Terpuji Dan Tidak Terpuji

Terpuji

Stesen minyak menyediakan kedai runcit serta perkhidmatan mesin mengeluarkan duit. Memudahkan pengguna.

Tidak Terpuji

Bila ada pengguna park kereta dekat pam lepas tu pergi keluar duit, beli barang runcit, beli newspaper dan 20 minit lepas tu baru dia isi minyak dia dan pergi.

Pizli Dan Lawak Nak Renovate Rumah

Walaupun aku selalu cakap aku nak beli gadjet tapi sebenarnya priority aku sekarang aku nak simen belakang rumah aku je. Sebab tak larat nak handle semak. Aku cadang simen lepas tu sparekan tempat untuk bercucuk tanam sikit. Lepas tu aku terfikir jugak untuk buat pagar batu, senanglah aku nak angkat kain pakai seluar dalam je. Ok tak kelakar, aku rasa macam elokla kut simen dan buat pagar batu sekali. Lepas tu ganti gate yang elok sikit.

Siap berangan kalau siap boleh ajak kawan buat barbecue, bakar dekat belakang rumah.

Lepas tu dalam forum area rumah aku ada orang cakap pasal satu company yang renovate rumah ni. Aku fikir apa yang aku nak buat ni maybe budget dia maximum dalam 6K la kut. Tahun² depan bolehla buat kalau kumpul duit. Dengan semangatnya aku pun saja google² nama kontraktor yang bagus tu. Bila aku tengok budget orang yang guna khidmat kontraktor aku terus patah hati. Confirm apa yang aku nak buat ni kontraktor tu tak pandang pun. Terus malas aku nak buat apa yang aku plan tu. Wahahaha. Cuba korang tengok print screen kat bawah.

Ada mamat ni komen dekat blog seorang ni yang nak guna kontraktor tu. Tengok kitchen dia sahaja, aku tak dapat imagine.

95K!

RM165K!!! Boleh beli rumah lagi satu. Wahahahahaha.

Kau nak simen belakang rumah kau Pizli??? Kau simenlah sendiri!

Teknologi & Dakwah Islam

Semua orang tahu pencipta teknologi² yang kita guna sekarang ni biasanya dicipta oleh orang bukan Islam. Sebagai manusia yang jahil dan sukakan teknologi aku sangat suka bila orang mengajar kita tentang kebaikan dan dalam kes aku ni tentang Islam di laman² sosial. Aku respect orang yang pandai gunakan teknologi untuk berbuat baik. Dekat Facebook tu entah berapa ratus kali dalam sehari orang paste something. Ilmu dapat sambil² je. Sekarang aku jumpa Tweeter Dr Asri. Aku suka betul approach dia.

Info dibagi sambil ingat mengingati.

Harapnya aku takdelah judge orang pasal hal² berkaitan hubungan umat manusia dengan Allah ni.

Kupon Dll

Hari tu aku ada shoot satu event ni pasal business dia ada mention pasal orang yang jual kupon. Kira selama ni harga sesuatu benda ni mahal sebab susah nak jual tapi diaorang buat deal kalau katakan orang yang beli adalah seramai 100 orang, diaorang boleh jual harga pada harga yang murah.

Maka keluarlah perkhidmatan ini, antaranya


Pada aku benda ini bagus sebab membantulah kita nak apa-apa dengan harga murah. Tapi harapnya lepas ni banyaklah benda keperluan bukan benda mewah yang kita belum tentu nak beli walaupun ada 50% discount. Tapi aku pujilah benda-benda ni.

Stress


Aku concludekan aku akan sakit belakang bila aku stress. Sekarang ni memang aku stress, bukan sebab pasal takde wayang kat Bangi tapi sebab aku tak dapat jadi acting officer hari tu. Kira elaun sebanyak RM400 x 6 bulan hilang. Aku berharap sebab benda tu di announce dekat meeting oleh kedua-dua boss aku. Dan memang aku dah count my chickens before they hatch pun sebab semua orang kampung dah tau.

Aku bukannya nak beli gadjet pun, aku aim nak bayar yuran tadika Umar sebanyak mungkin je dengan duit tu. Sekali takde, stresslah aku.

Takpelah, kalau ini yang terbaik untuk aku, aku terima je lah sebab Allah je yang plankan untuk aku sebab yang lain aku dah usaha sedaya upaya dah. Tunggu je lah tahun depan, lagi 2 bulan.

