Malaysia vs Singapore (1-1)

1. Malaysia macam hilang arah bila Safiq dengan Norshahrul takde. Main ok² je lah.
2. Player Singapore ada 5 orang imports ye. Dan Malaysia seri. Bukan kalah. Itu fakta.
3. Player Singapore berlakon sepanjang permainan, macam kena tembak cederanya. Itu ganggu rythm.
4. Ooh first time aku tak marah orang baling botol masuk padang, sebab player² yang berlakon injured (sangat melampau ok) memang patut kena tikam terus.
5. Khairul Fahmi Che Mat adalah goalkeeper yang paling hebat di Asia. Pleaselah main dekat league lain.
6. Cakap pasal league lain, masa Malaysia menang AFF hari tu, ramai player muda yang baru lepas balik dari league Slovakia. Sekarang diaorang main league Malaysia dah menurun.

Oklah kita tak layak tu tak penting. Yang penting ialah bila korang berada dekat stadium tu, atmosphere adalah sangat electrifying? Haha, aku pun tak tau betul ke tidak description tu. 90000 orang bersatu. Bayangkan!! Aku syok bila buat Mexican Wave dan masa angkat bendera dengan cakap.. "Ooooo, Malaysia, Malaysia". Seronok wa cakap lu sebab selama ni aku pergi stadium tak pernah penuh pun.. Hehe..

By the way, aku nasihatkan korang ambik air sembahyang siap² dari rumah, nanti senang terus je sembahyang. Nanti aku nak pergi lagi InsyaAllah. Ooh setelah setahun berhenti merokok, aku rasa aku dah "kuat" bila dikelilingi dengan orang merokok.

Takde Mood Nak Buat Apa Dah


Good Luck Malaysia!!

Etika

Aku cakap nak beli jersi dengan Nassir hari Ahad lepas and dia cakap kena check dekat stor dia dulu dan akan bagitau sebelum match day.

Hari Isnin Liza cakap ada student dekat office dia jual dan boleh dapat masa tu jugak.

Tapi aku taknak sebab aku dah cakap dengan Nassir.

Hari ni Nassir cakap stok takde dalam stor so barulah hari ini aku mintak Liza beli dekat student tu.

Ini adalah etika dalam jual beli yang perlu dicontohi.

Walaupun yang student tu jual bukan grade Triple A (tengok bendera pun dah tau) macam jersi Nassir dan mark up harga 2 3 kali ganda dari peniaga biasa. Damn! Asyik aniaya aku je kome ni. Ha mark up harga time benda laku adalah etika yang agak lahanat jugak. Haha.

Cuba korang buat contest menang jersi original, confirm aku masuk hahaha.. Jangan lupa doa Malaysia menang, ok?

Doalah Malaysia Menang

Ticket dah dapat. Terima kasih Amir dan kawan dia yang tolong belikan. Ye aku nervous. Aku juga realistic, Malaysia ada harapan untuk kalah jugak sebab macam orang ramai cakap Bola Itu Bulat.

Siapa yang baca blog aku dari tahun 2005 taulah aku memang passionate pasal team Malaysia. Zaman bolasepak Malaysia bagus dulu aku belum lahir lagi, so sekarang tengah ok sikit baiklah aku enjoy the moment sebab aku takut bila bola Malaysia akan jadi lagi hebat nanti time aku pun dah takde kut.

Apa-apa pun kalau Malaysia menang kita akan masuk group. Maknanya kalau campur dengan team Olympic kita yang dah confirm masuk group jugak, kita akan ada 12 international matches dan 6 perlawanan di Bukit Jalil. Itu yang aku nak sangat menang tu. Football Fiesta..

Doa menang please..

Abu, Ani & TV

Hubungan Abu dan Ani agak tegang sejak kebelakangan ini kerana masalah Ani yang suka tengok DVD Korea dan Abu yang suka tengok rancangan sukan di Astro. Sudah seminggu mereka tidak bertegur sapa. Andai kata Ani tengok DVD Abu akan duduk melayari internet dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga sudah tidur berasingan. Walaupun begitu dalam hati masing², mereka ingin berbaik semula tetapi masing² ego.

Ani agak tertekan pada pagi tadi dan bengang kereta tidak dapat bercerita masalah kerja kepada Abu, jadi Ani menunggu sahaja masa yang sesuai untuk "meletup", dan sebelum pergi kerja pagi tadi:

Ani: Hah, awak tengoklah bola tu sampai tengah malam lepas tu tak off Astro tu.
Abu: Eh saya offlah, awak nak marah² ni kenapa??
Ani: Ha tengok tu, channel 812 tu. Kenapa tak off? Membazir je.
Abu: 812 apa pulak?? Itu jamlah!! Pukul 8.12 a.m.

Lalu mereka berdua ketawa sesama sendiri dan dengan serentak menelefon office untuk mengambil emergency leave dan mereka menghabiskan masa sehari untuk "bersama".

Moral: Kalau rabun pakai spek.

(serious aku takde idea dah dengan blog ni, rasa nak tutup pun ada)

Before & After Drugs

Aku rasa by now semua orang tau yang Amy Winehouse dah mati. Mati tu aku takdelah kisahkan sangat. Yang aku kisahkan ialah kesan pengambilan dadah. Tengok gambar before and after drugs dia tu. Wasted betul!

Aku ada kawan penagih. Kalau aku tak keluar dari kampung aku hari tu pun agak-agaknya aku pun menagih sama. Dadah ada kat mana-mana sahaja. Tapi sekarang aku yakin orang dah sedar kesan buruk dadah dan benda ni dah kurang sikit kut. Apa-apa pun harapnya dadah takde pengaruh sedara mara kita, darah daging kita.

Kasih Sayangku Sampai Ke Mati

Aku dengan Umar sekarang dah melampau rapat. Mandi, main game, sembahyang, tidur semua sama-sama. Ini sebenarnya masalah sebab kitaorang dah tak boleh buat benda tanpa each other.

Jumaat malam last week aku pergi main futsal, tapi hati aku tak lalu nak tinggalkan dia dan end up kitaorang berempat pergi dekat tempat futsal tu. Benda ni tak baik sebenarnya sebab nanti dia too depending on aku dan aku pulak akan lemah longlai kalau dia takde.

