Syawal 1432H

Surau dekat rumah Mak Liza buat sembahyang raya, aku suka sebab boleh pergi jalan kaki.

Besar dah anak perempuan saya ni..

Umar yang suka sangat pakai songkok, dia sedih sangat dekat Tesco takde size dia.. Nasib baik Jusco ada.

Macam biasa, pagi raya ambik gambar. Gambar dengan mak, nenek dan adik-beradik Lizalah ni.. Tak semua adik beradik dia ada..

Sejak ada Nawal, kitaorang buat aku sama kaler dengan Umar dan Liza sama kaler dengan Nawal.

Mestilah sengihkan sebab raya rumah mak dia.

Korang tak tau betapa happynya dia dapat seluar askar si Ben 10 ni. Hehe.. Ni sebelum balik Besout. Sejam lebih sampailah dari Keramat.

Takde apa sangat sebab dah hari raya kedua. Aku pun dah tak makan sangat lemang dengan sup tulang sebab dah merasa dekat Keramat. Aku lebih look forward nak makan nasi dengan lauk² mak aku sebab dah banyak makan rendang. Takpe, tahun depan aku nak balas dendam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aku yakin 90% dari korang yang baca blog ni akan start cuti untuk beraya esok. So di sini aku nak mintak maaf kalau aku secara sengaja atau tidak dah buat korang sakit hati bila baca benda yang aku tulis.

Tahun ni aku berazam nak bawak anak-anak aku beraya properly, bukan setakat balik rumah nenek dengan opah diaorang je. Harapnya boleh. Kalau korang buat open house siang hari InsyaAllah aku akan gagahkan pergi tahun ni. Jemput je lah, aku nak try..

Last sekali, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin, doakan kita semua selamat masa hari raya ni.

Tak Mampu Buat Janganlah Ambik Tempahan

Kalau tak boleh siapkan baju, janganlah terima tempahan kan?

Nasib baik Warta Bangi banyak baju kurung.

Haram

Walaupun aku tak pernah minum alcohol dan makan babi tapi aku taktaulah ntah berapa banyak benda haram yang dah masuk dalam badan aku ni.

Cerita Ini Ok!


Aku memang hopeless romantic.

Kesian

Malam semalam Umar tanya aku:

"Masa ayah kecik² ayah ada tak main lompat² macam ni?" sambil tunjuk gaya main ten teng.. Buat aku terus terfikir dulu kitaorang bebas nak main apa² dan kat mana² saje kitaorang nak main.

Sekarang anak aku nak main kat luar gate pun aku tak bagi.

Melancong Ke Luar Negara

1. Aku tak pernah ke luar negara.
2. Aku suka nasi² dan lauk² arab.
3. Kalau aku mampu, aku buat Umrah je lah nanti, keluar negara dapat, makan sedap pun dapat, beribadat pun dapat.
4. InsyaAllah.. Amin..

Ambik Mood

Ha macam ni baru ada mood nak beraya. Sibuk fikir kerja je, takde feel langsung.

Kilang Kacang di Nilai


Sorry takde gambar tapi ada kilang kacang dekat Nilai 3 ni yang korang boleh beli macam-macam jenis kacang, macam-macam jenis keropok dan macam-macam makanan sampinganlah. Tapi yang banyaknya kacangla.

Manalah tau korang nak jamu orang datang beraya nanti. Macam aku yang kuat makan ni memang aku beli untuk makan sendiri jugak sebab kacang dan keropok favourite aku haha..

Apa² pun pada aku menarikla. Murah sikit dari harga pasaran kut. Kalau datang dari Bukit Mahkota, dia simpang no 2 kiri, jalan terus nanti korang nampaklah beratus orang tengah beli.

Pencekik Darah Yang Tak Beragak

Hari tu masa balik Keramat kitaorang pergila Jusco untuk beli baju anak-anak. Sekali ada macam gerai ni jual baju melayu. Baju Melayu budak 4 tahun dia jual RM125!!

Aku memang rasa nak bakar je kedai tu. Kepala hotak dia. Aku nak try pergi Warta Bangi, rasanya situ murah. Malam raya nanti pulak aku nak pergi ke Jusco tu balik nak tengok orang tu turunkan tak harga baju Melayu mahal tu tadi.

