Kita


Kita ni bila kawan ditimpa musibah, meninggal barulah nak teringat kan orang tu. Aku sangat busy dua tiga minggu ni tapi masa ni lah aku dapat berita kawan aku sakit, kawan Liza meninggal dan hari ni kawan kitaorang meninggal, semuanya muda-muda lagi.

Ajal ni datang bila-bila masa saja, tak disangka.. Nasihat aku pada diri sendiri dan kawan-kawan semua, kita buat baik jelah pada semua, sepanjang masa.

Tolong sedekahkan AlFatihah dekat kawan kitaorang yang dah meninggal ni dan doakan kawan aku sorang lagi tu sembuh..

Sifat Baik Orang Melayu Yang Takkan Berubah

Bekas ini masa bagi kat kawan hari tu dalam dia ada carrot cake sikit, sekali bila bekas ini dipulang balik dalam dia ada coklat. Haha.. Inilah orang Melayu, balas budi berhati mulia.

Open House Nursery

Masa anak-anak aku gabung dengan nursery baru ni aku macam tak suka sebab nursery baru sempit dan ramai orang. Tapi bila aku tengok anak-anak aku happy aku tak kisah sangatlah kut. Si Nawal pun dengan ibunya macam dah tak boleh berpisah dah gayanya. Asalkan diaorang happy dan sihat, Alhamdulillah..

Untuk Seorang Sahabat

Hai, apa khabar sahabat?
Aku tak sangka kau dapat penyakit macam ni sebab selama ni aku nampak kau sihat.
Aku tau kalau dari segi bersemuka kita takdelah rapat sangat,
Tapi kita selalu di YM bersembang benda bukan² sampai melarat.

Benda buruk jadi orang cakap adala hikmahnya aku pasti kau tau,
Dan kalau diuji tanda Tuhan masih sayang pada kitalah tu,
Aku mintak maaf sekarang aku busy sangat tak boleh nak dengar cerita yang kau nak bagitahu,
Aku pun tak tau aku sanggup ke dengar sebab hari tu pun menitik air mata aku.

Apa-apa pun aku nasihatkan kau redha dan tabahlah,
Pergi semua treatment jangan lengah-lengah,
Masih awal lagi peluang nak sembuh tu cerah,
Aku di sini satu family doakan kau semuanya selamat InsyaAllah.

Cerita Yang Tak Sengaja


Aku suka bila aku tertengok apa-apa cerita secara tak sengaja and cerita itu best. Sila abaikan perempuan seksi.

Pesanan Khidmat Masyarakat 2

Sebagai pelanggan kita memang expect kita dilayan dengan bagus sebab kita bayar setiap benda yang kita beli atau perkhidmatan yang kita ambik. Kadang-kadang dua-dua benda ni comes together contoh bila beli barang dekat Tesco ada orang akan masukkan barang.

Tapi sekarang ni Tesco akan bukak kaunter bila baris panjang dan biasanya hanya cashier yang ada dekat satu-satu counter. Ha bab inilah yang aku nak cakap. Bila dah sorang benda jadi slow dan bila slow barisan akan jadi panjang dan ramai lagi customer yang tunggu sebab si cashier ni sibuk nak masukkan barang dalam plastik pulak.

Pesanan aku, bila benda ni jadi kita masukkanlah barang ke dalam plastik sendiri. Maybe kita tak seronok buat tapi percayalah cashier tu memang appreciate dan pelanggan-pelanggan lain yang beratur panjang tu lagilah appreciate sebab benda jadi pantas.

Ini tahun 2011. Masa adalah benda yang paling mahal dalam dunia.

The Truth Is

I have no problem dealing with computer system or hardware malfunction, the problem only comes when dealing with selfish bastards.

Tahap Busy

Sekarang musim student masuk belajar kat university aku kerja ni, so memang busy.

Tahap busynya sampai aku mimpi kerja non-stop, dari start tidur sampai bangun. Oh ada jugak mimpi tambahan tadi. Aku mimpi aku beli jam dari Anwar Ibrahim dan dia baca akad macam bayar zakat fitrah.

Nampak sangat dah merepeknya..

Next week cuti adik kahwin boss aku suruh bawak balik kampung modem P1 dengan laptop.

Tak Faham

Tak faham pagi-pagi buta dekat kedai kopi orang pakai spek hitam makan breakfast.