Aku rasa maybe kena ubahla, maybe aku patut buat aktiviti tanpa dia jugak macam pergi swimming ke dan main futsal tu dia tinggal je la kut. Lama-lama biasalah harapnya.

Bila aku tengok kes jiran bercerai dan wife dia sedaya upaya tak bagi husband dia jumpa anak² aku memang marah sangat. Sebab pada aku, kalau anak aku takde, tak dapat jumpa, lebih baik aku mati to be honest.

Manalah Aku Tak Sayang Company Ni

Durian Party Y'all! Dekat office kitaorang ni ada ladang durian. Sampai berdarah jari aku luka kopek durian hehe..

Kemalangan Boleh Berlaku Di Mana² Dan Dengan Cara Berbeza-beza

Semalam kitaorang pergi Tesco, masa aku nak ambik troli kat tempat yang bersusun banyak tu ada pekerja Tesco ni tolak masuk lagi troli dari belakang. So troli yang paling depan ni bergeraklah dan langgar aku. Masalahnya troli ada 3,4 baris dan macam kucar-kacir dan ada yang terlanggar ke dinding terus.

Langgar aku takpe lagi sebab aku gemuk macam seladang, masalahnya anak aku si Umar ada kat tepi dinding tu tadi dan terperangkap. Alhamdulillah dia tak kena crush dengan troli² tu dan tak kena pun, just terperangkap. Aku tahan je troli tu sebab risaukan anak aku. Sampai sekarang aku terbayang, apalah nasib anak aku kalau kena himpit dengan troli² tu semalam.

Apa-apa pun ini pengajaranla. Kat mana-mana pun kena berhati² dan aware dengan surroundings. Sebab malang memang tak berbau dan tak dapat detect.

Nak Pergi Stadium dan Si Pencekik Darah

Malaysia kalah 3-5 dengan Singapore kat sana. Apa bendala defender Malaysia ni, dulu hebat sekarang kucar kacir. Mungkin penat kut atau nervous sebab muda-muda lagi. Apa-apa pun aku nak pergi stadium, dengan penuh semangat untuk 2nd leg ni dekat Bukit Jalil.

Kalah pun takpe kut. Tuhan jelah yang tahu betapa if ikut hati aku nak je aku pergi kedai Nike bila gaji masuk nanti sebab aku ada sikit perangai patriotism tak tentu pasal yang mana kalau libatkan negeri atau negara aku naklah dapatkan yang terbaik atau dalam kes ni original. Harga jersey tu cekik darah RM199, dan bulan depan puasa dan nak raya kenalah ada baju baru walaupun sehelai kut kan? Dengan RM199 boleh dapat baju aku dengan baju Umar sekali, so aku lupakan jelah niat aku tu, not to mention nak ganti brake pad kereta untuk balik kampung nanti. Arghhh benda-benda ni buat aku benci hari raya even more.

Nanti kalau ada bonus jelah kut aku beli, siap letak no 39 dekat jersey tu dan letak nama aku hahahaha..

Ok, so sekarang aku nak cari 2nd best option which is "Triple A Grade" Imitation Jersey. Kalau korang tau nak beli kat mana please bagitau aku, aku perlukan sebelum Khamis. Please.. Online pun takpe kut asalkan dia boleh courier dan sampai sebelum atau pada hari Khamis. Tolong aku!

Ulam Baru

Memandangkan petai mahal aku beralih kepada pegaga. Ok jugak, sedap bila cicah sambal tempoyak dan susu Liza pun bertambah katanya.

Aku cuba tanam ni, tapi aku tak harap sangatlah sebab tanah belakang rumah keras dan tak luas. Apa-apa pun aku cubala dulu. Diaorang jual seikat seringgit dan lepaslah makan dua kali.

Aku Yang Beria Nak Jersi Malaysia, Dia Jugak Yang Dapat

Sorry, bila aku nampak kat pasar malam tadi, aku tak boleh resist nak belikan. :D

Malam Jumaat (18SX)

Kawan-kawan aku, tak kisah lelaki ke perempuan mesti akan memberi priority atau akan mention² pasal malam Jumaat. To be honest walaupun aku dah dekat 6 tahun kahwin aku takdelah menjadikan malam Jumaat satu hari yang special. Kelebihan dia pun aku tak pernah ambik tau.

Masa dah ada anak² ni lagila. Hahaha. Ooh, ini memang pasal hubungan kelamin.

Kerja

Walaupun aku ada Diploma and Degree in Multimedia, aku bukanlah hebat sangat dalam bidang itu. Yes, aku boleh design, aku boleh tulis code dan aku boleh buat video. Tapi semuanya kalau nak digradekan maybe setakat B sahaja bukan A+. Video mungkinlahla A.

So sebab itu aku tidak yakin untuk cari makan dekat tempat lain. Kalau boleh cari makan pun waktu kerjanya tak macam dekat sini. Pendek kata mesti takde life. Dan aku tak apply kerja lain pun lebih kepada ketidakyakinan diri sendiri sebab aku sedar siapa aku.

Tapi since 2 tahun yang lepas aku dah involved in e-learning. Di e-learning ada jugak benda multimedia tapi ambik sikit² dari media² yang ada dan ia menjadikan satu career yang paling sesuai untuk aku fit in perfectly. To be honest ianya bukanlah satu benda yang aku suka sangat sebab kerja ni kena interact dengan ramai orang. Tapi mungkin itu baik untuk aku sebab aku memang anti sosial.

Apa-apa pun kira e-learning ni akhirnya bagilah hala tuju pada hidup aku. Kira kalau aku nak ambik master aku taulah master apa yang nak diambik. Kalau aku nak apply kerja tempat lain, aku taulah kerja apa yang aku nak apply. Dan aku bersyukur sebab aku tak payah pening atau risau lagi pasal kerja sebab inilah kerja yang paling sesuai walaupun gajinya tidaklah seberapa. Tapi kadang-kadang kita bukan kerja untuk gaji semata-mata. Banyak lagi faktor lain.