Mimpi Paling Pelik Tapi Bermakna

Hari tu aku ada mimpi pelik. Aku mimpi aku kat kampung, lepas tu ada dua orang pakcik ni datang pada aku sambil salam. Dia salam berlapik duit and aku sangatlah terkejut kenapa pakcik ni nak bagi aku duit. Sekali sorang dari pakcik ni cakap.

"Tolong doakan anak-anak pakcik biar diaorang berjaya". Dan seorang pakcik tu lagi siap tulis doa yang dia nak aku baca atas kertas.

Memandangkan mimpi aku tu aku rasa dah merepek semacam aku pun paksa diri aku bangun. Aku terfikir apa pulak suruh aku doa, macamlah aku alim ulama'. Tapi lepas tu aku terfikir dan teringat anak-anak pakcik² tu. Pendek cerita anak-anak pakcik tu "kuranglah" sikit daripada aku, yang buat aku terfikir:

Aku ni takdelah teruk sangat, asyik mengeluh tak cukup itu tak cukup ini padahal ada orang yang lagi teruk daripada aku.

Serius

Seriously aku memulakan minggu ini dengan malas dan sangatlah look forward untuk bercuti panjang minggu depan.

6th Anniversary

Pada tarikh ini 6 tahun dulu, aku bernikah. Aku kahwin muda, sebab masa tu aku dah takde hala tuju dalam hidup. Not badlah kut.. Anak dah sepasang, segala keperluan asas hidup dah lengkap. Maybe untuk next 6 years boleh tumpukan pada saving pulak. Doakan kitaorang bahagia sampai mati walaupun aku tambah beberapa isteri lain. Ok tak kelakar, doakan lah kitaorang semua sihat dan bahagia satu family. Amin..

Sahur Ahad Nanti

Weekend ni nak balik Keramat sebab next week adik Liza nak balik U.S semula. Kalau tidak, balik masa nak raya tu je dah ok sebab tahun ni giliran raya kat Keramat. Sedih jugak tak berbuka dan sahur kat Besout tahun ni.

Apa-apa pun target aku ada satu sahaja. Aku nak bersahur dekat Nasi Kandar Pelita pagi Ahad ni. Jom jom.

Saya, Yap Dan Baju Melayu Raya

Pizli, aku ni Yap Wise Tailor. Baju melayu dah siap boleh datang ambil.
Macam itulah message aku dapat semalam. Macam kawan dah 10 tahun je cara Yap ni bercakap padahal baru first time tempah dengan dia.

Sebenarnya aku tak terniat pun nak beli baju melayu baru tahun ni. Aku terbayang nak pakai yang 3 tahun lepas punya baju je. Tapi masa aku balik kampung hari tu mak aku bagi aku dengan Liza kain untuk buat baju. Masalahnya masa tu mana ada orang nak ambik tempahan dah sebab dah lambat. Last² aku pergi tailor dekat Nilai and dia boleh ambik. Mahal sikit sebab kedai besar tapi since kain aku dapat free aku buat je lah.

Dari aku nak pakai baju lama terus pakai baju Melayu paling hebat dalam sejarah hidup masa raya nanti. InsyaAllah.

Kecewa

Sebagai lelaki tulen rakyat Malaysia aku sangat kecewa bila tengok perempuan Malaysia tak kisahla bangsa Melayu ke Cina ke bercouple dengan mamat Afrika.

Aku tau cinta itu buta, tapi aku tak boleh terima.

Ha Ha Ha!


So murtad itu tidak salah, sila lah murtad sebab yang lagi penting adalah Barisan Nasional dan PAS. Islam tak penting langsung.

Pasal murtad pun korang nak argue pasal politik! Orang bangsa dan agama lain tengok cakap "Ha ha ha" je lah.

Percaya

Dalam hidup ni kena ada trust di antara satu sama lain barulah sesuatu hubungan itu tak kisahlah hubungan cinta ke, kawan ke, anak dengan ayah ke akan menjadi lebih bermakna dah seronok untuk diteruskan.

Ada orang yang tak percaya langsung pada aku.

Tapi ada jugak orang-orang yang percaya sangat pada aku sampai aku tertanya² "Wah baik sangat ke muka aku ni?" Apapun aku seronoklah sebab ada kawan-kawan aku percaya betul dengan aku.