Umar Dan Lebih Duit Raya

Hari tu masukkan duit raya bebudak ni guna mesin tu, tapi since mesin tu accept duit seringgit dan lima ringgit so adalah lebih tak masukkan. Aku plan nak bagila Umar beli apa yang dia nak sebab itu duit dia. Aku cakap kat dia kena simpan untuk masa depan tapi bolehla belanja sesikit.

Aku: Duit raya Umar ada lebih, tak masuk bank, Umar nak beli apa-apa tak?
Umar: Nak beli rumah.

Rumah = Masa depan

Sekarang & Dulu

Baca sambil pasang lagu dibackground. Terima kasih.

Dulu aku memang tak suka jawab telefon dekat office. Tapi kerja baru aku sekarang mesti kena jawab call every 5 minutes macam tu. Sekarang aku suka sebab aku dah berjaya psychokan diri sendiri dan berjaya jadikan benda ini satu benda yang sangat enjoyable. Mungkin jugak aku macam happy sebab user-user kat sini jenis yang understanding dan aku jadi sangat happy bila aku berjaya solvekan problem diaorang. Oh, mungkin jugak aku minum coffee yang sangat banyak sampai aku jadi hyper.

Apa² pun aku punya communication skills memang dah improved tremendously la hahahaha..

Challenge? Bring it on babeh!

Ironi Yang Bangang Dan Menyakitkan Hati

Semua hypermarket dekat area ni bila hari Sabtu tak bagi plastik dan suruh kita bawak beg sendiri. Aku slowly dah adapt dengan benda menjaga alam sekitar ni. Dekat office pun kalau aku tapau nasi aku bawak tupperware aku sendiri. Dan kalau ke hypermarket bawak beg sendiri yang berbagai design dan size dengan semangat. Tapi semangat aku jadi marah bila orang cashier tu cakap:

"Abang nak bag plastik tak?" Bila aku jawab "taknak" dia tanya bini aku pulak "Betul ke kak taknak plastik?"

Apa masalah korang ni, bukan korang ke yang suruh bawak beg sendiri, sekarang ni apa ke bangangnya tanya sampai dua tiga kali? Bila aku letak beg takde pun pekerja yang isi barang tu nak tolong, aku pulak kena isi sendiri. (Bukan cashier ye, kalau cashier seorang memang aku buat sendiri)

Hari ni pulak aku tengok dekat paper ada sisipan dalam Berita Harian pasal artis-artis tu muka depan dia gambar perempuan nama Izreen Asmidar seksi melampau. Ohh BiPop nama sisipan tu. Muka depan dia perempuan seksi tahap paling tinggi tapi dalam BiPop tu ada artikel kutuk artis perempuan seksi yang lain. Apa benda ni?? Korang letak muka depan seksi takpe, orang lain seksi kat fashion show tak boleh?

(Macam biasa sebagai lelaki tulen aku takde issue langsung dengan perempuan sexy, issue aku sekarang dengan orang cakap tak serupa bikin.)

Aku & Korean, Apa Dah Jadi Dengan Aku Ni?

Semuanya bermula dengan adik ipar aku yang suka Korea, lepas tu aku suka satu lagu ni yang diaorang pasang dekat rumah mentua aku, lepas tu kawan-kawan perempuan sibuk cerita Korea dan selepas itu pinjam DVD Coffee Price out of curiosity dan sekarang aku dah layan lagu rap Korean.


Dan akan menengok filem Korea dengan penuh minat di Astro Box Office (offer RM3.00 sebulan so aku ambik je lah). Aku harap aku masih normal.

Kahwin Dan Tarikh

Kadang-kadang bila sedara mara kita kahwin tarikh yang dia pilih mungkin tak sesuai dengan kehidupan kita. Adik aku nak kawin awal bulan 10 ni dan ada "sedara" aku ni cakap kenapa tak tanya orang² pasal tarikh yang sesuai sebab sekarang dah clash dengan tarikh anak dia nak PMR dan dia tak dapat datang.

Satu, adik aku yang nak kahwin, bukan kau yang nak kahwin. Dua, kau takde majlis tetap berjalan. Tiga, kau ingat kau siapa? Empat, peduli apa aku kau tak datang. Benda-benda remeh macam ni memang boleh buat aku hangin. Kita sebagai manusia kena compromise, sebab kita bukan hidup sendirian dalam muka bumi ni.