Kalau Korang Nak Buat Pahala

Dekat rumah aku ada jawatankuasa yang tengah bertungkus-lumus nak mendirikan Masjid. So diaorang tengah nak cari fund, dan aku letak sini manalah tau kalau korang nak menderma. Jangan risau, Masjid ini sangat diperlukan sebab tempat kitaorang memang takde masjid, bukan bertujuan nak menunjuk² dengan bina masjid puluhan juta ringgit atau nak menambah masjid yang ada, tidak.. Ini adalah satu keperluan yang sahih. Ini details kalau korang nak derma.

Alhamdullilah, adalah dimaklumkan nombor akaun bank :

MASJID AT-TAQWA BANDAR BUKIT MAHKOTA

Nama Bank : BANK ISLAM MALAYSIA

No Akaun : 1601801-001547-2

Kalau korang guna online banking dan tak boleh, maybe boleh buang - dekat At-Taqwa tu jadi At Taqwa sahaja.

Perfect Life

Kadang-kadangkan ada satu benda je yang memisahkan hidup kita perfect atau tak. Contoh:

1) Kalau takde hutang credit card hidup dah perfect
2) Kalau ada anak hidup dah perfect
3) Kalau badan hilang 15kg hidup dah perfect
4) Kalau dah kahwin hidup dah perfect
5) Kalau dapat jersi Malaysia hidup dah perfect

Dan beberapa contoh yang korang boleh fikirkan. Aku rasa perfect mungkin susah manusia ni nak dapat so Tuhan bagi setakat almost perfect je biar ada rasa nak berusaha atau rasa insaf sebab diuji? Betul ke? Pandai² kau je ni Pizli. Hehe..

Malas Nak Cuti Unless Terpaksa

Aku malas nak cuti melainkan betul-betul terpaksa sebab satu je. Sebab kena isi borang hard copy lepas tu kena masuk bilik boss mintak sign.

Bukan apa, bila dah masuk bilik boss tu nanti adalah benda-benda lain yang dia tanya dan to be honest aku memang malas sangat. Paling tak suka bila EL dan MC la. Berat betul.

Aku harap tak lama lagi company aku ni buat online system. Aku agak mesti korang semua ada sistem kan?
______________

Yusri, tak jumpa RM300 lagi, game minggu depan, macamana nak share bagi kau seratus ni??? Hahaha..

Nasi Lemak Sedap Yang Sombong

Hari tu aku ada cerita pasal nasi lemak sedap sebungkus RM1.20. Aku dapat merasa sekali je. Lepas tu aku try pergi 3 kali tapi takde dengan alasan:

1) Habis.
2) Tak hantar nasi kat restoran hari tu sebab ada orang tempah untuk bagi surau.
3) Belum hantar lagi ke restoran.

Dah 3 kali takde jugak aku pun decided untuk melupakan terus nasi lemak sedap tu.

Aku ada alternatif nasi lemak sedap lain tapi mahal sikit sebab nasi lemak tu lagi sedap bila tambah paru dan telur mata. Tapi tak boleh selalu paru tu dan dia ada dekat Pasar Malam Taman Semarak Nilai. Bolehla sekali sekala dan confirm lah ada, takdelah aku kena dua tiga kali datang dan disappointed bila orang tak serious berniaga.

Nasi lemak yang kitaorang buat sedap, tapi nak dapatkan sambal yang perfect tu susah sedikit. Kalau ada recipe sambal tumis sedap please bagitau. Terima kasih.

Pengalaman Kereta Takde Aircond

Dah 2 bulan kut kereta aku takde aircond. Aku tak bawak pun pergi bengkel tanya berapa harga nak repair sebab takut nanti aku lagi stress, aku assume mesti 6-7 ratus punya. Aku biarkan je. Apa²pun ini pengalaman aku:

1) Kalau kereta bergerak takdelah panas sangat sebab dapat angin bila bukak tingkap.
2) Kalau berhenti kat traffic light memang agak rimas.
3) Segala jenis bau dapat dihidu sepanjang perjalanan, boleh pening.
4) Bunyi bising engine kenderaan lain agak kuat.
5) Tak dengar radio sangat so macam takde point bukak radio.
6) Kalau pakai kemeja boleh berpeluh so digalakkan pakai t-shirt.
7) Hari hujan adalah yang paling teruk sebab kena tutup tingkap dan aku akan rasa terperangkap nak lemas dalam kereta sebab bahang.

Tapi takdelah teruk sangat sebenarnya sebab aku tak menempuhi jalan jam so aku masih boleh bertahan lagi. Hehe.

Pukul 12 Malam

Aku selalu marah Umar kalau dia taknak buat apa² macam belajar menulis atau melukis dengan menggunakan ayat ni:

"Ha tak payahla tulis, nanti sampai besar tak tau, biar cikgu marah"

Malam tadi dia nak ikut aku sembahyang. Masalahnya dah nak pukul 12, aku pun suruhla dia tidur tak payah sembahyang, nanti lambat esoknya nak pergi nursery. Aku tau benda elok tapi nanti aku takut dia tak cukup tidur. Lepas tu sambil merajuk peluk tubuh dia cakap:

"Nanti kita sampai besar pun tak tau solat sebab kecik-kecik tak solat"

Aku pun ketawa dalam hati dan cakap, "Ha jomlah, jomlah"

Bola! Bola! Bola!

Sekarang ni memang tengah hype pasal bolasepak Malaysia. Aku follow bola Malaysia secara bersungguh-sungguh sejak Piala Merdeka 2001 tak silap aku. Kira memang kenal semua playerla. Tahan jelah telinga aku orang kutuk-kutuk team Malaysia selama 10 tahun.

Tahun lepas kita menang Suzuki Cup dan nampaklah team kita sekarang ni agak baguslah jugak. Kalah pun kalah melawan. Aku tak rasa kita akan layak olimpik dan world cup tapi jadilah untuk kita berhibur dengan sukan rakyat paling popular ni. Tahun ni memang puasla orang Malaysia tengok main, banyak gila games.