Aku tulis ni sebab sekarang aku tengah pegang password² dan username² kawan² aku yang bila diaorang ada masalah selamba je bagi aku check.. Email dan password aku boleh relax lagi, nanti bagi account bank punya details taktaula aku punya baik ni.

Ucapan Selamat

Kepada mereka-mereka yang bekerja selain di negeri Selangor saya ingin mengucapkan;

Selamat Bekerja!!

Nak Jadi Misteri Shopper?

Misteri shopper ni kira macam korang pergi ke sesuatu company/kedai, for example korang pergi beli something dekat Shell atau keluarkan duit dekat Maybank. So korang pergi macam orang biasa lepas tu korang observela persekitaran Shell tu dan nanti korang bagi feedback dekat company yang upah korang ni. Pekerja dia curi tulang ke, kedai dia bersih ke.. Ye ada upah. Setiap tugasan akan dapat bayaran. Anywhere in Malaysia bukan setakat orang KL sahaja. Ini bukan MLM, tapi sekarang dia ada contest so aku try je lah cari orang..

Kalau nak sila pergi ke sini: PERGILAH KE SINI UNTUK DETAILS

Nanti dekat part last tu dia ada tulis:

Please provide us with the CONTESTANT'S details here.. So tolonglah tulis -

Name: Pizli Bin Mat Wazip
AQ shopper's ID: 25709

Sekali Setahun

Aku tau ramai orang marah bunyi bising orang main mercun. Macam aku ada anak kecik pun lebih kurang jugaklah sebab anak aku takut. Tapi lepas fikir² takpelah, memandangkan benda ni setahun sekali, orang nak bergembira, korang main je lah. Kalau senyap sunyi rasa pelik pulak nanti kut.

Korean Drama - Pandangan Ikhlas Saya

Di office aku ramai perempuan².. eh silap bukan office, di company aku ni ramai perempuan² yang gilakan cerita Korea.

Pada satu hari yang aku dan Liza cuti, dia tertengok dekat 8TV kut tajuk ceritanya Coffee Prince dan aku pun tengoklah sekali. Out of curiosity dan tengok macam best je aku pun tanya kawan office aku ada ke DVD cerita tu dan as expected memang ada dan aku pun pinjam.

So dalam 2-3 hari ni kitaorang pun tengoklah cerita ni dan terjawablah persoalan aku kenapa budak-budak company aku ni suka sangat Korean Drama ni.

Basic je sebabnya:

1) Cerita dia memang seronok nak tengok dan cukup segala segi, kelakar, fun, sedih etc.
2) Cerita dia banyak plot yang membuatkan korang tak bosan.
3) Pelakon-pelakon dia handsome dan cantik².
4) Dan pelakon-pelakon dia memang sangat pandai berlakon, kalau menangis tu memang menangis bersungguh-sungguhla.

Yang negatif dari cerita ni ada satu jelah kut - Buang masa sebab korang nak tengok more and more sampai berjam-jam. Bagus untuk pembuat cerita tu tapi tak bagus untuk kehidupan seharian. Tapi untuk hubungan kasih sayang suami isteri yang anniversary ke 6 pada hari Sabtu mendatang ni baguslah jugak sebab mengingatkan masa mula-mula bercinta dulu.

Ooh dan being married with two children permits me to watch Korean love drama without people labelling me as gay.

Benda Yang Saya Paling Rindu Ramadhan Ini

Biasanya bila bulan Ramadhan aku akan pastikan aku balik kampung untuk berbuka dan bersahur bersama mak bapak aku. Aku lebih look forward kepada sahurlah sebab biasanya sahur hari pertama aku akan request nasi lemak mak aku dan sahur hari kedua aku request roti canai homemade mak aku dengan kari daging.

Memandangkan tahun ini aku tak dapat balik masa Ramadhan atas sebab yang tidak dapat dielakkan terpaksalah aku request dengan wife aku. Since roti canai kitaorang tak tau buat, kami pergilah beli Roti Pratha Jenama Kawan ini. Roti ini adalah roti canai instant yang sangat perfect! Mudah disediakan dan yang penting sedap. Makan waktu sahur dua keping memang cukuplah. Kalau korang nak mudah beli je jenama ini dan memang aku jamin ianya akan memuaskan selera korang. Gambar paling atas tu gambar roti ni, ok kan?