Harapnya cepatlah hilang sakit belakang ni.

Baik & Tak Baik Dalam Dunia Ini

Aku perasan manusia ni ada yang baik dan ada yang tak baik. Baik dan tak baik ada dalam pelbagai segi dan intepretasi.

Contoh seorang kawan aku belanja credit card sampai maximum credit limit untuk minum arak, untuk mabuk so pada aku ini tak baik dengan diri sendirilah. Tapi bila dia dengan orang lain dia sangat baik tolong menolong baik hati. Ada pulak orang yang setiap waktu pergi surau sembahyang tapi bila jumpa mamat tak pergi surau tengok sebelah mata pun taknak. Orang hulur salam pun rasa jijik nak lari².

Ada yang depan-depan cakap lepas kutuk sana sini tapi dari segi lain baik serba serbi dan ada yang depan-depan cakap baik-baik tapi mengutuk dalam hati, judge orang akan masuk neraka satu family. Ada yang lebihkan masyarakat dan persatuan tapi family sendiri terbiar sampai sedih tulis status dalam FB.

Subjective betul baik atau tak baik ni sebab in the end Allah yang jatuhkan hukuman bukan kita.

Panggung Wayang Dan Aku Yang Naive

Bangi state assemblyman Dr Shafie Abu Bakar from Pas said - “Having a cinema will lead to vice activities and there will be films not in line with Islamic and eastern values.

“We do not want that here to corrupt the minds of our young,” he said.

Dr Shafie said most Bangi residents were against having a cinema in Bangi.

“Among those who want a cinema here are people looking to make a profit whereas we are looking out for the society,” he said.
Aku dah banyak baca pasal aktiviti tidak bermoral dalam panggung wayang. Aku nak taulah sejauh mana aktiviti tidak bermoral tu? Adakah menonton wayang itu sendiri tak bermoral? Aku panas hati sebab bila aku pergi tengok wayang semata-mata nak tengok wayang bukan sebab nak buat benda tak elok sebab kalau aku bayar RM8 adalah untuk tengok movie baru di screen yang besar dan audio system yang best.

Dan adakah rakyat Malaysia ni sangat bangang sampai nak terinfluence dengan movie? Apa benda yang aku buat yang aku tiru movie? T.A.K.D.E!

Aku dah tertanya² sekarang ni filem Malaysia dah dapat almost RM5 JUTA secara purata adakah sebab orang masuk wayang sebab nak buat maksiat instead of nak tengok movie itu sendiri. Maybe aku naive dan maybe aku tak pernah ada awek yang nak raba aku masa tengok wayang. Ke ada orang terus beromen dalam wayang? Ini aku betul-betul nak tau.

Fikir-fikir balik masalah wayang buat orang protes etc mungkin ada baiknya kalau pihak berkuasa bertolak ansur daripada guna kuasa veto terus. Mungkin ada wayang tapi asingkan lelaki dan perempuan. Bagi yang jujur nak tengok wayang contoh perempuan keluar dengan kawan perempuan lelaki keluar dengan kawan lelaki masalah ini akan settle. Dan untuk yang dah kahwin boleh duduk bersama, tapi masa nak masuk tunjuk kad kahwin. Agaknya kalau buat macam ni movie masih laku tak agaknya? Aku curious sebab aku tak tau statisticnya dan aku terkejut sebab orang dah stereotype wayang = tempat maksiat.

Susahlah. Jangan orang ingat aku ni kafir tak sembahyang tak puasa kalau aku masuk panggung wayang lepas ni sudah. Aku faham sesetengah pihak nak jadikan negara ni negara Islam dan aku sokong tapi takkanlah taknakkan kemajuan. Hukum hudud tu memang aku sokong sangat tapi aku rasa lagi seronok kalau negara Islam, Islamic value di jaga, kemajuan ada, facilities ada dan hiburan pun ada. Tapi implementation tu kena betul-betullah. Aku harap bila PAS menang nanti diaorang dapat buat macam ni.

Manusia² Yang Buat Kesimpulan Hanya Dengan Tengok Kata Kunci Tapi Silap Sekaligus

Ada manusia yang cepat melatah tanpa baca betul² atau fikir betul² dan endup diaorang jadi salah, nampak bodoh dan lari tajuk sekaligus. Bila nampak kata kunci dalam sesuatu artikel, atau penyataan terus melompat gatal satu badan. To be honest aku kesian dan aku malas nak betulkan unless perlu.