By the way player idola aku sekarang ialah K.Gurusamy, dia main defensive midfield untuk team under 23. Tak taulah kenapa aku suka sangat tengok player yang main defensive dari yang main attacking sekarang ni. Apa-apapun dari game Arsenal dengan Liverpool hari tu kita taulah yang defender Malaysia kena lebih focus. Aku tau diaorang boleh buat sebab diaoranglah yang main masa menang Suzuki Cup tahun lepas.

Sabtu ni world cup qualifier 2nd round. Lawan Singapore yang penuh dengan pemain import. Bongok! Kalau menang bangga ke rasa diri tu? Pelik betul aku perangai ambik import player macam ni. Dan 28th hari ni 2nd-leg main kat Bukit Jalil. Aku nak pergi. Sorang-sorang pun takpe. Kalah pun takpela kut asalkan aku dapat pergi sambil-sambil tu aku doa terjumpa duit dalam 200 ringgit sebab aku teringin sangat jersi Malaysia yang biru tu.

Saya Dan Naik Pangkat

Lepas SPM dulu aku tak dapat apa² tawaran institusi pengajian tinggi so aku pun kerjalah sementara jadi pembantu pejabat dekat S3curities C0mmissi0n. Kerja photostat benda dan lipat surat. HR manager company tu suruh aku belajar jalan² kat KL supaya nanti aku boleh apply jadi pekerja tetap dan boleh pergi hantar surat jadi despatch. Dulu aku tak terfikir, tapi sekarang aku baru terfikir kenapalah dia tak motivate aku belajar lagi ke apa ke kan? Ok lupakan.

Dalam setahun lepas tu ada team leader dekat situ mintak aku belajar key in benda-benda masuk dalam sistem. Ha masa tu aku tulis email dekat boss mintak naik pangkat dan aku dapatlah jadi kerani hehehe. Aku tulis ni bukan apa, aku teringat hari tu aku tulis email jugak dekat boss. Maknanya dah dua kali lah aku buat perangai mintak naik pangkat guna email.. Doakan aku dapat berita baik dalam seminggu dua ni ye? Amin..

By the way aku dapat offer politeknik tak lama lepas tu tapi sebab aku dah give up engineering aku tak pergi dan aku pergi belajar multimedia tempat lain.

Issue Di Pagi Sabtu

Aku sangat suka waktu pagi yang malam sebelumnya hujan. Aku juga suka tengok pokok² yang aku tanam menghijau. Aku boleh tengok sahaja pokok² tu tanpa buat apa-apa selama beberapa minit.

Tukar tajuk, aku anti photographer poyo. Kat facebook ramaila ni. Dan aku jugak anti model wannabe. Just nak bagitau sekarang dah ada model-model jalanan ni yang bukak baju terus. Yes, ambik gambar nampak breast samar² tapi muka tak nampak konon artistic sambil tu dalam hati cakap, "yes aku photographer hebat" dan model tu pun bersorak dalam hati "ini gambar aku paling cantik".

Aku bukan photographer dan camera aku pun cikai. Tapi aku suka upload gambar² kat facebook dan aku upload tu gambar berkaitan diri aku la bukan nak tunjuk aku pandai ambik gambar sebab obviously aku nak fokus pun tak pandai. Dan disebabkan aku ambik gambar suka-suka ni aku betul-betul tunggu photographer² poyo ni komen gambar aku, kutuk tak fokus ke apa ke sebab lepas tu aku nak maki dia balik macam: "Woi aku bukan photographer gambar bogel macam kaula, tak payah komen²." Memang macam bodoh dan jahat tapi aku memang betul² tunggu benda tu. (Kau memang ada issuela Pizli!)

Buah limau dah semakin besar, dan aku tak rasa aku akan guna semua. Pokok tu berbunga lagi. Kalau betul-betul banyak boleh bagi orang je. Boleh guna buat air asam.

Pagi² dah buat kerja.

British Accent 2

Aku lupa nak cakap yang cerita Harry Potter pun buat aku start minat British Accent. Movie dia yang awal-awal aku tengok wayang, lepas tu bila dah beranak pinak beli DVD dan nak akhir-akhir ni tak tengok langsung pun filem dia. Apa²pun boleh dicakapkan Harry Potter memang top la bila masuk bab filem² yang aku suka.

Nanti bila dah keluar DVD untuk movie last ni aku nak pergi cari full collection dia, tak kisahla original atau cetak rompak dan aku akan mintak cuti sehari lepas tu layan cerita dia dari filem pertama sampai habis dari pagi sampai petang.

Kenapa Saya Sudah Jarang Pergi Ke Kedai Makcik Batu 3

Kedai Makcik Batu 3 adalah kedai yang menyediakan sambal dan kuah kari yang paling sedap dalam dunia. Sambal untuk nasi lemak dan kuah kari untuk roti canai, tapi kuahnya ada kadang-kadang je. Dulu aku makan situ setiap hari sampai berat aku naik almost ke 90kg. Tapi bukan berat badan yang buat aku stop makan di situ.

Selalu kalau kita pergi ke kedai yang budiman, bila harga makanan RM6.10 atau RM7.40 mereka akan berkata, "Takpelah, RM6 je" atau "RM7 je dik, kira halal lah". Ada kan peniaga² yang macam ni. Tapi bayangkan bila Makcik ni tidak akan cakap macam tu tapi kalau kita bagi lebih 10 sen dia tak pulangkan.

Katakan harga makanan RM6.10 aku bagi RM6.20 dan dia takkan pulangkan balik 10 sen tu tadi. Ambik duit dan terus pergi. Kira terbalik, kita pulak yang sedekah pada dia padahal kita makan dekat kedai dia hari². Dia tengok duit tu dan macam cakap dalam hati "Ala, 10 sen je, kita dah kenal lama, makcik ambik je lah ye?" Dulu aku ingatkan dia silap tapi bila dah jadi banyak kali memang confirmlah cara dia macam tu.

Memandangkan aku bukan jenis cakap depan-depan, aku tulis kat sini and aku hanya makan di kedai dia sekali sekala dan masa bayar bagi duit cukup-cukup. Macam ini punya orang pun ada ka???

