Wednesday, June 29, 2011

Nikmat Dunia

Restoran ni dekat Giant Nilai, 9 Avenue. Dia ada set-set makan mengikut hari dan hari Selasa dia ada gulai nangka, ayam goreng kampung, sambal ikan bilis tempe dengan kacang.

Aku tak tau kenapa, tapi memang sedap ya amat lauk yang aku sebut tu tadi. Memang nikmat sangat²la makan sini. Sembal tempe tu siap beli extra. Mungkin gulai nangka dia memainkan peranan jugak kut.

Apa²pun aku rasa dalam sejarah aku makan kat kedai inilah makanan yang buat aku rasa puas. Jenis macam tak cukup-cukup dan masa membayar siap boleh senyum dan aku yang cakap terima kasih pada dia. Kalau korang tekak kampung macam aku maybe boleh tryla kut.

7 comments:

Chik Att said...

lama tak makan nagka masak cili api ./.... huhuu

d_tieah said...

Wow.. Ade tempe! Paling suka kot.. Ngee :) Tekak ni memang kampung bang.. Kalo spaghetti memang tak masuk..

Yana a.k.a Noni said...

Masakan kg memang mabeles...tiada tandingan..teringat pulak masakan mak..nangka masak lemak lada hitam...ermmmmm...soooodap:-)

suhida said...

:) pagi2 baca entry ni wat aku sengih sorg2.

pizli said...

Chik Att - Ha yang saya makan tu gulai lemakla hehehe..

d_tieah - Ha, ni combination ikan bilis kacang dan tempe sangat sesuai dengan citarasa..

Yana a.k.a Noni - Haah, memang mabeles hehe..

suhida - Ha kenapa pulak? Nak pergi masakla tu..

mama_QnR said...

incik pizli

* nangissssss...... *

pizli said...

jangan.. jangan hahaha..