Kata kunci di bawah ini ialah Man = Manchester.

Aku malas nak explain sebab buat kawan aku ni silap dan terus nak mengamuk dengan gambar setan dekat logo Manchester United.

Kawan aku Retweet aku punya tweet tu dan tengok macamana orang melalut. Padahal aku punya tweet asal tu takde sebut Manchester United pun.

So aku explainlah. Bosan betul bila kena explain² ni!

So sebelum nak bagi feedback baca dan fahamkan betul² apa yang manusia lain tulis sebab kalau bagi feedback tak betul, lari tajuk sebab korang hanya buat judgement dengan tengok kata kunci dan mengikut perasaan biasanya korang akan end up malu.

Wah bila rage baru ada banyak benda nak update.

Boleh Nak Membangkang Tapi Jangan Jadi Bodoh

Aku tau sekarang trend orang semua nak membangkang. Semua beranggapan pemerintah yang ada sekarang jahanam so nak ganti baru dan yakin yang baru akan mengubah segalanya.

Sekarang aku bukan nak cakap pasal politik tapi aku nak cakap pasal mentaliti orang yang menyokong parti politik atau dalam kes sekarang ni orang yang membangkang parti politik.

Macam aku marahkan kerajaan PAS dekat Bangi ni sebab taknak buat panggung wayang sebab kononnya akan ada masalah moral. Takkan nak jadi negara Islam kemudahan dan kemajuan nak tolak tepi. Budak beromen dekat Taman Awam Bangi tu korang biar pulak. Kalau ada wayang senang aku dengan wife nak pergi tengok wayang.

Dan aku marahkan cukai kerajaan Barisan Nasional dekat restoran yang dah diimplementasi. Aku rasa itu GST tapi aku dengar bila dah ada GST cukai tahunan setting dia dah jadi lain. Ni aku marah sebab semua masih sama tapi extra cukai ni dah ada. Cukai perkhidmatan pun kena bayar so ada 2 cukai sekarang. F**k!

Nampak tak aku marah pada channel² yang betul dan sebab yang betul. Tapi ada sesetengah orang yang fanatik ni semua benda dia salahkan pada kerajaan yang dia bangkang. Harga donut naik, salahkan kerajaan. Harga tiket bola RM50 salahkan kerajaan.

Relaxlah brader nak bangkang boleh tapi jangan jadi bodoh. Ok untuk tidak dilabelkan bodoh sekarang aku nak buat research pasal cukai Kerajaan Barisan Nasional tu tadi.

Kita Lelaki Kena Berpendirian dan Macho

Bila kau cuba mengorat perempuan katakan janganlah kau buat perempuan tu decide benda. Bila perempuan tanya "Awak nak ajak saya makan kat mana?" janganlah kau jawab "Saya pun tak pastilah, awak suka nak makan kat mana?" Bila perempuan tu tanya, kau jawablah "Saya nak belanja awak makan kat Kenny Rogers, jom! Lepas tu kita tengok wayang cerita Real Steel, pukul 5 macam tu saya hantar awak balik! Sebelum tu nak minum kejap pun boleh" Barulah macho beb.

Aku sangat panas bila orang dah beratur 3 jam dekat kaunter makanan segera lepas tu bila sampai dekat depan kaunter baru fikir nak makan apa. Kau ingat orang tu letak menu besar² sebagai perhiasan ke? Lepas tu bila sampai baru terkial-kial nak order apa. Dah halfway order suruh wife duduk lepas tu tak sure dan tanya.. "Eh Ibu, ibu nak beli apa.." Ibu adalah panggilan pada isteri dia bukan pada mak dia. Lepas tu jenguk balik pada wife.. "Eh Bu, nak air apa?" Kepala hotak kau! Dah tau aku tunggu lama belakang kau, kau decidekan je lah bini kau nak makan apa, anak kau nak makan apa. Ni ada 5 orang anak 5² orang nak tanya panaslah hati aku.

Nasib baik ada restoran mamak dekat, boleh aku order mee goreng ayam.

Woohooo!!