Sampai Hati Bini Aku

Tempat aku tinggal ni ada dua bandar berasingan sebelah menyebelah. Dua minggu lepas aku tak sengaja beli nasi lemak bungkus RM1.20 dekat satu restaurant yang letaknya di bandar sebelah bandar aku. Bandar konon, bandar koboi adalah rumah aku ni, yang sebelah tu memang majulah.

Ok, nasi lemak tu pada aku adalah sangat sedap. Simple tapi sedap. 5 bintang terus aku bagi. Baru-baru ni aku pergi dan nasi lemak tu dah habis. Orang restaurant tu cakap "Nah awak ambik no ni, kalau awak nak, call saya.. Nanti saya simpankan" Aku rasa kes-kes sampai bagi no telefon ni ada dua possibilities sahaja.

1) Perempuan tu tengah nak perangkap dan mengorat aku jadi boyfriend dia.
2) Nasi lemak tu sangat sedap sampai orang berebut ke tahap kena book dulu.

Pendek cerita semenjak kes nasi lemak habis tu aku teringat-teringatla kesedapannya. Sekali Liza balik dari kerja semalam dia bawak roti butter toffee untuk dinner yang pada dia sedap dan ada jual dekat satu kedai dekat bandar sebelah tu jugak untuk kitaorang anak beranak. Sanggup tu dia pergi singgah beli roti dia tapi tak teringin pun nak call aku tanya nak ke tidak nasi lemak sedap tu.. Sampai hati dia..

Mungkin menjadi boyfriend kepada pekerja restaurant yang jual nasi lemak tu tadi satu option yang bagus untuk aku pada masa ini.

Sekarang, Aku Curahkan Kasih Sayangku Kepadamu

So selepas tidak memberikan perhatian kepada kucing-kucing, aku pun mulalah projek baru. Projek ni aku panggil "My Little Garden". Baru start tanam dan nampak macam ada potensila nak membesar dan memberikan hasil pada kami sekeluarga. Nanti 3 bulan lagi kalau betul-betul hidup aku akan perkenalkan satu persatu. Sambil-sambil tu doakan diaorang hidup dengan sihat supaya aku ada aktiviti sampingan untuk mengeluarkan peluh, nak berjogging pun sekarang ni jerebu, nanti sakit buat apa. Ni antara pokok yang ada.

Pleaselah hidup tanpa sebarang masalah dan bagila kami hasil satu hari nanti. Masa tu nanti aku ambik gambar korang yang fokus bebetul. Hehe..

Demonstrasi Akibat Penindasan

Aku hidup kat Malaysia ni senang. Makan cukup, tempat tinggal ada. Kalau susah pun sebab salah sendiri, bukan salah pemerintah. Aku bukan macam sesetengah orang yang tak naik gaji salahkan kerajaan walaupun kerja swasta. Kena saman sebab bawak laju 200km/j salahkan kerajaan. Hari kemarau salahkan kerajaan. So bila kerajaan punyai flaws yang aku nampak, kadang-kadang aku tutup mata sahaja sebab dia tak kacau aku directly. Maksudnya aku tak rasa tertindas sangat. Aku senang, kau senang nak apa lagi? Dan andaikata kalau parti baru ambik alih adakah mereka akan betul-betul berkhidmat dan tidak mengulangi perangai yang sama dan adakah aku personally akan mendapat benefits secara direct? Dan adakah kelebihan kaum aku akan terjaga? So aku tak terniat nak pergi berdemo. Ok cukup pasal penindasan orang lain.

Tahukah anda si celaka Astro yang mendominasi siaran television berbayar di negara kita ini telah menindas kita secara direct sewenang-wenangnya? Nak buang channel kena charge. Nak sambung balik kena charge. Bukan murah. Naikkan harga sesuka hati. Tapi kita diam, sebab kita takde option!

Aku rasa malam ni lah penindasan dalam hidup aku pada tahap paling maximum selama 30 tahun aku hidup kat dunia ni. Malam ini hati aku sudah sangat panas bila siaran live bolasepak friendly antara Malaysia dan Arsenal tak tunjuk. Itu tidak mengapa seandainya mereka tidak buat iklan Stadium Astro. Stadium Astro ialah siaran live bola dekat channel Astrolah. Dah dekat sebulan kut promote. Apa perasaan pelanggan Astro? Apa perasaan kawan-kawan aku yang balik rumah awal yang dah seminggu deal dengan anak yang malam ni nak tengok Malaysia main? Marah, panas hati tau tak??

Aku nak layan streaming pun streamyx bukannya elok.. Ini lagi satu masalah, tiap-tiap bulan auto-debit bayar pun masih bagi masalah. Kalau bayar harga 20 sen takpelah. Kalau ada kerajaan baru, ye aku rasa diaorang akan menang benda-benda ini jugak yang diaorang kena fikir. Bantu rakyat bab ini, in fact benda inilah yang patut dikempenkan sebab memang kena pada rakyat direct. Bukan Astro je lah, segala perkhidmatan yang rakyat guna secara direct. Alasan kenapa aku masih stay dengan Astro? Sebab aku bagi anak-anak aku belajar dari rancangan TV, terbukti pun membantu dan aku sendiri duduk di rumah 24 jam dan itu satu-satunya hiburan untuk aku, tak mampu cari hiburan lain. Dah memang keperluan dah. Apa-apa pun ini masa yang tepat untuk Astro lahanat ni ada competitor.

Kalau ada sesiapa nak berdemo dekat office Astro aku nak join. Tear gas pun aku tak peduli. Aku akhiri dengan - F U ASTRO and you cannot ban me because I am still using my friend's account ha ha ha!

Kenapa Saya Sudah Stop Bagi Kucing Makan

Aku sudah berhenti bagi makan sebab:

1) Banyak gila kucing datang
2) Dan diaorang akan melepak je kat rumah aku sepanjang masa dah malas nak berdikari cari sumber makanan yang lain
3) Dan bila dah melepak, kencing berak pun kat rumah aku (dan rumah jiran)
4) Dan bila dah macam tu keadaan jadi busuk
5) Pergaduhan kucing yang sangat dahsyat nak rebut kawasan jadi malam-malam. Bising dan kucing² yang gaduh, tak kisah menang atau kalah akan luka cedera parah padahal cukup je makanan untuk diaorang share
6) Ooh cakap pasal makanan, makanan kucing bukan free hehehe

Dan bila aku dah stop bagi makan diaorang pun pergila dari rumah aku dan dah tak datang-datang lagi. Dasar tak kenang budi punya binatang.