Sebenarnya tarikh adik aku pilih tak sesuai jugak dengan aku sebab minggu depan roadtax dengan insurance kereta aku expired. Hahaahah, so tak dapatlah dia hadiah, kalau nak hadiah tunggu end of the year. Dan aku tau adik aku faham dan boleh compromise sebab kitaorang civilised.

Saya Dan Waktu Pagi

Waktu pagi pada aku adalah sangat penting. Pagi jugak adalah waktu di mana aku dengan Liza boleh dapat kitaorang punya moment sendirian provided that anak-anak tak bangun. Masa nak sembang-sembang secara tenang.

Aku suka kalau aku singgah kedai breakfast aku duduk seorang melayan perasaan. Aku memang malas nak bersembang masa kat kedai. Sekarang kedai makcik tu bising dengan tambahan bau rokok kretek so aku takdela stop. Kalau aku tak bawak bekal aku pergi tapau dekat kedai and makan dekat office.

Breakfast jugak adalah penting untuk aku. Aku memang sangat pantang kalau aku baru sampai, tak makan tak minum tetiba ada kerja yang kena buat. Memang boleh menyirap.

Daftar Mengundi, Daftar Pemilih

Procedure: Pergilah pejabat pos dan bagi IC, nanti dia tanya² lepas tu dia bagi kau surat cakap kau dah daftar.
Sebagai makluman, urusan pendaftaran dan pengesahan daftar pemilih mengikut suku tahun mengambil tempoh antara 3 hingga 5 bulan seperti yang berikut:

SUKU TAHUN PERTAMA pada bulan Januari hingga Mac, PENGESAHANNYA dalam bulan Mei;

SUKU TAHUN KEDUA pada bulan April hingga Jun, PENGESAHANNYA dalam bulan Ogos;

SUKU TAHUN KETIGA pada bulan Julai hingga September, PENGESAHANNYA dalam bulan November; dan

SUKU TAHUN KEEMPAT pada bulan Oktober hingga Disember, PENGESAHANNYA dalam bulan Februari tahun berikutnya.
So aku daftar 18/2/2011, pengesahan dalam bulan Mei tapi ada dalam sistem boleh check kat internet(link) pada bulan September. Aku tau umur dah 30 macam lambat nak start mengundi tapi takpelah, at least aku buat jugak. SELAMAT MENGUNDI.

Kepada wakil rakyat yang nak rasuah aku, aku taknak duit, aku nak Ipad 2 atau PS3 dengan 2 controller. Hahaha. (kepada SPRM, this is a joke.)

Hari Yang Gelap Kini Sudah Cerah

Dah dua tiga minggu petang hujan. Sekarang bolehla buat outdoor activities. Bolehlah start bersenam semula. Tapi tak boleh pergi club house sebab ada orang jumpa hantu.

*Ha bubbles yang diaorang main ni yang dari ntah berapa bulan dulu, tak habis² hehe..

Ramli Manchester United


Ini adalah satu cita-cita yang mungkin kita dah mati pun takkan tercapai tapi benda ni semua orang kat Malaysia ni (especially yang minat bola dan ada anak lelaki) nak capai.

Aku sebak tengok ni walaupun dah banyak kali replay. Sebagai orang yang main bola aku tak tau samaada aku sebak sebab pernah cita-cita nak jadi Ramli atau aku harap anak aku jadi Ramli satu hari nanti.

Perihal Anak 2

Aku sangat comfortable sekarang dengan anak dua orang. Comfortable dari segi space, kebisingan dan ketidakkemasan di rumah, perbelanjaan, tenaga dan boleh kata segala-galanya. Advantage pada aku? Anak aku sepasang, yang sulung lelaki dan bongsu perempuan. P.E.R.F.E.C.T!

Perfect untuk masa sekarang, masa diaorang kecik ni. Tapi bila diaorang dah umur 30 tahun nanti macamana? Macamana dengan keadaan rumah aku. Kosong dan mungkin diaorang hanya akan balik sekali sekala, kalau diaorang ingat aku.

Sekarang aku terbayang yang anak empat adalah perfect, tapi banyak persoalan what if what if yang aku tanya pada diri sendiri. Tapi apa kata aku tanya korang yang anak lebih dari dua? Seronok tak? Senang tak nak handle? Ke bila dah ramai anak yang sedia ada automatically jadi independent?

Buat Baik Dibalas Baik

Buat baik dan balasannya. Entah berapa ribu dah dia untung dari post(link) aku hari tu.