Next week kakak yang buat kerja sama aku balik dari cuti bersalin maksudnya beban macam tak boleh nak cuti atau kena buat kerja masa bercuti tu dah hilanglah sebab ada orang cover.

Aku teringin nak bawak anak-anak pergi akuaria, agaknya lepas pergi situ melampau tak kalau kitaorang sewa hotel kat KL untuk berehat konon²nya? Melampau tak? Hahahaha..

Culinary Arts

Aku tengah serious mencari course masakan secara part-time. Kalau ada tolong bagitau. Weekend classes pun cantik jugak. Bukan bakery ni aku prefer masak untuk dinner ke macam tu.

Pasaraya Rezeki & Kedai Kek Makcik

Kalau korang tengok nama pasaraya dan kedai kek yang aku tulis kat tajuk tu korang mesti assume yang kedai tu ownernya Melayu. Betul tak?

Tidak, dua-dua kedai ni ownernya adalah Chinese dan pekerjanya pun semua Cina. Tak, aku tak racist tapi rasa macam kena tipulah dengan taktik macam ni. Tempat korang ada ke kedai macam ni?

Sebab Kita Kadang² Kena Bersyukur

Memang pemerintah kita akan ada BANYAK flaws. Aku yakin sesiapun bila dah ada kuasa akan jadi tak betul. Sebagai manusia kadang-kadang kita kena tutup mata sebab kemungkinan untuk dapatkan yang perfect itu memang susah. Kadang-kadang salah kita sendiri jugak sebenarnya tapi kita salahkan pemerintah. Kau tau kalau kau jadi penyair tak boleh cari makan kenapa kau nak jadi penyair? Itulah maksud aku. Aku tertanya-tanya apa jadi dengan Egypt sekarang ni. Apa jadi dengan Iraq sekarang ni. Bawah ni aku paste benda yang orang Libya belum tentu dapat lagi lepas ini semata-mata hanya untuk demokrasi.

Libya and Libyan "dictator" Muammar Gaddafi:

1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free for all its citizens.
2. There is no interest on loans, banks in Libya are state-owned and loans given to all its citizens at 0% interest by law.
3. Home considered a human right in Libya – Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home. Gaddafi’s father has died while him, his wife and his mother are still living in a tent.
4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$50,000 ) by the government to buy their first apartment so to help start up the family.
5. Education and medical treatments are free in Libya. Before Gaddafi only 25% of Libyans are literate. Today the figure is 83%.
6. Should Libyans want to take up farming career, they would receive farming land, a farming house, equipments, seeds and livestock to kick- start their farms – all for free.
7. If Libyans cannot find the education or medical facilities they need in Libya, the government funds them to go abroad for it – not only free but they get US $2, 300/mth accommodation and car allowance.
8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price.
9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.
10. Libya has no external debt and its reserves amount to $150 billion – now frozen globally.
11. If a Libyan is unable to get employment after graduation the state would pay the average salary of the profession as if he or she is employed until employment is found.
12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to the bank accounts of all Libyan citizens.
13. A mother who gave birth to a child receive US $5 ,000
14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15
15. 25% of Libyans have a university degree
16. Gaddafi carried out the world’s largest irrigation project, known as the Great Man-Made River project, to make water readily available throughout the desert country.

Baru Saya Ingat Kenapa Saya Perlukan Weekend Ini

Dah tiga minggu weekend aku dihabiskan untuk orang lain, patutlah aku look forward betul weekend ini dan taknak kerja buat video streaming.

1) Kenduri Arwah kat Keramat
2) Adik Kahwin
3) Jaga Anak

Esok aku nak bangun lambat lepas tu pergi makan nasi kandar. Ohh yeah!

Saya Rasa Macam Nak Pergi Melancong Ke..

Bila tengok wife aku berjalan ke negara orang mestilah aku teringin nak pergi. Tapi aku tak tau pun aku nak pergi mana sebenarnya dan tujuan apa pun kalau nak pergi. Kalau nak buat Haji tu lain lah kan. Satu yang mungkin aku nak pergi - England, itupun nak tengok Man Utd main. Lain macam takde, maybe sebab dalam kepala otak aku sejak kecik takde terbayang aku boleh naik kapal terbang pun.