Anak² aku suka kucing dan aku memang kesian, tapi aku terpaksa.

Nanti

Nanti kalau aku dah settlekan credit card aku dan aku dah tak perlukan duit, tetiba ada agent bank nak offer personal loan, aku akan sepak muka dia dan make surekan tapak kasut aku melekat dekat pipi dia.

Aku janji. Dunia memang macam ini, bila susah orang pandang hina, orang taknak tolong dan aku akan balas dendam. Aku tak peduli, aku janji.

Keropok Terengganu

Adik aku baru balik dari outstation dekat Terengganu dan dia bagi aku sekampit keropok dan sos cicah. Dia punya sedap kalau anak aku membazir aku rasa nak mengamuk je. Kitaorang goreng sikit-sikit sebab sayang.

Contest

Aku ada cordless phone kat rumah yang tak digunakan dan ada dalam kotak tak pernah bukak pun. Jenama Panasonic. So baik aku jadikannya hadiah contest. Aku harap korang bolehla war-warkan dan promotekan pada kawan² korang.

Memandangkan hadiahnya ada satu, jadi ada satu pemenang jelah walaupun ada 100 orang yang join contest ni. Contest ini akan berlangsung selama sebulan so keputusan akan di umumkan dalam masa sebulan lagi.. Contest aku ni senang saja:

Siapa orang pertama yang bagi aku RM100 000 akan memenangi hadiah tersebut.

Jadi cepatlah.. Siapa cepat dia dapat Panasonic Cordless Phone.

Tak Jumpa².. Penat Sangat Dah

Mencari lubang untuk digali bagi menutup lubang yang lain tapi masih tak jumpa dan diharapkan tak terjatuh dalam lubang dan tak dapat keluar.

Saya Rasa

Saya harap sangat negara lain tak masuk campur urusan negara kita.

1) Saya rasa kalau Polis bagi je demonstrasi ni berjalan, tanpa sekatan, tanpa apa-apa mesti keganasan atau kepedihan mata tidak akan berlaku.

2) Saya rasa lagi baik kalau Ambiga bincang dengan Sultan pasal masalah SPR hari tu instead of bincang nak buat demo kat mana.

3) Saya kagum dengan orang yang betul-betul berjuang apa yang mereka mahu tapi saya harap mereka sedar apa yang dijuangkan bukan saje suka-suka nak berdemo tapi tak tau apa-apa pun.

4) Kepada PAS inilah masa yang terbaik untuk korang ke depan dan tinggalkan Pakatan Rakyat untuk lawan BN. Tak payah berpakat²lah.

5) Kepada BN pokok takkan bergoyang kalau takde angin, so benda yang tak betul tu betul²kanlah sebab ini tahun 2011 banyak lagi sumber berita yang orang boleh dapat selain mainstream media. Korang jugak yang bagi line internet untuk semua rakyat kan?

6) Tak perlulah guna nama Tuhan saya untuk berdemo. Ini bukan nak lawan Israel.

7) Saya rasa Nurul Izzah tu cantiklah.

Klang Valley Mass Rapid Transit Project


Sama macam Kedai 1Malaysia dulu, project ni pun ada orang kritik. Astagfirullahalazim, tak tau aku nak cakap apa.

Walaupun MRT Malaysia ni tak sampai area rumah aku tapi aku sangat excited dengan project ni. Sekarang masalah kelajuan bukan satu masalah cuma aku harap nanti kekerapannya baguslah. Katakanlah kalau 10 minit satu memang hebat sangatlah tu. Aku nak pergi The Curve breakfast makan roti bakar dengan kawan aku pun tak jadi hal. Orang duduk Taman Cuepacs nak kerja Taman Tun pun takde hal. Bila ramai orang naik ni, kenderaan pun kurang.. Maybe dekat every station tu diaorang kena buat parking bertingkat supaya orang tak demotivated nak guna public transport. Fullamak, memang sempurna kalau macam tu. Apapun semoga semuanya berjalan lancar. Amin..

Sebab Saya Malas Kerja KL

Company aku ni ada satu office dekat KL dan kadang-kadang aku kena pergi sana kalau ada event dan aku kena stand-by jaga Audio Video System. Tapi aku sangatlah benci benda ni sebab:

1) Kena bangun awal dan bila bangun awal anak-anak aku punya jadual sudah kacau so nanti bising-bising nangis sebab waktu susu dah jadi waktu nak kena pergi nursery.
2) Jalan jam. Sejam lebih dalam kereta.
3) Sebenarnya takde kerja sangat pun. Just on off kan benda je. Kalau benda tu rosak memang major rosaklah kena ganti yang kalau aku standby pun tak boleh buat apa-apa.
4) Bila ada orang email aku request buat kerja aku tak boleh buat apa-apa dan takde orang kat office yang boleh take over kerja aku end up aku kena buat secara cepat dan tertekan bila aku sampai office esoknya.
5) Belanja banyak untuk tol parking minyak etc dan claim bukan dapat instantly.. Kena tunggu 2-3 minggu.

Arghhhhhhhhh!!

Hari ni terpaksa ambik EL sebab tampalan gigi tercabut dan dah ngilu².. Arghhhh kenapa?? Kenapa??? Time orang nak tempah baju raya pulak jadi. Bengang betulla aku..

Makan Dan Ramadhan

Masa kerja KL Rabu lepas aku makan dekat foodcourt ni, makan nasi campur. Memang puas rasanya makan, dengan ulam cencaluk semua cukup.

Buat aku terfikir pasal bulan Ramadhan yang akan datang bulan depan. Ramadhan tahun lepas aku puas hati dari segi kitaorang punya perbelanjaan untuk berbuka. Aku harap tahun ini pun masih kekal macam tu. Kiranya tak membazirla. Tahun ni nak masak ke tidak aku pun tak sure. Ke selang²?