Aku Rasa Wife Aku Sendiri Akan Happy Kalau Aku Kahwin Kali Ke-2 Dengan Minah Ni


Ini Adalah Comel

Kejahatan Yang Aku Paling Tak Boleh Terima

Bila orang accident tengah cedera parah atau meninggal, ada orang lain sibuk curi duit dan barang kemas.

Bisnes Alaf Baru

Dalam 5 tahun kebelakangan ni aku banyak tengok orang buat bisnes dengan ambik duit orang untuk melabur. Dan aku tengok banyak bisnes² ini gagal.

Aku harap orang-orang yang aku kenal, yang buat bisnes ni, yang belum apa-apa dah tukar kereta baru - tak gagal. Sebab kalau gagal aku takut diaorang kena belasah dan dimaki seumur hidup.

Semoga korang berjaya.. Amin...

Kalau Aku Kurus

Kalau dalam sebulan dua ni korang nampak aku kurus bukan sebab aku diet atau bersenam, tapi lebih kepada aku stress dengan kerja yang berlambak.

Tapi sekarang aku tengah belajar handle stress sebab takut dapat penyakit.

Menjadi Boss

Aku tau manusia ni ada impian dalam hidup masing-masing. Bagi manusia yang bekerja aku jumpa ramai jugak orang yang mengimpikan nak jadi boss atau manager. Ada jugak orang yang tak teringin pun nak jadi boss sebab dia tau dia takde talent.

Pada aku nak jadi boss ni dia memang dilahirkan untuk jadi boss. Aku ada kenal dua tiga orang diaorang memang ada aura.

Macam aku ni, aku tau aku takde talent nak jadi boss. Aku lebih kepada nak jadi seorang yang sangat professional dalam bidang aku.

Saya Benci, Saya Tak Suka

Saya benci:

1) Orang tipu saya secara terang-terangan.
2) Orang ambik kesempatan atas kebaikan diri saya.

Saya tak suka:

1) Orang bagi saya harapan palsu.
2) Saya juga tak suka bila dah habis idea nak tulis blog. Itu pasal tulis macam ni haha.

Tuhan Masih Kesiankan Saya

Khamis lepas aku sedih tak dapat makan sate.. Jumaat pulak adik Liza ajak datang rumah dia, dan kebetulan diaorang buat sate sendiri. Takdela aku kempunan hehe..

Seronok jugak sekali sekala tak drive, tumpang kereta mak mentua aku hehe, duduk belakang..

Ini adalah lebihan sate! Bayangkan berapa banyak ditapaukan untuk kitaorang..

Sabtu.. Aku tak suka merancang bila bab nasi kandar..

So on the way balik sini petang tadi, spontaneously singgah Jalan TAR kejap tapau Nasi Kandar Yassin.

Dapat rezeki sate, harapnya lepas ni dapat rezeki menang ipad dari contest ke 800,001 yang aku baru masuk minggu lepas.

Sedih Sampai Ke Pangkal Hati

Tadi company aku ada buat party hari raya. Tapi aku tak dapat pergi sebab kena video record speech ni.

Sekali bila aku dah setup equipments aku semua orang tak sampai lagi, lecturer yang request pun tak sampai, yang ada powerpoint slide dekat projector screen. Lepas 30 minit baru dia sampai dengan speaker tu dan rupa-rupanya diaorang pergi makan dekat party tu. Takde pun bagitau aku dia nak delaykan benda tu sebab nak pergi makan ke apa ke. Aku tak boleh pergi mana-mana 30 minit tu sebab nanti orang curi camera kan susah, so kenalah jaga..

Aku tak tau aku sedih aku kena layan macam tu ke atau aku sedih tak dapat makan sate yg aku tengok dalam gambar dekat facebook yang orang upload dekat jamuan tu. Tapi sekarang aku sangat sedih.

Pesanan Khidmat Masyarakat

Kepada sesiapa sahaja yang suka ambik gambar dan suka sangat mengupload ke facebook atau blog saya nak nasihat sikit.

Kadang-kadang ada kawan atau family kita yang jenis bertudung, tapi disebabkan bila dengan muhrim atau dengan kawan-kawan sesama perempuan diaorang bukak tudung. So masa ini kadang-kadang kita ambik gambar. Dalam kes ini kita kena hati-hati sebab ada orang yang memang jaga bab-bab ini. So bayangkan kau upload gambar dia dekat facebook habis semua orang nampak dia tak pakai tudung. Kan ke salah tu, tapi kalau dia tak kisah takde hal, aku saje ingatkan je.. Jangan marah aku.