Ayam Panggang Pizli & Limau Ais Dari Ladang

Biasalah bila cuti ligatla kepala otak aku fikir pasal makan. Hari ni aku cuba godek² buat ayam bakar ikut suka aku. Kesimpulannya kalau letak rempah² kat dapur tu lebih kurang sama je lah rasanya. Customiselah macamana pun. Kalau nak rasa lain maybe kena beli BBQ sauce macam tu kut.

Ooh limau kasturi (link) aku dah boleh petik dah. Sekarang ni banyak jugak bunga-bunganya. Tengok gaya sampai hujung tahun ada supply. So since dah boleh petik Liza buatlah limau ais. Si Umarlah yang paling excited.

Sepanjang bulan puasa ni walaupun tak keluar beli kuih, hari ni lah yang makan paling banyak. lauk banyak jenis

Kena buat dua set, satu tak pedas untuk anak² dan satu pedas sikit letak cayenne pepper untuk kitaorang.

Panggang dalam oven je lah yang mampu.

Not badlah, yang untuk bebudak punya lebih sedap kut.

Kena guna dalam 5 bijik jugak untuk satu jug.

Sangat refreshing!

Raya Yang Penuh Dengan Tekanan

Orang-orang kaya tak payah baca ni, sila tutup browser sekarang.

Aidilfitri ni lebih kurang kita nak meraikan hari berbuka. Sebulan puasa and habisnya kita celebrate. Full stop.

Aku suka hari raya sebab:

1) Cuti panjang.
2) Makan lemang.
3) Jumpa adik beradik, sedara mara.
4) Pakai kemas-kemas sikit.
5) Kawan-kawan datang rumah.

Alangkah indahnya kalau itu sahaja benda yang kita perlu buat. Tapi pada tahun 2011 ini, infact dah berapa lama dah kat Malaysia ni, persepsi orang terhadap Aidilfitri ni dah salah. Sampai jadikan orang sampai tertekan untuk menyambutnya.

Iklan kat TV memang tak guna. Macam tak boleh raya je kalau takde sofa baru. Suruh orang berhutang. Aniaya orang. Orang dari muda sampai ke tua dalam kepala dah terlekat kalau hari raya kena buat itu buat ini yang tak perlu pun. Hari tu kawan-kawan aku datang rumah aku open house ramai-ramai, elok je diaorang duduk atas sofa buruk, Amir duduk atas tangga je. Selamat je dia. F U la Courts!!

Yang si Alongnya kalau kat rumah aku sehari je ada 3 flyers suruh orang pinjam duit dari dia. Bagi tekanan, hari raya kena belanja banyak duit padahal kalau ikut konsep sebenar, takdela apa sangat pun. Oklah, aku tulis ni sebenarnya sebab aku marah dengan iklan Courts tu je, sekian terima kasih.

Kepada Manchester United


Korang score sebijik lagi macam gol nombor dua tu aku akan subscribe Sports Channel balik. Sebijik je lagi. (aku dah penat tengok Timmy Time and Jake and The Neverland Pirate woiii)

Benda Yang Aku Paling Menyampah Pasal Negara Ni

Contoh: Bawah tu KDN dah tulis nak sound TheStar tetiba Perkasa ni nak buat statement jugak. Benda dah established, obvious salah tak payahla nak buang masa tenaga menunjuk konon kau pedulilah sangat. Ini contoh paling kecik aku tunjuk ni. Ada banyak lagi benda penting.

Benda yang aku paling menyampah ialah rakyat Malaysia terlalu banyak masa terluang! Perkara utama, masalah utamanya tak selesai, tapi buat benda lain konon²nya menunjukkan diaorang peduli, diaorang bertanggungjawab dan orang lain tu salah, orang lain tu bodoh. Apa yang kau nak buktikan?? Dari buat benda tak tentu hala baik korang cari jalan selesaikan masalah la.

Zaman sekarang ni orang semua dah bijak. Tak payah nak highlightkan benda yang obvious. Dan tak payahla nak menipu jugak. Buat kerja tu elok² orang appreciatela nanti.