Teringat lagi kawan aku bagi kurma dari Mekah masa dia balik Umrah seminggu sebelum puasa.. Sedap dan terasa cepat betul masa berjalan.

Apa-apa pun harapnya sempurnalah puasa kita tahun ini. Baju raya mak aku bagi kain hari tu, so kenala tempah kut.

Tolonglah Ajar Saya Grammar

It's been a month since I wrote you that long email,
I waited for your respond that was slow like a snail,
I understand that you are busy & I am just a man who like to chat on Gmail,
And I know my request is too much even if it was requested from the wishing well,
But finally yesterday you call me and say "I have something to tell",
I am quite happy with the result even though it makes me think where I stand in this tale.

Kalau aku yakin dengan grammar aku dah lama aku tulis blog ni in English

Mana nak belajar ye? Ada tak CD² free macam Linguphone tu? Nak beli mestilah tak boleh. Masa balik hari tu pun bapak aku cakap "Ajor deme (anak²) bahasa orang putih" hehe. Semua orang sedar kepentingannya dan aku yakin dengan English yang bagus someway somehow orang akan pandang tinggi sikit dan kita sendiri akan lebih yakin. Aku cubalah yang terbaik untuk anak-anak aku dan diri aku sendiri. Hehe..

Cerita Sama, Lain Cara Cerita

I went to a technical school because everybody wants me to become a mechanical engineer,
The truth is I want to be an international rapper,
But in 2011 I ended up working as a Multimedia Designer,
I have to accept that or else people will call me a loser,
If you ask me, it is not that bad will be my answer,
Even though sometimes I wish I can get a job that can make me richer.

It was not easy for me to get here,
Because I almost failed my SPM due to something that hmmm I cannot remember,
After secondary school I worked in a mamak restaurant as a waiter,
To be honest those were the days that I wish I can delete it's memories from my brain like I delete a file from my computer,
But the good thing out of it was from then on I became a better son to my father,
It made me realised that we must always listen to your father and mother's advice because they definitely know better.

To cut the story short I furthered my study,
At a private college in the KL city,
At first it was hard but later I got help from a best buddy,
His name is Andrew Matthew and he showed me how to make everything become easy,
And then I started to explore my creativity and hope that I can work in the multimedia industry,
Or become a video editor in production company.

Since this is my first rap lines in English,
I think now is the right time to finish,
I will continue later if I can rap like a British,
So good bye and live a good life that you cherish.

Keadaan Sebenar

Aku selalu letak gambar anak-anak aku time kemas dan behave padahal keadaan diaorang macam tu hanyalah 10% dari kehidupan sebenar diaorang. Sekarang aku mempersembahkan:

Budak Yang Berangan Jadi Ultraman, Suka Lompat² Buat Macam² Action.

Budak Yang Suka Makan Biskut Oreo dan Memang Mintak Biskut Oreo sahaja sampai sebelum tidur mesti kena salin baju lagi.

Biasanya lebih kurang macam ni la bebudak ni.

Bersenam Pada Tahun 2011

Hari tu Liza tanya aku kenapa tak pergi berlari? Aku nak jawab; "Earphone saya rosak", tapi aku tak jadi jawab macam tu walaupun memang itulah alasan yang sebenar²nya.

Jatuh Cinta


Masalah cuaca panas, masalah kerja dan tekanan nak pergi kerja ke KL pada pagi esok telah membuatkan saya mencari jalan untuk menghiburkan hati. Dan dalam nak menghiburkan hati tadi saya telah jatuh cinta. Dah 6 tahun takde perasaan macam ni.. Ellie Goulding datanglah dalam mimpi saya sampai pukul 5.30a.m sebab masa tu saya dah kena bangun pergi kerja yang menempuh jam.

Ooh memandangkan saya kerja KL esok, kepada awek² yang nak lunch dengan saya dekat Pavillion bolehla call. Call cepat sikit sebab senang saya nak pilih mana satu. Makan bayar sendiri.

Saya Dan Obsessi Terhadap Bri'ish Accent

Aku sangat suka dengan orang English punya accent. Aku rasa macam sedap je dengar diaorang bercakap. Pernah sampai aku rasa nak kahwin dengan orang British sebab nanti hari-hari boleh dengar. Liza punya accent Scottish, tak best hahaha.

Ok dah lupa bila exactly aku start suka, tapi mesti bila aku dah sampai KL la kut sebab sampai sini baru aku terdedah sikit dengan benda ni.


Band ni antara penyebab rasanya.. Dengar masa diaorang kena interview or masa mamat tu rap.

video

Lagi satu cerita Alfie, aku rasa masa tu aku suka orang British sebab aku rasa diaorang cool dan handsome.. Mengingatkan pada diri aku sendiri, hahaha ok lawak tak kelakar..

Line yang aku paling ingat.. "She caught me of guard all right" Maybe sebab aku tak pandai² dan takut silap nak gunakan perkataan "all right" dibelakang ayat.

Banyak jugak filem lain yang aku suka, macam cerita Love Actually tu. Lepas tu biasa bila dengar diaorang interview footballer dekat TV, so itu antara faktor² yang aku suka.

Lagi satu aku boleh tau orang perempuan tu from England dengan tengok mukanya sahaja, tak sure la kenapa. Macam Ellie Goulding ni. Rupa macam ni memang taste aku la ni. Kalau jumpa dulu memang aku ajak kahwin terus..

Pendek cerita aku sekarang kerja dengan diaorang dan hari-hari dengar diaorang cakap. Takdela best sangat pun sebenarnya sebab ramai yang arrogant dan kalau yang perempuannya tak cun macam Cheryl Cole. Tak best langsung, tapi kalau ada peluang memang aku nak cakap macam diaorang, takdela cakap dengan anak-anak je kat rumah atau menyanyi lagu Tinie Tempah dalam bilik sorang-sorang. Mungkin aku patut berkawan dengan Qistina anak mama_QnR bila dia dah balik nanti untuk masterkan accent ini.

Untuk Boss Saya

Hi Boss saya dah hantar email mintak naik pangkat dan salary adjustment masa bulan lima dulu,
Dan saya dah habis belajar masa hujung bulan satu hari tu,
Kenapa takde berita dari Boss dan buat saya tertunggu²,
Hari tu boss cakap akan settelkan benda ni hujung bulan lalu,
Tapi masih takde apa-apa takkan saya nak masuk bilik boss sekali lagi dan kali ni kena merayu?