Pesanan Kepada Courts Mammoth

Tanpa sofa baru dan dengan sofa buruk yang saya guna sejak 7 tahun lalu, yang saya guna sejak belum kahwin lagi family dan kawan saya beraya dengan selamat sahaja minggu lepas. Pada saya itulah nilai raya sejati. So sila stop pengaruh orang.

Sorry aku ada issue dengan courts mammoth walaupun tak pernah beli dengan diaorang.

Lawak Kakak Office

Hari ni department aku ada jamuan hari raya. Semalam aku tanya kakak office aku ni yang in charge sebab bolehla aku plan nak breakfast apa.

Aku: Himawari (bukan nama sebenar) esok makan berat ke?
Himawari: Beratlah jugak.
Aku: Oklah macam tu..
Himawari: Beratla jugak nak mengangkat makanan tu nanti.

Hahaha, lawak jugak pada aku.. Macam lawak orang bengang jadi organiser pun ada hahaha..

Sebab Saya Taknak Buat Kerja Freelance

Ye, kalau rajin buat kerja freelance aku boleh cari duit lebih. Tapi buat masa sekarang aku rasa aku takkan larat. Seminggu sebelum raya hari tu kawan aku mintak tolong, aku buat jugaklah sebab kawan, tapi aku menyesal. Antara sebab:

1) Benda takkan settle masa itu. Maksudnya mesti akan ubah-ubah dan meleret berminggu², lagi jauh dateline lagi banyak ubah = buang masa.
2) Duit tak dapat² lagi, bukan banyak pun, kerja dah berapa minggu dah ni.
3) Kalau kerja design² ni aku agak hangin bila orang cakap.. "Pizli, taknak warna putih, tukar colour lain". Cuba cakap ganti kaler putih dengan hijau ke senang aku nak buat kerja.
4) Tak berbaloi langsung sebenarnya.

Kalau aku ambik upah basuh pinggan rumah kenduri ke, jadi driver bawak korang pergi PD ke, jadi tukang angkat barang korang pergi shopping ke lagi berbaloi sebab kerja habis masa tu terus dapat upah.

Kalau korang nak upah aku kerja yang macam tu aku bebila masa nak.

Beraya Tahun 2011

Tahun 2011 ni, bila orang sampai rumah aku beraya, aku akan bagi password untuk wifi. So untuk mereka yang ada smartphone dan tab, kalau datang rumah aku tu janganlah risau kerana korang akan sentiasa "connected".

Nasihat Pada Diri Sendiri

Nanti kalau ada orang lain bercerita pasal masalah dia dengan orang lain aku hanya perlu dengar sahaja.

Tak perlu bagi komen apa-apa.

Tak perlu sokong siapa-siapa.

Akan aku ingat benda ini sampai tua.

The After-Jamuan

Ingat awak tu ayam panggang ke?

Android For Dummies Instructor & Favourite Auntie

Terima kasih mengajar saya menggunakan smartphone anda.

Dan terus menjadi favourite auntie kepada anak saya. Haha.

#belajargunaandroid dengan @scabbers

!@#$ Me!

Aku perlukan sebuah tablet sebab aku boleh online di ruang tamu dengan device yang kecik dan tak berat dan complicated. Dan anak-anak aku juga bolehla main game untuk mengisi masa lapang kami menggunakan tablet tersebut.

So bayangkan bila ada budak office aku yang hanya login ke web seminar dapat lucky draw sebuah Ipad 2. 32GB dan ada 3G pulak tu. Dengan hanya login dan tak berusaha macam aku yang masuk contest dekat 8 juta kali ni.

Dan tahu tak apa mamat tu cakap bila Ipad 2 tu dihantar ke office?

"Aku bukan tau sangat pasal benda² ni" Hahahaha...

Lepas tu boss aku cakap "God really bless youla" dekat 20 kali yang buat aku sedar mungkin aku ni tak di"bless" itu pasal usaha macamana pun tak dapat². #$%^

Saya, Keluarga & Makan²

Hari raya, so suka²lah mengajak adik beradik datang ke rumah. Aku takkan buat open house selagi aku tak renovate rumah aku yang buruk ni. Tapi kalau orang nak datang silalah bagitau in advance sebab aku memang excited nak menjamu orang. Lagipun family dan kawan rapat takkan kisah rumah aku buruk. Hehe. Menu adalah menu selamat yang mana rasanya ok dan orang-orang yang nak datang ni tak pernah merasa. Nasi mandy, ayam barbecue cicah sos cili, kurma daging dan potato salad. Dessert carrot cake. Kuih raya tak payahla beli lepas ni sebab bukan orang makan sangat pun.