Bertanggungjawablah Sikit

Lately ni aku nampak ramai orang dekat Facebook paste something pasal yang Starbucks ni Tak Halal. Walaupun aku hanya minum coffee di sini dua kali setahun tapi aku agak disappointedlah. So aku pun pergilah ke websitenya dan sah-sahlah memang Starbucks ni HALAL. Dekat website JAKIM pun ada kalau aku tak silap.

So... Kalau korang nak letak something dekat Facebook yang boleh menjahanamkan seseorang atau sebuah company tolonglah check dulu fakta tu. Tak susah mana pun, usaha dia lebih kurang usaha korang nak paste benda tu je.. Janganlah suka-suka hati. Menganiaya tu. Cuba aku letak, "Suami kepada Puan Rosmah Binti Karim sudah murtad" dan semua kawan² aku main paste status yang sama, mesti Puan Rosmah tu marahkan? Fitnah terang-terangan.

Yang Sebenarnya

Aku taknaklah bunyi aku ni macam aku baik sangat, tapi aku tak boleh nak keluar dengan kawan-kawan buat masa sekarang ialah sebab aku ada anak kecik. Dan anak² aku ni lain macam sikit manjanya, nak perhatiannya, so aku kenalah duduk di rumah.

Macam kalau aku berbuka puasa di luar dan Liza berbuka puasa dengan Umar dan Cik Nawal, aku boleh bayangkanlah huru-haranya. Katakanlah kalau dia berjaya berbuka lepas tu benda lain nak buat pun susah jugak.

Mungkin cara aku layan anak salah, tapi aku tak kisah sebab anak aku ada 2 orang je pun. Nanti dah besar sikit memang aku plan nak pergi memancing dan lepak dengan kawan² sekali sekala, tapi aku harap takdelah aku hilang kawan-kawan dalam masa nak menunggu Cik Nawal besar lebih kurang 2 tahun lagi yang akan datang ni.

Setahun Sudah Berlalu Dan Tidak Akan Sebut² Lagi


Semalam genaplah setahun aku berhenti merokok. Harapnya sampai bila-bilalah. Aku memang menunggu masa ni. Lepas ni takdelah kut aku nak kira berapa lama dah aku quit. So kalau aku yang dulu rokok almost 20 batang sehari boleh, orang lain pun confirm boleh.

Aku buat ni takde apa-apa reward dari sesiapa. So aku bangga!! Tapi kalau korang tetiba nak bagi hadiah boleh saja.. Memang aku ambik je hehehehe.

:-)


Dua statement di atas menunjukkan kalau korang nak berniaga dan mungkin charge sedikit mahal takpe, asalkan rasanya sedap dan bendanya boleh di makan. Ini orang dah bayar mahal rasanya takde. Mengamuk orang nanti. Alhamdulillah, area rumah aku kebanyakan peniaga masih boleh dipercayai lagila dari segi kesedapan makanannya..

Isteri Saya Dan Rakan Sekerjanya Yang Agak Beruntung

Tahun ni Liza bila birthday company dia bagi duit RM150 suruh beli hadiah untuk diri sendiri. Tadi kitaorang cuti aku pergi teman dia beli purse. Seronok betul aku menengoknya. Hehe..

Jangan bagi hadiah birthday sebab diaorang nak stop bagi voucher Jusco untuk raya sudah.. Voucher lagi penting woo sebab aku pun boleh menumpang sekali hehe..

Menyesuaikan Diri Dengan Keadaan

Ye makanan dekat pasar ramadhan mahal. Tapi barang-barang dekat Giant or Tesco pun mahal jugak. Meningkat jugak. Kesimpulannya di sini memang kos dah meningkat. Dan tidak akan menurun.

So instead of merungut, baikla aku cari jalan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.

Kalau Nak Bercerai, Sila Bercerai Secara Civilised

Kehidupan aku empat beranak walaupun tak dilimpahi dengan harta dan wang ringgit adalah sangat bahagia. Kami bebas nak pergi kerja, suka-suka dalam rumah atau bergembira pergi ke Giant atau Tesco waktu hujung minggu ataupun main bola dan tiup bubbles dekat luar rumah.

