Berangan Memancing

Kadang-kadang aku berangan aku boleh pergi ke sungai, memancing dan lepas tu balik rumah terus masak ikan yang aku pancing tu. Yang boleh goreng, aku goreng, yang boleh masak lemak, aku masak lemak, yang boleh gulai tempoyak, aku gulai tempoyak.

Kadang-kadang aku harap angan² aku jadi sebab setiap kali aku bukak blog kaki pancing, aku jealous. Lebih² lagi bila tengah stuck dalam office ni.

Saya Happy Bila..

Bila anak saya makan dengan banyak. Serius. Bila anak saya non-stop mintak makan. Semestinya benda ni terjadi bila makan dekat luarlah. Benda lain, benda sedap. Bukannya kitaorang masak tak sedap tapi bila benda dah biasa makan takdelah jadi special.

So bila benda yang boleh dimakan sebulan atau dua bulan sekali memang seronoknyalah aku tengok anak² aku makan bersungguh². Maybe makan dekat luar itu sendiri menyeronokkan kut.

Aquaria & Taman KLCC

Ok akhirnya pergi jugak setelah bertahun-tahun merancang. Review sikit, to be honest aku tak puas sebab macam sekejap bendanya, tapi dengan effort diaorang bawak binatang, ikan dan apa jenis haiwan dekat situ aku memang pujilah. Dan dengan effort itu jugaklah aku rasa RM35 seorang itu berbaloi.

Selain ikan laut yang besar-besar dan bermacam-macam jenis dan sangat menarik ada jugak ikan sungai yang besar-besar dan jugak binatang lain. Ular pun ada. Katak pun ada. Ada satu section tu semua binatang-binatang tu albino. Bukan anak-anak, orang tua macam aku pun seronok.

Ok cukuplah bercakap tengok je lah gambar. Gambar shark dan ikan laut lain takde sebab section tu gelap dan tak boleh pasang flash. Aku pun malas nak godek-godek camera sebab agak sesak. Lepas habis dekat Aquaria tu cadangnya nak jalan-jalan Taman KLCC sekali hujan pulak.

Gambar family ni untuk aku tengok sendiri, sorrylah terupload banyak sangat hehe.

Nafsu

Sebagai manusia yang bernafsu dan senang terpengaruh ambik masa jugak untuk menyedarkan yang it is ok untuk aku drive proton buruk dan tidak drive Camry dan it is ok untuk aku pakai phone nokia lama Liza bila phone aku rosak hari tu dan tidak pakai Samsung Galaxy S2.

Perasaan "takpe" itu membuatkan aku rasa bebas. Yahooo..

Upah Nak Masuk Tadika

Sempena nak masuk tadika ni weekend ni nak bawak Umar (dan Nawal) pergi Aquaria. Tengok dari website and dari orang cerita macam seronok je.

Tiket semalam dah beli, berjalan je aku dari KL Office pergi ke convention centre tu. Harapnya betul-betul seronok dan malam ni tak lupa nak charge bateri kamera.

Comfort Zone


Oklah aku dah tak boleh menipu diri sendiri lagi. Aku dah benci kerja sini. Aku stay sini sebab ini adalah comfort zone aku. Aku stay sini sebab senang. Aku stay sini sebab nak hantar anak-anak pergi sekolah sendiri. Maknanya aku stay sini bukan sebab I want to tapi sebab I have to. Dan aku rasa dah tak boleh sangat.

Aku fight gila-gila untuk naik pangkat dan gaji pun sebab bagi reason yang baik untuk aku stay sini.

Kerja baru memang banyak tapi nak cari yang sesuai susah. Kalau ada pun satu company dengan wife aku dekat Seremban tu. Haihhhhh.... Mungkin aku perlu start pergi interview dulu, tengok macamana as for anak nak pergi sekolah nanti-nantilah fikir.

Apa-apa pun hari ni aku nak makan nasi lemak, dah 4 hari makan western breakfast sebab standby IT untuk conference.

Rasa Macam Nak Buat Kerja Gila

Tahun depan company dinner diaorang nak cari orang buat persembahan. Aku terfikir since theme dia Masquerade dan orang tak nampak muka aku in full aku teringin nak rap wahahahahah.. Kira ambik lagu mana-mana and tukar lyrics dia kutuk staff² secara berlawak. Kutuk orang yang problem kecik tapi call IT ke. Tengoklah aku berani ke tidak, Liza boleh je betulkan English lyrics aku.