Pukul 11.30 malam baru marinate, lepas tu kitaorang kemas rumah. Memang saja biarkan lemak sikit² sebab bila bakar dia akan menjadi minyak untuk menggaringkan.

Lebih kurang pukul 2 pagi buat ni.

Tengahari, daging fresh.

Pengacau. Perasan tak merepek pakai kasut dalam rumah. Arghhh..

Beli ready made punya barbecue sauce. Selamat.

Potato salad.

Aku saje ajak adik aku dengan tunang dia datang siang sebab nanti tak awkward kalau sama dengan family Liza. Adik aku yang perempuan tulah.

Ooh ini lah kek nya. Aku ada dengar orang cakap macam Secret Recipe tadi... Banggalah tu! Ok, memang sedapla..

Diaorang ni sampai awal, so dah settle makan dah la ni.. Datang asing², adik Liza no 2.

Adik beradik Liza yang lain dengan mak dia.

Bebudak ni sebaya, lahir selang dua minggu dua minggu (February, March, April). Kalau siapa dah lama baca blog aku ni taula, aku ada update majlis cukur jambul diaorang dulu.

Aku ambik gambar ni ntah berapa puluh kali tapi takde satu pun yang ok. Mesti akan ada seorang yang bergerak² atau tak pandang camera.

Kami happy sebab family berkumpul macam ini. Walaupun tertekan untuk kitaorang buat ni tapi seronoklah. Semua sebab anak-anak kitaorangla. Mengacau. Konon biar diaorang tidur dulu barulah boleh buat kerja. Tapi si Umar tak tidur dan Nawal terbangun jugak dan endup kitaorang semua tidur pukul 4 pagi. Preparation untuk memasak tak sangatlah, lebih pada mengemas rumah dan melipat kain. Ha ha ha..

Sebab² Lain Saya Kekal Kerja Di Sini

Selain dekat dengan rumah salah satu sebab aku suka kerja sini ialah environment office kat sini. Bebudaknya walaupun kitaorang tak rapat selepas waktu kerja tapi masa kerja kitaorang membantu each other. TAKDE POLITIK LANGSUNG.

Aku ingat dulu ada budak buat slack memang diaorang sound kaw-kaw punya tapi sekarang budak-budak yang perangai ntah apa-apa memang takde.

Aku ingat hari tu yang boss besar cakap maybe mamat ni kena gi UK, sekali mamat tu "I'll go with Pizlilah.." Hahaha, baik gila sebab ingat kat aku sebab kitaorang selalu buat kerja sama². Takde fikir tekak sendiri je.

Ada satu kes ni kawan aku ni jadi orang tengah, dan orang belah sana cakap terima kasih pada dia without knowing aku yang buat kerja. Tapi kawan aku ni dengan jujur cakap.. "Pizli did it, you should thank him not me" sambil CC email pada aku. Takde nak ambik kredit langsung.

So dah dapat kerja dengan orang-orang professional dan modern macam ni takkanlah aku nak blah ye tak? Kalau kerja dengan musibat yang mentaliti suka pijak kepala orang dan pentingkan diri macam dekat company pertama aku kerja lepas spm dulu dah lama aku blah. Hehehe..

Ipad 2

Sekarang semua kecoh Ipad 2. Beli kereta dapat Ipad 2, masuk university dapat Ipad 2. Jangan terkejut kalau ada orang jual insurance cakap:

"Bila encik ambik polisi insuran kami, kalau encik masuk wad nanti encik akan dapat Ipad 2"

I Am Sorry

Everybody knows it is your fate,
But if your keep telling me every day about it maybe I will start to hate,
That is why when my wife arrived at home in the evening I will immediately lock my gate,
To be honest listening to your divorce story all the time is not something that I appreciate,
Just want to let you know, I have my own problem as well and I usually blog about it on the internet,
So it is up to other people whether they want or do not want to read it.