Tapi ada sepasang jiran in sudah mahu bercerai. Yang si isterinya bawak lari anak-anak. Dan husband dia pergi curi anak-anaknya itu. Ini bukanlah masalah kalau diaorang buat semua ni tanpa libatkan sesiapa. Bukan masalah kalau tanpa libatkan aku! Since aku tak suka nak ambik tau hal orang dan aku pun tak suka orang tau hal aku, aku tak peduli pun walaupun aku tertanya² kenapa nak bawak lari anak? Tak ke menyusahkan kau kalau dengan anak tiga orang bersama macamana nak beromen dengan boyfriend baru?

Hari Rabu lepas masa 3 hari puasa yang perempuan ni datang rumah kat sini dan buat kecoh nak ambik anak-anak tu lagi. Habis semua orang keluar rumah tengok. Bising gaduh-gaduh dan itu sudah ganggu kehidupan semua orang bukan kehidupan aku empat beranak sahaja. Confirm budak tu lebam-lebam sebab mak bapak tarik².

Hari Jumaat tu pulak masa aku ambik anak² dekat nursery si penjaga nursery tunjuk satu surat lawyer yang ada nama aku Pizli Bin Mat Wazip. Dekat surat tu tulis takde siapa boleh ambik anak² diaorang melainkan aku dengan isteri aku. Soalan:

1) Kenapa babitkan aku??
2) Kenapa kau terfikir nak bagi aku permission untuk ambik anak² kau??
3) Dan buat apa aku nak ambik anak kau??

So bayangkan bila perempuan tu tadi baca surat tu dan nampak nama aku, tidakkah aku macam bersubahat dalam masalah diaorang ni? Perempuan tu tau anak-anak aku tinggal di nursery tu dan ini dah buatkan aku satu family masuk dalam risiko yang sangat besar!

Bayangkan out of dendam, aku balik kerja dia hantar orang belasah aku sampai lumpuh? Macamana dengan family aku sebab pada keadaan sekarang kalau aku patah satu tangan pun dah susah. Bayangkan tiba-tiba dia datang nursery tu dan pergi tampar anak² aku. Bayangkan Liza tengah bawak kereta dia suruh gangster langgar kereta Liza.

Jangan cakap aku exageratte sebab ini tahun 2011 ramai orang gila. Orang simbah asid tanpa sebarang sebab pun ada. Budak 12 tahun meliwat budak 9 tahun pun ada. Dan sekarang hidup aku dah tak tenang. Lahanat betul! Ada sesiapa nak beli rumah aku tak? Aku nak pindah.

Kerabu Pizli

Bila bulan puasa ni mulalah kepala otak aku nak makan itu ini. Nasib baik hari ni tekak aku bukan rasa nak makan kambing bakar atau landak masak lemak cili api, kalau tak kat mana aku nak cari hehe. Hari ni aku teringin nak makan kerabu tomato ikan bilis, dan since aku dah lama tak ambik gambar aku letak jela. Layan jugak. Liza masak rendang ayam and terung sambal, aku buat ni kira cukup dah. Teringat kalau mak aku kat kampung, bila anak-anak balik berbuka aku rasa ada dekat 10 jenis makanan kut. Tahun ni takdelah kut aku balik berbuka puasa kat kampung, sebab aku banyak. Tahun depan je lah kalau panjang umur dan kalau ada rezeki. Ok balik pada kerabu;

Bahan² kasarnya..

Ikan bilis tu sendiri yang buat jadi sedap. Or maybe sebab aku lapar semua benda jadi sedap hehe..

Jangan..

Jangan ajak aku berbuka dekat Hotel ke apa ke.. Aku takde the luxury untuk itu dan aku memang malas nak explain.. Kalau ada the luxury pun baik aku beli baju.. Kalau betul nak ajak jugak sila belanja aku lepas tu make sure jemput aku dari rumah dan hantar aku balik sebab aku memang pemalas. Hahahahaha..

Ooh lagipun sekarang ni aku senang sakit ulu hati kalau makan bebanyak la kawan². Aku adala jugak teringin nak makan besar macam korang semua tapi nantilah, tunggu anak-anak dah besar dan bila aku betul-betul mampu, mampu as in masa bayar aku boleh senyum dan tak menyesal.. Hehehe..