Umar tu andai main dengan Umar boleh buang trauma nak ke tadika pada tahun hadapan. Cewah.. jangan satu tadika dengan Umar sudah

Budak Mengada Memilih Susu

Masalah besar kami dalam membesarkan Nawal ialah dia refuse susu formula dan sambil itu bekalan susu badan Liza berkurangan (dah setahun lebih dah pun). Gunalah trick macamana pun, bila dia bau je itu susu formula memang terus dicampak je la botol tu. Aku nak marah sangat pun tak boleh sebab memilih makanan ni memang menurun perangai aku seratus peratus.

So memang susahlah nak tinggalkan Nawal ni lama² dekat orang lain sebab takut susu tak cukup. Masalah besarnya ialah bulan 10 ni Liza akan ke luar negara selama 4 hari. Macamanalah hidup aku masa tu nanti?

Macam-macam petua dah buat, minum air longan keringla apala. Pegaga semalam tu pun konon²nya boleh tambah susu. Cuti semalam Liza beli satu herba ni dan tak tau lagi macamana hasilnya. Kalau menjadi dan berhasil aku akan war²kan sebab blog aku ni rasa ramai perempuan dah kahwin rasanya.

Aku memerlukan herba yang tepat sebab aku taknak seksa menjaga budak yang kekurangan susu masa Liza takde nanti. Kalau ada bekalan susu yang cukup, bolehlah aku tinggalkan anak aku dekat mak mentua dengan senang hati. Masa empat hari tu nanti bolehlah aku gunakan untuk keluar tengok wayang dengan gadis². (Siapa yang berminat sila email saya secepat mungkin, hanya 4 orang sahaja yang layak menikmati peluang keemasan ini.)

Dan sambil² tu kalau korang ada petua nak tambah susu tolonglah bagitau. Kalau tak haram dari segi agama InsyaAllah isteri saya cuba. Terima kasih in advance.

(isteri saya akan baca cadangan anda diruangan komen)