Dalam Malaysia ni aku dah teringin lama dah nak pergi Penang. Hahaha. Bukan aku tak pernah pergi tapi kali ni aku nak pergi naik keretapi, bas, teksi semua. Saje. Nak makan nasi kandar, ambik² gambar, beli buah tangan macam pelancong. Ada kawan yang suggest aku naik kereta je, yang Amir siap ajak tidur rumah dia kat Penang tu tapi tak tau kenapa aku teringin sangat nak buat macam ni.

Atau aku boleh pergi naik flight jugak, tapi ntah tahun bila la baru boleh buat macam ni:

Aku Belum Mati

Dan aku taknak mati sekarang. At least selagi aku belum dapat apa yang boss aku janjikan dan aku menikmati benda yang dia janjikan tu selama 40 tahun dan aku dah merasa renovate rumah, pakai smartphone, pakai tablet, bawak kereta import dan pergi haji.

Tapi aku tak sihat dari Isnin malam, diarreha. Liza yang minum air rasa tanah dekat India aku yang sakit. Ye aku sangat demotivated untuk semua benda sekarang ni tapi hidup mesti diteruskan.

4 hari wife takde dekat sini aku rasa rindu lah dengan dia jugak haha dan anak-anak rapatlah jugak dengan aku. Ni ha gambar Liza kat sana. Yang aku tau Taj Mahal je lah. Harap dapat pergi sana sekali nanti.

Nasihat kepada isteri: Tak payahlah cari kerja lain hehe..

To Michael


Mamat Michael ni PS3 Fan dan famous dalam forum PS3 kut. Dia meninggal sebab cancer dan Sony buat commercial ni untuk dia. Semua character dalam video ni adalah characters dalam games. Cool betul aku rasa.

*Dapat info ni dari BlogSerius.

Mengantuk

Baru balik dari KLIA, Liza check in pukul 6.30am. Anak-anak duduk Keramat dan bangun pulak dua-duanya pagi tadi. Jap lagi nak pergi office. Harapnya Nawal ok 4 hari ni, susu pun rasanya cukup.

Aku pesan kat Liza aku nak rempah² dan fridge magnet yang bagus je.

Setengah Jam Di Tesco

Malam tadi pergi Tesco. Masuk je dalam Tesco ada seorang budak mintak derma ikhlas, aku just buat muka paling jahat dalam dunia dan tunjuk tangan cakap aku taknak bagi derma. Aku yakin budak tu kutuk aku dalam hati dan aku pun rasa bersalah jugaklah buat perangai macam tu.

Masa nak balik aku tengok ada Bangla tolak trolley tu aku senyum² angkat tangan saja buat friendly, konon nak memperbaiki kesalahan masa datang masuk Tesco tu tadi. Masa aku nak masuk kereta Bangla tu cakap dekat aku:

"Sir, today very hungry and I still dont get salary"

Sampai je rumah aku terus buat report dekat Tesco, Bangla aku report budak mintak derma pun aku report.

Tidak Mengapalah

Tak mengapalah aku tak dapat pergi melancong, tak mengapalah aku tak dapat gadjet idaman asalkan orang-orang yang aku sayang dapat pergi India, mampu pakai Ipad.

Ya Allah, please give me a break.

*Eh lupa pulak, kalau ada awek-awek nak keluar dengan aku, Jumaat sampai Isnin aku "free"!

Anak² Pizli

Seorang yang luka tapi dua² nak pakai plaster. (macamana nak berjimat?)

Aku suka benda 2 ringgit boleh buat anak-anak aku happy.

Takde Luck

Tak menang lagi contest yang aku baru masuk baru-baru ni. Based on lucky draw pun tak dapat. Tension aku sebab semua hadiahnya gadjet² yang aku nak.

Aku rasa kali ini aku patut stop masuk contest. Betul² stop sebab memang aku takde luck.

Brader Lembu

Masa memasak hari tu aku bersembang dengan seorang brader ni. Dia bela lembu dan bila dia bercerita aku sangat impressed. Segala benda yang dia cerita macam seorang pegawai pertanian dekat kementerian yang cakap.

Aku assume ramai je budak-budak kat kampung aku ni kalau diberi peluang dan pergi merantau diaorang boleh berpangkat-pangkat tapi mungkin sebab nak jaga family diaorang stay je kat sana. Oh cerita hari tu bukan setakat pasal lembu je sampai ke padi pun dia masuk jugak. Hehe.