Bantulah saya yang banyak commitments and benda yang nak dibelanja,
Janganla boss biar saya terkontang kanting sambil Boss sendiri tutup mata,
Saya dah banyak berhabis konon-kononnya nak berjaya,
Tapi dah enam bulan berlalu masih tak ada apa-apa.

Saya tak pernah buat masalah pada department atau company,
Hari-hari datang on time dan sepanjang hari duduk depan PC,
Tak pernah saya mengular, ponteng kerja atau lari,
Takkanlah boss taknak appreciate sikap baik saya ni?

Tolonglah jangan bagi saya putus asa,
Sebab nanti saya tak peduli dan malas buat kerja,
Lepas tu saya mengamuk sepak komputer dan hempas meja,
Nanti Boss yang susah nak cari replacement mamat yang gila pandai multitasking macam saya.

Mood Kampung Tak Reda Lagi


Biasalah, bila baru balik dari kampung aku jadi lemah, tak bersemangat.. Homesick. Layan je la lagu ni..

Sementara nak layan perasaan ni, aku pakai earphone full blast sambil buat kerja, malas nak dengar cerita office sikit pun hehe....

Kampung

Aku tengah penat macam lari marathon 41km padahal aku baru lepas cabut lalang dan rumput kat belakang rumah je untuk tanam pokok². Lenguh betul tangan. Ok ini cerita kampung.

Dapat makan mak aku punya roti canai homemade dengan kari daging yang paling sedap dalam dunia ni..

Ada cendawan busut y'all

Cendawan masak lemak, aku makan ni dari aku kecik lagi dan sampai sekarang aku appreciate rasanya..

Senaman aerobic, sila tengok gaya tangan dua² hehe.. Aku memang jenis tak keluar rumah so budak-budak ni sure bosan sebab kampung diaorang hanyalah rumah opahnya, takde keluar even pergi kedai pun.

Bahan² project.. Kononnya aku nak tunjuk tapak project sebelum dan selepas dikemas, rupa-rupanya aku tak larat pun nak kemas bebetul. Kalau dalam 3 bulan ni aku dah tak mention pasal project tanam-tanam ni maknanya tak menjadila tu.. Hehe..

Mak Aku: Kamu ni semue bende nak ambik gambo..
Aku: Li kan takde nak buat apa, ambik gambo je le, isi masa lapang..

Makan Hati

Dulu masa aku nak beli jersi ni semua kedai dah habis stock. Sekarang baru ada stock baru siap bagi tiket free lawan Arsenal lagi, tapi sekarang aku dah takde budget... Aku makan hati sangat-sangat. Kalau aku, aku pergi sokong Malaysiala, tapi takpelah takde rezeki pulak kali ni.. Anyway offer ni sampai 13th July, kalau korang berminat kedai Nike ada, baik cepat kang habis stock menangis tak berlagu macam aku.

Di Kampung

Update from kampung. Laju jugak P1 Wimax dekat Besout ni. Hehe. Tak ada apa sangatla, bila duduk rumah mak, dari pagi sampai malam makan je la.

Cita-cita Saya Yang Sebenar²nya


Aku nak jadi international rapper.. Kalau dapat Brit'ish accent macam Tinie Tempah ni mesti lagi sedap bunyinya.

Come out and play, pour out another bottle..
Lets do it all today and worry bout it all tomorrow..
I do it for the thrill..
You know I love the rush..
And once you get me going I can never get enough..

Jom Bersih!!

Esok cadangnya nak balik kampung. Memandangkan kereta takde aircond memang Subuh terus balik, tak payah mandi hahaha.. Anak-anak confirm tidur lagi dan bila sampai mak saya mestilah akan sediakan breakfast paling sedap dalam dunia ini untuk kami.

Tujuan aku balik kampung kali ni selain dari jumpa mak dengan bapak adalah untuk mencari benih-benih dan anak pokok yang aku cadang nak ditanam di belakang rumah aku yang sekangkang kera tu. Ye aku sangat tertekan sebab kena mesin lalang selalu sangat. Aku rasa dengan menanam pokok² aku akan mengorek beberapa lubang dan kalau aku jaga betul-betul InsyaAllah lalang takde lagi.

Selain itu aku jugak nak pastikan kalau bukan hari berlari, dengan menyiram dan membersihkan pokok sikit² waktu petang bolehla jugak mengeluarkan peluh. Ok sebenarnya aku tak rasa boleh berlari 3 kali seminggu, bukan sebab takde upaya tapi mesti akan bosan.. Itu aku nak cari alternatif dan maybe berkebun ini satu yang benda yang bagus.

Ok, sekarang pokok yang ada hanyalah pokok kunyit yang hidup segan mati tak mau, pokok serai pun sama, tapi nasib baik pokok pandan dan kari Alhamdulillah ok. Aku tengah semai terung, cili besar dan cili api, tapi macam segan je nak hidup. Mak aku pulak dah semaikan beberapa pokok dan aku sendiri nak ambik:

1) Benih serai banyak² dan tanam dalam pasu sebab atas tanah nanti semak sangat.
2) Belimbing buluh (untuk campur dalam daging salai masak lemak)
3) Ubi kayu, sebab nanti bolehla makan pucuk ubi.
4) Lengkuas dan kantan. (50-50 sebab pokoknya nanti semak dan jadi tempat nyamuk.)
5) Pokok ajaib. Eh Zeta, kau nak tak, kalau nak jumpa kat Alamanda bila².

Ok cukuplah, nanti takde tempat Liza nak sidai baju. Aku betul-betul harap aku akan komited dalam projek kali ni dan harapnya takde lalang lagi, sambil tu boleh keluar peluh. Balik ni jugak nak mintak mak aku semaikan pokok bunga atau herba pulak, nak tanam kat depan sebab batch yang dulu dah banyak mati. Wah cerita macam tanah 10 ekar je hahaha.. Takpelah, rasa²nya ada tak lagi pokok yang sesuai?