I know our children go to the same nursery,
But that does not mean that I have to share your misery,
I know you need help and trust me I will support you morally,
But not to the extend making a police report regarding your wife and her family,
I heard that she brought two bodyguards to the court recently,
Can you imagine if they beat me?
What if I die and then nobody will take care of my family?
Just want you to know all this while me and family live our life happily,
We can do anything we want without anything to worry.

I end this by saying "I hope you understand that there is nothing much I can do, so I am sorry".

Hari Hari Rocks!

Sebagai orang kebanyakan di Malaysia ini anak-anak aku takdelah berpakai berjenama untuk pakaian harian di nursery. Sehari kena bawak 3 pasang baju. So biasanya kitaorang akan beli baju baju ini di pasar malam atau di kedai-kedai Nilai 3.

Malam tadi aku secara tidak diplan masuk ke Pusat Pakaian Hari Hari dan hati aku sangatlah gembira sebab memang ada beribu baju-baju yang macam tu. Harga murah. Sepasang baju Umar RM6.90 je dan yang paling best baju Angry Birds yang Umar dah lama nak, yang biasanya kalau jenis elok tu RM20 untuk baju sahaja. Aku happy anak aku pun happy. Kualiti memangla kurang tapi takdelah teruk sangat.

Sekarang aku fahamlah kenapa nama kedai dia ni Hari Hari. Kira memang baju-baju untuk kes bebudak ni la.

Bila kita keluar dari kedai dia semua pekerja dia akan cakap kuat-kuat.. "Terima Kasih.. Datang Lagi..." <-- Ini aku tak berkenan sangat, segan aku.

Update Diri Sendiri

Aku belum naik pangkat. Tapi harap dapat naik dalam masa terdekat, tolong doakan. Pangkat tak penting, yang penting gaji! Ha ha ha.

Apa-apa pun aku dah buat kerja baru dan kebetulan kakak yang sepatutnya jadi mentor aku ni bersalin pulak dan cuti selama 2 bulan. Dia dah ajar aku sebelum ni jugak. So takde apa la sangat.

Kerja baru ni, (ok ini added tasks bukan aku buat kerja baru kerja lama tak buat), memaksa aku untuk berinteract dengan students & lecturers all the time. Sebab benda ni involve dengan Virtual Learning Environment.

Dan aku juga seminggu atau 2 minggu sekali akan meeting secara video conferencing dengan orang UK dan orang Cina sebab tahun depan nak tukar sistem sekarang dengan sistem baru. Benda video conferencing ni memang aku tak sukala, dahla sekarang sorang-sorang.

Apa-apa pun aku yang malas nak bercakap ni terpaksa ubah diri la untuk cope dengan semua benda ni dan aku yakin lepas ni memang communication skills aku akan jadi hebat.

Aku harap nanti bila dah pandai sangat bercakap aku nak cakap. "Aku lagi suka training dekat UK instead orang UK datang sini"

Last sekali, bila video conferencing sorang² dari Malaysia dan meeting dengan orang sana buat aku rasa macam orang paling penting dari Malaysia ni hahaha.

Twit Twit


Sebagai manusia di zaman teknologi aku pun createlah account twitter. Followlah kalau rajin:


:-)

Baju Kurung Cotton

Aku rasa perempuan pakai baju kurung cotton akan nampak extra cantiklah. Tak taulah kenapa.

Tanggungjawab

Cakap pasal tanggungjawab to be honest aku rasa tanggungjawab sebagai anaklah yang paling aku kurang.

Tapi ada jugak bab-bab tanggungjawab lain. Ada benda yang korang tak boleh nak ignore sebab atas dasar tanggungjawab. Contoh: Korang ada di rumah, korang check email pejabat dari rumah. Tengok ada kerja.

Kalau korang tak buat kerja tu tak jadi masalahpun sebab luar waktu kerja atau korang tengah bercuti tapi atas dasar tanggungjawab mesti korang buat punya! Itu menunjukkan kita bertanggungjawab. Macam-macam lagilah. Kalau buat nursery korang jaga anak-anak orang dengan baik, bagi bebudak makan, jaga serba-serbi. Kalau kerja KFC jangan pulak calit ayam tu dengan tapak kasut. Itu takde tanggungjawab namanya.

Kalau takde rasa tanggungjawab itu pasal jadi kes kucing-kucing mati dekat hotel kucing hari tu. Dan macam-macam kes lain lagi.

Gila

Aku ada dua orang adik, dua² perempuan.

Adik bawah aku ni grad bidang Kimia. Adik aku yang kecik tingkatan 4 tu pulak hari tu aku tanya dia suka bidang apa, dia jawab dia suka Fizik.