Nikah, Kenduri & Bertandang

Majlis adik aku kahwin ni berjalan lancar, dan bila berjalan lancar aku suka beranggapan yang perkahwinan ini direstui oleh Allah SWT. Hujan sebelum dan selepas, takde masa majlis. Habis je kenduri kat rumah aku malamnya hujan sangat lebat, perfect! Perfect sebab bila masak sendiri banyak area macam kotorlah dan hujan itu cuci. Alhamdulillah.

Pelamin, dari KL. Dapat murah.

Hari nikah, kira hari preparation. Makcik sediakan bahan² memasak dan buat benda-benda macam ni lah.

Bahan-bahan untuk rendang tok.

Kreativiti untuk deep fry ayam. Cover kipas ikat dengan dawai. Ayam ni dibuat ayam masak merah. Kira menunya nasi minyak/nasi putih, rendang tok, ayam masak merah, gulai lemak terung ikan masin, acar buah dan bubur kacang.

Bapak aku cakap terus terang dekat orang kampung yang dia tak larat nak bekerja tapi dia sediakan segala keperluan secukupnya lah.

Ini maksud dia bergotong royong sekampung.

Baru lepas nikah..

Kawan baik yang terpaksa berpisah.

Dapat menantu kedua.

Hari kendurinya.. Bangsal bahagian lelaki.

Takde gambar pengantin sebab adik aku yang kecik sibuk jadi pengapit. Semua gambar ni pun dia yang ambik.

Hadiah tak banyak tapi aku suka sebab takde benda yang sama dan memang bahan keperluan untuk masuk rumah baru.

Bertandang.. Bertolak dalam pukul 11 macam tu, pengantin kena drive sendiri. Kesian hehe..

Perjalanan ke Chenderong Balai. Banyak sawah padi dan rumah burung walit.

Sampai rumah lelaki. Makan dalam rumah, makan bersila hehe..

Ayam golek, sedap jugak. Diaorang pun masak sendiri.

Masa untuk balik dan tinggalkan adik aku dengan keluarga mentuanya.

Kalau Korang Jual Mungkin Aku Beli

Ubat pemulihan rambut. Balik² ubat kurus je..

3 Hari

Dalam masa 3 hari di kampung aku ada banyak cerita yang aku nak ceritakan. Nantilah, bila penat dah hilang dan kerja aku dah kurang aku akan tulis sepanjang minggu ni.

By the way, phone aku rosak. Sesiapa yang ada phone tak guna boleh bagi aku pinjam tak? Hahaha.. Boleh call and sms dah cukup dah hehe..

Penat Ini Akan Jadi Kenangan Sampai Bila-bila

Aku penat, aku penat dan aku penat. Hari ni walaupun dah ambik cuti tapi terpaksa cancel sebab takde orang boleh cover memang tak membantu langsung! Masuk lambat sikitlah sebab lagi 15 minit adik aku nak nikah hari tu pun aku masih buat kerja lagi.

This is The Day

Ye, hari ini adik aku nikah. Esoknya makan². Aku jemput bukan ajak-ajak ayam tau. Mak aku memang suruh jemput. No 1, Felda Gunung Besout 1, 35600 Sungkai Perak.

Kenduri ni masak sendiri gotong royong. Aku ni macam nak demam pulak. Aku bersalah sebenarnya sebab hari ni nikah dan hari ni baru aku nak balik dan hari Ahad balik sini balik. Terpaksa sebab aku memang busy kerja dan takde orang boleh cover. Banyak bendalah sebenarnya wrong timing pada aku bulan ni, tapi takde hal sangatlah kut. Liza company dia bawak pergi bercuti ke India salah satunya jugaklah.

Oklah kalau korang pergi nanti korang boleh pergi Taman Rekreasi Air Panas Sg Klah yang tak jauh dari rumah parents aku. So takdelah rugi datang.

Apa-apa pun doakan adik aku dan husband dia berkekalan berkasih sayang hingga ke akhir hayat. Amin..

Kali Ni Bersungguh


Aku selalu cakap aku berkenan smartphonelah, apalah tapi aku tak pernah berusaha sikit pun untuk memiliki benda-benda itu. Paling kuat pun masuk contest jelah. Sebabnya simple je, sebab takde yang sesuai.