Aku ada 3 bulan untuk decide and practice.

Wish Right Now

Pernahkah korang ternampak kerja yang korang rasa korang akan suka dan cakap "seronoknyalah kau dapat kerja macam ni"

Yes, aku cakap macam tu bila aku tengok Astro Arena. Aku minat sukan, aku boleh kerja handle camera. Mesti seronok kalau dapat cover acara-acara sukan. Dan alangkah best kalau boleh jadi wartawan atau pengacara sukan. Sebab aku rasa aku tau banyak benda jugak pasal sukan Malaysia in general, yelah sebab aku minatkan.

Lepas ni kalau ada opening aku nak cuba nasib.

Status² Facebook Aku Masa Final Bola SEA Games

Aku baru perasan masa Final hari tu aku online depan TV and update status Facebook macam orang gila. So far takdela kawan-kawan aku kutuk aku sebab aku rasa diaorang tau aku fanatik dan kalau ada pun yang kutuk, aku rasa diaorang dah lama delete aku dah. Hahaha. Tapi takpe aku happy. Oh kenapa aku rajin buat post ni? Sebab sekarang aku kat KL office and takde benda nak buat.

Masa petang tu.

Dalam pukul 8. Benda paling over yet menarik bila diaorang pakai jersi.

Masa ni Indon dah score.

Of course masa dah menang.

Aku rasa Sabri Cheek memang semangat pasal sukan. Kesian duduk sorang², tapi takpe, dia menang dan players lambung dia malam tu.

Haah semalam aku pakai jersi cetak rompak aku pergi office. Poyo and I dont care.

Macam biasa ini tengah high dapat orgasm bolasepak. Buat lawak tak sensitif.

Teringat sebelum SEA Games kecoh gambar Khairul Fahmi dekat club and ada botol arak. Pada yang upload gambar tu, aku tau kau nak jatuhkan dia!

Obviously bila aku dah cool down. And yes, aku nak kena cari tadika Umar. Yang boleh ajar dia membaca dan mengaji oh kalau ada tadika bolasepak pun apa salahnya kan?

Saje Bertanya

Katakan aku ada barang besar yang nak dibuang macam tilam ke, meja komputer ke, almari ke aku tak bolehla buang depan rumah aku dan expect MPKJ ambikkan?

So agak-agaknya kalau aku call iklan lori dan mintak diaorang buangkan agaknya logik tak? Ke ada procedure lain?

Orgasm Bola Sepak

Skip to minit 1:55

Aku ada banyak benda nak tulis pasal bola malam tadi tapi tak tertulis.

Aku rasa moment yang paling best bila camera focus dekat muka Baddrol. Muka dia dari cuak keeper tepis sikit bola tapi slowly senyum muka boleh buat menantu bila bola tu bergolek masuk. Masa terkena keeper memang betul-betul bagi jantung kau jatuh tapi lepas tu melompat seronok sebab masuk jugak. Orgasm bola sepak.

Liza cerita, Umar tanya malam tadi: "Mama kenapa kita tak makan malam ni?"

Wahahahaha sibuk tengok bola, makan cake dengan donut pun jadilah anak oi.

Sabri Cheek 1 - Semua menteri Indonesia dekat VIP box 0

To be honest aku tak menjangka pun Malaysia akan menang apa-apa medal bolasepak masa zaman aku hidup. Tapi dalam masa 3 tahun ni aku dah tengok 3 kali. 4 kalau campur Merdeka Cup.

Kalau korang nak kutuk team Malaysia main teruk ada lagi dalam 10 team dekat SEA ni main lagi teruk, so janganlah zalim sangat.

Satu Malaysia tengok game tadi, tak kira lelaki perempuan. Satu kawasan kejiranan menjerit bila Malaysia menang. Dan yang paling hebat? Pembaca-pembaca berita TV3 pun pakai jersi baca berita. Kalau ada duit bonus dan jersi Malaysia masih ada di Al-Ikhsan atau Nike InsyaAllah hujung tahun ni aku beli yang original.

Kalau korang nak belikan, sila belikan tak kira warna biru atau kuning size L. Terima kasih banyak dan selamat malam.

Setia

Aku ni memang jenis naive dan setia. Kalau bercouple dengan seorang je pada satu masa.