Adik² aku ni gila agaknya.

Aku sorang je yang suka bidang seni nak jadi pelakon.

Mengata Orang Di Blog

Mengata orang di blog adalah sangat bahaya unless kita memang nak orang yang kita kutuk tu baca. Ha itu memang aku expertlah.

Tak semua orang kita boleh kutuk sebab implikasiya sangat besar kalau tersalah kutuk orang. Ada dua kes yang aku jumpa, satu ni kawan aku kutuk officemate dia dan officemate dia ni terbaca. Bayangkan. Kes lagi satu lagi teruk, ada seorang minah ni kutuk family husband dia dan kantoi! Susah bila macam ni sebab kesan dia memang teruk dan jangka panjang.

Kadang-kadang ada jugak kes yang mana kita cakap pasal orang lain tapi orang lain terasa. So kena hati-hatilah. Aku ada 2 orang kawan perempuan yang memang rambut kaler dan diaorang berdua ni memang cantik. Kita panggil A & B. Katakan aku tulis pasal kawan A masa aku tulis review pasal deodorant: "Ada kawan aku seorang ni harap rupa je cantik, rambut blonde tapi ketiak busuk macam bangla kerja kontrak". Kawan B pun boleh terasa dan dalam kes ni aku boleh hilang semua kawan-kawan cantik aku sekaligus.

Daripada mengata kawan, family, rakan sekerja baik korang kutuk kerajaan atau parti pembangkang sebab diaorang ni memang 24 hours kena kutuk. Hahaha.

Untuk Umar & Nawal, September 2011

Hi Umar dan Nawal yang lepas seminggu cuti hari ni masuk nursery,
Penjaga pergi bergabung dengan nursery lain dekat rumah sempit buat ayah panas hati,
Harapnya anak-anak ayah ok sebab ayah taknak sedih susah hati dekat office hari-hari,
Sekarang ayah faham kenapa Ummi Sarah bawak anak² dia pindah pergi.

Ikutkan hati suruh je Mama berhenti kerja jaga korang lagi elok,
Barulah korang berdua duduk rumah seronok-seronok,
Tapi seriously sekarang ni ayah tak mampu cakap ikhlas tak sorok²,
Lagipun ada income berdua baru lah nanti kita dapat beli PSP atau Tablet (ntah tahun bilala ni) untuk korang main game untuk hiburan barulah syok.

Lately Umar main Angry Birds dengan ayah dekat PC,
Seronok jugak sebab ayah dapat ajar Umar jangan cepat mengalah dan patah hati,
Macam sekarang ayah stress nak dapatkan 3 stars dan bila fail Umar cakap.. "Takpe tak dapat Ayah, kita cuba lagi"
Memang seronok main game tapi hari ni kita tambahlah lepas Maghrib ayah ajar Umar Alif Ba Ta mengaji.

Nawal pulak Ayah risau sebab masih taknak susu formula,
Bulan depan Mama company dia bawak bercuti pergi India,
Macamana nanti 4 hari kalau tak cukup stock susu Mama,
Itu sebab korang berdua ni tak boleh adik beradik ramai sebab ditatang macam minyak yang penuh sampai jadi sangat manja.

Takpelah apa-apa pun Ayah doa kita semua bahagia,
Dan dunia akhirat dijauhkan dari malapetaka.

Agak²

Agak² kalau aku suruh Liza berhenti kerja dan jaga anak² aku dekat rumah, kitaorang boleh survive tak?

Keluarga Saya Dan Salah Penggunaan Teknologi

Zaman sekarang ni banyak teknologi yang boleh digunapakai oleh kita tapi kadang-kadang sebab dah terlalu banyak guna sampai jadi tak sesuai.

Kes 1

Adik aku pesan sebelum balik kampung tolong belikan Vitagen dengan menggunakan facebook message. Aku check message tu bila aku online lepas balik Jusco, padahal kalau dia call confirm aku boleh belikan je dekat Jusco tu.

Kes 2

Mak Liza sms ajak pergi beraya rumah adik dia. Kitaorang keluar breakfast pagi semalam and dapat sms tu lambat sebab Liza tak bawak phone. Kalau mak dia try call and lepas tu try call nombor aku jugak confirm dapat tau awal dan takdelah kami lambat-lambatkan masa dengan ikut jalan kampung dan singgah kedai hardware.