Sampailah bila Samsung Galaxy S II keluar dan sekarang Iphone 4S. Reasonnya satu je, aku nak camera. Dulu aku suka Nokia N8 dan harga dia pun dah turun sekarang ni tapi dia run on Symbian dan aku dengar banyak problem. Sekarang ni keluar pulak Iphone 4S ni dan camera dia dah diimprovekan. Video fullhd 1080p maksudnya bolehla aku ambik gambar dan video yang bagus.

Boleh surf, anak-anak boleh main angry bird, boleh ambik video dan gambar yang cantik. So dengan ini saya bersungguh-sungguhla nak mendapatkan antara dua ni. Sekarang ni lebih kepada Iphonela kut.

Sudah Free

Ok bila kerja aku dah siap aku jadi sangat free sampai segan sebab tak buat apa-apa. Kira tunggu kalau ada special case je.

Aku tunggu jugak kalau boss aku tanya takde kerja ke memang aku nak jawab.. "Ooh because for the last two weeks I spend around 16 hours a day to do my job"

Tapi itulah company aku ni yang bestnya semua benda lengkap. Bila benda lengkap kerja jadi sangat efficent. So bila free bukan sebab malas tapi sebab kitaorang memang sangat efficient.

Aku rasa ini post last aku pasal kerjala kut. Lepas ni cerita benda lain pulak.

Separuh Hidup

Aku habiskan separuh dari hidup aku untuk berangan².

Dan separuh hidup lagi kecewa sebab tak dapat apa yang aku angankan.

Nawal & Cicak (Yang Sebenarnya Takde Pun)

video

Aku bersyukur jugaklah anak aku cepat bercakap. Aku tak dapat bayangkan nanti balik kampung dan rumahnya memang banyak cicak.

Metafora

Dulu masa bercinta aku cakap kat Liza kalau cinta aku ni macam stesen LRT, besarnya macam stesen LRT Tasik Selatan.

*aku baru faham maksud metafora

Bekerja Keras

Walaupun aku ni bukan orang yang bagus tapi aku bangga jugaklah dengan sifat bertanggungjawab aku kepada kerja dan syarikat. Kerja aku sekarang kena selalu deal dengan student dan staff sambil itu memastikan semuanya berjalan lancar. Biasanya memang kelam kabutla sebab usernya ramai. Mesti akan ada masalah dan aku akan cuba sehabis baik untuk menyelesaikan.

Sekarang masa stage permulaan yang mana memang banyak kerja. Weekend hari tu aku tidur pukul 2-3 pagi, hari Ahad the whole siang aku buat kerja dan sekarang balik dari kerja tadi aku buat kerja lagi. Walaupun orang tak tau (well except korang yang bacalah), boss aku tak tau, syarikat aku tak tau tapi aku masih bekerja dengan ikhlas. Tujuan aku maybe sebab nak bagi user semua puas hati.

Aku rasa aku tak berkira sangat selagi boss aku adil. Aku okay aku tak dapat naik gaji as long as orang lain tak dapat jugak. Macam itu adil. Janganlah pulak orang yang datang kerja tidur dia bagi naik gaji pulak. Ha masa itu memang aku pun malas nak kerja.

Nasihat Kepada Diri Sendiri Pasal Seluar Dalam

Kalau kurus jangan beli seluar dalam one size smaller sebab bila gemuk balik jadi seksa.

Jemputan Perkahwinan

Hah, macam aku ada cerita, adik aku nak kahwin Sabtu ni, 8hb Oktober 2011.

Silalah datang ke No 1, Felda Gunung Besout 1, Sungkai, Perak. Dekat je dari KL, kalau nak datang emaillah aku. Ni aku jemput bagi pihak mak aku. Kalau nak rasa kenduri yang lauk pauknya di masak sendiri secara bergotong royong jomlah.

Rezeki

Aku tengok orang-orang ramai yang selalu dapat extra rezeki bila ada sesuatu occasion. Dapat anak, naik gaji. Nak kahwin dapat kerja baru.

Macam aku dengan Liza kitaorang just make do dengan apa yang ada, takde rezeki tergolek macam orang-orang lain yang aku tengok.

Tak, aku bukanlah tak bersyukur dengan apa yang ada sebab hidup kitaorang bagus jugaklah. Aku berharap nanti kitaorang satu hari dapat rezeki datang bergolek yang terkumpul dari Allah. Hehe.