So bila aku dah berkereta aku memang tak terimagine nak tukar kereta masa kereta aku masih sihat walafiat (takdela pulak aku nak tinggalkan awek aku masa dia sakit). Maksud aku di sini aku attach pada sesuatu benda untuk masa yang lama. Dah teruk baru ganti. Sorry kalau dah melalut.

Pasal kereta ni, bila aku tengok orang selalu tukar kereta aku rasa macam wah hebatnya diaorang ni. Tak susah ke nak deal itu ini, nak process documents semua. Lepas tu nak keluarkan duit lagi. Aku impress betul.

Sedap Giller!

Lepas sembahyang Jumaat hari tu kawan aku ajak makan pergi KFC dan first time dalam hidup aku, aku makan nasi ayam KFC. Memang 5 star rasanya.

Benda ni jadi perfect sebab dapat ayam seketul dan coeslow which memang sangat sesuai.

Campur Pepsi + Tax = RM6.30. Makan dekat kedai kampung pun belum tentu lagi harga tu oi.

Pokok Hujung Minggu

Macam orang lain biasa cakap, rezeki datang dalam pelbagai cara. Mungkin aku lapang di hujung minggu dan pokok-pokok aku hidup segar itu juga rezeki.

Ada tiga pokok cili yang baru 3 minggu ditanam, tapi yang ini harapanlah.

Pokok belimbing buluh, harapnya membesar bagai johan. Sekarang nak cari pokok durian belanda pulak rasanya.

Pokok ubi kayu dah membesar. Ditanam bukan untuk ubi tapi untuk pucuk dan bila aku cakap pucuk maksudnya betul-betul pucuk bukan daun ubi macam orang jual dekat pasar. Hehe, dah dua tiga kali dah ambik hasil buat ulam.

Pucuk yang masih kuncup tu lah hehe.

Sekolah Kerajaan

Pagi tadi masa sembang dekat kedai kopi dengan kawan aku, dia cakap yang budak bila masuk sekolah yuran dia lebih kurang RM100 setahun. Eh bukan yuran, itu duit beli buku, baju sukan etc.. Wahahahaahha.. Aku ketawa sebab belajar tadika ni macam yuran university aku tengok.

Maksudnya beribu jugaklah aku boleh save dalam masa setahun nanti bila anak-anak dah sekolah.

Benda-Benda Macam Ini Boleh Buat Kita Gembira

Tahun 2011 Adalah Tahun Yang Sangat Malang Untuk Saya

Tahun yang penuh dengan harapan palsu, penipuan dan penindasan, dari manusia, dari company. Tak boleh nak tulis panjang sangat sebab orang² company aku pun baca blog ni.

Pengajaran untuk manusia dan untuk diri aku sendiri:

Jangan bagi harapan atau janji pada orang yang sangat berharap sebab bila benda tak jadi hati orang boleh hancur luluh jadinya.

Menjadi baik tak semestinya akan dapat benda baik.

Lingam's Penyelamat

Bila aku makan keropok ikan aku sangat particular dengan sos pencicahnya. Pada aku kalau makan keropok tanpa sos umpama tengah bermesra dengan isteri tapi anak datang terus nak duduk dekat tengah. Tak sempurna.

The best sos pencicah yang aku pernah makan ialah Sos Pencicah Kak Mah Langkap dari Terengganu yang adik aku belikan hari tu. Dekat Selangor ni ada tapi aku kena order dari Amir sebab makcik dia ada usahakan dekat Kampung Abu Bakar Baginda. Tapi dua-dua option ni agak susah. Aku prefer kalau aku boleh beli sendiri tanpa menyusahkan orang. Mungkin pasaraya patut hubungi Kaka Mah Langkap!

Fikir punya fikir akhirnya aku teringat sos cili Lingam's adalah antara sos tersedap pernah aku makan. Lepas tu aku terbayangkan kalau sos chili Thai mungkin lebih sesuai untuk menggantikan sos pencicah ini. So bila aku terjumpa Sos Cili Thai Lingam's dekat TESCO aku pun cuba.

Keputusannya? PERFECT! Sesuai sangat makan dengan keropok. Sedap.

Sorry, aku bila bab makan memang banyak cerita.

Rasanya Dah Lama Tak Letak Gambar

Aku tengah potong daging nak manja². Kalau terpotong jari macamana?

Mainan baru, orang office Liza bagi.

Rajin nak menulis tu aku pujilah tapi menulis sambil meniarap tu aku kurang berkenan sikit.